Terokai TURKI

Terokai TURKI Bersama kami Terokai Turki •
Regular Route- Eastern Turkey- Aegean & Mediterranean-Black Sea- Customized Tour • Airport Transfer 24/7
(8)

Türkiye Tour Packages Sept 2024- Dec 2025.Private Tour Small Pax. Best Choice ✔️
17/07/2024

Türkiye Tour Packages Sept 2024- Dec 2025.
Private Tour Small Pax. Best Choice ✔️

Trip Al Andalus, Jabal Tariq & Maghribi 13D 12N - 4 seats Available - Confirm Departure - 13-25 Mei (Qatar Airways) - In...
17/01/2024

Trip Al Andalus, Jabal Tariq & Maghribi 13D 12N - 4 seats Available - Confirm Departure - 13-25 Mei (Qatar Airways) - Info lanjut & jadual penuh hubungi 00905365860986

Group Tour Ottoman Trails Cuti sekolah Februari 2024. All-In Fullboard only MYR5600 - Flight Etihad Long Transit Abu Dha...
03/10/2023

Group Tour Ottoman Trails Cuti sekolah Februari 2024. All-In Fullboard only MYR5600 - Flight Etihad Long Transit Abu Dhabi - Bersama Tour Leader Ustaz Manis

Date- 12-19 Februari 2024.

Pakej Rare lain dari yang lain. Selami budaya masyarakat Kurdish di kawasan selatan Caucasus di bumi Türkiye.- Kota Arme...
31/08/2023

Pakej Rare lain dari yang lain. Selami budaya masyarakat Kurdish di kawasan selatan Caucasus di bumi Türkiye.

- Kota Armeni Kars
- Old Quaters Kars & Russian Architecture
- Ardhil Rum (Erzurum)
- Döğübeyazit - Bahtera Nabi Nuh a.s
- Mount Ararat Scenic View - Gunung Tertinggi di Türkiye
- Ishak Paşa Palace & Ahmedi Hani Tomb
- Kubu Urartu Van
- Tasik Van - Tasik Air Masin terbesar di Türkiye
- Pulau Akdamar & Gereja Armenian Apostolik

Pertanyaan- Jadual Penuh program - tempahan Tour Packages
Small Pax - Private Tour - Customized Tour
https://wa.me/905365860986
https://wa.me/905365860986
https://wa.me/905365860986

Confirm Departure Trip Cappadocia & Black Sea TürkiyeDurasi- 10 Hari/ 9 MalamArrival Istanbul 28 Sept 2023Departure Ista...
18/08/2023

Confirm Departure
Trip Cappadocia & Black Sea Türkiye
Durasi- 10 Hari/ 9 Malam

Arrival Istanbul 28 Sept 2023
Departure Istanbul 7 Oktober 2023

Sertai kami pengembaraan ke Central Anatolia Cappadocia Eksplorasi melihat kesan Lava Gunung Berapi di destinasi paling masyhur di negara Turki. Antara lokasi yang dijejaki Sungai Avanos, Ürgüp, Ortahisar, Imagine Valley, Red Valley & Göreme Panoramic.
Perjalanan dari Cappadocia akan menuju Black Sea Region dengan jalan darat ke negeri pertama iaitu Amasya.

Peserta akan bermalam di bandar Amasya dan Explorasi bandar diberi jolokan Şehzade Sehri ketika era Turki Uthmaniah kerana menjadi lokasi putera mahkota mempelajari ilmu pentadbiran dan kepimpinan.

Di Amasya peserta di bawa melawat Pontic Tomb era Greek, Muzium Perubatan Sabuncuöğlu, Amasya Castle, rumah lama Amasya di pesisir Sungai Yeşilimak dan Masjid Sultan Beyazid.
Dari Amasya perjalanan diteruskan ke jalan pesisir Laut Hitam bermula dari Samsun, Ordu hingga Giresun.

Aktiviti menarik di Giresun negeri pengeluar Hazelnut yang jarang dianjurkan oleh pakej travel yang lain ialah menjejaki Küşköy iaitu perkampung di dataran tinggi dalam wilayah Giresun dimana penduduknya masih menggunakan Bahasa Burung dengan bunyi siulan yang setiap satunya memberi maksud perkataan yang hanya difahami oleh penduduk di situ.

Di bandar Trabzon antara aktiviti lawatan yang telah disusun ialah mengunjungi Masjid Hagia Sofia Trabzon, Bazaar Trabzon dan pemandangan Laut Hitam dari Böztepe.

Berada di Trabzon, program seterusnya ke Sumela Monastery di daerah Maçka merupakan gereja Greek Ortodoks berusia 1400 tahun. Peserta juga berpeluang merasai Şutlaç sejenis manisan yang masyhur di perkampungan Hamsiköy. Dari situ perjalanan diteruskan ke negeri Gümüshane ke daerah Cebeli Köyu melawat Gua Karaca yang sangat unik.

Hari seterusnya selepas 2 malam di Trabzon, bergerak menuju ke Üzüngöl sebuah tasik di kawasan banjaran tinggi diberi jolokan Swiss di Türkiye kerana kecantikkan alam semulajadinya mirip suasana di Swiss.

Dari Üzüngöl negeri seterusnya bakal dijejaki ialah Rize. Negeri kelahiran President Türkiye Reccep Tayyib Erdoğan. Rize negeri pengeluar Teh utama di Türkiye. Peserta berpeluang melihat hijau indah negeri Rize dari Gunung Kibledağ yang turut di bina sebuah masjid di puncak gunung tinggi. Sepanjang perjalanan pemandangan ladang teh menghijau di kiri kanan jalan mendaki ke gunung.

Di pusat bandar, lawatan ke Rize Castle dan Menara Cawan Teh yang menjadi mercu tanda bandar Rize.

Trip ke Rize tidak cukup sempurna sekiranya tidak menjejaki Ayder Yayla. Pemandangan indah memukau di Ayder Yayla dan peserta akan turut dibawa ke puncak Pokut Yayla sekiranya cuaca mengizinkan. Taşköpru di Çamlıhemşin antara tarikan unik di dalam perjalanan ke Ayder. Peserta turut di bawa mengunjungi kubu lama Zilkale ketika dalam perjalanan ke Pokut.

Tamat program di Black Sea peserta akan mengambil pesawat Domestik ke Istanbul dan keesokkan hari diberi satu hari program Free & Easy untuk lawatan di Istanbul.

Untuk Trip Super & Super menarik ini, Ground Price hanya USD1700! - Tawaran menarik ini hanya untuk 4 seat berbaki sahaja.

Bayaran termasuk di dalam pakej-
- All Airport Transfer di Istanbul, Nevşehir & Rize
- Penerbangan Domestik Istanbul ke Nevşehir dan Rize ke Istanbul
- Private Van Tour - Mercedez Sprinter
- Hotel Penginapan 9 malam
- Sarapan pagi
- Makan Tengahari
- Tiket Masuk Lokasi lawatan seperti jadual
- Tour Leader

Tunggu apa lagi, segera hubungi kami di link berikut sementara seat masih ada.
https://wa.me/905365860986 - Hazimin

Cuti sekolah Disember & Cuti Sekolah akhir sesi Februari & March jatuh musim sejuk di Türkiye. Untuk yang dah ada tiket ...
01/08/2023

Cuti sekolah Disember & Cuti Sekolah akhir sesi Februari & March jatuh musim sejuk di Türkiye. Untuk yang dah ada tiket dan masih mencari-cari ground handler untuk private tour di Istanbul dengan pakej yang sesuai, kami sedia aturkan perjalanan program dengan pakej sedia ada atau anda ingin rancang jadual perjalanan sendiri ia bisa di atur.

Pilih pakej private tour masa perjalanan yang lebih fleksibel, tidak terkejar-kejar dengan karenah ahli group yang ramai, makanan pelbagai pilihan berbeza di setiap negeri berbeza, mesra kanak-kanak, masa lama boleh bermain salji yang menjadi idaman untuk yang belum pernah merasai salji, van yang selesa serta pemandu berpengalaman, Tour Leader yang fasih berbahasa Türkiye memudahkan perjalanan tour dan tawar menawar di tempat shopping dan pastinya pengalaman kami di Türkiye memberikan kelainan dalam percutian anda.

Harga private tour tidakla sama dengan harga naik group bas. Serupa makan di tepi jalan, mana nak sama dengan makan di tengah jalan? Boleh sembang panjang tentang pakej yang kami tawarkan.

https://wa.link/itmygt
https://wa.link/itmygt
https://wa.link/itmygt

Open Trip Jejak Anbiya' TürkiyeAll In Fullboard Only USD2075Kembara Menyelusuri Tenggara Türkiye bermula dari Gaziantep ...
14/07/2023

Open Trip Jejak Anbiya' Türkiye
All In Fullboard Only USD2075

Kembara Menyelusuri Tenggara Türkiye bermula dari Gaziantep dan berakhir di Diyarbakir. Group 25 pax sahaja untuk 3 tarikh team kami aturkan.

Antara lokasi terdapat sejarah Rasul di Türkiye yang bakal dijejaki antaranya Gua Nabi Ibrahim a.s, Makam Nabi Ayub a.s, Makam Nabi Nuh a.s, Makam Nabi Ilyasa' a.s dan Makam Nabi Zulkifli a.s.

Selain itu peserta turut di bawa menjelajah ke lokasi bersejarah unik seperti Muzium Mosaic, Rumah Ibadat Tertua di Dunia (Göbeklitepe), melihat Sungai Furat dan Sungai Dajlah, Makam sahabat Rasulullah S.A.W di Diyarbakir, Kota Lama Artuqids, Hasankeyf dan puluhan lagi destinasi menarik bakal dikunjungi.

3 pilihan tarikh. Satu tarikh ketika Musim Luruh 6-15 Nov 2023 dan Dua tarikh ketika Cuti Sekolah di Malaysia 17-26 Dec 2023 dan 12-21 Feb 2024. Sekiranya anda mempunyai group sendiri minima 10 pax, tarikh tour bebas dipilih pada bila-bila masa sahaja.

Maklumat lanjut dan pendaftaran trip boleh scan QR tertera.

Kembara ke Timur Laut Hitam Türkiye akan lebih menarik jika perjalanan melalui jalan darat dan kembali ke Istanbul denga...
08/06/2023

Kembara ke Timur Laut Hitam Türkiye akan lebih menarik jika perjalanan melalui jalan darat dan kembali ke Istanbul dengan penerbangan domestik. Kebanyakkan pakej yang ditawarkan hanya ke Trabzon dan Rize dengan penerbangan dua hala. Tour p**a hanya melawat lokasi utama di Trabzon dan Rize, tambahan kena menghadap masa ke kedai-kedai jualan yang boleh di elakkan pergi.

Team Terokai Türkiye menyediakan kelainan pakej ke Black Sea Türkiye, anda tidak perlu menghabiskan masa ke kedai pisau kayangan atau ke kedai teh kayangan.

Jadual Black Sea- Road Trip kami berbeza dari trip yang lain.

Apa kelebihan Road Trip Istanbul ke Trabzon berbanding penerbangan domestik dua hala Istanbul ke Trabzon?

Perjalanan jalan darat ke Trabzon menjadi lebih menarik:
- Explorasi bandar Safranbolu, bandar lama Turki Uthmaniah daerah pengeluar utama bunga Safran di Türkiye.
- Bandar Şehzade Amasya yang unik
- Kuşköy perkampungan bahasa burung yang diiktiraf oleh Unesco World Heritage. Penduduk di perkampungan ini menggunakan bunyi siulan burung yang mempunyai makna tertentu sesama mereka dari jarak jauh, Küşköy berada di kawasan Yayla (banjaran) lereng bukit dan kawasan tinggi.
- Perjalanan di pesisir Laut Hitam dari Samsun ke Ordu seterusnya ke Giresun dan Trabzon.

Pengalaman ini hanya boleh dikecapi dengan mengambil program Road Trip ke Black Sea dari Istanbul menuju Trabzon. Ini kelebihan pakej yang kami sediakan. Selesai Tour di Rize, perjalanan p**ang ke Istanbul dengan pesawat domestik dari Rize-Artvin Airport, lapangan terbang terbaharu di Türkiye.

Untuk mereka yang tidak gemar Road Trip yang panjang, kami juga menyediakan pilihan pakej dengan penerbangan dua hala Istanbul ke Black Sea.

Pakej Black Sea yang disediakan:
1. 8D 7N Black Sea
2. 10D 9N Cappadocia + Black Sea
3. 15D 14N Big Tour Eastern & Black Sea
4. 10D 9N Eastern & Black Sea

Pakej adalah terbuka dengan pilihan tarikh sendiri oleh peserta dengan Minima 10 pax.

Untuk Open Trip Small Pax Tour tarikh yang Available + Confirm Departure seperti berikut:

2023
1. 10D 9N Cappadocia & Black Sea (Arrival Istanbul 28 Sept- 07 Okt)

2. 8D 7N Black Sea Road Trip (Arrival Istanbul 5 Sept-12 Sept / Arrival Istanbul 15 Okt-22 Okt)

2024
1. 15D 14N Big Tour Eastern & Black Sea (Arrival Istanbul 11 Mei- 25 Mei)

Maklumat lanjut boleh hubungi:

https://wa.me/905365860986

Jom plan percutian ke Türkiye bersama team Terokai Turki
24/05/2023

Jom plan percutian ke Türkiye bersama team Terokai Turki

Selamat berangkat p**ang penerbangan EK118 (26 Feb) Group Private Tour Puan Norhanim bersama anak menantu & cucu serta s...
26/02/2023

Selamat berangkat p**ang penerbangan EK118 (26 Feb) Group Private Tour Puan Norhanim bersama anak menantu & cucu serta sahabat karib.

Sepanjang 12 hari, tetamu Terokai Turki di bawa melawat bandar-bandar di laluan Classic Route (Bursa-Izmir-Pamukkale-Konya- Cappadocia & Ankara). Turut dijejaki seawal hari kedua di Türkiye program lawatan ke Makam Ertuğrul Ghazi di daerah Söğut. Peserta turut mengenakan pakaian Tribe Kayi untuk kenang-kenangan.

Penghujung musim sejuk peserta masih berpeluang bermain salji di Gunung Uludağ. Trip ke Izmir dan Pamukkale melawat kesan tinggalan Kota Rum di Ephesus dan Hierapolis.

Di bandar Konya melawat Makam Jalaluddin Ar-Rumi, Masjid tertua di Konya dikenali dengan nama Masjid Iplikci berusia 821 tahun. Dalam perjalanan ke Central Anatolia, singgah di Sultanhani melawat Caransaray terbesar era Bani Saljuk.

Peserta berpeluang menaiki Belon Udara Panas dan menyewa ATV sebagai aktiviti tambahan di Cappadocia.

Dua malam di Cappadocia, perjalanan p**ang ke Istanbul dan singgah di ibu negara Ankara melawat Anitkabir dan Ankara Castle.

Di Istanbul Puan Hanim mengambil program Free & Easy dan ekplorasi sendiri bandar Istanbul menaiki pengangkutan awam.

Sudah ada tiket penerbangan ke Istanbul?
Rancang percutian anda bersama team Terokai TURKI

Pastinya pilihan terbaik anda menjejalah Black Sea Türkiye bersama team Terokai Turki. Rancang perjalanan anda sekarang....
20/02/2023

Pastinya pilihan terbaik anda menjejalah Black Sea Türkiye bersama team Terokai Turki. Rancang perjalanan anda sekarang. Musim Luruh 2023 - Musim Luruh 2024 | September, Oktober, November

🔲 Musim Luruh yang indah menawan
🔲 Small Pax Private Tour - Santai & Relax
🔲 Tarikh atas pilihan anda
🔲 Tempat lawatan Rare dan unik
🔲 Harga kasih sayang

TIANG DAN ATAP MASJID DARIPADA KAYU BERUSIA LEBIH 700 TAHUN?Ia adalah keunikkan tinggalan Era Bani Saljuk di bumi Anatol...
05/02/2023

TIANG DAN ATAP MASJID DARIPADA KAYU BERUSIA LEBIH 700 TAHUN?

Ia adalah keunikkan tinggalan Era Bani Saljuk di bumi Anatolia. Terdapat 7 masjid dengan senibina tiang kayu masih terpelihara dan dipulihara dengan baik, dibina sejak 700 tahun yang lalu.

Dalam catatan kali ini saya kongsikan salah satu daripada 7 masjid tersebut yang sangat unik.

Daerah kecil Sivrihisar terletak di Central Anatolia dalam negeri Eskişehir. Ia laluan lama lembah Frigya dari Odunpazarı ke Polatlı di Ankara. Masyhur daerah ini dikaitkan dengan kampung kelahiran Nasrettin Hoca, 'Abu Nawwas' versi bangsa Turks.

Perjalanan dari pusat bandar Eskişehir menuju Polatlı anda akan disajikan pemandangan dataran padang yang luas di kiri kanan jalan sehingga bertemu daerah kecil Sivrihisar yang tersimpan dan 'tersembunyi' tinggalan sejarah ini. Ulu Camii (Grand Mosque) Sivrihisar diiktiraf sebagai masjid dari tiang Kayu kedua terbaik binaannya selepas masjid Eşrefoğlu di daerah Beysehir, Konya.

Ulu Camii Sivrihisar melalui catatan yang saya ambil di papan Info masjid, di bina atas arahan Emir Jalaluddin Ali Bey pada tahun 1232 dan disempurnakan pada tahun 1273 oleh Mikail bin Abdullah.

Atap masjid dipercayai dibina dari 950 batang pokok simbolik kepada usia Nabi Nuh a.s. 67 tiang kayu mengukuhkan masjid ini p**a adalah simbolik kepada umur baginda Rasululluh S.A.W dicampur dengan 4, iaitu 4 orang Khulafa' Ar Rasyidin.

Atap dibina daripada kayu pokok Juniper dan pokok Pine Kuning. Manakala tiang masjid di ambil daripada pokok Walnut. Hasil ukiran halus pada tiang kayu adalah hasil kerja Ibn Muhammad Khurasan. Mimbar masjid juga daripada pokok Walnut dihasilkan oleh Hasan bin Muhammad pada tahun 1445.

Masjid ini dijejaki dalam route Central Anatolia Tour.

Pilihan terbaik menjelajah kawasan Timur dan Laut Hitam Türkiye selama 15 Hari 14 Malam. Peluang kini terbuka untuk semu...
03/02/2023

Pilihan terbaik menjelajah kawasan Timur dan Laut Hitam Türkiye selama 15 Hari 14 Malam. Peluang kini terbuka untuk semua pada tarikh 10 Mei 2023 di musim Bunga.

Team Terokai Turki jarang menganjurkan OPEN TRIP Private Tour kerana kami hanya menerima tetamu yang sudah korum untuk private tour iaitu minima 10pax.

Untuk Musim Bunga 2023 kami hanya membuka satu tarikh (10-24 Mei 2023) untuk Tour 'Luar Biasa' ke Timur & Laut Hitam Turkiye. Trip Confirm Departure dan hanya terbuka untuk 7 orang peserta lagi. Siapa cepat dia beruntung.

Jadual penuh dan details program boleh hubungi saya: Founder Terokai Turki Vacation - Hazimin 00905365860986.

Kepada sesiapa yang merancang kembara ke Timur Türkiye dan sudah mempunyai korum yang cukup (10pax minima), anda bebas memilih tarikh tour. Boleh customized tour berdasarkan ETA/ETD International Flight. Jom sertai team kami meneroka bumi Türkiye.

Jom main salji di Türkiye ❄️🧿(Januari to April)✔️ Day Trip Kartepe Ski Resort✔️ Day Trip Uludağ Ski Resort✔️ 2D/1N Erciy...
13/01/2023

Jom main salji di Türkiye ❄️🧿
(Januari to April)

✔️ Day Trip Kartepe Ski Resort
✔️ Day Trip Uludağ Ski Resort
✔️ 2D/1N Erciyes Ski Resort (Flight fr IST)
✔️ 3D/2N Palandöken Ski Resort (Flight fr IST)
✔️ 2D/1N Davraz Ski Resort (Road Trip)

Tempahan Tour hubungi : 0536 586 09 86

Special Route Eastern & Black Sea Türkiye 10 Hari/ 9 Malam✔️ Private Trip Min 10pax-Max 14pax✔️ Menjelajah kawasan 'Rare...
08/01/2023

Special Route Eastern & Black Sea Türkiye 10 Hari/ 9 Malam
✔️ Private Trip Min 10pax-Max 14pax
✔️ Menjelajah kawasan 'Rare' yang jarang-jarang dijejaki dan dianjurkan oleh Travel Agency
✔️ Trip santai & fleksibel

Rancang Trip anda ke Eastern & Blacksea Türkiye 2023/2024.

Hubungi Bro Hazimin (+905365860986) untuk maklumat lanjut. (Small Group Request sahaja, tiada program 'Open Trip' bertarikh). Harga Pakej Ground bermula dari USD1420 p.p

Hoşgeldiniz. Selamat datang tetamu Terokai Turki. Special Route Tour - Aegean & Mediterranean 10D/9N + Bursa, Edirne Day...
02/11/2022

Hoşgeldiniz. Selamat datang tetamu Terokai Turki.
Special Route Tour - Aegean & Mediterranean 10D/9N + Bursa, Edirne Day Tour. Enjoy Holiday !

Jom ke Turkiye 2022 🇹🇷
01/01/2022

Jom ke Turkiye 2022 🇹🇷

VVIP-VIP Tour ServicesFor bookings and more inquiries please contact+905365860986
14/06/2021

VVIP-VIP Tour Services
For bookings and more inquiries please contact
+905365860986

Address

Istanbul

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terokai TURKI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Terokai TURKI:

Share


Other Historical Tour Agencies in Istanbul

Show All