06/09/2022
💥 HARD ROCK PENANG🔥
Kali ni aku bawa kan hotel lima bintang yang terletak di Batu Feringgi, Penang.
Pernah dengar Hard Rock Hotel, Penang? Aku yakin ramai yang mengimpikan nak stay sini kan?
Bercakap mengenai hotel lima bintang idaman ramai ni, Hotel ini hanya terletak 250 meter sahaja dari Pantai Batu Feringgi.
Kita letak tepi bab pantai tu, apa yang aku nak cerita lepas n, aku yakin korang akan teruja kemudian terus book.
Kah.
Bestnya Hard Rock ni, kau masuk-masuk je kedalam lobi, halwa telinga kau sudah dihidangkan alunan rock classic dari seluruh dunia.
Chill gila.
Dan semestinya perasaan chill kau tu akan terus bawa ke bilik kan? Dengan dekorasi dalaman bilik yang mewah dan tidak lari konsep tentang musik rock haruslah kau terbuai perasaan.
Untuk kau yang bawa anak p**a, nah aku kirakan ini hotel kedua yang kid friendly selain dari Legoland. Banyak gila fasiliti untuk anak-anak di sediakan.
Kau bayangkan kot lah kau nak me time pergi Spa di dalam hotel, kau boleh suruh anak kau menyertai kelas yang Hard rock buat untuk anak. Dari kelas baking, kelas bercerita, tonton movie bersama rakan-rakan yang lain. Kau tinggal je, sebab mereka dah set kan time untuk sesuatu kelas. Jadinya, kau bajet la masa kau sendiri kan.
Gempak tak gempak lah Hard Rock Penang.
Untuk aku, kalau hotel begini ambil semalam tak cukup la der. Paling kurang kau kena lepak dua malam sini.
Nak try macam biasa meh klik sini
http://www.wasap.my/60194130310/hardrockpenang