14/09/2020
Sudah sampai masa untuk share pengalaman semasa duduk di Bosnia & Herzegovina selama 2-3 tahun sebelum berpindah dekat Italy.
Mungkin ramai tahu ada Masjid Malaysia di Bosnia, tapi tahu tak ada lebih dari satu Masjid Malaysia yang diusahakan oleh kerajaan dan individu-individu. Masjid Malaysia yang terkenal di Sarajevo, tetapi ada Masjid lagi besar di Travnik. Selain daripada itu ada sekolah-sekolah Malaysia, jalan Malaysia, jambatan Malaysia dan BOSMAL (Bosnia-Malaysia). BOSMAL ini ialah sebuah bangunan yang mencakar langit Sarajevo, sehingga nama BOSMAL ni melekat utk kawasan itu oleh lokal.
Semua ini bermula selepas perang Bosnia, di mana Malaysia dan Bosnia Herzegovina mengekalkan hubungan rapat setelah tentera MALBAT (Malaysian Battalion) dihantar ke Bosnia semasa perang dahsyat di mana penduduk Bosniak muslim di buli. Yang itu, mungkin boleh cerita lain kali. Manalah orang Bosnia tak respect dekat kita. Kita sanggup datang dari hujung dunia ke Eropah untuk mempertahankan sesama kaum muslim.
Video kali ini ialah sesi sembang yang menceritakan pengalaman duduk di Bosnia, di mana saya telah explore sana sini, terutamanya yang ada kaitan dengan Malaysia. Banyak video dan gambar rare yang saya telah rekodkan semasa eksplorasi saya. Rugi tak tengok. Lagi2 orang bosnia nyanyi lagu Malaysia
Dan terakhir sekali, jika ada yang berminat untuk beli buku 'JEJAK MALAYSIA DI BOSNIA DAN HERZEGOVINA' boleh pm saya atau contact whatsapp (+39 338 298 2556)
Jika video ini best, jangan lupa tekan butang SUBSCRIBE dan SHARE. Terima Kasih dan Semoga bermanfaat
FOR INTERNATIONAL VIEWERS (Video is in Malay) --> GO TO RIGHT BOTTOM CORNER OF VIDEO --> SETTINGS --> CAPTION --> SUBTITLE ENGLISH
https://youtu.be/8u6kg0wNCD4
Masjid-masjid Malaysia yang terdapat di Bosnia & Herzegovina. Selain itu, terdapat juga sekolah-sekolah Malaysia, bangunan Malaysia, jambatan Malaysia dan ja...