Kembara Sufi Corporate Tour

Kembara Sufi Corporate Tour COMPANY/PRIVATE/REWARD/CORPORATE & GROUP TRIP. TRIP KAMI IKUT BAJET ANDA. HUBUNGI KITA SEKARANG.

📍KEMBARA SUFI PELOPOR LAWATAN KE SWITZERLAND PANORAMA CLASSIC PERTAMA DI MALAYSIA!Nak tengok negara tercantik di dunia, ...
22/02/2023

📍KEMBARA SUFI PELOPOR LAWATAN KE SWITZERLAND PANORAMA CLASSIC PERTAMA DI MALAYSIA!
Nak tengok negara tercantik di dunia, Memang Switzerland jawapannya!
Trip Switzerland ini cukup best kerana kita akan explore sebanyak mungkin kawasan countryside Switzerland. Alang-alang ke Switzerland, kita akan cover hampir seluruh Switzerland:
✅ Melawat air terjun terbesar di eropah
✅ Melawat Zurich, Schaffhausen, Interlaken, Engelberg, Luzern, Valais, Aargau, Tash, Zermatt, Lauternrunen & Murren
✅ Menaiki kereta api tercantik di Zermatt
✅ Melawat heart of Switzerland
✅ Explore old town dan kampung-kampung lama yang tercantik di Switzerland dan di dunia!
✅ Shopping
Lagi best bagi mereka yang tempah sebelum 28 Feb 2023 ini, Kembara Sufi nak berikan PERCUMA 2 tiket iaitu TIKET CRUISE & TIKET ZERMATT!!!
Dapatkan FREE TICKET SEKARANG!
KLIK LINK DIBAWAH, WASAP TEAM KITA SEKARANG!
https://kembarasufi.wasap.my
https://kembarasufi.wasap.my
https://kembarasufi.wasap.my

[33 ORANG BERLEPAS KE VIETNAM]🇻🇳Alhamdulillah, pagi ni Trip Vietnam Jelajah 6 Negeri seramai 33 orang peserta yang di ke...
22/02/2023

[33 ORANG BERLEPAS KE VIETNAM]🇻🇳
Alhamdulillah, pagi ni Trip Vietnam Jelajah 6 Negeri seramai 33 orang peserta yang di ketuai oleh Cik Fareeda selamat berlepas ke Vietnam.
Semoga dipermudahkan perjalanan mereka dan diberkati hendaknya. Ameen.
Ada yang berminat dgn 'Musim Bunga' di Vietnam❓

Moga kita semua dikurniakan rezeki melimpah ruah 🤲🏻Allahumma Ameen ❤️
22/02/2023

Moga kita semua dikurniakan rezeki melimpah ruah 🤲🏻
Allahumma Ameen ❤️

Patutlah lately ni kaki gigil je🥶
21/02/2023

Patutlah lately ni kaki gigil je🥶

[['TRIP PALING FAMOUS DI KEMBARA SUFI, BALKAN 8 NEGARA']]🌏Tahu tak Balkan merupakan antara negara tercantik didunia. Kam...
21/02/2023

[['TRIP PALING FAMOUS DI KEMBARA SUFI, BALKAN 8 NEGARA']]🌏
Tahu tak Balkan merupakan antara negara tercantik didunia. Kami di Kembara Sufi adalah pelopor untuk Trip Balkan teramai termasuk dari Brunei dan Singapura.
Sekiranya anda berhajat untuk ke Balkan. Izinkan kami bimbing dan bawa anda melawati 8 negara yang cantik dan sangat menakjubkan inj.
Dengan 1 harga, kami akan bawa anda jelajah Italy, Croatia, Albania, Macedonia, Montenegro, Bosnia, Bulgari dan Turkiye pada musim BUNGA ini.
Hubungi kami sekarang! Dapatkan tarikh trip anda. Kami bantu:
No Telefon: 011-51670656 Syam
Emel: [email protected]
Website: kembarasufi.com

ALHAMDULILLAH 🤲Pagi tadi telah berlepas trip Switzerland bermula 20 Feb - 28 Feb seramai 37 orang yang diketuai oleh Ust...
21/02/2023

ALHAMDULILLAH 🤲
Pagi tadi telah berlepas trip Switzerland bermula 20 Feb - 28 Feb seramai 37 orang yang diketuai oleh Ustaz Azhar.
Semoga percutian dan musafir ini dilindungi Allah serta diberkati sepanjang perjalanan. Ameen.
ADA TAK YANG NAK KE SWITZERLAND TAHUN INI❓

📍PETRA 'THE HIDDEN CITY'Petra terletak di daerah Ma’an, lebih kurang 240km dari bandar Amman. Untuk sampai sini kena mel...
21/02/2023

📍PETRA 'THE HIDDEN CITY'
Petra terletak di daerah Ma’an, lebih kurang 240km dari bandar Amman. Untuk sampai sini kena melalui lebuhraya padang pasir dengan masa perjalanan 3 jam.
Untuk hike kawasan ini seeloknya set masa supaya berada di pintu masuk jam 8.00 pagi. Sama ada bertolak tengah malam dari Amman atau bermalam di kawasan Petra.
Tiket nak masuk ke Petra berharga JD50 Jordan bersamaan RM200.00 untuk tempoh satu hari satu malam. Mahal tapi berbaloi. Manakala tiket untuk rakyat Jordan hanya JD1 sahaja!
Masuk sahaja ke dalam kawasan Petra, ada dua pilihan, sama ada jalan kaki atau naik kuda/kaldai atau naik kereta kuda. Kalau tak silap naik kuda/unta kosnya JD10 dan kereta kuda JD20.
Berbekalkan peta, saya pilih jalan kaki, kerana senang nak ambil gambar dan menikmati pemandangan yang menakjubkan.
Petra, atau al-Batra dalam bahasa Arab, berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud batu. Ia dibina dari seni pemotongan batu oleh kaum Nabatean, iaitu kaum yang bangkit selepas kaum Tsamud.
Kaum Tsamud adalah umat Nabi Saleh AS. Mereka mengengkari ajaran Nabi Saleh AS dan dibalas dengan kehancuran melalui letusan suara yang kuat (Surah Hud ayat 67-68).
Kaum Nabatean yang membina kota Petra ini adalah kaum Arab Badwi yang mengembara di gurun Arab. Pada abad ke 5 hingga ke 4 sebelum Masehi, mereka telah berpindah ke barat daya Arab, yang kini dikenali sebagai Jordan.
Perjalanan melalui lembah Petra melalui jalan yang agak sempit. Di sini anda akan terpukau dengan keindahan senibina dan ukiran batu yang dilakukan oleh kaum Nabatean ini.
Mereka adalah jurutera hebat hingga boleh membina laluan air dari Wadi Musa ke Petra.
Mereka mengukir gunung-ganang menjadi sebuah kota! Dan kota itu mengandungi rumah, bangunan, kuil dan terusan air.
Kota Petra dikatakan hilang dari peradaban manusia selama 500 tahun, sejak berakhirnya Perang Salib pada kurun 12 Masehi.
Dikatakan berlaku gempa bumi kuat yang menenggelamkan Petra hingga ia dilupakan.
Sebab itulah Petra digelar The Lost City atau The Hidden City.
Petra dijumpai semula oleh Johan Ludwig Burckhardt pada tahun 1812 dan kini menjadi tapak pelancongan utama Jordan. Petra juga diiktiraf tapak arkeologi warisan UNESCO. Menurut ahli arkeologi, 80 peratus tinggalan Petra belum lagi digali.
Antara struktur yang popular di Petra ialah The Treasury (dalam bahasa Arab disebut al-Khazanah). Saya terpegun melihat struktur bangunan yang masih kukuh dan utuh ini walaupun sudah berusia ribuan tahun.
The Treasury menjadi semakin popular selepas penggambaran filem Indiana Jones pada tahun 1989.
Depan The Treasury ada kedai mini yang menjual cenderamata, kopi, teh dan minuman sejuk. Sungguh tenang dapat menikmati sebotol jus oren di hadapan bangunan yang hebat ini.
Selepas menikmati minuman, saya meneruskan perjalanan ke The Monastry.
Agak mencabar laluannya. Kena naik tangga yang curam. Bayangkan tangga yang berusia 2000 tahun, dah haus, tadak rupa tanggapun, lalu di tepi gaung yang dalam.. saya gagahkan juga. It must be worth the climb!
Akhirnya saya tiba juga ke Ad-Deir atau the Monastry.
Saya mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk berjalan ke seluruh pelusuk dalam Petra ini dari pagi sampai petang. Itupun banyak kawasan yang tak sempat diterokai. Ikut cerita pemandu pelancong, kalau nak teroka seluruh Petra perlukan masa sekurang-kurangnya dua hari.
Berada di kawasan Petra terasa berada di dunia lain. Meremang bulu roma. Sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Jika anda sampai ke Jordan, Petra adalah tempat yang wajib dilawati.
Banyak kisah dan pengajaran yang boleh dipelajari dari kota bersejarah ini. Suatu kaum yang diberikan kelebihan oleh Allah dari segi ilmu kejuruteraan, kekuatan tubuh badan hingga boleh memahat dan menebuk gunung batu menjadi rumah, tempat ibadat, kubur dan bangunan.
Namun mereka semua dihancurkan oleh Allah akibat keengkaran kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi. Semua ini menjadi tinggalan sejarah untuk tatapan dan pengajaran generasi kini dan akan datang.
Perkongsian: Yamin Ismail (BBM)

5 Kelebihan Mengembara Seperti Yang Dikatakan Oleh Imam Syafie.“Merantaulah engkau dari tanah air dan pergilah, maka pad...
21/02/2023

5 Kelebihan Mengembara Seperti Yang Dikatakan Oleh Imam Syafie.
“Merantaulah engkau dari tanah air dan pergilah, maka pada merantau itu ada lima faedah: mencapai cita-cita dan kejayaan, mata pencarian (nafkah), ilmu pengetahuan, adab tatacara, dan bersahabat dengan orang mulia.”
#1- Mencapai Cita-Cita
Orang yang berhijrah dan mengembara kata Imam Syafie akan memperoleh kejayaan dalam hidupnya. Ini kerana mereka perlu mengusahakan sesuatu yang baru untuk menyara diri sendiri. Berada di tempat orang lebih-lebih lagi jika dalam kelompok minoriti pasti memerlukan usaha yang lebih untuk berjaya.
Pada kesungguhan dan usaha itulah yang akhirnya akan membuahkan hasil untuk dikecapi. Lihatlah beberapa orang yang kita kenali sama ada selebriti, usahawan dan juga ahli akademik yang akhirnya berjaya di tempat orang seperti Yuna, Sheila Hamzah dan juga Nurul Ain yang merupakan seorang penyelidik perubatan berasaskan Kanabis di United Kingdom. Mereka mampu menempa nama walau bukan di gelanggang sendiri.
#2- Mata Pencarian
Berada di tempat orang juga boleh mendatangkan rezeki kepada diri iaitu melalui pekerjaan yang dilakukan. Kadang-kadang sukar untuk mencari pekerjaan di tempat asal, lalu orang mula merantau ke bandar-bandar besar yang punya lebih banyak peluang pekerjaan.
Malah ada yang memilih untuk mengembara ke tempat lebih jauh di luar negara. Jika nilai mata wang di tempat tersebut tinggi, hasilnya pasti lebih lumayan apabila ditukarkan ke mata wang negara asal. Kesenangan yang dikecapi bukan sahaja dapat dirasa oleh orang yang berhijrah bahkan ahli keluarga yang tinggal di tempat asal.
#3- Ilmu Pengetahuan
Kata orang ‘jauh perjalanan, luas pengalaman’. Setiap tempat yang dijejaki pasti punya kelebihan dan keunikannya yang tersendiri. Kembara akan menemukan kita dengan ilmu baru tentang kehidupan, dan memberi peluang kepada kita mencedok sebanyak mungkin ibrah dan teladan.
#4- Adab Dan Tatacara
Tempat-tempat yang dilawati juga tentu ada budaya dan tatacaranya yang tersendiri. Kita akan mula memahami bagaimana bahagian-bahagian dunia ini berfungsi dan bukan hanya tentang tempat sendiri sahaja. Kembara mengajar kita untuk bertoleransi, bantu-membantu serta muafakat dengan orang-orang yang kita temui.
#5- Sahabat
Apabila mengembara ke tempat baru, hubungan persaudaraan dengan orang di sekeliling sangat penting. Jika ada masalah yang menimpa, pasti kita akan lebih mudah mendapatkan pertolongan. Sahabat inilah yang akan menjadi peneman dalam perjalanan, penghibur, juga tempat bercerita hal-hal kehidupan.
“Merantaulah,
Orang berilmu dan beradab, tidak diam beristirahat di kampung halaman,
Tinggalkan negerimu dan hiduplah di negeri orang,
Merantaulah,
Kau kan dapati pengganti dari orang-orang yang kau tinggalkan,
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup kan terasa setelah lelah berjuang”
Petikan Syair Imam As-Syafie
Jika anda merancang untuk trip percutian ke luar negara. Segera hubungi no yang tertera di bawah:
No Telefon: 011-51670656 Syam
Emel: [email protected]
Website: kembarasufi.com
Peneraju Pakej Pelancongan Termurah di Malaysia 🇲🇾

Antara soalan yang kerapkali ditanya oleh peserta yang nak Join Trip Midnight Sun saya di Scandinavia, di mana tempat & ...
20/02/2023

Antara soalan yang kerapkali ditanya oleh peserta yang nak Join Trip Midnight Sun saya di Scandinavia, di mana tempat & bila masa yang sesuai untuk experience Midnight Sun di Scandinavia?😁
Midnight sun bermaksud satu fenomena asli di mana berlakunya 24 Jam siang tanpa waktu malam.
Fenomena ini berlaku di negara yang terletak di selatan bumi Antartik Circle dan Kawasan utara bumi berdekatan Artik Circle terutamanya di Norway.
Fenomena 24 Jam siang tanpa malam ini sememangnya satu pemandangan yang memberikan kelainan menakjubkan dan kebesaran ALLAH yang kurniakan di bumi ini.
Bila masa sesuai nak merasai Fenomena Midnight Sun?
Sudah tentu saya sarankan anda datang ke Norway. Berikut ialah masa yang sesuai untuk anda menyelami sendiri keajaiban ciptaan ALLAH ini…
✅Bodo, Norway- Tarikh 4 Jun-8 Julai setiap tahun
✅Tromso, Norway- Tarikh 20 Mei-22 Julai setiap tahun
✅Pulau Lofoten, Norway- Tarikh 28 Mei-14 Julai setiap tahun
✅Svalbard, Norway- Tarikh 20 April-22 Ogos setiap tahun
Jadi jika anda merancang untuk memburu Midnight sun, sila travel dalam tempoh yang dinyatakan itu sahaja.
Svalbard, Norway merupakan lokasi paling lama yang akan berlakunya fenomena Midnight Sun. Bolehlah mengopi di Longyearbyen atau lebih rare di Barentsburg nanti.Namun anda kena ingat, apabila bertandang ke Northern Norway, kosnya 2 kali ganda dari travel ke negara Scandinavia seperti biasa. Kos di sini lebih tinggi dari segi penginapan, makan dan saya sarankan anda ambil flight domestik dari Oslo untuk datang ke sini.
Ok dah ada idea untuk travel waktu Midnight sun?
Jom pakat-pakat ke Scandinavia atau Norway next trip. Klik je link dibawah untuk dapatkan tarikh yang available dgn Kembara Sufi.
https://kembarasufi.wasap.my
https://kembarasufi.wasap.my

Alhamdulillah berlepas trip Jejak Rasul Mesir bermula 19 Feb-28 Feb seramai  43 orang yang di ketuai oleh Ustaz Hashraff...
20/02/2023

Alhamdulillah berlepas trip Jejak Rasul Mesir bermula 19 Feb-28 Feb seramai 43 orang yang di ketuai oleh Ustaz Hashrafful.
Semoga permusafiran ini dikira sebagai ibadah. 🤲

SWITZERLAND PANORAMA BERSAMA KEMBARA SUFI JALAN CERUK KAMPUNG - TRIP TERKERAP DI MALAYSIA.Sebahagian gambar suasana perj...
20/02/2023

SWITZERLAND PANORAMA BERSAMA KEMBARA SUFI JALAN CERUK KAMPUNG - TRIP TERKERAP DI MALAYSIA.
Sebahagian gambar suasana perjalanan di switzerland trip kembara sufi di switzerland untuk tatapan anda.
Switzerland diantara negara teraman dan tercantik didunia. Kembara sufi memilih tempat tempat menarik disekitar switzerland utk dilawati dalam pakej switzerland panorama.
Switzerland bersempadan dengan German, Perancis, Itali, Austria dan kerajaan kecil Liechtenstein. Masyarakat Switzerland berbilang bahasa dan terdapat empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Jerman, Perancis, Itali dan bahasa Romansh yang kurang dikenali.
Switzerland kaya dengan sejarah sebagai sebuah negara yang neutral tanpa mengira zaman perang atau damai (dan tidak pernah terlibat dalam perang terhadap kuasa asing sejak tahun 1815).
Oleh itu, Switzerland dijadikan tuan rumah kepada pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang, meskipun ibu pejabatnya di Bandaraya New York, namun banyak mendirikan jabatan di Switzerland.
Berminat klik dibawah untuk mendapatkan pakej dan info switzerland.
https://kembarasufi.wasap.my
https://kembarasufi.wasap.my
https://kembarasufi.wasap.my
Jom kita jelajah bumi Switzerland.

Setiap tahun, umat Islam akan menyambut Israk dan Mikraj bagi memperingati peristiwa yang dijadikan mukjizat Rasulullah ...
17/02/2023

Setiap tahun, umat Islam akan menyambut Israk dan Mikraj bagi memperingati peristiwa yang dijadikan mukjizat Rasulullah SAW.
Kisah Israk dan Mikraj mengandungi pelbagai pengajaran yang boleh dijadikan iktibar bagi kita semua. Jadi, untuk tahun 2023 ini, apa kata kita tingkatkan kesabaran dan sama-sama berusaha untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT.
Selamat menyambut Israk dan Mikraj kepada semua muslimin dan muslimat. dari Kembara Sufi Corporate Tour

KURSUS UMRAH TERBUKA KEMBARA SUFI 🌏Assalammualaikum.. Kembara Sufi Travel akan mengadakan Kursus Umrah Terbuka untuk war...
17/02/2023

KURSUS UMRAH TERBUKA KEMBARA SUFI 🌏
Assalammualaikum.. Kembara Sufi Travel akan mengadakan Kursus Umrah Terbuka untuk warga Selangor dan kawasan yang sewaktu dengannya. Orang ramai dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini.
BERTARIKH : 26 FEBRUARI 2023 (AHAD)
MASA : 10 PAGI - 1 PETANG
BERTEMPAT DI : AKADEMI LATIHAN PUM MASJID BANDAR TUN HUSAIN ONN
Bersama Mutawwif : Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam Bin Mat Husain Syeikh Ruwaq Jawi
Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis kita pada hari tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami melalui no berikut 0187854498 atau klik link whatsapp dibawah:
https://wa.me/60187854498/KURSUSUMRAH2023
https://wa.me/60187854498/KURSUSUMRAH2023

PANDUAN MELANCONG: 7 TIPS PERCUTIAN YANG SELAMATPanduan melancong: 7 tips yang tidak boleh ditinggalkan untuk kekal sela...
17/02/2023

PANDUAN MELANCONG: 7 TIPS PERCUTIAN YANG SELAMAT
Panduan melancong: 7 tips yang tidak boleh ditinggalkan untuk kekal selamat di dalam perjalanan anda. Ingat apa yang selalu diperkatakan: bersedia!
Sama ada anda bertolak pada tamasya tahun di seluruh Asia Tenggara, atau hanya menikmati percutian dibawah matahari di Pulau Redang, tiada persediaan bermakna perjalanan anda boleh pergi dari percutian syurga ke percutian neraka.
Oleh itu, sebelum anda berlepas, baca tips yang tidak ternilai dari kami untuk kekal selamat semasa perjalanan anda.
1. Panduan Melancong Utama: Pastikan Kad Anda Selamat
Kita semua fikir ia tidak akan berlaku kepada kita tetapi malangnya, penipuan kad kredit boleh berlaku apabila anda berada di luar negara.
Jadi, simpan semua resit anda semasa dalam perjalanan, semak akaun anda dalam talian (atau melalui telefon) secara berkala untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar.
Sentiasa berhati-hati apabila membuat bayaran dalam mata wang asing; periksa kadar pertukaran dan pastikan bahawa tiada tambahan akan ditambah dalam bil anda.
Apabila bayaran dibuat, cuba untuk mengelakkan menyerahkan kad anda dan sebaliknya serta tegaskan semua urus niaga dilakukan di hadapan anda.
Jika anda kehilangan kad atau mengesyaki sebarang perbuatan khianat, hubungi syarikat kad kredit anda serta-merta.
Salah satu perkara terbaik mengenai pembayaran dengan kad kredit adalah bahawa anda harus diinsuranskan bagi apa-apa kerugian jika sesuatu berlaku.
2. Tips Melancong: Simpan Wang Tunai Anda Dengan Selamat
Mencuri adalah perkara biasa di banyak bandar dan pencuri mahir ini mempunyai pelbagai jenis teknik untuk mengambil sebahagian daripada harta benda anda.
Tetapi pakaian dalam anda boleh menjadi jawapan untuk menyimpan barang-barang berharga anda dengan selamat.
Terdapat beratus-ratus pakaian yang boleh menyimpan wang di pasaran, dan ada juga yang sampai menjahit poket rahsia di dalam pakaian dalam ataupun jaket mereka untuk sembunyikan wang tunai simpanan sekiranya ada kes kecemasan.
3. Pakai Pakaian Seperti Penduduk Tempatan
Satu tip yang berguna untuk wanita, mempelajari kod pakaian tempatan sebaik sahaja anda tiba dan membeli pakaian yang sesuai jika perlu boleh mengelak banyak potensi gangguan di negara-negara seperti India sebagai contoh.
Di negara-negara Islam, memakai tudung untuk perlindungan anda sendiri juga sebagai tanda menghormati budaya dan adat resam tempatan, jadi bacalah dan datang dengan persediaan.
4. Kit Pertolongan Cemas Untuk Diri Anda
Perkara terakhir yang anda mahu daripada bercuti adalah luka kecil yang berpunca daripada percubaan untuk membuka botol kaca soda di pantai Thai pada pukul 3 petang, untuk dijadikan septik dan menyebabkan pemotongan digit anda.
Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk membawa kit pertolongan cemas kecil dengan plaster, penghalau nyamuk dan ubat cirit-birit dalam pek anda.
Ianya yang kecil dan ringan akan membantu anda mengelakkan banyak situasi yang tidak menyenangkan; kami mencadangkan Gelert – sekotak kit padat yang kecil mempunyai semua yang anda perlu membantu diri anda di jalan raya.
Satu lagi tip teratas adalah untuk sentiasa membawa lampu suluh kecil, hanya dalam kes anda berada dalam lorong paling gelap di Delhi. Kami mengesyorkan Maglite Solitaire yang begitu kecil dan boleh di klip pada cincin kekunci anda.
5. Dokumen dan Pasport
Sebelum anda pergi mana-mana, pastikan seseorang tahu di mana anda dan mempunyai salinan jadual perjalanan anda.
Ia juga merupakan idea yang baik untuk meninggalkan salinan pasport anda dan mana-mana visa dengan ahli keluarga yang dipercayai atau rakan anda sekiranya berlaku kes anda hilang, dicuri atau diabaikan semasa berlaku rampasan kuasa tentera.
Satu lagi idea yang lebih baik adalah dengan mengimbas butiran anda dan salinan e-mel untuk diri anda supaya anda boleh mencetak mereka keluar ketika anda dalam perjalanan.
Simpan butiran nombor pihak kedutaan untuk digunakan nanti. Dapatkan maklumat lanjut di Panduan Passport Malaysia Antarabangsa
6. Gunakan Pengetahuan Penduduk Tempatan
Pengetahuan yang paling berharga yang anda boleh dapatkan akan sentiasa datang daripada penduduk tempatan. Apabila tiba di tempat yang baru, cuba dan cari seseorang yang anda boleh percayai.
Dia mungkin boleh menjadi pemandu pelancong, wakil anda, atau pemilik bar tempatan.
Nasihat mereka benar-benar boleh menjadi penyelamat dan membantu anda mengelakkan sebarang keadaan yang sebenarnya tidak berbahaya (dan juga memberitahu kepada anda tempat terbaik untuk makan, minum dan bergembira!).
7. Melancong Bersama Keluarga? Bawa Gambar Anak-Anak Anda
Jika anda seorang konvoi keluarga pelancong dan mempunyai beberapa anak untuk dibawa, pastikan anda mempunyai beberapa gambar terbaru setiap seorang jika mereka hilang bersiar-siar di luar tanpa sedar.
Bayangkan perkara ini berlaku pada waktu ramai orang, jalan yang sibuk dan anda akan mula melihat bahawa gambar-gambar ini akan menjadi sangat penting untuk mencari orang yang tersayang.
Sekiranya anda merancang untuk bercuti ke mana-mana negara. Boleh KLIK LINK DI BAWAH untuk info lanjut berkenaan TRIP anda.
https://kembarasufi.wasap.my
https://kembarasufi.wasap.my
https://kembarasufi.wasap.my
#

FEEDBACK TURN ON🔛 (MESIR TRIP)Sebahagian dari   atau   dari pelanggan yang berpuas hati dengan servis dan tour leader ya...
15/02/2023

FEEDBACK TURN ON🔛 (MESIR TRIP)

Sebahagian dari atau dari pelanggan yang berpuas hati dengan servis dan tour leader yang arif dan memudahkan urusan semasa percutian.

Jika anda merancang untuk bercuti secara beramai-ramai. Boleh hubungi kami di:

No Telefon: 011-5167 0656Syam
Emel: [email protected]
Website: kembarasufi.com

'Peneraju Pakej Percutian Halal dan Termurah di Malaysia'

PAGI 🙌Syarikat, persatuan, kelab anda merancang mengadakan company trip, reward trip, corporate tour dan private trip?Hu...
15/02/2023

PAGI 🙌

Syarikat, persatuan, kelab anda merancang mengadakan company trip, reward trip, corporate tour dan private trip?

Hubungi kami Kembara Sufi Travel & Tours di:

No Telefon: 011-5167 06566 Syam
Website: kembarasufi.com
Emel: [email protected]

'Peneraju Pakej Percutian Halal dan Termurah di Malaysia'

TRIP VIETNAM 14 FEB - 19 FEB 23🇻🇳Pagi ni berlepas 1 trip ke Vietnam selama 6 hari dan seramai 28 orang di ketuai oleh En...
14/02/2023

TRIP VIETNAM 14 FEB - 19 FEB 23🇻🇳

Pagi ni berlepas 1 trip ke Vietnam selama 6 hari dan seramai 28 orang di ketuai oleh En Hareez.

Semoga selamat pergi dan pulang semuanya.

Sekiranya syarikat anda merancang untuk buat company trip, private trip atau corporate tour. Boleh contact kita di:

No Fon: 011-5167 0656
Emel: [email protected]
Website: http://www.kembarasufi.com/

AIR TERJUN RHEINFALL (SWISS)🇨🇭Mempunyai keindahan yang menakjubkan dan merupakan air terjun terbesar di Eropah membuatka...
10/02/2023

AIR TERJUN RHEINFALL (SWISS)🇨🇭

Mempunyai keindahan yang menakjubkan dan merupakan air terjun terbesar di Eropah membuatkan ia antara tempat wajib untuk dilawati semasa di Switzerland.

Jika syarikat anda merancang untuk company trip ke Switzerland, boleh hubungi kita seperti dibawah:-

No Telefon: 011-5167 0656
Emel: [email protected]

Pelopor percutian termurah di Malaysia. Kembara Sufi 🌍

TRIP PERCUMA SURCHARGES? kemana tu?Assalammualaikum & Selamat Petang Warga Kembara Sufi!Tawaran menarik trip ke KOREA (S...
09/02/2023

TRIP PERCUMA SURCHARGES? kemana tu?
Assalammualaikum & Selamat Petang Warga Kembara Sufi!

Tawaran menarik trip ke KOREA (SEOUL + NAMI ISLAND) pada FEB & MARCH ini, harga bermula RM4199!

Tawaran free surcharges hanya pada bulan ini sahaja!!

Tarikh Yang Masih Kosong!

19 FEB - 24 FEB 2023 - 1 KEKOSONGAN
20 FEB - 25 FEB 2023 - 5 KEKOSONGAN
7 MARCH - 12 MARCH 2023 - 8 KEKOSONGAN

Pelbagai lagi tawaran isitimewa jika mengikuti trip ini, berminat?
boleh KLIK link dibawah untuk maklumat lanjut.

https://kembarasufi.wasap.my
https://kembarasufi.wasap.my

PESTA BUNGA JELAJAH 6 NEGERI VIETNAM 6 DAYS 5 NIGHT💐(Ho Chi Minh- D**g Nai- Mui Ne- Phan Rang-Dalat-Nha Trang)Percutian ...
09/02/2023

PESTA BUNGA JELAJAH 6 NEGERI VIETNAM 6 DAYS 5 NIGHT💐

(Ho Chi Minh- D**g Nai- Mui Ne- Phan Rang-Dalat-Nha Trang)

Percutian melalui 6 negeri terpilih di Vietnam pertama di Malaysia. Memang cukup best sangat datang ke Vietnam!

Aktiviti kami diatur ke lokasi-lokasi best di Vietnam seperti berikut :
HO CHI MINH -D**G NAI - MUI NE - PHAN RANG -DALAT -NHA TRANG

(PERTAMA DI MALAYSIA)

Pada mana-mana syarikat yang merancang untuk company trip. Boleh hubungi kami di:

No Telefon: 011-5167 0656 Syam
Emel: [email protected]

Peneraju Pakej Percutian Termurah di Malaysia 🇲🇾

Alhamdulillah hari ni berlepas lg trip Dalat & Nha Trang Vietnam. Jelajah 6 negeri bermula  9 Feb - 14 Feb seramai 35 or...
09/02/2023

Alhamdulillah hari ni berlepas lg trip Dalat & Nha Trang Vietnam. Jelajah 6 negeri bermula 9 Feb - 14 Feb seramai 35 orang yang di ketuai oleh Encik Ali Saifudin

Semoga semua peserta/jemaah kami bergembira, Selamat pergi & Selamat pulang sepanjang trip di sana...

Berminat untuk melihat "musim bunga sepanjang tahun" di Dalat & Nha trang klik dibawah:

https://kembarasufi.wasap.my
https://kembarasufi.wasap.my

Klik link diatas sekarang untuk maklumat lanjut.

THAILAND FOR COMPANY TRIPAda tak mana-mana syarikat merancang untuk Company Trip ke Thailand pada tahun ni? Kita ada SPE...
09/02/2023

THAILAND FOR COMPANY TRIP

Ada tak mana-mana syarikat merancang untuk Company Trip ke Thailand pada tahun ni? Kita ada SPECIAL OFFER!

Boleh hubungi kita sekarang untuk quotation!

No Fon: 011-5167 0656
Emel: [email protected]

PAKEJ UMRAH RAMADAN BERSAMA KEMBARA SUFI 12 HARI 10 MALAM!Di antara Pakej Umrah terbaik & Mampu Milik di Malaysia!Mari k...
09/02/2023

PAKEJ UMRAH RAMADAN BERSAMA KEMBARA SUFI 12 HARI 10 MALAM!

Di antara Pakej Umrah terbaik & Mampu Milik di Malaysia!

Mari kita bersama-sama menunaikan ibadah umrah dengan penuh mabrur dan barakah di sisi Allah SWT. Insyallah dengan ibadah kali ini jemaah akan mendapat umrah yang mabrur di bawah bimbingan pihak Kembara Sufi Travel and Tours dengan penuh ikhlas kerana Allah Taala.😊

Tempat-tempat yang akan kita ziarahi sepanjang berada di dua kota suci umat islam ini ialah:

✅Madinah – Masjid Al-Nabawi – Perkuburan Baqi – Makam Rasulullah SAW – Makam sahabat/saudara Rasulullah SAW – Masjid Quba – Masjid Qiblatain – Masjid Ghamamah – Kebun Abu Thalhah – Telaga Khatim – Kebun kurma – Makkah – Masjidil Haram – Thana’im – Thaif

Umrah kali ini akan membawa para jemaah menziarahi tempat-tempat yang sangat istimewa yang terdapat di dua kota suci bagi umat islam. Tidak lupa juga tempat-tempat bersejarah yang berada di sekitar kota Makkah dan Kota Madinah.

Kembara Sufi ingin memberikan harga PROMOSI ini dan Anda boleh segera membuat pilihan Tarikh seperti di bawah:

19 MAC -30 MAC 2023
20 MAC - 31 MAC 2023

Jom Whatsapp Team kami untuk tempahan Pakej Umrah anda segera di bawah:

https://ksumrah23.wasap.my
https://ksumrah23.wasap.my

Sebarang pertanyaan, klik link di atas. Kami bantu.

  | SEMBANG SANTAI KEMBARA SUFI TRAVEL Q&A PAKEJ CENTRAL EASTERN EUROPE 2023.Jom saksikan dan join live session kami. Ka...
08/02/2023

| SEMBANG SANTAI KEMBARA SUFI TRAVEL Q&A PAKEJ CENTRAL EASTERN EUROPE 2023.

Jom saksikan dan join live session kami.
Kami akan membincangkan dan mengupas PAKEJ CENTRAL EASTERN 2023.
Masa: 4.30 petang
Hari: RABU, 08/02/2023.

Tonton Live Di FB Page Kembara Sufi Travel
Klik Link Dibawah ini 👇🏻👇🏻👇🏻
https://www.facebook.com/KembaraSufiTT

Jika ada sebarang soalan boleh komen di ruangan komen dibawah.
Like, Komen & Share 😁

berminat dapatkan info trip klik disini :
www.wasap.my/60183601291/LiveCEELIVEArina
www.wasap.my/60182609073/LiveCEELIVEMunirah

KEMBARA SUFI PELOPOR LAWATAN KE SWITZERLAND PANORAMA CLASSIC PERTAMA DI MALAYSIA!Nak tengok negara tercantik di dunia, M...
08/02/2023

KEMBARA SUFI PELOPOR LAWATAN KE SWITZERLAND PANORAMA CLASSIC PERTAMA DI MALAYSIA!

Nak tengok negara tercantik di dunia, Memang Switzerland jawapannya!

Trip Switzerland ini cukup best kerana kita akan explore sebanyak mungkin kawasan countryside Switzerland
Bestnya jelajah Switzerland bersama Kembara Sufi Travel & Tours kerana…

✅ Melawat air terjun terbesar di eropah
✅ Melawat Zurich, Schaffhausen, Interlaken, Engelberg, Luzern, Valais, Aargau, Tash, Zermatt, Lauternrunen & Murren
✅ Menaiki kereta api tercantik di Zermatt
✅ Melawat heart of Switzerland
✅ Explore old town dan kampung-kampung lama yang tercantik di Switzerland dan di dunia!
✅ Shopping
Dan banyak lagi aktiviti yang sememangnya sangat best…

Termasuk:

-Tiket Penerbangan KL- Zurich Pergi-Balik
-Pengangkutan Bas
-Makanan Breakfast & Dinner
-Penginapan
-Tour Leader berpengalaman
-ETIAS European Visa
-Dan banyak lagi....

Segera Whatsapp Team kami di:

https://kembarasufi.wasap.my
https://kembarasufi.wasap.my

Nak melihat Sejarah Nabi & Para Sahabat? 😍Jom Jelajah Jejak Rasul Bumi Mesir, Bumi Anbia untuk tahun 2023! Mendalami sej...
08/02/2023

Nak melihat Sejarah Nabi & Para Sahabat? 😍

Jom Jelajah Jejak Rasul Bumi Mesir, Bumi Anbia untuk tahun 2023! Mendalami sejarah Al-Quran & melihat sendiri iktibar daripada peristiwa lampau sejarah Nabi-Nabi kita!

Jom bersama kami, satu - satunya pakej " JEJAK RASUL PERTAMA DI MALAYSIA " dari kami Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd
Antara tempat lawatan yang bakal anda lawati adalah :

🌻 Dipercayai Makam Nabi Soleh dan Makam Nabi Haron.
🌻 Pyramid Kufu, Kufra dan Mangkara berusia lebih 5000sm - Persemadian Firaun.
🌻 Pantai Dahab berdekatan persempadanan Taba dan Israel, Jordan dan Saudi.
🌻Tempat Munajad Nabi Musa di atas bukit Tursina.
🌻 Qal'ah atau Kubu pertahanan Salahudin Al- Ayubi di tengah kota Kaherah, Juga muzium tentera dan Masjid Ali Pasha.
🌻 Masjid dan Universiti Al- Azhar diantara universiti tertua di dunia.

Bukan itu sahaja, banyak lagi lawatan lain yang ada dalam pengembaraan dibumi mesir dalam pakej " Jejak Rasul ke bumi ambia Mesir " bersama kami Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd.
Berminat dan nak tahu lebih lanjut, sila hubungi saya dan Whatsapp kami di :

https://kembarasufi.wasap.my
https://kembarasufi.wasap.my

Ada apa-apa soalan boleh terus tanya kami ya!

Assalamualaikum,Seperti kita sedia maklum, Negara Turkiye telah ditimpa musibah gempa bumi dikawasan Gaziantep dan terda...
08/02/2023

Assalamualaikum,

Seperti kita sedia maklum, Negara Turkiye telah ditimpa musibah gempa bumi dikawasan Gaziantep dan terdapat lagi satu kejadian gempa bumi yang direkodkan dengan magnitud 7.7 pada skala ritcher melanda dikawasan yang sama.

Alhamdulillah tiada gangguan disepanjang perjalanan itinerary tempat yang kita lawati tidak terlibat dengan gempa bumi.

Kami dari warga Kembara Sufi Travel & Tours ingin mengucapkan Takziah pada keluarga yang terkorban disana.

Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan perlindungan buat rakyat Turkiye disana. Al-Fatihah 🤲

Address

28-1A, Tingkat 1, Blok 12, Jalan Pahat J15/J Seksyen 15 Dataran Otomobil
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601151670656

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Sufi Corporate Tour posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kembara Sufi Corporate Tour:

Share

Category

Nearby travel agencies