Kedai Kepala ialah sebuah kedai online yang didedikasikan khas untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi serta original. Misi kami ialah untuk menghasilkan produk:
i) Praktikal
Produk kami dihasilkan melalui proses peniliaian yang lama dan konsisten. Kami memastikan produk kami mudah untuk digunakan, sentiasa berfungsi dengan baik & memberi kesan positif terhadap "smoking experience" anda. i
i) Kreatif
Kami tidak akan menjual produk yang tidak mempunyai daya kreatif yang tinggi. Setiap produk kami mempunyai idea kreatif yang dinamik & sinergi. Produk kami mungkin kelihatan asas, tetapi idea kreatif yang diintergrasikan ke dalamnya adalah nilai sebenar produk kami. iii) Lokal
Kedai Kepala bangga dengan negara asal kami, Malaysia. Salah satu misi kami adalah untuk menjadi pembuat barangan merokok yang terkemuka di dunia. Objektif yang amat jauh, tetapi kami percaya dengan kebolehan bahan-bahan tempatan, daya saing & kreativiti yang tinggi, Kedai Kepala mampu suatu hari nanti menjadi jenama yang dikenali serata dunia. iv) Berstandard Internasional
Dengan menggunakan teknologi & perkembangan merokok yang semasa untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi, Kedai Kepala sekali gus mendedahkan perokok-perokok Malaysia kepada standard antarabangsa. Ini membantu kami meningkatkan standard perokok-perokok Malaysia ke tahap yang dihormati sedunia. Salah satu kata pegangangan kami ialah " think global, act local". v) Hasil Pemikiran Di Luar Batasan Kepala
Produk-produk kami dihasilkan dengan proses pemikiran yang tinggi & spesifik. Pencipta-pencipta produk Kedai Kepala diberi kelonggaran khas untuk berfikir di luar batasan kepala. Mereka tidak dikepung pejabat ataupun makmal, mereka dibiar bebas & organik. Kedai Kepala juga menyokong penuh kempen pemuliharaan alam sekitar. Selain daripada mempromosi bahan-bahan semulajadi yang mampan & berkualiti tinggi, Kedai Kepala juga menggunakan pelbagai bahan kitar semula sebagai label ataupun bahan bungkusan produk. Kami melihat sendiri kemusnahan alam sekitar di sekililing kami ketika membesar & kami bercadang untuk membuat sesuatu yang kreatif yang dapat membantu masalah itu. Dengan menyokong produk Kedai Kepala, anda juga sekali gus mengurangkan masalah kemusnahan alam sekitar.