Pergi Jepun

Pergi Jepun Program Pergi Jepun bersama Sensei, Projek Kolaborasi Antara CakapJepun Academy & HIS Travel Malaysia Hurry Up!

Pergi Jepun is a platform that can assist you with all travel needs to go to Japan. We are connecting people & places by giving you a memorable
travelling experiences. Come and create your own stories worth telling on one of our unique tours to Japan.

あけましておめでとうございますakemash*te omedetou gozaimasuSelamat Tahun Baru 2024. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumn...
01/01/2024

あけましておめでとうございます
akemash*te omedetou gozaimasu

Selamat Tahun Baru 2024. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Sensei doakan semua dapat capai impian & azam untuk tahun ini.

08/12/2023

Ebook PERCUMA khas untuk anda! Komen NAK di bawah nanti sensei akan sharekan link e-book ini okay🥰

PERLU KE BAWA CASH YANG BANYAK BILA TRAVEL JEPUN?Ini antara soalan yang selalu orang tanya bila mereka nak melancong. In...
29/11/2023

PERLU KE BAWA CASH YANG BANYAK BILA TRAVEL JEPUN?

Ini antara soalan yang selalu orang tanya bila mereka nak melancong. Ini dikhususkan juga bila masuk ke Jepun tahu-tahu tak buat perancangan menyediakan cash yang cukup!

Sebenarnya banyak kedai di Jepun yang masih menerima cash. Seeloknya bawalah cash yang mencukupi, jika tidak boleh saja anda menggunakan alternatif kad Wise, BigPay, atau Visa MAE.

Kalau nak withdraw, boleh saja ke Family Mart mahupun 7E yang berdekatan. Namun caj pengeluaran melalui debit card agak mahal berbanding Wise dan sebagainya.

Kedai makan dan bisnes-bisnes kecil masih menggunakan wang tunai. Dan ia juga bergantung pada tempat yang anda pergi.

Kenapa tiada sistem cashless sepenuhnya? Ini kerana ia untuk mengelakkan warga emas disana dari ditipu. Jepun agak ketinggalan dari segi sistem cashless kerana ada ramai warga emas yang masih tidak pandai membayar menggunakan sistem ini.

Jadi persediaan ini harus dilakukan mengikut tempat yang anda nak pergi. Bawa wang tunai secukupnya terutamanya bila anda nak membeli-belah semasa Trip Port Shopping ini yang akan bermula dari 24 – 28 Februari 2024 ini. Masih ada slot lagi untuk anda daftar, jom klik link di bawah sekarang!

Teroka Keindahan Musim Sejuk di Japan kini dibuka! ❤️❄️Anda teringin nak beraksi ala-ala Gray dalam anime Fairy Tail?Ata...
28/11/2023

Teroka Keindahan Musim Sejuk di Japan kini dibuka! ❤️❄️

Anda teringin nak beraksi ala-ala Gray dalam anime Fairy Tail?
Atau mahu menari & bernyanyi dalam salji seperti Elsa?
inilah masanya untuk penuhi impian anda!

Lepas dah puas main salji, kita pergi hayati keindahan Gunung Fuji yang dilitupi salji. Kita lengkapkan trip ni dengan rasai kepesatan kota metropolis Tokyo.

⭐️ Cuba makanan Jepun yang ori & halal
⭐️ Port shopping wajib pergi di Tokyo
⭐️ Pengalaman naik bullet train

Ayuhlah booking seat sekarang, sebab tempat limited! Harga all-in package dah siap flights tauuu 😘😘

Boleh hubungi admin dengan tekan link di bawah!

https://bit.ly/TripPJ2024

Teroka Port Shopping Gegirls Trip Japan kini dibuka! ❤️Pergi rambang mata, balik bawa banyak benda!Plan untuk travel ke ...
27/11/2023

Teroka Port Shopping Gegirls Trip Japan kini dibuka! ❤️

Pergi rambang mata, balik bawa banyak benda!

Plan untuk travel ke Jepun next year? Tapi nak cari trip gegirls sahaja? inilah masanya! ❄️

⭐️ Trip wanita - selamat ada geng sekali
⭐️ Spot barang rare - berkualiti & best
⭐️ View cantik yang tiada di Malaysia

Ayuhlah booking seat sekarang, sebab tempat limited! Harga all-in package dah siap flights tauuu 😘😘

Boleh hubungi admin tau! Link di komen 👇👇

Alhamdulillah, Trip Pergi Jepun ke Osaka & Kobe dengan Izzat sensei sebagai guide telah selamat mendarat di bumi Jepun s...
27/11/2023

Alhamdulillah, Trip Pergi Jepun ke Osaka & Kobe dengan Izzat sensei sebagai guide telah selamat mendarat di bumi Jepun sabtu lalu.

Trip dibawah Pergi Jepun dan Cakap Jepun ini sangat istimewa kerana tempat lawatan disusun mengikut cadangan Izzat sensei sendiri.

Ini kerana Izzat sensei pernah belajar di bandar Kobe dan beliau mahu bawa para pelajar Cakap Jepun teroka 'hidden gem' di Kobe yang jarang diketahui umum.

Para peserta juga berpeluang meneroka keindahan budaya, makanan & gaya hidup masyarakat di Jepun. Lebih menarik, para peserta dapat menggunakan Bahasa Jepun yang mereka belajar di dalam kelas termasuklah cakap, tulis dan baca.

Pengalaman sebegini sangat berbaloi untuk dirasai sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Trip Pergi Jepun disusun khas untuk membawa anda teroka budaya, makanan & falsafah Jepun dengan lebih mendalam. Hubungi kami & Jom Pergi Jepun!

Ohayou gozaimasu!Alhamdulillah Anuar Sensei dan team Pergi Jepun beserta "tetamu istimewa" dah selamat mendarat ke Jepun...
23/11/2023

Ohayou gozaimasu!
Alhamdulillah Anuar Sensei dan team Pergi Jepun beserta "tetamu istimewa" dah selamat mendarat ke Jepun semalam!

Btw kalau minasan pergi Jepun, apa benda yang anda nak teroka di Jepun?
Cuba komen di bawah 👇🏻

17/11/2023

Ohayou Gozaimasu!
Apa content atau tempat yang anda nak tahu mengenai Jepun?

16/11/2023

Kalau orang Jepun tanya anda dari mana, nak jawab apa?

27/10/2023

SATU HARI sahaja lagi untuk anda sertai Webinar Membongkar Persiapan Wajib Tahu Untuk Pergi Jepun.

Setiap penyertaan akan dapat PERCUMA Ebook – Pantang Larang Jangan Buat Di Jepun.

Jumpa esok tepat jam 9 pagi ya!

Jom daftar di sini👇🏻

https://cakapjepun.com/webinar-trip-jepun/

Mereka dah tak sabar nak   Sebulan sahaja lagi tinggal untuk trip Pergi Jepun akan berlepas. 😍Tapi sebelum nak pergi Jep...
25/10/2023

Mereka dah tak sabar nak

Sebulan sahaja lagi tinggal untuk trip Pergi Jepun akan berlepas. 😍

Tapi sebelum nak pergi Jepun mesti la kena tahu persediaan awal. Bagi membantu melancarkan persiapan para peserta, team Pergi Jepun dan Izzat sensei telah adakan sesi penerangan bersama para peserta trip.

Anda pun nak belajar tips & tricks untuk Pergi Jepun? Jom join webinar Persiapan Wajib Tahu Untuk Pergi Jepun pada 28 Oktober 2023 ini jam 9 pagi.

Link pendaftaran ada di ruang komen!

ETIKA MAKAN DI JEPUNSetiap negara mempunyai adab dan etika tersendiri ketika menjamu selera. Mungkin bagi penduduk tempa...
20/10/2023

ETIKA MAKAN DI JEPUN

Setiap negara mempunyai adab dan etika tersendiri ketika menjamu selera. Mungkin bagi penduduk tempatan etika ini sudah diajar semenjak dari kecil lagi. Tapi sebagai pelancong yang hanya pergi ke sesuatu tempat pada tempoh terhad, amat s**ar untuk kita kenal pasti etika yang betul.

Kami akan kongsikan etika dan adab yang betul ketika anda makan di restoran sewaktu pergi Jepun.

Atas faktor ini maka etika yang terbaik adalah dengan tidak mengambil masa yang lama untuk menjamu juadah secara santai.

Selain itu, antara perkara yang sering disalah erti adalah tindakan menyusun pinggan atau mangkuk setelah selesai makan. Mungkin pada anda tindakan itu sangat baik kerana dapat memudahkan pekerja restoran untuk mengemas meja. Tetapi sebaliknya perkara tersebut membuatkan mereka terpaksa membuat kerja tambahan untuk basuh tapak pinggan.

Mungkin anda berpendapat tindakan menyusun pinggan dan mangkuk adalah untuk mengelakkan meja penuh dan memudahkan menikmati hidangan. Ia adalah lebih ideal jika pelanggan dapat membuat sedikit sahaja pesanan makanan dalam satu-satu masa tetapi secara kerap.

Ada dalam kalangan anda yang tahu tentang etika makan ini?

SESAT DI STESEN KERETAPI JEPUN?Banyak individu berkongsi pengalaman menarik mengenai pengalaman tersesat di stesen keret...
17/10/2023

SESAT DI STESEN KERETAPI JEPUN?

Banyak individu berkongsi pengalaman menarik mengenai pengalaman tersesat di stesen kereta api Jepun. Lebih ramai lagi yang berkongsi kisah mengenai cabaran yang mereka hadapi semasa turun naik tangga sambil membawa beg pakaian dan stroller.

Adalah tidak dinafikan bahawa stesen-stesen di Jepun, terutamanya yang besar seperti Nagoya dan Tokyo, adalah kompleks dengan pergerakan cepat penduduk tempatan yang boleh menimbulkan kebimbangan kepada pengunjung yang berjalan dengan santai.

Petua ini dapat bantu anda elak rasa keletihan yang berlebihan. Kami memberi tumpuan untuk menggunakan eskalator dan lif, serta menghindari tangga.

Petua ini juga berguna kepada golongan yang membawa anak kecil, orang tua, stroller, kerusi roda, atau beg pakaian yang besar. Berikut adalah petua-petua yang mungkin berguna:

PETUA 1: SEMAK NOMBOR PLATFORM
Selepas anda menentukan trek kereta yang akan digunakan, periksa nombor platform bagi trek tersebut di stesen asal dan destinasi anda. Anda boleh menggunakan sumber-sumber seperti wiki atau hyperdia untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Ini akan membantu mengelakkan kebingungan apabila tiba di stesen dengan banyak platform.

PETUA 2: SEMAK PETA LANTAI SETIAP STASEN
Langkah ini adalah penting. Setelah mengetahui nombor platform, periksa floor plan stesen untuk menentukan lokasi platform tersebut dalam stesen dan laluan untuk mencapainya. Dengan maklumat ini, anda juga dapat menemukan lokasi pintu masuk/keluar, tangga, eskalator, lif, tandas, loker, dan kaunter tiket. Ini akan membantu anda untuk mencari gerabak kereta yang paling dekat dengan lif, eskalator, dan pintu keluar.

PETUA 3: SEMAK LOKASI SETIAP PINTU KELUAR
Langkah ini serupa dengan Petua 2. Anda perlu merujuk floor plan stesen untuk menentukan lokasi pintu keluar. Ia menjadi sangat penting di stesen-stesen yang mempunyai banyak pintu keluar. Anda boleh memadankan lokasi pintu keluar dalam peta lantai dengan Google Maps untuk memastikan bahawa anda memilih pintu keluar yang tepat.

PETUA 4: KIRA MASA YANG DIPERLUKAN
Setelah anda mempunyai semua maklumat di atas, anda boleh merancang waktu yang diperlukan untuk berjalan di dalam stesen. Ini akan membantu anda mengelakkan kekacauan ketika mencuba mengejar kereta. Jangan terburu-buru; periksa jadual kereta yang sesuai dengan keadaan dan kekuatan fizikal anda.

PETUA 5: CATAT SEMUA MAKLUMAT
Tiada salahnya untuk mencatat semua maklumat ini dalam telefon bimbit anda. Maklumat yang mungkin kelihatan remeh ini sangat membantu dalam perjalanan anda di Jepun. Simpan floor plan stesen di dalam telefon anda untuk rujukan yang lebih mudah.

Ingatlah, stesen kereta api di Jepun menyediakan banyak platform, termasuk floor plan, yang boleh membantu anda dalam perjalanan anda.

Gunakan platform ini dengan bijak untuk memastikan pengalaman perjalanan anda berjalan lancar. Semoga petua-petua ini berguna untuk anda! 😊

Ada dalam kalangan anda pernah sesat di stesen keretapi Jepun? Cuba komen dibawah!

ANDA BARU FIRST TIME NAK PERGI JEPUN?Bila kita mula-mula nak pergi ke negara luar memang akan ada beberapa masalah ini:❌...
16/10/2023

ANDA BARU FIRST TIME NAK PERGI JEPUN?

Bila kita mula-mula nak pergi ke negara luar memang akan ada beberapa masalah ini:

❌Takut sesat…
❌Tak tahu bahasa Jepun & ada masalah komunikasi
❌Tak tahu tempat makanan halal & solat
❌Nak melancong bawa family, anak-anak dan mak ayah

Kalau tak ada persiapan yang baik, trip anda jadi sakit hati dan confirm ‘turn off’!

Tapi jangan risau, kami ada webinar yang akan bantu anda sebelum pergi ke sana!

Sertai webinar BUAT 5 PERKARA INI DAN ELAK TURN OFF BILA SAMPAI JEPUN yang akan berlangsung di ZOOM pada Sabtu, 28 Oktober 2023 pada jam 9 pagi!

Jangan lupa join waiting list untuk dapatkan notifikasi!

Klik link di bawah untuk daftar 👇

https://cakapjepun.com/webinar-trip-jepun/

PETI POS CINTA, KOBE HARBORLAND  ‘Ai no yubin posuto’ atau nama melayunya peti surat cinta sememangnya amat sesuai buat ...
13/10/2023

PETI POS CINTA, KOBE HARBORLAND

‘Ai no yubin posuto’ atau nama melayunya peti surat cinta sememangnya amat sesuai buat kekanda dan adinda yang ingin meluahkan rasa cinta.

Peti surat ini dibina pada tahun 2007 bersempena Kobe Harborland diiktiraf sebagai salah satu lokasi istimewa bagi kekasih di jepun.

Pengiktirafan ini sebenarnya adalah usaha sebuah badan NGO bagi
membendung isu kadar kelahiran rendah yang sangat membimbangkan di Jepun.

Mereka membuat senarai beberapa lokasi di seluruh jepun sebagai lokasi yang mempunyai suasana romantik untuk menggalakkan pasangan bercinta untuk melamar di lokasi-lokasi tersebut dan melahirkan zuriat.

Rupa peti surat ini yang bewarna biru tua dan pink beserta ukiran simbol ‘love’ juga kelihatan amat comel dan menaikkan mood untuk anda utuskan poskad pada si dia.

Terdapat mitos di Jepun yang mengatakan bahawa jika anda luahkan perasaan dan dipos melalui peti ini, cinta anda akan terbalas. Namun untuk sensei, sensei ambil peluang meluahkan rasa sayang kepada kedua ibu bapa sensei di Malaysia dengan menghantar poskad melalui peti ini.

Ada beberapa cara untuk ke Peti Pos Cinta di Kobe harborland. Yang paling mudah adalah dengan menaiki Kobe Loop Bus. Anda hanya perlu turun di Stesen No.2 (Harborland) dan berjalan kaki sekitar 200m ke arah Muzium Anpanman.

Ada sesetengah orang nampak pokok maple dan ginko sama. Namun ia sebenarnya tidak serupa.Perbezaan antara pokok mapel da...
11/10/2023

Ada sesetengah orang nampak pokok maple dan ginko sama. Namun ia sebenarnya tidak serupa.

Perbezaan antara pokok mapel dan ginko dapat dikenal pasti melalui ciri-ciri unik masing-masing:

Pencirian Pokok:
Mapel: Pokok mapel merupakan pokok berdaun sepanjang tahun, yang bermaksud ia sentiasa mempunyai daun pada cabangnya sepanjang tahun.
Ginko: Ginko adalah pokok berdaun luruh, bermaksud ia akan menggugurkan kesemua daunnya pada musim gugur sebelum tiba musim sejuk.

Ciri Daun:
Mapel: Daun-daun mapel biasanya berbentuk tapak tangan dengan lima hingga tujuh bahagian yang dipisahkan.
Ginko: Daun ginko adalah daun l***r yang mirip dengan kipas dengan dua bahagian utama yang berjajar.

Jenis Daun:
Mapel: Daun-daun mapel biasanya hijau sepanjang tahun, dan ada beberapa varieti yang boleh berubah warna pada musim gugur.
Ginko: Daun ginko adalah hijau sepanjang musim panas tetapi akan berubah menjadi kuning jingga pada musim gugur sebelum gugur.

Buah:
Mapel: Buah mapel berbentuk peluru kecil yang disebut sebagai "biji mapel" atau "helikopter" kerana bentuknya yang berpusing ketika jatuh dari pokok.
Ginko: Buah ginko adalah biji besar berwarna kuning yang biasanya berbau tidak menyenangkan apabila masak.

Asal Usul:
Mapel: Mapel biasanya tumbuh di kawasan iklim sejuk dan sederhana, seperti Amerika Utara dan Eropah.
Ginko: Ginko adalah tumbuhan asal China dan dianggap sebagai fosil hidup yang sudah wujud sejak zaman purba.

Sekarang, anda dah tahu daun mapel dan ginko ini macam mana bukan? Jadi rancanglah perjalanan anda untuk ke Jepun melihat keindahan daun-daun ini!

Petik Buah di Jepun pada musim luruh  Jepun agak terkenal dengan buah-buahan yang segar dan sedap. Adakah anda s**a mema...
10/10/2023

Petik Buah di Jepun pada musim luruh

Jepun agak terkenal dengan buah-buahan yang segar dan sedap. Adakah anda s**a memakan buah? Bagaimana p**a dengan memetik buah? Tahukah anda betapa puasnya jika anda dapat makan buah yang anda telah petik sendiri? Kalau masih tak
tahu, pastikan anda masukkan aktiviti memetik buah di dalam itinerari anda jika anda pergi Jepun.

Di Jepun, aktiviti memetik buah berbeza mengikut musim. Saya cadangkan anda pergi Jepun pada musim luruh dalam bulan Oktober atau November di mana anda akan dapat memetik buah pisang kaki atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Persimmon.
Dalam bahasa Jepun p**a dipanggil kaki, menarik kan? Melayu sebut pisang kaki, Jepun p**a sebut kaki, senang nak ingat.

Siapa tak pernah makan pisang kaki? Anda tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi kalau tak pernah makan pisang kaki, lagi rugi kalau anda dah pergi Jepun pada musim luruh dan tidak merasa buah ini. Bayangkan jika anda dapat memilih dan
memetik sendiri buah ini dan terus makan segar dari pokok. Alangkah nikmatnya.

Selain pisang kaki, anda juga boleh memetik buah epal pada musim luruh. Walaupun anda mungkin sudah biasa dengan buah epal, tapi pernahkah anda memetik sendiri buah epal? Jika belum, jangan lepaskan peluang ini apabila anda pergi Jepun.

Selain memetik buah, tahukah anda, anda juga boleh melakukan aktiviti mengorek buah. Buah keledek juga selalu dikorek pada musim luruh. Aktiviti ini juga agak terkenal dikalangan orang tempatan. Mereka s**a melakukan aktiviti ini bersama ahli
keluarga malah ada sekolah yang membuat aktiviti lawatan ke ladang ubi keledek ini untuk mengorek buah tersebut. Buah ini sangat sedap jika dikukus atau dipanggang.

Jika anda pergi Jepun pada musim ubi keledek ini, anda akan senang terjumpa orang menjual ubi keledek panggang di tepi-tepi jalan. Jika anda terlepas peluang untuk mengorek ubi keledek ini sendiri, jangan lepaskan peluang membeli yang sudah siap
dipanggang. Dijamin anda tidak akan menyesal sebaliknya anda akan menyesal jika tidak membelinya. Jangan biarkan hidup anda diselubungi kesal.

Jika anda ingin memetik buah selain yang saya kongsikan di atas, anda boleh cuba cari musim apa yang ada buah yang anda minat, dan rancanglah perjalanan anda di
sana nanti. Secara peribadi saya sangat s**akan musim luruh dan buah-buahan di atas, sebab itu saya mencadangkan untuk pergi pada musim ini. Selamat memetik buah!

Ramalan waktu daun musim Luruh 2023. Dimana daun ginko dan maple mengeluarkan warna sebenar. Pemandangan yang cantik ini...
06/10/2023

Ramalan waktu daun musim Luruh 2023. Dimana daun ginko dan maple mengeluarkan warna sebenar. Pemandangan yang cantik ini hanya boleh didapati di Jepun.

Akhir bulan 11 waktu peak untuk daun ginko manakala awal bulan 12 waktu peak buat daun maple.

Ada dalam kalangan anda yang nak travel semasa musim luruh di Jepun?

Address

No 6-1, Jalan Bola Tampar 13/14 Seksyen 13
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00
Friday 10:00 - 16:00

Telephone

+60149631048

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergi Jepun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pergi Jepun:

Videos

Share

Category

Nearby travel agencies


Other Travel Services in Shah Alam

Show All