Senaman rohani jasmani
Udara oksigen segar + vit D3 cahaya matahari + terapi mata + berjalan laju konsisten + ( tahlil 1 round 1km + tasbih 1 round 1km + solawat 1 round 1km ) + lawan arah jam + badan tegak + tangan hayun = insyaAllah Allah bantu.
Perjalanan rombongan Haji dari Timur pernah mengalami peristiwa menyayat hati yang tersembunyi dalam lipatan sejarah.
Mereka bukan orang lain, mereka darah daging orang kita, bahkan mungkin moyang kita.
Bukan berpuluh, tapi beratus orang terkorban, tanpa jangka, tanpa sedia. Musuh tidak pernah diam, tidak pernah redha.
{ Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah redha akan kamu hingga kamu ikut agama mereka ... } Al-Baqarah : 88
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا نَصِيرٍ
Semoga Allah rahmati dan letakkan mereka di kalangan para syuhadaa'.
"Belajarlah sejarah, atau sejarah akan mengajar kita." -Prof Ust Dr Mat Rofa.
(( Seorang mukmin tidak akan jatuh ke satu lubang (yang sama) dua kali )) - Hadith Bukhari & Muslim
Mereka berani cuba mencuri jasad Rasulullah SAW yang mulia, bahkan mereka hampir berjaya..
Mereka buat baik, buat kebajikan, bahkan mungkin menyamar Muslim, lalu 'kelihatan' baik, lalu menjadi fitnah yang hatta penguasa tidak nampak.
Namun, kuasa Allah Al-Qadiir mengatasi rencana tipu helah mereka, seorang Sultan yang adil telah bermimpi sesuatu...
Saksikan video berikut.
Kredit: Prof Ust Dr Mat Rofa Ismail
#SejarahMasjidNabi
#UmrahBersamaMursyidZam
#MursyidAlharamainTravel
MEKAH MENGHIJAU TANDA KECIL KIAMAT??
=============================
Mari lihat apa kata saintis antarabangsa melalui perkongsian dari video ini, dan apa kata baginda Rasulullah SAW lebih 1440 tahun dahulu?
.
.
.
#UmrahBersamaMursyidZam
#EmrazTravel
Perubahan Masjid Al-Haram dalam 15 tahun terkini
******************************************************
Video dari pandangan atas (bumbung)
Kredit: msar zamakane (YT)
Perubahan Masjid Nabawi dalam 20 tahun terkini
****************************************************
Video dari pandangan atas (bumbung)
Kredit: msar zamakane (YT)
BERBUKA PUASA DI MASJID NABAWI
========================
Sesiapa sahaja yang pernah mengunjungi Masjid Nabawi pasti tidak melepaskan peluang merasai pengalaman berbuka puasa beramai-ramai di dalam masjid mahupun pun di luar.
Sama ada puasa Isnin dan khamis atau puasa hari-hari "Al-Baidh" (Putih), para jemaah masjid akan dihidangkan set berbuka ringkas yang terdiri daripada kurma, yogurt, roti dan air ZamZam sebagai santapan sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah.
Video yang saya kongsikan di bawah boleh memberikan sedikit gambaran dan info akan ibadah yang mulia ini.
LIKE, FOLLOW & SHARE untuk manfaat bersama.
#UmrahBersamaMursyidZam
AL-MI'JAN (الْمِعْجَن)
============
Mungkin ada yang tidak perasan, kerana kedudukannya yang rendah dan terlindung dengan gerombolan jamaah yang melakukan tawaf. Bagi yang pernah tawaf berhampiran dengan dinding Ka'bah atau pernah solat di saf hadapan menghadap pintu Ka'bah mungkin berpeluang melihat secara langsung Al-Mi'jan yang dimaksudkan.
Ia kelihatan agak ketara dan 'kontra' kerana warnanya yang coklat di'plaster' pula pada Syazarwan yang berwarna putih.
Mungkin ada yang perasan dan tertanya-tanya apakah cerita di sebalik 8 potongan batu berlainan saiz ini. Sudah tentu ada sejarah dan sirah berkaitan kemasan marmar yang tersendiri ini. Untuk mengetahui dengan lebih jelas, bolehlah tonton video di bawah.
.
.
Kredit kepada دليل زائري الحرمين
JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW DAN SHARE
.
.
.
--------------------------------------------
✅Rasai Umrah Terindah bersama saya 🥰💐
UMRAH MUSIM BARU 1445H
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
InsyaAllah :
Ogos 2023
Oktober 2023
November 2023
16 Disember 2023
Pakej serendah RM5990 fullboard 480m (Mekah) 180m (Madinah)
https://emraztravel.onpay.my/order/form/1445-UMRAH-BUDGET-DIYAR/ZUM
Pakej Popular RM8990 3x makan hotel 50m Mekah Madinah
https://emraztravel.onpay.my/order/form/1445-UMRAH-POPULAR-SAFWAH/ZUM
Untuk pakej² lain seperti Umrah Ramadhan, Syawal, Budjet, Ekonomi, Standard, Umrah Ziarah, Premium, VIP dan pelancongan, sila klik 👇👇👇
http://www.wasap.my/601156750086
.
.
#UmrahBersamaMursyidZam
#emraztravel
KENALKAH ANDA SIAPA UTHMAN TOHA?
===========================
Jawapannya ada di helaian awal (belakang) mushaf yang mulia yang tertulis :
بعون الله وتوفيقه تم طبع هذا المصحف الشريف
.
.
.
وقد كتبه الخطّاط عثمان طه
Tangannya yang diberkati telah menghabiskan lebih 40 tahun untuk menulis keseluruhan Mushaf Al-Quran yang Mulia.
.
.
Kata beliau :
"Aku telah menulis Al-Quran dengan kesemua riwayat kira-kira 12 naskhah.
Semua tulisan tangan.
Demi Allah, aku memang cintakan penulisan khat. Aku tidak kisah penat. Aku menulis hingga aku letih, sampai kadang-kadang pen terjatuh masa aku tengah menulis.
Seronok. Ya..
Aku tidak peduli dunia semuanya. Aku tak kisah.
Aku dan tulisan khat. Cukup.
Aku tidak pernah tulis mushaf melainkan semuanya dalam keadaan berwudhu'. Ya."
.
TAHUKAH ANDA BERAPA LAMA DIPERLUKAN UNTUK MENYIAPKAN TULISAN KHAT SEBUAH MUSHAF?
3 tahun, dengan menulis setiap hari.
.
Sambung beliau :
"Orang yang beriman, beriman dengan agama, akhirat dan dengan kewujudan Allah..
Al-Quran itu menakutkan.
Susah. Susah.
Khususnya ketika menyifatkan syurga dan neraka.
Bila menyifatkan syurga, aku lega, sampai aku tidak mahu ayat tersebut habis.
Ada hari, datang ayat jahannam (neraka), azab jahannam, begitu begini.. kedua tangan aku menggigil.
Dan berpeluh. Aku biasanya tidak berpeluh."
.
.
Sheikh Uthman meminta agar didoakan, dijaga, mata dan anggota beliau, supaya dapat menyempurnakan kerjanya, dipanjangkan umur.
Beliau sekarang sudah berusia lebih 88 tahun.
Terima kasih Sheikh Uthman Toha.
Jazaahullah khairaljazaa'.
.
.
#KhattatAlMushaf
BUMBUNG PAYUNG MASJID NABAWI
===============================
SubhaanAllah!!
Pemandangan yang mengkagumkan, memukau dan mengujakan apabila melihat payung-payung berwarna seperti pasir di Masjid Nabawi (الحرم المدني الشريف) terbuka dengan perlahan, seiring dan harmoni.
Kena plak waktu syuruq yang tenang, nyaman dan dingin. Satu rezeki juga dapat tengok ni!
Bagi yang tak pernah tengok, beginilah rupa payung-payung bergerak di Masjid Nabawi As-Syariif ketika terbuka. Terujanya tengok sampai semua pakat rakam dengan henpon masing-masing. Ia mengambil masa lebih kurang 2-3 minit untuk terbuka dengan sempurna bergantung kepada kawalan elektroniknya.
Untuk pengetahuan:
Payung dalam Bahasa Arab = مظلة, Mizollah atau مظلات, Mizollaat bila banyak.
Mizollat ini dibina atas arahan Raja Arab Saudi dulu, iaitu Raja Abdullah, di bawah satu Projek Mega seliaan Khadim Al-Haramain As-Syariifain.
Kontraktor yang dilantik ialah Kumpulan Ben Laden dan jururekanya pula sebuah syarikat Jerman, SL Rasch.
Ia siap dibina pada bulan Ogos tahun 2010. Pembinaannya menelan kos 4.7 bilion Rial, sesuai dengan teknologinya yang canggih, ketepatan kejuruteraan dan nilai estetikanya yang tinggi.
Tujuannya untuk memberi keselesaan, kerehatan dan perlindungan kepada para jemaah dan tetamu Masjid Rasulillah SAW daripada panas matahari, air hujan khasnya ketika Solat Jumaat di laman tidak berbumbung.
Fabrik, material dan rekabentuk yang digunakan juga mampu merintang angin dan kalis api. Hebat kan?
Ada sebanyak 250 buah payung berketinggian maksimum 22 meter yang dipasang di atas tiang-tiang di 4 bahagian halaman luar masjid. Setiap satu payung mampu meneduhi seramai 800 orang jemaah iaitu seluas 576 meter persegi. Keseluruhan kawasan yang diliputi payung-payung ialah 143,000 meter persegi.
Sebuah bilik kawalan pusat akan mengawal payung-payung ini menggunakan sistem komputer manakala seramai 160 orang pekerja diperlukan untuk proses penyelenggaraan atau pember