IMTV

IMTV Our travel company provides various services such as low affordable package tours.

20/01/2024

Cuti tahun baru cina..
Healing di mana tu??

11/01/2024

Betapa indahnya negara Iran.

Iran antara negara yang amat cantik untuk dilawati. Ada yang berpendapat negara ini tidak selamat tetapi bagi sesiapa yang pernah melawat Iran, pasti akan terkejut yang sangat berbeza seperti yang dinyatakan di media sosial.

Iran tidak hanya memiliki bentuk geografi cantik tetapi terdapat juga kesan peninggalan sejarah sejak kegemilangan zaman Arab Parsi menjadikan negara itu terus dikunjungi pelancong dari seluruh dunia.

Bagi pengemar sejarah, Iran sangat sesuai untuk dilawati. Pengalaman dan kemahiran dalam ilmu sejarah oleh guide pilihan kami pasti akan memberi input yang terbaik buat anda.

Sertai kami dalam pengembaraan ke negara Parsi ini pada 12 - 19 April 2024 yang bermula daripada RM7890. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

https://wa.me/60197779865 YANA
https://wa.me/60197779865 YANA
https://wa.me/60197779865 YANA
https://wa.me/60197779865 YANA

Fata menarik tentang Xi'anXi'an merupakan salah satu kota sejarah lama yang penting dalam sejarah China  dan menjadi ibu...
11/01/2024

Fata menarik tentang Xi'an

Xi'an merupakan salah satu kota sejarah lama yang penting dalam sejarah China dan menjadi ibu negara untuk beberapa dinasti seperti Dinasti Zhou, Qin, Han, Sui, Tang dan lain-lain. Sebelum Dinasti Ming, Xi’an dikenali dengan nama Chang’an.

1. Permulaan Tamadun China
Xi’an dianggap sebagai tempat kelahiran Tamadun China dengan sejarah yang sangat lama dan juga merupakan ibu negeri wilayah Shaanxi. Xi'an terletak di hujung jalan timur Laluan Sutera.

2. Legasi Maharaja Pertama
Xi'an terkenal dengan Terracotta Warriors yang menjadi simbol antarabangsa kepada sejarah China dan ini menjadi pemangkin untuk kita wajib melawatnya. Anda disarankan melawat muzium yang mempunyai Terracotta Warriors. Tinggalan sejarah ini wujud pada zaman Maharaja Qin Shi Huang yang dipercayai akan bersamanya dalam kehidupan seterusnya setelah dia meninggal dunia.

3. Makanan sedap dan halal
Isu makanan halal tidak menjadi masalah di Xi'an. Anda boleh merasai makanan seperti kambing panggang, mee tarik dan kebab kambing.

4. Cenderamata yang menarik
Anda boleh membeli pelbagai jenis cenderamata di Xi’an yang sangat unik kerana semua berdasarkan Terracotta Warriors. Antaranya seperti lukisan, patung kecil, barang antik dan sebagainya. Anda perlu menawar untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

5. Musim yang sesuai untuk ke Xi’an
Iklim Xi’an agak sederhana. Waktu paling sesuai untuk pergi ke Xi’an adalah pada musim bunga dan musim luruh dengan cuaca yang sangat selesa dan tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

6. Dipenuhi dengan tembok kota
Banda Xi’an dijaga baik oleh kerajaan China terutama dalam sektor pelancongan. Tembok Kota yang dibina pada zaman Dinasti Ming adalah antara contoh binaan yang dijaga dengan baik. Tembok ini dahulunya berperanan untuk melindungi bandar Xi'an daripada serangan.

Ingin menyelami dengan lebih mendalam tentang Xi'an? Sertai kami dan bersama kita menjelajahi kota Xi'an yang penuh dengan tinggalan sejarah dunia.

https://wa.me/60197779865 YANA
https://wa.me/60197779865 YANA
https://wa.me/60197779865 YANA
https://wa.me/60197779865 YANA

Fakta tentang Oman.1. Pernah Dikuasai oleh PortugalLokasi yang strategik dan kaya dengan bahan logam menyebabkan Oman me...
10/01/2024

Fakta tentang Oman.

1. Pernah Dikuasai oleh Portugal
Lokasi yang strategik dan kaya dengan bahan logam menyebabkan Oman menjadi rebutan bagi kuasa besar untuk menaklukinya. Pada abad ke-16 Muscat dikuasai oleh Portugal sehingga tahun 1650. Hari kemerdekaan Oman jatuh pada 18 November, yang merayakan kemerdekaan Oman dari Portugis.

2. Antara Dinasti Kesultanan yang paling kuat.
Oman pernah menjadi kesulṭanan yang melintasi Selat Hormuz hingga ke Iran, yang kini disebut Pakistan, dan selatan jauh hingga ke Zanzibar di pesisir tenggara Afrika.

3. Antara Monarki Tertua di Dunia
Oman adalah salah satu monarki tertua di dunia, namun memiliki pendekatan yang sangat modern dalam pemerintahannya. Sultan Oman, Sultan Haitham bin Tariq, yang naik tahta pada 2020 telah melakukan reformasi besar-besaran dalam bidang politik, sosial, dan ekonomi.

4. Asal-usul Nama Oman
Asal usul nama Oman berkaitan dengan Omana dari Plinius Tua dan Omanon dari Ptolemeus. Kota ini diadaptasi daripada bahasa Arab iaitu aamen atau amoun, memiliki arti "orang yang menetap", sebagai lawan dari Badui.p

5. Tempat menarik di Oman
Oman sejak dulu diberi gelaran sebagai "The Jewel of Arabia" kerana memiliki kawasan padang pasir, gunung-gunung batu, danau dan lautan menjadikan alam Oman sangat unik dan cantik.

6. Syurga makanan di Oman
Kabsa adalah hidangan nasi yang dinikmati di seluruh negara Teluk Semenanjung Arab termasuk Oman. Makanan ini sangat dipengaruhi oleh biryani Persia dan India. Seluruh hidangan disajikan di piring besar, dimaksudkan untuk dibagikan dan dimakan dengan tangan.

Walaupun makanan ini berasal dari Yaman, kombinasi nasi dan daging tradisional ini sangat populer di Qatar dan Arab Saudi, yang dianggap sebagai hidangan nasional. Di seberang Semenanjung Arab, kabsa juga dikenal sebagai machboos.

Ingin tahu lebih lanjut tentang Oman? Hubungi kami sekiranya berminat untuk terbang ke Oman..

http://wa.me/60197779865 Yana

1. Russia terletak di 2 benua.Russia terletak di atas 2 benua, iaitu Benua Eropah dan Asia. Kebanyakan wilayah di Russia...
06/01/2024

1. Russia terletak di 2 benua.

Russia terletak di atas 2 benua, iaitu Benua Eropah dan Asia. Kebanyakan wilayah di Russia terletak di benua Asia tetapi lebih kurang 77 peratus akyatnya memilih untuk tinggal di benua Eropah. Hal ini menyebabkan orang Russia memiliki kebudayaan campuran antara Timur Eropah dan juga Asia.

2. Russia mempunyai keluasan hutan yang besar.

Russia sebagai negara terbesar di dunia dan memiliki hutan yang cukup luas sekitar 815 juta hektar. Fakta ini menjadikan hutan di Russia menjadi salah satu hutan terluas di dunia. Lebih kurang 60 peratus daripada wilayah Russia dikelilingi hutan, dan separuh daripada kawasan ini tidak didiami oleh manusia.

3. Patung Matryoshka dan Daruma.

Boneka Matryoshka merupakan sebuah simbol dari babushka Russia. Patung ini melambangkan kekuatan seorang ketua wanita di Russia.

Patung ini mempunyai kaitan dengan patung Daruma yang berasal daripada negara Jepun. Ia bermula ketika seniman Russia yang bernama Sergey Malyutin memberi hadiah patung kepada salah seorang warga Jepun.

4. Jalur keretapi terpanjang di dunia

Russia juga mempunyai rangkaian kereta terpanjang di dunia. Laluan keretapi Trans-Siberian memiliki 9.289 km yang menyusuri 8 zon waktu yang berbeza yang mengambil masa lebih 7 hari. Perjalanan ini akan melalui kawasan pegunungan Ural, Hutan Siberia, dan Danau Baikal.

Menjejaki sejarah kerajaan Parsi yang merupakan peradaban yang tertua di dunia. Sertai kami pada cuti sekolah Februari i...
03/01/2024

Menjejaki sejarah kerajaan Parsi yang merupakan peradaban yang tertua di dunia. Sertai kami pada cuti sekolah Februari ini untuk menikmati keindahan Republik Iran.

Anda dapat melihat peninggalan sejarah di kota Shiraz, ukiran bangunan yang menarik di kota Esfahan dan kepesatan pembangunan di kota Tehran.

Pada bulan Februari juga anda dapat pergi ke Gunung Tochal dengan menaiki kable car yang memutih dengan salji. Rasai kedinginan di situ.

Jangan risau tentang makanan kerana 'full board package'. Beriani, horesh gheimeh, chelo kebab dan banyak lagi.

Hubungi icon kami :

https://wa.link/6im8km Yana

Tahukah anda.Pepatah Iran terkenal iaitu 'A guest is a beloved of God'. Ayat ini sudah membuktikan bahawa orang Iran ini...
03/01/2024

Tahukah anda.

Pepatah Iran terkenal iaitu 'A guest is a beloved of God'. Ayat ini sudah membuktikan bahawa orang Iran ini baik, peramah dan sangat mesra dengan pelancong luar. Walaupun soalan yang sering diajukan, 'kenapa Iran?' Satu soalan yang tidak dapat dijawab pada zahirnya namun ianya akan terjawab setelah anda merasainya sendiri di Iran.

Orang Iran akan ramah dengan mengucapkan 'Salam' yang bermaksud Hai dan jangan pelik sekiranya ada yang belanja minum. Dan.... jangan terkejut jika orang Iran ajak bergambar. Bagi mereka, tetamu adalah segalanya.

Jom booking tour ke Iran bersama kami. Kami akan bawa anda dari selatan ke utara. Dari kota Shiraz, kita akan berakhir di kota Tehran.

*jangan lupa beli safron dan karpet Iran ye. Terbaik dari ladang!!!

https://wa.link/69jy0p Yana

Address

Jalan Setia Permai U13/40
Shah Alam
40170

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IMTV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category