Homestay Mampu Milik Tanah Merah

Homestay Mampu Milik Tanah Merah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Homestay Mampu Milik Tanah Merah, Vacation Home Rental, Belakang Politeknik Tanah Merah, Tanah Merah.

18/03/2024
24/01/2024
10/11/2023
18/06/2023
28/10/2022
22/07/2022

Bekwoh sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Kelantan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 23 Julai 2022 (Sabtu), 11.30 pagi di Dewan Tun Abdul Gaffar Baba, Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat, Kota Bharu.

20/04/2022
02/08/2021
19/06/2021
10/05/2021
08/05/2021
05/02/2021
01/02/2021

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan.

Ikhlas dariapada Warga Kerja Jabatan Penyiaran Malaysia.

22/01/2021

Laaani Kecoh pasal Daging Rimau Menangesss Mak Si Lopa nie,hadoi......awaik duk kecoh lagutu naaa,nie haaa aku nak share Daging Rimau aku x Nangesss2 pun,malah bila Makan Ko akan Mengawan Selaju Lajunya naaa🀣🀣🀣🀣🀣
Nie Resepi nya,kalau manfaat ko share jaaa,kalau x ko pandang2 jeling2 jaaa.....ni mood aku baik sebab aku banyak rehat naa......
Bahan2 Perap
1 kilo daging - hiris dalam bentuk jejari ko naa.
1 labu bawang besar - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
6 biji bawang putih _ dikisar halus
3 batang serai - dikisar halus
1 sudu kecil lada hitam _ dikisar halus
2 sudu gula perang - dikisar halus
1 sudu kecil garam - dikisar
1/2 Cawan Minyak masak - dikisar
2 sudu sos tiram -
3 sudu sos lada hitam
Sesikit kicap pekat ikut s**a warna gelap
Cara2 Membuatnya
1. Kisar Semua Bahan yg ditulis dikisar,masukkan bahan kisar dalam bekas bersama daging yg dihiris siap,gaul rata bersama sos tiram dan black paper sos serta kicap pekat......sambil2 tu cuba rasa akan bahan perapan itu mengikut citarasa masing2 manis dan masin......
2. Perap selama 1 jam,bila nak grilled atas pan letakkan sedikit minyak masak dan perlahankan api,kacau rata sehingga minyak kembali cerah atau jernih,maknanya daging tu dah masak dan lembut yer......sedap bila makan nasi panas2 naaa......
Selamat Mencuba,kalau sdp hebah2kan,kakau x. Sdp duk diam2 kita jaga kita naaa🀣🀣🀣🀣🀣Sayam u allssss Ketat2.....Saya Halalkan Resepi nie jika nak Buat Niaga,Saya Jual Siap Perap Rm70 macam tu naa.......
Okkeh,Ummmmmmph Wallah😘😘😘😘😘😘

Kredit : Rusdi Dee Cooking

18/01/2021
09/01/2021
09/01/2021
03/01/2021

"Hidup ini sudah ada pengaturnya.."

Kita tak boleh paksa orang buat apa yang kita nak. Apa yang kita mahu. Kehendak kita peraturan kita.

Sedangkan anak-anak pun bila kita suruh, 2-3 kali baru gerak. Sampai jerit-jerit lah macam tarzan, baru anak buat.

Cuma kita sebagai manusia kena ada pendirian. Kita buat kita dapat. Setuju?



02/01/2021

Melihat foto ini, kita harus rasa malu dengan diri sendiri.

"Saya tak mampu beli, rumah semua mahal". Sambil lepaskan asap rokok keudara.

Membeli rumah bukan bermula dengan gaji yang besar. Ia harus bermula dengan usaha yang besar.

Kita juga perlukan pengorbanan yang besar.

+ Kurangkan beli kereta besar
+Percutian besar
+Makan besar
+Jumlah isteri besar

Semua orang yang pernah beli rumah ini pernah berkorban.

Banyak pengorbanan orang kecil tak berdaya, berusaha melawan kemiskinan dengan terbatasnya cara.

Apa pengorbanan kita kawan?

Azizul Azli Ahmad

27/12/2020
27/12/2020

π— π—”π—‘π—‘π—˜π—₯𝗦 / 𝗔𝗗𝗔𝗕

1. Jangan call seseorang berturut-turut. Kalau tidak berjawab, maknanya mereka sedang buat sesuatu yang penting. Mesej selepas itu dan tanya bila masa sesuai untuk call.

2 . Jangan sesekali order menu yang mahal bila ada orang belanja. Lebih molek, minta orang yang belanja pilihkan menu. Sensitif terhadap orang yang belanja.

3. Jangan lah bertanya soalan janggal seperti, "Oh, belum kahwin ya? Umur sudah berapa ni?", atau "Belum ada anak ya? Kan dah lama kahwin?", "Kenapa belum beli rumah?". Itu hal peribadi. Tidak perlu ditanya. Bukan hal kita.

4. Selalu buka dan pegangkan pintu untuk orang dibelakang kita, terutamanya warga tua atau ibu sedang dukung anak. Tidak rugi bantu mudahkan orang lain.

5. Berhati-hati dalam bergurau. Tidak semua orang boleh terima cara kita. Kalau orang tidak s**a, hentikan. Jangan diulang lagi.

6. Bila terima mesej, balas walaupun terlambat atau sedang sibuk. Ingat, bukan kita sahaja sibuk. Bila sudah lapang, tetap balas dan mohon maaf atas kelewatan.

7. Beri pujian di khalayak, tetapi beri kritikan secara peribadi dan tersendiri. Niat untuk menambah baik, bukan mengaibkan.

8. Jangan buat perancangan di depan mereka yang tidak terlibat atau tidak dijemput sekali. Kalau sudah terbagi tahu, eloklah jemput terus.

9. Hormati seseorang pada nilainya, bukan jawatan atau posisi. Seorang tukang cuci layak dilayan sama seperti seorang CEO. Mereka sama-sama manusia. Layanan kita yang penuh adab adalah cerminan nilai dalam diri kita.


23/12/2020
21/12/2020
24/10/2020
23/09/2020

NAK BUAT PECAH BAHAGIAN TANAH, TAPI PEMILIK BERSAMA TAK SETUJU, MACAM MANA NAK BUAT?

Antara masalah yang biasa timbul apabila seseorang pemilik tanah pertanian geran pemilikan bersama ingin membuat pecah bahagian tanah tersebut adalah tiadanya persetujuan daripada kesemua pemilik bersama yang lain.

Tak kiralah tiada persetujuan itu disebabkan memang mereka tak setuju nak buat pecah bahagian atau mereka ini tak dapat dikesan atau lain-lain sebab.

Sekiranya ini berlaku, apakah yang patut dilakukan?

1. Sebenarnya S.141A Kanun Tanah Negara membenarkan sekiranya mana-mana pemilik bersama sesuatu tanah pertanian geran pemilikan bersama ingin membuat pecah bahagian tanah, mereka boleh memohon untuk kelulusan pecah bahagian, walaupun pemilik-pemilik bersama yang lain tidak bersetuju untuk buat pecah bahagaian atau terdapat pemilik bersama yang tidak dapat dikesan atau sebagainya.

2. Jadi mereka boleh sahaja submit permohonan tersebut di pejabat tanah. Sebaik sahaja menerima permohonan pecah bahagian tadi, pentadbir tanah akan menghantar notis kepada kesemua pemilik bersama yang lain ke alamat terakhir yang diketahui untuk memaklumkan tentang cadangan pecah bahagian oleh salah seorang pemilik bersama tersebut.

3. Pemilik bersama yang lain dikehendaki mengemukakan apa-apa bantahan secara bertulis dalam tempoh 28 hari daripada tarikh penyampaian notis tersebut sekiranya tidak bersetuju dengan permohonan pecah bahagian salah seorang pemilik bersama tadi.

4. Setelah habis tempoh 28 hari tersebut, sekiranya terdapat bantahan daripada pemilik-pemilik bersama yang lain, Pentadbir Tanah boleh membuat keputusan untuk menolak permohonan pecah bahagian tersebut sekiranya beliau berpuas hati dengan alasan-alsan bantahan yang dikemukakan.

5. Tetapi sekiranya tiada bantahan di terima daripada pemilik bersama yang lain, maka Pentadbir Tanah boleh meluluskan permohonan pecah bahagian tersebut.

6. Sekiranya permohonan tersebut diluluskan, segala kos untuk urusan pecah bahagian hendaklah ditanggung oleh pemohon itu sendiri.

7. Sekiranya pemohon tersebut tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah menolak permohonan mereka, maka mereka boleh memfailkan permohonan di Mahkamah untuk mengarahkan permohonan pecah bahagia tersebut diluluskan.

8. Mahkamah juga boleh mengarahkan bahagaian yang tidak dipecah bahagi tersebut di pindah milik kepada pemilik bersama atau mengarahkannya dijual.

9. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah akan mengikat Pentadbir Tanah untuk melaksanakannya di bawah Seksyen 417 Kanun Tanah Negara.

Jadi kesimpulannya, jangan risau sekiranya pemilik bersama yang lain tidak bersetuju untuk buat pecah bahagian kerana anda masih boleh melakukannya walaupun tanpa persetujuan mereka.

Sekian, terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia
(K-LITERASI)

Address

Belakang Politeknik Tanah Merah
Tanah Merah
17500

Telephone

+60167725075

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Mampu Milik Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Homestay Mampu Milik Tanah Merah:

Share

Nearby travel agencies



You may also like