NOUR IFTI Homestay

NOUR IFTI Homestay Perkhidmatan Sewa Rumah Penginapan Teres 2 Tingkat Landed Secara Harian - 4 Bilik Tidur & 4 Bilik Air

15/04/2024

Tempahan Penginapan di NOUR IFTI Homestay kini dibuka untuk kemasukan bulan Ogos, September & Oktober 2024. Sila whatsapp 019-452 7947

26/02/2024
23/02/2024
Sila scan QR kod ini untuk pertanyaan lanjut atau ingin membuat tempahan penginapan di Nour Ifti Homestay.
20/02/2024

Sila scan QR kod ini untuk pertanyaan lanjut atau ingin membuat tempahan penginapan di Nour Ifti Homestay.

20/02/2024

SELAMAT DATANG KE NOUR IFTI HOMESTAY - RUMAH TERES 2 TINGKAT (TAMAN AIR TAWAR INDAH, TELUK AIR TAWAR, BUTTERWORTH, PULAU PINANG) - 4 BILIK TIDUR & 4 BILIK AIR

*** Perkhidmatan Sewa Rumah Penginapan jenis Teres 2 Tingkat di Kawasan Perumahan Landed dikelililngi Kejiranan MELAYU ISLAM yang sangat selesa, bersih dan kemas."

PERHATIAN:
--------------------
- Jumlah maksimum tetamu yang dibenarkan adalah seramai 12 orang sahaja (termasuk bayi dan kanak-kanak)

- Jumlah kenderaan dibenarkan antara 1 ke 4 buah kereta sahaja (2 buah kereta boleh parking berbumbung di dalam kawasan pagar rumah @ car porch & 2 buah kereta lagi boleh parking di luar pagar rumah)

- Kejujuran daripada pihak tetamu amat diharapkan.

- Sebarang pelanggaran syarat kami akan potong daripada duit deposit.

ALAMAT NOUR IFTI HOMESTAY
==========================

No. 11, Lorong Teluk Air Tawar Indah 5/1, Taman Air Tawar Indah, 13050 Teluk Air Tawar, Butterworth. Pulau Pinang.

(NOUR IFTI Homestay terletak berhadapan Kedai Makan Afiq Bawal Panas dan menghadap Jalan Besar Teluk Air Tawar)

Lokasi (Map): https://goo.gl/maps/XwAbW7heyeSe9vLw9

HARGA PENGINAPAN
==================

1. HARI BIASA
------------------------
*🚗Weekdays (Sunday - Thursday)*
RM250/night
*🚗 Weekend (Friday & Saturday)*
RM280/night

2. HARI CUTI SEKOLAH & CUTI UMUM (PH)
-----------------------------------------------------------------------
*🚗Weekdays (Sunday - Thursday)*
RM270/night
*🚗 Weekend (Friday & Saturday)*
RM300/night

KELENGKAPAN RUMAH HOMESTAY
==============================
- Rumah teres 2 tingkat landed yang sangat selesa serta berpagar automatik.
- Bilik 1 Masterbedroom (Katil King + aircond + kipas + water heater) - tingkat atas
- Bilik 2 (Katil Queen + aircond + kipas) - tingkat atas
- Bilik 3 (Katil Single + Pull Out Bed + kipas) - tingkat atas
- Bilik 4 (Katil Queen + kipas) - tingkat bawah
- Ruang tamu (aircond + kipas)
- Ruang Makan (1 Meja + 6 kerusi)
- Ruang Basuh & Jemuran Pakaian Yang Luas
- Ada Balkoni Yang Luas di Bilik Utama
- Ada 4 bilik air - setiap bilik tidur ada bilik air masing2
- TV LED 42' dengan pakej astro njoi

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
===========================

•Bantal
•Selimut
•Peti ais
•Mesin basuh Automatik
•Water Heater (Bilik master bedroom sahaja)
•Penapis air Midea (Panas + Sejuk)
•Periuk nasi
•Microwave
•Kettle (Cerek Elektrik)
•Toaster (Pembakar Roti)
•Peralatan Memasak seperti periuk dan kuali
•Set pinggan mangkuk, gelas dan cawan
•Kabinet Dapur (Hood & Hob)
•Seterika
•Sejadah
•Sabun mandi dan sabun basuh baju
•Tuala mandi disediakan

DESTINASI BERDEKATAN
=====================

- Kolej Komuniti (0.2km)
- Masjid Daerah SPU - Teluk Air Tawar (1.5km)
- Eco Park Pantai Robina (2.3km)
- Pengkalan TUDM Butterworth (3.3km)
- Kampung Agong, Penaga (5.7km)
- Lotus's Bagan Ajam (6.2km)
- Kolej Matrikulasi Pongsu Seribu Pulau Pinang (8.4km)
- Bertam Resort & Water Park (9.8km)
- Vision Park (10.5km)
- Exit PLUS Toll Bertam (11.8km)
- Jetty / KTMB / Penang Sentral Butterworth (12km)
- Pasar Bisik Kuala Muda (12.7km)
- Mydin Hypermarket Kepala Batas (12.9km)
- Pantai Bersih R & R Bagan Ajam (13.1km)
- Kolej Kejururawatan Kepala Batas (13.4km)
- Setia Fontaines Bertam (13.6km)
- Pantai Merdeka (22.0km)

KEMUDAHAN DI SEKITAR
=====================
✔️Best Roti Canai (Jalan Kaki Pun Boleh)
✔️Nasi Melayu Lauk Campur (Simpang keluar Jalan Besar)
✔️Nasi Al-Masyur (Nasi Kandar Ayam Berempah)
✔️Nasi Kandar Giling
✔️Kedai Mamu Roti Canai Terbang
✔️Mee Udang Din Skot (Ikan Bakar/Satay/Western)
✔️Warung Makcik Cantik
✔️Aidys Cafe
✔️Kafe Batu Keras (Chicken Chop/Pasta)
✔️Char Koew Teow Teluk Air Tawar
✔️Afiq Bawal Panas
✔️Caltex Teluk Air Tawar
✔️Family Mart
✔️Pasaraya Zen Vista
✔️Kedai 2 Ringgit Eco-Shop
✔️Kedai Perkakasan Rumah IKA
✔️Kedai Mini Market S.M.A Amin
✔️Kedai Serba Neka Kira Patut
✔️MR DIY

CHECK-IN DAN CHECK-OUT
=======================

* Check-In: 3.00 pm (petang)
* Check-Out: 12.00 pm (tengahari)

PERHATIAN: Untuk proses kemasukan / CHECK-IN ke Nour Ifti Homestay pada tarikh yang telah ditempah, tetamu yang membuat tempahan Homestay hendaklah hadir semasa hari CHECK-IN dan WAJIB untuk menunjukan kad pengenalan (IC). Pihak Homestay tidak akan memberikan kunci Homestay kepada wakil.

BOOKING/TEMPAHAN
===================

- Sebelum mengisi borang online tempahan penginapan di NOUR IFTI Homestay, sila whatsapp nombor 019-452 7947 untuk menyemak tarikh yang anda ingin membuat tempahan sama ada masih terdapat kekosongan atau tidak. Sekiranya ada kekosongan pada tarikh yang dikehendaki, anda bolehlah mengisi borang tempahan online melalui link berikut: https://bit.ly/nour_ifti_homestay_tati

- Bayaran hanya diterima melalui kaedah ONLINE BANK TRANSFER sahaja.

- Pastikan anda membuat pembayaran duit deposit sebanyak RM100.00 dahulu ke dalam akaun CIMB bernombor 7619000799 sebelum mengisi borang, kerana anda perlu memuatnaik bukti resit pembayaran duit deposit tempahan homestay.

- Membuat bayaran deposit sebanyak RM100.00 adalah penting bagi mengesahkan tempahan anda.
Slip PENGESAHAN TEMPAHAN akan dihantar melalui whatsapp/emel setelah bayaran deposit DISAHKAN TERIMA dalam akaun CIMB kami.

- Kami juga akan mengeluarkan RESIT SEMENTARA bagi pembayaran duit deposit yang telah dibuat kepada anda melalui whatsapp/emel.

- Sila maklumkan kepada kami selepas bayaran dibuat dengan menghantar juga salinan bukti resit pembayaran secara online bank transfer melalui whatsapp nombor 019-452 7947

- Kami mengamalkan konsep "FIRST PAY, FIRST SERVE". Setelah bayaran deposit dibuat, barulah tempahan anda untuk tarikh tersebut dikategorikan sebagai "CONFIRM".

- Bayaran penuh MESTILAH dibuat dalam tempoh 24 jam @ 1 hari sebelum tarikh CHECK-IN pada hari yang di booking oleh penyewa menerusi akaun bank CIMB bernombor 7619000799.

- RESIT BAYARAN ASAL (ORIGINAL COPY) hanya akan diberi setelah bayaran penuh dibuat.

- CONTOH: Jika menyewa untuk tempoh 1 malam pada hari biasa (weekdays), tetamu perlu membayar kadar penuh sewaan sebanyak RM250.00 dalam tempoh 24 jam sebelum CHECK-IN. Kadar 1 malam ini BUKAN baki deposit daripada RM100.00 yang telah dibayar semasa membuat tempahan dulu.

CONTOH RINGKASAN BAYARAN (1 MALAM) :
---------------------------------------------------------------------------
✅ RM100.00 - Duit Deposit (bayar semasa tempahan)
✅RM250.00 @ RM280.00 - Kadar Sewaan 1 malam hari biasa @ hujung minggu tidak termasuk cuti sekolah atau cuti umum kerana kadar adalah berbeza. Sila rujuk kadar harga penginapan seperti di atas. Mestilah di bayar dalam tempoh 24 jam @ 1 hari sebelum hari Check-In.
✅RM350.00 @ RM380.00 - Jumlah Keseluruhan perlu dibayar sebelum hari Check-In

❗❗ RM100.00 duit deposit akan dipulangkan dalam tempoh 24 jam selepas penyewa check-out. (Tertakluk terma & syarat-syarat homestay)

- Sekiranya pembatalan dibuat, sila beritahu kami dengan kadar segera.

- Wang Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya tempahan dibatalkan oleh pihak anda atas sebarang sebab.

- Deposit sebanyak RM100.00 akan dipulangkan dalam tempoh 24 jam selepas CHECK-OUT setelah dipastikan homestay ditinggalkan dalam keadaan baik, bersih, kemas dan tiada sebarang kerosakan mahupun kehilangan harta benda milik NOUR IFTI Homestay.

- Sekiranya berlaku penyalahgunaan dan kerosakan melebihi jumlah duit deposit (contoh: TV pecah hingga tidak dapat dibaiki, bilik air tersumbat, tidak menutup suis lampu/kipas/aircond) harga penuh perkakas milik NOUR IFTI Homestay yang rosak atau kadar penyelenggaraan penuh akan dicajkan ke atas tetamu.

- Pihak pengurusan NOUR IFTI Homestay berhak dan boleh mengubah Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa tanpa makluman awal.

*KAMI JUGA TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG MAJLIS ATAU EVENT UNTUK DIADAKAN DI DALAM HOMESTAY KAMI*

*Terima kasih & Selamat Bercuti bersama keluarga Tersayang!

Jika ada pertanyaan boleh direct wasap kami...

wa.me/+60194527947

19/02/2024

SYARAT-SYARAT PENGINAPAN DI NOUR IFTI HOMESTAY @ TAMAN AIR TAWAR INDAH, TELUK AIR TAWAR BUTTERWORTH, PULAU PINANG

1. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan MAHRAM atau kumpulan rakan yang SAMA JANTINA - Muslim dan Beragama Islam sahaja.👪👭👬

2. Makanan dan minuman HALAL sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.TERMASUK DADAH SERTA APA APA YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG.✋✋✋

3. Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan. DILARANG MEROKOK DALAM RUMAH/TERUTAMA BILIK TIDUR HOMESTAY.🚭🚭🚭

4. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan.✅✅

5. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalu lintas dan menghalang rumah jiran.🚗🚗🚗

6. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan.Jangan menganggu ketenteraman jiran sekeliling dengan membuat bising pada lewat malam(terutamanya waktu Jam 12.00 malam ke atas ).🔊🔊🔊🔊

7. Jangan tinggalkan barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu, gril dan pagar homestay dikunci apabila apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Pihak homestay TIDAK AKAN BERTANGJAWAB atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di homestay.💲💵📱💻

8. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan tisu) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat. SILA JAGA KEBERSIHAN BERSAMA.💒💒💒💒

9. DILARANG memakai KASUT di dalam rumah homestay. ❌❌⛔⛔

10. DILARANG membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam homestay.❌❌⛔⛔

11. Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku. Wang deposit anda mungkin ditolak sebagai gantirugi kerosakan yang berlaku akibat kecuaian anda.📣📣

12. Anggaplah homestay ini umpama rumah anda sendiri. Harap anda kemas homestay seperti ketika anda masuk (Check In) dan apabila anda keluar (Check Out).🏡🏡🏡

13. Diharap anda tidak mengubah kedudukan asal sebarang perabot dalam homestay.🚦🚦🚦

14. *Masa masuk (check in) 🕒: 3.00 petang
*Masa keluar (check out) 🕛 : 12.00 tengah hari

🚨🚨🚨Sila patuhi masa Check Out yang betul iaitu selewat-lewatnya 12.00 PM. Sila call/whatsapps pemilik homestay satu jam sebelum Check Out. Anda boleh minta Check Out lewat dengan kadar caj tambahan RM20/jam dengan syarat tiada customer pada hari berkenaan. 😇😇😇

15. Deposit tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan tempahan. Begitu juga jika anda mengurangkan tempoh penginapan seperti yang dijanjikan sebelumnya. (Kami terpaksa mengambil langkah ini bagi mengelakkan kerugian).💵💵

16. Jika terdapat pembatalan, sila maklumkan segera kepada pihak homestay.☎️☎️

17. Sampah sarap mestilah dibersihkan dan dimasukkan ke dalam plastik yang telah disediakan. Letakkan ke dalam tong sampah utama di luar pagar rumah untuk dibuang oleh pengurusan homestay.❗❗❗

18. Bilangan tetamu/penghuni yang dibenarkan untuk menginap adalah maksimum 12 orang termasuk kanak-kanak & bayi kerana kami HANYA menyediakan 4 buah bilik tidur sahaja. 🏡

**Tertakluk pada terma dan syarat

Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini. Pihak kami tidak menerima rombongan tetamu yang terlalu ramai contohnya rombongan sebuah bas atau rombongan melebihi 4 biji kereta kerana kami tidak mahu timbul sebarang masalah contohnya masalah keselesaan dan masalah parking.😇😇

19. Jangan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam Homestay untuk apa tujuan sekali pun, walaupun mereka mengatakan mereka dihantar oleh pihak homestay untuk membaikpulih atau mengambil barangan homestay kerana pihak homestay TIDAK akan menghantar staff, mekanik atau sesiapa sekalipun setelah penyewa check-in kecuali pengurus kami. Jika anda membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam homestay, sebarang kehilangan barangan homestay adalah dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Pihak homestay akan mengenakan bayaran kepada anda sebagai penyewa. Jika terdapat sebarang kemuskilan anda dikehendaki segera menelefon pengurus homestay.

20. Jangan AMBIL BARANG HAK MILIK HOMESTAY DAN MEMBUAT KOTOR PADA DINDING RUMAH HOMESTAY. SEKIRANYA BERLAKU KEJADIAN SEPERTI ITU ANDA AKAN DIKENAKAN BAYARAN GANTI RUGI MANDATORI ATAU LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT JIKA BERLAKU KECURIAN.😇😇

NOTIS: 📣📣📣❗❗❗:

PIHAK PENGURUSAN NOUR IFTI HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DI ATAS KECUAIAN DAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI SEMASA MENGINAP DI SINI.

😁😁😁SEMOGA ANDA MEMBERI KERJASAMA KETIKA ANDA BERADA DI HOMESTAY KAMI😁😁😁

Untuk tempahan NOUR IFTI Homestay, sila hubungi melalui Whatsap/Telefon: Encik Rizal 019-4527947.

Address

11, Lorong Teluk Air Tawar Indah 5/1, Taman Air Tawar Indah
Telok Ayer Tawar
13050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NOUR IFTI Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NOUR IFTI Homestay:

Share