Amazing Umrah

Amazing Umrah Amazing Umrah Travel Sdn. Bhd

1257112-W/KPK9019/LKU0514 Jaulah Quran diBumi Haramain

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS 📌 Jadilah Pembuka Pintu Kebaikanعن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنَّ مِن...
05/01/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

📌 Jadilah Pembuka Pintu Kebaikan

عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ وَإِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلشَّرِّ مَغَالِيقَ لِلْخَيْرِ فَطُوبَى لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الْخَيْرِ عَلَى يَدَيْهِ وَوَيْلٌ لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الشَّرِّ عَلَى يَدَيْهِ

Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara manusia ada orang yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan. Dan sesungguhnya di antara manusia ada yang menjadi pembuka pintu keburukan dan menutup pintu kebaikan. Beruntunglah orang yang Allah jadikan dirinya sebagai pembuka pintu kebaikan melalui tangannya. Dan celakalah orang yang menjadi pembuka pintu keburukan melalui tangannya.” (HR. Ibnu Majah no. 237) Status: Hadis Hasan

Orang yang ingin dirinya menjadi pembuka pintu kebaikan serta menjadi penutup pintu keburukan, maka hendaklah melakukan hal-hal berikut:

▪️Mengikhlaskan segala perbuatan dan perkataan hanya untuk beribadah kepada Allah dan jadikan ia sebagai sumber kebaikan dan kemuliaan kita.

▪️Berdoa kepada Allah agar diberi taufik menjadi seseorang pembuka pintu kebaikan, kerana doa adalah kunci segala kebaikan.

Sempena tahun baru 2024, marilah kita berusaha menjadi pembuka pintu kebaikan dan sentiasa menutup pintu keburukan.

— JOM UMRAH BERSAMA AMAZING🤩🕋
📲 Ustaz Harris: 013-678 9556
📲 Cik Aqma: 011-2305 8356

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS📌Tiga Golongan Mustajab Doaعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَ...
02/01/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

📌Tiga Golongan Mustajab Doa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang bermusafir, dan doa orang tua untuk anaknya." (HR Tirmizi No: 1828) Status: Hadis Hasan

▪️Doa dari orang yang dizalimi
▪️Doa orang yang sedang bermusafir
▪️Doa dari kedua ibu bapa kepada anak

Semoga kita mendapat doa yang baik dari orang yang sedang bermusafir. Bagi  kedua ibu bapa, pastikan apa yang keluar dari mulut dan yang terlintas dalam  doa untuk anak-anak adalah yang baik-baik kerana ia boleh menjadi mustajab. InsyaAllah🤍

— JOM umrah bersama Amazing‼️🕋
📲 Ustaz Harris: 013-678 9556
📲 Cik Aqma: 011-2305 8356

Selamat Tahun Baru 2024 kepada semua tetamu Allah. Tahun baru, azam baru✨Marilah kita sama-sama bersyukur di atas nikmat...
31/12/2023

Selamat Tahun Baru 2024 kepada semua tetamu Allah. Tahun baru, azam baru✨

Marilah kita sama-sama bersyukur di atas nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita semua. Semoga tahun 2024 ini akan menjadi sebuah tahun yang dipenuhi dengan keberkatan dari-Nya, insyaAllah.

Salam ikhlas dari kami warga kerja Amazing Umrah✈️🕋

SELAMAT PULANG DHUYUFURRAHMANAlhamdulillah, selesai sudah permusafiran group umrah 04 Dec 2023. Ketibaan jemaah disambut...
15/12/2023

SELAMAT PULANG DHUYUFURRAHMAN

Alhamdulillah, selesai sudah permusafiran group umrah 04 Dec 2023. Ketibaan jemaah disambut mesra oleh kakitangan Amazing Umrah yg bertugas di KLIA.

Semoga kepulangan jemaah membawa pulang umrah yang mabrur & ziarah yang maqbul. Terima kasih kerana bersama
Amazing Umrah dalam rehlah umrah🕋


PENERBANGAN UMRAHgroup 04 DEC - 14 DEC 2023Alhamdulillah, syukur. Jemaah group 04 Dec 2023 bersama-sama jemaah dari Ilti...
03/12/2023

PENERBANGAN UMRAH
group 04 DEC - 14 DEC 2023

Alhamdulillah, syukur. Jemaah group 04 Dec 2023 bersama-sama jemaah dari Iltizam Travel telah memulakan permusafiran ke tanah suci dengan Penerbangan
Saudi Airlines direct ke Jeddah, Mekah.

Kita doakan semoga perjalanan jemaah dipermudahkan dan selamat tiba ke destinasi.

MARHABAN YA RAMADHAN🌙فَإِذَا كَانَ رَمَضَانُ اعْتَمِرِى فِيهِ فَإِنَّ عُمْرَةً فِى رَمَضَانَ حَجَّةٌ“Jika Ramadhan tiba,...
28/11/2023

MARHABAN YA RAMADHAN🌙

فَإِذَا كَانَ رَمَضَانُ اعْتَمِرِى فِيهِ فَإِنَّ عُمْرَةً فِى رَمَضَانَ حَجَّةٌ
“Jika Ramadhan tiba, berumrahlah saat itu karena umrah Ramadhan senilai dengan haji.” (HR. Bukhari no. 1782 dan Muslim no. 1256).

RAMADHAN, bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Memberi peluang kepada umat Islam untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk mengerjakan umrah semasa Ramadan bagi memperoleh nikmat beramal ibadat dan mengejar pahala di Tanah Suci.

Seronok betul kalau bulan Ramadan tahun 2024 ni kita dapat:
✅ Solat Terawih berjemaah bersama Imam di Masjidil Haram.
✅ Bersahur & berbuka beramai-ramai di Masjidil Haram.
✅ Dapat bersedekah makanan untuk sahur & iftar kepada orang-orang di sana. MasyaAllah banyak pahala bagi makan😍
✅ Dapat tanam cita-cita untuk khatam Al Quran di Tanah Suci.
✅ Dapat Qiamullail di Masjidil Haram sepanjang malam.

MasyaAllah, mesti ada yang dekat sini dah ada yang rancang nak tunaikan umrah pada bulan Ramadan ni kan?😍

Kalau boleh nak cari yang dah lengkap semua!
Termasuk sahur & iftar, hotel pun yang dah termasuk dengan pelbagai jenis kemudahan, senang untuk jemaah nak ulang alik ke masjid setiap waktu solat. Yang paling penting banyak pengisian yang dapat kita boleh dapat sepanjang berada di Tanah Suci nanti❤️

Jangan risau, jemaah Amazing Umrah akan lebih lama berada di Mekkah berbanding di Madinah🕋


‼️ Seat TERHAD sahaja tau!!

JOM hubungi kami segera di talian:
📲Ustaz Harris - 013 6789556
📲Cik Aqma - 011 23058356

RINDU NAK KE TANAH SUCI ? NAK PAKEJ UMRAH SELESA & JIMAT ??Ya, kami yang anda cari !😍Amazing Umrah Travel Sdn Bhd berpen...
28/11/2023

RINDU NAK KE TANAH SUCI ? NAK PAKEJ UMRAH SELESA & JIMAT ??

Ya, kami yang anda cari !😍

Amazing Umrah Travel Sdn Bhd berpengalaman dalam menguruskan tetamu Allah dengan menyediakan SERVIS TERBAIK‼️

✅ Kami mempunyai LESEN MOTAC (No.Lesen: L/N 10658)
✅ Bekerjasama dengan Sahabat Quran Malaysia dalam menjayakan Program Jaulah Quran Di Bumi Haramain
✅ Kolaborasi bersama Muasasah dan Agent di Saudi dari tahun 2016

Keselesaan jemaah menjadi KEUTAMAAN kami❗️
Makan di hotel secara FULLBOARD🍽️

, ANDA akan dapat :-

✨Haramain High Speed Train
✨Ziarah Tambahan & Makan Tengahari di kota bersejarah - Taif (Mekah)
✨Bermalam di Pergunungan Kota Taif
✨Set Luggage (Beg Kargo & Kabin) EKSKLUSIF Amazing Umrah

Berminat ?
😍 Pendaftaran kini telah dibuka, JOM pergi UMRAH

⚠️Lakukan tempahan segera
⚠️Seat terhad untuk 40 jemaah sahaja satu penerbangan
⚠️Ini mungkin peluang terakhir anda untuk daftar UMRAH. Ayuh bertindak segera ❗️

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian:
📲Ustaz Harris: 013-678 9556
📲Cik Aqma: 011-230 58356


SELAMAT PULANG DHUYUFURRAHMAN Alhamdulillah, wajah-wajah kegembiraan para tetamu Allah. Syukur, selesai sudah permusafir...
30/10/2023

SELAMAT PULANG DHUYUFURRAHMAN

Alhamdulillah, wajah-wajah kegembiraan para tetamu Allah. Syukur, selesai sudah permusafiran di 2 kota suci.

Jemaah selamat tiba di KLIA dan disambut mesra oleh petugas di tanah air.

Terima kasih jemaah 20 Oktober 2023 kerana sudi izinkan Amazing Umrah untuk santuni jemaah sekalian sepanjang perjalanan umrah ini. InsyaAllah ada rezeki kita bertemu lagi. Semoga kepulangan jemaah membawa umrah yang mabrur, insyaAllah.


Majlis Penutup Program Jaulah Quran di Bumi Haramain — group 20 Oktober 2023.Alhamdulillah selesai sudah perjalanan umra...
30/10/2023

Majlis Penutup Program Jaulah Quran di Bumi Haramain — group 20 Oktober 2023.

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan umrah 12 Hari 10 Malam group 20 Oktober 2023.

Bagi penutup perjalanan umrah ini, jemaah dibawa ke Ladang Kurma, Aryaf Taibah Madinah. Jemaah dapat meluangkan masa bersama-sama dan makan Nasi Mandy di Ladang Kurma. Jemaah turut diberikan sijil penghargaan program jaulah quran.

Nak pergi Umrah??
JOM hubungi kami di talian:
📲 Ustaz Harris: 013-6789 556
📲 Cik Aqma: 011-2305 8356


ZIARAH BADAR — group 20 Oktober 2023Menelusuri sejarah perang badar yang berlaku pada 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah. Ia ...
29/10/2023

ZIARAH BADAR
— group 20 Oktober 2023

Menelusuri sejarah perang badar yang berlaku pada 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah. Ia merupakan pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan titik perubahan dalam perjuangan Muhammad dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah.

Alhamdulillah terpancar keceriaan di wajah dhuyufurrahman.

Nak pergi UMRAH?
JOM hubungi kami di talian:
📲Ustaz Harris: 013-678 9556
📲Cik Aqma: 011-2305 8356


ZIARAH SEKITAR MASJID NABAWI - Group 20 Oktober 2023. Inilah Masjid yang Nabi SAW bina dengan tangan mulianya. Inilah ma...
27/10/2023

ZIARAH SEKITAR MASJID NABAWI - Group 20 Oktober 2023.

Inilah Masjid yang Nabi SAW bina dengan tangan mulianya. Inilah masjid yang Nabi SAW solat didalamnya, berkhutbah serta berkumpul dengan para sahabatnya. Inilah masjid dimana jasad baginda Nabi SAW disemadikan.

Keseronokan jelas terasa dalam diri apabila dapat bertamu ke sini. Suatu perasaan yang tidak boleh diceritakan.

Padahal kalau difikirkan semula, solat itu walau dimana-mana pun ia tetap sama. Niat yang sama, cuma tempat solat dan ganjaran solat itu sahaja yang berbeza.

Maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk menjejakkan kaki meziarahi Baginda Rasulullah SAW.

S**a admin share kan gambar-gambar yang sempat dirakam ketika jemaah melaksanakan ziarah sekitar Masjid Nabawi.

Nak pergi Umrah?
Seat UMRAH DECEMBER banyak kosong lagi🤩‼️
JOM hubungi kami SEGERA di talian:
📲Ustaz Harris: 013-6789 556
📲Cik Aqma: 011-2305 8356


ZIARAH LUAR KOTA MADINAH— Group 20 Okt 2023.Bumi Madinah, bumi Rasulullah SAW, bumi yang tenang dan mendamaikan serta bu...
26/10/2023

ZIARAH LUAR KOTA MADINAH
— Group 20 Okt 2023.

Bumi Madinah, bumi Rasulullah SAW, bumi yang tenang dan mendamaikan serta bumi kecintaan buat semua.

Alhamdulillah, group 20 Oktober 2023 telah dibawa menziarahi beberapa tempat di sekitar Kota Madinah oleh Ustaz Ahmad. Jemaah juga sempat dibawa makan bakso di Ladang Kurma😍.

Semoga setiap langkah ke tempat yang pernah dijejakkan oleh Rasulullah SAW akan menjadi saksi di akhirat kelak. Semoga ia menjadi salah satu asbab untuk kita mendapat syafaat Baginda Rasulullah SAW, insyaAllah🤲🏻🤍

Nak pergi UMRAH???
JOM hubungi kami di talian:
📲Ustaz Harris: 013-678 9556
📲Cik Aqma: 011-2305 8356


ZIARAH JA'RANAH - Group 20 Oktober 2023Ya Allah, andai ini boleh dijadikan saksi kecintaan kami, maka jadikanlah langkah...
23/10/2023

ZIARAH JA'RANAH - Group 20 Oktober 2023

Ya Allah, andai ini boleh dijadikan saksi kecintaan kami, maka jadikanlah langkah ziarah kami ini menjadi saksi cinta kami kepada Baginda Rasulullah SAW.

Melihat tapak hijrahmu, melihat akan tempat wuquf dalam manasik hajimu, juga melihat akan tempat saksi turun wahyu buatmu.

Semoga Allah SWT menerima ziarah mereka, insyaAllah🕋


ZIARAH HUDAIBIYAH— Menziarahi tapak yang menjadi saksi akan jejak langkah Baginda Rasulullah SAW bersama dengan para sah...
22/10/2023

ZIARAH HUDAIBIYAH

— Menziarahi tapak yang menjadi saksi akan jejak langkah Baginda Rasulullah SAW bersama dengan para sahabat yang terhalang untuk masuk ke Kota Mekkah dalam penyempurnaan ibadah. Saat itu sangat getir, berlakunya Bai'atul Ridwan dan juga pada akhirnya terlaksana Perjanjian Hudaibiyah.

Perjalanan ziarah kumpulan 20 Oktober 2023 hari ini yang dipandu oleh Ustaz Ahmad & Ustaz Harris. Jemaah dibawa ke Muzium Al Amoudi dan berkesempatan bermiqat di Masjid Hudaibiyah untuk laksanakan ibadah umrah.


NIAT IHRAM UMRAH DI MIQAT QARNUL MANAZIL & UMRAH WAJIB - Group 20 Oktober 2023Alhamdulillah, syukur. Selesai sudah umrah...
21/10/2023

NIAT IHRAM UMRAH DI MIQAT QARNUL MANAZIL & UMRAH WAJIB - Group 20 Oktober 2023

Alhamdulillah, syukur. Selesai sudah umrah wajib kumpulan 20 Oktober 2023 di bawah pimpinan mutawwif, Ustaz Ahmad.

Ya Allah, kami datang dengan penuh pengharapan, mengharap keampunan dari-Mu, mengharap keredhaan Mu. Kami menyerahkan sepenuhnya diri kami kepada-Mu Ya Allah. Ampunilah segala dosa-dosa kami Ya Allah. Terima kasih atas kesempatan dan peluang yang diberikan kepada kami ini Ya Allah.

Semoga mereka mendapat umrah yang mabrur insyaAllah, aamin🤲🏻

Umrah untuk Bulan December ni masih ada seat kosong tau😍
JOM umrah dengan Amazing‼️
📲Ustaz Harris: 013-678 9556
📲 Cik Aqma : 011-2305 8356


ZIARAH KOTA TAIFAlhamdulillah, group jemaah 20 Oktober dapat bermalam di Hotel Rajan, Taif dan kemudiannya dibawa ziarah...
21/10/2023

ZIARAH KOTA TAIF

Alhamdulillah, group jemaah 20 Oktober dapat bermalam di Hotel Rajan, Taif dan kemudiannya dibawa ziarah ke sekitar Kota Taif pada keesokkan harinya.

Ceria sungguh muka jemaah bila dapat menjamu selera Nasi Mandy di Ladang Ros yang terletak di Taif😍.

Nak pergi Umrah dengan Amazing?
Seat Umrah untuk bulan December ni ada kosong lagi tauu‼️📣
JOM hubungi kami di talian:
📲 Ustaz Harris: 013-678 9556
📲 Cik Aqma: 011-2305 8356


Alhamdulillah pada hari ini 20 Oktober 2023 bersamaan dengan 5 Rabiulakhir 1445H, 14 orang jemaah termasuk Ustaz Harris ...
20/10/2023

Alhamdulillah pada hari ini 20 Oktober 2023 bersamaan dengan 5 Rabiulakhir 1445H, 14 orang jemaah termasuk Ustaz Harris sebagai group leader telah berangkat ke Tanah Suci. Jemaah akan tiba di Jeddah direct dari KLIA dengan menaiki penerbangan Saudi Airlines.

Kita sama sama doakan semoga segala urusan jemaah dipermudahkan dan semoga mereka semua mendapat umrah yang mabrur, insyaAllah aamin🤲🏻

Nak pergi umrah dengan Amazing?
Jom hubungi kami di talian:
📲Ustaz Harris: 013-678 9556
📲Cik Aqma: 011-2305 8356


16/10/2023

Persiapan Akhir untuk group jemaah 20 Oktober.

Semoga Allah SWT permudahkan semuanya untuk kita, insyaAllah❤️

14/10/2023

5 TIPS BERBELANJA DI MEKAH & MADINAH⁉️
(tips no.5 ni paling berguna tau🤭)



Kebanyakkan jemaah Amazing Umrah akan bertanya kepada Mutawwif, dekat mana ada jual Kurma, Jubah & ole ole yang murah-murah???

Haaaa😎 jadi dekat sini admin ada bagi serba sedikit tips untuk jemaah berbelanja dengan bijak semasa berada di Mekah & Madinah. Selamat berbelanja!😁


MUSIM CUTI SEKOLAH TIBA LAGI⁉️Ibu bapa mesti excited kan nak bawa anak-anak ke Tanah Suci🤩lagi-lagi bila anak-anak dah c...
04/10/2023

MUSIM CUTI SEKOLAH TIBA LAGI⁉️

Ibu bapa mesti excited kan nak bawa anak-anak ke Tanah Suci🤩
lagi-lagi bila anak-anak dah cuti sekolah ni. Haaa lagi seronok kan kalau dapat pergi Tanah Suci ramai-ramai dengan family😍

Kalau pergi dengan Amazing Umrah, jemaah boleh dapat apa je ya?🤔

Haaa, meh sini admin bagitahu😎

, ANDA akan dapat :-

✅Haramain High Speed Train
✅Ziarah Tambahan ke dua kota-Taif & Badar
✅Bermalam di Pergunungan Taif
✅Makan Malam Istimewa di Ladang Kurma Aryaf Taibah, Madinah sempena Majlis Penutup Jaulah Quran di Bumi Haramain.

dan macam-macam lagii TAWARAN ISTIMEWA yang jemaah akan dapat tau🤩

✈️Penerbangan direct dari KLIA ke Airport Jeddah‼️

📌 7 sebab kenapa ANDA perlu pilih Amazing Umrah :-

✅Pakej FULLBOARD, termasuk makan 3x sehari di Makkah & Madinah.

✅Penerbangan direct ke Jeddah dengan Saudi Airlines (Penerbangan Seat Ekonomi, sektor KUL-JED | MED-KUL)
❌Bukan penerbangan transit, jimat masa & tidak penat.

✅Hotel dekat dengan perkarangan Masjidil Haram, Makkah & Masjidin Nabawi, Madinah.
❌Bukan hotel dengan jarak 1-11 KM untuk ke Masjid.

✅Kami bawa anda ke TAIF & BADAR secara PERCUMA
❌Tak perlu bayaran tambahan.

✅Travel Insurans Berkelompok, Visa Pelancong/Umrah CW Medical Insurance Saudi.

✅Petugas khas di KLIA untuk membantu urusan penerbangan & kepulangan jemaah.
❌Urusan di KLIA sendiri.

✅Pakej Umrah dengan harga yang realistik & munasabah dengan kenaikan harga penerbangan dan hotel semasa.
❌Bukan pakej dengan harga yang tidak masuk akal.

📝 Pendaftaran kini telah dibuka ‼️

⚠️Seat dah tak banyak yang tinggal tau‼️

Berminat ?😍
JOM laju laju hubungi kami di talian:

📲Ustaz Harris: 013-6789556
📲Cik Aqma: 011-23058356



KELEBIHAN MASJID NABAWI Jelas menunjukkan kepada kita akan kelebihan dan fadhilat yang terdapat pada masjid Nabawi dan k...
02/10/2023

KELEBIHAN MASJID NABAWI

Jelas menunjukkan kepada kita akan kelebihan dan fadhilat yang terdapat pada masjid Nabawi dan kelebihan ini tidak terdapat di masjid-masjid yang lain melainkan Masjid Al-Haram dan Masjid Al-Aqsa.

Jadi bagi mereka yang berkesempatan melakukannya maka ia adalah baik dan bag sesiapa tidak berkesempatan maka ia tidaklah menjadi satu kesalahan.

Nak pergi Umrah? 🕋
JOM hubungi kami di talian:
📲 Ustaz Harris: 013-6789556
📲 Cik Aqma: 011-23058356
📲 Cik Aina: 013-9780837



صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَSala...
27/09/2023

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Salam Maulidur Rasul 1445H

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua memperoleh syafaatnya, insyaAllah aamin🤲🏻.

أَوْلَى النَّاسِ بِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." — HR Al-Nasai & Ibnu Hibban


SESI BIMBINGAN DAN PENGHAYATAN UMRAH Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dengan izinya, ha...
23/09/2023

SESI BIMBINGAN DAN PENGHAYATAN UMRAH

Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dengan izinya, hari ini telah berlangsung Sesi Bimbingan & Penghayatan Umrah bagi penerbangan bulan Oktober di Amazing Hall, Selayang yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Remanda. InsyaAllah mereka dijadual berangkat pada tarikh 20 Oktober 2023.

Semoga segala persiapan jemaah untuk melaksanakan umrah dan ziarah berjalan lancar dan dipermudahkan. InsyaAllah.


23/09/2023
SESI BIMBINGAN & PENGHAYATAN UMRAHInsyaAllah pada 23 September (Sabtu) ini akan diadakan Kursus Umrah bagi group penerba...
22/09/2023

SESI BIMBINGAN & PENGHAYATAN UMRAH

InsyaAllah pada 23 September (Sabtu) ini akan diadakan Kursus Umrah bagi group penerbangan jemaah bulan 10 nanti. Kursus ini akan dibimbing oleh Ustaz Ahmad Remanda. Bertempat di Amazing Hall, HQ Amazing Umrah.

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua, insyaAllah aamin🤲🏻

Nak pergi UMRAH??
JOM hubungi kami di talian:
📲Ustaz Harris: 013-678 9556
📲Cik Aqma: 011-2305 8355


NAK RASAI PENGALAMAN UMRAH ZIARAH TURKI 🕋🇹🇷🤩Kali ini Amazing Umrah bawakan kelainan dalam Pakej Umrah kami. InsyaAllah d...
06/09/2023

NAK RASAI PENGALAMAN UMRAH ZIARAH TURKI 🕋🇹🇷🤩

Kali ini Amazing Umrah bawakan kelainan dalam Pakej Umrah kami. InsyaAllah dhuyufurrahman akan bersama-sama kami dalam menelusuri Ziarah di Bumi Anbiya🇹🇷😍

Pelbagai jenis tempat MENARIK yang akan kita lawati, antaranya ialah:
📍Museum St Sophia
📍Turkish Village pf Adampol
📍Masjid Sultanahmet & lain lain..

Kita akan bermalam di Istanbul tau😍
InsyaAllah pada hari ke-4 kita akan masuk ke Mekah untuk tunaikan Ibadah Umrah🕋

✈️Penerbangan menggunakan Saudi Airlines direct ke Istanbul

✈️Tarikh Penerbangan: 22 JAN-04 FEB 2024

📣 Dapat PERCUMA ziarah Taif sekali tau‼️

— jemaah akan dapat:
✅ Tadabbur Quran bersama-sama
✅ Makan Malam di Ladang Kurma, Aryaf Taiba di Madinah
✅ Set Luggage (Beg Cargo & Cabin) EKSLUSIF Amazing Umrah
✅ Makanan di Airport (Arrival/Departure)

Harga ALL IN untuk bilik ber-4 bermula hanya dari RM 10,990 sahaja‼️

Haaa tunggu apa lagi?? Seronok kan😍
JOM cepat-cepat hubungi kami di talian:
📲Ustaz Harris: 013-6789 556
📲Ustaz Dimas: 013-6082 382
📲Cik Aqma: 011-2305 8356



SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR JEMAAH UMRAH GROUP 21 AUG 2023Alhamdulillah syukur. Hari ini jemaah umrah group 21 Aug bers...
01/09/2023

SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR JEMAAH UMRAH GROUP 21 AUG 2023

Alhamdulillah syukur. Hari ini jemaah umrah group 21 Aug bersama mutawwif, Ustaz Ahmad telah selamat tiba di tanah air.

Ketibaan jemaah disambut riang dan penuh kesyukuran. Didoakan semoga kepulangan jemaah mendapat umrah yang mabrur dan selamat tiba di kediaman masing-masing. Terima kasih kerana bersama Amazing Umrah❤️
InsyaAllah, ada ruang & peluang dapat kita berjumpa lagi.❤️

Nak pergi Umrah?
JOM hubungi kami di talian:
📲Ustaz Harris: 013-6789556
📲Cik Aqma: 011-23058356


MERDEKA‼️🇲🇾🇲🇾🇲🇾Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66 tahun pada 31 Ogos 2023 diucapkan kepada seluruh rakyat Mala...
30/08/2023

MERDEKA‼️🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66 tahun pada 31 Ogos 2023 diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia🇲🇾

Semoga negara kita sentiasa terus dikurniakan keamanan, keharmonian dan dilimpahi dengan kejayaan demi kejayaan.

Ucapan ikhlas dari kami warga kerja Amazing Umrah Travel Sdn Bhd. 🤍

MADINAH, KOTA SUCI YANG DIRINDUILangkah menelusuri kesan tinggalan sejarah Baginda Rasulullah SAW di sekitar Madinah Al-...
30/08/2023

MADINAH, KOTA SUCI YANG DIRINDUI

Langkah menelusuri kesan tinggalan sejarah Baginda Rasulullah SAW di sekitar Madinah Al-Munawwarah

Alhamdulillah, jemaah 21 Aug 2023 di bawah kelolaan Ustaz Ahmad sama-sama menjayakan Program Majlis Penutup Jaulah Quran di Bumi Haramain di Ladang Kurma Aryaf Taibah, Madinah.

Program ini dipenuhi dengan pengisian agama & tak dilupakan juga, jemaah dijamu Nasi Mandy😍

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat menjadi asbab memperolehi keberkatan dunia & akhirat, insyaAllah❤️

Nak pergi Umrah?
JOM hubungi kami di talian:
📲 Ustaz Harris: 013-6789556
📲 Ustaz Dimas: 013-6028232
📲 Cik Aqma: 011-23058356


Address

Amazing Umrah, SH-11-3 Selayang 18, Persiaran 3, Dataran Templer
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60136789556

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amazing Umrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Amazing Umrah:

Videos

Share

Category

AMAZING UMRAH TRAVEL SDN BHD.


Other Travel Agencies in Batu Caves

Show All