๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐. ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐?
Pernah tak dalam seharian hidup kita, kita rasa ada yang tak kena.
Walaupun dah solat, dah baca Quran, dah buat segala jenis amal seperti biasa
Tapi masih rasa hati tak tenang
Hati masih ada sesuatu yang mengganggu.
Kalau perkara macam ini terjadi,
Biasanya apa yang kita buat?
Semestinya kita akan cari semula apa kesalahan dan dosa yang telah kita buat.
Nak katanya, perasaan resah, kosong jiwa dan hati tak tenteram itu pun adalah satu โhadiahโ daripada Allah untuk manusia seperti kita yang lupa ADA DOSA.
Bila timbul perasaan macam tadi,barulah kita rasa nak perbetulkan kesalahan kita. Baru rasa nak bertaubat supaya dosa terhapus. Sebab apa? Sebab kita nak HATI YANG TENANG itu kan?
Jadinya tak perlu tunggu datangnya perasaan jiwa kosong,
hati tak tenteram semua itu untuk timbulkan kesedaran bahawa kita perlu berasa insaf.
Sebaliknya, hadirkan perasaan insaf itu sentiasa dalam kehidupan kita.
Agar hati kita sentiasa terpaut ingin selalu kembali pada Dia.
#juaratravel
#juarapilihankami
#umrahzerodeposit
#umrah
#umrah2021
#nasiarab
#mekah
#madinah
#frame
#khat
โจ๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐โจ
Di dunia ini terdapat dua daerah yang dikenali sebagai tanah haram iaitu Kota Mekah dan Kota Madinah.Makkah adalah tempat kota kelahiran Nabi Muhammad SAW dan Kota Madinah pula tempat wafat Rasulullah SAW. Ia sekaligus menunjukkan peradaban Islam yang dibangun oleh Nabi setelah Hijrah Kota Mekah.
Biasa sebelum ini kita panggil mekah adalah kota suci, tanah suci dan tanah haram tapi tahukah anda sebenarnya pelbagai panggilan bagi mekah yang ramai tidak tahu. Sebenarnya, pelbagai nama Mekah yang diceritakan dalam Al-Quran. Namun, kebiasaannya nama ini menjadi sebutan dalam Al-Quran. Banyaknya nama ini menunjukkan kemuliaanya Kota Suci.
Antaranyaโฆ.
MEKAH, BAKKAH, AL-BALAD , AL -QARYAH DAN UMMUL QURA
Jangan pelik bila kita ada dengar orang sebut atau panggil nama -nama lain ini kerana nama ini memang ada disebutkan dalam Al-quran.
1.Mekah (Al-Fath, 48:24)
Maksudnya: โ Dan Dialah yang menahan tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan (menahan) tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah Kota Mekah sesudah Allah memenangkan kamu atas mereka, dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.โ
2.Bakkah (Surah Al Imran, 3:96)
Maksudnya : Sesungguhnya, rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya)iaitu Baitullah yang di Makkah yang berkat dan dijadikan petunjuk hidayah bagi umat manusia.
3. Ummu al Qura (Surah Al An'am, 6:92)
Maksudnya: 'Markaz al ardh', bermakna 'pusat kota', 'kota paling mulia'. Nama ini disematkan sebagai nama universiti di Kota Makkah yaitu Umm al Qura University.
4. Al Balad (Surah Ibrahim 14:35)
Maksudnya :"Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata, Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Makkah), negeri yang aman dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala."
5. Al Qaryah (Surah Muhammad, 47:13)
"Dan betapa banyak