09/05/2024
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 riyal (SAR10,000) bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji termasuk memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji.
Menerusi infografik yang dikongsikan kementerian itu di platform X, tujuh kawasan berkenaan adalah Makkah, Wilayah Tengah, Masyair, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.
"Penalti akan berkuat kuasa mulai 2 hingga 20 Jun 2024", menurut kementerian itu.
Kementerian itu menjelaskan penalti SAR10,000 berkenaan akan dikenakan terhadap semua individu termasuk warganegara, pemastautin dan pengunjung yang ditangkap dalam kawasan geografi itu tanpa permit haji.
Selain itu, individu bukan warganegara yang ditangkap akan diusir ke negara asal dan dikenakan larangan memasuki Arab Saudi untuk tempoh yang termaktub dalam undang-undang...