Mytravelsmart

Mytravelsmart MyTravelSmart was founded to provide best travel experience to exotic destinations with affordable prices. Smart Travel. Always!
(1)

Our goal is to create unique, inspiring, and thoughtful tours that surprise and delight you.

30/11/2024

12D10N Alaskan Wilderness

MOROCCO (10D/8N)- Group Trip Report no. 14/2024 (9 - 18 Nov)Alhamdulillah berakhir kembara ke Morocco selama 10 hari 8 m...
20/11/2024

MOROCCO (10D/8N)
- Group Trip Report no. 14/2024 (9 - 18 Nov)

Alhamdulillah berakhir kembara ke Morocco selama 10 hari 8 malam. Pakej kembara untuk kali ke-14 pada tahun ini. Morocco sememangnya terkenal dengan sejarah dan senibina yang cantik terutama di kota2 lama di kawasan Medina serta keindahan semulajadi yang unik dan lanskap yang amat menarik seperti di Pergunungan Atlas dan Padang Pasir Sahara. Selain dari itu, penduduknya amat ramah dengan pelbagai tradisi2 yang unik dan hidangan kulineri yang sedap seperti Tangine, Couscous, makanan tradisi berber pizza, mint tea dan lain-lain. Pengalaman berada di padang pasir Sahara dengan menaiki unta adalah sesuatu yang amat istimewa dan unik.

Pengembaraan selama 10H/8M adalah pakej privat dengan jumlah peserta tak melebihi enam (6) orang. Pakej ini komprehensif dengan mengabungkan pelbagai pengalaman dengan melawat sekurang-kurangnya tujuh (7) tempat menarik seperti:-

1. Casablanca
2. Chefchaouen
3. Fes
4. Ifrane dan Zaida
5. Merzouga (Sahara)
6. Ouazazate & Ain Benhaddou
7. Marrakesh

Pada pendapat saya, tak perlu mengabungkan lawatan ke Sepanyol (apatah lagi Portugal) dengan Morocco kerana anda tak akan memaksimakan pengalaman di Morocco sekiranya lawatan tersebut terhad kepada 10 hari. Kebanyakan pakej gabungan Morocco dengan Sepanyol ini adalah bersifat touch n go. Terdapat banyak lagi tempat2 yang menarik untuk dilawati (selain dari tempat2 di atas) seperti Rabat, Tangier, Agadir dan Essaouira dan anda boleh lawati tempat2 tersebut bersama pakej ini yang fleksibel.

Pakej lawatan ke Morocco akan diteruskan pada 2025 dengan beberapa tarikh lawatan pada akhir Jan dan Oktober 2025. Sila WhatsApp ke 019-669 9519 sekiranya berminat dan seterusnya membuat tempahan.

12H11M GRAND TOUR OF ITALY- Group Trip Report 13/2024 (29 Oct - 9 Nov)Alhamdulillah berakhir kembara ke Itali - kembara ...
09/11/2024

12H11M GRAND TOUR OF ITALY
- Group Trip Report 13/2024 (29 Oct - 9 Nov)

Alhamdulillah berakhir kembara ke Itali - kembara secara privat dan eksklusif mengembara selama 12 hari 11 malam bersama 4 peserta. Sebahagian peserta adalah 'repeat customer' saya.

Kembara bermula dan berakhir di kota Milan dengan melawat tempat2 menarik di hampir keseluruhan tempat2 utama di Itali. Berikut adalah destinasi2 untuk kembara kali ini.

1. Milan
2. Venice
3. Florence
4. Rome
5. Sorrento
6. Almafi Coast
7. Terni
8. Pisa
9. Cinque Terre
10. Lake Como

Kembara ke Itali selama 12 hari adalah sambungan kepada kembara Itali yang kebiasaan selama 8 hari dengan penambahan 4 hari ke kota Rom dan Almafi Coast. Itali sememangnya terkenal dengan peninggalan kota lama empayar Rom terutama di kota Rom, Firenze, Pisa dan lain2.

Antara tempat2 unik terdapat di Itali adalah pemandangan indah di kampung2 nelayan terutama di lereng2 bukit di pesisir pantai. Dua tempat yang paling cantik adalah Amalfi Coast dan Cinque Terre. Akan tetapi, kembara ke kawasan2 ini memerlukan teknik pemanduan yg agak tinggi disebabkan jalan2 yg amat sempit dan berliku2.

Untuk info lebih lanjut tentang pakej ini, sila layari www.mytravelsmart.com.my.
Kembara seterusnya merentas benua Afrika menuju ke Morocco.

WEST COAST USAAnda kini berpeluang mengalami percutian yang terhebat dengan melancong ke Pantai Barat USA (West Coast US...
30/10/2024

WEST COAST USA

Anda kini berpeluang mengalami percutian yang terhebat dengan melancong ke Pantai Barat USA (West Coast USA) yang terkenal dengan tarikan destinasi-destinasi seperti San Francisco, Los Angeles, Las Vegas, Lake Tahoe, Yosemite, Grand Canyon dan lain-lain.

Pakej yang paling komprehensif dan termurah dengan pakej perjalanan selama 15 hari 14 malam ke destinasi-destinasi menarik di California, Nevada dan Arizona.

▶️ Harga Pakej: RM12,950
▶️ Tarikh perjalanan: 8 - 22 May 2025 (15H/14M)
▶️ Pakej termasuk:
- Tiket penerbangan pergi balik ke USA (KUL - San Francisco);
- Hotel penginapan selama 14 malam (Double or triple-sharing);
- Caj sewa kenderaan (van 12-seater);
- Caj minyak kenderaan, tol dan pakir; dan
- Caj kenderaan memasuki taman-taman negara (national park)
▶️ Antara tempat2 yang dilawati -
📌 San Francisco
📌 Lake Tahoe
📌 Death Valley National Park
📌 Las Vegas
📌 Grand Canyon National Park
📌 Route 66 town (Kingman & Flagstaff)
📌 Palm Spring & Cabazon outlet
📌 Los Angelas
📌 Pacific Coast (Monterey & Big Sur)

*************************************************
Kenapa anda patut memilih pakej kami?

✅️ Pakej ke West Coast USA yang paling komprehensif dengan memaksima perjalanan anda selama 15 hari dengan sekurang-kurangnya ke 15 tempat-tempat menarik;

✅️ Pengalaman kami yang luas di USA berlatar-belakang pengalaman terdahulu menetap serta bekerja di sana;

✅️ Peserta dalam kumpulan kecil (maksima 8-9 orang) dengan mengutamakan keselesaan dan fleksibiliti.

✅️ Selain tarikan ke bandar-bandar utama, anda juga berpeluang melawat ke taman-taman negara (national park) dengan permandangan yang cantik dan unik. Pakej juga akan membawa anda ke factory outlets yang terkenal sekitar Los Angelas dan Las Vegas;

✅️ Pilihan penginapan bertaraf 2-3 bintang yang bersesuaian berdasarkan good rating dan di lokasi-lokasi menarik. Contoh hotel-hotel pilihan adalah Days Inn, Holiday Inn, Quality Inn, Ramada dan lain-lain yang setaraf.

Sila PM/DM atau Whatsapp 019-6699 519 jika berminat untuk pakej West Coast USA atau layari www.mytravelsmart.com.my untuk maklumat lanjut dan pakej-pakej yang lain

7H6M AUSTRIA CZECHIA & GERMANY - Laporan Kembara No. 13/2024 (22-28 Oktober 2024)Alhamdulillah, berakhirnya kembara yang...
28/10/2024

7H6M AUSTRIA CZECHIA & GERMANY
- Laporan Kembara No. 13/2024 (22-28 Oktober 2024)

Alhamdulillah, berakhirnya kembara yang ke-13 untuk tahun ini mengembara ke 3 negara: Austria, Czechia.dan Germany - kembara secara privat dan eksklusif mengembara selama 7 hari 6 malam bersama dua pasangan sahabat. Walaupun hanya 7 hari kembara, trip ni agak padat dengan kunjungan ke tempat2 menarik . Berikut adalah destinasi2 untuk kembara kali ini:-

1. Salzburg
2. Hallstatt
3. Gmunden
4. Cesky Krumlov
5. Prague
6. Vienna
7. Munich

Kembara yang bermula dan berakhir di Munich memulakan perjalanan ke destinasi pertama iaitu Salzburg. Salzburg ialah bandar tempat W. A. ​​Mozart dilahirkan dan lokasi penggambaran "The Sound of Music". Antara lokasi lawatan termasuk Hellbrunn Palace & Trick Fountains dan the Old Town. Kembara meneruskan perjalanan dengan melawat perkampungan indah di Hallstatt dan bandar resort Gmunden yang terkenal dengan istana Schloss Ort di tengah Tasik Traunsee.

Seterusnya kembara ke bumi Czechia dengan destinasi pertama di Cesky Krumlov yang terkenal dengan kota bersejarah dan susun atur bandar zaman medieval dengan seni bina indah Istana Krumlov. Kembara ke Prague dengan mengunjungi Charles Bridges, the Old Town dan Dancing House. Kunjungan ke Vienna selama 2 hari yang terkenal dengan lagenda komposer Mozart, Beethoven, dan Strauss dan bandar yang dipenuhi dengan taman2 hijau yang indah. Dengan cuaca yang agak sederhana dingin dan masih low season menjadikan lawatan ke Austria dan Czechia di waktu ini menarik untuk dikunjungi terutama pohon-pohon luruh di akhir autumn.

Untuk info lebih lanjut pakej ini, sila layari www.mytravelsmart.com.my atau hubungi melalui messenger atau Whatsapp. Meneruskan perjalanan untuk kembara ke Italy.

15H/14M WEST COAST USADay 5 & 6 - Las Vegas & Hoover Dam (7 Oct 2024)Dari Death Valley, perjalanan selama 2jam30min menu...
14/10/2024

15H/14M WEST COAST USA

Day 5 & 6 - Las Vegas & Hoover Dam (7 Oct 2024)

Dari Death Valley, perjalanan selama 2jam30min menuju ke Las Vegas, Nevada. Las Vegas terkenal sebagai bandar hiburan dengan pelbagai kasino dan hiburan bertaraf dunia. Antara tempat2 paling ikonik di Las Vegas termasuk Bellagio Fountains, Menara Eiffel di Paris, Las Vegas, piramid dan sphinx milik The Luxor, The Venetian Canals, The Forum Ceasar Palace. "Las Vegas Strip" secara teknikalnya bermula dari Mandalay Bay di selatan hingga ke Hotel STRAT di hujung utara dengan jarak 7km.

Antara tarikan terkini termasuk The Sphere - struktur sfera terbesar di dunia dengan ketinggian lebih 360 kaki, di buka sejak 2023. Dengan bahagian luar LED seluas 580,000 kaki persegi yang boleh diprogramkan sepenuhnya,

Tempat2 lain yang dilawati termasuk:

- The Welcome to Fabulous Las Vegas sign
- Kedai souvenir terbesar 'Bonanza'
- Premium Outlet di utara dan selatan Las Vegas
- Fremont Street Experience.

Terletak 55km dari Las Vegas, Hoover Dam dan Lake Mead adalah tumpuan lawatan untuk short day trip. Hoover Dam adalah empangan konkrit terbesar di US dan juga salah satu tasik buatan terbesar di dunia. Empangan ini digunakan untuk kawalan banjir, kuasa hidroelektrik, pengairan pertanian, dan bekalan air domestik. Laluan ke Hoover Dam akan melalui Tasik Mead dengan lanskap yang agak cantik.

15H/14M WEST COAST USADay 3 - Death Valley (5 Oct 2024)Death Valley ialah bahagian paling rendah, paling panas dan palin...
11/10/2024

15H/14M WEST COAST USA

Day 3 - Death Valley (5 Oct 2024)

Death Valley ialah bahagian paling rendah, paling panas dan paling kering di Amerika Utara, terkenal dengan suhu yang melampau. Nama Death Valley adalah berkaitan dengan sekumpulan perintis Eropah-Amerika yang tersesat di sini pada musim sejuk 1849-1850, semasa mencari jalan pintas ke kuari emas di California.

Death Valley sememangnya amat menarik dan unik untuk dikunjungi, berbeza dengan taman2 negara yang lain. Keadaan panas dan kering membentuk lanskap yang unik. Antara tempat2 yang wajib dikunjungi:

• Badwater Basin
• Zabriskie Point
• Artist's Palette
• The Devil’s Golf Course
• Mesquite Sand Dunes

Semasa kunjungan, amaran cuaca panas tertera sepanjang perjalanan dengan suhu antara 45-54 darjah celcius walaupun berada di awal bulan oktober. Kunjungan ke Death Valley memerlukan perancangan dan persiapan yang amat rapi seperti bekalan minuman, keadaan kenderaan, tempat2 lawatan dan lain2

Sila layari www.mytravelsmart.com.my untuk pakej2 US termasuk West Coast USA.

15H/14M WEST COAST USADay 1 - San Francisco (3 Oct 2024)Pengembaraan bermula dengan melawat tempat2 tarikan utama di San...
09/10/2024

15H/14M WEST COAST USA

Day 1 - San Francisco (3 Oct 2024)

Pengembaraan bermula dengan melawat tempat2 tarikan utama di San Francisco seperti Golden Gate Bridge, Pier 39, Fisherman's Wharf dan tram kabel dari Powell St. hingga Market Sq. Tempat2 lawatan kali ini termasuk juga Lombard Street (world's crookedest street), the Painted Ladies dan Palace of Fine Art. Juga peluang untuk menaiki Waygo - teksi tanpa pemandu yang pertama di dunia.

Tumpuan lawatan di kawasan Bay Area of San Francisco sudah semestinya the Golden Gate Bridge termasuk peluang berkenderaan melintas the Bridge. Pemandangan di waktu petang dan senja di Golden Gate Bridge sungguh cantik.

Kembara seterusnya menuju ke Lake Tahoe melalui bandar Sacremento.



PAKEJ 9H/7M LAPLAND DAN NEGARA NORDIC  MAKLUMAT PAKEJ:✴️  Tarikh:  19 - 27 April 2025 (9 hari/7 malam);✴️  Harga Pakej: ...
30/09/2024

PAKEJ 9H/7M LAPLAND DAN NEGARA NORDIC

MAKLUMAT PAKEJ:
✴️ Tarikh: 19 - 27 April 2025 (9 hari/7 malam);
✴️ Harga Pakej: RM10,000 per pax;
✴️ Tempat lawatan: 3 malam di Rovaneimi (Lapland), 2 malam di Stockholm, 1 malam di feri cruise dan 1 malam keretapi ekspres Santa Claus.
✴️ Pakej privat dengan maksima peserta antara 6-8 orang sahaja

PAKEJ TERMASUK:
✅ ️Tiket penerbangan Kuala Lumpur - Stockholm (pergi balik)
✅️ Tiket penerbangan Rovaneimi ke Stockholm
✅️ Feri cruise (Viking Line) antara Stockholm ke Helsinki;
✅ ️Keretapi Ekspres Santa Clause di Sleeper Cabin
✅ ️Penginapan 5 malam di Rovaneimi dan Stockholm
🔸️🔸️🔸️🔸️🔸️🔸️🔸️🔸️🔸️🔸️

Pakej Lapland adalah unik kerana mengabungkan pengalaman 'winter wonderland’ di Lapland dengan pengalaman menaiki feri cruise antara Stockholm dan Helsinki dan Keretapi Ekspres Santa Claus.

Pengalaman ‘winter wonderland’ di Lapland, pada musim sejuk amat dinantikan dengan pemandangan bersalji di lembah dan hutan Finland, bertemu Santa Claus di Santa Claus Village dan lain-lain aktiviti di musim sejuk seperti husky dan sleight rides. Antara tarikan utama penganjuran pakej Lapland di musim sejuk dan bunga adalah peluang untuk menyaksikan Aurora Borealis (Northern Light) di mana aktiviti solar lebih kuat di bulan march dan april.

Sebelum sampai di Lapland, peserta berpeluang meneroka keindahan bandar Stockholm dan Helsinki yang indah di antara musim sejuk dan bunga. Kembara bermula dengam menaiki feri cruise antara Stockholm dan Helsinki. Pelayaran selama 16 jam ini adalah antara cruise paling menyeronokkan di Eropah dengan perjalanan menampilkan pemandangan kepulauan yang dramatik, dengan menawarkan pelbagai jenis hiburan di atas kapal. Cruise ini dilengkapi dengan pelbagai restoran, kedai bebas cukai dan pelbagai hiburan untuk pengembara yang ingin berehat dan menikmati pelayaran.

Seterusnya kembara akan menaiki keretapi Santa Claus Express dari Helsinki ke Rovaneimi (Lapland) dengan pemandangan landskap musim sejuk, melewati bandar dan hutan dengan pokok yang di litupi salji. Pengalaman yang seronok adalah menaiki keretapi Ekspres Santa Claus di sleeper cabin dari Helsinki ke Lapland.

Jika berminat, sila WhatsApp ke no. 019-669 9519 atau layari www.mytravelsmart.com.my untuk maklumat lanjut seta pelbagai pakej-pakej yang lain.



8H/7M LAPLAND DAN NORDICS - Group Trip Report No. 11/2024 (14-23 Sep)Selesai sudah pengembaraan ke Lapland dan bandar2 N...
23/09/2024

8H/7M LAPLAND DAN NORDICS
- Group Trip Report No. 11/2024 (14-23 Sep)

Selesai sudah pengembaraan ke Lapland dan bandar2 Nordic countries (Stockholm dan Helsinki) selama 8 hari/7 malam. Pakej lawatan ke Lapland adalah penganjuran kali ke-2 untuk tahun ini. Pakej ini unik kerana mengabungkan pengalaman musim luruh di Lapland dengan pengalaman menaiki feri/cruise antara Stockholm dan Helsinki dan Keretapi Ekspres Santa Claus dari Helsinki ke Lapland.

Antara tarikan utama penganjuran pakej Lapland di musim luruh adalah peluang lebih baik untuk menyaksikan aurora di mana aktiviti solar lebih kuat (kedudukan paksi bumi lebih dekat dengan matahari) di bulan september dan oktober. Untuk trip kali ini, kami berpeluang untuk menyaksikan aurora sebanyak 3 malam berturut2. Amat bertuah kali ini dengan pacaran aurora walaupun intensiti tak sebanyak di minggu lepas dan di bulan April tahun ini.

Musim sejuk di bulan November hingga Mac adalah waktu puncak di Lapland dengan pelbagai tarikan aktiviti musim salji seperti Husky rides, Sleigh ride, winter hiking dan lain2. Akan tetapi, musim luruh juga ada tarikan tersendiri. Selain aurora, hiking dan keindahan lanskap musim luruh serta kos aktiviti yang jauh lebih murah dan penginapan yang lebih selesa.

Sebelum sampai di Lapland, peserta berpeluang meneroka keindahan bandar Stockholm dan Helsinki yang indah di musim luruh. Kembara bermula dengam menaiki feri cruise antara Stockholm dan Helsinki. Pelayaran selama 16 jam ini adalah antara cruise paling menyeronokkan di Eropah. Perjalanan menampilkan pemandangan kepulauan Sweden yang dramatik serta menyusur ke laut Baltic. Cruise ini dilengkapi dengan pelbagai restoran, kedai bebas cukai dan pelbagai hiburan sambil menikmati pelayaran. Seterusnya kembara menaiki keretapi Santa Claus Express dari Helsinki ke Rovaneimi (Lapland) di sleeper cabin dengan pemandangan lanskap Finland di musim luruh.

Pakej Lapland seterusnya adalah di pertengahan bulan April dan September 2025. Sila PM/DM atau WhatsApp 019-669 9519 jika berminat untuk pakej Lapland atau layari www.mytravelsmart.com.my untuk pakej2 yang lain.




NEW DESTINATIONS, FRESH HOPE Setelah berehat 2 bulan, kembara berkumpulan kembali meneruskan perjalanan ke beberapa dest...
13/09/2024

NEW DESTINATIONS, FRESH HOPE

Setelah berehat 2 bulan, kembara berkumpulan kembali meneruskan perjalanan ke beberapa destinasi termasuk ke destinasi2 baru (sebahagian telah lama diterokai) di sepanjang musim luruh ini. Kembara kali ini agak lama iaitu selama 3 bulan. Harapan dan doa agar perjalanan dipermudahkan dan selamat semuanya.

Perjalanan pada musim luruh/autumn mempunyai beberapa kelebihan:

> Cuaca - Suhu lebih sejuk berbanding musim panas, menjadikan aktiviti luar dan perjalanan lebih selesa.

> Kurang Kesesakan - Tempat pelancongan kurang sesak kerana kebanyakan pelancong telah pulang dari percutian musim panas dan pelajar kembali bersekolah.

> Kos Lebih Rendah - Penginapan dan penerbangan boleh menjadi lebih murah berbanding waktu puncak di musim panas, membantu menjimatkan wang untuk perjalanan.

> Pemandangan Cantik - musim luruh terkenal dengan keindahan pohon luruh terutama di kawasan yang mempunyai tarikan pohon2 luruh dengan pelbagai warna atau Fall Foliage

Destinasi2 baru seperti USA dan Kanada termasuk Alaska akan menjadi fokus utama perjalanan di tahun2 hadapan berdasarkan pengalaman sedia ada dan kurangnya pesaing di benua Amerika utara. Dengan mengutamakan kos yang kompetitif dan itinerari yang flexible, kami di MyTravelSmart masih mampu memberi pengalaman menarik dan memuaskan, InshaAllah

Sila layari www.mytravelsmart.com.my untuk pakej2 menarik yang bersesuaian dengan citarasa anda. Pelbagai info dan kisah perjalanan kali ini akan di update di fb mytravelsmart dan IG dan .

"Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah"



15/08/2024

Coming soon - Alaskan Tour

GRAND TOUR OF ITALY - Milan - Venice - Florence - Rome - Almafi Coast - Siena - Pisa - Cinque Terre - Serravalle Outlet ...
18/07/2024

GRAND TOUR OF ITALY

- Milan - Venice - Florence - Rome - Almafi Coast - Siena - Pisa - Cinque Terre - Serravalle Outlet - Lake Como

Last 2 seats remaining!

Package: Grand Tour of Italy
No. of days/nights: 12D/10N
Date: 29 Oct - 9 Nov 2024
Price: RM 10,500 per pax

Itinerary:
https://mytravelsmart.com.my/12d-10n-grand-tour-of-italy/

For more info amd other packages, visit www.mytravelsmart.com.my or whatsapp 019-669 9519

Address

Subang Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mytravelsmart posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mytravelsmart:

Videos

Share

Category

Nearby travel agencies


Other Travel Services in Subang Jaya

Show All