GOBOK Homestay Cameron

GOBOK Homestay Cameron Best Homestay in Cameron!
(34)

Selamat mengundi!Ada sesiapa nak amek peluang jalan-jalan Cameron selepas penat beratur mengundi tak? HihihiMana tau nak...
19/11/2022

Selamat mengundi!

Ada sesiapa nak amek peluang jalan-jalan Cameron selepas penat beratur mengundi tak? Hihihi

Mana tau nak singgah Cameron dulu, sebelum balik Kl. Atau dari Kelantan nak balik Kl..dari Utara nak balik Kl. Boleh singgah bersejuk-sejuk dulu di Cameron! Orang asal Cameron sikit je, jadi memang lengang je jalan. Tak jem langsung.. Ini lah masa yang sesuai korang nak bercuti dengan hati yang tenang di sini. ♥️

Kalau ada, ajommmm book Homestay cepat, sementara masih ada harini!

www.wasap.my/60145076067

www.wasap.my/60145076067

TIPS BUAH STRAWBERRY TAHAN LEBIH LAMA"Alamak lembik dah laaaa""Euuu masam!""Eh, baru turun dah lebam, penipu la penjual ...
30/09/2022

TIPS BUAH STRAWBERRY TAHAN LEBIH LAMA

"Alamak lembik dah laaaa"
"Euuu masam!"
"Eh, baru turun dah lebam, penipu la penjual ni!!"

Tula selalu jadi kan korang kan?
Buah strawberry rosak, tak sempat nak makan! Belinya berkotak-kotak! Stresssss

Buah strawberry ni antara buah yang agak rumit untuk dijaga tau! Tak nak susah, korang makan je puas-puas kat Cameron sudaa..senang hati. Haha. Tak payah pening-pening fikir cara nk jaga bagi tahan lama.

Tapi, mungkin ada nak bawa balik untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang, untuk buat kek, untuk buat jus smooties dan sebagainya kan?

Kat sini ada beberapa tips korang boleh guna supaya buah strawberry tahan lebih lama.

Perkara pertama, paling utama ada cara bagaimana untuk memilih strawberi:

🍓Pilih buah yang tidak lembik, lebam dan tanpa cacat.

🍓Perhatikan warna, mesti merah terang, jangan pilih warna yang kusam, gelap dan tidak berkilat.

Keduanya, adalah cara membersihkan strawberi bila dah sampai di rumah. Ada dua cara tau.

Cara pertama:

1. Cuci bersih di air yang mengalir untuk membersihkan kotoran yang melekat pada strawberi.

2. Rendam dalam air yang diletak dua sudu garam selama 3 minit lalu tapis sampai kering.

3. Lapkan dengan tisu sampai kering.

4. Setelah strawberi kering dan bersih, tuang semua buah strawberi ke dalam bekas kedap udara yang dilapik dengan tisu. (ini untuk menyerap lembapan)

5. Simpan dalam peti ais. Cara ini akan membuat strawberi tetap segar selama lebih dari 7 hari.

6. Bagi yang ingin tahan lebih lama boleh disimpan dalam freezer agar boleh digunakan sebagai bahan ais krim atau jus segar bila-bila masa korang nak.

Cara kedua:

1. Satu lagi cara yang boleh dicuba dengan membasuh strawberi dengan cuka. Caranya dengan membasuh strawberi dalam larutan 1 cawan cuka untuk setiap 10 cawan air. Sebenarnya tidak kisah berapa nisbahnya, anda boleh juga agak-agak berapa ingin digunakan.

2. Rendam selama 4-5 minit, kemudian tapis dan paling penting biarkan ianya betul-betul kering.

3. Letak dalam tupperware yang dilapik tisu dan simpan di dalam peti sejuk seperti biasa.

🍓Proses ini boleh digunakan untuk semua jenis beri. Dan jangan risau, anda tidak akan rasa cuka pada strawberi anda.

TIPS PENTING BELI STRAWBERRY !

🍓Biasanya strawberi dijual dengan daunnya. Pilihlah strawberi dengan warna daun hijau segar dan warna strawberi yang merah cerah. Saiz yang besar menandakan buah tersebut sihat dan lebih sedap serta manis.

🍓Segera cuci dan simpan dalam peti sejuk di dalam bekas tertutup berlapik tisu. Jangan biarkan di luar peti ais sebab baunya akan cepat hilang dan cepat kering.

🍓Nak dapat buah manis? Tak nak masam? Pastikan membeli buah yang sederhana besar dan berwarna merah terang. Kalau ambil buah yang masih ada putih atas tu, maksudnya buah masih muda dan akan berasa sedikit masam.

🍓Buah lebam? Pastikan memilih buah yang berwarna merah terang, bukan bewarna gelap. Warna gelap tu dah terlalu masak dan mudah lembik.

🍓 Kami sarankan anda beli buah untuk dibawa p**ang, pada hari anda nak bergerak p**ang ke rumah.

🍓Kami juga sarankan anda membeli buah strawberry atas pada pukul 10 pagi, supaya anda dapat buah yang terbaru. Bukan buah yang semalam 😅

🍓Kami juga sarankan anda membeli buah yang 2 layer ke bawah kalau nak dibawa p**ang . Lagi elok 1 layer sahaja. Ni nak elak buah di bawah tu terpenyek dan jadi lebam.

🍓 Dan paling akhir, pastikan anda meletakkan buah strawberry di bahagian dalam kereta yang beraircond tu, bukan di bonet kereta ye!

Jadi kepada yang berminat nak ke Cameron Highlands bolehlah hubungi kami segera untuk tempahan.

Terus whatsapp untuk booking dan pertanyaan :

www.wasap.my/60145076067 (En. Iqbal)
www.wasap.my /60134296070 (Pn. Zati)

https://gobokhomestaycameron.wordpress.com

Instagram : _gobokhomestay

Facebook : https://m.facebook.com/GOBOK-Homestay-Cameron-168955097086946/?ref

By Gobok Homestay Cameron

TIPS REBUS JAGUNG!Try la, baru berbaloi makan jagung Cameron 🤭
14/08/2022

TIPS REBUS JAGUNG!

Try la, baru berbaloi makan jagung Cameron 🤭

6 TIPs MEREBUS JAGUNG:

1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.

2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.

4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.

5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.

6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.

LADANG ANGGUR CAMERON  DI BLUE VALLEY! https://youtu.be/dYaMp0ang4cCiter anggur lagi... Kali ini ke Blue Valley  Cameron...
14/06/2022

LADANG ANGGUR CAMERON DI BLUE VALLEY!

https://youtu.be/dYaMp0ang4c
Citer anggur lagi... Kali ini ke Blue Valley Cameron Highlands!

Asyik ke ladang strawberry jer, apa kata cuba ke sini p**a untuk merasai pengalaman berada di Ladang Anggur yang jarang-jarang kita jumpa di Semenanjung Malaysia!

Bagi yang masih belum sempat melawat ladang anggur, masih ada peluang untuk anda bergambar dengan buah anggur di Blue Valley Cameron Highlands. Tak lama tau musim anggur ni! Jadi jangan lepaskan peluang ke sini minggu ini!

Sekarang ni buah dah masak menunggu untuk dipetik sahaja! Macam mana ye buah anggur di sini?

Anggur ni baka Jepun tau. Berwarna ungu gelap, serta bulat macam anggur ribena blackcurrant tu. Rasa dia berbeza daripada anggur yang kita selalu makan tau, rasa manis masak juicy yang sedappp. Isinya lebih kenyal. Memang rugi tak cuba. DULU : Harganya RM40/kg. Mahal sikit tapi Memang berbaloi. Boleh je beli 500g. Hanya RM20. (SEKARANG NI TAK PASTI HARGA YANG TERBARU)
Sekiranya anda datang dari arah Simpang Pulai/Ipoh, teruskan perjalanan kira-kira 500 meter dari simpang Ipoh ke Cameron Highlands. Nanti anda akan jumpa signboard ladang anggur di sebelah kiri jalan.

Sekiranya anda dari Lojing,Kelantan signboard tu terletak di sebelah kanan jalan sebelum sampai ke simpang "T" Cameron Highlands/Ipoh.
Jalan nak ke ladang tu ke dalam sikit dan hanya sesuai untuk kenderaan ringan seperti kereta dan motorsikal sahaja. Untuk rombongan has tidak digalakkan ke sini. Agak jauh perlu berjalan dari jalan besar, dan jalan agak becak. Perjalanan dalam 5 minit menaiki kereta.

(kalau datang secara rombongan sesuai ke Ladang Anggur di Bertam Valley, bas boleh parking di tepi jalan). Tapi sekarang bukan musimnya

Jalan ni akan melalui kawasan pertanian( ladang sayur). Jadi jangan hairan dan panik bila anda banyak nampak lori sayur, kawasan kilang macam tak siap, ramai pekerja warga asing. Ladang tersebut berada di hujung jalan. Kalau tak yakin, boleh berhenti tanya jalan pada pekerja warga asing sekitar, mereka peramah je.

Untuk parking kereta, boleh je parking betul-betul depan ladang anggur tersebut. Jadi, ladang anggur Blue Valley ni lebih mesra warga emas dan OKU berbanding ke ladang anggur di Bertam Valley. Bolehlah korang bawa ibu bapa, nenek dan datuk ke sini merasai pengalaman ke ladang anggur.

Kawasan petak ladang anggur ni tidak dibuka semua untuk umum. Hanya satu petak je dibuka untuk orang ramai, masa ni anggur tengah melayut layut masak ranum, buah tidak boleh disentuh dan dipetik. Hanya boleh berselfie, berwefie je kat sini.

Kalau korang nak beli, korang boleh ke tempat pembungkusan anggur dan tomato untuk beli. Hanya berhadapan dengan ladang anggur tu. Ada juga dijual sayur fresh lain di sana. Ladang dibuka bermula 8 pagi sehingga 6 petang.
Semoga perkongsian ni memberi manfaat, tak ramai tahu kewujudan ladang anggur ni... Korang perhatikanlah sign board dalam gambar tu ye.. Tekan waze tauuu cari. Sekarang ni moden dah..
K.C. Kwang & Sons Grape & Tomato Farm
So..ikut je direction dari sini dan waze untuk ke ladang anggur n tomato ni..

LK.C. Kwang & Sons Grape & Tomato Farm
33, Main Road,, Kampung Raja, 39000 Tanah Rata, Pahang, Malaysia
+60 5-498 3150
https://maps.app.goo.gl/HVmuid1UucAEwTBX8

Jadi kepada yang berminat nak ke Cameron Highlands dan tengah mencari homestay yang VIRAL dan OHSEM bolehlah hubungi kami segera untuk tempahan.

Sekali datang takkan menyesal 😉

Terus whatsapp untuk booking dan pertanyaan :

www.wasap.my/60145076067 (Cikgu Iqbal)
www.wasap.my /60134296070 (Cikgu Zati)

https://gobokhomestaycameron.wordpress.com

Intagram : _gobokhomestay

Facebook : https://m.facebook.com/GOBOK-Homestay-Cameron-168955097086946/?ref

By Gobok Homestay Cameron

LADANG ANGGUR CAMERON DI BLUE VALLEY! Citer anggur lagi... Kali ini ke Blue Valley Cameron Highlands! Asyik ke ladang strawberry jer, apa kata cuba ke sini...

Musim Anggur Blue Valley!Boleh baca di bawah untuk panduan ya!
14/06/2022

Musim Anggur Blue Valley!
Boleh baca di bawah untuk panduan ya!

Nak up satu kali! Sebab cuti baru ni ramai yang terkena
14/06/2022

Nak up satu kali! Sebab cuti baru ni ramai yang terkena

16/05/2022

Cameron Highlands berkabus!

Cuaca panas dijangka sampai September 🥵Ada yang nak bersejuk-sejuk di Cameron Highlands?Ada yang mencari homestay di Cam...
12/05/2022

Cuaca panas dijangka sampai September 🥵

Ada yang nak bersejuk-sejuk di Cameron Highlands?

Ada yang mencari homestay di Cameron Highlands? Pm kami cepat!

Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika,Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti,TAPI......Indahnya Ramadhan tidak dapat ditu...
02/04/2022

Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti,

TAPI......

Indahnya Ramadhan tidak dapat ditukar ganti.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Ikhlas daripada:
Gobok Homestay Cameron

GELOMBANG HABA? ☀️ Di Malaysia, GELOMBANG HABA ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari bertu...
01/04/2022

GELOMBANG HABA?

☀️ Di Malaysia, GELOMBANG HABA ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut dan kebiasaannya berlaku pada Mac-April.
☀️ Ia boleh mengakibatkan jerebu, kemarau dan menjejaskan kesihatan seperti strok haba.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk:
⭕️ minum air secukupnya
⭕️ hadkan aktiviti luar dan
⭕️ pakai pakaian yang mudah menyerap peluh






Sumber:

Mungkin akan sedikit cabaran kan berpuasa dalam keadaan panas melampau?

Kalau nak merasa pengalaman berpuasa dalam suhu dingin, jom la naik Cameron Highlands!

Ayuhhhhhh naik Cameron Highlands sepanjang bulan puasa ni.😍

Mencari homestay 3 bilik tidur dan 2 bilik air di Tanah Rata? Pm kami ya.

www.wasap.my/60134296070

CAMPING DI CAMERON?1. Merasai pengalaman campung dengan suhu yang dingin.2. Dekat dengan pekan. Jalan kakinpun boleh kal...
01/04/2022

CAMPING DI CAMERON?

1. Merasai pengalaman campung dengan suhu yang dingin.
2. Dekat dengan pekan. Jalan kakinpun boleh kalau nak ke pasar malam Golden Hills.
3. Cari kelainan bercuti di Cameron Highlands.

Tapi kalau nak senang, atau mencari homestay 3 bilik tidur dan 2 bilik air, boleh contact kami. 😍

Hari ini masih available lagi. Hanya RM280/mlm.

www.wasap.my/60134296070

Terliur tak? HihihiAda nak makan strawberry puas-puas sebelum masuk bulan Ramadan ni? Ajommm kita ke Cameron Highlands!D...
29/03/2022

Terliur tak? Hihihi

Ada nak makan strawberry puas-puas sebelum masuk bulan Ramadan ni? Ajommm kita ke Cameron Highlands!

Dengar kata bawah sana panas lit lit. Jom bersejuk-sejuk di Cameron Highlands 😉

www.wasap.my/60134296070
www.wasap.my/60134296070
www.wasap.my/60134296070

Sekarang ni promosi harga RM180/mlm. Untuk 3 hari 2mlm RM350 untuk Rabu sampai Khamis.

Hari Jumaat dan Sabtu RM280/mlm.

Minggu depannnnnn
RM150/mlm. 😲😲😲

PROMOSI SEMPENA BULAN RAMADAN! Kami ada Promosi Sempena Bulan Ramadan tau!Hanya RM150/malam.Hanya RM150/malamHanya RM150...
27/03/2022

PROMOSI SEMPENA BULAN RAMADAN!

Kami ada Promosi Sempena Bulan Ramadan tau!
Hanya RM150/malam.
Hanya RM150/malam
Hanya RM150/malam

Apa yang best bercuti di sini pada bulan puasa?

1. Suhu yang sejuk, buat hati rasa tenang je berpuasa.
2. Kurang rasa dahaga dan lapar.
3. Jalan tak sibuk seperti hujung minggu biasa.
4. Ada bazar Ramadan tau! Di dua lokasi ; iaitu di Brinchang dan di Tanah Rata.
5. Boleh merasai kelainan berterawih berjemaah dekat Masjid Tanah Rata.
6. Buah strawberry dan sayur-sayuran dijual dengan harga lelonnnnggggg. Masa ni murah sangat nak beli. Bolehlah nak makan sepuasnya.

Haaa. Datang Cameron tak tahu nak stay mana? Nak rumah yang best?!

Wajib stay di Gobok Homestay okay!
MUST TRY!

Jadi kepada yang berminat nak ke Cameron Highlands dan tengah mencari homestay bolehla hubungi kami segera untuk tempahan.

Sekali datang takkan menyesal 😉

Terus whatsapp untuk booking dan pertanyaan :

www.wasap.my/60145076067 (En Iqbal)
www.wasap.my/60134296070 (Cikgu Zati)

https://gobokhomestaycameron.wordpress.com

Intsgaram : _gobokhomestay

Facebook : https://m.facebook.com/GOBOK-Homestay-Cameron-168955097086946/?ref

Brinchang dalam kabus!Nak merasa pengalaman sebegini? Jom datang Cameron Highlands minggu ni. Harga promosi Isnin-Khamis...
27/03/2022

Brinchang dalam kabus!

Nak merasa pengalaman sebegini? Jom datang Cameron Highlands minggu ni. Harga promosi Isnin-Khamis RM180/mlm. Untuk 3 hari 2mlm RM350! Hujung minggu kita bagi RM280/mlm!

www.wasap.my/60134296070
www.wasap.my/60134296070

“Ya Allah. Amazing!”Ini adalah hari yang Allah hadiahkan. Marilah berdoa banyak-banyak.Salam Jumaat.
04/03/2022

“Ya Allah. Amazing!”

Ini adalah hari yang Allah hadiahkan. Marilah berdoa banyak-banyak.

Salam Jumaat.

CAMERON VALLEY TEA HOUSE 1Map nak ke sana: https://maps.app.goo.gl/dViYfioX3357fkEE9Hari ini admin jadi pelancong bawa f...
03/03/2022

CAMERON VALLEY TEA HOUSE 1

Map nak ke sana: https://maps.app.goo.gl/dViYfioX3357fkEE9

Hari ini admin jadi pelancong bawa family datang bercuti. Sambil tu boleh cerita kat korang macam mana keadaan di Cameron Highlands sekarang kan. Hihi

1. Suhu: Hari ini cuaca mendung je, suhu 20°c dan menjelang pukul 9malam dijangka akan jadi 15°c! Sejuk!

Minggu ni memang hari-hari hujan. Tapi kebanyakan masa hujan gerimis, kadang kala sedikit lebat. Tapi sekejap-sekejap sahaja. Nak jalan still selesa.

2. Trafik: Minggu ni admin perhatikan trafik jalan raya kurang sesak, kurang pelancong. Mungkin sebab sebelah pantai timur sedang banjir.. Jadi pelancong dari sana berkurangan.

Kalau sesiapa yang nak datang bercuti minggu ni memang beruntung. Jalan tak sesak, orang tak ramai. Pastuuuuuuu strawberry pun jadi murah! Harga strawberry ni on demand. Kalau orang ramai mahal jadinya.

4. Tea House 1 : Kalau korang nak datang ladang teh Cameron Valley, admin sarankan pergilah Tea House 1. Sini lagi besttttt berbanding Teh House 2. Antara ladang teh yang paling best di Cameron Highlands!

Parking: Mungkin ramai tak perasan, sebab pintu masuknya kecil je. Parking pun tak besar. Jadi ramai pelancong terlepas pandang.

Tarikan: Sini ada air terjun buatan di bawahnya, dikelilingi oleh Ladang Teh yang menjadikan satu tarikan baru di Cameron Highlands. Boleh mengetea dalam Ladang Teh dengan tenang. Bestttt.

Kalau korang mampu berjalan ke bawah, bagi admin.. Baik korang jalan kaki je bawah baru dapat rasa dekatnya dengan ladang teh tu. Amek angin slow2 turun ke bawah. Tapi kalau bawak warga emas, oku.. Baik naik buggy. Harganya RM15/kepala. Agak pricey tapi berbaloi, tak penat berjalan.

Bagi admin, ladang teh ni lagi mesra pelancong. Rasa lebih dekat dengan ladang teh.. Boleh bergambar puas-puas dengan ladang teh. Lagi lawa permandangannya. Jadi, admin sarankan silalah masukkan dalam list internari korang tau! Pasti korang luas hati. 😁

Port bergambar : Ini perkara yang wajib buat/ fikir masa melancong kan? Dekat Tea House 1 ni banyakkkk port menarik untuk bergambar. Bermula dari kafenya, air terjun, dekat ladang tehnya, dekat cafe bawah... Memang semuanya best. Puas hatilah orang kata. Kena pandai pose je. 😁

Minuman/makanan: Korang kena try teh tariknya. Tak cukup seteko kalau datang 4 orang dewasa. Hihi. Kek di sini tak sebanyak di Teh House 2, bolehla nak try donut with ice cream, carrot kek, wafer with ice cream sebagai sekadar pemanis mulutt.

Warga emas/oku: untuk golongan warga emas dan oku, tempat ni kurang mesra sikit.. Boleh nak pergi, tapi nanti nak ke tandas agak sukar hanya ada kawasan bertangga sahaja. Nak ke cafe ok... Cuma kalau nak jalan-jalan sekitar ladang teh, nak bergambar tu agak kurang mesra. Tapi, boleh je korang try dulu.

Jadi kepada yang berminat nak ke Cameron Highlands dan tengah mencari homestay yang VIRAL dan OHSEM bolehlah hubungi kami segera untuk tempahan.

Sekali datang takkan menyesal 😉

Terus whatsapp untuk booking dan pertanyaan :

www.wasap.my/60145076067 (En. Iqbal)
www.wasap.my /60134296070 (Pn. Zati)

https://gobokhomestaycameron.wordpress.com

Intsgaram : _gobokhomestay

Facebook : https://m.facebook.com/GOBOK-Homestay-Cameron-168955097086946/?ref

By Gobok Homestay Cameron

HAPPY HOLIDAY GUYS!Hujung minggu ni, kami perhatikan trafik jalan raya di mana-mana kawasan di seluruh Cameron Highlands...
26/02/2022

HAPPY HOLIDAY GUYS!

Hujung minggu ni, kami perhatikan trafik jalan raya di mana-mana kawasan di seluruh Cameron Highlands semua padat dengan Kenderaan.

Jadi kesian pun ada tengok pelancong-pelancong terpaksa mengharung jem yang berpanjangan. Ada tu... Tak dapat hotel, tak dapat book homestay, terpaksa tido di dalam kereta; di tepi jalan bersama anak-anak. Ada baby lagi! Anak-anak dah menangis nak balik. Kesian sangat.

Puncanya? Haa..tiada perancangan perjalanan. Sebab tu kami tekankan.. Plan perjalanan anda dalam post yang lepas.

Kami upkan lagi sekali post mengenai tips perjalanan dalam pkpp ni.

TIPS KALAU NAK BERJALAN DI CAMERON HIGHLANDS!

Panduan kepada yang merancang untuk ke CH:

1. Sila isi minyak penuh sebelum naik ke CH.

Sesiapa dari sungai Koyan dan Tapah boleh isi minyak penuh di Petronas dan Shell Ringlet.

Dari simpang Pulai ada Petronas sebelum naik CH. Sebelum masuk ke Cameron Highlands, last pam minyak adalah di Stesen BHP sebelum Kampung Raja.

Antara punca jem adalah bila banyak sgt kereta beratur keluar masuk di pam minyak Brinchang.

2. Pasar Malam Golden Hills akan dibuka sepanjang cuti sekolah ini. Begitu juga Pasar Kea Farm. Jadi rancang perjalanan di mana nak beli sayur-sayuran untuk dijadikan buah tangan sebelum balik. Biasanya area Brinchang ke Pasar Kea Farmlah akan berlaku kesesakan luar biasa. Lepas dari Kea Farm dah tak sesak sangat.

Kalau nak beli sayur-sayuran, di Apartment Cameron Jaya, Tanah Rata sendiri ada jual sayur-sayuran ala Kea Farm, dan kedai cenderahati kalau nak beli keychain dan sebagainya. Dekat Agro Highlands Cafe pun ada jual sayur-sayuran ala Kea Farm, tak perlu hadap jem nak ke Pasar Kea Farm. (beruntungnya menginap di area ni, semua ada).

Selain itu, kalau di Ringlet..terdapat satu deret kedai berhadapan Lake House Resort . Di situ pun banyak pilihan.

Di Brinchang, berhadapan dengan Fragrance Nursery pun ada tempat membeli sayur-sayuran.

Di Tringkap berdekatan Rose Valley pun ada sederet kedai yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dibawa balik.

Pendek kata, anda boleh cari sayur-sayuran di kawasan tersebut untuk elakkan jem di kawasan Pasar Kea Farm.

3. Rancang perjalanan anda. Pastikan tempat yang nak dilawati adalah sehala. Jangan turun naik ke sana ke sini tanpa intinery perjalanan untuk mengelakkan anda dari terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Nanti stress duduk dalam kereta je.

4. Yang paling penting, gerak awal! Jadilah minoriti yang bangun awal, gerak seawal 8.30 pagi. Kebanyakan tempat pelancongan dibuka pada 830 pagi ke atas. Tak rugi gerak awal.. Boleh bersarapan dengan tenang, tanpa pening-pening hadap jem.

Majoriti pelancong, selalu bergerak keluar dari hotel/homestay pukul 12 ke atas iaitu masa check out. Ketika inilah waktu kritikal, semua berpusu-pusu di atas jalan raya..maka jalan akan jem teruk. Beruntunglah sesiapa yang gerak awal. ♥️

5. Bawak bekal makanan dalam kereta contohnya roti dan air minuman. Pergi toilet siap-siap sebelum berjalan. Tapi jangan risau, kalau kecemasan, boleh singgah je mana-mana lokasi pelancongan sekitar untuk ke tandas.

6. Sila jaga jarak 1 meter. Jangan rapat- rapat dengan orang lain. Pastikan bawa hand Sanitizer bersama anda. Perhatikan anak-anak anda, elakkan dari mereka menyentuh mana-mana kawasan awam tanpa kawalan.

Ikut SOP di setiap lokasi pelancongan yang anda lawati. Memang agak renyah, tapi ini bagi memastikan keselamatan sesama kita.

Pastikan anda download QR Code Scanner di Play Store. Bagi memudahkan anda untuk masuk tanpa beratur panjang untuk masuk mana-mana tempat. Dan tidak perlu berkongsi pen. Jika perlu, bawa pen anda sendiri.

7. Pastikan anda parking di kawasan yang betul dan selamat. Jangan perjudikan nasib kereta anda dengan parking di tepi jalan ya dan menghalang laluan ya. Terutamanya di kawasan Taman Sedia dan Pasar Kea Farm. Dah banyak kes, kereta diseret sebab parking sesuka hati. okey..

8. Dan yang menginap di Gobok Homestay Cameron iaitu Apartment Cameron Jaya, tak perlu pergi jauh-jauh cari makan. Sekitar Apartment adalah antara kawasan paling banyakkk kedai makan dalam mana-mana tempat di Cameron Highlands terutamanya Tanah Rata. Ada banyak pilihan kedai makan di sini. Ada steamboat viral, ada nasi kukus, ada masakan thai, ada kedai ikan bakar, ada kedai claypot ikan patin masak tempoyak, aii macam-macam adaaaaa.

9. Nak masak? Ni pilihan yang lebih bijak sebenarnya berbanding makan di kedai. Lebih selamat dan lebih jimat. Carilah homestay yang menyediakan peralatan memasak yang lengkap..mesti seronok main masak-masak di Cameron Highlands p**ak. hehe..dan jangan risau, untuk mencari bahan masak sangat mudah di Cameron Highlands sekarang ni.. terutamanya yang menginap di Apartment Cameron Jaya. Bawah apartment, terdapat banyak kedai runcit.

Sedikit info tambahan :

Ladang teh.
1. Bharat Valley Tea House 1 (ada air terjun buatan, memang cantik, recommended!)
2. Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)
3. Ladang Teh Boh Sungai Palas.
➡⛰( Mossy Forest )
4. Boh Tea Garden
✅ Masuk Percuma
✅ Buka 9.00am- 4.30pm
✅ Nikmati tea, cake dll desert.
5. Ladang Teh Cameron Valley Kuala Terla (ada jeep)

Tempat menarik yang FREE.
🌼 YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu)
(8.30 pagi - 6 ptg)
🌼KHM Strawberry and Jem. Scone terbaik!
(8.30 pagi - 6 ptg)
🌼 Big Red Strawberry Farm
(8 pagi - 6 ptg)
🌼 Ladang Lebah
(8 pagi - 7 mlm)
🌼 Ladang Anggur Bertam Valley
(9 pagi - 5 ptg) bergantung pada musim
🌼 Kea Farm
(8.00 pagi - 6 ptg)

Tempat menarik yang BERBAYAR.
📌 Taman Agroteknologi MARDI (belum dibuka)
Dewasa RM5, Kids RM3
(8.45 pagi - 5 ptg)

📌 Lavender Garden
Dewasa RM10, Kids RM7
(9 pagi - 6 ptg)

📌 Butterfly Garden( belum dibuka)
Dewasa RM7, Kids RM5
(9 pagi - 6 ptg)

📌 Orkid and Rose Garden
Dewasa RM8, Kids RM6
(9 pagi - 6 ptg)

Makanan yang wajib cuba.
🍧 Aiskrim Malaysia Strawberry
🍧 Aiskrim Strawberry
🍧 Scone
🍧 Strawberry coklat
🍧 Nasi Lemak Sambal strawberry
🍧 Sayuran goreng
🍧 Steamboat cheese highlands
🍧 Jagung mutiara rebus
🍧 Ubi rebus

Ole-oleh wajib beli.
🍓 Strawberry
🍓 Jambu epal (merah dan hijau)
🍓 Sayuran segar (10 sayur RM10)
🍓 Buah-buahan Kering
🍓 Coklat buah-buahan
🍓 Kordial buah-buahan

📌
Extra info Suhu di Cameron Highlands.
🌇Pagi - 17*C
🌁Siang - 24-26*C
🌃Malam - 18*C

Jadi kepada yang berminat nak ke Cameron Highlands dan tengah mencari homestay yang VIRAL dan OHSEM bolehlah hubungi kami segera untuk tempahan.

Sekali datang takkan menyesal 😉

Terus whatsapp untuk booking dan pertanyaan :

www.wasap.my/60145076067 (Cikgu Iqbal)
www.wasap.my /60134296070 (Cikgu Zati)

https://gobokhomestaycameron.wordpress.com

Intsgaram : _gobokhomestay

Facebook : https://m.facebook.com/GOBOK-Homestay-Cameron-168955097086946/?ref

By Gobok Homestay Cameron

Sejukkkkkk. Beginilah suhu, cuaca dalam seminggu ini di Tanah Rata. 😱.Kena berstokin, kena berbaju tebal. Kalau tak mema...
12/02/2022

Sejukkkkkk. Beginilah suhu, cuaca dalam seminggu ini di Tanah Rata. 😱.

Kena berstokin, kena berbaju tebal. Kalau tak memang menggigil. Nak merasa pengalaman ni? Jom ke Cameron Highlands!

Esok unit homestay kami masih available lagi. Boleh hubungi kami ya untuk booking!

www.wasap.my/60145076067 (En Iqbal)

www.wasap.my/60134296070 (Pn Zati)

Ada nak datang Cameron Highlands? Tengok ladang teh, mengopi, mengeteh petang ni.. Esok pergi makan scone? Meh menginap ...
05/02/2022

Ada nak datang Cameron Highlands? Tengok ladang teh, mengopi, mengeteh petang ni.. Esok pergi makan scone? Meh menginap di Gobok Homestay Cameron! Homestay kami masih available lagi untuk harini. ❤️

www.wasap.my/60145076067

www.wasap.my/60134296070

Maaf kerana agak menyepi dalam seminggu ni. Cuti panjang baru2 ni admin bawa anak bercuti kerana apabila difikirkan semu...
04/02/2022

Maaf kerana agak menyepi dalam seminggu ni. Cuti panjang baru2 ni admin bawa anak bercuti kerana apabila difikirkan semula, inilah antara peluang yang ada untuk dimanfaatkan bersama mereka sewaktu usia mereka masih kecil lagi.

Kerana apabila dah besar nanti, dia/mereka pasti akan ada haluan masing2. Yang dah berkahwin perlu uruskan keluarga masing2. Yang bekerjaya pasti akan sibuk dengan urusan kerja masing2. Dan apabila kawan dah semakin ramai, mereka pasti akan luangkan lebih banyak masa bersama kawan2 masing2.

Anak2 kecil ni hanyalah sementara. Masa ni lah mereka akan lebih banyak bergantung pada kita, mencari kita. Jadi peluang bermanja dengan mereka, dukung mereka, pimpin tangan mereka, suap mereka makan, peluk dan cium, ini semua pasti akan jadi kenangan sampai ke tua!

Doakan agar hubungan dan kemesraan ini akan terus kuat sesama kita sehingga ke akhir hayat.

Kredit to

Harini Gobok Homestay Cameron masih lagi ada kosong. Kalau nak boleh contact kami ya.

RM300/mlm.

JOM!SAMA-SAMA SUPPORT HENTIKAN PROJEK INI. JOM JAGA HUTAN KITA!
22/01/2022

JOM!
SAMA-SAMA SUPPORT HENTIKAN PROJEK INI. JOM JAGA HUTAN KITA!

HENTIKAN PROJEK KERJASAMA MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS DAN LBS BINA GROUP BERHAD

SUHU SEJUK? Perasan tak suhu sedikit sejuk berbanding kebiasaan pada malam dan pagi sejak kebelakangan ini ?Tak kira di ...
15/01/2022

SUHU SEJUK?

Perasan tak suhu sedikit sejuk berbanding kebiasaan pada malam dan pagi sejak kebelakangan ini ?Tak kira di Cameron Highlands atau di mana-mana tempat di Malaysia.

Suhu sejuk di kebanyakan kawasan ketika ini dipengaruhi oleh luruan udara sejuk dari pedalaman Asia yang bergerak ke arah rantau negara kita .

Lazimnya , bulan Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minimum yang agak rendah berbanding bulan-bulan lain. Keadaan ini adalah normal semasa musim monsun timur laut yang masih lagi berlangsung ketika ini sehingga ke Mac hadapan.

Jadi, nak merasa sejuk membeku ala2 obersea jomlah datang Cameron Highlands 😍

Jadi kepada yang berminat nak ke Cameron Highlands dan tengah mencari homestay yang VIRAL dan OHSEM bolehlah hubungi kami segera untuk tempahan.

Sekali datang takkan menyesal 😉

Terus whatsapp untuk booking dan pertanyaan :

www.wasap.my/60145076067 (Cikgu Iqbal)
www.wasap.my /60134296070 (Cikgu Zati)

https://gobokhomestaycameron.wordpress.com

Instagram : _gobokhomestay

Facebook : https://m.facebook.com/GOBOK-Homestay-Cameron-168955097086946/?ref

By Gobok Homestay Cameron

14°c!Inilah suhu sekarang ni. Sejukkkkkkk.Lama admin tak update page GOBOK Homestay Cameron  ni. Tiba-tiba rasa nak upda...
14/01/2022

14°c!
Inilah suhu sekarang ni. Sejukkkkkkk.

Lama admin tak update page GOBOK Homestay Cameron ni. Tiba-tiba rasa nak update p**a.

Rindu ramainya pelancong-pelancong memeriahkan
Cameron Highlands.

Sekarang pintu sempadan dah masih dibuka. Jalan pun tak jem, dah mula sekolah kan.

Jemputlah datang Cameron Highlands. Boleh tolong support local bisnes di sini ya. Banyak dah hotel dan homestay, kedai cenderahati , kedai makan ditutup. Kesian pekerja-pekerjanya, termasuk owner bisnes sendiri. Dugaan berpunca dari Covid ni memang bagi efek teruk pada semua orang. Moga cepat2 lah covid ni nyah dari muka bumi ni. Aamiinn..

Ingat Cameron Highlands, Ingat Gobok Homestay Cameron. 😍

ADA APA YE DENGAN GOBOK HOMESTAY CAMERON NI?1. Gobok Homestay Cameron terletak di Apartment Cameron Jaya, Tanah Rata. Lo...
15/12/2021

ADA APA YE DENGAN GOBOK HOMESTAY CAMERON NI?

1. Gobok Homestay Cameron terletak di Apartment Cameron Jaya, Tanah Rata. Lokasinya hanya 2km dari Pekan Tanah Rata. Nak berjalan pun boleh. Jalan kaki slow-slow 10-15 minit dah sampai.

2. Jadi apa yang best lagi? Lokasi Apartment ni terletak di tengah-tengah destinasi best yang ada di Cameron Highlands ni. Semuanya hampir aja. Nak ke Pasar Malam Golden Hills hanya 2-3km sahaja. Nak jalan pun boleh tapi jalannya sunyi tak sesuai untuk gegadis. Nak ke Mardi 3 minit sampai, begitu juga kalau nak ke Kg Sedia nak pergi makan scone viral, nak makan nasi lemak strawberry tu. Dekat ja. Nak ke Brinchang hanya dalam 10 minit perjalanan biasa. Ladang Teh terdekat iaitu Cameron Valley hanya 10 minit perjalanan sahaja. Best kan? Dekat dengan pekan, jadi mudah. Nak beli apa-apa barang mudah, nak ambil duit tak pening kepala.

3. Yang syoknya tempat ni, segala kemudahan bawak homestay aja! Memang tak boleh lawan mana-mana apartment di kawasan Cameron Highlands setakat ini. Ibarat one stop centre di sini.

4. Malas nak bersesak dalam jem nak ke pasar malam Golden Hills? Jalan kaki je sekitar homestay ni. Dari homestay boleh tengok dari balkoni nak kedai mana. Pilih ke kedai nak makan jenis apa? Steamboat, western, ala Thai, nasi kukus, ayam penyet, ikan bakar, patin tempoyak. Steamboat Highlands Cheese and Grill yang viral tu pun hanya di bawah Homestay kami je. Turun tangga je tadaaa.. Dah sampai.

3. Nak beli barang basah, nak beli barang keperluan diri, kedai runcit kan ada. Kalau support bolehlah pergi beli di Raudhah mart, Maju Hidayah Cameron dan Ikan Segar Pantai Remis. Banyak kedai runcit kat sini. Nak dobi baju
Ada 3 buah kedai dobi kat sini tau. Yang support boleh try Abang Dol Laundry dan Dobi Ohana.

Jadi kepada yang berminat nak ke Cameron Highlands dan tengah mencari homestay yang VIRAL dan OHSEM bolehlah hubungi kami segera untuk tempahan.

By Gobok Homestay Cameron

Ada yang rindu pasar malam Golden Hills? Aaa jom pergi.. Sepanjang cuti sekolah ni, hari-hari buka tau! Sekarang ni takl...
14/12/2021

Ada yang rindu pasar malam Golden Hills? Aaa jom pergi.. Sepanjang cuti sekolah ni, hari-hari buka tau! Sekarang ni taklah perlu beratur panjang2 sangat, orang tak ramai 🤭

Eh, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dah nak buka ke tuu?

Address

Perumahan Cameron Jaya, Jalan Tengkolok Tanah Rata, Cameron Highlands
Tanah Rata
39000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GOBOK Homestay Cameron posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to GOBOK Homestay Cameron:

Videos

Share

Nearby travel agencies