Kembara Basikal Maqasid Cyclotour

Kembara Basikal Maqasid Cyclotour Maqasid Cyclotour Official Page

(2014) : Smnanjung Malaysia-Singapura-Selatan Thai

(2015) : Borneo Pada mulanya cadang nak backpack. Main hentam keromo saja.
(2)

Maqasid Cyclotour adalah sebuah kump**an remaja tua 😁 yang s**a travel. Secara kebetulan bertemu dan bersembang angan² nak kembara secara murah dan lebih mencabar. Tapi bila dihitung secara terperinci, kos backpacker adalah mahal kerana nak ke setiap tempat terpaksa naik pengangkutan awam yang memerlukan tambang. Kecuali jika guna kaedah hitchhike, boleh jimat. Akhirnya dapat keputusan bahawa meng

gunakan basikal adalah termurah dan lebih mudah untuk bergerak ke mana saja yang kita s**a, ke manaΒ² dan bilaΒ² masa saja. Dari situlah lahirnya idea memilih untuk mengembara dengan basikal. Bermulalah pencarian basikal. Basikal yang digunakan pada mulanya tak mengikut sangat spesifikasi basikal touring pun. Asalkan ada gear, dan ada ruang boleh isi barang.

ROUTE TO MEKAHRamai yang bertanya dan mengajak saya ride ke mekahTak kurang juga ramai yang mempertikaikan kenapa saya s...
10/05/2024

ROUTE TO MEKAH

Ramai yang bertanya dan mengajak saya ride ke mekah
Tak kurang juga ramai yang mempertikaikan kenapa saya sanggup ride smpai ke Europe tapi tidak ke Mekah, saya ada sebab saya yang tersendiri 😊
Ramai yg plan utk ride ke Mekah
Ramai juga yang bertanya saya bagaimana/tips/route utk ke Mekah
Disini saya sharekan Route yang bersesuaian utk ke Mekah 😊
Saya juga share akan sikit tips2 yang boleh digunakan utk perjalanan ke Mekah 😊
Diharap sedikit perkongsian saya ini dapat membantu rakan2 yang ingin menunaikan ibadah haji@umrah melalui jalan darat 😍

THAILAND

Sadao
Chumpon - 480km
Kanchanaburi - 472km
Maesot - 491km

Myanmar
Golden Rock - 272km
Naypitaw - 376km
Bagan - 270km
Gangaw - 261km
Border Tamu(myanmar) - 275km
Border Moreh(India)

India
Imphal - 113km
Dimapur - 200km
Guwahati - 289km
siliguri - 474km
muzaffarpur - 387km
Lucknow - 905km
Agra - 336km
New Delhi - 212km
Amritsar - 453km
Border Attari (india)
Border wahga (Pakistan)

Pakistan
Lahore - 29km
Multan - 351km
Sukkur - 472km
Quetta - 386km(start es**rt levis)
Dalbandin - 340km
Border Taftan (Pakistan) 289km
Border Mirjaveh (Iran)

Iran
Zahedan - 89km
Bam - 338km
Bandar Abbas - 410km

UAE
Dubai (feri)

***tambahan info
Ferry service ada 3 kali seminggu dari Bandar abbas Ke sharjah
Harga ticket tambah motosikal kurang lebih rm300 Ke rm450 bergantung berat n cc motor
Sebaiknya bawa makanan utk dimakan ketika sampai Kat Jetty Utk urusan dokumentasi Dan Yg Terbaik Datang awal pagi....Sbb proses ni lama...Kecuali pandai Bahasa parsi...kami kemarin Kena dekat 8jam...he2
Perjalanan ferry 12jam....dari jam 10pm Sampai 10am...bergantung pada kekuatan gelombang Laut....Yg terbaik Sebelum naik ferry makan ubat mabuk Dulu....Sbb Ramai Yg muntah....ha2
Satu lagi...Dalam ferry ada makan malam n Sarapan pagi...Usah risau
Sampai sharjah urusan kastam agak lama...Sbb siap scan bagai....Kena bayar agent rm400 Ke rm500 juga setiap motor Dan ada Bayaran juga pada kerajaan dubai Dalam rm200 Satu Biji motor.... ambil masa 4 jam

Dari sharjah dubai 30km
Dubai Abu Dhabi 140km
Abu dhabi ruwais 227km

Urusan border dubai pantas....Tapi Saudi ikut s**a dia...ambil masa 3jam Kat sini...

Dari ruwais riyadh 678km
Riyadh madinah 840km(perjalanan paling Jauh)
Madinah Ke jeddah 420km....

Biasanya hantar motor terus Kat jeddah...Dan dari jeddah masuk makkah Naik taxi setelah Niat miqat ihram Kat jeddah....
Apa pun semua ni Kalau ada visa...Kalau visa Saudi x ada sebaiknya balik Malaysia Dulu .....Syukran Abe duge...Moga bertambah Pahala Utk tuan n isteri....

==========================================
TIPS

*CARNET
-Utk ikut route yg saya share anda kena ada carnet
carnet digunakan di negara India,Pakistan & Iran
-sekiranya anda tidak mempunyai carnet,cara lain yg boleh digunakan ialah cross melalui negara China, cuma kosnya agak tinggi kerana diwajibkan menggunakan tour guide utk cross masuk negara China

TOUR GUIDE
- utk cross Myanmar, anda diwajibkan menggunakan Tour guide,anda boleh pilih samada utk masuk melalui MaeSot atau pun Maesai
Perbezaan dua border ini adalah bergantung kepada pakej yg anda ambil,samada utk ambil masa yang singkat utk cross atau masa panjang
-paling singkat adalah 5hari dan masuk melalui Maesot
-Kos p**a dari 350USD hingga 1600USD,bergantung berapa ramai ahli yang akan cross bersama,lagi ramai yg cross bersama anda,lagi murah kos yg anda perlu bayar utk khidmat Agent Tour guide

-VISA
- negara yang memerlukan Visa adalah MYANMAR,INDIA,IRAN. Pakistan baru2 ini ada perjanjian baru yg mengatakan visa utk Malaysia adalah percuma
- utk Iran p**a VOA(VISA ON ARRIVAL) adalah percuma utk 14hari, tapi saya sarankan utk apply visa dari Malaysia lagi utk memudahkan prjalanan
- Semua negara yang memerlukan Visa,visa ini boleh dibuat di kuala Lumpur

MONEY CHANGER
- kalau boleh anda sediakan wang US DOLLAR lebih mudah
- utk duit IRAN,tukar duit DI DALAM NEGARA IRAN, kerana lebih untung dan akan dapat lebih banyak
- Tidak perlu menukar duit Iran dengan banyak,ckup sekadar keperluan anda sahaja
- DI IRAN SEMUA KAD DEBIT/KREDIT dan ATM tidak boleh digunakan,so sediakan wang cash seckupnya

PERMIT
- NOC (NO OBJECTION CERTIFICATE)
permit ini di apply semasa di Quetta,Pakistan
NOC diperlukan utk anda cross menuju ke Border Iran
-PLAN PERJALANAN ANDA DAN ELAKKAN SMPAI DI QUETTA PADA HARI JUMAAT kerana sekiranya anda di Quetta pada hari Jumaat,anda akan terpaksa tinggal di hotel sehingga hari Selasa
KENAPA?
sebab ofis yang mengeluarkan NOC hanya bekerja separuh hari sahaja pada hari jumaat,sabtu dan ahad ofis tutup,so anda hanya boleh apply NOC pada hari Isnin.
Hari isnin anda apply,hari selasa baru anda dibenarkan meneruskan perjalanan ke border iran
bermakna anda akan tinggal di hotel utk 5hari 4malam
dan anda tidak dibenarkan kemana2 sepanjang berada di Hotel!!!!

ESCORT(LEVIS)
-semasa di Pakistan kebiasaannya anda akan start dies**rt bermula dari Sukkur hingga ke Border taftan
- tiada sebarang bayaran dikenakan
-es**rt akan bertukar setiap 10km - 50km

ini adalah antara perkara2 paling penting yang anda perlu tahu utk ride ke Mekah
sekiranya ada yang tak berapa faham dan jelas,saya akan cuba terangkan dan share yg trbaik 😊

Alhamdullilah saya diberi peluang dan rezki utk mengembara melalui jalan darat, dengan pengalaman dan ilmu yg saya timba,saya sharekan kepada rakan2 semua utk kemudahan bersama
Mungkin ada yang mengatakan kenapa sy share info penting secara percuma sedangkan saya perlu keluarkan kos utk melalui semua pengalaman ini, tetapi pada saya pahala yg atas hasil perkongsian bermanfaat ini lebih menguntungkan,insyallah ada rezki lain yang Allah berikan kepada saya 😊
Sifu saya Rosli Sulaiman pun tak pernah meminta apa2 bayaran atas segala ilmu yang beliau kongsikan 😊😊😊😊

Kalau anda rasa penulisan saya ini bermanfaat dan ingin berkongsi dengan rakan2 lain,sila la share,tidak perlu minta kebenaran dari saya 😊

Diharap dengan perkongsian ini bermanfaat utk rakan2 semua 😊😊😊

-Alfishahrin

02/04/2023

Hari 1; Ronda Kuching.

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah

Walaupun plan tak sampai sebulan, dengan kelam kabut dan kabur,namun kami dah berjaya sampai di Kuching. Semua berkat doa dan sokongan sahabat2, saudara2, teman2 offline dan online.

Terima kasih pada semua yang menyokong, mendorong dan menyumbang dengan pelbagai jenis sumbangan. Tanpa semua tu, mungkin kami tak sampai sini lagi.

Semalam ramai yg tolong bertungkus lumus packing barang dan gerek kami. Sampai pukul 4 pagi. Pastu pukul 4.30 pagi, Mujahid SifuSniper, Cili Padi, Ilham Haraki, Panjang Burger ikut hantar kami ke airport Bayan Lepas. Terima kasih.

Tak sampai pukul 7, kapal kami dah berlepas dan sampai di airport Kuching pukul 8.45 pagi. Pastu kami pasang gerek. Paan pasang gerek dia 2 jam, Mat Den pasang 1 jam, aku pasang 10 minit. Hehe :P

Masa Amir Ariffin mai, kami dok tengah pasang gerek. Amir dok area Bau, bawah Kuching. Sembang pi mai, dia pon balik nak amik anak sekolah. Kalau kami kami nak pi rumah dia, lari jauh sangat dari route asal. Mungkin time balik nanti boleh singgah kot.. insyaAllah.

Dah siap pasang gerek, kami pun bertolak. Sebelum bertolak, aku dgn Paan aminkan bacaan doa selamat oleh Mat Den. Aamiin...

Destinasi first, cari balai polis, buat report. Tapi pegawai kat situ tak mau amik report. Dia tak paham tujuan report tu. Dia suruh pi jumpa pegawai atasan. Mening aaa..

Lepas makan nasik, kami pi balik kat balai, jumpa pegawai. Mujur Tuan Andy tu faham tujuan kami. Dia suruh kami turun ke kaunter buat report.
Dia suruh cakap dah jumpa Tuan Andy. Line clear!

Kami turun pi buat report. Hah! Mudah p**ak! Settle.

Jalan kat sini sibuk. Nak lintas jalan pun susah. Mujur kami ada Mat Den, orang semenanjung yg selamber tahan kereta di jalan yg sibuk kat bandar Kuching. Bukan sekali, 4 @ 5 kali jugak la dia buat lagu tu.. :D

Rim depan gerek aku tu gelong sikit, jadi selalu senerih dengan brek bila kayuh. Kami pun singgah kedai gerek apek tua. Mintak spanar, ejas sendiri bagi tak senerih dah.

Hari ni kami tak tau dah kayuh berapa km. Meter kilometer tu belum sempat setting dan pasang. Kami cuma kayuh ronda2 pekan Kuching. Pastu singgah kat waterfront tepi sungai seberang bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak ni.

Sembang2 dengan abang Kamarul dan Faizul. Rupanya depa keja technician waterfront ni. Abang Kamarul ajak jumpa bos dia. Aku pi jumpa, minta izin nak tidur sini. Dia suruh tidur kat surau. Gerek dia suruh parking depan pondok securiti, siap ada rentang nota bertulis dengan pen marker kat parking tu, 'Parking Khas Basikal Pelawat.' Ok. Ini sudah terbaik.

Malam ni lepas sembahyang, mandi, makan mee kolok, sembang, kami pun masuk surau. Macam besa.. aku tulih story ni sambil lena.. zzzzzz

*lain2 foto dan update boleh follow Farhan Naiem dan Daniel Wizards di Instagram

28/12/2022

Cerita tentang kembara basikal Maqasid Cyclotour Borneo 2015

Maaf, saya tidak memiliki informasi tentang Maqasid Cyclotour Borneo 2015. Namun, saya dapat memberikan beberapa ide tentang lirik lagu yang mungkin sesuai dengan tema kembara basikal jika itu adalah apa yang Anda inginkan. Misalnya:

Verse 1:
Saya memulakan kembara dengan basikal
Melalui hutan hujan dan padang pasir
Saya merasakan angin di wajah saya
Dan melihat dunia yang baru terbuka

Chorus:
Saya kembara, saya kembara
Melalui dunia yang luas dan indah
Saya kembara, saya kembara
Mengejar mimpi dan harapan

Verse 2:
Saya bertemu dengan orang-orang baru
Di setiap sudut jalan yang saya lalui
Mereka membantu saya dengan senang hati
Dan memberikan kenangan yang tak terlupakan

(Chorus)

Bridge:
Saya tidak tahu apa yang akan saya temui
Di jalan kembara ini yang tak terhingga
Tetapi saya tahu satu hal pasti
Saya akan terus kembara sampai ke ujung

(Chorus)

*Lirik lagu kembara basikal AI tolong tulis πŸ˜πŸ‘πŸΌ

Address

Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Basikal Maqasid Cyclotour posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kembara Basikal Maqasid Cyclotour:

Videos

Share

Category

Nearby travel agencies


Other Travel Companies in Sungai Petani

Show All