Teratak Buluh Batu 4

Teratak Buluh Batu 4 A classic bamboo house inspired by old Native Malaysian people located at Sungai Lembing, Kuantan, P Kehidupan kampung boleh didapati di sini.

Merasai suasana alam seperti zaman dahulu yang pastinya menjemput segala kenangan lalu yang amat menggembirakan di jiwa...
Sejuk di waktu malam, nyaman dan tenang sekali di sini di samping dapat melihat keindahan alam dan mengelilingi tasik semulajadi yang berada di hadapan Teratak Buluh.. Kedengaran jelas kokokan ayam hutan, unggas dan cengkerik mengalunkan irama yang sungguh menawan hati... Suasana yang pasti menggamit kenangan damai yang sukar dilupakan....

21/03/2024

DOA NABI MUHAMMADﷺ YANG MEMBUAT HATI MENJADI SEDIH & RINDU PADA BAGINDA NABI.

Ya Allah, dengan ilmu-Mu atas yang ghaib dan dengan Maha Kekuasaan-Mu atas seluruh makhluk, panjangkanlah hidupku, bila Engkau mengetahui bahawa kehidupan selanjutnya lebih baik bagiku. Dan matikan aku dengan segera, bila Engkau mengetahui bahawa kematian itu lebih baik bagiku.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar aku takut kepada-Mu dalam keadaan sembunyi(sendirian) atau ramai. Aku bermohon kepada-Mu agar dapat berpegang dengan kalimat hak di waktu marah atau reda. Aku bermohon kepada-Mu agar aku mampu melaksanakan kesederhanaan dalam keadaan fakir atau kaya. Aku bermohon kepada-Mu agar diberi nikmat yang tidak habis dan aku meminta kepada-Mu agar diberi penyejuk mata yang tidak pernah putus. Aku bermohon kepada-Mu agar aku dapat reda setelah Qadha-Mu (turun pada kehidupanku). Aku bermohon kepada-Mu kehidupan yang menyenangkan setelah aku meninggal dunia. Aku bermohon kepada-Mu kenikmatan memandang wajah-Mu (di Syurga), rindu bertemu dengan-Mu tanpa penderitaan yang membahayakan dan fitnah yang menyesatkan.

Ya Allah, hiasilah kami dengan keimanan dan jadikanlah kami sebagai penunjuk jalan lurus yang memperoleh bimbingan dari-Mu.

Riwayat An-Nasai 3/54-55 dan Riwayat Ahmad 4/364.
Diriwayatkan oleh Al- Albani shahih dalam shahih An-Nasai 1/281

14/03/2024

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Jumaat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada-Mu Ya Allah, semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya Alim, ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tidak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdir-Mu.

Ya Allah takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Ya Allah bukakanlah pintu-pintu rahmat-Mu untuk kami, Ya Allah.

Ya Allah Ya Rabbul Jalil, sejahterakanlah kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepada-Mu dengan selesa.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada-Mu, Ya Allah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem, ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami. Ya Allah, Engkau gantilah segala pengorbanan mereka dengan kebajikan yang boleh membawanya ke syurga-Mu, Ya Allah.

Ya Allah, kami juga memohon ampun untuk adik beradik serta kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh, golongkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai.

Ya Allah, apabila tiba p**a giliran kami menuju ke alam barzakh-Mu, maka Engkau ambillah kami dalam keadaan yang baik, dalam keampunan dan rahmat-Mu, Ya Allah.

Ya Allah Ya Azizz, kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab.

Ya Allah, Engkau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim, jika ada di kalangan kami, mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami, mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan sesuatu keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka dan cukupkanlah keperluan mereka.

Ya Allah, jika ada di kalangan kami, ada mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah, agar dapat beribadah bersama kami.

Ya Razzak Ya Fattahu Ya Alim, kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu, sebaliknya janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaan-Mu.

Ya Allah, bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami.

َYa Allah, kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga-Mu, Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin dan muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
رَh.bبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَل

09/02/2024

Cubalah sesekali bergaul dengan seseorang yang semangat dalam mengejar urusan "AKHIRAT", maka kita akan merasakan betapa rendahnya diri yang terlalu sibuk mengejar "DUNIA.'

09/02/2024

Perlumbaan yang melelahkan adalah mengejar "DUNIA", kerna sekuat apapun kita berlari, garis penamatnya adalah "KEMATIAN."

Address

Sungai Lembing

Telephone

+60162204242

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teratak Buluh Batu 4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Teratak Buluh Batu 4:

Share


Other Vacation Home Rental in Sungai Lembing

Show All