Safar Mubarak Travel & Tours

Safar Mubarak Travel & Tours Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Safar Mubarak Travel & Tours, Travel Agency, Ampang.

22/10/2018

Salam semua? :)

21/09/2018
21/09/2018

Vlog al-Masjid al-Haram

6 Amalan pahala berterusan
21/09/2018

6 Amalan pahala berterusan

Setiap hari dalam hidup, s**a atau tidak, kita akan berdepan dengan sesuatu yang kalau disebut pun kita tak s**a iaitu t...
21/09/2018

Setiap hari dalam hidup, s**a atau tidak, kita akan berdepan dengan sesuatu yang kalau disebut pun kita tak s**a iaitu tekanan, masalah dan dugaan. Tapi itulah lumrah kehidupan.

Selagi dalam hati kita ada Allah SWT, segala ujian dan rintangan itu pasti akan dapat dihadapi dengan tenang. Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 14:

“Orang A'rab (kaum Arab Badwi) berkata: Kami telah beriman. Katakanlah: Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: kami telah menyerah diri sementara iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Allah tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

21/09/2018
Banyak orang yang tidak boleh membezakan 3 hal ini
21/09/2018

Banyak orang yang tidak boleh membezakan 3 hal ini

19/09/2018

Salah satu tempat dijalankan hukuman hudud dan qisas di Arab Saudi....Tonton Video ini.

19/09/2018

Pemasangan kiswah (Kelambu Kaabah).
Biasanya dilakukan pada pagi hari arafah.

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tenta...
19/09/2018

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

" Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama إن شاء الله "

Kehebatan Kalamullah Al Quran
19/09/2018

Kehebatan Kalamullah Al Quran

Kisah Imam Abu Hanifah rah (Imam Mazhab Hanafi)Nu'man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Imam Abu Hanifah rahi...
19/09/2018

Kisah Imam Abu Hanifah rah (Imam Mazhab Hanafi)

Nu'man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala, pernah berjalan bertentangan arah dengan seorang budak kecil yang berjalan mengenakan terompah kayu.

Si imam berkata: "Jaga-jaga Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kamu tergelincir."

Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.

"Nu'man namaku", jawab si imam.

"O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'zhom (Imam agung) itu..?", tanya si budak.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu. Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku", jawab si Imam.

"Wahai si Imam, berhati-hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya..."

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' daripada seorang budak kecil...

Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yang begitu dalam maknanya, justeru ia datang dari lidah seorang budak.

Pesanan buat para jemaah haji dan umrah. Jangan beli buah kurma ajwa yang dijual murah, 3 bekas RS 50 di Masjid Quba Mad...
19/09/2018

Pesanan buat para jemaah haji dan umrah. Jangan beli buah kurma ajwa yang dijual murah, 3 bekas RS 50 di Masjid Quba Madinah. Kerana majoritinya menipu.

Buah kurma yang dibagi test ok je semua, tapi yang dibeli keras macam kayu, siap campur dengan kurma lain lagi pada lapisan bawah.

Berhati hati. Share pada semua agar tidak terkena.

19/09/2018

Payung terbesar di dunia dipasang di Masjidil Haram demi
kemaslahatan para jemaah

Subhanallah !!!Kaabah suatu ketika dulu.
19/09/2018

Subhanallah !!!
Kaabah suatu ketika dulu.

-KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD-Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. P...
19/09/2018

-KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD-

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba- tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan
(Mencium Hajar Aswad)

Peringatan : Perbuatan mencium Hajar Aswad adalah sunnah Rasulullah. Jgn berebut2 atau menyakiti jemaah lain dlm percubaan menciumnya.

Semoga bermanfaat.

Semoga kita sentiasa rajin meraih keredhaanNYA melalui ibadah2 kita.

MUSTAJAR @ MULTAZAM TUANabi Ibrahim عليه السلام sewaktu meninggikan binaan Ka'abah Baitullah telah menjadikan bagi binaa...
19/09/2018

MUSTAJAR @ MULTAZAM TUA

Nabi Ibrahim عليه السلام sewaktu meninggikan binaan Ka'abah Baitullah telah menjadikan bagi binaan yang suci ini dengan dua pintu. Satu pintu masuk yang menghadap ke arah timur dan satu lagi pintu keluar yang menghadap ke barat. Tatkala kaum Quraisy membina semula Ka'abah yang rosak akibat banjir, maka mereka telah menutup pintu Ka'abah yang menghadap ke arah barat dan menjadikan satu sahaja pintu baginya. Tatkala Sayyidina `Abdullah bin az-Zubair رضي الله عنهما memerintah Mekah, beliau telah membina semula Ka'abah dengan mengembalikannya kepada binaan asal yang dibina oleh Nabi Ibrahim عليه السلام kerana mengikut hasrat yang pernah diutarakan oleh Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Imam al-Bukhari رحمه الله meriwayatkan daripada Sayyidatina `Aisyah رضي الله عنها bahawa Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Wahai `Aisyah, Kalaulah bukan kerana kaummu (yakni kaum Quraisy) masih baru meninggalkan suasana jahiliyyah nescaya aku akan mengarahkan supaya diruntuhkan Ka`abah dan dibinakan semula dengan memasukkan bahagian yang telah dikeluarkan oleh Quraisy dan merendahkan binaan (pintunya) di atas tanah, membuat baginya dua pintu - satu di bahagian timur dan satu lagi di bahagian barat, binaannya menurut asas yang dibina oleh Nabi Ibrahim عليه السلام."

Maka Sayyidina `Abdullah رضي الله عنهما telah membuka semula pintu Ka'abah yang menghadap ke barat dan memasukkan semula Hijir Ismail ke dalam binaan Ka'abah. Namun setelah Mekah ditawan semula oleh tentera Bani Umayyah yang dipimpin oleh Hajjaj bin Yusuf ats-Tsaqafi, mereka telah mengembalikan Ka`abah seperti binaan sebelumnya oleh kaum Quraisy.

Mengenai pintu Ka`abah, maka telah sedia kita maklumi dan kita tahu bahawa kawasan yang berada antara pintu Ka'abah dengan rukun Hajar al-Aswad dikenali sebagai "al-Multazam" yang kemuliaan dan kelebihannya yang telah tersebar dalam pengetahuan manusia. Namun ramai yang tidak tahu mengenai pintu kedua yang telah ditutup tersebut.

Para ulama dan sejarawan Mekah menyatakan bahawa kedudukan pintu tersebut adalah kira - kira 4 hasta dari rukun Yamani ke rukun Syami. Kedudukan pintu tersebut kira-kira berada berbetulan di belakang pintu Ka`abah sekarang. Jika kawasan antara pintu Ka`abah dengan rukun Hajar al-Aswad tadi digelar "al-Multazam", maka kawasan 4 hasta tersebut dipanggil sebagai "al-Mustajar" atau "al-Mustajar minadz Dzunub". Ianya juga dikenali sebagai "Multazam 'ajaa-iz Quraisy" dan sebahagian tuan - tuan guru kita memanggilnya sebagai "Multazam tua" atau "Multazam orang - orang tua atau orang - orang dhaif kaum Quraisy".

Sebagaimana al-Multazam yang dikenali sebagai tempat yang mustajab berdoa, maka kawasan al-Mustajar juga terkenal sebagai tempat yang mustajab untuk berdoa. Sayyidina Mu`awwiyah bin Abu Sufyan رضي الله عنهما diriwayatkan sebagai berkata:
"Sesiapa yang berdiri di belakang Baitullah (yakni di belakang pintu Baitullah iaitu di al-Mustajar) lalu berdoa, pasti akan dikabulkan dan akan bersih daripada segala dosanya seperti saat ketika dia dilahirkan oleh ibunya."

Para ulama yang mengomentarkan atsar ini menyatakan bahawa perkara sedemikian tidaklah diketahui oleh Sayyidina Mu`awwiyah melainkan daripada Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Ramai para sahabat dan tabi`in yang telah menjadikan kawasan ini sebagai tempat untuk berdoa, antaranya Sayyidina `Abdullah bin az-Zubair, Sayyidina Mus`ab, Sayyidina Ibnu `Umar, Khalifah `Umar bin `Abdul `Aziz dan Sayyidina al-Qasim bin Muhammad bin Khalifah Abu Bakar ash-Shiddiq رضي الله عنهم. Imam asy-Sya'bi رحمه الله menyatakan bahawa beliau telah melihat Sayyidina `Abdullah bin az-Zubair, saudaranya Mus`ab, Abdul Malik bin Marwan dan Sayyidina `Abdullah bin `Umar رضي الله عنهم berdoa di situ dan semua mereka telah mendapat apa yang mereka minta. ~ abu muhammad as sarawaqi.

Wallahu a'lam

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”Para sahabat menjawab: "Bagi kami orang yang mufli...
19/09/2018

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”

Para sahabat menjawab:
"Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”.

Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul ses**a hati.

Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi p**a dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.”

(Riwayat Muslim)

19/09/2018

Mengerjakan ibadat haji itu dapat membersihkan jiwa seseorang...Ketahui kupasan lanjut dalam video ini...Insyaallah.

(y) ---> Safar Mubarak Travel & Tours

19/09/2018

TIPS MENUNGGU GILIRAN DI TANDAS DI MINA:

Jika kita fahami MENUNGGU GILIRAN bermaksud SATU PENANTIAN yang pasti akan tiba bila masanya. Jelas lagi, PENANTIAN adalah SATU PENYIKSAAN jika tidak betul masa dan waktu yang sesuai.

Jika ditanya kepada para haji dan hajjah yang sudah menunaikan haji mereka pasti bersetuju dengan saya. Menunggu giliran di tandas semasa di Mina merupakan cabaran yang mesti dihadapi oleh setiap jemaah haji yang tinggal di khemah sama ada jemaah haji Muassasah atau pun Pakej.

Bezanya tandas yang diguakan oleh jemaah haji Muassasah telah di”antarabangsa” kan untuk kegunaan jemaah haji Muassasah dari negara-negara lain.

Sikap bertolak ansur dan bertimbang rasa menjadi nilai yang perlu diterapkan sepanjang menunggu giliran memasuki tandas untuk membuang hajat atau mandi.
*

TIPS – TIPS
Di awal pengalaman menggunakan tandas di Mina, saya masih belum menguasai dan memahami masa yang sesuai untuk menggunakan tandas di Mina. Jumlah jemaah hujjaj yang ramai berbanding tandas yang sedikit sudah tentu kita tidak dapat menemui keselesaan seperti di hotel atau di rumah.
Pengalaman adalah guru terbaik yang mengajar kita tahu untuk mengatur strategi yang berkesan agar kita menemui jalan terbaik untuk mencapai keselesaan yang tidak selesa mana pun. Yang penting giliran tidak panjang dan masa menunggu dapat disingkatkan.
Tips-tips yang saya sarankan berikut diharap dapat memberi sedikit gambaran bagi mengurangkan tekanan apabila membayangkan bagaimana mengurus diri di Mina.
*

1. PANTAU MASA UNTUK MANDI
Hari pertama di tandas Mina, buat dahulu pemerhatian masa. Sekadar memerhati (bukan masa berhajat) untuk memastikan masa yang sesuai untuk ke tandas bagi urusan mandi. Kita dapat menentukan masa kemuncak jemaah ke tandas dan masa surut. Ini membantu kita mengatur masa agar kita untuk tidak menunggu giliran yang lama.
(berdasarkan pengalaman saya, masa paling sesuai untuk mandi adalah setelah jam 11.00 malam (waktu Malaysia, 4.00 pagi) hingga ke jam 1.30 pagi (waktu Malaysia, 6.30 pagi). Ketika ini, kebanyakkan para hujjaj sudah mengantuk dan beristirehat di dalam khemah. Tidak ramai yang mahu ke tandas lagi. Masa untuk tidur.
Selain itu, anda juga boleh mandi sekitar jam 5.30 pagi (10.30 waktu Malaysia), selepas waktu Subuh kerana ramai jemaah haji sudah mula keluar dari khemah masing-masing untuk urusan melontar jamrah atau sedang bersiap sedia untuk menghadapi hidangan sarapan pagi. Keadaan tandas sudah mulai lengang dan anda sangat selesa untuk mandi dan membuang hajat.
Dua waktu di atas selalu menjadi intaian saya dan ia benar-benar menyelesakan kerana tidak perlu menunggu lama. Jika bernasib baik banyak tandas yang kosong. Alhamdulillah.
*

2. JANGAN MALU DAN TAKUT MEMINTA GILIRAN
Kebanyakan jemaah takut dan malu untuk meminta giliran sedangkan mereka sedang dalam keadaan terdesak untuk berhajat (bukan untuk mandi ya…). Usah gundah gulana, insya Allah banyak insan yang berhati mulia akan memberikan giliran mereka terlebih dahulu apabila melihat kita sudah terdesak termasuk saya. 😀 Alhamdulillah, anda akan dapati ramai yang bersifat ihsan sama ada jemaah lelaki atau wanita.
Kebanyakkan yang saya temui apabila saya sudah terdesak untuk berhajat, mereka sanggup mengorbankan giliran mereka memberi jalan terlebih dahulu. Allahu Akbar, betapa gembiranya hati saya dan banyaklah doa yang saya panjatkan kepada Allah SWT untuk insan yang memudahkan urusan hajat saya. Saya pasti dengan doa-doa yang mereka berikan kepada kita tanpa kita sedari banyak membantu pekerjaan haji dan kehidupan kita di Makkah. Bukankah ia bumi yang barakah doanya.
Namun, tidak dinafikan terdapat segelintir jemaah haji yang “tidak mulia akhlaknya”, tidak mahu memberi giliran mereka sehingga ada jemaah yang sudah lanjut usia yang tidak dapat menahan hajat, terpaksa membuang hajat di muka pintu tandas atau di luar tandas. Kasihan dan menyayat hati.
*

3. CARI KENALAN BARU DAN BERBUAL
Untuk menggelakkan rasa bosan ketika menunggu giliran, ramahkan mulut untuk berkenalan dengan hajjah yang sedang menunggu sama. Jarang yang kita temui mampu memberi senyuman mesra. Awalnya anda melihat mereka juga diam dan seakan sombong, wajah tidak ceria dan tidak ramah, maklumlah semuanya ada hajat yang meresah hati….hehehe.
Setelah bertegur sapa, ia sungguh menakjubkan kerana mereka juga penanti giliran yang sangat ramah dan mesra. Malah ada yang terlebih ramah dan banyak bercerita. Suasana ini menjadikan masa berjalan dengan cepat dan tidak sedar giliran kita p**a sampai.
Pengalaman menunggu ini juga membawa saya mengenali ramai kenalan di tandas . Mereka sangat ramah dan tidak kurang yang nafsi-nafsi, tidak peduli orang lain. Siapa pun mereka, kehadiran mereka telah menjadi sebahagian dari takdir hidup kita yang sudah ditentukan Allah dengan pertemuannya di tandas Mina. Yang pastinya, itulah yang awal dan terakhir.
*

4. MELAKUKAN AKTIVITI BERFAEDAH
Hmmmm….. memang menunggu giliran di tandas ada aktiviti jugakah ? Jawapannya…… ADA dan BANYAK. 🙂 Ok…. Apakah aktiviti berfaedah yang boleh kita lakukan ketika sedang menunggu giliran di tandas atau seseorang ? Saya yakin anda pasti tahu jawapannya kerana anda pernah melakukannya.
Jika saya, saya s**a berbual dan mencari kenalan baru. Ada juga hajjah yang saya lihat sedang “bermain” games terutama hajjah-hajjah muda. Ada yang mendengar ceramah atau zikir melalui telefon pintar mereka. Tidak kurang juga yang menyanyi sendirian dan tanpa disedari, ada gerakan badan terhasil dari keasyikan mereka mendengar nyanyian atau musik tersebut. Harap-harap yang didengari itu perkara yang mendatangkan pahala bukan sebaliknya.

Kesimp**an nya, bykkan berdoa mohon Allah mudahkan segala urusan kita di sana nnti.. Aamiin

Semoga mendpt info dr perkongsian ini..

C/paste

19/09/2018

SUBHANALLAH !!!
Video Hajarul Aswad jarak terdekat.
Tuliskan "AMIN" di ruangan komen...Semoga Allah memberi rezeki kepada kalian dapat mencium Hajarul Aswad....AMIN

19/09/2018

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami...Kami mengaku kami hamba yang kerdil Ya Allah ;(

19/09/2018

TAK TAHU NAK CAKAP APA.. .....SEBAK !!!

Masjidil Haram Makkatul Mukarramah
18/09/2018

Masjidil Haram Makkatul Mukarramah

Subahanallah
18/09/2018

Subahanallah

Subhanallah !!!
18/09/2018

Subhanallah !!!

Masyaallah
18/09/2018

Masyaallah

18/09/2018
Subahanallah !!
18/09/2018

Subahanallah !!

TIPS BELANJA DI MEKAH DAN MADINAHBila berada di tanah suci, mesti anda ada berkeinginan untuk membeli ole-ole untuk kelu...
18/09/2018

TIPS BELANJA DI MEKAH DAN MADINAH

Bila berada di tanah suci, mesti anda ada berkeinginan untuk membeli ole-ole untuk keluarga dan kawan-kawan. Oleh itu, saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna untuk anda membeli-belah semasa di Makkah dan Madinah.
Tapi JANGAN leka berbelanja kerana niat, tujuan dan matlamat asal ke Makkah dan Madinah adalah untuk beribadat dan berziarah.
1) Buatlah perancangan belanja iaitu senaraikan barang yang diperlukan. Ini penting agar anda tidak berlebihan dalam belanja dan disesuaikan dengan kewangan yang ada.
2) Sebelum membeli hendaklah survey di beberapa kedai untuk membandingkan harga dan kualiti. Kebiasannya untuk barang-barang yang biasa dibeli, harga tidak terlalu jauh beza.
3) Ambil berat juga had maksimum barang, jangan membeli barang berlebihan hingga melebihi had maksimum yang boleh dibawa dalam penerbangan.
4) Berpura-puralah seperti dah biasa pergi ke Mekah dan Madinah dan gunakan sedikit bahasa arab biasa, dengan cara ini biasanya mereka tidak akan meletakkan harga barang terlalu tinggi.
5) Untuk memperoleh harga yang murah, anda harus tahu pusat-pusat perbelanjaan yang ada misalnya di Mekah ada Pasar Ja’fariah, di Jeddah ada Pasar Balad dan Bab Mekah, dan di Madinah ada Pasar Kurma dan pusat perniagaan di tingkat bawah Taiba Arac Hotel.
6) Jika anda seorang perempuan jangan terlalu dalam masuk ke dalam kedai, ingatan ini untuk menghindari hal-hal yang tidak diinginkan berlaku. Dinasihatkan supaya berteman membeli-belah dan jangan berpakaian ketat.
7) Kalau tawaran anda tidak diterima biasanya mereka akan mengatakan “mafi faedah”(tidak ada untung). Kalau perlu berpura-puralah tinggalkan, kalau dia tidak memanggil anda kembali maknanya betul dia tidak ada untung.
😎 Jika berbelanja dikaki lima sebaiknya anda membayar dengan wang pecahan puluhan riyal atau lima riyal sebab dikhuatiri ketika ada penguatkuasa pedagang kaki lima, mereka kadangkala melarikan diri meninggalkan barang dagangannya.
9) Kalau anda nak beli Jubah perempuan, disarankan beli di Madinah. Sebab design yang cantik dan harga jauh lebih MURAH daripada di Mekah. Untuk Jubah lelaki p**ak boleh beli di Mekah sebab harganya lebih murah.

Hakikatnya, bukan tidak boleh berbelanja tetapi biarlah berpada-pada! Ingat, kita perlu berhemah ketika berbelanja. Beli yang perlu dan bukan mengikut hawa nafsu kerana matlamat asal ke Tanah Suci perlu diperbetulkan iaitu untuk beribadat dan berziarah.

Hasil Tulisan: Tuan Saufi Kamaludin.

Terima kasih tuan.👍👍

Address

Ampang
68000

Telephone

0392016365

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Safar Mubarak Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category

Nearby travel agencies


Other Travel Agencies in Ampang

Show All

You may also like