Trip Jalan Jalan

Trip Jalan Jalan All Your Travel Needs

Trip Jalan Jalan

Lagi tempat menarik untuk bergambar! Kali ini di Alor Setar p**a.. 😘😘Lokasi: Ladang Madu Kelulut Ori Dukun JayaKM 8.4, K...
27/04/2025

Lagi tempat menarik untuk bergambar! Kali ini di Alor Setar p**a.. 😘😘
Lokasi: Ladang Madu Kelulut Ori Dukun Jaya
KM 8.4, Kampung Padang Lalang, 06250 Alor Janggus, Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: 9 pagi -7.30 malam
Kredit: Discover Kedah

Cantiknya port mengopi ni, kat Kedah rupanya😍😍Hampa dah pernah try dokgi🌾🌾📍Nomad.KopiFi🏁 Kampung Landak, Kupang Baling, ...
26/04/2025

Cantiknya port mengopi ni, kat Kedah rupanya😍😍

Hampa dah pernah try dokgi🌾🌾
📍Nomad.KopiFi
🏁 Kampung Landak, Kupang Baling, Kedah
⏰ 3PM-11PM
kredit :Tempat Viral Malaysia

Port staycation lawa di Kundasang! 😍 ‘Sulap Homestay’, view cantik, suasana tenang, mmg wajib masuk bucket list! 🥰Yang p...
25/04/2025

Port staycation lawa di Kundasang! 😍 ‘Sulap Homestay’, view cantik, suasana tenang, mmg wajib masuk bucket list! 🥰
Yang paling siok, bangun2 pagi ja terus nampak Gunung Kinabalu bossku!☺️❤️
Info & lokasi :
📍Sulap mesilou, kundasang, Sabah.
🔷: Sabah Bossku®

‼️‼️‼️ 8 STAYCATION PALING BEST DI HULU KELANTAN✨✨✨‼️‼️‼️Ramai pm admin tanya staycation mana paling best untuk kawasan ...
24/04/2025

‼️‼️‼️ 8 STAYCATION PALING BEST DI HULU KELANTAN✨✨✨‼️‼️‼️

Ramai pm admin tanya staycation mana paling best untuk kawasan hulu kelate. Harini kita buat list berdasarkan pengalaman sendiri team senok perut
Jom tengok tempat2 menarik untuk stay di Hulu kelantan , khas untuk keluarga yang s**a duduk dalam bilik dan sekitar homestay/hotel

1. Rose House Dabong , Pekan Dabong
2. Stong Heritage Eco Resort , Jelawang
3. Jelawang Pipe Resort & Extreme Park, Jelawang
4. D'jeli Hotel JELI Kelantan, Jeli
5. Siba Garden Chalet , Jedok, Tanah Merah
6. Istana Sangkut , Laloh, Kuala Krai
7. Chalet Al-Falah Kuala Krai Kelantan , Tualang Kuala Krai
8. Stong Hill Resort , Jelawang. Kaki Gunung Stong.

Setiap homestay/hotel ini ada tarikan sendiri.. sila tanya pemilik homestay kena mana best di sekitar hotel mereka..
Penginapan staycation sangat sesuai di musim kobid2 ni sebab demo duduk dalam geng2 demo jah.
Swimming pool pun dah mula beroperasi di Kelantan. Jadi kena tanya homestay2 tersebut mereka dah buka atau tidak.
Viral :Senok Perut

Hidden Gems Janda Baik! 🤩Bukan selalu nak staycation dekat villa dengan kawan kawan. Bila cuti panjang jelas boleh plan ...
23/04/2025

Hidden Gems Janda Baik! 🤩

Bukan selalu nak staycation dekat villa dengan kawan kawan. Bila cuti panjang jelas boleh plan short trippun! Kali ni dah tahulah nak stay manakan if ke Janda Baik.
Banyak resort menarik dan salah satunya The Kahaani. Janda baik ni antara port healing terbaik. Nature! Alami! Tenang!

📍The Kahaani, Janda Baik Pahang
kredit : Racunlah Cuti-Cuti Malaysia

Port staycation kat Selangor ni RM80 je smlm korang😱😍Yg syioknya kat sini Jie gitau korang dkt dgn Pantai Remis 🤩Pastu m...
22/04/2025

Port staycation kat Selangor ni RM80 je smlm korang😱😍

Yg syioknya kat sini Jie gitau korang dkt dgn Pantai Remis 🤩
Pastu mcm2 aktiviti menarik blh buat mcm main bola baling, badminton & team building😎
📍The Kabin, Kuala Selangor
Kredit : Racunlah Cuti-Cuti Malaysia

Resort ni menjanjikan pengalaman unik untuk vacation korang! Resort kat tengah2 hutan ni mmg sangat indah & relaxing 🍃🌴 ...
21/04/2025

Resort ni menjanjikan pengalaman unik untuk vacation korang! Resort kat tengah2 hutan ni mmg sangat indah & relaxing 🍃🌴 Natural hotspring dia p**a best betul, rasa fresh body lepas berendam! 😌
Kalau nak terapi rehatkan badan & minda boleh la vacay kat hidden gems ni!
📍 Banjaran Hotspring Retreat, Ipoh

Kredit :Tempat Viral Malaysia

Tak sia2 holiday kt sini, i seronok ootd, laki i seronok memancing, tgk hasil tangkapan suami i (gambar last), seronok p...
20/04/2025

Tak sia2 holiday kt sini, i seronok ootd, laki i seronok memancing, tgk hasil tangkapan suami i (gambar last), seronok perot kami bbq mlm tu!

📌Rockbund Fishing Chalet, Perak
Aktiviti yang i nak rekomen kt korang buat sambil bercuti di hotel / chalet adalah memancing! Dekat Rockbound Fishing chalet ni, korang boleh dapat pemandangan yang best, spend masa berkualiti dengan orang yang anda sayangi sambil memancing ikan. Kombinasi yang sangat cool untuk menghilangkan tekanan 😌✨ Orang kata 3 in 1. semua boleh dapat dalam masa yang sama. Tempat ni kat Perak guys!
[Rockbund Fishing Chalet]
📍Marina Island, KM1, Jalan Utama Marina Island, 32200 Lumut, Perak

Kredit : Tempat Viral Malaysia

📍 Rimbunan Chalet Ulu Yam ‍‍‍‍‍‍‍‍Bermula rm200 siap sarapan katanya 😍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍ Persekitaran kat sini bersih, tenang...
19/04/2025

📍 Rimbunan Chalet Ulu Yam ‍‍‍‍‍‍‍‍
Bermula rm200 siap sarapan katanya 😍
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍
Persekitaran kat sini bersih, tenang dan mendamaikan. Ada kolam renang, ada aktiviti menarik, dan paling best, boleh mandi sungai air terjun yang berhampiran sahaja dengan chalet.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍
Bukan tu je, kat sini juga ada sediakan kemudahan bbq dengan harga RM30/set dan tambah arang RM15.
Yang bestnya, kat sini korang boleh ber camping, jungle trekking
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍
Kemudahan lain yg disediakan:
🔷 Dewan makan
🔷 Surau
🔷 Swimming pool
🔷 Futsal
🔷 Karaoke (RM30/1 jam, RM60/2 jam, RM100/1 malam)
‍‍‍‍‍‍
📍 Rimbunan Chalet Ulu Yam
Hutan Lipur Sg Sendat Jalan Kampung Gurney, 44300 Ulu Yam Baharu
Kredit: Racunlah Cuti Cuti Malaysia

Wahhh tak sangka wujud cafe berkonsepkan fishing & camping site di Johor!! 😍😍😍Paling menarik korang boleh layan sunset, ...
18/04/2025

Wahhh tak sangka wujud cafe berkonsepkan fishing & camping site di Johor!! 😍😍😍
Paling menarik korang boleh layan sunset, angin laut & pelbagai hidangan menarik. Kalau laki korang kaki mancing, memang eloklah ke sini..

📍Sina Bay Fishing & Camping Site, Lot 4933, Parit Pechah, Mukim, 84160 Muar, Johor
⏰ Bermula seawal 3.00 petang-10.00 malam (9.30 malam panggilan terakhir)
Kredit: Makan Sedap Johor johor

Bercuti di The Nahara Resort, Kalumpang, Selangor dan melawat Selangor Fruit Valley. Best gila! Puas hati anak2. Concept...
17/04/2025

Bercuti di The Nahara Resort, Kalumpang, Selangor dan melawat Selangor Fruit Valley. Best gila! Puas hati anak2.

Concept : Ala camping , tetapi bawa Air Fryer, Portable Gas Stove (masak luar chalet),etc.
Menu dinner : Oden Steamboat
Parking
- Free yang menginap
- RM8 untuk datang berkelah,
- Boleh sewa Gazebo (RM60) per session
Staff and Cleanliness
-bed sheets and bilik mmg bersih.
Overall, boleh repeat dan berbaloi dgn harga. Tak nyesal pegi... 😁😊
Kedai dekat dengan resort
Lepas tu kami ke Selangor Fruit Valley. Fuhhh ladang buah je dah lebih 180 hektar, petting zoo pelbagai jenis haiwan. Selain aktiviti lasak, terdapat juga tarikan2 pelancong yang lain.
Nak tau kt mana?Dekat selangor je..

Selangor Fruit Valley.
Alamat: KM 7, Jalan Batang Berjuntai, Batu Arang, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 9.00pagi – 4.00petang

Bayaran Masuk:
Dewasa – RM8.00
Kanak-Kanak – RM4.00
Warga Emas/OKU – RM4.00

kredit: Tempat Viral Malaysia

👏👏PERHATIAN ORANG PANTAI TIMUR👏👏Cafe dalam Hutan paling viral di PANTAI TIMURTerima kasih kepada Tadika NAIM LIL AULAD s...
16/04/2025

👏👏PERHATIAN ORANG PANTAI TIMUR👏👏

Cafe dalam Hutan paling viral di PANTAI TIMUR
Terima kasih kepada Tadika NAIM LIL AULAD sebab sponsored team Senok perut makan di tempat makan paling VIRAL di Jeli (KELANTAN) iaitu Lalang's Chalet&Campsite

Memang suasana terbaik ala rimba hutan belantara, tetapi dengan kemudahan tiptop. Tapi yang paling best adalah menu makanan di Laila Majnun Restaurant
MENU WAJIB TRY
- Sotong caramel telur masin
- Tomyam lemak santan campur
- Air detox Lalang Special
Jujurinnya tomyam paling sedap admin pernah try.sebab katanya paste tomyam dia buat sendiri..Memang pendas, lemak dan cukup perasa umaminya!
Sotong telur masin dia memang menepati selera kelantan sebab ada rasa manis-manis caramel. Dan tidak muak macam sotong telur masing yang lain.
HARGA?
Toksah risau harga sama macam kedai tomyam lain.= murah gila tak padan dengan dekorasi yang bertaraf 4 bintang.
TAK NAK MAKAN?
Boleh jalan-jalan sekitar chalet yang indah..penuh dengan bunga dan air terjun.. kalau ada anak2 kecik memang heaven sebab boleh mandi dalam jeram yang bersepah2 di sekeliling cafe..
Memang terbaik di kelate admin rasa.
LOKASI
Depan UMK Jeli, Jalan dalam 1 kilo saja terus nampak chalet dikelilingi air terjun

Kredit : Senok Perut

Kalau nak bercuti dekat Genting Highlands? Boleh stay kat hotel Sky Suite Midhills ni, harga RM150 je !! 1 apartment bol...
15/04/2025

Kalau nak bercuti dekat Genting Highlands? Boleh stay kat hotel Sky Suite Midhills ni, harga RM150 je !! 1 apartment boleh muat 6 orang. Lawa sgt!! Ada swimming pool kt Genting!🤩

📍Sky Suite Midhills Genting Highland
Kredit : Tempat Viral Malaysia

Senarai Tempat Makan Best Sekitar Kuantan & homestay terbaik kuantan (*tengok gambar last best gila tempatnya)Yang berca...
14/04/2025

Senarai Tempat Makan Best Sekitar Kuantan & homestay terbaik kuantan (*tengok gambar last best gila tempatnya)
Yang bercadang bercuti atau jalan2 sekitar Kuantan tu, sila save senarai ni untuk rujukan bila dah rasa lapar tu. Tapi nak jln2 semua tempat kena cari penginapan la, rujuk ayat bawah sekali ni👇
SARAPAN
1- De' Aisyah -RnR Pandan Bypass (Nasi Kerabu Kemira)
2- Kari kambing -dalam kawasan Masjid Pandan
3- Nasi Kerabu Kemira -sebelah Petronas Tjg. Lumpur
4- Nasi Kerabu Mekla - Sg. isap
5- Roti Canai Sedap -depan Airport
6- Roti Canai Mat Hasib -depan Airport
7- Cafe Hujung Landasan -depan landasan TUDM (Nasi kerabu Kemira)
8- Nasi Dagang Ubai 2 - Tjg. Lumpur
9- Kedai Kopi Mie Merdeka - Nasi dagang,roti canai,nasi berlauk dll..semua sedap (hadapan Yayasan Pahang Tjg Lumpur
10- Roti Canai Mansor - Peramu, Tanjung Lumpur (opposite masjid)
MAKAN TENGAHARI
1- Mabiq 2 - Tjg Lumpur (Pais Patin dia power)
2- Mabiq (asal) - Masuk simpang Yayasan Pahang
3- Gobang - Tjg Lumpur (Patin)
4- Gelora Point - (lunch set Patin)
5- Warung Aja - Bukit Setongkol (Lauk banyak giler - buka weekdays sahaja)
6- Nasi Ayam Madu - Sg. Isap (nasi ayam memang the best, sambal n kicap free flow kalau dine in)
7- Nasi Vanggey - IM depan UIA dan Jln Teluk Sisek
8- Restoran Bombay - Jalan Besar (Nasi Beriani, Nasi Daun Pisang)
9- Akob Patin - banyak cawangan
10- Mee Calong Joe -Beserah (mee calong dan nasi kukus)
11- Restoran Saji Rahmat -IM 8
12- Jaman Tory - IM 2 (Patin, daging salai memang power)
13- Nasi Kukus MyMama - banyak cawangan
14- Nasi Kukus Juna - banyak cawangan
15- Nasi Kukus RZ - Tjg. Lumpur
17- Rojak Pak Lah - Taman Gelora (Rojak dan Nasi Ayam)
18- Gulai Kawah - Kuantan Bypass
19- Sedap weh - Kuantan Bypass (lauk pauk macam Mabiq)
20- Restoran Hijau - Simpang Tol Gambang (lauk-lauk kampung yang sedap)
MINUM PETANG
1- Paksu Maksu - sebelah Balai Polis Tjg Lumpur (celup tepung, sata, nasi campur, kuih muih)
2- Mokna - Tjg Lumpur (celup tepung, sata, nasi campur, kuih muih)
3- Selera D Pantaa - Pantai Kempadang (celup tepung, rojak)
4- Hafisah - Pantai Sepat (keropok lekor)
5- Mee Calong Dapo Arang - Kg. Pelindung Beserah (mee calong n rojak sedap)
6- Mee Calong Awang - Beserah (mee calong, pulut panggang)
7- Cendol Mustafa - Jalan Teluk Sisek (pelbagai cendol, rojak, mee goreng mamak)
8- Medan Selera Hasil Laut Tg Lumpur - (celup tepung)
MAKAN MALAM
1- Jaman Tory - IM2 (Char Kuey Teow, set patin, daginh salai, dll, my favourite Nasi Cis Terbakor)
2- Ana Ikan Bakar Petai - Tjg Lumpur (Ikan bakar petai, sotong celup tepung, sotong telur masin mabeles)
3- Mail Ikan Bakar - Tjg Lumpur (but my tekak prefer Ana hehe)
4- Sara Thai - Bandar dan Balok (cawangan Balok ada ikan bakar, sedap!)
5- Selera Rose - sebelah Petronas Tjg Lumpur (Ikan Siakap RM25 seekor, Burger Bakar Abang Burn)
6- Nik Tom Yam Kelapa- Tjg Lumpur (Tom Yam power)
7- Sinar Mesra - Jalan Gambang - (sebelah Petronas bt.11 )
8- Rossa D Western - Medan Warisan accross Giant (Western food , gravy dia yummy)
9- Aniq Steamboat - Medan Warisan
10- Angah Steamboat - Jln Kg.Tengah
11- Sate Zul - Jln Teluk Sisek (famous sate in Kuantan)
12- Wan Sate - Shoplot Near Hotel Sri Malaysia (sate sedap macam-macam lagi)
Santai-santai petang hingga malam
1- Burgerak - Jln Beserah (burgers, burritos etc)
2- Galeri Kraftangan - Pantai Cempaka (Nasi Lemak, Western food, Char Kuey Teow etc)
3- Jungle foodcourt - IM opposite KMC (macam-macam ada..nasi arab best!)
Dah jalan2 cari makan kt Kuantan wajib la stay kt staycation terbaik ni..
Ayres Staycation terletak di KOTASAS, Kuantan, Pahang.

Tips ke Cameron Highland 3 hari 2 malam ( Weekends) . Yang mana dari  KL  boleh ikut Tapah atau Simpang Pulai , Dari Pen...
13/04/2025

Tips ke Cameron Highland 3 hari 2 malam ( Weekends) . Yang mana dari KL boleh ikut Tapah atau Simpang Pulai , Dari Penang ikut Simpang Pulai. Tganu boleh lkut kuala berang - Felda Aring - Gua Musang Atau

Raub - Sungai Koyan pon boleh. Merancang itu penting. Kalau boleh Bertolak awal okey! Malam atau lepas subuh nanti Lambat confem jem teruk

Sampai je kt Cameron Highlands
Penginapan aku pilih yg dekat dgn pasar malam, senang nak beli apa2. Sana pun dekat dgn mcm2 dah 🤣🤣🤣 So untuk Hotel rate 10/10
Homestay Kat Cameron Highland.💕 Dekat Pasar Malam🌽 yang terkenal!
Homestay ni Terdapat 3 bilik di seluruh bilik termasuk 7 katil🛏, 3 tandas dan ruang tamu. Terdapat bilik untuk seisi keluarga
.
📍【Comfy Sofy 21- Taman Belakang Rumah- Kawasan Pasar Malam】
Alamat: 21, Jalan Golden Hill, 15, Cameron Golden Hill, 39000 Tanah Rata, Pahang. (Info detail boleh cari di airbnb)
Tips nak berjalan kesana kesini
Nak elak jem, aku sewa motor Rm50 Sehari dekat sana. Kereta parking dekat Hotel, dan pergi jalan2 naik motor. Ini tips bagi orang bujang atau yang pergi berdua dengan suami isteri. Jenis malas nak hadap jem lama lama sakit kaki🤣 . Benda kalau xjem boleh sampai 10 minit tapi bila jem 40 minit / sejam sampai..

Day 1
Abang Strawberry
Pagi2 Jam 8.00 dah bertolak dari hotel ke Tanah Rata cari sarapan pagi. Dekat sana banyak juga tempat sedap korang boleh cari Opah nasi lemak strawbery , Ayahman Strawberry, Cameron Village Cafe. Tapi aku memilih untuk makan dekat Restoran yang netizen viralkan iaitu " Abang Strawberry" 😂
Ok lah mati2 ingatkan nasi lemak rasa strawberry tp xpelah ayam nasi lemak overall best sedap 4.5/5

2. Flora park Cameron Highlands
Next kita pergi ke tempat Flora park! Yang jenis kaki bergambar atau instagrammable sini lah tempatnya. Banyak bungai2 cantik dekat sini tau..

3. Cat House

4. Strawberry Moment Dessert Cafe

5. Cameron Valley
Kena tahu info tempat2 menarik CH
-Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)
-KEA Farm 8.30am-6pm
-KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
-Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)
-Taman Abang steamboat & grill
Harga Dewasa RM39 Kanak2 RM29
-Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari jumaat, sabtu & hari2 dibuka untuk cuti sekolah)
Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.

Ladang teh.
1. Bharat Valley Tea House
2. Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)
3. Ladang Teh Boh Sungai Palas.
➡⛰( Mossy Forest )
4. Boh Tea Garden
✅ Masuk Percuma
✅ Buka 9.00am- 4.30pm
✅ Nikmati tea, cake dll desert
Tempat menarik yang FREE.
🌼 YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu)
(8.30 pagi - 6 ptg)
🌼KHM Strawberry and Jem
(8.30 pagi - 6 ptg)
🌼 Cactus point
(9 pagi - 6 ptg)
🌼 Big Red Strawberry Farm
(8 pagi - 6 ptg)
🌼 Ladang Lebah
(8 pagi - 7 mlm)
🌼 Ladang Anggur Bertam Valley
(9 pagi - 5 ptg)
🌼 Kea Farm
(8.30 pagi - 6 ptg)
🌼 Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)
Tempat menarik yang BERBAYAR.
📌 Taman Agroteknologi MARDI
Dewasa RM5, Kids RM3
(8.45 pagi - 5 ptg)
📌 Lavender Garden
(9 pagi - 6 ptg)
📌 Butterfly Garden
(9 pagi - 6 ptg)
📌 Orkid and Rose Garden
Dewasa RM8, Kids RM6
(9 pagi - 6 ptg)

Kredit : Tempat Viral Malaysia

Yang tengah plan nak bawa pasangan staycation dengan view KLCC dan KL Tower, nah tengok list ni.1. Grand Hyatt Kuala Lum...
12/04/2025

Yang tengah plan nak bawa pasangan staycation dengan view KLCC dan KL Tower, nah tengok list ni.
1. Grand Hyatt Kuala Lumpur Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

2. Traders Hotel, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

3. W Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

4. Banyan Tree Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

5. EQ Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

6. Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

7. The RuMa Hotel and Residences, Kuala Lumpur, Malaysia

8. Shangri-La Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

9. Impiana KLCC Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia

10. Hotel Stripes Kuala Lumpur, Autograph Collection, Kuala Lumpur, Malaysia

Tgk gambar last, menagis wehhh.. lawooo gila!

Kredit :Tempat Viral Malaysia

Hotel bajet RM87 jee, paling best dekat KL!! Siap ada skypool .. View dia memang superb.Free parking, ada tempat ngeteh,...
11/04/2025

Hotel bajet RM87 jee, paling best dekat KL!!
Siap ada skypool .. View dia memang superb.
Free parking, ada tempat ngeteh, ada laundry jugak,. dekat2 pun banyak kedai makan. Kat agoda murah gilee
📌 Komune Living, Jalan Kerinci Kuala Lumpur

Lepas tu blh pusing2 KL bawa anak2 tgk tempat2 best. Senarai ada kt gmbr last

Kredit : Tempat Viral Malaysia

Bilik Hotel Pelbagai Tema Dengan Harga Bajet di Kuala Lumpur ! 😍Selalunya bilik dalam hotel semua sama jer. Tapi yang in...
10/04/2025

Bilik Hotel Pelbagai Tema Dengan Harga Bajet di Kuala Lumpur ! 😍
Selalunya bilik dalam hotel semua sama jer. Tapi yang ini, betul-betul lain. Setiap bilik mempunyai tema tersendiri dan berbeza-beza setiap satu.
Kalau bawa keluarga dengan anak kecil boleh pilih tema lain, kalau nak romantik dengan pasangan boleh pilih tema lain. Kalau bujang sorang-sorang pun ada tema juga. 😅

Harga dah la murah, serendah RM 68 jer admin jumpa. Lokasi p**a berhampiran Bukit Bintang. Memang sesuai kalau nak jalan-jalan KL. Jom !
📍Maison Boutique Theme Hotel

Kredit : Tempat Viral Mlaysia

Address

No 6-5-1 Jalan Aman Damai H U17/H Aman Putri
Shah Alam
40160

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60173319063

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Trip Jalan Jalan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Trip Jalan Jalan:

Share

Category