Double-E Homestay Tenom

Double-E Homestay Tenom Home stay

Jom rancang percutian hujung tahun anda di Double-E Homestay🛤️🙋🏻‍♂️
05/12/2023

Jom rancang percutian hujung tahun anda di Double-E Homestay🛤️🙋🏻‍♂️

This weekend🚗
07/11/2023

This weekend🚗

Salam Aidilfitri🎇Terima kasih sudi singgah dan menginap di Double-E Homestay Tenom 🏡
26/04/2023

Salam Aidilfitri🎇

Terima kasih sudi singgah dan menginap di Double-E Homestay Tenom 🏡

Paringkunangan(Terima Kasih)🤝Sudi singgah dan menginap di Double-E Homestay Tenom 🏡
28/03/2023

Paringkunangan(Terima Kasih)🤝

Sudi singgah dan menginap di Double-E Homestay Tenom 🏡

Terima kasih penginap datang jauh dari Tanah Malaya..datang ke Tenom atas urusan rasmi kerja.
19/03/2023

Terima kasih penginap datang jauh dari Tanah Malaya..datang ke Tenom atas urusan rasmi kerja.

Jangan risau..semua keperluan memasak juga disediakan di homestay kami ya😇Terima kasih untuk puan yang datang bersama ke...
07/03/2023

Jangan risau..semua keperluan memasak juga disediakan di homestay kami ya😇

Terima kasih untuk puan yang datang bersama keluarga dari beaufort dan sudi stay selama 2 malam di homestay kami ya🙏🏻

3-4/3/2023

Terima kasih rombongan dari Ranau sudi singgah dan bermalam di Double-E Homestay..1-2/3/2023🤝
06/03/2023

Terima kasih rombongan dari Ranau sudi singgah dan bermalam di Double-E Homestay..1-2/3/2023🤝

Come to Tenom gaisss..
03/03/2023

Come to Tenom gaisss..

*PESTA KALIMARAN 2023* Mari kita sama-sama meriahkan Pesta Kalimaran 2023 dengan menyertai pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik yang disediakan bermula pada *9 - 12 Mac 2023* ini bertempat di *Pusat Kebudayaan Murut Sabah Tenom*. 🌹Pertandingan Ralaa Kalimaran ✨Pertandingan Butitin Kalimaran 👬🏻Pertandingan Peragaan Tradisi 🪵Pertandingan Lansaran 🎵Pertandingan Paluan Gong 🎯Pertandingan Menyumpit 🛖Pertandingan Pondok Tradisi 👣Perarakan Budaya 🫥Upacara Tolak Bala 🎉Majlis Perasmian Pesta Kalimaran 🎗️Pameran Kraftangan dan Jualan 🎤Konsert Kalimaran 🎫Cabutan Tiket Bertuah “KALIMARAN PANSILULUMAN AM ATAAW” “KALIMARAN MEMBAWA PERPADUAN DAN KEDAMAIAN” "KALIMARAN FOR UNITY AND PEACE”

Welcome to Tenom gaisss….🚗
25/02/2023

Welcome to Tenom gaisss….🚗

Helloooo🔈🔈🔈🔈Bah,kamurang yang bercadang untuk berkunjung atau singgah ke Tenom..jangan segan2 untuk hello2 atau cari kam...
11/02/2023

Helloooo🔈🔈🔈🔈

Bah,kamurang yang bercadang untuk berkunjung atau singgah ke Tenom..jangan segan2 untuk hello2 atau cari kami di;

🏡Double-E Homestay🏡

http://www.wasap.my/60135693607

http://www.wasap.my/60128609071

http://www.wasap.my/60146561346

Rombongan kamu ramai?😨inginkan ruang yang lebih luas?🤔jangan risau sebab ruang homestay kami sesuai untuk:

🚌ROMBONGAN BAS SEKOLAH✅
🛵KONVOI GROUP✅
✈HONEYMOON✅
💏PERCUTIAN KELUARGA✅
🎊ROMBONGAN KAHWIN✅
👨🏻‍💻URUSAN KERJA✅
➕DAN SEBAGAINYA

🌺SEMUA NYA DI SINI🌺

06/02/2023

Daerah Tenom, Bahagian Pedalaman, Negeri Sabah.

▪️Daerah Tenom atau Tenom District adalah salah satu daerah yang terletak di Pedalaman Atas Negeri Sabah. Pekan Tenom adalah Pusat pentadbirannya.

▪️BENTUK MUKA BUMI
Topografi dan Bentuk muka bumi Daerah Tenom adalah terletak di kawasan tanah tinggi dan berbukit bukau yang juga termasuk dalam kawasan Banjaran Crocker dengan separuh daripadanya adalah kawasan berlembah dengan sedikit kawasan tanah rendah yang subur. Puncak tertinggi di daerah Tenom adalah Gunung Malutut (1,287 m), Sungai terpanjangnya adalah Sungai Padas dan sama seperti daerah lain di kawasan Pedalaman Atas Tenom tidak mempunyai Persisir Laut dan Pulau.

▪️KELUASAN
Keluasan bagi Daerah Tenom adalah seluas 2,409 km², iaitu daerah ke-10 terbesar di Negeri Sabah. Daerah Tenom bersempadan dengan Daerah Sipitang dan Daerah Beaufort di Barat, Daerah Papar di Utara dan Daerah Keningau dan Daerah Nabawan di sebelah Timurnya, manakala Kabupaten Nunukan, Provinsi Kalimantan Utara, Indonesia terletak di Selatannya.

▪️MUKIM DAN KAWASAN DUN
Daerah Tenom terbahagi kepada beberapa buah Mukim seperti :

1. 🟡Mukim Entabuan
2. 🟡Mukim Kemabong
3. 🟡Mukim Melalap
4. 🟡Mukim Pekan
5. 🟡Mukim Rundum
6. 🟡Mukim Sapong
7. 🟡Mukim Tomani

1. 🔰Daerah Kecil Kemabong (1997)

Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Daerah Mengundi (DM) di Daerah Tenom :

•🛑Parlimen Keningau
-1. 🟩DUN Liawan
*🔵DM Meninipir (sebahagian)
*🔵DM Sinagang (sebahagian)

•🛑Parlimen Tenom
-1. 🟩DUN Kemabong
*🔵DM Baru Jumpa
*🔵DM Chinta Mata
*🔵DM Enubai
*🔵DM Kapulu
*🔵DM Katuboh
*🔵DM Kemabong
*🔵DM Mansasoh
*🔵DM P**l
*🔵DM Rundum
*🔵DM Sapong
*🔵DM Tomani
*🔵DM Ulu Tomani

-2. 🟩DUN Melalap
*🔵DM Kalang
*🔵DM Lagud
*🔵DM Mandalom
*🔵DM Melalap
*🔵DM Paguokon
*🔵DM Pamilaan
*🔵DM Pangi
*🔵DM Saga
*🔵DM Tenom Selatan
*🔵DM Tenom Utara

▪️PENDUDUK
Jumlah penduduk Daerah Tenom dianggarkan seramai 68,800 orang pada Bancian 2019, majoriti penduduknya mendiami kawasan Pekan Tenom, Pekan Kemabong, Tomani dan kawasan-kawasan sekitarnya.

▪️SUKU KAUM
Suku kaum utama yang mendiami Daerah Tenom adalah seperti Etnik Murut (sub-suku Tagol dan Timogun), selain itu terdapat juga kaum lain seperti, Kadazandusun, Cina, Lundayeh, Melayu (Brunei, Jawa dan Banjar) serta suku-suku lain termasuklah Bukan Warganegara.

▪️BAHASA
Bahasa pengantar utama di Daerah Tenom adalah Bahasa Melayu dari loghat Pantai Barat dengan pengaruh dari dialek Murut, serta bahasa-bahasa sukuan tempatan seperti Murut dan Lundayeh masih dituturi oleh majoriti penduduk daerah ini.

▪️AGAMA
Tenom merupakan salah sebuah daerah yang majoriti penduduknya beragama Kristian di Sabah, namun begitu terdapat agama lain seperti Islam dan juga Buddha serta agama-agama lain yang turut diamalkan oleh sebahagian penduduk Tenom.

▪️EKONOMI
Sumber utama ekonomi bagi Daerah Tenom adalah bergantung kepada sektor Perniagaan, Pertanian, Perladangan, Perhutanan, Penternakan dan juga lain-lain. Daerah Tenom tidak mempunyai Pelabuhan dan juga Lapangan Terbangnya sendiri.

▪️TEMPAT MENARIK DAN PELANCONGAN
Tempat-tempat menarik yang terdapat di Daerah Tenom adalah seperti :

🔸Taman Pertanian Sabah, Pusat Kebudayaan Murut, Yong Farmstay, Muzium Antanom Tenom, Kopi@Yit Foh Tenom, Fatt Choi Coffee Cabin, Tenom Coffee Valley, Padas View Recreation Centre, Padas Farmstay, Pammos View, Taman Rekreasi Sokid Oloson, Rundum Highlands, Keretapi Tenom, Air Terjun Muaya, Air Terjun Kallang, Tenom Valley, Bukit Rukud, Batu Berukir Di Kampung Ulu Tomani, Tugu Pahlawan Ontoros Antanom dan banyak lagi.

🛡️ IDENTITI
*👥•Demonim - Tenomese / Tenomian
*👁️‍🗨️•Etimologi - Antanom (nama seorang Pahlawan)
*🗣️•Gelaran -
*📌•Ditubuhkan - 1961
*📉•Status - Majlis Daerah

🌐 MASKOT
°🐯•Haiwan -
°🌳•Pokok -
°🌺•Bunga -
°🍋•Buah - Buah Kopi

💬Cadangan Saya untuk masa hadapan agar pihak berkuasa mengwujudkan Daerah Kemabong dan Daerah Kecil Tomani.



30/01/2023

Address

Tenom
89908

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Double-E Homestay Tenom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Double-E Homestay Tenom:

Share