25/01/2021
Cappadocia Turki
Cappadocia merupakan satu lokasi yang menawarkan bentuk muka bumi yang unik. Terletak di bahagian tengah Turki, Cappadocia sebenarnya adalah satu wilayah yang besar dan terdapat 9 bandar utama di wilayah yang terdiri daripada :
i) Nevşehir — merupakan bandar utama bagi wilayah Cappadocia
ii) Ürgüp — bandar terbesar di Cappadocia. Aktiviti perniagaan banyak dijalankan di sini. Satu ketika dulu Urgup merupakan destinasi pelancongan utama di Cappadocia tapi kini tidak lagi kerana ramai yang lebih s**a ke Goreme.
iii) Göreme — inilah lokasi yang terdapat banyak rumah gua kerana bentuk mukabuminya. Kerana keunikan ini juga Goreme menjadi tumpuan utama pelancong dan traveller untuk melihat dan merasai pengalaman berbeza.
iv) Uçhisar — bandar tertinggi di daerah ini. Pernah menjadi lokasi kediaman dan pertahanan tertinggi bagi daerah ini.
v) Avanos — bandar yang terkenal dengan industri membuat periuk tembikar (pottery).
vi) Ortahisar — satu lagi daerah yang lebih kecil yang memiliki istana batu di puncak bukit, sama seperti Uchisar.
vii) Mustafapaşa — merupakan perkampungan lama Greek.
viii) Guzelyurt — juga merupakan perkampungan lama Greek di Cappadocia. Di sini terdapat kota bawah tanah (underground cities), gereja St. Gregorius, gereja Red Church, dan lembah Monestary (ie Monestary valley).
ix) Ihlara Valley — merupakan lembah (canyon) paling dalam di Cappadocia.
Berada di Cappadocia buat kita rasa seperti sedang berada di dunia asing kerana keunikan bentuk muka buminya.
Melihat view sekitar Goreme, Cappadocia daripada salah satu bumbung bangunan yang masih dalam pembinaan di sini.
Letusan gunung berapi besar daripada Mount Erciyes dan Mount Hasan yang berlaku ribuan tahun dulu telah merubah lanskap di Wilayah Cappadocia dan menghasilkan bentuk mukabumi yang unik.
Hakisan oleh angin, air, perubahan cuaca dan kesan gempa bumi p**a telah menghasilkan berbagai bentuk batu yang pelik membuatkan rasa seperti berada di dunia lain. Warnanya batu-batu di sini juga berubah-ubah daripada putih, merah jambu, hijau dan kuning.
Lokasi pop**ar di Cappadocia yang sering dikunjungi para traveller pada masa kini adalah Goreme dan beberapa bandar sekitarnya kerana di sinilah berbagai jenis batu-batuan unik ini berada.