New Zealand - South Island Winter Tour
Ikhlas Tours Self Drive
Kembara North Island
Discover Hidden Gems
Panoramic view of Nugget Point Lighthouse, Clutha - South Island
Masih terbayang lambaian LUPINS di Tekapo
Video : Group Kembara Kasih tour New Zealand bulan lepas.
CAMPERING
Di New Zealand tak banyak public holiday seperti di Malaysia.
Cuma bila summer, ramai yang on holiday mode, ambil cuti panjang biasanya sekitar 3 - 4 minggu bermula mid Dec dan mula kerja balik mid Jan.
Kami join 'holiday' - Campering , convert seat Alphard kepada bedding view laut dan pantai.
Duck Tours di Rotorua Awesome!
#kembaranewzealand #ikhlastours #northisland #rotoruaducktours
Batu-batu UNIK New Zealand
JUTAAN tahun dulu volcano meledak dan terbentuk landscape mukabumi UNIK di New Zealand
Pelbagai formasi BATU yang kini antara tempat lawatan dan lokasi beberapa filem Hollywood.
PANCAKE Rock, terletak di PUNAIKAIKI, sebelah West Coast South Island – Batu kelihatan berlapis -lapis dengan blow holes yang memercik air laut bila di masuki ombak.
MOERAKI BOULDER –Batu besar bulat ‘ spherical seolah berada di planet asing. Terletak di Pekan Moeraki sebelah timur South Island.
CLAY CLIFF : Batu seperti PINNACLES tinggi – di katakan terbentuk hasil dari ancient glacier : Background filem Mulan
CASTLE HILLS : Bongkah batu yang bersaiz gergasi hampir setinggi 15 tingkat bangunan. Kelihatan pelawat amat kecil berbanding bongkah batu. Antara lokasi filem Narnia.
The Hole In The Rock : Teletak di Bay of Island – utara North Island. Bot melalui bukaan batu yang seperti pintu gerbang.
Salam Jumaat
Kami paling awal terbit matahari, kami mula Subuh & Jumaat lebih awal.
Seawal 9:00 pagi di Malaysia, kami dah tengahari di sini dan sedia untuk solat Jumaat.
Kali ni kami solat di Masjid Umar, salah satu masjid di Auckland. Masjid ini asalnya sebuah church dan di ubah kepada Masjid.
Masjid Umar ni agak besar, boleh muat sekitar 1000 orang di bahagian atas dan bawah.
Di Auckland, muslim komuniti agak besar, ada lebih kurang 50 tempat untuk solat Jumaat.
Lama Di Tutup..kini dibuka semula.
Muriwai Gannet Colony - Auckland
Cathedral Cove - Coromandel
Blue Spring - Putaruru
Jangan lepas peluang visit tempat awesome ni bila tour North Island
MUST DO in Auckland : Visit Gannet Colony🦤🦤
Hari ni kami ke MURIWAI BEACH, di sebelah barat Auckland, 50 minit dari bandar Auckland.
Tujuan kami ke Muriwai kali ni untuk visit Gannet Colony, sejenis burung liar yang hidupnya berhijrah.
Burung Gannet berhijrah dari Australia ke Muriwai - Auckland untuk bertelur dan besarkan anak sebelum mereka pandai terbang sendiri.
Burung ini bertelur musim Spring (sekitar Sep – Oct). Anak burung lahir sekitar November.
Anak burung ini akan bersama ibu sehingga Feb – Mar.
Sebelum musim bertukar sejuk, sekitar Mar – Apr, anak dah mula boleh terbang jauh. Mereka terbang sejauh 2000km ke sebelah barat Australia.
Bila dewasa burung ini akan kembali semula ke Muriwai untuk bertelur dan besarkan anak.
Di Muriwai, sekitar Dec – Jan kita dapat lihat ribuan burung gannet seolah seperti berada di lapangan terbang yang sibuk.
Burung berterbangan, berkicau dan ada yang baru pulang bawa rezeki pada anak-anak.
#mustdoauckland
#ikhlastours
MOTORHOME : Q & A
“Salam. Saya nak bertanya tentang rate sewa motorhome. Saya nak survey dulu baru untuk planning”🤔
Harga bergantung pada beberapa faktor, antaranya season. 🌹🌻🍁🍁❄️⛄
SUMMER : Dec – Mar :
High Peak - Harga Tinggi : Banyak holiday Christmas, New Year, Chinese New Year , Cuti Sekolah. Demand tinggi dari dari Eorupe, US dan China.
Shoulder Season - Harga Sedarhana
Apr – May (Autum) dan Oct – Nov (Spring)
Low Season - Harga Rendah
Jun, Jul, Aug (Winter)
Sekira boleh buat pilihan bila nak kembara MOTORHOME New Zealand, kami suggest Shoulder Season : Ketika musim luruh atau awal musim bunga.
Scene CANTIK dan harga yang OKAY
Same Place Different Season
Autumn 🍁 🍂 Winter ❄️ Spring 🌼🌱 Summer ⛱️🌞