Persatuan Pemandu Pelancong Mukim Ulu Cheka - Pamuc

Persatuan Pemandu Pelancong Mukim Ulu Cheka - Pamuc PERSATUAN PEMANDU PELANCONG MUKIM ULU CHEKA (PAMUC)

❤️TRAIN FUN TRIP❤️*MERA-PIS FUN TOUR BY TRAIN**2 Hari 1 Malam**(Merapoh-Kuala Lipis)* Tarikh : 27-28 Julai 2024*HARI 01*...
07/07/2024

❤️TRAIN FUN TRIP❤️

*MERA-PIS FUN TOUR BY TRAIN*
*2 Hari 1 Malam*
*(Merapoh-Kuala Lipis)*

Tarikh : 27-28 Julai 2024

*HARI 01*
7.17 pg : ETA Merapoh KTMB Station
Transfer ke *Taman Negara Sungai Relau*
*Fun Activities by 4x4*
- Tree Top Walk
- Santuari Kelah Kuala Jeram (Mandi bersama Ikan Kelah)
Bertolak ke Kuala Lipis
Check-in hotel
*Kuala Lipis Heritage Walk + Night Market*

*HARI 02 😗
Sarapan pagi
Check-out hotel
Bertolak ke Kuala Lipis KTMB Station
10.10 pagi : Bertolak balik dengan keretapi DMU

*HARGA*
*RM265.00/PAX*

*TERMASUK 😗
- Pengangkutan (Merapoh/Kuala Lipis)
- 01 malam penginapan di Kuala LIPIS + sarapan
- Tree Top Walk
- Santuari Kelah Kuala Jeram
- Kuala Lipis Herritage Walk + Night Market
- Guide

*TIDAK TERMASUK 😗
*Tiket Train
*Makan
*Insurans

Contact/whatsapp pertanyaan atau booking 👇🏽
http://www.wasap.my/+60137565836/traintopahang

18/03/2024
Jerantut kampung kas
15/03/2024

Jerantut kampung kas

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐂𝐚𝐦𝐞𝐫𝐨𝐧 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐥𝐚𝐧𝐝𝐬, 𝐉𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐮𝐭 & 𝐑𝐨𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝟏𝟎 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐏𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢.

Majlis Daerah Cameron Highlands Pahang Darul Makmur
MAJLIS DAERAH JERANTUT (MDJERANTUT)
Majlis Daerah Rompin
PLANMalaysia

#𝐜𝐚𝐦𝐞𝐫𝐨𝐧𝐡𝐢𝐠𝐡𝐥𝐚𝐧𝐝𝐬 #𝐣𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐮𝐭 #𝐫𝐨𝐦𝐩𝐢𝐧 #𝐩𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 #𝐯𝐢𝐬𝐢𝐭𝐩𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 #𝐭𝐡𝐢𝐬𝐢𝐬𝐩𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 #𝐭𝐡𝐢𝐬𝐢𝐬𝐩𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐥𝐢𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝 #𝐦𝐨𝐡𝐤𝐞𝐩𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 #𝐩𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠𝐭𝐫𝐮𝐥𝐲𝐦𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 #𝐦𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐭𝐫𝐮𝐥𝐲𝐚𝐬𝐢𝐚 #𝐏𝐋𝐀𝐍𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

09/03/2024
Selamat harungi cabaran Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024KUANTAN 2 Mac - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pa...
02/03/2024

Selamat harungi cabaran Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024

KUANTAN 2 Mac - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan KDYMM Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan selamat mengharungi cabaran ekspedisi buat paduka anakanda, KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang mengetuai Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang bermula esok, Ahad 3 Mac 2024.

Ekspedisi sejauh 400 kilometer itu pastinya melakar satu lagi sejarah bagi Keluarga Diraja Pahang akan kegemilangan Sungai Pahang sebagai pengangkutan utama sejak zaman dahulu.

Kebawah Duli Tuanku berdua bertitah agar paduka anakanda Tengku Mahkota Pahang menitikberatkan aspek keselamatan dengan sentiasa berwaspada sepanjang ekspedisi tersebut termasuk menjaga kesihatan dengan baik.

Sepanjang Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang selama empat hari itu, paduka ayahanda dan paduka bonda turut menitahkan supaya paduka anakanda sentiasa mendampingi serta menyantuni rakyat jelata.

Bertanya khabar dan melihat sendiri bagaimana rakyat jelata menjalani kehidupan seharian. Mana yang boleh dibantu, harus diberi keutamaan.

Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang ini sebenarnya mengimbau kembali sejarah paduka nenda, Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'azzam Shah yang memudik Sungai Pahang untuk ke Perak bagi meminang Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah Almarhum Sultan Sir Iskandar Shah Kadasullah ketika itu.

Ekspedisi selama empat hari itu akan bermula di Pekan dan berakhir di Tanjung Gahai, Lipis itu akan menggunakan bot atau perahu kajang yang suatu ketika dahulu pernah menjadi pengangkutan awam penduduk yang menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan.

Paduka ayahanda dan paduka bonda mendoakan ekspedisi ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan sekali gus dapat membuka ruang kepada paduka anakanda untuk menghayati keindahan alam, mengimbau sejarah dan warisan kegemilangan sungai Pahang serta menyantuni rakyat jelata di sepanjang Sungai Pahang.

Almarhum Sultan Abu Bakar di zaman pemerintahannya sememangnya terkenal sebagai seorang sultan yang berjiwa rakyat. Salah satu aktiviti tahunan baginda semasa hayatnya ialah menyusuri Sungai Pahang dan Sungai Tembeling untuk bertemu dan beramah mesra dengan rakyat jelata di seluruh negeri Pahang.

Gambaran mengenai kembara ini ada dikisahkan oleh seorang penulis Inggeris bernama Peter Moss. Beliau dan Duta Besar Pakistan ke Malaya telah dijemput untuk turut serta dalam rombongan kembara Sultan Abu Bakar melawat ke pelosok kampung di sepanjang Sungai Pahang dengan menaiki perahu panjang pada Mei 1960.

Buku bertajuk 'Distant Archipelagos : Memories of Malaya' dalam bab ' A Regal Progress' menceritakan pengalaman menyusuri Sungai Pahang bermula di Kuala Lipis iaitu pertemuan Sungai Lipis dan Sungai Jelai sehingga ke Kuala Tahan. Rombongan Sultan Abu Bakar disambut penuh meriah oleh penduduk kampung yang berada di sepanjang sungai.

Di setiap kampung yang dilawati, baginda memeriksa dan bertanya keadaan sekolah dan klinik kesihatan selain pertemuan bersama ketua kampung, imam dan pegawai-pegawai kerajaan. Ini disusuli dengan jamuan kenduri secara besar-besaran dan pertunjukan acara serta tarian Mak Inang dan joget di atas pentas yang dibina khusus untuk menyambut rombongan diraja.

Antara kampung yang dilawati ialah Kampung Bantal dan Kampung Pagi selain beberapa perkampungan pesisir sungai lain di kawasan Taman Negara Kuala Tahan dan Kuala Tembeling.

Begitu juga dengan Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah yang memerintah Pahang bagi tempoh 33 tahun iaitu dari 16 Ogos 1881 hingga 9 Mei 1914. Baginda menjelajah seluruh negeri Pahang menerusi Sungai Pahang dan menaiki gajah.

Bagi peserta Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 yang membabitkan enam daerah iaitu Pekan, Maran, Bera, Temerloh, Jerantut dan Lipis dinasihatkan mengutamakan aspek keselamatan dengan memastikan semua kelengkapan termasuk bot dalam keadaan baik.

Pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang mesti dalam keadaan siap siaga dan bersedia berdepan dalam apa juga cabaran dalam menjayakan ekspedisi ini. Dalam ada jua keadaan keselamatan mesti menjadi keutamaan. - KESULTANAN PAHANG





Menjunjung kasih Tuanku. .7Selesai menghadiri Sesi Perjumpaan Bersama Pemandu Pelancong Di Kawasan Rezab Hidupan Liar Te...
22/02/2024

Menjunjung kasih Tuanku. .7

Selesai menghadiri Sesi Perjumpaan Bersama Pemandu Pelancong Di Kawasan Rezab Hidupan Liar Tengku Hassanal Jabatan Perhilitan.

20hb-21hb Feb 2023
Di Pejabat Rezab Hidupan Liar Tengku Hasanal Lancang

Memberi input yang di minta utk pengembangan pelancongan di kawasan tersebut.

Kami mewakili Persatuan Pemandu Pelancong Mukim Ulu Cheka - Pamuc

Di sertai oleh Nature Guide/Malim Gunung.
1. Persatuan Pemandu Pelancong Hulu Cheka
2. Persatuan Pemandu Pelancong Kuala Gandah
3. Pemandu Pelancong In House Kg Terbol
4. Kuala Gandah Eco World
5. Persatuan Malim Gunung Raub

DAULAT TUANKUMenjunjung kasih Tuanku,terima kasih atas pemerintahan Tuanku selama 5 tahun dan bakal dirindui oleh seluru...
30/01/2024

DAULAT TUANKU

Menjunjung kasih Tuanku,terima kasih atas pemerintahan Tuanku selama 5 tahun dan bakal dirindui oleh seluruh rakyat Malaysia.

Memuliakan keberangkatan balik ke negeri Pahang Darul Makmur setelah selamat menyempurnakan pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Selamat berangkat pulang ke negeri Pahang Darul Makmur.Sebagai warga anak Pahang,patik sangat berbangga dan bersyukur kerana mempunyai seorang raja yang berjiwa rakyat.

Semoga Tuanku berdua sentiasa di dalam lindungan allh swt.

Merafak sembah dan menjunjung kasih daripada Persatuan pemandu pelancong mukim hulu cheka.

22/01/2024

Puncak Permatang Angin, Gunung Benom.
~Rezab Hidupan Liar Tengku Hassanal.

Permatang angin adalah tapak perkhemahan ketiga dijalur pendakian Gunung Benom.

Kemsite ini berada di ketinggian 2050 meter dari paras laut.Aokmer semua jangan risau pasal sumber air disini kerana kami ada sediakan tangki air bersistem tadahan air hujan.Insha allah cukup untuk kegunaan memasak dan minum.

Angin dekat sini kadang kadang menganas jugak macam nama dia.Suhu paling rendah pernah direkod adalah 10 darjah celcius.Memang ketar sampai kelutut lah.

Tapi "view sunrise"memang cun giler.Kalau ada rezeki dia belanja pakej awan karpet sekali.

Lagi untung kalau ada cacing benom gergasi keluar tepi fly sheet demeh tu je..Dapat pakej lengkap terus orang kabo.

Banjaran Tahan dan Titiwangsa pun boleh nampak dari sini.Bile malam pulak demeh boleh layan "view" lampu tamadun tamadun manusia dekat bawah tu dari atas puncak ni wehh...

Nak layan stargazzing pun puas hati..Bergelipan bintang bintang dekat langit ter..

Kepada bakal pendaki Gunung Benom inshaallah,kita akan berjumpa nanti.

Tahun Rakyat Malaysia Melawat Malaysia🇲🇾"



𝗚𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗥𝗢𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡, 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗥𝗝𝗔𝗠𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡✅Anda pengusaha pusat agropelancongan?✅Memerlukan d...
05/01/2024

𝗚𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗥𝗢𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡, 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗥𝗝𝗔𝗠𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡

✅Anda pengusaha pusat agropelancongan?

✅Memerlukan dana untuk menaiktaraf tempat anda?

💵𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗗𝗜𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗦𝗜𝗠𝗨𝗠 𝗦𝗘𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝗥𝗠𝟮𝟬𝟬,𝟬𝟬𝟬

Mohon sekarang dengan mengimbas kod QR yang tertera

𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 : 𝟭𝟱 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰

Untuk pertanyaan lanjut:

Unit Agropelancongan, Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani

03-8870 1799 / 8870 1797





BURUNG PACAT DI SEMENANJUNG MALAYSIABurung Pacat mempunyai bentuk badan yang bulat dengan paruh yang tebal, ekor pendek ...
20/12/2023

BURUNG PACAT DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Burung Pacat mempunyai bentuk badan yang bulat dengan paruh yang tebal, ekor pendek dan kaki yang panjang. Burung ini biasanya boleh ditemui di lantai hutan, spesies ini agak pemalu dan sukar untuk dilihat tetapi boleh ditemui berdekatan denai hidupan liar. Makanannya terdiri daripada semut, serangga, cacing dan larva. Kesemua Burung Pacat di Semenanjung Malaysia Dilindungi Sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Pacat Sayap Biru dan Pacat Gembala Pelanduk merupakan spesies hijrah. Burung Pacat semakin terancam akibat gangguan terhadap habitatnya.

09/12/2023

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah bertitah yang menyeru agar semua pihak, termasuklah kerajaan, NGO untuk bersama dalam isu alam sekitar.

Isu alam sekitar terutamanya yang melibatkan kelestarian bukanlah tugas yang hanya digalas oleh satu atau dua pihak namun ianya merupakan tanggungjawab kolektif yang dilakukan bersama.

Justeru titah Kebawah Duli Tuanku itu hendaklah dijunjung dan nilai-nilai kebaikan serta kepentingan dalam hal pemeliharaan alam sekitar hendaklah dijadikan sebagai dasar pendidikan agar generasi kini mahupun akan datang dapat terus mengamalkan nilai pemeliharaan serta mendapat manfaat daripadanya.

06/12/2023

Lata Bujang | Trans Benum via Ulu Cheka

Setelah hari ke-5 pendakian, sebarang trek yang melencong dari trek utama adalah sesuatu yang membebankan. Memandangkan laluan ke Lata Bujang ini perlu keluar dari trek utama dan melalui simpang, pasukan mula berkira-kira untuk tidak meneruskan hasrat ke Lata Bujang. Tambahan lagi, nak ke 4x4 pickup point lagi 1jam 30minit, patin tempoyak pun dah menunggu.

Namun, semangat pantang mundur masih ada yang tersisa, tanpa diberi ruang berfikir, semua dikerah ke Lata Bujang. Bermulalah bunga bunga scam berputik bila berjalan di tepian sungai tanpa menampakkan sebarang tanda untuk tiba ke Air Terjun dalam masa terdekat.

Sekitar 30 minit perjalanan rupanya Lata Bujang ni memang kawasan Air Terjun yang hadir tiba-tiba. Patutlah tiada petanda menaik atau sebagainya. Begitu cantik di mata dengan kombinasi beberapa terjunan air. Jernih dan menyegarkan juga airnya.

Lata Bujang adalah nama panggilan OA tempatan disini. Penutup yang indah buat pengembaraan Trans Benum via Ulu Cheka.

Trans Benum edisi 2024 akan datang pada tarikh CNY bulan Februari.

04/12/2023

BENGKEL TENTERA KOMUNIS | BATU SERONDONG

Ini adalah antara yang tersimpan di dalam sejarah Gunung Benum, Batu Serondong yang dahulunya dijadikan sebagai bengkel membaiki senjata tentera komunis sekitar zaman 60an. Juga terdapat kesan conteng pada batu yang sepertinya dalam bahasa mereka.

Operasi tentera menemukan banyak kelonsong peluru dan alatan senjata disini. Dahulunya terdapat binaan-binaan kem sementara yang dibangunkan tidak sebagaimana apa yang dapat dilihat hari ini.

Batu Serondong bukan sahaja menjadi salah satu lokasi menarik bagi pendakian ke Gunung Benum malah juga dijadikan tapak perkhemahan alternatif. Uniknya terdapat ruang dicelahan batu yang sesuai dijadikan ruang tidur bagi 3-4 orang. Juga terdapat kawasan untuk pemasangan khemah. Namun, tiada sumber air disini dan pendaki hendaklah buat persediaan air dari Gunung Lilin jika merancang untuk berkhemah disini.

Ekspedisi seterusnya Trans Benum adalah pada 8-12 Februari 2024. Jom bersama kami dalam ekspedisi nanti. Banyak yang menarik bakal dirasai

03/12/2023

𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒 𝐁𝐄𝐍𝐔𝐌 via Ulu Cheka
8-12 Februari 2024
Khamis - Isnin

Gabungan sejarah, cerita rakyat, mistik dan denai pendakian yang dara menjadikan ekspedisi Trans Benum ini sangat klasik dan mengisi jiwa.

Jom rasai keasliannya bersama kami
𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐁𝐔𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐃𝐕𝐄𝐍𝐓𝐔𝐑𝐄

 Suku BukuSemua dijemput hadir ke Persembahan GASING Pangkah & Hammock Days 2 Dis 2023/ SabtuGASING PANGKAHAda yang kena...
19/11/2023

Suku Buku

Semua dijemput hadir ke Persembahan GASING Pangkah & Hammock Days
2 Dis 2023/ Sabtu

GASING PANGKAH
Ada yang kenal dan tahu gaya permainan Gasing Pangkah? Ramai yang tahu dan ramai juga yang tidak tahu. Moh ke Lang Buana Eco Park saksikan sendiri demo dan persembahan oleh Pasukan Sommer Spinner Kg Som.

HAMMOCK DAYS
Berminat untuk sertai Hammock Days? Moh beramai-ramai santai bawah kanopi pokok-pokok di Lang Buana Eco Park dengan Hammock masing-masing.

Berminat? Hubungi Saudara Rafiz Azuan di http://wasap.my/60193351731/HammockDays

Tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menawan puncak benum (1 Feb - 5 Feb)Lepas ni datang lah lagi habis kan punca...
06/02/2022

Tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menawan puncak benum (1 Feb - 5 Feb)
Lepas ni datang lah lagi habis kan puncak yang ada di ulu cheka ni...Benum Via Ulu Cheka

Kempen Tahun Rakyat Malaysia Melawat Malaysia🇲🇾

15/01/2022

Program “Mantak Wokmer “ bersama RTM . Santai & on-the-go.

07/12/2021
01/12/2021

Salah satu jeram sungai cantik yang masih tak diganggu ada dalam hutan hujan tropika dalam negeri Pahang. Sekecil kecil sungai ni sehinggalah sebesar Sungai Pahang, telah menjadi sumber dan nadi kepada semua hidupan termasuk tumbuhan, haiwan, manusia dan pacat 😂. Sungai macam ni dapat dikelaskan sebagai sungai kelas satu sebab masih bersih dan jernih sejernih air Coway dan sejuk gilaaa. Sungai dan hutan macam ni lah kita kena jaga dari kerakusan species kita sendiri. Kita kena ingat, Bumi ni bukan hak kita sorang, tapi menjadi perkongsian dengan hidupan lain walaupun dengan seekor lintah. Rosak sungai disebabkan pencemaran walaupun sikit, hancurlah satu ekosistem yang bergantung harap dekat sebatang sungai tu termasuklah kita. Matematik yang mudah tapi kita selalu tersalah congak.

Assalamualaikum...kerjasama anda meluangkan sedikit masa untuk mengisi borang soal selidik ini amatlah kami hargai.Sila ...
27/11/2021

Assalamualaikum...kerjasama anda meluangkan sedikit masa untuk mengisi borang soal selidik ini amatlah kami hargai.Sila klik pautan ini untuk menjawab soalan soal selidik.Mari Bersama kami bantu untuk selamatkan hutan di Mukim Hulu Cheka dari ancaman penerokaan Hutan tidak terkawal. Terima Kasih☺

AssalammualaikumKawasan Eko Pelancongan Rizab Krau dah dibuka untuk umum..Kalau teringin nak cuba gunung ganang dan sung...
13/10/2021

Assalammualaikum

Kawasan Eko Pelancongan Rizab Krau dah dibuka untuk umum..Kalau teringin nak cuba gunung ganang dan sungai boleh lah riki sekarang sebelum hutan tutup..

LATA KAWAH DUSUN KALONG ULU CHEKA   ~Centre Point Pamuc PERSATUAN PEMANDU PELANCONG MUKIM ULU CHEKA (PAMUC) Marilah beri...
23/09/2021

LATA KAWAH DUSUN KALONG ULU CHEKA ~Centre Point Pamuc PERSATUAN PEMANDU PELANCONG MUKIM ULU CHEKA (PAMUC)

Marilah beriadah dengan amalan normal baharu..Tenang di tempat yang sangat tenang..
Fasiliti yang tersedia untuk keluarga.
Dewan~
Wakaf~
Tandas~
Kawasan parking kereta/motosikal~

Cc: deli

Gelombang Pelancongan Hijau di Pahang dijadualkan bermula dengan Bukit Fraser seawal 8.8.2021 dan akan diikuti oleh dest...
03/08/2021

Gelombang Pelancongan Hijau di Pahang dijadualkan bermula dengan Bukit Fraser seawal 8.8.2021 dan akan diikuti oleh destinasi pelancongan yang lain setelah mendapat kebenaran sepenuhnya dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kempem Rakyat Malaysia Melawat Malaysia🇲🇾



Gelembung Pelancongan Hijau di Pahang dijadualkan bermula dengan Bukit Fraser seawal 8.8.2021 dan akan diikuti oleh destinasi pelancongan yang lain setelah mendapat kebenaran sepenuhnya dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).

19/07/2021

Address

Ulu Cheka Jerantut
Jerantut

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pemandu Pelancong Mukim Ulu Cheka - Pamuc posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category


Other Tour Guides in Jerantut

Show All