
28/01/2025
Saya kini berada di Dubai UAE selama seminggu.
Semasa di sini, saya berpeluang menikmati pengalaman menaiki Dhow Cruise di Dubai Marina pada waktu malam.
Dhow adalah kapal layar kayu tradisional yang dahulunya digunakan di kawasan Teluk Arab untuk aktiviti seperti menangkap ikan, menyelam mutiara dan perdagangan.
Namun, Dhow yang saya naiki ini telah diubah suai untuk tujuan pelancongan dan menawarkan pengalaman yang unik antaranya;
Pemandangan yang menakjubkan, Pelayaran melalui Dubai Marina
Makan malam bufet.
Hiburan budaya di sepanjang pelayaran.
Pelayaran ini benar-benar menggabungkan elemen tradisi dan kemodenan Dubai dalam suasana yang santai.