Karlisa Travel Pakej Perlancongan Di Thailand Dengan Harga Mampu Milik.

Tahun Melawat Kedah 2025Jom pakat pakat sapot
11/01/2025

Tahun Melawat Kedah 2025
Jom pakat pakat sapot

Aku Dan Exco Pelancongan Kedah
Aku tiada kepentingan peribadi walaupun sahabat aku seorang YB dan Exco Pelancongan Negeri Kedah. Dari sudut hati kecilku, aku cuma mahu Negeri Kedah negeri tercinta maju. Itu saja.

Hangpa tau dak, aku mula bersahabat dengannya sejak aku mula mengkritik urus tadbir pelancongan negeri Kedah. Namun aku kagum dengan sikap keterbukaannya menerima kritikkan dan pelan-pelan cuba memperbaiki kelemahan.

Hangpa ingat semudah ABC bagi seorang YB melaksanakan sedang beliau baru 2 tahun memegang jawatan Exco Perlancongan. Sokongan daripada team-team yang berkaitan, seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah maupun Majlis Daerah serta Rakyat Negeri Kedah.

Aku andaikan dia sekadar sebatang lidi. Untuk membersihkan sampah sarap, dia kena satukan lidi-lidi untuk dijadikan penyapu. Namun jika lidi-lidi yang dok ada, sekadar mai pukul 8 dan balik pukul 5, cukup bulan mengadap mesin ATM, maka negeri Kedah dok tara tu saja.

Oleh itu, semua pihak kena ada Jiwa Perlancongan jika ingin mengangkat Kedah Negeri Perlancongan bukan sekadar berbangga dengan Langkawi yang kini kian suram.

Langkawi !
Ketika Langkawi mengejar kejuaraan, prestasi Langkawi sangat terbaik. Maka Langkawi berjaya merangkul kejuaraan. Namun untuk mengekalkan kejuaraan, pihak berkuasa dan masyarakat setempat perlu bekerja kuat dan bekerjasama. Jika nak harap sebatang lidi sahaja, maka Langkawi menjadi pulau cemuhan masyarakat internet.

Walaupun ada kalangan warga net, tak besa sampai pun Langkawi, namun pengaruh Media Sosial, berjaya mempengaruhi segala jiwa. Hakikatnya jika Langkawi makanan terlalu mahal, bagaimana nasib 94,140 warga Langkawi nak hidup. Bukan semua depa kaya raya ?

Kekadang logik dan guna akai sama sebelum menghentam. Maknakata masih ada lagi tempat makan yang murah, cuma kita datang melawat lagak macam orang putih pakai spender tidoq di tepi pantai.
Malu bertanya sesat jalan.

Dah seminggu aku review Tahun Melawat Kedah 2025. Bukan dapat sekupang pun tapi aku buat kerana aku sayangkan Negeriku Kedah Darulaman.
Warga Kedah, jika hangpa sayangkan negeri Kedah, tolong share like dan komen posting ini.

Aku mencabar warga Kedah, jom sama sama kita mempromosikan TAHUN MELAWAT KEDAH 2025.

Takat Sembang Kari Gajah Terbang, apa pun tak jadi.
Jom pakat review dan hashtag dan pakat pakat menjaga kebersihan Negeri Kedah Negeri Tercinta.
Sekian.

Pondok Sarapan Tikam BatuExercise And Eat
10/01/2025

Pondok Sarapan Tikam Batu
Exercise And Eat

31/12/2024

Review Honda GT 125 Thailand

29/12/2024

Ride Dan Sedekah Pak Bara Satun Thailand

25/12/2024

Thamalai Resort Pak Bara Satun Thailand

21/12/2024

Koh Lipe One Day Trip. Semalam Cikgu Joe membawa 40 pelancong kesana menikmati keindahan antara pulau tercantik didunia.

20/12/2024

Wang Saithong Waterfall atau Airterjun Wang Saithong Satun Thailand. Antara Airterjun Tercantik di Thailand. Ujud berjuta tahun yang lalu. Saksikan diakhir video, sejarah Wang Saithong

19/12/2024

Tharn Pliew Waterfall, Thung Wa, Satun, Thailand. Antara airterjun yang tercantik di Satun

15/12/2024
12/12/2024

Pak Bara
Istana Seribu Batu

04/12/2024

Khao Soi Adalah Sejenis Mee Dan Amat Popular di Utara Thailand

Jarang aku posting gambar sampai 10 keping.Hari ini aku memberi penghormatan kepada seorang sahabat. Nama fb di Zainal B...
04/12/2024

Jarang aku posting gambar sampai 10 keping.
Hari ini aku memberi penghormatan kepada seorang sahabat. Nama fb di Zainal Baharuddin. Bekas HR Director Nissan Asia Tenggara. Berusia lingkungan 60-an. Memulakan pengembara sejak 2014, selama 3 1/2 tahun dengan motosikal. Kendian menggunakan 4 x 4, selama 3 tahun dari sebelum covid-19.

Petang tadi aku menghantarnya pulang ke Malaysia menerusi Border Wang Kelian. Selama lebih 2 minggu dia tinggal di rumah aku di Ban Talosai.

Pihak Berkuasa Sempadan memberi kerjasama paling terbaik sebentar tadi. Terima Kasih Alhamdulillah.

Memang aku bercita-cita nak mengembara.
Aku masih ada tenaga
Aku ada masa
Tapi aku tak ada modai……..Bukan Rezeki aku.
Redha dan sentiasa memberi sokongan kepada kawan kawan yang lain.

03/12/2024

Makan Phat Thai Dan Sotong Bakar Di Pesta Pak Bara. Sedap Yaamat, Murah Nak Mampuih

28/11/2024

Destinasi Wajib Melawat Ke Thailand Adalah Koh Lipe

26/11/2024

Kehidupan Nelayan Di Pak Bara Thailand. Aktiviti seharian mereka. Bagi kita orang darat amat jarang melihat aktiviti sebegini.

25/11/2024

Jom Ke Pak Bara Bersama

24/11/2024

Fenomena Monsun Timur Laut Dan Ramalan Cuaca Minggu Ini. Melawat Pak Bara, Hubungi Cikgu Joe Satun

ที่อยู่

678/4, 4052, Pak Bara
Langu
91110

เวลาทำการ

จันทร์ 09:00 - 17:00
อังคาร 09:00 - 17:00
พุธ 09:00 - 17:00
พฤหัสบดี 09:00 - 17:00
ศุกร์ 09:00 - 17:00
เสาร์ 09:00 - 17:00
อาทิตย์ 09:00 - 17:00

เบอร์โทรศัพท์

+66973513984

เว็บไซต์

แจ้งเตือน

รับทราบข่าวสารและโปรโมชั่นของ Karlisa Travelผ่านทางอีเมล์ของคุณ เราจะเก็บข้อมูลของคุณเป็นความลับ คุณสามารถกดยกเลิกการติดตามได้ตลอดเวลา

ติดต่อ ธุรกิจของเรา

ส่งข้อความของคุณถึง Karlisa Travel:

วิดีโอทั้งหมด

แชร์