As-Suhaime Travel Services Sdn Bhd

As-Suhaime Travel Services Sdn Bhd As Suhaime Travel menjalankan operasi perkhidmatan Umrah, Haji, pelancongan muslim,

As-Suhaime Travel Services Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usahasama dengan Tradewinds Travel Services Sdn Bhd yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

19/01/2023

Dalam setiap rezeki kita ada bahagian orang lain.

Rezeki dikongsi bersama ❤️

Perkongsian: Arifin Manan

TRAVELOG UMRAH 2018 AHMAD HARIS TAN SUHAIME Part 10Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhHaris sambung menulis penga...
30/01/2020

TRAVELOG UMRAH 2018 AHMAD HARIS TAN SUHAIME Part 10

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Haris sambung menulis pengalaman di Madinah. Sebelum Haris teruskan menulis dan anda semua meneruskan membaca. JOM KITA BERSELAWAT.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
Babah bercerita … apabila dua insan bercinta, mereka akan saling berkasih-sayang. Apabila berjauhan, akan saling mengenang dalam kerinduan. Dan jika diketahui ada orang yang akan menziarahi pasangannya, maka dia berkirim salam kepada sang kekasih.

Begitulah juga kita sebagai umat Rasulullah ﷺ. Andainya kita mencintai dan merindui Rasulullah ﷺ, jika kita berada di kejauhan, maka kita akan mengirim salam kepada Rasulullah ﷺ melalui orang-orang yang menziarahi baginda ﷺ dalam ibadah Umrah.

Ada pihak mengatakan, bida’ah, haram, syirik, sesat dan masuk ke neraka mengirim salam kepada Rasulullah ﷺ atas alasan Rasulullah ﷺ sudah wafat. Jika kematian itu sebagai satu dalil mengharamkan memberi salam, maka mengapa ada doa kepada mayat di saat melalui perkuburan umat Islam. Kita memberi salam kepada para jenazah. Tuduhan ini amat berat. Lebih-lebih lagi prinsip Ahlus Sunnah Wal Jamaah, TIDAK mengkafirkan ahli kiblat.

Dalam kitab At Tahzir Minal Ightirari Bimaja Afil Kitabil Hiwar (التحذر من الاغترار بما جاء فى كتاب الحوار ) yang ditulis oleh Syeikh Abdul Hayi Al Umrawi pada muka surat 25 iaitu tentang hukum mengkafirkan seseorang yang tidak kafir.

Hadis-hadis Riwayat Imam Malik,Bukhari dan Muslim.

فعنى ابن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله .ص. اذا قال الرجال لاخيهياكافر فقد بأبه أحدهما٬ فان
كان كما قال والارجعت عليه

Ertinya:

Dari lbnu Umar, dia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila berkata lelaki kepada saudaranya wahai kafir, maka sesungguhnya telah mengenai salah seorang daripada mereka dengannya, jikalah benar apa yang dikatakan. Jika tidak,kembalilah kekafiran itu kepadanya.”

Betul ke, mengirim salam kepada Rasulullah ﷺ, dikatakan HARAM,SESAT, BIDAAH, SYIRIK dan KAFIR ???

Berdasarkan AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH, sumber hukum UTAMA ialah :

1. Al Quran
2. Sunnah
3. Ijmak Ulama (ulama muktabar Ahlus Sunnah WalJamaah SAJA bukan ulama Wahabiy atau Syiah)
4. Qiyas

Disamping itu ada juga sumber tambahan iaitu :
1. Istihsan
2. Masalih mursalah
3. Uruf
4. Istshab

OK JOM KITA MENGAJI

Qadhi Iyadh al-Yahshubi rahimahullah dalam kitab beliau "Asy-Syifaa` bi ta'riifi huquuqil Musthafa" pada juzuk ke-2 halaman 85 menyatakan:-

"Daripada Yazid bin Abi Sa`id al-Mahriy yang berkata: "Aku telah datang mengadap Khalifah 'Umar bin `Abdul `Aziz, ketika hendak p**ang, beliau berkata kepada ku: "Aku mempunyai satu hajat daripada mu, apabila engkau datang ke Madinah dan menziarahi kubur Nabi ﷺ maka ucapkanlah kepada baginda salam daripadaku."

Dalam riwayat daripada orang lain dinyatakan bahawa Khalifah `Umar mengutus salamnya kepada Nabi ﷺ melalui surat yang baginda hantar dari Syam."

Imam an-Nawawi rahimahullah dalam kitab "Al-Idhahfi manaasikil hajj wal `umrah" pada halaman 453 menyatakan:-

"Kemudian,jika seseorang berpesan kepadanya (yakni berpesan kepada si penziarah) untukmenyampaikan salam kepada Junjungan Rasulullah ﷺ, maka disampaikannya denganmengucapkan: "as-Salamu 'Alaika, ya RasulAllah min fulan ibni fulan"(Salam kesejahteraan atasmu wahai Utusan Allah daripada si fulan anak si fulan) atau "Fulanubnu fulan yusallim 'alaika, ya RasulAllah"(Si fulan anak si fulan mengucap salam kepadamu, wahai Utusan Allah) atau dengan ucapan lain yang seumpamanya."

Imam Nawawi rahimahullah yang menulis kitab Riyadhussolihindan dulu ramai orang ambil rujukan pendapatnya yang mengatakan tak payah sertu bekas yang kena najis babi, Imam Nawawi sendiri suruh orang beri salam kepada Rasulullah ﷺ. Adakah Imam Nawawi rahimahullah itu haram, sesat, ahli bidah,syirik dan kafir ?

Sebagai umat Rasulullah ﷺ, kita kena ada ADAB. Jangan gunakan perkataan yang digunakan oleh orang awam kepada Rasulullah ﷺ kerana kedudukan Rasulullah ﷺ sama sekali TAK SAMA. Mana nak sama Rasulullah ﷺ dengan pariya ?

Benarkah Rasulullah ﷺ dah wafat ?

Firman ALLAH SWT :

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang HIDUP (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.(Baqarah:154)

Dalam ayat di atas disebut “jangan mengatakan”, dalam ayat yang lain p**a disebut “jangan kamu fikir atau sangka” :

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orangyang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah HIDUP (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Ali-Imran:169)
Dua ayat diatas menjadi dalil, orang yang mati dijalan ALLAH iaitu mati syahid, mereka sebenarnya HIDUP. Kalau orang mati syahid itu hidup, kewafatan Rasulullah ﷺ adalah kewafatan seorang RASUL adalah lebih istimewa dan lebih mulia dari para syuhada. Maka pastinya Rasul dan para Nabi itu JUGA HIDUP. Hidup di alam yang ALLAH sediakan untuk mereka.

Dalilnya :

Dalam kitab Zarqoni, yakni syarah kitab Mawahibulladuniyyah Juz 5 muka surat 332 tertulis hadis yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:

الأنبيأ أحيأ فى قبورهم يصلون

“Adalah Nabi-Nabi itu hidup di dalam kubur mereka dan sembahyang mereka itu.”

Malah Rasulullah ﷺ juga memberi salam kepada umat Islam yang sudah meninggal dunia.

Kitab Sahih Muslim ( مسلم ) Juz1 muka surat 389 menyebut begini:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنْالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ
وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلاَحِقُونَ أَسْأَلُاللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ.

Sahabat Zubair mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W sesudah menziarahi kubur dengan sahabat-sahabat baginda, telah mengajarkan para sahabat itu dengan ayat,maksudnya:

“Salam atas mu hai penduduk kampung Mukminin dan Muslimin dan kita Insya Allah akan mengikuti kamu. Kami memohon afiat untuk kami dan untuk kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kalau memberi salam kepada umat Islam yang awam pun dibolehkan, lebih-lebih lagi memberi salam kepada Rasulullah ﷺ.

Jadi ... MANA HARAM, SESAT, BIDAAH, SYIRIK DAN KAFIRNYA bilamemberi salam dan menyampaikan salam kepada Rasulullah ﷺ ?
Kesimp**annya : Orang jahil rugi kerana tidak tahu tentang ilmu dan amalan Islam yang sebenar. Ajaran Wahabiy ini sesempit ajaran sekular yang meletakkan amal ibadah itu berkait dengan rumah ibadah semata.

Syeikhul Hadis Maulana Zakaria al-Kandahlawi rahimahullah dalam kitab beliau, Fadhilat Haji, yang memohon siapa yang membaca kitab beliau itu turut sampaikan salam beliau pada Junjungan Nabi. Mohon jasa baik semua.

Menurut Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi, Imam Murtadza al-Zabidi rahimahumallah Ta'ala dalam Ithaaf [sharah bagi Ihya] ada menulis bahawa, sudah menjadi kebiasaan ulama Salaf dan Khalaf untuk mengirimkan salam kepada Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam. Para raja selalu mengirim utusan untuk menyampaikan salam kepada Baginda Nabi shollallahu 'alaihi wa sallam. Khalifah Umar bin Abdul Aziz radhiyallahu 'anhu begitu juga, selalu mengirimkan utusan untuk menyampaikan salam kepada Junjungan Mulia Nabi shollallahu 'alaihi wa sallam.

Maulana Zakaria al-Kandahlawi pun begitu juga, menyeru dalam kitab beliau [Fadhilat Haji] jangan dilupakan untuk menyampaikan salam beliau kepada Junjungan Mulia Nabi shollallahu 'alaihi wa sallam dengan ucapan :

"Assalamu'alaika Ya Rasulallah min Zakariyya bin Yahya al-Kandahlawi yastashfi'u bika ila Rabbika."

Jadi, siapa yang terbaca mesej saya ini, dan dikurniakan Allah kelapangan rezeki ke Madinah Munawwarah, mohon sampaikan salam saya ini dengan lafaz :

"Assalamu'alaika Ya Rasulallah min AHMAD HARIS TAN BIN SUHAIME yastashfi'u bika ila Rabbika."

Doakan saya dan keluarga...

@@@@@@@@@@@@@@@

Mahu Umrah / Pelancongan Muslim ??
JOM ... bersama AS-SUHAIME TRAVEL ajeeee ,
Mudah, Aman & Berkah

Dengan berbekalkan ilmu yang dikongsikan di atas, As-Suhaime-Tradewinds Travel Services Sdn Bhd ingin menawarkan pakej umrah kepada mereka yang tercari-cari pakej untuk mengerjakan umrah.

Kami ada menawarkan pakej umrah berkump**an VIP/Premium mampu pergi yang mengutamakan keselesaan anda sekeluarga.

Informasi dan Pendaftaran :

AS-SUHAIME-TRADEWINDS TRAVEL & SERVICES (87560P) (KPL 0133)
29-5, Block B, Jaya One,
No 72A, Jalan Universiti
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603-5167 1949
Mobile : +6011-3998 9875 (Ustaz Ahmad Haris)
Mobile 02 : +6010-512 9513 (Ustazah Salena Nafisah)
WhatsApp : wasap.my/601139989875
Email : [email protected]

Jom bersama kami melaksanakan ibadah Umrah bersama pengajian Fardhu Ain dan tarbiyah rohani di tahun 2020.

TRAVELOG UMRAH 2018 AHMAD HARIS TAN SUHAIME Part 9Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhHaris sambung menulis pengal...
22/01/2020

TRAVELOG UMRAH 2018 AHMAD HARIS TAN SUHAIME Part 9

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Haris sambung menulis pengalaman di Madinah. Sebelum Haris teruskan menulis dan anda semua meneruskan membaca. JOM KITA BERSELAWAT.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Kehebatan Kota Madinah, bukanlah terletak kepada harga barang-barangannya yang jauh lebih murah dari Mekah. Juga bukan terletak kepada keindahan panorama dan pemandangannya. Sebaliknya kehebatan Kota Madinah kerana di buminya, bersemadi jasad sebaik-baik makhluk ciptaan ALLAH ﷻ, yang menjadi RAHMAT BUAT SELURUH ALAM, iaitu baginda Rasulullah ﷺ.

Dengan adanya Rasulullah ﷺ, maka kita terlihat keramahan penduduk Madinah yang merupakan cucu-cicit para sahabat Rasulullah رضي الله عنهم. Akhlak, lemah lembut dan keramahan penduduk Madinah berbeza dari penduduk Saudi dari wilayah lain yang rata-ratanya kasar. Semua ini kerana keberkatan Rasulullah ﷺ.

Babah selalu mengingatkan …. Adalah TIDAK BERADAB jika ke Madinah, niatnya bukan untuk menziarahi Rasulullah ﷺ.

Jasad Rasulullah ﷺ disemadikan di rumah baginda. Rumah Rasulullah ﷺ yang menjadi maqam, kini terletak di dalam Masjid Nabawi. Dan inilah yang menjadi titik tumpuan para pencinta Rasulullah ﷺ untuk berziarah, mengucapkan salam, berselawat ke atas baginda ﷺ, bermunajat dan memohon syafaat baginda ﷺ sebagai tanda luahan kecintaan kepada baginda ﷺ. Maqam yang dikawal rapi di dalam Masjid yang dari luarnya maqam baginda ﷺ terletak betul-betul di bawah kubah hijau Masjid Nabawi.

Di dalam ruang maqam yang mempunyai dinding setinggi 11 meter bersamaan kira-kira 33 kaki tersebut di bawah kubah hijaunya tertulis "Maqam Nabi Muhammad ﷺ, Maqam Abu Bakar as-Siddiq, dan Maqam Umar ibn al-Khattab". Turut kelihatan dua ruang lain yang kosong, dan di sebelah 3 maqam dan sebuah ruang kosong tersebutlah ruang Sayyidatina Fatima az-Zahra, iaitu tempat tinggalnya.

Struktur pertama di bawah kubah hijau Masjidil Nabawi. Semasa Jenazah Rasulullah ﷺ ingin dikebumikan pakcik Baginda Al Abbas memanggil dua orang lelaki dan berkata kepada mereka: “Salah seorang daripada kamu pergilah bertemu dengan Abu Ubaidah bin Al Jarrah. Abu Ubaidah adalah seorang yang biasa membuat liang lahad yang berbentuk lurus bagi penduduk Mekah. Manakala seorang lagi dari kamu pergilah menemui Abu Talhah bin Sahl Al Anshari. Abu Talhah juga biasa membuatkan liang lahad yang mempunyai parit dan dinding sebagai pemisah di sisinya untuk penduduk Madinah.”

Kemudian Al Abbas berdoa pada Allah ﷻ ketika kedua mereka ingin mula mencari dua pembuat liang lahad tersebut: “Ya Allah, berilah pilihan terbaik untuk Kekasih-MU” Lalu kedua-dua utusan itupun berangkat mencari penggali liang lahad yang diperkatakan, namun salah seorang utusan tidak menemui Abu Ubaidah, sementara seorang lagi yang ditugaskan untuk menemui Abu Talhah dapat menemuinya. Lalu Abu Talhah pun hadir dan kemudian membuat persiapan menggali liang lahad untuk Rasulullah ﷺ.” [Musnad Ahmad, no. 2239]

Di bawah kubah hijau itulah terdapatnya maqam Rasulullah ﷺ yang tertutup dengan tirai langsir sutera hijau. Dan lansir tirai sutera inilah sahaja yang mampu dilihat dari celah pintu maqam baginda ﷺ oleh para Jemaah yang datang menziarah. Di sebalik tirai langsir, terdirinya tembok dinding tembaga yang tinggi, sehingga hampir mustahil untuk melihat sendiri maqam baginda ﷺ. Tabir langsir sutera itu tertulis لا إله إلا الله محمد رسول الله,

Menziarahi maqam Rasulullah ﷺ adalah salah satu bentuk taqarrub kepada ALLAH ﷻ, yang barangsiapa yang melakukannya akan mendapat ganjaran dan pahala yang besar daripada ALLAH ﷻ.
Berdasarkan ijmak (kesepakatan) ulama mujtahidin, menziarahi maqam Rasulullah ﷺ adalah satu sunnah yang amat dituntut kepada penduduk Mekah dan umat Islam keseemuanya. Rasulullah ﷺ sendiri menyuruh umat baginda untuk menziarahi maqamnya dalam banyak hadith, Di antaranya:

من زار قبري وجبت له شفاعتي

"Barangsiapa yang berziarah kuburku maka wajib baginya mendapat syafaatku." (HR. Tirmidzi, Baihaqi, Al-Barra, Daruqutni)

مَنْ جَاءَنِى زَائِراً لَايَعْلَمُ حَاجَةً إِلاَّزِيَارَتِى كَانَ حَقًّا عَلَيَّ أَنْ أَكُوْنَ لَهُ شَفِيْعًا يَوْمَ اْلقِيَامَةِ

“Barangsiapa berziarah kepadaku dan hanya itu saja keperluannya, maka kewajiban atasku untuk mensyafaatinya di hari kiamat.” (HR. Thabarani, Daruquthni)

مَنْ حَجَّ فَزَارَ قَبْرِى بَعْدَ وَفَاِتي فَكَأنَّمَا زَارَنىِ فِى حَيَاتى

“Barangsiapa berhaji lalu ziarah ke kuburku setelah wafatku, maka bagaikan ia mengunjungiku saat masih hidupku.” (HR. al-Baihaqi, ath-Thabarani dan lainnya)

ما من أحد يسلم علي إلا رد الله علي روحي حتى أرد عليه السلام

"Tidak ada seorangpun yang mengucapkan salam padaku (saat ziarah kubur Nabi), kecuali Allah mengembalikan ruhku sehingga aku membalas salamnya." (HR. Abu Daud)

ما بين قبري ومنبري روضة من رياض الجنة ، ومنبري على حوضي

"Antara kuburku dan mimbarku terdapat satu taman dari taman-taman surga, dan mimbarku (kelak) berada diatas lembahku." (HR. Bukhari, Muslim)

أن ابن عمر كان إذا قدم من سفر دخل المسجد ثم أتى القبر فقال : السلام عليك يا رسول الله ، السلام عليك يا أبا بكر ، السلام عليك يا أبتاه

"Abdullah bin Umar RA (putra Sayyidina Umar RA) bila datang dari perjalanan dan tiba di Madinah maka ia segera masuk Masjid lalu mendatangi qubur Nabi ﷺ seraya berucap : “Assalamu ‘alaika Yaa Rasulallah, Assalamualaika Yaa Aba Bakr, Assalamu ‘alaika Ya Abataah (wahai ayahku).” (HR. Baihaqi)

Diriwayatkan dari Sayiddina Bilal bin Rabah RA bahwasanya ketika beliau berada di Negara Syam, beliau bermimpi melihat Rasulullah ﷺ . Beliau bersabda pada Bilal: “Sudah lama kamu tidak mengunjungiku wahai Bilal?”. Ketika sahabat Bilal bangun dari tidurnya, maka beliau langsung bergegas menaiki hewan tunggangannya dan melakukan perjalanan menuju makam Rasulullah di Madinah. Ketika telah sampai di Makam Rasulullah ﷺ, beliau masuk ke dalam makam nabi yang mulia dan menangis dengan membolak-balikkan mukanya pada tanah Makam Nabi. Perjalanan sahabat Bilal ini tidak memiliki tujuan lain kecuali hanya berziarah ke Makam Nabi. Ini menunjukkan bahwa boleh hukumnya bagi seseorang melakukan perjalanan jauh (safar) dengan tujuan hanya berziarah ke Makam Rasulullah ﷺ .

Syeikh Sayid Bakri bin Sayid M Syatho Dimyathi dalam I‘anatut Tholibin, menyatakan:

قال بعضهم: ولزائر قبر النبي صلى الله عليه وسلم عشر كرامات. إحداهن يعطى أرفع المراتب. الثانية يبلغ أسنى المطالب. الثالثة قضاء المآرب. الرابعة بذل المواهب. الخامسة الأمن من المعاطب. السادسة التطهير من المعايب. السابعة تسهيل المصاعب. الثامنة كفاية النوائب. التاسعة حس العواقب. العاشرة رحمة رب المشارق والمغارب

Sebahagian ulama mengatakan bahwa orang yang menziarahi makam Rasulullah ﷺ berhak menerima 10 kehormatan dari Allah ﷻ

1. Diberikan derajat tertinggi di sisi Allah.
2. Disampaikan pada cita-cita tertinggi.
3. Dipenuhi kebutuhannya.
4. Diberikan banyak anugerah-Nya.
5. Diselamatkan dari bencana.
6. Dilindungi dari aib.
7. Dimudahkan dalam kesulitan.
8. Diringankan bebanmya dalam musibah.
9. Dapat merasakan apa yang akan terjadi.
10. Mendapatkan limpahan rahmat Allah ﷻ.

Menurut Imam Nawawi dalam Al-Majmuk dan Al-Azkar, ziarah ke Makam Rasulullah adalah “sunnah muakkad” atau ibadah yang sangat dianjurkan, walaupun tidak sampai tingkatan wajib. Begitu juga berdoa di Makam Rasulullah ﷺ hukumnya sunnah baik bagi jamaah haji dan umroh atau bagi mereka yang datang khusus untuk datang ke masjid Nabawi dan ziarah saja.
Beliau dalam Al-Majmuk 8/253 menyatakan:

واعلم أن زيارة قبر رسول الله صلى الله عليه وسلم من أهم القربات وأنجح المساعي ، فإذا انصرف الحجاج والمعتمرون من مكة استحب لهم استحبابا متأكدا أن يتوجهوا إلى المدينة لزيارته صلى الله عليه وسلم وينوي الزائر من الزيارة التقرب وشد الرحل إليه والصلاة فيه ، وإذا توجه فليكثر من الصلاة والتسليم عليه صلى الله عليه وسلم في طريقه ، فإذا وقع بصره على أشجار المدينة وحرمها وما يعرف بها زاد من الصلاة والتسليم عليه صلى الله عليه وسلم وسأل الله تعالى أن ينفعه بهذه الزيارة وأن يقبلها منه

"Berziarah ke makam Rasulullah itu termasuk ibadah terpenting dan perjalanan paling menguntungkan. Apabila pelaku haji dan umroh selesai ibadahnya dari Makkah, maka sunnah muakkad (sangat disunnahkan) baginya berangkat menuju Madinah untuk berziarah ke makam Nabi dan berniat ibadah, mengkhususkan perjalan padanya dan membaca shalawat di sana. Ketika sedang dalam perjalanan maka hendaknya memperbanyak baca selawat. Ketika mata sudah melihat pepohonan Madinah dan tanah haramnya, maka hendaknya semakin memperbanyak baca selawat pada Nabi agar ziarah ini bermanfaat baginya dan diterima Allah."

Menurut Imam Nawawi tata cara (adab) yang dianjurkan (disunnahkan) saat ziarah ke Makam Nabi ﷺ , yaitu:

- Mandi sebelum masuk makam dan memakai baju yang paling bersih.
- Menghadirkan hati atas kemuliaan kota Madinah dan bahwa Madinah adalah tempat paling utama setelah Makkah
- Sejak awal kedatangan hendaknya peziarah mengagungkan Rasulullah seakan melihatnya.
- Ketika sampai ke pintu Masjid Nabawi maka hendaknya mengucapkan bacaan yang disunnahkan dalam memasuki setiap masjid yaitu:
بسم الله، والصلاة والسلام على رسول الله، اللهم افتح لي أبواب رحمتك)، (أعوذ بالله العظيم، وبوجهه الكريم، وسلطانه القديم من الشيطان الرجيم

(Bismillah wash-solatu wassalamu ala Rasulillah. Allahummaftah abwaba rohmatik. A'udzubillahil azhim wabiwajhihil karim wasultonihil qodim minasy-syaitonir rojim.)

- Mendahulukan kaki kanan saat masuk masjid, dan mendahulukan kaki kiri saat keluar sebagaimana tatacara ketika masuk dan keluar di masjid yang lain.
- Ketika masuk masjid, maka peziarah mengarah ke Raudhah yaitu tempat antara makam dan Mimbar masjid lalu melaksanakan tahiyat masjid di samping mimbar.
- Setelah shalat tahiyat masjid, peziarah mendekati makam dan disunnahkan untuk mengucapkan salam kepada ahli kubur.

السلام عليك يا رسول الله ورحمة الله وبركاته، السلام عليك يا أبا بكر، السلام عليك يا عمر

(Assalamu alaika Ya Rasulallah warohmatullohi wabarokatuh. Assalamu alaika Ya Aba Bakr. Assalamu alaika Ya Umar.)

Setelah itu, peziarah dapat membaca doa di dekat makam Rasulullah sesuai yang diinginkannya.

Selain ke makam Nabi ﷺ , disunnahkan juga berziarah ke makam para Sahabat Nabi di Baqi' yang letaknya tepat di samping masjid Nabawi Madinah.
- Saat masuk ke pemakaman, dianjurkan (disunnahkan) baca ucapan salam berikut:

السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين، وإنا إن شاء الله بكم لاحقون، نسأل الله لنا ولكم العافية

(Assalamu alaika ahladdiyar minal mukminin wal muslimin wa inna insyaAllah bikum lahiqun. nas'alulloha lana walakumul afiyah.)

Selain dianjurkannya menziarahi Makam Rasulullah ﷺ , umat Islam dianjurkan p**a berziarah ke Makam para Wali, untuk berta­baruk dan menggapai hikmah.

Ulama Sufi berpendapat, Keutamaan/Hukum/Adab Ziarah ke Makam Wali tidak berbeda dengan Keutamaan/Hukum/Adab Ziarah ke Makam Rasulullah ﷺ , kerana para Wali adalah pewaris Rasulullah ﷺ khususnya bagi Wali yang memiliki sanat (silsilah) yang sampai kepada Rasulullah ﷺ .

Untuk dapat melakukan ziarah dengan baik, perlu diperhatikan adab yang benar, agar tercapai tujuan yang semestinya, dan tidak meleset arahnya. Pastikan bahwa kita benar-benar sedang mengarah hanya pada apa-apa yang disukai dan diridai Allah ﷻ. , jangan pada arah yang tidak jelas.

Bahwa berziarah kepada para awliya atau pun para kekasih Allah ﷻ. , apalagi yang merupakan sahabat Nabi ﷺ , ataupun umumnya para wali, merupakan perkara yang sangat dianjurkan, dan seyogyanya begitu rupa kita pentingkan. Rasulullah ﷺ sendiri nyata-nyata mengunjungi makam sahabat-sahabat beliau, yang merupakan awliya itu, di Baqi' al-Gharqad, mendoakan ampunan Allah ﷻ. bagi sahabat-sahabat beliau. Demikian juga beliau berziarah ke Uhud.

Bahkan suatu ketika Rasulullah ﷺ juga menyapa suatu makam orang kafir, “Betul nggak janji-janji Allah ﷻ. yang aku disuruh menyampaikannya kepadamu? Ancaman-ancamannya sudah kamu jumpai sekarang kan?” Para sahabat lalu bertanya, “Apakah mereka dapat mendengar sapaanmu itu yaa Rasulallah ﷺ ? Rasulullah ﷺ menjawab, ”Mereka mendengar, namun (kerana kafirnya di dunia dahulu, kini mereka sibuk dengan penderitaan yang sedang melilit dirinya di dalam kubur) tak mampu lagi menjawab sebagaimana mestinya.”

Nah, kalau orang kafir saja mendengar, walaupun tak berdaya menjawab, bagaimana halnya dengan orang mukmin? Bagaimana dengan orang saleh? Bagaimana dengan awliya? Bagaimana dengan para Syuhada? Bagaimana dengan Anbiya'? Bagaimana dengan sahabat-sahabat Nabi ﷺ yang mereka merupakan suluh bagi kita untuk dapat meraih petunjuk Allah ﷻ. yang kita cari, dan yang sangat kita perlukan? Yang demikian ini sudah jelas terungkap dalam riwayat dan hadits yang sahih.

Hal-hal yang sepatutnya menjadi tujuan ziarah ke makam para wali, atau pun orang-orang alim adalah agar kita menjadi semakin dekat (qarib/taqarrub) kepada Allah ﷻ. itu sendiri. Kedua adalah agar kita berdoa dengan tulus, dan bersungguh-sungguh untuk beliau; kerana sesungguhnya Allah ﷻ. telah menganugerahi suatu bentuk berkah yang berlimpah kepada beliau; dan kerana ‘lubernya’ berkah itu, semoga terlimpah kembali kepada para peziarah dan keluarganya; yaitu dalam bentuk dan takaran rahmat yang semakin melimpah ruah.

Yang sepatutnya dilakukan olah para peziarah adalah mengambil posisi berhadapan muka dengan yang diziarahi. Dalam jarak yang cukup dekat namun penuh hormat. Menyampaikan salam dengan sikap yang sopan, khusyuk, merunduk, memandang ke bumi dangan teduh, serta menghormati pribadi yang diziarahi, seraya menanggalkan aneka macam kesadaran diri yang ada. Imajinasikan seolah-olah kita sedang menatap muka beliau, dan sorot mata beliau pun seolah-olah menatap kita. Hati meliput cakrawala keluhuran martabat maupun asrar (rahasia rohaniah) yang dilimpahkan Allah ﷻ. pada beliau; pada keluhuran kewalian beliau; pada aspek kedekatan beliau dengan Allah ﷻ. dan lantaran ketaatan beliau kepada-Nya yang telah mendatangkan limpahan wacana Rabbaniyah pada diri beliau itu.

Lakukan hal ini dengan khidmat. Kalbu atau pun bashirah (mata batin) peziarah seharusnya terus-menerus dan semakin cermat menyadari dengan sungguh-sungguh bahwa betapa dangkal dan tumpulnya upaya diri kita untuk meraih taraf "kasih" Allah ﷻ. seperti yang telah beliau peroleh itu. Maka tumbuhkanlah sendiri suatu nuansa kesadaran diri untuk mulai semakin bersungguh-sungguh untuk taat kepada Allah ﷻ. , dengan meniru beliau yang sedang diziarahi itu, dan agar memperoleh pencerahan dari beliau.

Inilah nikmatnya berziarah yang dapat ditempuh untuk dapat lebih bergegas-gegas lagi menuju Allah ﷻ. , bangunkan sendiri garis lurus dalam alam sadar (conscious) kita suatu energi gaib (di dalam kalbu) seraya mengelakkan diri dari pesona, magnitude, maupun tarikan kuat "selera duniawi". Ketahuilah, sesungguhnya getaran selera dangkal, atau duniawi itulah yang membutakan "bashirah", dan menghalangi suatu kedekatan antara kita dengan Allah ﷻ. , atau pun dengan citra diri yang baik, dan itu jugalah yang tak henti-hentinya membuat kita berputar-putar secara tak berkeputusan.

Hendaknya peziarah memandang diri sendiri dengan mata hatinya; betapa sesungguhnya dengan ziarah itu berarti Allah ﷻ. sedang bermurah hati menjadikan dirinya semakin mendekati seorang wali tertentu, dan bahwa dirinya mulai bersedia menyandang perilaku (akhlak) para kekasih-Allah ﷻ. itu; bahwa ia semakin mantap dalam berpegangan kepada model panutan, serta jalan hidup yang benar, dan penuh kesungguhan menuju Allah ﷻ. , seperti yang dilakukan beliau-beliau para awlia itu. Dan agar dapat mencapai martabat kehambaan yang hakiki di sisi Allah ﷻ. , seperti yang saat ini menjadi reputasi beliau-beliau para wali itu.

Namun betapa kenyataan sehari-hari yang dijalani para peziarah justru mendepak kembali peluang, dan kondisi yang dihadapkan oleh Allah ﷻ. itu menjadi hanya selintas maya. Jika memang demikian, seharusnya peziarah mulai membayangkan seolah-olah dirinya sedang hadir di hari kiamat, atau pun di hari kebangkitan. Saat itu para awliya yang bangkit dari makamnya itu pun dalam tampilan atau citra yang cerah dan penuh keriangan kerana menyandang rida Allah ﷻ. dari sebab perilaku yang beliau-beliau lakukan di dunia dahulu dengan penuh ketaatan – di samping keterkaitannya yang intens bersama Rasulullah ﷺ . Beliau-beliau mengendarai kereta cahaya yang menggambarkan karamah beliau, seraya dipayungi oleh para malaikat dengan payung yang gemerlap, yang berawal dari amalan-amalan salehnya. Di atas kepala beliau-beliau bertemaram cahaya tiara, sedemikian teduh, dan dapat kita jadikan tambatan yang dapat menyaput derita para pendosa, atau pun orang-orang yang berbekal ketaatan, namun lantaran pengejarannya di dunia ini atas syahwat yang tak berkeputusan, dapat menjungkalkan yang bersangkutan ke derita kubur. Orang-orang seperti itu kini sedang melolong dalam tujuannya dan kebingungannya. Penuh ketakutan dan bersimbah peluh yang telah menenggelamkan dirinya dalam nestapa, seraya makin tak tahu apa yang bisa diperbuatnya.

Yakinkanlah dirimu wahai peziarah, jangan sampai kelak akan mengalami yang demikian itu. Maka bangkitkan rohanimu, jangan lagi berlalai-lalai, berdukalah sekarang, menangislah saat ini, jangan nanti. Dan mulailah berdoa untuk kedua perspektifmu; di dunia ini, terutama di akhirat nanti. Mohonlah agar Allah ﷻ. yang Rahim membenahi dirimu dengan mengkurniakan Tawfiq kepadamu, seperti halnya menjadi kurnia Allah ﷻ. bagi orang-orang saleh. Bacalah ayat-ayat al-Qur'an, perbanyak doa, istighfar, penyadaran diri kepada Allah ﷻ. yang semakin sungguh-sungguh dan penuh harap. Tentramkan dirimu bersama awliya, anbiya, atau sahabat, dan merasakan cukup bersamanya sajalah, jika yang demikian ini dapat kita persembahkan kepada Allah ﷻ. niscaya Dia makin melimpahkan rahmat, dan semakin berkenan mengijabahkan do’amu.

Ketahuilah hanya dengan bersungguh-sungguh, orang akan mendapatkannya dan yang beruntung meraih pintu Sang Pemurah, pasti tak akan kandas dari segala apa yang menjadi maksud dan tujuannya. Oleh kerana itu hindarilah kecondongan hati yang tak bersungguh-sungguh melalui ziarahmu kepada orang saleh. Berziarahlah dalam kekhusyukan, dalam taqarrub kepada Allah ﷻ. . Janganlah kerana pertimbangan membutuhkan pengakuan orang, dan jangan p**a supaya terkesan sebagai orang saleh, malah nanti akan menjadi tambahan puing petaka rohanimu saja. Hindarilah dari bercakap yang tidak baik, atau pun tak senonoh, atau pun yang tak jelas perlu dan manfaatnya, di haribaan makam orang saleh. Sebab hal itu dapat menimbulkan murka Allah ﷻ. , dapat menimbulkan "gelo" (kekecewaan-Jawa) atau pun kedukaan orang saleh itu sendiri, dan sekiranya malah akan menghampirkan dirimu sendiri kepada kehancuran secara tidak kita sadari. Sekali lagi elakkan yang demikian ini.

Point utama dalam ziarah adalah menggerakkan zikir, selawat, baca ayat al-Qur'an, sepenuh jiwa dan raga.

Hanya Allah ﷻ. saja yang dapat menunjukkan kita ke jalan yang benar dan membahagiakan. Maka kita bersandar, bertumpu, dan berserah diri ke jalan-Nya. Selawat dan Salam semoga makin terlimpah kepada Rasulullah ﷺ , pegangan kita hingga hari pembalasan kelak.

“La hawla wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhiim”

@@@@@@@@@@@@@@@

Mahu Umrah / Pelancongan Muslim ??
JOM ... bersama AS-SUHAIME TRAVEL ajeeee ,
Mudah, Aman & Berkah

Dengan berbekalkan ilmu yang dikongsikan di atas, As-Suhaime-Tradewinds Travel Services Sdn Bhd ingin menawarkan pakej umrah kepada mereka yang tercari-cari pakej untuk mengerjakan umrah.

Kami ada menawarkan pakej umrah berkump**an VIP/Premium mampu pergi yang mengutamakan keselesaan anda sekeluarga.

Informasi dan Pendaftaran :

AS-SUHAIME-TRADEWINDS TRAVEL & SERVICES (87560P) (KPL 0133)
29-5, Block B, Jaya One,
No 72A, Jalan Universiti
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603-5167 1949
Mobile : +6011-3998 9875 (Ustaz Ahmad Haris)
Mobile 02 : +6010-512 9513 (Ustazah Salena Nafisah)
WhatsApp : wasap.my/601139989875
Email : [email protected]

Jom bersama kami melaksanakan ibadah Umrah bersama pengajian Fardhu Ain dan tarbiyah rohani di tahun 2020.

TRAVELOG UMRAH 2018 AHMAD HARIS TAN SUHAIME Part 8Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhMadinah … First time Haris d...
21/01/2020

TRAVELOG UMRAH 2018 AHMAD HARIS TAN SUHAIME Part 8

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Madinah … First time Haris datang kota cahaya. Seronok. An-Nokhba Hotel, dekat sangat dengan Masjid Nabawi. Berjiran dengan Hotel Hilton Madinah.
Ada beberapa ADAB yang Babah ajar jika ingin masuk ke Madinah.
Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa menziarahi baginda ﷺ adalah sebesar-besar usaha mendekatkan diri kepada ALLAH dan sebaik-baik ketaatan. Orang yang menziarahi juga hendaklah berniat menziarahi masjid baginda ﷺ kerana baginda telah bersabda bahawa sembahyang di dalamnya lebih baik dari seribu sembahyang di tempat yang lain melainkan Masjidil Haram.

Diriwayatkan daripada Rasulullah ﷺ :
(Janganlah kamu bersusah payah untuk musafir melainkan ke tiga buah masjid: Masjid Al Haram, masjidku ini dan Masjid Al Aqsa).

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah ﷺ bersabda:
(Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku).

AADAB-ADAB ZIARAH

Sepatutnya bagi pengunjung ketika dia menghala ke Madinah Munawwarah, dia banyak mengucapkan selawat dan salam ke atas Nabi ﷺ serta memohon kepada ALLAH supaya memanfaatkannya dengan ziarahnya itu dan menerima ziarahnya itu kemudian berdoa:

(اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وارزقني في زيارة نبيك (صلى الله عليه وسلم) ما رزقته أولياءك وأهل طاعتك واغفر لي وارحمني يا خير مسؤول).

Dia disunatkan mandi sebelum memasuki Madinah Munawwarah dan memakai pakaian yang paling bersih.

Apabila sampai di pintu masjid baginda ﷺ, dia hendaklah mendahulukan kaki kanannya ketika melangkah masuk dan menggunakan kaki kirinya ketika melangkah keluar.

Dia masuk dengan menuju ke Raudhah (iaitu bahagian di antara mimbar dan maqam Nabi di mana permaidaninya berwarna hijau sedangkan permaidani masjid di bahagian yang lain semuanya berwarna merah). Setelah itu dia mendirikan sembahyang sunat Tahiyyat Masjid kemudian dia datang ke maqam Nabi ﷺ dan berdiri menghadap muka baginda ﷺ sekitar empat hasta dari dinding maqam dalam keadaan beradab kemudian memberi salam tanpa menguatkan suaranya cuma cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri, sebagai tanda peradaban bersama baginda ﷺ

Pengunjung membaca dengan hati yang khusyuk sambil menundukkan muka serta memperlahankan suara dan tidak banyak menggerakkan anggota badan:

(السلام عليك يا رسول الله, السلام عليك يا نبي الله السلام عليك يا حبيب الله, السلام عليك يا خيرة خلق الله, السلام عليك يا صفوة الله, السلام عليك يا سيد المرسلين وخاتم النبيين, السلام عليك يا قائد الغر المحجلين, السلام عليك وعلى أهل بيتك الطيبين الطاهرين, السلام عليك وعلى أزواجك الطاهرات أمهات المؤمنين, السلام عليك وعلى أصحابك أجمعين, السلام عليك وعلى سائر عباد الله الصالحين, جزاك الله يا رسول الله أفضل ما جزى نبياً ورسولاً عن أمته, وصلى الله عليك كلما ذكرك الذاكرون, وغفل عن ذكرك الغافلون. أشهد أن لا إله إلا الله, وأشهد أنك عبده ورسوله, وأمينه وخيرته من خلقه, وأشهد أنك قد بلغت الرسالة, وأديت الأمانة, ونصحت الأمة, وجاهدت في الله حق حهاده).

(Sesiapa yang kesuntukan masa untuk berbuat demikian atau tidak mengingatinya, dia bolehlah membaca sebahagian dari salam ini sahaja).

Jika seseorang memesankannya supaya menyampaikan salam kepada Rasulullah ﷺ dia hendaklah memberi salam secara menyebut: (السلام عليك يا رسول الله من فلان ابن فلان).

Kemudian dia melangkah ke kanan sekadar satu hasta lalu memberi salam kepada Sayidina Abu Bakar r.a dengan berkata:

(السلام عليك يا خليفة رسول الله ، السلام عليك يا صاحب رسول الله في الغار ، السلام عليك يا رفيقه في الأسفار ، السلام عليك يا أمينه على الأسرار ، جزاك الله عن الإسلام والمسلمين خيراً ، اللهم ارض عنه وارض عنا به).

Kemudian dia melangkah ke kanan sekadar satu hasta lalu memberi salam kepada Sayidina Umar r.a. dengan berkata:

(السلام عليك يا أمير المؤمنين، السلام عليك يا من أيد الله به الدين، جزاك الله عن الإسلام والمسلمين خيراً، اللهم ارض عنه وارض عنا به).

Setelah itu dia kembali semula ke Raudhah dan banyak mendirikan sembahyang dan berdoa di sana.

Ziarah Perkuburan Baqi', Syuhada' Uhud dan Masjid Quba':

Sunat keluar ke perkuburan Baqi' pada setiap hari terutamanya tengahari hari Jumaat iaitu selepas memberi salam kepada Rasulullah ﷺ Apabila sampai di sana kita memberi salam dengan berkata:
(السلام عليكم دار قوم مؤمنين، وإنا إن شاء الله بكم لاحقون، اللهم اغفر لأهل البقيع، اللهم اغفر لنا ولهم)
Pengunjung juga sepatutnya menziarahi masjid Quba' untuk sembahyang di dalamnya kerana pernah Nabi ﷺ datang ke masjid Quba' dalam keadaan menunggang dan berjalan kaki, baginda mendirikan sembahyang dua rakaat di dalamnya dan yang paling afdhal ialah pada hari Sabtu kerana Rasulullah ﷺ pernah datang ke masjid ini pada setiap hari Sabtu.


Sebagaimana sunat juga menziarahi syuhada Uhud pada hari Khamis terutamanya penghulu syuhada' Hamzah bapa saudara Rasulullah ﷺ

Sembahyang Di Madinah:

Sunat mendirikan sembahyang semuanya di Masjid Nabi sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi ﷺ bersabda:
(Sembahyang di masjidku ini lebih baik dari seribu sembahyang yang dilakukan di masjid yang lain selain Masjid Al Haram).

Keluar Dari Madinah dan Musafir:

Disunatkan bagi pengunjung apabila dia ingin keluar dan musafir, dia hendaklah meninggalkan masjid Nabi dengan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat dan berdoa dengan doa yang dia inginkan kemudian dia datang ke Raudhah dan memberi salam sebagaimana dia memberi salam sebelum itu serta dia berdoa dengan menyebut sanak saudaranya bersama-sama di dalam doa tersebut dengan penuh tadharru' dan meninggalkan Nabi ﷺ sambil berdoa:

(اللهم لا تجعل هذا آخر العهد بحرم رسولك (صلى الله عليه وسلم) ويسر لي العود إلى الحرمين سبيلاً سهلة بمنك وفضلك وارزقني العفو والعافية في الدنيا والآخرة وردنا سالمين غانمين إلى أوطاننا آمنين).

Seterusnya dia berkata: Kamu bukanlah orang yang ditinggalkan wahai Rasulullah).
@@@@@@@@@@@@@@@

Mahu Umrah / Pelancongan Muslim ??
JOM ... bersama AS-SUHAIME TRAVEL ajeeee ,
Mudah, Aman & Berkah

Dengan berbekalkan ilmu yang dikongsikan di atas, As-Suhaime-Tradewinds Travel Services Sdn Bhd ingin menawarkan pakej umrah kepada mereka yang tercari-cari pakej untuk mengerjakan umrah.

Kami ada menawarkan pakej umrah berkump**an VIP/Premium mampu pergi yang mengutamakan keselesaan anda sekeluarga.

Informasi dan Pendaftaran :

AS-SUHAIME-TRADEWINDS TRAVEL & SERVICES (87560P) (KPL 0133)
29-5, Block B, Jaya One,
No 72A, Jalan Universiti
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603-5167 1949
Mobile : +6011-3998 9875 (Ustaz Ahmad Haris)
Mobile 02 : +6010-512 9513 (Ustazah Salena Nafisah)
WhatsApp : wasap.my/601139989875
Email : [email protected]

Jom bersama kami melaksanakan ibadah Umrah bersama pengajian Fardhu Ain dan tarbiyah rohani di tahun 2020.

Address

Persiaran Pasak Bumi, U 8
Shah Alam
40150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when As-Suhaime Travel Services Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category

Nearby travel agencies