Yiros Tours & Travel Sdn Bhd

Yiros Tours & Travel Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yiros Tours & Travel Sdn Bhd, Travel Agency, Jalan NOVA K U5/K SEKSYEN U5, Shah Alam.
(2)

Salam Jumaat dari Masjidil Haram🕋Alhamdulillah terpacar wajah ceria dan lega para   setelah selesai mengerjakan ibadah u...
16/08/2024

Salam Jumaat dari Masjidil Haram🕋

Alhamdulillah terpacar wajah ceria dan lega para setelah selesai mengerjakan ibadah umrah pertama bersama bimbingan Mutawwif.

Walau pada awalnya flight delayed tapi jika Allah berkehendak sesuatu, pasti ia akan terjadi.kun faya kunn🤲🏻 Alhamdulillah atas segala-galanya.

Semoga para jemaah semua diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana supaya dapat menggunakan masa sepenuhnya untuk beribadah di tanah yang paling suci🕋

Jangan lupa al-Kahfi dan bersedekah harini☺️

_______






KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL 🕋Kali ini Kursus Umrah Yiros akan berjalan di atas talian (online) melalui Google Meet bersama...
01/08/2024

KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL 🕋

Kali ini Kursus Umrah Yiros akan berjalan di atas talian (online) melalui Google Meet bersama Ustaz Fathi Naim, 3 Ogos, Sabtu.

Sesiapa yang free boleh la join dengan Whatsapp kami di:
0139927434
0139927434
0139927434

*Link Google Meet hanya akan diberikan kepada mereka yang hadirkan kedatangan ya.

Jumpa malam Sabtu di Google Meet jam 9pm, insyaAllah.

Berkhidmat untuk Ummah bersama Yiros Tours & Travel 🕋
_________






Innalillah hiwainna ilaihirojiun🤲🏻“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid)...
31/07/2024

Innalillah hiwainna ilaihirojiun🤲🏻

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; “

“(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka p**a tidak akan berdukacita.”

Surah al-Imran: ayat 169-170

Telah perginya salah seorang ketua pejuang Islam dalam membebaskan bumi Pal.est.in. Mati itu pasti, janji Allah itu pasti✅🤲🏻

________






❗️KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL🕋Assalammualaikum para duyyufurrahman.InsyaAllah, kursus umrah Yiros yang seterusnya akan dia...
19/07/2024

❗️KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL🕋

Assalammualaikum para duyyufurrahman.

InsyaAllah, kursus umrah Yiros yang seterusnya akan diadakan pada Ahad ini, 21 Julai jam 9am di Surau Al-Ukhwah, Subang Bestari, Shah Alam.

Seperti biasa, kursus kami adalah TERBUKA dan PERCUMA kepada semua yang berhajat untuk menimba ilmu tentang ibadah umrah yang bakal di kongsikan oleh penceramah kita, Ustaz Anas, insyaAllah.

Bagi mereka yang berminat untuk hadir, bolehlah confirmkan kedatangan dengan hubungi atau Whatsapp kami di:
0139927434
0139927434

Jom war-warkan poster ini kepada semua. Moga ilmu yang diperoleh bermanfaat dalam menyempurnakan ibadah umrah anda kelak, insyaAllah🤲🏻
________






KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL 🕋Kali ini Kursus Umrah Yiros akan berjalan di atas talian (online) melalui Google Meet bersama...
05/07/2024

KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL 🕋

Kali ini Kursus Umrah Yiros akan berjalan di atas talian (online) melalui Google Meet bersama Ustaz Anas, 6 Julai, Sabtu.

Sesiapa yang free boleh la join dengan Whatsapp kami di:
0139927434
0139927434
0139927434

*Link Google Meet hanya akan diberikan kepada mereka yang hadirkan kedatangan ya.

Jumpa malam esok di Google Meet jam 9pm, insyaAllah.

Berkhidmat untuk Ummah bersama Yiros Tours & Travel 🕋
_________






❗️KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL🕋Assalammualaikum para duyyufurrahman.InsyaAllah, kursus umrah Yiros yang seterusnya akan dia...
21/06/2024

❗️KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL🕋

Assalammualaikum para duyyufurrahman.

InsyaAllah, kursus umrah Yiros yang seterusnya akan diadakan pada Ahad ini, 23 Jun jam 9am di Surau Al-Ukhwah, Subang Bestari.

Seperti biasa, kursus kami adalah TERBUKA dan PERCUMA kepada semua yang berhajat untuk menimba ilmu tentang ibadah umrah yang bakal di kongsikan oleh penceramah kita, Ustaz Firdaus, insyaAllah.

Bagi mereka yang berminat untuk hadir, bolehlah confirmkan kedatangan dengan hubungi atau Whatsapp kami di:
0139927434
0139927434

Jom war-warkan poster ini kepada semua. Moga ilmu yang diperoleh bermanfaat dalam menyempurnakan ibadah umrah anda kelak, insyaAllah🤲🏻
________






15/06/2024

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ، وهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ..

‏⁧‫ #حج1445هـ‬⁩ ⁦‪ ‬⁩

HAJI 2024 🕋🤲🏻Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang melaksanakan ibadah haji semata-ma...
14/06/2024

HAJI 2024 🕋🤲🏻

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang melaksanakan ibadah haji semata-mata kerana Allah dan dia tidak menuturkan perkataan keji dan tidak melakukan kefasikan (keluar daripada ketaatan) maka dia akan kembali seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya (bersih daripada dosa).” — HR Bukhari

Pastinya terdapat berbagai ujian yang harus ditempuhi semasa menunaikan ibadah haji yang mulia, apatah lagi ibadah umrah. Moga-moga para jemaah haji di seluruh dunia yang berada di sana ketika ini di kurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana, fokus akan ibadah dan paling utama moga mendapat haji yang mabrur hendaknya🤲🏻

Labbaik Allahumma Labbaik🕋❤️

Salam sayyidul ayam, jangan lupa bersedekah dan al-Kahfi dan selamat berbuka puasa sebentar lagi bagi mereka yang berpuasa di 10 hari terawal bulan Zulhijjah ini💐
_________





Selamat Hari Raya Aidilfitri!Tiada apa yang lebih bermakna dari dapat berkesempatan beraya bersama keluarga tersayang da...
10/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Tiada apa yang lebih bermakna dari dapat berkesempatan beraya bersama keluarga tersayang dan sanak-saudara di hari yang mulia ini.

Semoga Syawal tahun ini dapat memberi 1001 makna buat seluruh umat Islam dan tidak dilupakan juga saudara kita yang diuji harinya, jangan pernah putus doa buat mereka di seluruh pelusuk dunia terutama sekali di G🤲🏻❤️🍉

*Pejabat tutup: 8 April - 14 April 2024 dan akan mula beroperasi semula pada 15 April 2024. Harap maklum.
_________







Malam ke-28 dari Makkah al-Mukarramah🕋✨“Ya Allah Ya Tuhanku, terimalah segala amal ibadah kami sepanjang bulan Ramadan i...
07/04/2024

Malam ke-28 dari Makkah al-Mukarramah🕋✨

“Ya Allah Ya Tuhanku, terimalah segala amal ibadah kami sepanjang bulan Ramadan ini Ya Allah. Ampunkan segala dosa-dosa kami— dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil, dosa-dosa silam dan dosa-dosa kini.. sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Jadikan Ramadan tahun ini Ramadan yang penuh barakah bagi kami, keluarkanlah kami dari bulan ini dengan menjadi seorang Muslim yang lebih baik dari sebelumnya: menjadi Muslim yang sejati, dari segi amal, akhlak dan kehidupan yang disandarkan oleh Islam itu sendiri. Amin amin Ya Rabbal ‘alamin” 🤲🏻

__________






Salam Nuzul Quran💚“..(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menj...
28/03/2024

Salam Nuzul Quran💚

“..(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan salah..” — al-Baqarah: ayat 185.

Gunakan kesempatan hidup ini untuk membaca Al-Quran sekerap mungkin, sekurang-kurangkan sehelai setiap hari apatah lagi kini kita berada di dalam bulan yang mulia, Ramadan. Al-Quran inilah yang akan menjadi sahabat kita di alam kubur nanti insyaAllah 🤲🏻

💯Fakta:

💚Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS di Gua Hira’, Makkah

💚5 ayat pertama yang diturunkan adalah daripada Surah al-‘Alaq

💚Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun

p/s: Pejabat tutup hari ini 28 Mac (Khamis) dan akan kembali beroperasi pada 29 Mac (Jumaat). Harap maklum.
________





Ramadan Kareem 1445H 🌙Alhamdulillah kita bakal berpuasa esok hari dengan aman dan damai. Jangan sesekali kita lupa akan ...
11/03/2024

Ramadan Kareem 1445H 🌙

Alhamdulillah kita bakal berpuasa esok hari dengan aman dan damai. Jangan sesekali kita lupa akan saudara seagama kita diseluruh dunia yang diuji dengan penindasan dan peperangan.

Moga Ramadan kali ini mengajar kita erti bersyukur dalam segenap hal, sekecil-kecil perkara harus di syukuri kerana semuanya datang dari Allah Taala, Dia boleh memberi dan boleh juga mengambil kembali.

Salam Ramadan kepada seluruh umat Islam. Jom kita penuhkan masjid untuk solat tarawikh malam ni!🤲🏻😍

_________






Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segum...
23/02/2024

Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” — Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Sudah semestinya hati yang baik, pasti tutur kata dan tingkahlakunya baik. Tidak akan cepat melatah apatah lagi berkata buruk akan orang sekeliling. Hati yang baik dan bersih akan senantiasa berzikir mengingati Allah.

Tiada satu pun yang terjadi di muka bumi ini, tanpa pengetahuan Allah— semuanya atas izin-Nya, semuanya dari-Nya dan semuanya akan kembali kepada-Nya🤲🏻

Salam Jumaat dari Makkah al-Mukarramah, aktiviti bebas harini bagi boleh lah beriktikaf lama sikit di Masjid🥰

Jangan lupa bersedekah dan al-Kahfi!🤲🏻❤️
_________





Allah SWT berfirman, “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, seda...
16/02/2024

Allah SWT berfirman, “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata p**a apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” (Surah al-Ankabut: ayat 2 & 3)

Selagi mana namanya manusia pasti setiap dari kita diuji sesuai dengan kemampuan kita. Bersangka baiklah dengan Allah, kerana Dia lah yang memberi ujian kepada kita, bukannya makhluk.

Adakah kita dalam keadaan sabar dan redho dalam menempuhinya ataupun sebaliknya?

Tanya diri tanya iman, moga iman kita masih hidup dan menebal di dalam diri🤲🏻🤲🏻

Alhamdulillah setelah 7 hari 10 Feb berada di Makkah, sebentar lagi mereka akan berangkat ke Madinah. Ceria-ceria semua jemaah sepanjang di sana. Moga ukhuwah yang dibina dirahmati dan berpanjangan sehingga p**ang ke tanah air nanti insyaAllah 🤲🏻❤️❤️

Jangan lupa Kursus Umrah Yiros esok di Google Meet!
________





KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL 🕋Kali ini Kursus Umrah Yiros akan berjalan di atas talian (online) melalui Google Meet bersama...
16/02/2024

KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL 🕋

Kali ini Kursus Umrah Yiros akan berjalan di atas talian (online) melalui Google Meet bersama Ustaz Anas, 17 Februari, Sabtu.

Sesiapa yang free boleh la join dengan Whatsapp kami di:
0139927434
0139927434
0139927434

*Link Google Meet hanya akan diberikan kepada mereka yang hadirkan kedatangan ya.

Jumpa malam esok di Google Meet jam 9pm, insyaAllah.

Berkhidmat untuk Ummah bersama Yiros Tours & Travel 🕋
_________






Firman Allah SWT, “Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan...
05/02/2024

Firman Allah SWT, “Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah: ayat 222).

Alhamdulillah 24 Jan telah tamat tempoh musafir bagi ibadah umrah mereka dan telah selamat tiba di Tanah Air. Tiada apa yang diinginkan oleh setiap jemaah melainkan segala ibadah sepanjang di tanah suci diterima oleh Allah Taala.

30 Jan dan 2 Feb hari ini masing-masing ada program ziarah bersama mutawwif masing-masing, semoga sejarah baru yang dipelajari sepanjang ziarah dapat di ambil ibrah dan di praktikkan ketika p**ang nanti.

Sebagai seorang tetamu Allah yang telah dijemput ke tanah suci, pasti setiap dari mereka terdapat bahagian masing-masing. Moga-moga sepanjang di sana dapat memberi keinsafan dan bermuhasabah diri untuk menjadi muslim yang lebih baik dari sebelumnya, sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini kecuali Baginda Rasulullah SAW. Jaga percakapan, jaga tingkahlaku, jaga pandangan , jaga iman. Moga Allah berkati dan terima segala ibadah yang dipersembahkan insyaAllah 🤲🏻

____________







Alhamdulillah   2 Feb sudah berangkat menuju ke Madinah dari KLIA1 menaiki Saudi Airlines dan dijangka tiba insyaAllah p...
03/02/2024

Alhamdulillah 2 Feb sudah berangkat menuju ke Madinah dari KLIA1 menaiki Saudi Airlines dan dijangka tiba insyaAllah pada jam 320am waktu tempatan.

24 Jan berbaki lagi 1 hari di Makkah sebelum berangkat p**ang ke tanah air, dengan izin Allah mereka dapat melakukan ziarah tambahan di Taif semalam bersama Mutawwif. Tempat yang cukup sinonim dengan sejarah dakwah Baginda Rasulullah SAW tidak diterima di sana kecuali kepada seorang hamba Allah yang terpilih ketika itu iaitu Addas , seorang penganut Nasrani.

Allahu betapa peritnya perjalanan Baginda dalam menyampaikan dakwah.. semoga kita umatnya tergolong dalam kump**an mereka yang selalu sebarkan kebaikan dan keindahan ajaran Islam yang syumul🤲🏻❤️
_______





❗️KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL🕋Assalammualaikum para duyyufurrahman.InsyaAllah, kursus umrah Yiros yang seterusnya akan dia...
01/02/2024

❗️KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL🕋

Assalammualaikum para duyyufurrahman.

InsyaAllah, kursus umrah Yiros yang seterusnya akan diadakan pada Ahad ini, 4 Februari jam 9am di Surau Al-Ukhwah, Subang Bestari.

Seperti biasa, kursus kami adalah TERBUKA dan PERCUMA kepada semua yang berhajat untuk menimba ilmu tentang ibadah umrah yang bakal di kongsikan oleh penceramah kita, Ustaz Naim Yamani, insyaAllah.

Bagi mereka yang berminat untuk hadir, bolehlah confirmkan kedatangan dengan hubungi atau Whatsapp kami di:
0139927434
0139927434

Jom war-warkan poster ini kepada semua. Moga ilmu yang diperoleh bermanfaat dalam menyempurnakan ibadah umrah anda kelak, insyaAllah🤲🏻
________






Terkadang pernah tak kita terfikir mengapa Allah meletakkan kita, seorang hamba di dalam sesuatu situasi itu? Pernah tak...
26/01/2024

Terkadang pernah tak kita terfikir mengapa Allah meletakkan kita, seorang hamba di dalam sesuatu situasi itu? Pernah tak kita terfikir kenapa sesuatu ujian itu Allah berikan kepada kita tetapi bukan kepada orang lain?

Jawapannya adalah kerana setiap dari kita berbeza-beza dan ujian yang diberikan oleh Allah bersesuaian dengan kadar iman kita.

Sebagai seorang muslim, kita harus percaya di mana setiap satu perkara yang terjadi pada diri kita— walaupun sebesar zarrah—yang baik mahupun yang buruk— pasti ada hikmahnya.

Belajar menjadi seorang hamba yang pandang akan sesuatu perkara itu 100% datang dari Allah bukan dari manusia. Belajar untuk bersyukur dan hindari dari sifat-sifat mazmumah.

Siapa yang ciptakan kita? Allah.
Siapa yang matikan kita? Allah.
Siapa yang bagi kita rezeki? Allah.
Siapa yang bagi kita ujian? Allah.

Firman Allah Taala yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” — Surah al-Rad: ayat 28).

Ibadah umrah adalah ibadah yang suci, niat ke sana hanyalah untuk beribadah semata-mata bukan yang lainnya. Jaga perbuatan, jaga lisan, jaga iman.

Semoga Allah Taala terima segala amal ibadah kita yang tidak seberapa 🤲🏻

Salam Jumaat, jangan lupa al-Kahfi❤️
________





Update: 24 Januari 2024  24 Jan sedang dalam perjalanan ke Madinah menaiki pesawat Saudi Airlines dan dijangka tiba di s...
24/01/2024

Update: 24 Januari 2024

24 Jan sedang dalam perjalanan ke Madinah menaiki pesawat Saudi Airlines dan dijangka tiba di sana pada jam 1045am waktu tempatan. Sama-sama kita doakan semoga mereka selamat tiba di bumi terdapatnya jasad Baginda Rasulullah SAW❤️

13 Jan telah 4 hari berada di Madinah dan harini adalah aktiviti bebas bagi mereka. Boleh luangkan masa beriktikaf di masjid, itulah tujuan utama kita berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah, untuk beribadah sebanyak mungkin 🤲🏻🕋🕌

48 hari lagi menuju Ramadan, jom persiapkan diri dan amal kitaa🤲🏻

P/s: Pejabat tutup pada 25 Januari 2024 (Khamis) dan akan kembali beroperasi pada 26 Januari 2024 (Jumaat). Harap maklum.

________




Assalammualaikum semua!Maaf, Ustaz Badrul Naim tidak dapat berikan kursus umrah pada malam ini. Justeru itu digantikan o...
20/01/2024

Assalammualaikum semua!

Maaf, Ustaz Badrul Naim tidak dapat berikan kursus umrah pada malam ini. Justeru itu digantikan oleh Ustaz Sayuthi insyaAllah.

Jumpa di Google Meet jam 9 malam kejap lagi🤲🏻




Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba y...
19/01/2024

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.” — HR Muslim

Selain melakukan sunnah-sunnah hari Jumaat seperti potong kuku, bersugi, mengambil wudu’ untuk solat Jumaat di Masjid, memakai wangi-wangian bagi orang lelaki, sedekah juga amat digalakkan pada hari ini (selain daripada sedekah Subuh harian).

Bagi yang sudah mempratikkan amalan sedekah ini pasti dapat lihat dan merasai kelainan yang positif dalam kehidupan seharian. Tiada jumlah yang minima, cukup sekadar niat di hati untuk bersedekah sebelum melakukan sesuatu perkara insyaAllah akan diterima oleh Allah Taala🤲🏻

harini dan esok adalah acara bebas, sebelum mereka semua berangkat ke Madinah pada hari Ahad ini insyaAllah🕌
_______





KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL 🕋Kali ini Kursus Umrah Yiros akan berjalan di atas talian (online) melalui Google Meet bersama...
19/01/2024

KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL 🕋

Kali ini Kursus Umrah Yiros akan berjalan di atas talian (online) melalui Google Meet bersama Ustaz Badrul Naim , 20 Januari, Sabtu.

Sesiapa yang free boleh la join dengan Whatsapp kami di:
0139927434
0139927434
0139927434

*Link Google Meet hanya akan diberikan kepada mereka yang hadirkan kedatangan ya.

Jumpa malam esok di Google Meet jam 9pm, insyaAllah.

Berkhidmat untuk Ummah bersama Yiros Tours & Travel 🕋
_________






Kump**an   pertama bagi tahun 2024 ✨Bermalam 1 hari di Taif setibanya di Jeddah, ziarah sekitar bandar Taif, kemudian ke...
16/01/2024

Kump**an pertama bagi tahun 2024 ✨

Bermalam 1 hari di Taif setibanya di Jeddah, ziarah sekitar bandar Taif, kemudian keesokan harinya menaiki bas untuk ke Makkah bersama Mutawwif Ustaz Azam dan seterusnya mengerjakan ibadah umrah yang pertama.

Alhamdulillah hari ini hari ke-4 di di Makkah, sebentar lagi ada program Ziarah Ja’ranah, di mana setelah selesai ziarah mereka akan mengerjakan ibadah umrah ke-2 bagi yang mampu untuk melakukannya.

Apa khabar iman kita hari ini? Jangan putus doa kepada saudara seagama kita di sana dan terbaru di y@m@n Allahuakbar.. semoga Allah mengangkat darjat mereka dan dikurniakan Syurga tanpa hisab 🤲🏻🤲🏻
___________




❗️KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL🕋Assalammualaikum para duyyufurrahman.InsyaAllah, kursus umrah Yiros yang seterusnya akan dia...
04/01/2024

❗️KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL🕋

Assalammualaikum para duyyufurrahman.

InsyaAllah, kursus umrah Yiros yang seterusnya akan diadakan pada hari Ahad, 7 Januari 2024 jam 9am di Surau Al-Hakim, Subang Bestari, Shah Alam.

Seperti biasa, kursus kami adalah TERBUKA dan PERCUMA kepada semua yang berhajat untuk menimba ilmu tentang ibadah umrah yang bakal di kongsikan oleh penceramah kita, Ustaz Fahmi insyaAllah

Bagi mereka yang berminat untuk hadir, bolehlah confirmkan kedatangan dengan hubungi atau Whatsapp kami di:
0139927434
0139927434

Jom war-warkan poster ini kepada semua. Moga ilmu yang diperoleh bermanfaat dalam menyempurnakan ibadah umrah anda kelak, insyaAllah🤲🏻
________






2024, telah tiba.Ramadan p**a bakal menjelma.Dengan keadaan dunia sekarang ini,terlalu banyak perkara yang wajib kita be...
03/01/2024

2024, telah tiba.
Ramadan p**a bakal menjelma.

Dengan keadaan dunia sekarang ini,
terlalu banyak perkara yang wajib kita belajar untuk sentiasa mensyukuri.

Apa yang kita ada pada hari ini,
adalah apa yang diimpikan oleh mereka saban hari.

Nikmat makan, minum, Islam, berkeluarga bahkan nikmat bernafas dan hidup harmoni itu sendiri menjadi impian mereka..

Jangan pernah putus membantu dan mendoakan seluruh umat Islam, terutama sekali saudara-mara kita yang diuji dengan dasyat sekali, yang ditindas, yang dibunuh— sesungguhnya Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui akan setiap perkara yang terjadi.

Sama-sama kita mengejar redhoNya, mengejar kehidupan di akhirat, mengejar Syurga-Nya,
kerana itulah sebenarnya,
kehidupan yang a b a d i 🤲🏻❤️

__________







“Sesungguhnya ilmu ialah jenis zikir yang paling afdhal dan ilmu juga jenis jihad yang paling afdhal.” —— Al-Hafiz Ibnu ...
22/12/2023

“Sesungguhnya ilmu ialah jenis zikir yang paling afdhal dan ilmu juga jenis jihad yang paling afdhal.” —— Al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali.

22 Dis telah berlepas ke Madinah sebentar tadi dimana terdapat sikit kelewatan oleh pihak penerbangan. Tetapi tidak mengapa, kita doakan semoga mereka semua selamat tiba di Madinah jam 1035pm waktu tempatan.

20 Dis tiada aktiviti harini , esok insyaAllah mereka akan ada program Ziarah Kota Madinah.

Allahumma solli ala Muhammad, basahi lidah kita dengan zikir dan selawat mudah-mudahan ia menjadi amalan yang dapat menuntun kita ke Syurga-Nya🤲🏻☁️

P/s: Pejabat tutup 23 Disember-25 Disember 2023 dan akan mula beroperasi pada hari Selasa, 26 Disember 2023. Harap maklum.
________




❗️KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL🕋Assalammualaikum para duyyufurrahman.InsyaAllah, kursus umrah Yiros yang seterusnya akan dia...
15/12/2023

❗️KURSUS UMRAH YIROS TRAVEL🕋

Assalammualaikum para duyyufurrahman.

InsyaAllah, kursus umrah Yiros yang seterusnya akan diadakan pada Ahad 17 Disember jam 9am di Surau al-Ukhwah, Subang Bestari, Shah Alam.

Seperti biasa, kursus kami adalah TERBUKA dan PERCUMA kepada semua yang berhajat untuk menimba ilmu tentang ibadah umrah yang bakal di kongsikan oleh penceramah kita, Ustaz Isman Hijjaz

Bagi mereka yang berminat untuk hadir, bolehlah confirmkan kedatangan dengan hubungi atau Whatsapp kami di:
0139927434
0139927434

Jom war-warkan poster ini kepada semua. Moga ilmu yang diperoleh bermanfaat dalam menyempurnakan ibadah umrah anda kelak, insyaAllah🤲🏻
________






11/12/2023

Pejabat tutup hari ini (11 Disember) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.

Pejabat kembali beroperasi pada 12 Disember, Selasa. Harap maklum dan selamat bercuti bagi yang berada di Selangor🥰🤲🏻

Dari Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda, “Seluruh amal manusia di hadapkan kepada Allah SWT dalam sejumaat ...
08/12/2023

Dari Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda, “Seluruh amal manusia di hadapkan kepada Allah SWT dalam sejumaat (seminggu dua kali). Iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan, “Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai mereka berdamai.” ‘ —— HR Muslim.

Bayangkan betapa banyak dosa yang kita lakukan dan akhirnya kita beramal ibadah siang dan malam untuk menebus dosa-dosa tersebut tetapi tidak diperkenankan oleh Allah kerana kita bermusuhan dengan sesama manusia.

Realiti yang terjadi kini, tetapi ramai yang ambil mudah.

Moga Allah berikan kita taufik dan hidayah untuk sentiasa perbaiki diri, memaafkan orang yang menyakiti kita secara langsung ataupun tidak dan jauhkan kita dari bermusuhan sesama kita. Berdamailah dengan takdir.

Salam Jumaat, Allahumma solli ala Muhammad❤️

_____




Address

Jalan NOVA K U5/K SEKSYEN U5
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60139927434

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yiros Tours & Travel Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category


Other Travel Agencies in Shah Alam

Show All