Cebisan Sejarah Bangi

Cebisan Sejarah Bangi Koleksi beberapa peristiwa bersejarah di sekitar Bangi, yang ada direkodkan dalam sumber-sumber yang Perlu ditekankan, kami bukan ahli sejarah!

Laman ini sekadar mengumpulkan cebisan maklumat berkaitan sejarah Bangi dan kawasan sekitarnya, setakat yang dapat ditemui di ruang Internet sahaja. Maka pastinya ia amat tidak lengkap, tidak menyeluruh, dan kurang wibawa berbanding karya ilmiah hasil kajian para sejarawan. Perlu diingatkan juga, sumber-sumber yang dinyatakan di sini adalah dari pelbagai sudut pandang dan latar para ilmuwan, pengk

aji, wartawan dan editor akhbar, bermula dari awal kurun ke-20 (zaman kolonial British), sehingga kini. Kami cuba menyampaikan kesemuanya secara objektif, namun perlulah juga diakui, terdapat juga kecenderungan kami sendiri, yang terserlah di dalam ulasan dan catatan kami. ;-) Apa pun, anggaplah ini sebagai usaha pemula sahaja. Selebihnya perlu digali dari sumber-sumber berwibawa yang lain, seperti karya-karya sejarawan, arkib-arkib perpustakaan, muzium, atau premis dan petempatan bersejarah (awam atau persendirian), termasuk juga sejarah lisan warga asalnya. Sebaiknya, semua usaha ini harus dirujuk atau diusahakan bersama para ahli/pakar bidang sejarah. Aktiviti sebegini seharusnya terus giat dijalankan dan disebarluaskan oleh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan di sekitar Bangi.

21/10/2023

Rakaman Live: Cebisan maklumat sejarah Rekoh (kini sekitar Kg Sungai Tangkas, berhampiran Bandar Baru Bangi/UKM), di Pusat Warisan Kajang. Bahan yang telah dipersembahkan, ada di ruangan komen.

25/09/2023

Latar Perang Rawa 1848, serta penglibatan Rekoh (sekitar Kg Sg Tangkas / UKM kini) di dalamnya - suatu ringkasan sebahagian wacana sdr Khairil Hisham

Menjelang tahun 1820 (sezaman dengan Raja Busu di Lukut), Juragan Abdul Rahman, seorang pedagang di Selat Melaka, telah membawa sekump**an orang Rawa ke Linggi. Menantunya Datuk Muda Katas memiliki 5 buah lombong di Rembau dan Sungai Ujong. Menurut Khoo Kay Kim, beliau telah mengeksport hasil timah terus ke London melalui Hong Kong, tanpa melalui Singapura atau Pulau Pinang. Orang Rawa dibawa masuk bekerja lombong di sekitar Sungai Linggi (dahulu dikenali sebagai Batang Penar), menggunakan kaedah lampan (perlombongan cara tradisi). Namun sebahagian daripada mereka ini bergiat dalam aktiviti lanun dan rompakan. Oleh sebab itu, bagi menjaga keselamatan awam, Datuk Muda Katas menguatkuasakan semula undang-undang sungai di Sungai Linggi, yang menyatakan bahawa tiada kapal/perahu boleh belayar dari Maghrib sehingga Subuh. Pelanggaran terhadap larangan ini dihukum mati.

Sekitar tahun 1825-1826, Raja Labuh telah menggantikan Yamtuan Lenggang sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan. Beliau bersikap prejudis terhadap orang Rawa, kesan pengalaman berperang dengan mereka. Ketika pemerintahannya, beliau telah menyerang dan menghalau seluruh orang Rawa keluar dari kawasan Rembau. Berikutan itu, kebanyakan orang Rawa melarikan diri ke bahagian utara, di sekitar Sungai Langat, meliputi daerah Rekoh, Beranang, dan Semenyih. Akibat daripada tindakan ini, beliau kemudiannya telah dimakzulkan (diturunkan takhta).

Sekitar tahun 1848, Dato Kelana Sendeng, ketika itu penghulu Sungai Ujong, juga seorang yang bersikap prejudis terhadap orang Rawa. Dalam suatu kes yang tidak dapat dikenalpasti puncanya, beliau telah menangkap 3 orang Rawa lalu dijatuhkan hukuman mati. Pemimpin Orang Rawa di bawah Raja Berayun di Rekoh memohon Dato Kelana Sendeng untuk melepaskan atau meringankan hukuman, namun ditolak. Ini mencetuskan kemarahan orang Rawa di situ, dan sentimen ini telah merebak ke Klang dan juga Pahang.

Rentetan itu, Raja Berayun telah menemui Syed Abdul Rahman (beliau juga tinggal di Rekoh ketika itu), untuk mendapatkan bantuan dalam serangan terhadap Dato Kelana Sendeng. Syed Abdul Rahman ketika itu adalah musuh Dato Kelana Sendeng (sebelum ini beliau ingin jadi Dato Kelana, tetapi gagal). Beliau bersetuju membantu (kemungkinan dari sudut kewangan), dengan syarat orang Rawa mesti menyokong beliau untuk menjadi Dato Kelana bagi menggantikan Dato Kelana Sendeng kelak. Maka perlakulah perang saudara Rekoh-Sungai Ujong (perang besar bagi orang Rawa, kerana menentang keseluruhan luak, bukan Dato Kelana Sendeng saja).

Sementara itu, sebilangan orang Rawa di bawah Tuanku Tambusai di Rasah, Sungai Ujong, tidak menyokong orang Rawa Syed Abdul Rahman di Rekoh, lalu membantu Dato Kelana Sendeng. Pada akhirnya, orang Rawa Rekoh kalah, dan Syed Abdul Rahman pun kembali ke Rekoh. Penglibatan awal Syed Abdul Rahman dalam konflik ini mungkin ada kesinambungannya dengan konflik tahun 1874 yang menyebabkan perjanjian beliau dengan British pada tahun 1874, diikuti Pemberontakan Rekoh (Rekoh Wreckage) pada tahun 1875 yang diakhiri dengan perjanjian damai dengan Sultan Abdul Samad, seterusnya perjanjian penyerahan Rekoh dan Semenyih (kepada Selangor) serta Lukut (kepada Sungai Ujong) pada tahun 1878.

Ringkasan disediakan oleh Syahrul Sazli Shaharir

Cebisan Sejarah: Dari Rekoh ke Bandar Baru Bangi Sebelum mula dibangunkan sekitar tahun 1974, Universiti Kebangsaan Mala...
26/05/2023

Cebisan Sejarah: Dari Rekoh ke Bandar Baru Bangi

Sebelum mula dibangunkan sekitar tahun 1974, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah sebahagian Hutan Simpan Bangi, manakala Bandar Baru Bangi (BBB) adalah ladang West Country Estate. Ketika ladang tersebut dibuka pada tahun 1896, petempatan terawal di situ, Kampung Rekoh (kini sekitar Kampung Sungai Tangkas), masih lagi wujud dan didiami.

Kronologi ringkas, serta sumber-sumbernya, disertakan di dalam setiap lampiran.

Bangi, lama dan baru.
22/03/2023

Bangi, lama dan baru.

Part 7: BANGI

Most of the last series is about Chinese-majority areas, and now we will be introducing a Malay-majority town, Bangi. Bangi is a town just south of Kajang, Selangor, and it is divided into new town, Bandar Baru Bangi, and old town, Bangi Lama. Most of the pop**ation here are Malay, along with a small pop**ation of Chinese and Indian.

Bangi town was first built in 1906 with a row of shophouses. A railway station was also built to serve the town.

Bandar Baru Bangi was built in phases starting in the 1970s. The site was originally a rubber estate known as West Country Estate. The first phase was completed in 1974, which is now Seksyen 1. The National University of Malaysia (Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM) main campus in Bangi started operation in 1977.

After Bandar Baru Bangi was built, Bangi town was subsequently renamed as Bangi Lama, meaning old Bangi. There are some new developments around Bangi Lama since the 2000s, such as Bandar Seri Putra, Bangi Avenue, and so on. Islamic University Selangor was established in 1995. A theme park known as Bangi Wonderland was opened on 2016.

There are many expressways which serve Bangi, such as North-South Expressway, Kajang SILK Expressway and South Klang Valley Expressway. There are two KTM Komuter stations in Bangi, which are Bangi and UKM. The planned Malaysia-Singapore High Speed Rail will also serve Bangi.

ANNOUNCEMENT: Zh9567 Mapping will be participating in a culture creative market, stay tuned! Kindly contact me for donations!
预告:Zh9567 Mapping将参与文创市集,敬请期待!若要捐款可向我联系!

If you have any further information about Bangi, please share with us in the comments!

Map sources:
1930s: https://nla.gov.au/nla.obj-257425498/view
1960s: https://openresearch-repository.anu.edu.au/handle/1885/163825
https://openresearch-repository.anu.edu.au/handle/1885/163817

Support us on Patreon: https://www.patreon.com/Zh9567
Support us on Ko-fi: https://ko-fi.com/zh9567

#万宜

Bukit Tunggul, mercu tanda sekitar Bangi sejak zaman dahulu kala.
05/03/2023

Bukit Tunggul, mercu tanda sekitar Bangi sejak zaman dahulu kala.

1986-03: Pembukaan Sekolah Jalan Enam"Sekolah Kebangsaan Jalan Enam atau nama ringkasnya SK Jalan Enam, merupakan sebuah...
03/03/2023

1986-03: Pembukaan Sekolah Jalan Enam

"Sekolah Kebangsaan Jalan Enam atau nama ringkasnya SK Jalan Enam, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Enam. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Jalan Enam memiliki 765 pelajar lelaki dan 708 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1473 orang. Ia mempunyai seramai 102 orang guru. Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar Baru Bangi telah ditubuhkan pada tahun 1986 di atas tapak yang disediakan oleh PKNS seluas lebih kurang 2.8 hektar. Pembinaannya bermula pada awal tahun 1985 terdiri dari 2 blok bangunan tiga tingkat, sebuah kantin dan padang permainan. Pada awal penggal kedua persekolahan 1986, sekolah ini telah memulakan operasinya dengan murid seramai 435 orang dan 17 orang guru. Pada tahun 1991, kelas kanak-kanak bermasalah Pembelajaran (KKBP) telah diadakan. Pada tahun 1993 satu blok bangunan dua tingkat telah didirikan dan boleh diduduki pada tahun berikutnya. Pada tahun 1998, sekolah telah mendapat satu lagi bangunan 3 tingkat dan bangunan itu telah siap pada tahun 1999 dan mula diduduki pada tahun 2000." ( https://skjalanenam.weebly.com/sejarah-sekolah.html / https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Jalan_Enam )

Gambar: SK Jalan 6 (kreativUS media, 3 Jun 2019: "Video Montaj Selamat Hari Raya 2019 SK Jalan 6 Bdr Baru Bangi" - https://youtu.be/DF4pmjMbL_w ).

1978-02-04: Penubuhan Persatuan Penduduk Bandar Baru  Bangi"Persatuan penduduk bermulanya dari adanya badan kebajikan ya...
04/02/2023

1978-02-04: Penubuhan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi

"Persatuan penduduk bermulanya dari adanya badan kebajikan yang ditubuhkan pada 4 Februari 1978 bertempat di Kedai Satu tingkat Jalan 1/1A, BBB dengan tujuan menyalurkan pengaduan dan kerosakan rumah, perparitan, kebersihan dan sebagainya. Dari Badan Kebajikan ini meningkat menjadi Persatuan Penduduk BBB." [1]

Senarai Yang Dipertua (YDP):-
1. Tuan Haji Omar Jaafar (1978-1981)
2. Tuan Haji Banhawi Mohamed (1982-1990)
3. Dr. Tajul Ariffin Noordin (1990-2012)
4. Haji Sufie Munasir (2012-2018)
5. Tn Hj Hamdi Haron (2018-kini)
[1][2]

"Ia (Seksyen 1) meliputi kawasan perumahan di Jalan 1/1 hingga Jalan 1/9 (Rajah 1). Kawasan tersebut dipilih kerana merupakan terawal sekali dimajukan dan didiami penduduk. Masyarakat kawasan tersebut adalah yang paling awal terbentuk dan menjadi peneroka serta pengasas masyarakat Bandar Baru Bangi keseluruhannya. Dalam banyak hal, merekalah yang banyak membuat keputusan (melalui Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi yang juga berpusat di Seksyen 1), menerajui kepimpinan, serta menanamkan nilai-nilai sosial murni di kalangan penduduk setempat (Komunikasi persendirian dengan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi 1994)." [3]

Melalui persatuan ini, penduduk telah berusaha mendapatkan bangunan surau dari pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pada 5 Ogos 1978, PKNS telah memperuntukkan sebuah rumah semi D beralamat No. 6, Jalan 1/3G sebagai surau tersebut. Gotong-royong diadakan bagi membersihkan rumah ini, dan keesokannya (6 Ogos / 1 Ramadhan) ianya mula diimarahkan. Sebagai surau pertama, ia diberi nama 'Al-Umm' (Ibu). [1]

Semenjak itu, beberapa surau telah didirikan di sekitar Bandar Baru Bangi, seiring dengan pertambahan kawasan-kawasan perumahannya. Oleh kerana itu, tiada keperluan mendesak untuk menggantikan surau ini dengan bangunan yang baru. Ia terus beroperasi selama hampir 40 tahun, sehinggalah bangunan masjid yang baru siap dibina bersebelahan padang awam Seksyen 2. Ianya dirasmikan sebagai Masjid Al-Umm, pada 16 Disember 2017. [4]

[1] Dr Shafie Abu Bakar, 7 November 2017: 40 TAHUN BANDAR BARU BANGI : PENCAPAIAN DAN KEMAJUAN - RUMUSAN - https://drshafie.blogspot.com/2017/11/40-tahun-bandar-baru-bangi-pencapaian.html

[2] Ahmad Sufie Munasir @ Facebook, 14 Mei 2018: https://www.facebook.com/ahmadsufie.munasir/posts/pfbid024QexjZo8YKmMaChQfz6dcPxhzeEhnfAeVWmBC8Ph8KG6ku2Pe9QAcbY13B5RNEKMl

[3] Katiman Rostam, Wan Maimunah Wan Ismail @ Akademika, UKM, Vol 50, No 1 (1997), m.s.29: "Pola Interaksi Sosial di Kawasan Perurnahan Terancang di Bandar Baru Bangi" - https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/3066

[4] Latifah Arifin @ Berita Harian, Februari 22, 2019: "Masjid al-Umm sasar jadi hab ilmu, intelektual" - https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/02/533652/masjid-al-umm-sasar-jadi-hab-ilmu-intelektual

Akhbar "Nadi Bangi""Nadi Bangi”, akhbar terbitan mahasiswa dan pensyarah Jabatan Perhubungan Universiti Kebangsaan Malay...
07/01/2023

Akhbar "Nadi Bangi"

"Nadi Bangi”, akhbar terbitan mahasiswa dan pensyarah Jabatan Perhubungan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merupakan lidah rasmi UKM suatu ketika dahulu. Ia mula diterbitkan sejak Jun 1977 di kampus Pantai Baru, dan kemudiannya beroperasi di kampus baru di Bangi, setelah empat keluaran sebelumnya. Selain melaporkan aktiviti semasa mahasiswa (termasuk perpindahan ke kampus baru), ia juga turut melaporkan kegiatan penduduk kampung-kampung berdekatan.

Perihal gambar dalam keratan akhbar: "Abdul Rahman Jaafar, salah seorang wartawan Nadi Bangi (mahasiswa tahun kedua UKM), sedang menemuramah seorang penduduk Bangi." (Zaharudin Pilus @ Utusan Zaman, 8 Januari 1978).

Nadi Bangi masih diterbitkan sehingga kini (secara atas talian) oleh mahasiswa UKM, namun dalam bentuk berbeza, dan tidak lagi menjadi lidah rasmi UKM: "Nadi Bangi merupakan akhbar makmal mingguan atas talian terbitan program MENTION, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah kursus (SKKC3166) Pengurusan dan Penerbitan Media oleh para pelajar Tahun 3 Komunikasi Media, UKM. Sebarang pandangan yang disiarkan tidak mewakili pandangan rasmi UKM." (Nadi Bangi, UKM: "TENTANG KAMI" - https://www.nadibangiukm.com/tentang-kami ).

PERKILANGAN DI BANDAR BARU BANGIKawasan perindustrian di Bandar Baru Bangi telah dirancang sejak mula lagi: "Pembangunan...
13/12/2022

PERKILANGAN DI BANDAR BARU BANGI

Kawasan perindustrian di Bandar Baru Bangi telah dirancang sejak mula lagi: "Pembangunannya yang bermula pada tahun 1974 bagi memenuhi keperluan pembangunan kawasan pertumbuhan baru di Selatan Lembah Klang berlandaskan kepada Polisi Ekonomi Kebangsaan, yang mengkhususkan kepada Bumiputera. Dari tahun 1974 hinggalah tahun 2010, PKNS selaku peneraju pembangunan yang dipertanggungjawapkan telah menyiapkan sebanyak 11,763 unit rumah dan 308 unit lot kedai. Secara keseluruhannya, terdapat komponen pembangunan tertentu yang diperuntukkan oleh PKNS di kawasan Bandar Baru Bangi iaitu; 20 peratus khusus untuk kawasan perumahan, 11 peratus untuk kawasan perindustrian, 6 peratus untuk aktiviti komersial, 15 peratus untuk keperluan kawasan rekreasi manakala 24 peratus selebihnya untuk tujuan keperluan lain yang dirasakan relevan." (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), 2010: "PKNS: Laporan Tahunan 2010" -https://www.pkns.gov.my/images/old/anual_report/PKNSAnnualReport-part1.pdf ).

Beberapa kawasan khusus perindustrian telah diwartakan iaitu di Seksyen 1, 9 dan 10: "Bertepatan dengan idea pembangunan Bandar Baru Bangi sebagai Bandar Satelit yang bersifat 'self contained', bandar ini dibangunkan dengan perancangan guna tanah dan infrastruktur yang serba lengkap seperti mewujudkan kawasan kediaman, peluang pekerjaan dalam sektor industri pembuatan dan kawasan peniagaan. Kawasan perindustrian dibangunkan di Seksyen 1,9 dan 10, manakala kawasan perniagaan ditempatkan di Pusat Bandar dan di setiap kejiranan kawasan kediaman iaitu di semua seksyen kecuali Seksyen 10 bagi menampung keperluan pekerjaan terutamanya untuk penduduk setempat." (UPSI Holdings Sdn Bhd @ MPKj, 2018: "LAPORAN INTERIM PELAN TINDAKAN PERBANDARAN RENDAH KARBON BANDAR BARU BANGI 2035", m.s.50 - http://www.mpkj.gov.my/ms/rakyat/komuniti-program/perbandaran-rendah-karbon-bandar-baru-bangi-2035 ).

Antara faktor pembukaan kilang yang pesat di Bandar Baru Bangi ketika itu ialah harga tanah yang rendah serta kemudahan infrastruktur yang baik: "Kata beliau (Prof Datuk Ir Dr Riza Atiq Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM) sebagai sebuah bandar terancang yang dibina pada tahun 1970-an, Bandar Baru Bangi dilengkapi dengan zon perumahan, zon perniagaan, zon rekreasi dan zon perindustrian. Selain itu Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi mempunyai banyak kilang kerana premium tanah yang rendah dan dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih." (Saiful Bahri Kamaruddin, 17 Jun 2016: "UKM Sedia Bantu Jadikan Bangi Bandar Ilmu" - https://www.ukm.my/news/Latest_News/ukm-sedia-bantu-jadikan-bangi-bandar-ilmu/ ).

Pembukaan Kilang-Kilang

Antara kilang-kilang besar yang terawal dibuka di Bandar Baru Bangi (selain dalam lampiran gambar):-

1980 (17 Mei): Hitachi Consumer Product (M) Sdn Bhd dibuka: "On 17 May 1980, Hitachi Consumer Product (M) Sdn Bhd was established in Bangi Industrial Area, Selangor. The total investment amounted to RM 17.6 million. It is a joint venture between Japanese and locals, with Japan holding the interest of 89.3 percent. The company is involved in the electrical and electronics industry through the production of electrical and electronics components." (Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman @ SUSURGALUR, 2(2) September 2014: "The Historical Development of Japanese Investment in Malaysia, 1971 – 1980", m.s.243 - http://www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur/article/view/89 ).

1980: Toshiba (Malaysia) membuka kilangnya. Pengerusinya ketika itu ialah Taib Hj Andak: "Toshiba (Malaysia) is setting up a new plant at the Bangi industrial estate in Selangor which would increase the company's existing production capacity." (BUSINESS TIMES, 13 December 1980, Page 11: "Toshiba sets up new plant in Bangi estate" - https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/biztimes19801213-1.2.45.2 ).

1981: Felda membuka kilang koko, dengan usahasama Nestle: "The cocoa plant, a joint venture with Nestle, is estimated to cost about $20 million. The authority will have a 51 per cent stake in the venture. The mill, to be set up at the Bangi industrial estate in Selangor, will have the capacity to process 6,000 tons of cocoa a year in the initial stage of operations, and this is expected to be doubled in the second phase." (BUSINESS TIMES, 26 March 1981, Page 4: "Felda to set up more agro-joint ventures" - https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/biztimes19810326-1.2.15.1 ).

Lantikan Pengarah Tempatan

Antara amalan biasa syarikat multinasional pada tahun-tahun 1970-an dan 1980-an ialah melantik pengarah dari kalangan pemimpin Melayu tempatan bagi mendapatkan manfaat hubungan langsung dengan kerajaan: "Figurehead Capitalists include former state officials, mainly senior bureaucrats and military officers, as well as some members of royalty, who, because of their stature in Malay society are invited to join the boards of companies - particularly those which are foreign or Chinese owned - in the expectation that their public standing and presence as directors will secure tenders, licences, contracts or other concessions from the state. Figurehead capitalists generally have little control over or interest in the companies of which they are directors, hence our terminology 'figurehead'. Figurehead capitalists can, and often do, serve on boards of companies that are in competition with one another, or companies that are totally unrelated to one another where their core economic activity is concerned. Because demand exceeded supply, particularly in the first decade of the NEP, different companies came to share many of the same public figures as directors-cumfigurehead capitalists. During the 1970's the most obvious example of a figurehead capitalist was Tan Sri Hj Mohd. Noah bin Omar, a former Speaker of the Dewan Rakyat (Parliament) and father-in-law to two Prime Ministers, the late Tun Razak and the late Tun Hussein Onn. In 1977 Tan Sri Noah, then aged 80, held directorships in at least 18 companies. Other examples of figurehead capitalists in the 1970's who held directorships in a large array of companies included Tunku Tan Sri Mohamed bin Tunku Besar Burhanuddin, Tan Sri Taib Andak and Tan Sri Abdul Aziz Mohamed Zain." (Peter Whitford Searle, December 1994: "'Rent-seekers' or real capitalists? : the riddle of Malaysian capitalism" - https://openresearch-repository.anu.edu.au/handle/1885/118720 ).

Kini

Setakat tahun 2007, terdapat sejumlah 43 buah unit kilang di Bandar Baru Bangi: "Pada Tahun 2007, PKNS telah selesai membangunkan Bandar Baru Bangi dengan pembinaan sebanyak 11,040 unit kediaman, 308 unit kedai, 43 unit kilang. ... Kebanyakan kilang-kilang di kawasan industri ini menyediakan pengangkutan bas persendirian kepada pekerja-pekerja mereka." (UPSI Holdings Sdn Bhd @ MPKj, 2018: "LAPORAN INTERIM PELAN TINDAKAN PERBANDARAN RENDAH KARBON BANDAR BARU BANGI 2035", m.s.35, 71, 75 - http://www.mpkj.gov.my/ms/rakyat/komuniti-program/perbandaran-rendah-karbon-bandar-baru-bangi-2035 ).

Kesan Sampingan

1. Lambakan Sisa Industri

Lambakan sisa, akibat kurang prosedur kitar semula: "Sisa daripada sektor pembinaan dan perindustrian adalah terdiri daripada bahan-bahan yang tidak lagi diperlukan di tapak pembinaan dan perindustrian. Sisa–sisa ini bersaiz besar, berat dan kebanyakannya tidak sesuai untuk pembuangan, pembakaran atau pengkomposan seperti keluli, kayu, bata, konkrit dan lain-lain. ... Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang terhasil daripada industri pembinaan dan perindustrian ini seperti mengaplikasikan proses kitar semula bahan berbanding membuang sisa tersebut ke tapak pelupusan sampah. Sehingga akhir tahun 2017, masih tidak terdapat program kitar semula bagi sisa pembinaan dan perindustrian di Bandar Baru Bangi. Semua sisa dihantar ke tapak pelupusan sampah Tanjung Dua Belas. ... sisa pepejal kategori pukal dan industri p**a dihantar ke tapak pelupusan di Sungai Lalang yang diketuai oleh Syarikat Misi Restu Sdn Bhd (MRSD). Anak syarikat dibawah naungan MRSD adalah sebanyak 67 kontraktor bagi mewakili 67 zon kutipan di seluruh mukim." (UPSI Holdings Sdn Bhd @ MPKj, 2018: "LAPORAN INTERIM PELAN TINDAKAN PERBANDARAN RENDAH KARBON BANDAR BARU BANGI 2035", m.s.144-147 - http://www.mpkj.gov.my/ms/rakyat/komuniti-program/perbandaran-rendah-karbon-bandar-baru-bangi-2035 ).

2. Pencemaran Sungai

Pencemaran sungai, akibat sisa tak terawat yang dialirkan atau dibuangkan terus ke sungai. Sebahagian besar Sungai Langat kini dikelaskan sebagai Kelas III (tercemar), akibat kegiatan pelbagai kilang dan industri berdekatan sepanjang sungai ini, termasuk di sekitar Bangi. Sumber pencemaran terbesar adalah pusat-pusat pembetungan tercemar, serta sisa buangan industri: "Langat River, which is a very important source of drinking water, as well as development in the Langat Basin, needs special care to reduce the pollution. Environmental Quality Report of Department of Environment since 1997 to the latest 2013 addressed that the river possessed the status of class III which required extensive treatment before drinking. However, more than one of the nine water treatment plants in the basin had to remain closed several times during 2012-2015 due to high concentration of chemical pollution in the river. ... The hazardous chemical pollution in the river was mainly due to the anthropogenic activities as well as there was lack of enforcement of policies to reduce the pollution. ... Sewerage Treatment Plants (STPs) followed by the industrial sector are considered as the main sources of chemical pollution in the Langat River. Some water quality parameters e.g. Pb, Al, Cr, Cd, Cu, etc. are crossing the level set in Malaysian NDWQS, although it is the main source of drinking water in Selangor. ... There should be strict monitoring on the industrial and sewage discharges into the river to control the discharges without treatment as sources are in different states." (Ahmed Minhaz Farid, Alam Lubna, Ta Goh Choo, Mohamed Che Abd Rahim and Mokhtar Mazlin @ Asian Journal of Water, Environment and Pollution, Vol. 13, No. 1 (2016), pp. 9–15: "A Review on the Chemical Pollution of Langat River, Malaysia" - https://www.researchgate.net/publication/291556592_A_Review_on_the_Chemical_Pollution_of_Langat_River_Malaysia ).

Bagi Bandar Baru Bangi khususnya, terdapat kajian mengenai pencemaran Tasik Cempaka dan Sungai Air Itam, disebabkan oleh sisa perhotelan dan kilang-kilang yang berdekatan: "A study was carried out to determine the status of water quality of Tasik Cempaka which is a part of Sg. Air Itam, located near the Bangi industrial area. The study was carried out for eight months from May and to December 2013. Eight sampling stations were selected from upstream to downstream of Sg. Air Itam which represent the entire body of the lake water. ... These are several sources of pollution that most likely cause of lake pollution namely drainage of Bangi-Putrajaya Hotel and Bangi Golf Resort, factories nearby and settlement activities." (Nurul Ain Syahirah Mohamad Sabri, Md Pauzi Abdullah and Sohif Mat @ UKM, AIP Conference Proceedings 1614, 342 (2014): "Monitoring and Assessment of Water Quality of Tasik Cempaka, Bangi" - https://doi.org/10.1063/1.4895219 ).

Bagi menangani masalah ini, pihak kerajaan pusat telah merancang untuk membangunkan sistem pembuangan berpusat di setiap kawasan perindustrian di negara ini: "Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) setiap lokasi yang diwartakan sebagai kawasan perindustrian akan dibangunkan dengan sistem pembuangan berpusat yang mengawal sisa pembuangan kilang. 'Sistem itu akan mengawal punca (sisa) sebelum turun ke sungai. Dengan cara ini, ia boleh elak sungai daripada tercemar oleh pembuangan sisa kilang,' katanya pada sidang media selepas melancarkan Denai Sungai Langat di sini, hari ini. Katanya pembangunan denai di sepanjang sungai p**a berpotensi mengelak pencerobohan dan pencemaran terutama pembuangan sisa oleh lori." (BERNAMA @ Berita Harian, November 30, 2021: "Loji efluen berpusat di kawasan industri" - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/893556/loji-efluen-berpusat-di-kawasan-industri ).

Kilang-Kilang Utama

Antara kilang-kilang utama di Bangi, dari segi saiz yang besar serta tempoh operasi yang panjang, dinyatakan di dalam setiap lampiran.

1955-07-27: PILIHAN RAYA UMUM PERTAMAPilihan raya umum pertama di Tanah Melayu berlangsung pada 27 Julai 1955. Ia merupa...
16/11/2022

1955-07-27: PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA

Pilihan raya umum pertama di Tanah Melayu berlangsung pada 27 Julai 1955. Ia merupakan satu-satunya pilihan raya umum sebelum merdeka.

Pada hari mengundi, hujan turun dengan lebatnya di Bangi. Namun ramai pengundi tetap keluar mengundi (Peratusan mengundi bagi keseluruhan parlimen Langat: 87%). Ketika petugas Parti Perikatan menawarkan khidmat kereta untuk membawa mereka ke pusat mengundi, ada di kalangan pengundi yang menolaknya, kerana menyokong Parti Negara.

Keputusan pilihan raya menyaksikan Parti Perikatan (pimpinan Tunku Abdul Rahman) menang 51, PMIP (kini PAS) 1, dan Parti Negara (pimpinan Dato Onn Jaafar) kalah di kesemua 30 kerusi yang dipertandingkan. Bangi terletak dalam parlimen Langat, yang dimenangi oleh Abu Bakar Baginda (Perikatan) mengalahkan Mohd Nazir Hj Abdul Jalil (Parti Negara) dengan majoriti 4,922 undi.

Sumber dan maklumat lanjut, dinyatakan di dalam setiap lampiran.

Perlombongan Bijih Timah di Rekoh1840 - 1870-an: Kegiatan Awal"Aktiviti melombong bijih timah di Kajang bermula di satu ...
06/10/2022

Perlombongan Bijih Timah di Rekoh

1840 - 1870-an: Kegiatan Awal

"Aktiviti melombong bijih timah di Kajang bermula di satu kawasan iaitu Reko atau Rekoh yang kini dikenali Kampung Sungai Tangkas yang menjadi daerah paling awal menjalankan aktiviti itu berbanding Kuala Lumpur. Di situ (Reko atau Rekoh) terdapat lombong dan masyarakat Mandailing tinggal di kawasan berkenaan. Orang Mandailing mengetuai aktiviti melombong bijih timah dan menjadi masyarakat pertama menjalankan aktiviti itu sekitar lewat 1840-an atau awal 1850-an." (Lee Kim Sin @ Harian Metro, Ogos 11, 2017: "Bijih timah jutaan tahun" - https://www.hmetro.com.my/nuansa/2017/08/252533/bijih-timah-jutaan-tahun ).

"Decades before establishment of Kajang Town, Reko/Rekoh/Recko was already an active mining town. In 1850s, a dispute was reported between the American prospector and the local Malays. The Americans fled after some lives were lost. The Mendailing migrants from Sumatra were there much earlier prospecting tin and involved in commercial activities. Their chief was Raja Brayun or Jabrayun who later became the Panglima and bodyguard of Sultan Abdul Samad. Swettenham visited the town in 1875 and described that it must be the most established town in the area. Reko left no trace of past glory. Few people knows of its existence. The road leading from Kajang to UKM is called Reko Road." (Lee Kim Sin, 29 Julai 2017: "Decades before establishment of Kajang Town, Reko/Rekoh/Recko was already an active mining town." - https://www.facebook.com/leekimsin/posts/10209269377274330 ).

Cebisan kronologi seterusnya dinyatakan di dalam setiap lampiran.

1960-09: Permohonan Kad Pengenalan"Kad pengenalan untuk Persekutuan Tanah Melayu telah dikeluarkan pada 2 Ogos 1960. Uru...
19/09/2022

1960-09: Permohonan Kad Pengenalan

"Kad pengenalan untuk Persekutuan Tanah Melayu telah dikeluarkan pada 2 Ogos 1960. Urusan kelahiran, kematian, pengangkatan, kewarganegaraan dan perkahwinan pada awalnya diletakkan di bawah kerajaan negeri sehingga undang-undang persekutuan dibentuk untuk memberikan perkhidmatan kepada orang awam mengenai perkara-perkara berkaitan pendaftaran. Jabatan Pendaftaran Negara Tanah Melayu telah dibentuk untuk mentadbir akta untuk Parlimen sehingga ke hari ini." - Sumber dan gambar hiasan: Jabatan Pendaftaran Negara, 2016: "Sejarah" - https://www.jpn.gov.my/my/maklumat-korporat/sejarah

Ianya mendapat sambutan menggalakkan. Kira-kira 2 bulan selepas itu, akhbar melaporkan terdapat masalah dalam proses permohonan, termasuk di Bangi: "The Selangor Registration Officer, Mr. D. Sinnathamby, denied that there were no application forms and clerks to deal with people who wanted to apply for citizenship in the Ulu Langat district. He was commenting on a report from Kajang that several people from Dengkil, Beranang and Bangi were prevented from applying to become citizens because there were no application forms or clerks in the registration centre. The report said people there were confused because no-one in the registration centre could say when the applications for citizenship could be accepted. It added that more than 600 applications were stacked in the office waiting to be dealt with. Mr. Sinnathamby admitted that there was a backlog of applications. He had personally gone to Kajang a few days ago and dealt with about 300. The team of officers working there were undoubtedly slow because they were new to the job, he said." - The Singapore Free Press, 22 September 1960, Page 9: "Citizenship papers pile up: Shortage of clerks, forms blamed" - https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/freepress19600922-1.2.99

Beza kad pengenalan versi 1960, berbanding versi sebelumnya (1948):-

"1948 - Kad pengenalan kertas. Diperkenalkan oleh Kerajaan British untuk melindungi negara daripada ancaman komunis dan dilaksanakan di seluruh tanah Semenanjung dari 1948 hingga 1960.

Ciri-ciri: Tujuan untuk keselamatan, tidak bersalut, gambar hitam putih, cap ibu jari kanan saja, maklumat asal penduduk, tiada taraf kewarganegaraan.

1960 - Evolusi kad pengenalan semakin baik ketika itu, dengan diperkenalkan kad pengenalan plastik. Ia diperkenalkan untuk menambah baik sistem pengeluaran kad pengenalan dilaksanakan di Semenanjung pada 1 Ogos 1960 sebelum diperluaskan ke Sarawak pada 30 Mac 1966 dan ke sabah pada 1 Jun 1972.

Ciri-ciri: Keselamatan yang baik, bersalut dan diproses secara teragih, empat warna bagi menentukan taraf warganegara, maklumat terperinci, gambar hitam putih, cap ibu jari kiri dan kanan."

(Sumber dan gambar hiasan: Alzahrin Alias @ Berita Harian, Mac 10, 2015: "Evolusi kad pengenalan" - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07/39764/evolusi-kad-pengenalan ).

1980-09-02: PERASMIAN UKM BANGI"Pada 2 September 1980 kampus tetap Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi telah dirasmi...
02/09/2022

1980-09-02: PERASMIAN UKM BANGI

"Pada 2 September 1980 kampus tetap Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi telah dirasmikan penubuhannya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ahmad Shah. Upacara perasmian yang penuh gilang gemilang telah dimulakan dengan ketibaan DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak, dan telah disambut oleh Canselor UKM ketika itu, Al-Marhum Tuanku Jaafar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman dan Tuanku Najihah bt Tuanku Besar Burhanuddin. Paluan rebana ubi dan persembahan pancaragam Polis Diraja Malaysia telah memulakan acara perasmian tersebut." - SISWA UKM , 27 April 2016

Sumber gambar-gambar: SISWA UKM dan The Star (Butirannya di dalam setiap lampiran).

Address

Seksyen 3
Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cebisan Sejarah Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share