RAMADHAN MEDAN MENINGKATKAN TAQWA DAN MERAIH CINTA ALLAH
RAMADHAN MEDAN MENINGKATKAN TAQWA DAN MERAIH CINTA ALLAH
Firman Allah SWT:
(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ)
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(Al Baqarah 183)
IBRAH:
❣Allah menjadikan puasa sebagai satu medan kepada orang² yang beriman untuk membangunkan darjat mereka agar menjadi orang² BERTAQWA
❣Puasa yang benar-benar ikhlas kerana Allah akan menghapus dosa.
Salam Ramadhan Kareem 1441H
#juaratravelserimanjung
#ramadhan2020
#stayhome
#staysafe
[SIRI DUA]
Siaraya episod dua siri motivasi semasa tempoh PKP fasa ke3 ini.
Perlahan-lahan kita dapat mengasimilasi norma baru yang dialami sejak sebulan lalu apabila kerajaan melancarkan PKP bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Ramadhan kali ini, biarpun berbeza berbanding sebelumnya mengandungi banyak hikmah besar. Antaranya ahli keluarga dapat sama-sama menunaikan solat fardhu & solat sunat tarawih berjemaah, membaca Al-Quran serta menikmati masakan rumah sewaktu berbuka puasa.
Semua perkara yang berlaku adalah baik untuk setiap mukmin. Benarlah maksud sabda Nabi s.a.w :
عَجَبًا لأمرِ المؤمنِ إِنَّ أمْرَه كُلَّهُ لهُ خَيرٌ وليسَ ذلكَ لأحَدٍ إلا للمُؤْمنِ، إِنْ أصَابتهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فكانتْ خَيرًا لهُ، وإنْ أصَابتهُ ضَرَّاءُ صَبرَ فكانتْ خَيرًا لهُ
Amat menakjubkan keadaan seorang mukmin. Semua urusannya itu baik. Ini tidaklah terdapat kecuali pada seorang mukmin. Jika (dia) memperoleh kesenangan, lalu dia bersyukur. Itu baik baginya. Jika dilanda kesusahan, dan dia bersabar dengannya. Itu pun baik baginya.
(Sahih Muslim, No : 2999)
Meriahkan Ramadhan bersama ahli keluarga di rumah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan peluang ini di saat dunia dilanda musibah pandemik Covid-19.
Assalam, pada 29, 30 dan 31 December 2018 ini akan di adakan Karnival Lumut Komer bertempat di dewan EMV Hall, Manjung (sebelah bowling Manjung). Juara Travel Seri Manjung akan membuka booth di situ iaitu booth 015. Dalam dewan utama. Diskaun istimewa sebanyak RM700 seorang kepada jemaah yang daftar dalam karnival tersebut sahaja. Pergi mana2 tarikh umrah 2019 sekalipon, akan dpt diskaun tersebut. Tours juga kita akan promote seperti jakarta bandung, kashmir dan turkey. InshaAllah. Jika ada apa2 pertanyaan, sila hubungi Haji Abu Hassan (012-501 6480) atau En Haniff (013-388 6480). InshaAllah.
Majlis perasmian Karnival Lumut Komer dimulakan dengan bacaan doa dari mutawwif kami Ustaz Baha Baharudin . Semoga Karnival ini berjalan dengan lancar dan dipenuhi barakah . Mari beramai ramai memeriahkan Karnival Lumut Komer dan Marilah ke booth kami dan dapatkan Diskaun yang istimewa dari Juara Travel Seri Manjung ! Booth Juara Travel di Dalam Dewan EMV , Booth 15 .
Hubungi Wakil Kami :
013-3886480 ( En Haniff )
012-5016480 ( Hj Abu Hassan )
APAKAH HUKUM MELAKUKAN UMRAH?
Mengikut MAZHAB SYAFIE, hukum mengerjakan umrah adalah WAJIB dan ia hendaklah dikerjakan oleh setiap orang Islam sekali seumur hidup. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
“Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah,”
Surah al-Baqarah:196.
Dalam ayat ini, suruhan mengerjakan haji itu disekalikan dengan suruhan mengerjakan umrah, iaitu diperintahkan mengerjakan haji dan umrah hingga sempurna. Dengan itu, suruhan mengerjakan umrah itu samalah hukumnya dengan menunaikan haji, iaitu wajib bagi setiap orang Islam.
Sementara itu dalam hadis, “Daripada Zaid bin Thabit r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda:
“Mengerjakan haji dan umrah itu dua fardu cuma sekali sahaja dan bolehlah dikerjakan mana satu dahulu (sama ada haji ataupun umrah).”
Ibadah ini boleh dilakukan SEPANJANG TAHUN selain daripada masa seseorang itu berada dalam ihram haji sehingga dia selesai melakukan kerja-kerja haji tersebut.
Mengikut Mazhab Syafie, ibadat umrah boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dalam kehidupan seorang Muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa jika menangguhkan kewajipan umrah apabila sudah cukup syarat kemampuan selama mana dia dapat melakukannya sebelum dia MENINGGAL DUNIA.
Namun begitu, adalah LEBIH BAIK menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini atas diri seseorang Muslim.
Berikutan pentingnya melakukan ibadat umrah ini, kami ingin menjemput bakal-bakal jemaah yang mempunyai perancangan melaksanakan umrah dalam 3-5 tahun lagi untuk datang ke pejabat kami. Kami menyediakan khidmat NASIHAT PERANCANGAN KEWANGAN untuk melakukan ibadat umrah terutama kepada golongan belia (25-45 tahun). Untuk mengetahui lebih mengenai PERKHIDMATAN PERCUMA kami, sila hubungi;
012 501 6480 (Haji Abu Hassan)
013 388 6480 (En. Haniff)
Juara Cawangan Seri Manjung
Alhamdulillah..Pejabat Cawangan Seri Manjung telah menaikan papan tanda pejabat Juara Seri Manjung. Terima kasih kerana mempercayai perkhidmatan yang kami berikan. Semoga dengan adanya papan tanda kedai ini, ia akan lebih memudahkan jemaah untuk mencari pejabat kami bagi urusan Umrah, melancong, pembelian tiket penerbangan dan juga kelas taklimat dan kursus umrah.
Pihak kami juga ingin memaklumkan tempahan bagi mengerjakan umrah dan ziarah pada bulan oktober 2018 telah penuh. Sekiranya tuan/puan berminat untuk melaksanakan umrah pada bulan Nov dan Dec 2018, sila daftar segera kerana tempat adalah terhad dan hampir habis ditempah.
Segala urusan berkaitan Umrah, ziarah dan melancong ke negara lain (pakej muslim), sila hubungi Pengurus Juara Seri Manjung, Haji Abu Hassan (012-501 6480) atau En Haniff (013- 388 6480) atau terus ke pejabat kami di No 486, Tingkat 1 Fasa 2B. 32040 Seri Manjung. Perak
Praktikal Ibadah Umrah ( Siri 4 )
Untuk jemaah penerbangan 12 November, 26 November, 03 Disember, 04 Disember, 12 Disember & 18 Disember dan juga buat masyarakat sekitarnya ...
KURSUS UMRAH INTENSIF ( Manasik Umrah )