KAWAN International Travel Sdn Bhd

KAWAN International Travel Sdn Bhd Agensi Haji (PJH 2024), Umrah dan pelancongan yang menjanjikan pengalaman yang PALING MANIS untuk dikenang semua.

KAWAN akan mengadakan KURSUS UMRAH PERCUMA 2.0 yang bakal berlangsung tidak lama lagi‼️Semua dijemput ke Kursus Umrah KA...
10/09/2024

KAWAN akan mengadakan KURSUS UMRAH PERCUMA 2.0 yang bakal berlangsung tidak lama lagi‼️

Semua dijemput ke Kursus Umrah KAWAN International Travel pada 21 Sep 2024 (Sabtu) di Pejabat KAWAN International Travel Sdn Bhd.

Sila sahkan kehadiran anda di nombor tertera.

Wa.me/601113165190

JOM TAMBAH ILMU ❤️🕋

8 MINIT 20 SAAT SAJA DARI HOTEL EMAAR WORTH ELITE KE DATARAN MASJIDIL HARAMJemput tengok jarak dari Masjidil Haram ke ho...
03/09/2024

8 MINIT 20 SAAT SAJA DARI HOTEL EMAAR WORTH ELITE KE DATARAN MASJIDIL HARAM

Jemput tengok jarak dari Masjidil Haram ke hotel Worth Elite (Ibrahim Khalil Road) yang kami gunakan bagi pakej Umrah Air Arabia dari 9 Malam sehingga 20 Malam.

Bayangkan tuan² puan² boleh mengerjakan umrah selama 13 Malam di Mekah menginap di hotel ini, hanya 8 minit 20 saat dah sampai ke hotel dari dataran Masjidil Haram !

Harga menarik, hotel bersih dan dekat.

Hubungi Mutawwif RM di 011 1006 9180 atau Hotline KAWAN International Travel di 011-1316 5190

Pautan/Link: https://youtu.be/P98x9R3O1_E?si=KPHS0PsoPEPZbQBX







Walkthrough of masjid al haram umrah gate to worth elite hotel, ibrahim Al Khalil Road

4 HARI 3 MALAM KEMBARA TRADISI KE RANAH MINANG *****************************************************Nikmati pemandangan ...
02/09/2024

4 HARI 3 MALAM KEMBARA TRADISI KE RANAH MINANG

*****************************************************

Nikmati pemandangan Danau Maninjau nan terbentang luas sambil menghayati perjuangan ilmu Buya HAMKA yang tersohor itu.

*****************************************************

APA YANG MENARIK DI PADANG & BUKITTINGGI?

Hidangan Nasi Padang dengan 1001 lauk pauk yang pastinya bikin kita rambang mata.

Bergambar dengan sebalik Istano Basa Pagaruyung yang unik dengan berbumbung gonjong.

Pastu nak pergi tak tengok tempat nakhoda kapal yang menjadi batu - Lagenda Malin Kundang (Si Tanggang) di Pantai Air Manis!

Daaaan jangan lupa beli belah barangan songket di Pandai Sikek serta produk makanan seperti 'Lempeng Neraka' dan Pisang Salai.

Psst: Eh jangan tak tahu, kita pergi tempat strawberi juga tau !

=========================================

Harga minimum 16 orang dari RM1660/seorang TERMASUK tiket penerbangan pergi-balik.

Kanak-Kanak Berkatil: RM1596
Kanak-kanak Tidak Berkatil: RM1405

PENGINAPAN

2 Malam di Bukittinggi: Royal Denai atau setaraf.
1 Malam di Padang: Ibis atau setaraf.

TARIKH-TARIKH PENERBANGAN:

1) 17 - 20 November 2024
2) 20 - 23 Disember 2024
3) 19 - 22 Januari 2025

Hubungi:

011 1006 9180 (Encik RM)
011 1316 5190 (Hotline KAWAN)

=========================================





Sempena Islamic Tourism Month dari 16 Ogos sehingga 30 September 2024, KAWAN International Travel turut serta mempromosi...
02/09/2024

Sempena Islamic Tourism Month dari 16 Ogos sehingga 30 September 2024, KAWAN International Travel turut serta mempromosi pakej-pakej Mesra-Muslim kami di laman sesawang (website) Islamic Tourism Centre (ITC).

Ingat KAWAN, Ingat Pelancongan Mesra-Muslim !

Jemput singgah di:
https://itm.itc.gov.my/event/kawan-international-travel/




[KAWAN SIRAH]5 PERKARA YANG BERLAKU SEBELUM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW YANG PATUT ANDA TAHU1.  Sebelum Nabi SAW lahir, ...
01/09/2024

[KAWAN SIRAH]

5 PERKARA YANG BERLAKU SEBELUM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW YANG PATUT ANDA TAHU

1. Sebelum Nabi SAW lahir, orang-orang Arab asalnya beriman dengan ajaran Nabi Ibrahim AS dan Nabi Allah Ismail AS. Kemudian setelah berlalunya zaman, banyak perkara dalam agama diubah walaupun masih beriman kepada Allah SWT. Mereka menyembah Allah SWT tetapi memasang perantara seperti patung berhala Lat, Uzza, Hubal dan sebagainya.

2. Arab Jahiliyyah dahulu mengamalkan amalan membutakan unta. Apakah amalan ini? Bagi setiap 1000 unta yang akan dipersembahkan kepada Tuhan, mereka akan butakan mata seekor unta. Maka jika anda ada 2 ekor yang buta, maksudnya anda mempunyai 2000 ekor unta. Tokoh Jahiliyyah yang ternama dan dihormati masyarakat tetapi berdosa besar kerana membawa masuk berhala ke Mekah iaitu Amru Bin Luhay Al Khuzai dikatakan memiliki 20 ekor unta yang dibutakan - 20,000 ekor unta ! Kaya betul mamat ni, patutlah apa yang dia buat, orang ramai ikut !

3. Abrahah seorang Gabenor Najasyi dari Yaman yang ingin menghancurkan Kaabah pernah bertemu dengan Abdul Muttalib, datuk kepada Nabi SAW. Abrahah berfikir yang Abdul Muttalib ingin berbincang mengenai Kaabah Rumah Allah yang bakal dirobohkannya, tetapi Abdul Muttalib rupanya ingin meminta balik 200 ekor unta yang disita/dirampas oleh tentera Abrahah. Ketika inilah Abdul Muttalib memberi 'one-liner' beliau yang sangat terkenal itu:

أنا رب الإبل.. أما البيت فله رب يحميه.

"Aku tuan unta-unta ini, manakala Rumah (Kaabah) ini ada Tuannya yang akan melindunginya"

4. Selain terkenal kerana pernyataan pedas beliau kepada Abrahah, Abdul Muttalib (datuk Nabi SAW) juga sangat dikenali kerana beliaulah yang menemukan semula Telaga Zam-Zam. Ketika itu air Zam-Zam dikenali sebagai leganda dan tidak ditemui oleh Arab Jahilyyah kerana ianya pernah ditimbus oleh kaum yang pernah memerintah Mekah dahulu.

Abdul Muttalib mendapat mimpi tentang lokasi air zam-zam yang terletak di kawasan Kaabah tetapi pada mulanya mimpi tersebut tidak dihiraukan Abdul Muttalib. Tetapi apabila mimpi tersebut berulang-ulang, ketahuilah oleh Abdul Muttalib bahawa ia adalah petanda daripada Allah, maka beliau dan anaknya Harith mula menggali di kawasan Kaabah, lokasi yang ditunjukkan dalam mimpinya.

Orang Arab Jahiliyyah mengejeknya dengan berkata tak mungkin ditemui telaga Zam-Zam yang sudah tidak ditemui selama 300-400 tahun yang lalu. Akhirnya setelah banyak menggali, maka ditemuilah semula telaga Zam-Zam oleh Abdul Muttalib!

5. Orang Arab tidak mempunyai kalendar yang sistematik, hatta sehingga zaman Sahabat. Mereka mengetahui bulan-bulan dalam setahun tetapi tiada sistem menentukan tahun dengan tepat. Penentuan tahun dibuat berdasarkan peristiwa besar yang terjadi pada tahun itu; contohnya Tahun Gajah ('Aam Al-Fiil/عام الفيل), tahun Nabi SAW dilahirkan sekitar 571 Masihi.

Bercerita tentang gajah, tahukah anda bahawa ketua gajah perang tentera Abrahah bernama 'Mahmud' dan ketika diarah menuju Kaabah, Mahmud tidak mahu dan tidak berganjak. Jika disuruh bergerak menghala arah lain selain arah Kaabah, Mahmud akan bergerak. Walaupun dipaksa dan diseksa, Mahmud tidak mahu bergerak menuju Kaabah dan ketika mereka kacau-bilau itu, turunlah tentera Allah iaitu burung-burang yang membawa batu neraka menghancurkan bala tentera Abrahah.

Wallahua'lam

Mutawwif RM, Putrajaya 30 Ogos 2024

Rujukan:

1) Sirah Series: Syaikh Yasir Qadhi
2) Usrah Ali Qatar (KItab Sirah Ar-Raheeq Al Makhtum) Ustaz Salman Ali
3)https://m.elwatannews.com

Sekali lagi kita menempuh tarikh keramat yang bersejarah. Tanggal 31 Ogos 2024, maka genaplah 🇲🇾 tanah air tercinta meny...
31/08/2024

Sekali lagi kita menempuh tarikh keramat yang bersejarah.

Tanggal 31 Ogos 2024, maka genaplah 🇲🇾 tanah air tercinta menyambut tahun Kemerdekaan yang ke 67.

Salam JIWA MERDEKA!

Dari kami wargakerja Kawan International Travel.

UMRAH LEBIH LAMA, HOTEL BERSIH DAN LOKASI YANG BAGUSPakej dengan penerbangan Air Arabia kami, sampai 22 Hari 20 Malam ak...
30/08/2024

UMRAH LEBIH LAMA, HOTEL BERSIH DAN LOKASI YANG BAGUS

Pakej dengan penerbangan Air Arabia kami, sampai 22 Hari 20 Malam akan menggunakan hotel ini - Emaar Worth Elite.

Syarikat Emaar ni besar, ada banyak hotel tetapi kami pilih Worth Elite ini kerana kami pernah tinggal di hotel ini dan lokasinya yang baik.

Worth Elite ini walaupun dari sudut jarak dalam Google Map ditulis 650 meter (kurang lebih) ke dataran Haram, sebenarnya perjalanan ke Haram tak terasa jauh.

Hotel yang terletak di Jalan Ibrahim Khalil ini ada banyak hotel dan kedai-kedai sepanjang jalan. Malah, kedai air tebu yang tular (viral) dahulu pun letaknya di salah satu lorong dari Jalan Ibrahim Khalil.

Nak cari serbuk inai Mekah, cenderamata, makanan, ayam 'Broast', farmasi, makanan Pakistan, barangan runcit, banyak terdapat di sini. Sebab itu perjalanan InsyaAllah tidak terasa jauh.

Dari RM7400, anda sudah boleh tinggal selama 13 malam di Mekah dan 7 malam di Madinah, kini lebih lama di Haramain dengan harga mampu pergi.

Hotel Worth Elite ini bersih, malah mendapat markah 4.4 daripada 5 bintang di Google Review.

Untuk mengetahui perjalanan dari hotel Worth Elite ke Haram yang mengambil masa 10-12 minit berjalan, anda boleh menonton video ini:

https://youtu.be/ocgNplMvTiE?si=_zeDEUQTIaMv5uXA

Hotel tak jauh, harga menarik dan jauh lebih banyak masa di Mekah dan Madinah.

Umrah 20 malam bersama KAWAN International Travel Sdn Bhd !

Tekan pautan (link) ini untuk pakej, tarikh dan harga: https://www.facebook.com/share/p/VAnsLyFkrbBJapnn/?mibextid=oFDknk

Hubungi 011 1006 9180 (Mutawwif RM) atau pejabat 011-1316 5190







Worth Elite Hotel Makkah ke Masjidil Haram. Seberapa jauh dengan berjalan kaki🛎️ Nama Hotel, Worth Elite Hotel Makkah Anggota dari Emaar Al Diyafa HotelsSej...

KAWAN SHARE 💡SOALAN: Dato Adam baru sahaja meninggal dunia. Ketika hayatnya beliau sangat mampu untuk mengerjakan Umrah ...
29/08/2024

KAWAN SHARE 💡

SOALAN:

Dato Adam baru sahaja meninggal dunia. Ketika hayatnya beliau sangat mampu untuk mengerjakan Umrah tetapi memilih untuk tidak ke Mekah Madinah untuk ibadah ini. Setelah Dato Adam telah tiada, Encik Khairil, anak kepada Allahyarham ingin melakukan Umrah Badal untuk arwah ayahnya. Adakah ini dibenarkan?

JAWAPAN:

Dalam mazhab Syafie, Umrah Badal boleh dilakukan untuk si mati yang semasa hidupnya tidak pernah mengerjakan umrah.

Jika semasa hidupnya syarat² wajib umrah sudah dipenuhi, namun telah meninggal dunia tanpa melakukan umrah - WAJIB dilakukan umrah daripada harta peninggalannya dengan segera.

Ahli warisnya berkewajipan menolak jumlah yang mencukupi untuk Badal umrahnya sebelum harta peninggalan arwah diagihkan mengikut Faraid.

BAGAIMANA JIKA DATO ADAM TIDAK MENINGGALKAN APA² HARTA?

JAWAPAN: Sunat bagi warisnya melakukan umrah untuk Dato Adam ATAU mengupah seseorang melakukan umrah untuk Allahyarham.

Orang ajnabi (tiada hubungan keluarga dengan Dato Adam) juga boleh melakukan umrah bagi Allahyarham walaupun tanpa izin warisnya sekalipun

Wallahua'lam

Oleh: Mutawwif RM, Seremban 2, 28 Ogos 2024

Rujukan:

1) muka surat 169, Fiqh Umrah Kontemporari Norma Baharu Cetakan Julai 2024 oleh Prof Madya Dr Jamalluddin Hashim.





AN-NAQA' -  BERSIH BUKAN HANYA DI LUAR DAN TIADA LAGI TEMPOH MENUNGGU 24 JAM  Gambar yang saya kongsikan di sini adalah ...
28/08/2024

AN-NAQA' - BERSIH BUKAN HANYA DI LUAR DAN TIADA LAGI TEMPOH MENUNGGU 24 JAM

Gambar yang saya kongsikan di sini adalah Resolusi Muzakarah Tabung Haji Peringkat Kebangsaan ke-40 Musim Haji 1445/2023 tentang 'An-Naqa' iaitu suci dalam tempoh Haid.

Sebenarnya 'An-Naqa' ini adalah bersih di dalam dan luar f***j. Mesti bersih luar dan juga dalam, maka macamana nak tahu sudah bersih 'dalam' ? Haa, tak cukup tau hanya lihat di tuala wanita sahaja!

NAK TAHU BERSIH DALAM F***J? - Masukkan kapas ke dalam f***j dengan kedalaman sekadar seruas jari secara mencangkung. Seterusnya didapati kapas itu dalam keadaan bersih. Kalau ada kesan darah pada kapas berkenaan, Naqa' tidak berlaku.

Maka tak cukup lihat kesan darah di sebelah luar sahaja, mesti periksa di sebelah dalam juga bagi memastikan AN-NAQA' benar-benar berlaku.

Jika Cik Delila dari Madinah dah dalam Haid, kemudian beliau ke Mekah. Sepatutnya hari ke- 7 baru habis Haid tetapi ternyata hari ke - 4 dah 'clear'.

Maka Cik Delila kena buat apa?

Periksa kesan Haid luar dan dalam bagi memastikan bersih luar dan dalam (An-Naqa'). Jika bersih, maka mandi Junub dan boleh dah Tawaf Saie dan bergunting.

Tak perlu menunggu 24 jam (dahulu dinyatakan kena tunggu selama 24 jam) dan jika sepanjang Tawaf 7 kali pusingan itu Haid tidak datang, maka sah Tawafnya.

Saie tidak memerlukan bersih daripada Haid, yang penting mesti yakin 7 x pusingan Tawaf adalah dalam keadaan suci daripada hadas besar dan hadas kecil.

Saya 'copy paste' jawapan yang lebih panjang dalam perkara ini di bawah :

"Dlm Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) ke-40 pada 23-25 Oktober 2023 memutuskan untuk mengguna pakai pandangan muqabil al-Azhar di dalam mazhab Shafi’i, iaitu seseorang itu dikira suci pada waktu naqa' secara mutlak, tanpa terikat dengan tempoh menunggu selama 24 jam untuk pengesahan suci daripada haid. Jemaah boleh menggunakan tempoh naqa' tersebut untuk menyelesaikan ibadat umrah atau haji seperti tawaf. Walaupun jemaah masih lama di Makkah ataupun masih panjang masa untuk ke tarikh wukuf, penggunaan tempoh naqa' ini tetap boleh dilakukan.

Oleh itu, jemaah wanita yang memperoleh waktu naqa' ketika dalam tempoh kebiasaan haid atau dalam tempoh maksimum haid, boleh menggunakan pandangan muqabil Al-Azhar di dalam mazhab Shafi’i untuk meyelesaikan tawafnya. Dalam tempoh tersebut juga, jemaah boleh melakukan ibadat-ibadat solat, puasa dan lain-lain. Semua ibadatnya yang dilaksanakan semasa tempoh naqa’ seperti solat, puasa dan tawaf adalah sah. Kecuali naqa’ tidak diambil kira untuk menyelesaikan tempoh iddah. Juga dihalalkan baginya bersetubuh pada waktu tersebut. Sekiranya haid datang kembali dia dianggap berada dalam keadaan tidak suci dan ini menghalangnya daripada melakukan semua ibadat yang diharuskan semasa suci. Bagaimanapun, jemaah hendaklah memastikan dia benar-benar suci dalam dan luar f***j dan kemudian mandi wajib sebelum melaksanakan ibadat-ibadat yang dinyatakan."

Wallahua'lam.

Susunan: Mutawwif RM, Seremban (21 Ogos 2024, dikemaskini pada 28 Ogos 2024 )

Rujukan & Perbincangan:

1) Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-40, Musim Haji 1445/2023.

2) muka surat 78, Fiqh Umrah Kontemporari Norma Baharu, Cetakan Kesembilan - Julai 2024 oleh Prof. Madya Dr Jamalluddin Hashim.

3) Al-Fadhil Ustaz Farid Arif

4) Al-Fadhil Ustaz Hafiz Shaari

5) Al-Fadhil Ustaz Muhaimin






PROMOSI SEPTEMBER & OKTOBER - HOTEL SANGAT DEKAT, HARGA SANGAT MUNASABAH !Nak tahu hotel apa yang kami akan guna untuk p...
28/08/2024

PROMOSI SEPTEMBER & OKTOBER - HOTEL SANGAT DEKAT, HARGA SANGAT MUNASABAH !

Nak tahu hotel apa yang kami akan guna untuk pakej umrah RM7990?

Hotel bertaraf 5 bintang yang tak sampai 100 meter dari dataran Masjidil Haram, letaknya dalam Menara Safwah - Hotel Dorrar Al Eiman Royal !

Hotel ini dahulunya dikenali sebagai 'Dar Al Eiman Royal Hotel', kini namanya diubah kepada 'Dorrar Al Eiman'.

Lihatlah gambar ini, lokasi hotel sangat dekat dengan Masjidil Haram.

Sesuai untuk semua yang memerlukan hotel yang selesa dan sangat hampir dengan Haram:

1) Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil

2) Warga emas yang tidak berdaya berjalan jauh dan boleh berulang-alik antara hotel dan Masjidil Haram dengan mudah.

3) Jemaah yang sakit yang memerlukan jarak hotel ke Haram yang dekat bagi memudahkannya melakukan ibadah.

4) Sesiapa sahaja yang inginkan keselesaan.

TAWARAN RM7990 HANYA UNTUK PAKEJ UMRAH SEPTEMBER & OKTOBER SAHAJA!

September: 5, 12, 19
Oktober: 2, 9, 16

5 malam Makkah: Dorrar Al Eiman Royal Hotel (5 bintang) atau setaraf (80 meter +/-)

5 malam Madinah: Ansar New Palace (3 bintang) atau setaraf
(180 meter +/-)

GAMBAR: Kedudukan bangunan hotel dan jarak dengan Masjidil Haram, Makkah.

Segera tekan link di bawah untuk maklumat lanjut‼️

Wa.me/601113165190



&Umrah






KAWAN SHARE 💡SOALAN daripada CIK ALIA (bukan nama sebenar): Masa zaman Covid belum reda dulu saya ada pergi umrah dengan...
27/08/2024

KAWAN SHARE 💡

SOALAN daripada CIK ALIA (bukan nama sebenar):

Masa zaman Covid belum reda dulu saya ada pergi umrah dengan keluarga saya. Saya tahu bahawa orang perempuan tidak boleh menutup muka ketika dalam Ihram tetapi ketika itu kami dapat arahan bahawa wajib menutup muka dengan pelitup muka (face mask).

Mutawwif p**a kata boleh tutup muka dengan face-mask dan tidak dikenakan Dam. Betul ke?

JAWAPAN:

Situasi ini perlu kita bincangkan kerana wabak atau apa-apa yang seumpamanya tidak mustahil akan berulang (moga dijauhkan Allah daripadanya).

Ya, semasa pandemik belum reda dan masih teruk dulu, sesiapa yang mengerjakan umrah wajib mematuhi arahan pihak berkuasa dan wajib menutup muka - lelaki dan perempuan.

Tambahan lagi, perkara ini dianggap tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam. Saya petik sepotong Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-37 Musim Haji 1442H/2020M:

"Semasa wabak, pemakaian pelitup muka yang diarahkan oleh pihak berkuasa ketika dalam ihram bagi wanita adalah diharuskan, dan tidak dikenakan Dam serta tidak berdosa. Lelaki dibolehkan untuk menutup muka kerana perbuatan tersebut tidak termasuk dalam perkara larangan dalam ihram bagi lelaki"

Wallahua'lam

Mutawwif RM, 24 Ogos 2024 Seremban 2, NS.

Rujukan:

1) Muka surat 48, Fiqh Umrah Kontemporari Norma Baharu, Prof Madya Dr Jamalluddin Hashim

2) Dato Ustaz Md Daud Che Ngah






NAK BERIBADAH LAMA DI MEKAH?22 Hari 20 Malam dari RM7400 !Hotel tak terlalu jauh sampai kena naik pengangkutan lain dan ...
26/08/2024

NAK BERIBADAH LAMA DI MEKAH?

22 Hari 20 Malam dari RM7400 !

Hotel tak terlalu jauh sampai kena naik pengangkutan lain dan tidak terlalu jauh untuk berjalan - sesuai untuk masa lebih sehingga 13 Malam di Mekah !

Tarikh-tarikh penerbangan (Air Arabia):

1) 03 Oktober - 24 Oktober 2024
2) 06 Oktober - 27 Oktober 2024
3) 09 Nov - 30 Nov 2024
4) 12 Nov - 03 Disember 2024

Mekah: Emar Worth Elite - 650 meter (+/-)
Madinah: Hayah Plaza - 150 meter (+/-)

Boleh rujuk peta untuk lokasi hotel Emaar Worth Elite di Ibrahim Khalil Street.

Boleh tetap berjalan kaki sampai ke Haram.

Psst: Air tebu yang tular (viral) tu kat jalan Ibrahim Khalil Street ni tau!





KAWAN SHARE 💡Soalan: Encik Khaidir sedang melakukan Tawaf Umrah pada pusingan keempat, kemudian muazin Masjidil Haram me...
22/08/2024

KAWAN SHARE 💡

Soalan: Encik Khaidir sedang melakukan Tawaf Umrah pada pusingan keempat, kemudian muazin Masjidil Haram melaungkan seruan untuk bersolat. Maka elok Encik Khaidir berhenti Tawaf Umrah atau menyambungnya?

Jawapan: Jika diseru (oleh muazin) untuk ditunaikan solat fardhu, jemaah hendaklah berhenti melakukan tawaf dan solat berjemaah. Seterusnya menyambung semula tawaf selepas itu.

Jika diseru (oleh muazin) untuk menunaikan solat jenazah, adalah afdal jemaah meneruskan tawaf jika tawafnya itu Tawaf Wajib seperti Tawaf Umrah atau Tawaf Wada'.

Jika tawafnya itu adalah Tawaf Sunat, adalah afdal dia turut sama menunaikan solat jenazah. Kedudukan Saie dalam isu ini adalah sama dengan kedudukan Tawaf.

Susunan: Mutawwif RM, Seremban, NS (20 Ogos 2024)

Rujukan:

Muka surat 146, Fiqh Umrah Kontemporari Norma Baharu (berdasarkan Mazhab Syafie & Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan) oleh Prof Madya Dr Jamalluddin Bin Hashim.

INGIN MENGERJAKAN HAJI DAN/ATAU UMRAH SECARA PERCUMA DENGAN AGENSI PELANCONGAN BERTARAF 'PJH' (Pengelola Jemaah Haji)?PE...
21/08/2024

INGIN MENGERJAKAN HAJI DAN/ATAU UMRAH SECARA PERCUMA DENGAN AGENSI PELANCONGAN BERTARAF 'PJH' (Pengelola Jemaah Haji)?

PENCARIAN EJEN UMRAH, HAJI & PELANCONGAN DI SELURUH MALAYSIA !

Sertai bidang pelancongan bersama KAWAN dan berpotensi menjana pendapatan sehingga RM15,000 SEBULAN bersama kami !

Ingin menunaikan Haji secara percuma, malah berpeluang mendapat elaun menarik selaku petugas Haji KAWAN?

Lama dah nak melancong ke seluruh dunia secara percuma, termasuk menunaikan umrah secara tanpa kos?

Tercari-cari peluang lain untuk berniaga tanpa menyimpan stok atau kos yang tinggi ?

Ketahui cara untuk terpilih sebagai seorang ‘tour leader’ atau ‘mutawwif’ mengetuai rombongan pelancongan ke pelbagai negara (termasuk ibadah umrah) sambil menikmati elaun yang menarik.

Anda ingin menikmati pendapatan sehingga empat atau lima angka sambil kekal dengan pekerjaan dan perniagaan anda yang sedia ada?

Jika jawapan anda adalah ya, maka ayuh sertai KAWAN International Travel sebagai seorang Wakil/Ejen Umrah, Haji & Pelancongan Muslim. Anda dijemput untuk menghadiri sesi taklimat seperti di bawah dengan mendaftar di https://forms.gle/JM1ZQ2B5MT8JyR9u9

InsyaAllah kami akan mengadakan SESI TAKLIMAT PELUANG JANA PENDAPATAN SEBAGAI EJEN/WAKIL DAN PELUANG MENGERJAKAN HAJI SECARA PERCUMA BERSAMA KAWAN INTERNATIONAL TRAVEL pada:

Tarikh: 7 September 2024 (Sabtu)
Lokasi: Pejabat KAWAN International Travel, Uptown Avenue, Seremban 2, Negeri Sembilan
Masa: 0900 pagi - 1230 tengahari
Bayaran: Percuma

MOHON DAFTAR DI SINI UNTUK MENYERTAI: https://forms.gle/JM1ZQ2B5MT8JyR9u9

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada Encik RM di 011 1006 9180.

JUMPA DI SANA !






BELUM ADA RANCANGAN UNTUK CUTI SEKOLAH SEPTEMBER? Jom pilih negara dan tarikh untuk cuti-cuti mesra Muslim anda:1) 5H4M ...
21/08/2024

BELUM ADA RANCANGAN UNTUK CUTI SEKOLAH SEPTEMBER?

Jom pilih negara dan tarikh untuk cuti-cuti mesra Muslim anda:

1) 5H4M Salam Taiwan : 15 - 19 Sept 2024
(Baki 10 orang)

2) 7H6M Pengalaman Bullet Train Tokyo & Osaka:

Tarikh 1: 16 - 22 Sept (Baki : 1 seorang)
Tarikh 2: 18 - 24 Sept (Baki: 25 orang)

3) 6H4M Korea Autumn 16 - 21 Sept 2024
(Baki: 3 orang)

4) 4H3M Kundasang & KK: 19 - 22 Sept 2024
(Baki: 3 orang)

Haa, apa tunggu lagi jom kita melancong ke negara-negara di atas bersama KAWAN International Travel.

Untuk pertanyaan destinasi di atas atau destinasi-destinasi lain sehingga tahun depan, boleh hubungi 011-1316 5190 (Kawan International Travel).

Selamat bercuti !

KAWAN SHARE💡KAWAN nak share tips pakaian umrah untuk wanita. Penting untuk kaum wanita ambil tahu terutamanya bagi yang ...
19/08/2024

KAWAN SHARE💡

KAWAN nak share tips pakaian umrah untuk wanita. Penting untuk kaum wanita ambil tahu terutamanya bagi yang ingin menjejaki kaki ke Tanah Suci buat pertama kalinya.

1. Jubah yang tidak meleret.
2. Pilih baju wudhu-friendly.
3. Perbanyakkan jubah seluar.
4. Bawa tudung sarung.
5. Pilih pakaian tak perlu digosok.
6. Pakai pakaian berkain ringan.
7. Pilih pakaian tidak jarang.
8. Pemilihan pakaian berwarna asas.

WANITA perlu mengambil perhatian dalam soal pemilihan pakaian yang sesuai ketika menunaikan ibadah umrah terutama apabila ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Pilih pakaian yang bukan sahaja menutup aurat tetapi selesa dan memudahkan pergerakan.

3 FAKTA MENARIK TENTANG LARANGAN BERBURU KETIKA DALAM IHRAMFAKTA PERTAMA:Tahukah anda bahawa kadangkala ada belalang di ...
17/08/2024

3 FAKTA MENARIK TENTANG LARANGAN BERBURU KETIKA DALAM IHRAM

FAKTA PERTAMA:

Tahukah anda bahawa kadangkala ada belalang di Mekah dan Madinah. Jika kita berjalan di Masjidil Haram, melepak di lobi hotel Mekah atau sedang berbual dengan kawan di Mina, kemudian terpijak belalang secara tak sengaja sampai mati, maka kita dikenakan Dam.

Situasi A) Bukan dalam ihram tetapi terpijak belalang di dalam Tanah Haram Mekah: Kena Dam

Situasi B) Dalam ihram terpijak belalang di luar Tanah Haram Mekah: Pun kena Dam.

Maka banyak mana Dam untuk dibayar?

Ibn Umar mengatakan nilai seekor belalang - sebiji kurma.
Ibn Abbas : Segenggam makanan.

Menurut Imam An-Nawawi : apa yang dinukilkan daripada sahabat-sahabat Nabi SAW tentang nilai seekor belalang dalam isu ini adalah diandaikan tentang nilainya pada ketika itu.

Maka kalau ada jemaah yang terpijak belalang sampai mati, walaupun tak sengaja, maka jumpalah mutawwif/mutawwifah anda untuk jumlah dan urusan bayaran Dam. Tetapi setakat kalau seekor belalang, bayar SAR 1 dah cukup.

NOTA: Tanah Haram Mekah termasuk: Mekah, Mina & Muzdalifah. Arafah adalah Tanah Halal.

FAKTA KEDUA:

Tahukah anda bahawa kita tak boleh berburu, menangkap, mengurung atau membinasakan binatang buruan darat yang halal dimakan sama ada di Tanah Halal atau Tanah Haram.

Kalau menurut mazhab As-Syafie, binatang buruan yang dimiliki di Tanah Halal (contohnya di Raub, Pahang) seperti burung tekukur, burung merpati, kijang, rusa, arnab dan sebagainya WAJIB dilepaskan sebelum berniat umrah.

Haa, baru tahu atau memang dah tahu ?

Tetapi pendapat kebanyakan ahli Fiqh mengatakan bahawa tidak wajib dilepaskan sekiranya binatang-binatang itu tidak ada bersamanya sewaktu berihram.

Maka sebenarnya amalan kita dalam isu ni adalah mengikut pandangan kedua ini (pandangan kebanyakan ahli Fiqh).

FAKTA KETIGA:

Kalau tak boleh berburu arnab atau kijang, bagaimana p**a dengan ikan di laut? Termasuk dalam larangan tak?

Jawapannya: Menangkap ikan yang hidup sama ada dalam kolam, sungai atau laut tidak termasuk dalam larangan ini (Ba Atiyyah 2019).

Selamat membaca & moga bermanfaat !

Mutawwif RM,
17 Ogos 2024, Seremban

RUJUKAN: Muka surat 57 dan 58, Fiqh Umrah Kontemporari Norma Baharu (berdasarkan Mazhab Syafie & Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan) karangan Prof Madya Dr Jamalluddin Bin Hashim.




CUTI SEKOLAH TAK TAHU NAK PERGI MANA? Haa, cuti sekolah Sept, Disember dan Januari sampai Februari tahun depan belum ran...
16/08/2024

CUTI SEKOLAH TAK TAHU NAK PERGI MANA?

Haa, cuti sekolah Sept, Disember dan Januari sampai Februari tahun depan belum rancang nak pergi mana lagi?

Berjalan dengan pasangan, keluarga atau geng kawan-kawan, inilah masanya untuk melihat negara orang.

Alamilah budaya Jepun yang unik dan seiring dengan kemodenan di Tokyo dan Osaka.

Ke anda nak pergi banyak negara Eropah sekaligus?

Teringin nak melihat betapa tingginya Burj Khalifa?

Atau mengidam manisan Turkish Delights di Turkiye?

Hubungi kami atau imbas saja kod QR di poster kami untuk:

1) Negara pilihan
2) Tarikh
3) Harga

Teringin nak melancong? Mesti pergi dengan KAWAN INTERNATIONAL TRAVEL!



SOLAT DI DATARAN MASJID NABAWI, DAPAT TAK PAHALA 1000 KALI GANDA?Kita tahu tentang kelebihan solat di dalam Masjid Nabaw...
16/08/2024

SOLAT DI DATARAN MASJID NABAWI, DAPAT TAK PAHALA 1000 KALI GANDA?

Kita tahu tentang kelebihan solat di dalam Masjid Nabawi bahawa ganjarannya adalah 1000 kali ganda berbanding masjid-masjid kita di Malaysia ni.

Sabda Nabi SAW,

صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ، إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ، وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ

Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain”.

[Riwayat Ahmad (15271)]

Maka timbul p**a persoalan bahawa adakah kalau kita tak sempat solat di dalam Masjid Nabawi tetapi hanya sempat solat di dataran Masjid Nabawi, pahala 1000 itu dapat atau tidak?

Jika kita rujuk mukasurat 145 dalam kitab Fiqh Umrah Kontemporari oleh Prof Madya Dr Jamalluddin Hashim, ada dinyatakan bahawa:

'Gandaan pahala 1000 kali ganda bagi solat di Masjid Nabawi hanya terbatas di dalam masjid sahaja. Tidak termasuk kawasan dataran Masjid Nabawi' (Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan 2013)

Walaubagaimanapun nota kaki buku Dr Jamaluddin ada menerangkan:

'Menurut Al-Imam Al-Ghazali, amalan kebajikan yang dilakukan dalam Tanah Haram Madinah turut digandakan pahalanya sebanyak 1000 kali ganda. Ini juga merupakan pandangan sebahagian ulama Mazhab Maliki.'

Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang mengetahui dan mempunyai hak untuk memberikan ganjaran kepada kita. 1000 pahala atau tidak, kita sepatutnya tidak perlu terlalu risau sebab keseluruhan Tanah Haram Madinah itu diberkati seperti doanya Nabi SAW:

اللَّهُمَّ اجْعَلْ بِالْمَدِينَةِ ضِعْفَيْ مَا جَعَلْتَ بِمَكَّةَ مِنَ البَرَكَةِ

Maksudnya: Ya Allah! Limpahkanlah keberkatan di Madinah ini dua kali keberkatan yang berada di Makkah.

[Riwayat al-Bukhari (1885)]

Selain itu jika kita banyak bersabar di atas apa sahaja ujian ketika di Tanah Haram Madinah, ganjarannya cukup besar seperti sabda Nabi SAW:

مَنْ صَبَرَ عَلَى لَأْوَائِهَا وَشِدَّتِهَا، كُنْتُ لَهُ شَهِيدًا أَوْ شَفِيعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Siapa yang bersabar atas kesusahan di Madinah dan keperitannya, nescaya aku (Rasulullah) menjadi saksi atau memberi syafaat kepadanya pada hari Kiamat.

[Imam Muslim (1377)]

Berbalik kepada soalan di atas, jika menurut Resolusi Muzakarah Tabung Haji, 1000 x pahala hanyalah DI DALAM Masjid Nabawi, maka datanglah awal ke Masjid Nabawi bagi setiap waktu solat.

Jangan lupa membawa spray air bagi memudahkan kita mengambil wudhu jika terbatal dan jika dah penuh ruangan solat di bahagian bawah Masjid Nabawi, anda masih boleh bersolat di ruangan bumbung (rooftop) bagi jemaah lelaki.

Wallahua'lam.

Mutawwif RM
16 Ogos 2024, Seremban



Haa jom kita tengok lokasi hotel 5 bintang (Dorar Al Eiman), dari bangunan hotel ke dataran Masjidil Haram yang kami ten...
15/08/2024

Haa jom kita tengok lokasi hotel 5 bintang (Dorar Al Eiman), dari bangunan hotel ke dataran Masjidil Haram yang kami tengah promosi - hanya RM7990/seorang !

Cuba lihat pada peta Google Map, hakikatnya jarak dalam 78 meter sahaja dari Bangunan Safwa Towers ke dataran Masjidil Haram.

Masuk ke dalam Safwa Towers dan di situlah hotel Dorar Al Eiman yang terkenal itu.

Mari menunaikan umrah pada bulan September dan Oktober ini bersama KAWAN International Travel.

Harga istimewa hanya terhad kepada 30 orang jemaah berdaftar terawal sahaja.

Boleh hubungi kami di 011-1316 5190 (KAWAN International Travel).



HOTEL DEKAT, HARGA MEMIKAT ! - TAWARAN HEBAT UMRAH SEPTEMBER & OCTOBERTawaran khas untuk 30 jemaah terawal, kita beri ha...
15/08/2024

HOTEL DEKAT, HARGA MEMIKAT ! - TAWARAN HEBAT UMRAH SEPTEMBER & OCTOBER

Tawaran khas untuk 30 jemaah terawal, kita beri harga serendah RM7990/seorang untuk hotel yang sangat dekat dengan dataran Masjidil Haram:

Hotel Mekah: Dorar Al Eiman (5 bintang) - 80 meter.

Keluar Masjidil Haram jalan sikit je dah sampai Safwa Towers jumpa dah hotel Dorar Al Eiman ni.

Harga dari RM7990/seorang.

Tarikh-tarikh boleh dipilih di poster - September dan Oktober saja.



Imam Shafie Rahimahullah berkata, setiap orang bermusafir itu akan mendapat lima kebaikan iaitu:1. Jika dia memerhatikan...
14/08/2024

Imam Shafie Rahimahullah berkata, setiap orang bermusafir itu akan mendapat lima kebaikan iaitu:

1. Jika dia memerhatikan ciptaan Allah di tempat itu dengan iman, dia akan memperoleh iman.

2. Jika dia berhajat untuk mencari ilmu, dia akan mendapat ilmu.

3. Jika dia berjalan untuk menimba pengalaman, dia akan mendapat pengalaman. Melalui pengalaman, dia mendapat asas hikmah.

4. Jika dia bermusafir untuk mencari kenalan, dia akan mendapat kawan.

5. Jika dia mencari peluang untuk berniaga, dia akan mendapat rezeki.

CERITA 'DARK' DI BUKIT SAFA & PENGAJARAN DARIPADANYAKetika kita di Bukit Safa, kita diajar membaca bacaan ini: إِنَّ ٱلص...
14/08/2024

CERITA 'DARK' DI BUKIT SAFA & PENGAJARAN DARIPADANYA

Ketika kita di Bukit Safa, kita diajar membaca bacaan ini:

إِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلۡمَرۡوَةَ مِن شَعَئِرِ ٱللَّهِ‌ۖ فَمَنۡ حَجَّ ٱلۡبَيۡتَ أَوِ ٱعۡتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا‌ۚ وَمَن تَطَوَّعَ خَيۡرً۬ا فَإِنَّ ٱللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ

"Sesungguhnya Safa & Marwah adalah sebahagian dari syi'ar (tempat beribadat kepada) Allah . Maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah,maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sai'e antara keduanya . Dan sesiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati , maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala,lagi Maha Mengetahui ".

(Al-Baqarah ayat 158)

Tahukah anda ketika Nabi ajarkan Manasik Umrah, para sahabat ketika itu ada perasan gusar kerana takut Saie itu menyerupai Saie Jahiliyyah. Gusar sampai rasa keberatan untuk berSaie.

Apabila turun ayat Al Baqarah : 158 ini, Nabi SAW mengajarkan mereka bahawa Saie antara Safa dan Marwah adalah tanda kebesaran Allah SWT dan tiada kaitan dengan amalan buruk Jahiliyyah yang menjadi punca para Sahabat berasa ragu-ragu.

Haa, agaknya apakah amalan Arab Jahiliyyah di Bukit Safa dan Marwah yang begitu teruk dan 'dark' sampai para Sahabat keberatan nak melakukan Saie?

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Pada zaman lama sebelum zaman Nabi lagi, orang Arab Jahiliyyah percaya dengan cerita sepasang lelaki dan perempuan yang bernama Isaf & Nailah.

Isaf dan Nailah ni punya bercinta sampai mereka melakukan sesuatu yang kita takkan percaya berlaku di Mekah khususnya lagi di dalam Masjidil Haram.

Mereka berdua mabuk bercinta sehingga berzina di Kaabah !

'Dark' kan?

Ya, perbuatan merpati sejoli ini memang hina dan jahat, mentelah lagi di Rumah Allah, tetapi apa yang dilakukan orang Arab Jahiliyyah adalah lebih jahat lagi.

Isaf & Nailah kemudian Allah SWT laknat dan hukumi mereka bertukar menjadi batu. Ha, kita ingat cerita ini akan berakhir di sini dan mereka menjadi batu itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada khalayak Arab ketika itu.

Tetapi tak, sesuatu yang lebih hina dan 'dark' daripada berzina di Kaabah telah berlaku.

Orang Arab Jahiliyyah asalnya meletakkan Isaf di Safa dan Nailah di Marwah supaya menjadi pengajaran kepada orang ramai agar jangan berbuat onar di Haram Mekah.

Tetapi orang yang datang selepas mereka menyangka kalau nak sah buat Haji, kena sentuh batu Isaf & Nailah. Kemudian bertambah sesat lagi, mereka puja dan minta hajat p**a kepada berhala Isaf dan Nailah ! Gila kan?

Maka tuan-tuan dan puan-puan, sekarang kita faham sangat dah kenapa para Sahabat awalnya berasa 'semacam' untuk berSaie. Oleh itu setiap kali kita membaca 'Innas Sofa wal Marwata Min Syaairillah...', ketahuilah bahawa ibadat Saie ini adalah lambang kebesaran Allah dan tiada kaitan dengan berhala-berhala yang dahulunya diletakkan di sana.

Saie adalah ibadah yang asalnya suci berasal daripada tindakan Saidatina Hajar yang mencari air, tetapi dirosakkan oleh Arab Jahiliyyah. Tetapi kemudiannya disucikan semula oleh Allah Taala dan menjadi Rukun setiap kali kita mengerjakan Umrah dan Haji di sana.

Wallahu'alam

Mutawwif RM, Seremban, Negeri Sembilan
14 Ogos 2024

Jom mengerjakan Umrah dengan lebih lama (20 malam) bersama KAWAN International Travel, rujuk pautan/link: https://shorturl.at/gBDfy

Address

No. 347, Jalan S2 B8 Uptown Avenue
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

066037365

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAWAN International Travel Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KAWAN International Travel Sdn Bhd:

Videos

Share

Category

Begini kisahnya..

Lebih 5 tahun dahulu.. Di Mekah..

Kami tubuhkan Nozoly Ltd untuk memberi perkhidmatan kepada jemaah haji, dengan menyediakan perkhidmatan khemah haji di Maktab 112 Mina dan ‘Arafah.

Kini.. Di Seremban..

Selepas menimba pengalaman menguruskan jemaah haji dan membina jaringan di Tanah Suci, kami tubuhkan KAWAN International untuk menyediakan perkhidmatan umrah dan haji, di samping pengembaraan muslim, dalam dan luar negara!


Other Travel Agencies in Seremban

Show All