Dhuha Travel Sdn. Bhd.

Dhuha Travel Sdn. Bhd. DHUHA TRAVEL SDN BHD
(814618-H)
(KPK/LN: 5679)

Agensi Umrah dan Pelancongan

Untuk permulaan tahun baru 2025, Dhuha Travel diberi peluang sekali lagi untuk menjadi sebahagian dari penaja projek kom...
14/01/2025

Untuk permulaan tahun baru 2025, Dhuha Travel diberi peluang sekali lagi untuk menjadi sebahagian dari penaja projek komuniti Taman Cahaya Alam melalui Pacer Club Cahaya Alam - PCCA. Majlis berlangsung dengan lancar dengan berbagai aktiviti yang dijalankan bersama dengan komuniti setempat. Dhuha Travel sentiasa menyokong usaha baik dengan gaya hidup sihat di dalam masyarakat bagi mengalakkan permuafakatan bersama.

Semoga tahun 2025 ini kita semua diberikan kenikmatan hidup dan sentiasa dibawah rahmatNya.

Jom daftar pakej umrah bersama Dhuha Travel musim cuti sekolah nanti!Tarikh Penerbangan: 05-16 Februari 2025Pakej termas...
13/11/2024

Jom daftar pakej umrah bersama Dhuha Travel musim cuti sekolah nanti!

Tarikh Penerbangan: 05-16 Februari 2025

Pakej termasuk:
✅Penerbangan pergi-balik
✅Hotel Mekah 450 meter
✅Hotel Madinah 100 meter
✅Makan 3 kali sehari
✅3 kali bimbingan umrah
✅Mutawwif Malaysia berpengalaman
✅Ziarah tempat-tempat sirah Nabi SAW
✅Takaful perjalanan
✅Set bagasi & kelengkapan umrah
✅Kursus umrah disediakan

Harga Pakej:
Bilik ber-4: RM8,990
Bilik ber-3: RM9,590
Bilik ber-2: RM10,390

DAFTAR AWAL, DAPAT DISKAUN!

Diskaun *RM700* seorang
(daftar sebelum 30 November 2024)

Diskaun *RM500* seorang
(daftar dari 1 Disember - 31 Disember 2024)

Diskaun terhad untuk 10 pendaftaran terawal sahaja!

Klik link dibawah untuk whatsapp pegawai kami:

Hj. Kamaruzaman: https://wa.me/60193452780/?text=Umrah+Cuti+Sekolah+Feb+2025

Syazwan Mohd: https://wa.me/601115458398/?text=Umrah+Cuti+Sekolah+Feb+2025

Jemputan ke sesi taklimat Program Belajar Al-Quran di Masjid Nabawi.NIKMATNYA BELAJAR AL QURAN DI BUMI IANYA DITURUNKAND...
25/10/2024

Jemputan ke sesi taklimat Program Belajar Al-Quran di Masjid Nabawi.

NIKMATNYA BELAJAR AL QURAN DI BUMI IANYA DITURUNKAN

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mendatangi masjidku ini, tidaklah dia datang melainkan kerana sesuatu kebaikan yang dia pelajari atau mengajarkannya maka dia seperti orang yang berjihad di jalan Allah.

Jom ikuti taklimat

TALAQQI AL QURAN @ MASJID NABAWI
Tahsin▪︎Tajwid▪︎Tadabbur

Tarikh: Jumaat, 25 Oktober 2024
Masa: 9.00 malam
Tempat: Online secara ZOOM Meet

•⁠ ⁠Taklimat akan disampaikan oleh pengendali program yg bersiaran terus dari Madinah, Arab Saudi
•⁠ ⁠Ketahui butiran, perjalanan dan keistimewaan program serta syarat2 penyertaan.
•⁠ ⁠Dapatkan tawaran istimewa pendaftaran semasa taklimat

Link ZOOM Meet akan diberikan di dalam Whatsapp group. Klik pautan dibawah untuk sertai:
https://chat.whatsapp.com/Fa6CkLw7Z3I1WN0MYIDEcf

📌Silakan jemput ahli keluarga dan sahabat handai join taklimat. Jumpa nanti 🎁

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-67 kepada seluruh warganegara Malaysia!Sem...
31/08/2024

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-67 kepada seluruh warganegara Malaysia!

Semoga semangat dan cinta kita kepada tanah air tidak pernah pudar dari dalam jiwa.

HADIAHKAN IBUBAPA ANDA SEBUAH PERJALANAN PENUH MAKNA DENGAN PAKEJ UMRAH KAMI!Bayangkan kegembiraan dan keberkatan dengan...
05/08/2024

HADIAHKAN IBUBAPA ANDA SEBUAH PERJALANAN PENUH MAKNA DENGAN PAKEJ UMRAH KAMI!

Bayangkan kegembiraan dan keberkatan dengan menghadiahkan pakej umrah kepada ibubapa anda yang tersayang.

Dhuha Travel bersedia membantu anda dengan pakej-pakej umrah yang terbaik dan direka khusus untuk anda yang ingin membalas jasa ibubapa dan memberikan penghormatan penuh makna kepada mereka. Kami memberi jaminan bahawa perjalanan umrah kami ini dapat memberikan pengalaman rohani yang tidak dapat dilupakan oleh ibubapa anda.

Mengapa Anda MESTI PILIH Pakej Umrah Kami Untuk Ibu Bapa Anda?

Keselesaan & Kebajikan:
Pakej kami lengkap dengan pasukan operasi yang dapat memastikan keselesaan dan kebajikan jemaah khususnya yang lebih berusia.

Panduan Berpengalaman:
Ilmu adalah keutamaan kami. Kursus-kursus serta panduan ibadah umrah disediakan selengkapnya agar tujuan utama perjalanan umrah dapat dicapai. Mutawif berpengalaman juga akan bersama-sama ibu bapa anda agar dapat membantu di setiap langkap perjalanan.

Kemudahan Mudah:
Untuk keselesaan jemaah yang berusia, penginapan yang premium dan berdekatan dengan masjid juga ada disediakan. Pengangkutan yang disediakan sepanjang perjalanan juga adalah selesa dan bebas dari sebarang kesulitan.

Penghayatan Rohani:
Keutamaan kami adalah memastikan setiap jemaah mendapat penghayatan penuh dalam perjalanan rohani dalam ibadah umrah ini. Segala urusan berkaitan perjalanan umrah telah disusun dengan baik agar tiada kerisauan dari anda mahupun ibu bapa anda.

Hadiahkanlah ibu bapa anda dengan hadiah yang tidak ternilai yang berupa ketenangan dan kepuasan rohani. Ianya bukan semata-mata hadiah, ianya adalah ungkapan kasih sayang dan kesyukuran yang mendalam.

Tawaran Istimewa: Tempah sekarang dan nikmati diskaun eksklusif serta banyak lagi kelebihan tambahan!

Hubungi kami hari ini untuk sebarang pertanyaan atau tarikh penerbangan. Klik pautan dibawah untuk berhubung dengan wakil kami:

Hj. Kamaruzaman: https://wasap.my/60193452780/pakej-umrah-2024-2025/
En. Syazwan: https://wasap.my/601115458398/pakej-umrah-2024-2025/

atau layari laman web kami di https://www.dhuhatravel.my untuk maklumat lanjut dan tempahan pakej umrah istimewa ini untuk ibu bapa anda.

Dhuha Travel - Kembara Rohani Ukhwah Insani


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga ket...
09/04/2024

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan.

Kami dari Dhuha Travel ingin mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

https://dhuhatravel.my

Dah pernah sampai Korea? Kalau yang dah pernah sampai mesti rasa macam nak pergi lagi kan? Sebab dekat Seoul ni banyak t...
01/04/2024

Dah pernah sampai Korea? Kalau yang dah pernah sampai mesti rasa macam nak pergi lagi kan? Sebab dekat Seoul ni banyak tempat-tempat menarik.

Hari ni kami nak kongsikan 5 tempat menarik yang ada di Seoul, Korea! No. 4 tu rugi kalau tak pergi.

(Caption dekat setiap gambar)

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran pada 28 Mac 2024 bersamaan 17 Ramadan 1445H.Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa penting ...
28/03/2024

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran pada 28 Mac 2024 bersamaan 17 Ramadan 1445H.

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa penting yang memperlihatkan keagungan dan mukjizat baginda Rasulullah SAW. Ia merupakan peristiwa di mana ayat Al-Quran pertama yang diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail AS.

Semoga kita semua dapat terus menghayati peristiwa bersejarah ini dan istiqomah membaca Al-Quran di bulan yang mulia ini.

Salam Nuzul Al-Quran

Ikhlas daripada Dhuha Travel Sdn Bhd

Jom Jelajah Asia!Sebenarnya dekat Asia ni pun sangat banyak tempat-tempat yang cantik dan menarik yang mungkin belum sem...
27/03/2024

Jom Jelajah Asia!

Sebenarnya dekat Asia ni pun sangat banyak tempat-tempat yang cantik dan menarik yang mungkin belum sempat kita .

Dah la tempat menarik, pengalaman pun best. Dan yang paling penting, harga pun murah!

Apa tunggu lagi? Jom daftar pakej jelajah bersama kami.

Nak tengok info pakej? Klik link di bio.

10/02/2024

Xin Nian Kuai Le

Selamat menyambut tahun baru buat seluruh warga berbangsa Cina.

Gong Xi Fa Cai!

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al...
08/02/2024

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." - Surah Al-Isra': Ayat 1

Salam Israk Mikraj, 27 Rajab 1445H kepada umat Islam seluruh dunia.

Address

4-2 (Tingkat 1), Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, Seksyen U12
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+60333597024

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dhuha Travel Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dhuha Travel Sdn. Bhd.:

Videos

Share

Category