Kembara Khalifah Travel Negeri Sembilan KKTN9

Kembara Khalifah Travel Negeri Sembilan KKTN9 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kembara Khalifah Travel Negeri Sembilan KKTN9, Travel Company, No. 18, Lorong Desa Melor 1/3, Seremban.

21/06/2024
21/06/2024
21/06/2024

Assalamualaikum semua ..
Ada yang dah plan cuti anda semua .. pilih lah tarikh yang sesuai untuk anda semua bercuti bersama kami.

Nak ke mana ???

Wah kami dari Kembara Khalifah Travel Sdn Bhd banyak pakej pakej yang menarik untuk anda semua bercuti bersama keluarga tersayang.

Cakap jer kat mana .. insyaallah akan kami tunaikan permintaan anda semua.

21/06/2024

PROMO HARGA RUNTUH dari kami Kembara Khalifah Travel Sdn Bhd

Jom pakat pakat adik beradik,kawan kawan,saudara mara kita ke kota Kinabalu Sabah.

Harga merecek Serendah RM899 seorang.

FREE TICKET DAIRY FARM 😱

Tarikh : 20 - 23 Ogos 2024
4 Hari 3 Malam

Termasuk
✅ Tiket flight ✈️ airasia return
✅ Handluggage 7kg return
✅ Transport sepanjang tour
✅ 2 malam di kota Kinabalu
✅ 1 malam di Kundasang
✅ Lawatan Kundasang
✅ Lawatan city tour
✅ Tour guide become driver dan photographer

Tidak termasuk
❌ Luggage
❌ Makan dan minum
❌ Tiket lawatan
❌ Insurance

Lekaihh hang booking segera

https://www.wasap.my/0126383835/OFFICEU
https://www.wasap.my/60162166860/HJEMRAN
https://www.wasap.my/60166267913/LIZZ
https://www.wasap.my/60129424663/DRFAUZIAH

💯% Bumiputera. Agensi Pelancongan berdaftar dan berlesen dengan MOTAC (Lesen No: KPK/LN 9125)

Kembara Khalifah Travel Sdn Bhd
PSB, No.27-3, Jalan Cecawi, Jalan Cecawi 6/19a, Seksyen 6 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

🕋🕋🕋🕋🕋PAKEJ UMRAH SYAWAL (13 Hari 11 Malam) 𝑩𝑼𝑳𝑨𝑵 𝑴𝑬𝑰10 - 22 MEI 2023Bilik ber 4 : RM8,690Bilik ber 3:  RM9,390Bilik ber ...
08/04/2023

🕋🕋🕋🕋🕋
PAKEJ UMRAH SYAWAL (13 Hari 11 Malam)
𝑩𝑼𝑳𝑨𝑵 𝑴𝑬𝑰
10 - 22 MEI 2023

Bilik ber 4 : RM8,690
Bilik ber 3: RM9,390
Bilik ber 2: RM9,960

🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰
𝙆𝙚𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙣𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙐𝙢𝙧𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙢𝙞:
1) Full board di Madinah ( Makanan nusantara)
2) Penginapan hotel 4@5 bintang
3) Minimum 6 malam di Kota Mekah
4) Bermalam di Kota Thaif
5) Makan tengahari di Ladang Ros Thaif.
6) Makan malam di Ladang Kurma Aryaf Taibah, Madinah.
7.) Bimbingan Mutawwif & muttawiffah yang berpengalaman.
8) Kursus Umrah Percuma. ( on line @ bersemuka.
9). Mendapat 1 Jumaat di Makkah dan Madinah.
10).Perlindunngan insurans asas.
11) Visa umrah ( jika jemaah daftar awal)
Visa pelancong ( jika daftar lambat)
12). Mendapat air zamzam
13). Minimum umrah 3 kali di pimpin oleh Muttawif.

Alhamdulillah ramai jemaah Kembara Khalifah Travel telah bersama kami menunaikan umrah dan ziarah..
InshaAllah kami berusaha menunaikan tanggung jawab kepada para jemaah sebaik mungkin.
Semoga tuan/puan bakal menjadi sebahagian dari keluarga Kembara Khalifah...
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian di bawah:
☎️www.wasap.my/601126182019/umrah10mei☎️www.wasap.my/60129383834/umrah10mei
☎️www.wasap.my/60126383835/umrah10mei
☎️www.wasap.my/601119794495/umrah10mei
Selangor/WP
Ustazah Aida: 011-10065236
Pn Rusnah : 019-3728143
Ady Irwan : 012-2107981
Pn Selwani : 0176672812
Pn Ayatie : 0123653177
Ustaz Nordin :0193141724
Negeri sembilan & Melaka
Ustazah Zaiton: 0176409554
Ustaz Radzuan: 0124782249
Pn Naqiyah: 01116167769
Hj Shukri Habeb: 0196210677
Johor
Hjh Saliza: 0166267913
Hjh Ruhana: 0197000444
Hj Romzi: 01137744974
Hk Sabda: 0137288792
Kedah/ Penang/Perlis
Ustaz Manzur: 0135985053
Ustazah Fatimah: 01156678295
Ustaz Fairuz ; 0134416141
Ustaz Amin : 0134094417
Terengganu/Kelantan/Pahang
Hj Zul: 0129046065
Pn Zubaidah : 0193309877
Hj zailan : 0107977345
Hj Ahmad: 0134113402
Singapore
Hj Azil : 0177707771
Pn Rusedah : +6592745448
Telefon pejabat: 03- 61503434
🕋🕋🕋🕋🕋

01/01/2023

Syuhada' di Bukit Uhud, Mus'ab bin Umair, seorang anak yang kaya meninggalkan kesenangan dunia untuk berjuang berama2 Rasulullah SAW.

01/01/2023

Syuhada' di Bukit Uhud pencerahan oleh Ustaz Manzur, Mutawwif Kembara Khalifah Travel Sdn Bhd HQ.

⚘ بِسْــــــــــمِـ اللَّـٰهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمـ ۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آٰلِ سَيِّد...
18/12/2022

⚘ بِسْــــــــــمِـ اللَّـٰهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمـ
۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

📍MASJID QUBA'

Masjid ini memiliki sejarah yang penting di dlm Islam. Ia merupakan masjid pertama yg dibina di dalam Islam pasca hijrah Nabi Muhammadﷺ dari Makkah ke Madinah. Ketika Nabi dan para sahabat berhijrah sebelum sampai ke Madinah mereka telah singgah di sebuah perkampungan yg bernama Quba maka di situlah terbinanya Masjid Quba.

Rasulullah ﷺ selalu dtg ke Masjid Quba' setiap Hari Sabtu dgn berjalan kaki ataupun berkendaraan, & Dia akn Shalat Dua Rakaat Disana

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُسْلِمٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبًا وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَفْعَلُهُ

Telah menceritakan kpd kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kpd kami 'Abdul 'Aziz bin Muslim dari 'Abdullah bin Dinar dari Ibnu'Umar radliallahu 'anhuma berkata: "Rasulullahﷺ pernah mengunjungi masjid Quba' pada setiap hari Sabtu, baik dengan berkendaraan ataupun berjalan kaki". Dan Ibnu'Umar radliallahu 'anhuma juga melakukannya seperti itu.
(HR Imam Bukhari No. 1118)

Rasulullah shallallahu álaihi wasallam bersabda :
مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ، فَصَلَّى فِيهِ صَلَاةً، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ

“Barangsiapa yang bersuci di rumahnya kemudian mendatangi masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dengan satu solat maka baginya seperti pahala orang yang melaksanakan umrah”
(HR Ibnu Majah )

Di do'akan, Semoga Suatu saat nanti sahabat semua dengan Izin & kuasa Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ dpt menunaikan Ibadah Haji & Umrah di tanah suci sehingga bisa berziarah ke tempat² bersejarah di Dua tanah suci Makkah Al-Mukarromah dan Madinah Al-Munawarah bersama keluarga tercinta..
Aamiin Yaa Robbal'alamiin 🤲

حبيبي يا رسول الله احبك واحب من يحبك ياحبيبي يامن خلق الكون من اجله..

Umrah
24 Nov- 5 Dec 2022
'

12/12/2022

5 tips mudah bagi persediaan Umrah :-

Terdapat banyak pakej umrah yang berada di pasaran. Tapi , macam mana membuat persediaan diri dan menentukan apa yang sesuai sebelum membuat pilihan.

1. Bagi kaum hawa , adik-adik dan sis kena pastikan tarikh-tarikh yang anda akan pergi anda dalam keadaan suci, iaitu bebas dari haid. Supaya lebih mudah untuk beribadah.

2. Fikirkan nak pergi pada musim yang sesuai. High season, mid season .Peak season pada bulan Ramadan dan cuti sekolah. Musim sejuk antara bulan 11 hingga Febuari .Musim sejuk p**a dapat rasa angin sejuk 😁
cuma tiada salji disana 😅.

3.Lokasi hotel , hotel yang dekat dari tempat untuk kita beribadah kerana kalau kita merancang untuk pergi bersama orang tua yang utamanya perlu pertimbangkan lokasi yang berdekatan supaya memudahkan pergerakan mereka untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain.

4. Perancangan kewangan, mengumpul sendiri atau berkump**an. Kumpul bersama-sama dengan pasangan atau ahli keluarga.Menyediakan bajet yang bersesuaian dengan musim bila anda berhasrat untuk pergi.

5 . Pilih pakej yang bersesuaian dengan pilihan anda :
https://kembarakhalifahtravel.com.my/product-category/umrah/

Semoga kita semua dapat menunaikan Haji dan Umrah suatu hari nanti .Amin ya Rab 🤲❣️

12/12/2022

Salam Sejahtera,,, Ada yang merancang untuk bercuti bersama keluarga, kawan2, company trip dll. Kita siapkan plan rujukan tentang cuaca di Balkan so boleh plan dari sekarang musim mana yang sesuai untuk anda, Harap ia berguna untuk perancangan tahun depan 2023.. Insallah



12/12/2022

정국 Jung Kook (of BTS) featuring Fahad Al Kubaisi - Dreamers | FIFA World Cup 2022 Soundtrack. ⭐well entertained
ke Korea , capai impian so plan untuk tahun 2023.

💥So next trip 2023 plan to travel to KOREA- winter season
Check on the weather keep as reference too.

Joint us for our Korea small group departure from February 2023 onwards.

FEB-MAC 2023 BY AIRASIAX
6H4M PENGALAMAN SKI - SEOUL - PULAU NAMI-SKI RESORT-PAJU- EUNPYEONG HANOK VILLAGE- ISADONG ANTIQUE STREET-NAMDAEMUN MARKET
-----------------------------------------------------------------

💲HARGA DARI:
RM4299.00
RM4299.00
RM4299.00

sebarang pertanyaan sila hubungi:
📞www.wasap.my/0162601371/koreawinter
📞www.wasap.my/0162601371/koreawinter
📞www.wasap.my/0162601371/koreawinter




12/12/2022

Big bos KK dan wife berlepas bersama menunaikan umrah bersama Ust Manzur petang ini. Semuga dipermudahkan urusan dan beroleh umrah yg makburah.
Bila nak bukak cafe kat Mekah...

Kembara Khalifah Travel Negeri Sembilan KKTN9
Kembara Khalifah Travel Sdn Bhd

Jemaah KKT berlepas ke Jedsah dari KLIA bersama Mutawwif Ustaz Manzur dari Pendang, Kedah.Semuga dipermudahkan perjalana...
12/12/2022

Jemaah KKT berlepas ke Jedsah dari KLIA bersama Mutawwif Ustaz Manzur dari Pendang, Kedah.
Semuga dipermudahkan perjalanan dan beroleh umrah yg makbulah san makburah.

Kembara Khalifah Travel Negeri Sembilan KKTN9
'Allahumma salliala Muhammad'

12/12/2022

﷽۞اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍﷺ۞

TELAGA IZIK.

Telaga Iziq & Kebun Mustazil
Telaga berkat, telaga Baginda ﷺ ini terletaknya di barat masjid Quba. Ketika mana Baginda ﷺ berhijrah dari Mekah ke Madinah, setibanya di perkampungan Bani Auf,
Rasulullah ﷺ bertemu dengan kaum Ansar di telaga ini. Kaum Ansar kebanyakannya tidak mengenali yang mana satu Baginda ﷺ kemudian apabila matahari naik ke atas,
Abu Bakar R.A telah memayungi Baginda ﷺ dengan kain rida'nya, maka ketahuilah orang Ansar bahawa yang dipayungi itu adalah Baginda ﷺ.

Telaga ini terletak diseberang jalan dari Masjid Quba'. Memang dekat sangat. Di kawasan rumah Kalthum Ibnu Hadm, yang mana Rasulullahﷺ pernah tinggal sementara waktu di rumah Kalthum Ibnu Hadm sebelum membina Masjid Quba.

Disinilah juga antara tempat persinggahan awal Nabi ﷺ apabila sampai ke Kota Madinah, selepas Nabi ﷺ Solat di Masjid Musobbih.

Ketika Nabi Muhammad ﷺ berehat ditepi telaga ini dengan memegang setangkai Kurma, Nabi ﷺ meminum air dari telaga ini.
Dan airnya ketika itu masin. Apabila Nabi ﷺ meludah kedalamnya airnya tidak lagi masin bahkan terasa lemak pada airnya.

Nabi ﷺ menamakan Izik kerana pada ketika itu Nabiﷺ memegang setangkai kurma. Yang dipanggil "Izik".
Telaga asalnya yang kering tu, kemudian dialihkan airnya ke telaga yang baru.
Subhanallah.

Wallahu a'lam bishawab.

Kredit : Penulis asal.

Sollu 'Alan Nabi

۞اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍﷺ۞

Jom Umrah bersama:
Kembara Khalifah Travel Sdn Bhd






Send a message to learn more

12/12/2022

﷽۞اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍﷺ۞

JABAL NUR/HIRA'.

Kenangan menelusuri Jabal Nur.

Saat mula mendaki, hati sudah mula berdebar², terasa sayu menyusuri jejak-jejak tapak kaki Nabi ﷺ,
mengenangkan pengorbanan Rasulullahﷺ bersusah payah mendaki bukit demi menyebarkan islam..
Mengenangkan pengorbanan Saidatina Khadijah yg berulang alik ke Jabal Nur..MasyaAllah.

Zaman Rasulullah ﷺ, Baginda mndaki dgn susah payah tp kita sekrang dah ada kmudahan di buat tangga² batuan..Allahu Akbar....tinggal lgi usaha kita sahaja..mahu atau tidak.

Selepas Asar kami mulai mendaki dari kaki Jabal Nur, kami 41 org jemaah hanya 10 jemaah shj yg berjaya sampai ke puncak Jabal Nur.
Alhamdulillah ,semoga yg lain Allah kurniakan rezeki di lain waktu..InsyaAllah Aamin.

Jabal Nur terletak kira-kira 4.8km dari Masjidilharam.

Untuk menaiki Jabal Nur, anda perlu mendaki selama lebih kurang sejam - 2 jam tergantung keadaan jemaah ..dari kaki bukit.

Gua Hira’, tidak terletak di puncak bukit.
Ia terletak kira-kira 5 meter dari puncak. Anda perlu turun ke bawah melalui jalan yang curam untuk menuju ke Gua Hira’.

Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad ﷺ diturunkan di sini. Mengikut pendapat ulama, surah Al -Alaq ayat 1-5 disampaikan oleh Malaikat Jibrail AS kepada Bagindaﷺ.

Nabi Muhammad ﷺ sebelum ‘kenabian’ telah pun mengunjungi Gua Hira’ ini untuk beruzlah dan menjauhi pemuda puak musyrikin Makkah yang lain.

Nabi Muhammad ﷺ berumur 40 tahun ketika dilantik menjadi Nabi.

Bukit ini terletak di Syaraye’ di mana ia adalah jalan menuju ke Ja'ranah dan juga Taif.

Dari puncak bukit, anda akan dapat melihat tepat ke arah Masjidilharam..

Terdapat penjual warga Pakistan yang menjual minuman sejuk seperti Pepsi, Coke, Mirinda, dan juga teh panas di atas puncak bukit.
Ada hentian² utk solat,Ada juga peti ais di atas sana. Entah macam mana depa pikul peti .. tak tergambar di fikiran. Yang pastinya dengan cuaca sangat sejuk pada waktu malam dapat nikmati pemadangan yg sgt cntik dgn lampu² di sekitar daerah tersebut...

Tinggi Bukit ini adalah kira-kira 634 meter

Semuga bermanfaat dan mendapat ilmu dalam perkongsian ini.
Jom Umrah bersama :
Kembara Khalifah Travel Sdn Bhd
Pm saya ya 😉






Send a message to learn more

12/12/2022

﷽۞اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍﷺ۞

JABAL UHUD

Jabal Uhud bukan gunung biasa. Jabal Uhud sarat akan nilai dan makna spiritual dan sejarah.
Ada yang menyebutnya bukit, ada yang menyebutnya gunung. Secara harfiah, jabal merujuk kepada kata gunung.

Jabal Uhud sendiri memiliki tinggi sekira 1.050 meter. Lokasinya sekira 4,5 kilometer di sebelah utara Kota Madinah, Arab Saudi. Panjangnya 7 Km dan terdiri dari batu-batuan granit, marmer merah dan batu-batu mulia.

Jabal Uhud sendiri memang tampak seperti gunung yang menyendiri, tidak tersambung dengan gunung lainnya. Karena itu nama Jabal Uhud diberikan yang berarti gunung yang menyendiri.

Keutamaan Jabal Uhud

Jabal Uhud merupakan gunung yang ada di syurga. Jika ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka berziarahlah ke Bukit Uhud sebagaimana Nabi ﷺ pernah bersabda:
“Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga."
Demikian hadis riwayat Al-Bukhari.

Rasulullah ﷺ mencintai Jabal Uhud
"Gunung Uhud adalah gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya,"
demikian hadits riwayat Al Bukhori.
Jabal Uhud pernah bergetar ketika Nabi Muhammad ﷺ berjalan di atasnya bersama Sayyidina Abu Bakar, Umar dan Utsman RA.

Ketika itu Nabi ﷺ menghentakkan kakinya dan berkata: "Diamlah engkau Uhud, di atasmu sekarang ada Rasulullah ﷺ dan orang yang selalu membenarkannya (Abu Bakar RA) dan dua orang yang akan mati syahid (Umar bin Khattan dan Utsman bin Affan)"
Seketika Gunung Uhud pun diam mentaati ucapan Nabiﷺ Dari riwayat ini kita bisa menyimpulkan betapa cintanya Gunung Uhud kepada Nabi Muhammad ﷺ .
Terbayang gunung saja girangnya bukan main ketika Rasulullahﷺ menginjaknya.

ZIARAH MAKAM SYUHADA PERANG UHUD

Salah satu tempat yang menjadi pusat ziarah ribuan jemaah haji atau umrah dari seluruh penjuru dunia adalah makam para syuhada di Jabal Uhud, Madinah.
Makam Syuhada Uhud adalah sebuah tempat bersejarah di Madinah, Arab Saudi terletak 5 kilometer utara Masjid Nabawi tepatnya di antara Gunung Uhud dan Bukit Rumat.

Tempat ini merupakan pemakaman bagi 70 sahabat Nabi Muhammad ﷺ yang gugur pada Pertempuran Uhud, antara lain Sayyidina Hamzah RA bin Abdul Muthalib (bapa saudara Nabi), Mush'ab bin 'Umair, Hanzalah bin Abi 'Amir, Amru bin al-Jamuh dan Abdullah bin Amr bin Haram.
kisah masuk islamnya Sayyidina Hamzah RA yang sangat mengagumkan. Semoga kita bisa memetik hikmah dan iktibar dari keteguhan Beliau membela Islam dan Rasulullah ﷺ.
Sayyidina Hamzah RA bin Abdul Muthalib bin Hasyim, seorang paman Nabi ﷺ dan saudara sepersusuannya. Dia memeluk Islam pada tahun kedua kenabian, Ia Ikut Hijrah bersama Rasulullah ﷺ dan ikut dalam perang Badar, dan meninggal pada saat perang Uhud, Rasulullah menjulukinya dengan “Asadullah” (Singa Allah) dan menamainya sebagai “Sayidus Syuhada”.
Rasulullah ﷺ bersabda: "Penghulu para syuhada pada hari kiamat adalah Hamzah bin Abdul Mutthalib". (Al-Hakim)

Ketika Sayyidina Hamzah RA wafat, turunlah ayat Al-Qur'an di mana Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah 'Azza wa Jalla mati, bahkan mereka hidup, di sisi Allah mereka diberi rezeki.
(Surah Ali Imran:169)

Ibnu Abbas RA berkata: "Ayat ini turun berkenaan dengan wafatnya Hamzah radhiyallahu 'anhu dan para Sahabat.

Syuhada yang dimakamkan di sana adalah para pejuang Islam yang terkorban dalam Perang Uhud, perang dahsyat yang terjadi antara kaum muslimin melawan kaum musyrikin pada masa Rasulullah ﷺ.

Pertempuran tersebut terjadi pasca kemenangan kaum muslimin dalam Perang Badar. Kerana kalah dalam Perang Badar, kaum musyrikin menyusun strategi dan kekuatan setelah bersepakat mengadakan serangan balasan dengan berbagai persiapan.
Kaum Musyrikin pun menuju Madinah hingga sampai berdekatan Jabal Uhud. Disinilah akhirnya berlaku perang dahsyat yang dinamakan Perang uhud.
Dalam peperangan tersebut seramai 70 kaum muslimin yang mati syahid. Tak sedikit p**a dari kaum musyrikin yang tewas. Namun pasukan muslimin tetap berhasil mempertahankan Madinah Al Munawarah.

Para muslimin yang mati syahid kemudian dimakamkan di kawasan Jabal Uhud yang hingga kini banyak dikunjungi para penziarah.

Kami Jemaah Kembara Khalifah Travel di bimbing oleh Ustaz Shukur bin Usri..yg MasyaAllah ilmunya...menyatakan lagi..
Ganjaran bagi yg mengerjakan solat jenazah adalah pahala 1 qirath Bukit Uhud..dan
Besarnya ganjaran bagi mereka yang dapat menyaksikan pengebumian serta mengerjakan solat ke atas jenazah. Mereka akan memperoleh pahala 2 Qirath iaitu menyamai 2 Bukit Uhud. Namun, jika kita tidak mampu untuk mengiringi jenazah sehingga ke tanah perkuburan hanya sempat mengerjakan solat sahaja.

Disunnahkan ketika berziarah ke Jabal Uhud ini kita memberi salam kepada para syuhada Uhud serta mendoakannya..

Wallahu a'lam bishawab.
Umrah
24 Nov -5 Dec 2022
Bersama:
Kembara Khalifah Travel Sdn Bhd




Send a message to learn more

22/06/2022

Short video pengisian program kursus Mutawwif oleh Kembara Khalifah Travel Sdn Bhd.

Address

No. 18, Lorong Desa Melor 1/3
Seremban
70450

Telephone

+60196210677

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Khalifah Travel Negeri Sembilan KKTN9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kembara Khalifah Travel Negeri Sembilan KKTN9:

Videos

Share

Category