Pulau Bangau Teluk Intan

Pulau Bangau Teluk Intan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pulau Bangau Teluk Intan, Pulau Bangau, Teluk Intan.

Permata tersembunyi Teluk IntanSEBUT saja Teluk Intan, Perak pasti kita akan terus mengingati menara condong dan udang g...
03/10/2020

Permata tersembunyi Teluk Intan
SEBUT saja Teluk Intan, Perak pasti kita akan terus mengingati menara condong dan udang galah yang sememangnya cukup sinonim dengan bandar yang dahulunya dikenali dengan nama Teluk Anson itu.
Bandar yang terletak kira-kira 62 kilometer dari Ipoh itu turut menyimpan sebahagian sejarah Perak kerana pernah menjadi pelabuhan sibuk dengan aktiviti perdagangan suatu ketika dahulu.
Malah, suasana pekan lama dengan deretan kedai berusia lebih 60 tahun yang masih wujud juga pasti akan mengembalikan memori silam kepada pengunjung.
Di sebalik semua itu, Teluk Intan kini menawarkan tarikan baharu eko pelancongan yang belum diterokai sepenuhnya iaitu sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Bangau.
Lebih unik, kewujudan pulau seluas kira-kira enam hektar yang disedari 16 tahun lalu itu terbentuk daripada beting pasir dan menjadi tempat persinggahan burung bangau dan burung hijrah di Sungai Perak.
Mana tidaknya, penulis yang kurang gemar aktiviti membabitkan air terus terpukau apabila disajikan panorama indah burung berterbangan yang disusuli dengan kicauan unggas itu ketika matahari terbenam.
Malah, lebih mengujakan penulis berpeluang melihat dengan lebih dekat anak burung bangau yang baharu menetas dalam sarang yang dibuat pada pokok berembang.
Penulis dimaklumkan pulau berkenaan digelar sebagai Pulau Bangau berikutan populasi burung bangau yang banyak di situ dengan terdapat 10 spesies selain beberapa jenis burung lain.
Antara spesis burung bangau yang ada seperti bangau besar, bangau batu, bangau bakau, bangau Cina, bangau kendi, bangau kerbau, bangau paya, Little Egret, ‎Cattle Egret dan ‎Egret Meageret selain burung lain seperti helang, raja udang dan enggang.
Burung bangau dan pelbagai spesies burung lain akan mula pulang selepas mencari makan pada lewat petang bermula jam 6.30 petang, namun pergerakan pulang mereka ke pulau itu turut mengikut keadaan cuaca.
Ribuan burung yang pulang secara berkumpulan dengan bentuk seperti huruf V sememangnya memberikan pemandangan indah, lebih-lebih lagi berlatar belakangkan suasana matahari terbenam.
Kesempatan penulis menyusuri Sungai Perak dan meneroka Pulau Bangau, baru-baru ini meninggalkan memori indah yang sukar dilupakan.
Untuk ke pulau berkenaan pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan tujuh operator bot pelancongan yang turut menawarkan beberapa pakej lain termasuk melihat kelip-kelip dengan harga berpatutan.
Pulau Bangau juga antara lokasi yang menawarkan Travel Baucer kepada pelancong bernilai RM30 sempena inisiatif kerajaan Perak melalui Tourism Perak untuk membantu memulihkan sektor pelancongan domestik.
Nyatanya, keistimewaan dan keindahan Pulau Bangau mampu menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa untuk meneroka pengalaman dengan cara tersendiri.
Pemilik River Cruise Teluk Intan, Sahril Mustafa,32, berkata, untuk ke Pulau Bangau pengunjung perlu menaiki bot dari Jeti Penambang Pokok Asam yang mengambil masa hanya 10 hingga 15 minit perjalanan sahaja.
Menurutnya, pulau berkenaan menjadi tarikan dan destinasi persinggahan burung sehingga ada yang membuat sarang sekali gus dapat mempelbagaikan produk pelancongan di Teluk Intan.
"Burung bangau dan pelbagai burung lain akan mencari makan di sawah padi di sekitar Hilir Perak seperti Sungai Manik sehingga ke Sungai Besar, Selangor sebelum pulang ke pulau itu.
"Sebelum ini, burung bangau tidak banyak sangat, namun sejak beberapa tahun lalu populasinya semakin bertambah dan awal tahun ini ada pertambahan dua spesies iaitu Little Cormorant dan Lesser Adjutant (bangau).
"Burung bangau tempatan akan bertelur dua kali setahun iaitu pada Mei hingga Julai dan November hingga Februari. Ketika ini lebih menarik kerana musim pembiakan sesi pertama," katanya.
Katanya, lebih menarik lagi apabila pengunjung juga berpeluang menyusuri Sungai Perak dengan pakej yang ditawarkan bermula pada harga RM15 hingga RM60 mengikut usia.
"Waktu pagi juga adalah waktu yang menarik kerana banyak aktiviti nelayan di persisir sungai bermula, tetapi untuk melihat burung masa yang lebih sesuai pada waktu petang tetapi perlu bergantung dengan pasang surut air.
"Pada waktu air pasang besar adalah masa yang terbaik untuk meneroka kawasan kerana boleh melihat pelbagai aktiviti burung bangau dengan lebih dekat, namun jika cuaca tidak baik aktiviti tidak akan dijalankan," katanya.
Setiausaha Persatuan Pelancongan Teluk Intan, Iskandar Zulqarnain Zaheruddin berkata, Pulau Bangau menjadi produk pelancongan yang mempunyai potensi tinggi menarik kunjungan pelancong di Teluk Intan.
Katanya, selain burung bangau dan kelip-kelip, antara tarikan lain yang boleh dilawati adalah antikuiti kepala kereta api, kilang kayu balak, Jabatan Laut Syah Bandar, tokong dan surau lama, ternakan sangkar ikan, kapal sedut pasir sungai dan serombong kapal tenggelam selain beberapa tarikan lain.
"Pihak berkaitan juga dalam usaha membangunkan Pulau Bangau membabitkan infrastruktur pelancongan seperti jeti serta kawasan parkir selain penjagaan kawasan dan perlindungan pulau berkenaan," katanya.
Sementara itu, pelancong dari Sungai Buloh, Selangor, Sohaila Ishak, 31, berkata kunjungan pertamanya ke pulau berkenaan memberikan pengalaman menarik yang sukar diperoleh di tempat lain.
Menurutnya, sebelum ini dia tidak pernah mengetahui kewujudan pulau itu dan mengakui perjalanan jauh dilalui sangat berbaloi terutama dapat melihat anak burung bangau dalam sarangnya.
"Saya sangat teruja melihat sekumpulan burung berterbangan dengan berlatar belakangkan pemandangan yang indah. Paling mengujakan apabila berpeluang melihat dengan lebih dekat 'baby' bangau yang baharu menetas.
"Sebelum ini, lokasi wajib yang dikunjungi apabila datang ke Teluk Intan pastinya Menara Condong dan kini dengan adanya Pulau Bangau ia akan menambahkan produk pelancongan negeri ini," katanya. - bharian
Kredit gambar: NSTP/Sharul Hafiz Zam
|
|
|

Terima kasih Utusan Online atas artikel ini. .Setelah 80 tahun beroperasi, kini Utusan sudah ditutup.
10/10/2019

Terima kasih Utusan Online atas artikel ini. .
Setelah 80 tahun beroperasi, kini Utusan sudah ditutup.

TELUK INTAN 9 Dis. - Selain dikenali sebagai lubuk untuk kaki pancing, muara Sungai Perak dekat sini memiliki tarikan ekopelancongan yang belum diterokai sepenuhnya iaitu Pulau Bangau yang menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung.

16/04/2019

Siapa sangka suatu masa dahulu, tempat ini dijadikan tempat longgokan sampah. 😢
Kini diangkat menjadi sebagai salah satu tempat wajib dilawati jika anda ke Teluk Intan, Pulau Bangau Teluk Intan 😱
Untuk mendapatkan perkhidmatan jelajah Sungai Perak, boleh hubungi,
River Cruise Teluk Intan & Jelajah Persisir Sungai Teluk Intan Perak
Kredit video: Muhammad Sahril
|
|
|

Teluk Intan: Sebuah program jelajah pelancongan telah dilancarkan produk eko pelancongan yang penuh dengan pelbagai loka...
11/04/2019

Teluk Intan: Sebuah program jelajah pelancongan telah dilancarkan produk eko pelancongan yang penuh dengan pelbagai lokasi pelancongan menarik di Teluk Intan seperti kelip-kelip di Sungai Perak, Bird Watching di Pulau Bangau Teluk Intan, Heritage and Food trail di bandar Teluk Intan.
Semoga pembangunan projek West Coast Expressway (WCE) dan pelancaran ini dapat menjanakan ekonomi setempat bagi warga Perak.
Yb Tan Kar Hing
EXCO Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak
|
|
|

Pulau Bangau Teluk Intan: Suatu lawatan jelajah ke persisir Sungai Perak di Bandar Teluk Intan melalui beberapa stesen t...
25/03/2019

Pulau Bangau Teluk Intan: Suatu lawatan jelajah ke persisir Sungai Perak di Bandar Teluk Intan melalui beberapa stesen termasuk Pulau Bangau telah diadakan pada 19 Mac 2019. Turut hadir sama Yang Dipertua MPTI Tn. Azizan Hj Abd Muin, Setiausaha MPTI En. Ismail Bin Ibrahim, ketua-ketua jabatan, dan wakil-wakil ketua jabatan MPTI.

Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti destinasi pelancongan baru yang bakal dikomersial dan dipromosikan bersama-sama agensi-agensi kerajaan yang lain kepada pelancong tempatan dan luar negara.

Untuk makluman, Pulau Bangau ini merupakan destinasi pelancongan baru yang boleh dilawati dengan menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan oleh operator tempatan dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Selain daripada Menara Condong Teluk Intan, Pulau Bangau akan menjadi daya tarikan terbaru dalam sektor industri Eko Pelancongan yang menarik dengan menawarkan pengalaman menyaksikan lebih dari sepuluh jenis spesis burung hijrah dan yang menetap di pulau tersebut. Pulau tersebut yang mempunyai keluasan 6 hektar ini yang baru wujud 15 tahun lalu kerana proses hakisan sungai dan timbunan pasir menjadi tempat tumpuan kepada persinggahan burung-burung bangau dan burung hijrah di Sungai Perak.

" SYURGA BURUNG TELUK INTAN "TELUK Intan yang terletak di tebing Sungai Perak, satu ketika dahulu pernah jadi tempat ber...
22/03/2019

" SYURGA BURUNG TELUK INTAN "
TELUK Intan yang terletak di tebing Sungai Perak, satu ketika dahulu pernah jadi tempat berlindung manusia penghijrah selepas Melaka dijajah Portugis pada 1511. Tempat itu sekarang sekali lagi jadi syurga penghijrah- tetapi kali ini untuk burung.
Hakisan tanah di hulu dan mendapan tanah menjadikan Sungai Perak semakin cetek dan beberapa pulau kecil terbentuk berhampiran Teluk Intan. Pulau ini sekarang menyediakan perlindungan dan rumah kepada burung penghijrah dari seluruh dunia.
Di salah sebuah pulau, yang masih tidak bernama, ribuan burung berlindung. Pulau tersebut letaknya hanya 3km dari Menara Condong Teluk Intan dan keajaiban alam semulajdi yang dikendongnya masih tidak diketahui banyak pihak, termasuklah penduduk tempatan.
Malaysia terletak dalam laluan penerbangan Asia Timur- Australasian yang menyediakan tapak rehat strategik dan mustahak untuk burung penghijrah yang bergerak antara musim dingin di Asia Tenggara dan Australia dengan tapak pembiakan mereka di China, Jepun, Korea, Mongolia dan Siberia.
Bagaimanapun, burung penghijrah yang menjadikan pulau Teluk Intan syurga kini boleh dilihat sepanjang tahun. Setiap hari, ketika matahari terbenam, hampir 30,000 hingga 40,000 ekor burung kembali ke sarang masing-masing.
Kami melawat pulau tersebut baru-baru ini untuk menikmati sendiri keajaiban pemandangan tersebut menggunakan khidmat bot diuruskan Ah Loon, tauke Teluk Intan River Cruise.
Pengalaman menakjubkan diselangi cerita Ah Loon tentang masa kanak-kanaknya yang dihabiskan mengemudi sungai tersebut, juga imbauan nostalgia tentang tingginya air sungai dahulu sehingga membolehkan Teluk Intan jadi pelabuhan penting pada kurun ke-19 untuk pemindahan sumber asli bijih timah dan pertanian ke merata tempat. – 16 Januari, 2019. - The Malaysian Insight
Kredit gambar David ST Loh

" PELIHARA, WARTAKAN PULAU BANGAU "TELUK INTAN: Persatuan Pelancongan Teluk Intan memohon kerajaan negeri mewartakan pul...
22/03/2019

" PELIHARA, WARTAKAN PULAU BANGAU "
TELUK INTAN: Persatuan Pelancongan Teluk Intan memohon kerajaan negeri mewartakan pulau seluas kira-kira enam hektar yang digelar Pulau Bangau di sini, bagi memelihara ekosistem kawasan berkenaan sebagai tarikan terbaru di daerah Hilir Perak.
Presidennya, Fong Seow Kai Chuan, berkata pihaknya turut memohon kerajaan negeri membina sebuah jeti khusus yang lebih selamat bagi tujuan pelancongan untuk ke pulau berkenaan.
Beliau berkata, pulau yang baru wujud sejak 15 tahun lalu kerana proses hakisan sungai dan timbunan pasir itu menjadi tempat persinggahan burung bangau dan burung hijrah di Sungai Perak.
“Justeru, kami memohon perhatian pihak berwajib untuk membina sebuah jeti khusus bagi pelancongan berikutan yang sedia ada kurang selamat.
“Selain itu wartakan juga pulau unik itu kerana mahu menjaga ekosistem berikutan ada kacau ganggu yang mengancam populasi burung bangau di pulau berkenaan.
“Kita bimbang burung ini akan lari kerana ada segelintir individu yang bertindak seperti melastik, menembak, membaling mercun serta memotong dahan pokok yang menjadi tempat hinggap dan sarang burung itu sejak tiga bulan lalu,” katanya ketika membawa pemberita meninjau dan melawat pulau berkenaan di sini.
Beliau berkata, pulau itu berpotensi untuk dipelbagaikan dari segi produk pelancongan dan menjadi tarikan baharu bagi pelancong untuk datang ke sini terutama golongan peminat burung dan alam semulajadi.
Katanya, pihaknya sudah bertemu dengan pihak kerajaan negeri yang dijangka akan membuat lawatan ke pulau berkenaan pada April ini.
Sementara itu, Setiausaha persatuan berkenaan, Iskandar Zulqarnain Zaheruddin berkata, pulau itu digelar Pulau Bangau kerana populasi burung bangau yang banyak di situ dengan terdapat 10 spesies seperti bangau besar, bangau batu, bangau bakau, bangau cina, bangau kendi, bangau kerbau, bangau paya serta beberapa jenis burung lain seperti helang, enggang, ‘Little Egret’, dan ‘‎Cattle Egret’, termasuk ada yang membuat sarang di situ.
“Sebelum ini burung bangau di sini tidaklah banyak sangat, namun sejak tiga tahun lalu populasinya dilihat semakin banyak dan boleh dikatakan pada tahun lalu setiap bulan ada pertambahan bilangannya.
“Sebab itu kita berusaha untuk mewartakan pulau ini supaya ia terus dapat dipelihara daripada kacau ganggu dan berharap tarikan unik ini dapat dipertahankan serta menjadi tanggungjawab bersama,” katanya. - BH Online
Kredit gambar WILLIAMTKLEE
/
/

Address

Pulau Bangau
Teluk Intan
36000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pulau Bangau Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share