Fascinating Taiping

Fascinating Taiping Fascinating Taiping akan membawa anda untuk melihat keunikan Taiping menerusi lansa pelancongan

This is Official page for
Tourism and Media Unit,
Taiping Municipal Galery,
Taiping Municipal Council

Menarik untuk bulan Februari ini!!Jom isi masa lapang di hujung minggu dengan sertai Kelas Demo Asas Gunting Rambut Wani...
22/01/2025

Menarik untuk bulan Februari ini!!

Jom isi masa lapang di hujung minggu dengan sertai Kelas Demo Asas Gunting Rambut Wanita di bawah penganjuran Program Inisiatif Komuniti (PINK) di mana terbuka untuk WANITA SAHAJA.

Kelas demo ini merupakan kelas pengenalan bagi yang berminat untuk mempelajari teori dan teknik menggunting rambut bersama tenaga pengajar yang mahir dengan hanya RM 10 sahaja! Terhad untuk 20 orang peserta wanita sahaja. Bagi yang berminat, Jangan lepaskan peluang untuk daftar segera!

πŸ“† Tarikh : 15 Februari 2025 (Sabtu)
πŸ•°οΈ Masa : 9.00 pagi
🏒 Tempat : Galeri Perbandaran Taiping

❗Tempat adalah terhad kepada 20 peserta sahaja. Daftar segera dengan mengimbas Kod QR yang disediakan atau menghubungi kami di talian 05-8051501.

Klik pendaftaran β†ͺ️ https://forms.gle/wqpp8ksJjDPFBkXw9

❗Klik pautan untuk ke lokasi πŸ‘‡πŸ»
https://goo.gl/maps/3sqfbHCH88tpLXUN6

Jom daftar sekarang!

Mari sama-sama uar-uarkan kepada orang ramai. Jumpa anda nanti!

Menarik untuk bulan Februari ini!!

Jom isi masa lapang di hujung minggu dengan sertai Kelas Demo Asas Gunting Rambut Wanita di bawah penganjuran Program Inisiatif Komuniti (PINK) di mana terbuka untuk WANITA SAHAJA.

Kelas demo ini merupakan kelas pengenalan bagi yang berminat untuk mempelajari teori dan teknik menggunting rambut bersama tenaga pengajar yang mahir dengan hanya RM 10 sahaja! Terhad untuk 20 orang peserta wanita sahaja. Bagi yang berminat, Jangan lepaskan peluang untuk daftar segera!

πŸ“† Tarikh : 15 Februari 2025 (Sabtu)
πŸ•°οΈ Masa : 9.00 pagi
🏒 Tempat : Galeri Perbandaran Taiping

❗Tempat adalah terhad kepada 20 peserta sahaja. Daftar segera dengan mengimbas Kod QR yang disediakan atau menghubungi kami di talian 05-8051501.

Klik pendaftaran β†ͺ️ https://forms.gle/wqpp8ksJjDPFBkXw9

❗Klik pautan untuk ke lokasi πŸ‘‡πŸ»
https://goo.gl/maps/3sqfbHCH88tpLXUN6

Jom daftar sekarang!

Mari sama-sama uar-uarkan kepada orang ramai. Jumpa anda nanti!

18 Januari 2025 (Sabtu)Program Inisiatif Komuniti (PINK) bagi bulan Januari  sebagai pembuka tirai tahun 2025 telah berl...
18/01/2025

18 Januari 2025 (Sabtu)

Program Inisiatif Komuniti (PINK) bagi bulan Januari sebagai pembuka tirai tahun 2025 telah berlangsungnya Kelas Asas Pembuatan Sabun Handmade bersama Puan Noor Mauliza dari Pejabat Pertanian Manong, Kuala Kangsar. Kelas bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di Galeri Perbandaran Taiping dengan jumlah peserta seramai 25 orang.

Kelas ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang proses dan teknik pembuatan sabun dengan menggunakan bahan alami secara handmade. Melalui kelas ini, peserta memperoleh ilmu tentang cara mempelbagaikan bau dan warna, mempelajari teknik-teknik pencampuran bahan dalam menghasilkan sabun.

Peserta juga diberi peluang untuk menghasilkan sendiri sabun secara berkumpulan iaitu sabun halia dan sabun madu. Selain itu, peserta turut membawa pulang hasil sabun yang telah dihasilkan sendiri.

Semoga ilmu yang diberi akan terus memberi inspirasi dan peluang untuk mereka menghasilkan pelbagai jenis produk sabun berasaskan bahan semulajadi dan seterusnya dapat dijadikan produk jualan.

Yeahh! Cuti Sekolah Telah Tiba!πŸŽ‰Mesti ramai yang tertanya-tanya harga bagi tiket masuk Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS)...
17/01/2025

Yeahh! Cuti Sekolah Telah Tiba!πŸŽ‰

Mesti ramai yang tertanya-tanya harga bagi tiket masuk Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS). Berikut adalah harga tiket masuk ZTNS yang terkini😊

Bagi pemegang Kad Pengenalan beralamat Larut, Matang, Selama dan Kerian anda layak mendapat diskaun sebanyak 20%!😍

Jumpa anda di Zoo Taiping & Night Safari nanti!

Taiping memiliki tidak kurang daripada 35 produk pelancongan yang terdapat di sekitar daerah Larut & Matang, produk ini ...
10/01/2025

Taiping memiliki tidak kurang daripada 35 produk pelancongan yang terdapat di sekitar daerah Larut & Matang, produk ini termasuk produk-produk utama seperti Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping & Night Safari, Bukit Larut, Taman Botani Perak, Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kelip-Kelip Kampung Dew, Muzium Perak, Muzium Sejarah Matang dan lain-lain.

Produk-produk ini mempunyai keunikan yang tersendiri dan sentiasa menjadi tarikan kepada orang ramai. Bagi memudahkan masyarakat atau pelawat untuk mengingati Taiping sebagai destinasi pelancongan, pelancongan di Taiping terbahagi kepada enam (6) kategori iaitu :-

1. Pelancongan Eko
2. Pelancongan Rekreasi
3. Pelancongan Kembara
4. Pelancongan Warisan & Sejarah
5. Pelancongan Agro
6. Pelancongan Kraf & Produk Tempatan

Jom berkunjung ke bandar Taiping dan kunjungi produk-produk pelancongan Taiping.

πŸ“ŒKALENDAR ACARA PELANCONGAN & AKTIVITI KOMUNITI DI TAIPING 2025 BAGI BULAN JANUARI 2025Terdapat tiga (3) acara akan berl...
07/01/2025

πŸ“ŒKALENDAR ACARA PELANCONGAN & AKTIVITI KOMUNITI DI TAIPING 2025 BAGI BULAN JANUARI 2025

Terdapat tiga (3) acara akan berlangsung pada bulan Januari 2025.

Jom rancang percutian anda dan berkunjung ke bandar Taiping.

KELAS ASAS PEMBUATAN SABUN HANDMADESebagai pembuka tirai bagi tahun 2025, urus setia bagi program PINK akan menganjurkan...
03/01/2025

KELAS ASAS PEMBUATAN SABUN HANDMADE

Sebagai pembuka tirai bagi tahun 2025, urus setia bagi program PINK akan menganjurkan KELAS ASAS PEMBUATAN SABUN HANDMADE pada 18 Januari 2025 (Sabtu) bertempat di Galeri Perbandaran Taiping.

Dengan menyertai kelas ini, peserta berpeluang :
βœ… Mendapatkan resepi bancuhan
βœ… Sesi Praktikal bersama tenaga pengajar yang mahir
βœ… Mempelajari kemahiran dan teknik menghasilkan sabun
βœ…Membawa pulang sabun yang telah dihasilkan

SIMPAN TARIKH INIπŸ“Œ
πŸ“† Tarikh : 18 Januari 2025 (Sabtu)
πŸ•°οΈ Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh hari
🏒 Tempat : Galeri Perbandaran Taiping
πŸ“Œ Yuran Penyertaan : RM 20.00 seorang

❗Kelas ini terhad kepada 30 peserta sahaja. Daftar segera dengan mengimbas Kod QR yang disediakan atau menghubungi kami di talian 05-8051501. Klik pendaftaran β†ͺ️ https://forms.gle/5ezCyE4zSLXZdLXBA

Mari sama-sama uar-uarkan kepada orang ramai!

KELAS ASAS PEMBUATAN SABUN HANDMADE

Sebagai pembuka tirai bagi tahun 2025, urus setia bagi program PINK akan menganjurkan KELAS ASAS PEMBUATAN SABUN HANDMADE pada 18 Januari 2025 (Sabtu) bertempat di Galeri Perbandaran Taiping.

Dengan menyertai kelas ini, peserta berpeluang :
βœ… Mendapatkan resepi bancuhan
βœ… Sesi Praktikal bersama tenaga pengajar yang mahir
βœ… Mempelajari kemahiran dan teknik menghasilkan sabun
βœ…Membawa pulang sabun yang telah dihasilkan

SIMPAN TARIKH INIπŸ“Œ
πŸ“† Tarikh : 18 Januari 2025 (Sabtu)
πŸ•°οΈ Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh hari
🏒 Tempat : Galeri Perbandaran Taiping
πŸ“Œ Yuran Penyertaan : RM 20.00 seorang

❗Kelas ini adalah terhad kepada 30 peserta sahaja. Daftar segera dengan mengimbas Kod QR yang disediakan atau menghubungi kami di talian 05-8051501. Klik pendaftaran β†ͺ️ https://forms.gle/5ezCyE4zSLXZdLXBA

Mari sama-sama uar-uarkan kepada orang ramai!

KOLAM RENANG KEMAHKOTAAN β–ͺ️Pada tahun 1937, Lembaga Kebersihan Taiping telah membina sebuah kolam renang yang diberi nam...
30/12/2024

KOLAM RENANG KEMAHKOTAAN

β–ͺ️Pada tahun 1937, Lembaga Kebersihan Taiping telah membina sebuah kolam renang yang diberi nama Kolam Renang Kemahkotaan.

β–ͺ️Nama kolam ini telah diberikan sempena sambutan hari pertabalan King George VI pada 12 Mei 1937.

β–ͺ️Kolam ini menggunakan air semulajadi dari sungai yang sentiasa mengalir tanpa penggunaan klorin.

Alamat : Pegawai Penjaga Bukit Larut, Taiping, Perak, 34000 Taiping

Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (8pm-6pm)

29/12/2024

Majlis Penutupan Sambutan Ulang Tahun Ke -150 Bandar Taiping (1874-2024)

Terima Kasih Taiping 150!

πŸ“ŒπŠπ€π‹π„ππƒπ€π‘ 𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π 𝐃𝐀𝐍 π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π“π€πˆππˆππ† πŸπŸŽπŸπŸ“Jom rancang percutian anda dan berkunjung ke bandar Taipin...
29/12/2024

πŸ“ŒπŠπ€π‹π„ππƒπ€π‘ 𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π 𝐃𝐀𝐍 π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π“π€πˆππˆππ† πŸπŸŽπŸπŸ“

Jom rancang percutian anda dan berkunjung ke bandar Taiping. Pelbagai acara pelancongan dan aktiviti komuniti akan berlangsung sepanjang tahun 2025.

*Sebarang perubahan program dan tarikh tertakluk kepada perubahan penganjur.

SESI TEH TARIK 150 TAHUN TAIPING BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-150 BANDAR TAIPING (1874-2024)28 DISEMBER 202...
29/12/2024

SESI TEH TARIK 150 TAHUN TAIPING BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-150 BANDAR TAIPING (1874-2024)

28 DISEMBER 2024 (SABTU) - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah menganjurkan Sesi Teh Tarik 150 Tahun Taiping bertempat di Taman Botani Perak, Taiping bertujuan untuk memberi penghargaan kepada penganjur, rakan strategik dan juga media yang telah bersama-sama menjayakan 154 acara bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-150 Bandar Taiping (1874-2024) melibatkan acara di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan komuniti.

Sambutan Ulang Tahun Ke -150 Bandar Taiping (1874-2024) ini bukan sahaja meraikan sejarah gemilang bandar Taiping, tetapi juga menjadi simbol perpaduan, kerjasama, dan semangat kekitaan yang utuh dalam kalangan masyarakat daerah Larut dan Matang.

Dalam ucapan YB Tuan Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak menyatakan bandar Taiping merupakan bandar yang aktif dalam mempromosikan pelancongan. Kerjasama yang erat daripada masyarakat Taiping yang berbilang kaum menjadikan Sambutan Ulang Tahun Ke- 150 Bandar Taiping (1874-2024) ini meriah dan dilaksanakan dengan jayanya.

Yang Dipertua MPT turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bersama-sama menjayakan Sambutan Ulang Tahun Ke-150 Bandar Taiping (1874-2024). Semasa Sesi Teh Tarik ini turut berlangsung peluncuran Kalendar Acara Pelancongan dan aktiviti Komuniti Taiping 2025.

Hadir bersama ke Sesi Teh Tarik 150 Tahun Taiping ialah YBhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato’ Seri Haji Wan Mohd. Isa Bin Dato’ Haji Wan Mohd. Razalli, Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama, YB Tuan Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Perak merangkap ADUN Aulong, YB Tuan Ong Seng Guan, ADUN Pokok Assam, Ketua-ketua Jabatan Daerah, Ahli-Ahli Majlis MPT, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Bahagian MPT.

Semoga tahun 2025 bandar Taiping akan terus dimeriahkan dengan pelbagai acara pelancongan dan komuniti yang telah dirancang. Terima kasih seluruh warga Taiping khususnya dan Perak serta Malaysia amnya untuk tahun 2024 yang penuh bermakna!

βœ‰οΈ PEJABAT POS TAIPING πŸ“¬ β–ͺ️Pejabat Pos pada asalnya terletak di pejabat telegraf lama di bangunan PWD 103. β–ͺ️Pada tahun ...
27/12/2024

βœ‰οΈ PEJABAT POS TAIPING πŸ“¬

β–ͺ️Pejabat Pos pada asalnya terletak di pejabat telegraf lama di bangunan PWD 103.

β–ͺ️Pada tahun 1899 pejabat pos telah mengambil alih bangunan Pejabat Perbendaharaan dan Audit Perak.

β–ͺ️Bangunan ini juga menempatkan Bank Simpanan Kerajaan yang merupakan bank kerajaan pertama di Tanah Melayu.

β–ͺ️Peti besi pertama di Tanah Melayu, berjenama Chubb buatan England telah digunakan di bangunan ini.

β–ͺ️Kini, tempat ini masih kekal menjadi Pejabat Pos yang dikenali sebagai Pos Malaysia.

JOM MERIAHKAN MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-150 BANDAR TAIPING (1874-2024) – TERIMA KASIH TAIPING 150 πŸ₯³Bersem...
24/12/2024

JOM MERIAHKAN MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-150 BANDAR TAIPING (1874-2024) – TERIMA KASIH TAIPING 150 πŸ₯³

Bersempena Majlis Penutupan Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping (1874-2024) – Terima Kasih Taiping 150 dan Tahun Melawat Perak 2024, Pejabat Ahli Parlimen Taiping dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan menganjurkan Pertandingan Mewarna bagi murid-murid sekolah rendah dan tabika dari daerah Larut, Matang dan Selama yang berumur di antara 6 hingga 12 tahun pada 28 Disember 2024 (Sabtu) bermula pada jam 4.00 petang bertempat di Dataran Warisan Taiping.

βœ…Pendaftaran Pertandingan Mewarna (Sekolah Rendah)
https://tinyurl.com/33uyazjn

Kategori :
i. Sekolah Rendah Tahap 1 (6 hingga 9 tahun)
ii. Sekolah Rendah Tahap 2 (10 hingga 12 tahun)

Jom sertai kami ! Setiap penyertaan adalah percuma dan para peserta akan menerima beg cenderahati daripada Pejabat Ahli Parlimen Taiping.

Jom uar-uarkan kepada orang ramai dan bersama-sama mengisi masa terluang bersama keluarga di hujung minggu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Urus Setia di talian 05-8080777 (Bahagian Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan, MPT).

-150 #(1874-2024) Taiping150

1891 | PEJABAT TOPO DAN PEMETAANβ–ͺ️Bangunan Pejabat Topo dan Pemetaan yang lama, dikenali dengan senibina Anglo-Indian, a...
24/12/2024

1891 | PEJABAT TOPO DAN PEMETAAN

β–ͺ️Bangunan Pejabat Topo dan Pemetaan yang lama, dikenali dengan senibina Anglo-Indian, adalah pejabat kerajaan yang dibaik pulih.

β–ͺ️Bangunan ini siap dibina pada tahun 1891 dan direka oleh G.A. Lefroy, arkitek dari Australia.

β–ͺ️Bangunan dua tingkat ini adalah contoh terbaik binaan kayu dan batu di Taiping.

β–ͺ️ Bangunan ini telah diuruskan oleh Majlis Perbandaran Taiping dan dijadikan sebagai Galeri Perbandaran Taiping berfungsi sebagai pusat informasi pelancongan di Taiping dan pusat jualan cenderamata.

21/12/2024

Zoo Taiping & Night Safari, Khairul Amir Mohamad Z

21/12/2024

TAIPING: Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) recorded a total of 582,959 visitors as of Dec 15.

FESTIVAL UDARA TAIPING 2024 Festival Udara Taiping (FUT) 2024 yang berlangsung selama empat hari sejak Khamis lepas berj...
21/12/2024

FESTIVAL UDARA TAIPING 2024

Festival Udara Taiping (FUT) 2024 yang berlangsung selama empat hari sejak Khamis lepas berjaya menarik hampir 10,000 pengunjung bertempat di Lapangan Terbang Tekah, Perak.

Dianjurkan oleh Kelab Sukan Udara Taiping (Kesut) dengan kerjasama daripada Tourism Perak, Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Persekutuan Udara Malaysia.

Antara peserta luar negara yang turut menyertai festival tersebut adalah Rusia, United Kingdom, Thailand, Singapura dan Pakistan.

Berita penuh https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2375928

πŸ“Έ Farhan Najib | BERNAMA

Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) mencatatkan kehadiran 582,959 pengunjung sehingga 15 Dis lepas, kata Yang Dipertua Maj...
21/12/2024

Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) mencatatkan kehadiran 582,959 pengunjung sehingga 15 Dis lepas, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir.

Beliau berkata statistik berkenaan dilihat mampu mencapai sasaran sebanyak 600,000 pengunjung menjelang akhir tahun ini.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2375868

Address

PWD 105, Jalan Stesen
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6058051501

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fascinating Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fascinating Taiping:

Videos

Share