KUJDT

KUJDT Setiap memori penuh erti
(165)

21/09/2024

Go Umrah Taman Ilmu

21/09/2024

GO UMRAH KUJDT edisi PUTRAJAYA

KURSUS GO UMRAH DUA LOKASI SERENTAK PAGI NI Insya Allah pagi ni akan berlangsung dua Kursus GO Umrah secara serentak di ...
20/09/2024

KURSUS GO UMRAH DUA LOKASI SERENTAK PAGI NI

Insya Allah pagi ni akan berlangsung dua Kursus GO Umrah secara serentak di dua lokasi ini :

Lokasi 1: Masjid Jamek BBU JB
Sabtu, 21 September 2024
9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi 2: Pejabat Cawangan KUJDT
UG-30, Menara Shaftsbury Putrajaya.
Sabtu, 21 September 2024
9.00 pagi - 12.00 tengahari

Yang berdekatan dengan dua lokasi ni, jemput hadir ya!

20/09/2024
KURSUS GO UMRAH PERCUMA ESOK DI JB DAN PUTRAJAYAJangan lepaskan peluang join Kursus GO UMRAH yang dah bantu lebih 10,000...
20/09/2024

KURSUS GO UMRAH PERCUMA ESOK DI JB DAN PUTRAJAYA

Jangan lepaskan peluang join Kursus GO UMRAH yang dah bantu lebih 10,000 orang faham cara nak buat Umrah!

Lokasi 1: Masjid Jamek BBU JB
Sabtu, 21 September 2024
9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi 2: Taman Ilmu KUJDT JB
No 41,Jln Perjiranan 4/4, Bandar Dato' Onn.
Sabtu, 21 September 2024
2.30 petang - 5.00 petang

Lokasi 3: Pejabat Cawangan KUJDT,
UG-30, Menara Shaftsbury Putrajaya.
Sabtu, 21 September 2024
2.30 petang - 5.00 petang

Jumpa esok ya!

Boleh daftar sini, klik link ni👇🏻
http://bit.ly/GOUMRAHKUJDT

YA ALLAH, SAMPAIKAN GILIRAN KUSaat melihat ramai jemaah yang sudah jejakkan kaki di bumi Mekah, hati ini tak dapat tahan...
20/09/2024

YA ALLAH, SAMPAIKAN GILIRAN KU

Saat melihat ramai jemaah yang sudah jejakkan kaki di bumi Mekah, hati ini tak dapat tahan rasa rindu dan teringin untuk berada di sana. Selalu terlintas dalam fikiran, "Ya Allah, bila giliran aku?"

Usaha sudah, doa pun tak tinggal. Jangan pernah ragu dengan takdir Allah SWT, sebab semua yang berlaku adalah takdir.

Bagi anda yang sedang berusaha untuk ke sana, teruskanlah perjuangan itu dengan penuh harapan diiringi doa tanpa henti.

Setiap langkah kita menuju Tanah Suci adalah satu pengorbanan yang luar biasa. Bagi yang sudah rasai keindahan Mekah, ingatlah untuk doakan kami yang masih menanti giliran.

Kuatkan keinginan dan kemahuan, Insya Allah, saat yang dinanti-nantikan pasti akan tiba. Kami di KUJDT setia mendoakan anda supaya dapat jejak kaki di Tanah Suci.

Ada yang nak mulakan langkah pertama untuk menunaikan Umrah? PM kami sekarang. Insya Allah kami bantu.

THROWBACK JEMAAH TRIP 090924 BAS TEMBIKAI & BAS LEMON : MUZIUM ALAMOUDI - MASJID SYUMASYI HUDAIBIYAH - UMRAH KEDUA - ZIA...
19/09/2024

THROWBACK JEMAAH TRIP 090924 BAS TEMBIKAI & BAS LEMON : MUZIUM ALAMOUDI - MASJID SYUMASYI HUDAIBIYAH - UMRAH KEDUA - ZIARAH JABAL TSUR & JABAL RAHMAH- UMRAH KETIGA - MUZIUM BUDAYA WAHYU

Semua urusan hari pertama selesai dengan baik di Mekah, sambung hari esoknya dengan ziarah2 lain untuk Umrah kedua dan Umrah ketiga.

Sebelum niat untuk Umrah kedua, kita ziarah di muzium alamoudi, bersantai2 dan bergerak p**a ke Masjid Syumaisyi di Hudaibiyah.

Di Masjid Hudaibiyah ini, kita akan ceritakan sikit antara persitiwa yang besar dalam sejarah islam, iaitu perjanjian Hudaibiyah.

Selesai tazkirah, berdoa beramai2 mengambil berkat tempat yang dimana Rasulullah SAW menjamin syurga sahabat2 nya.

Niat ihram beserta bimbingan, terus bertolak ke hotel untuk berehat, dan terus turun ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah Umrah kali kedua.

Selesai Umrah kedua, esoknya kita sambung ziarah di dua tempat yang penting, Jabal Rahmah & Jabal Tsur. Walaupun ada ziarah yang santai2, ziarah mengejar ibrah pon kita tak tinggal.

Untuk niat Umrah ketiga ni, kita akan berniat ihram di Ja'ranah. Kat sini antara tempat yang ramai orang akan berniat selain dari miqat Qarnul Manazil.

Pulang semula ke hotel, untuk menunaikan Umrah beserta bimbingan yang ketiga. Daripada niat, sampai lah selesai tahalul kita bimbing dengan rapat.

Di sebelah malam p**a, kita juga ada aktiviti yang best. Kita akan ziarah ke Muzium Budaya Hira, yang berada di kaki Jabal Nur. Alang2 tu, sapa yang nak panjat gunung boleh jer kita bawak sekali 😆

Alhamdulillah, program sepanjang dua hari ni semua berjalan dengan lancar. Umrah sambil2 ziarah, tak tinggal belajar sirah Rasulullah SAW.

Ada sini yang tengah survey2 pakej Umrah? Boleh jer pm KUJDT. Kita bincang kasi jadi.

TERIMA KASIH WAQAF AN NUR & TEAM MASJID SULTAN ISKANDAR BANDAR DATO ONN ATAS KUNJUNGAN KE KUJDT"Mudir, ada mana tu? Bole...
18/09/2024

TERIMA KASIH WAQAF AN NUR & TEAM MASJID SULTAN ISKANDAR BANDAR DATO ONN ATAS KUNJUNGAN KE KUJDT

"Mudir, ada mana tu? Boleh jumpa? Ada benda penting nak bincang!"

Suspen... Imam Abdullah MSI nak jumpa. "Jemput datang opis tuan Imam, bawak team sekali ek".

Rupanya Waqaf An-Nur nak jemput KUJDT joint KARNIVAL MAHABBAH @ MSI 3-5 Oktober 2024 di booth korporat diorang. Insyaallah dalam program ni, KUJDT akan sponsor 1 PAKEJ UMRAH PERCUMA!

Insyaallah banyak program menarik bersama Ikim.FM dan artis2 nasyid pop**ar akan terlibat sama. Tunggu Kursus Umrah Perdana by KUJDT nanti ya!

Syukur Ya Rabb, kami yang kecil dapat menumpang dalam acara besar ini🤲🏻. Jumpa nanti 3-5 Oktober 2024 di KARNIVAL MAHABBAH @ MASJID SULTAN ISKANDAR ek😊

3 TIPS DAN PANDUAN KESIHATAN SEPANJANG BERADA DI TANAH SUCI1) APA UBAT NAK BAWAK DARI MALAYSIA?Bawa ubat sakit darah tin...
18/09/2024

3 TIPS DAN PANDUAN KESIHATAN SEPANJANG BERADA DI TANAH SUCI

1) APA UBAT NAK BAWAK DARI MALAYSIA?
Bawa ubat sakit darah tinggi, kencing manis, dll berkaitan (jika penghidap) secukupnya. Stok di Saudi mungkin berbeza jenama dan dosnya.

2) PERSEDIAAN UBAT BASIC
Antara ubat biasa jemaah bawa seperti Panadol, ubat sakit tekak (Difflam), Gaviscon, Minyak Cap Kapak, krim tumit pecah, sanitizer dll sekadarnya.

3) ADA INSURAN KE?
KUJDT dah ambil perlindungan takaful (Klinik Panel) E-CARE UMRAH untuk rawatan pesakit luar 'cashless' dan PERCUMA sehingga RM1000.

Contoh untuk sakit pening, demam biasa di hospital swasta tertentu. Maklumat Team KUJDT jika memerlukan rawatan. Kami akan bawa ke Hospital dan klinik panel.

Harapnya tips dari kami ni dapat bantu sedikit sebanyak bagi mereka yang tengah siapkan diri untuk menunaikan ibadah Umrah.

Ada lagi tips2 yang korang nak tahu? Cer tulis kat komen. Nanti kita bantu untuk share.

18/09/2024

LIVE Trip 180924 Bas Anggur Bersama Ustaz Akmal Ziarah Masjid Ibn Abbas

KURSUS GO UMRAH PERCUMA KHUSUS UNTUK ORANG PUTRAJAYA!Di Pejabat KUJDT Cawangan PutrajayaMasa : 9.00 pagi - 12.00 tengah ...
18/09/2024

KURSUS GO UMRAH PERCUMA KHUSUS UNTUK ORANG PUTRAJAYA!

Di Pejabat KUJDT Cawangan Putrajaya
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Hari : Sabtu, 21 September 2024

Orang PUTRAJAYA, jangan lepaskan peluang join Kursus GO UMRAH yang dah bantu lebih 10,000 orang faham Umrah!

Jumpa Sabtu ni orang PUTRAJAYA.

Terhad 20 orang jer ek.

Daftar awal, klik link ni👇🏻
http://bit.ly/GOUMRAHKUJDT

KURSUS GO UMRAH PERCUMA KHUSUS UNTUK ORANG JB!Di Masjid Jamek BBUMasa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hariHari : Sabtu, 21 Se...
18/09/2024

KURSUS GO UMRAH PERCUMA KHUSUS UNTUK ORANG JB!

Di Masjid Jamek BBU
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Hari : Sabtu, 21 September 2024

Orang JB, jangan lepaskan peluang join Kursus GO UMRAH yang dah bantu lebih 10,000 orang faham Umrah!

Jumpa Sabtu ni orang JB.

Daftar awal, klik link ni👇🏻
http://bit.ly/GOUMRAHKUJDT

SUNGGUH AKU RINDUSaat kaki jejak Bumi Madinah, melangkah masuk ke Masjid Nabawi, sambil mengucapkan "Assalamualaika Ya R...
17/09/2024

SUNGGUH AKU RINDU

Saat kaki jejak Bumi Madinah, melangkah masuk ke Masjid Nabawi, sambil mengucapkan "Assalamualaika Ya Rasulullah"...

Di sinilah tempat di mana cinta dan rindu bertaut, menambahkan lagi kekuatan perasaan ini terhadap Rasulullah SAW. Mengalir air mata sambil berselawat pada Baginda Nabi SAW.

Percayalah, bila berada di Madinah, dalam suasana yang tenang, kita dilingkupi rasa rindukan Rasulullah, dalam setiap doa dan sujud.

Lebih2 lagi waktu ziarah di Raudhah, hati tersentuh, seakan2 Rasulullah SAW masih berada bersama kita, mengajar kita erti sebuah cinta kepada Nabi SAW.

Sama2 kita terus usaha, dan doa agar Allah sampaikan kita di sini, untuk ucapkan salam pada junjungan mulia, sekaligus mengubati rindu pada Baginda.

THROWBACK JEMAAH TRIP 090924 BAS TEMBIKAI & BAS LEMON : JB - KLIA - LANDING DI JEDDAH AIRPORT - ZIARAH TAIF - MIQAT QARN...
17/09/2024

THROWBACK JEMAAH TRIP 090924 BAS TEMBIKAI & BAS LEMON : JB - KLIA - LANDING DI JEDDAH AIRPORT - ZIARAH TAIF - MIQAT QARNUL MANAZIL - UMRAH PERTAMA - CIK KIAH

Bertolak dari Pejabat KUJDT, bersama dua Musyrif, iaitu Ustaz Izuddin dan Ustaz Abdul Wafi. Kita bimbing rapat2 dari mula terbang hingga p**ang ke Tanah Air tau.

Sampai di KLIA, dibantu juga oleh petugas KUJDT untuk urusan check in sehingga lah selesai. Berkumpul sekali lagi untuk bacaan doa kali terakhir.

Kita landing Jeddah dan terus masuk ke Taif, untuk berehat semalaman supaya jemaah tak terlalu penat untuk aktiviti ziarah hari seterusnya.

Solat subuh berjemaah esok harinya, dan kuliah subuh bersama pembimbing Umrah. Sambil santai2 ada juga pengisian.

Selesai kuliah subuh, kita mulakan aktiviti ziarah di kawasan Taif. Highlight kat ziarah ni antaranya pekana nasi arab Taif. Ini dapat rasa sekali jer, kalau balik Malaysia konpem teringat.

Siap ziarah, bertolak ke Qarnul Manazil dan berniat Umrah bersama2, dan terus menuju ke hotel di Mekah untuk check in dan makan malam.

Dah siap semua urusan, berkumpul di lobi hotel dan bergerak sama2 untuk menunaikan Ibadah Umrah yang pertama bersama Musyrif.

Inilah momen yang paling dinantikan oleh jemaah, saat pertama kali melihat Kaabah. Sayu, sebak tengok jemaah menangis2 tak mampu nak ucap apa2.

Hanya mampu doa dalam hati, sambil ucap syukur banyak2, terima kasih Ya Allah kerana sampaikan aku di sini.

Selesai Umrah, esok hari lepas sarapan kita bawa jemaah pusing2 sekitar kawan hotel, nak tunjuk kat mana nak beli barang keperluan asas.

Contoh macam dobi, ATM, money changer dan lain2. Mudah lah untuk jemaah urus sepanjang dekat sana nanti.

Ada sini yang tengah survey2 pakej Umrah? Boleh jer pm KUJDT. Kita bincang kasi jadi.

17/09/2024

Jemaah Trip 170924, Bas Anggur..Bertolak ke KLIA, memulakan perjalanan umrah

17/09/2024

LIVE Trip 090924 Bas Tembikai & Lemon Ziarah Masjid Quba’

ISTANBUL DESTINASI SUPERB, INI 5 SEBABNYA1. Keajaiban Sejarah dan Budaya Istanbul, kota yang kaya dengan sejarah dan bud...
16/09/2024

ISTANBUL DESTINASI SUPERB, INI 5 SEBABNYA

1. Keajaiban Sejarah dan Budaya

Istanbul, kota yang kaya dengan sejarah dan budaya. Hampir setiap sudut kota ini penuh dengan kisah, ibarat kita langkah ke dalam buku sejarah yang terhidang depan mata, dan lihat secara langsung budaya dan seni bina dulu. Dari legasi Byzantine, Rom, Greek dan paling penting Khalifah Utmaniyyah, memang buku sejarah hidup!

2. Kepelbagaian Masakan yang Menyelerakan

Disebabkan banyak budaya dan bangsa yang berbeza, Istanbul menawarkan macam2 jenis makanan yang super rare. Contoh seperti doner, baklava, teh turki, shawarma, kambing golek, steak yang Halal.

3. Selat Bosphorus yang Menakjubkan

Bosphorus, selat yang pisahkan Turkiye Asia dan Turkiye Eropah. Tarikan utama kat sini adalah menaiki cruise melintasi selat Bosphorus, sambil layan view mahal dan super cantik.

4. S**a Shopping? Ini tempatnya!

Grand Bazaar dan Spice Bazaar di Istanbul, ini dua tempat sahaja akan buat anda pening nak pilih shopping apa sebab beratus kedai ada. Grand Bazaar, kedai yang menjual barang-barang perhiasan, tekstil, barang antik, dan banyak lagi. Spice Bazaar menjual pelbagai jenis herba, rempah ratus, dan makanan khas Turki yang ngam di tekak dan penuh warna warni.

5. Masjid Indah, bercuti tanpa tinggal ibadah

Istanbul adalah rumah kepada beberapa masjid paling indah di dunia, termasuk Masjid Biru yang ikonik dengan kubah besar dan enam menaranya. Ziarah masjid2 ni bukan semata2 nak tengok seni bina, tapi juga untuk belajar tentang sejarah dan rasai pengalaman solat bersama orang tempatan.

Kesimp**annya, Istanbul adalah destinasi percutian yang tawarkan gabungan unik sejarah, budaya, masakan, dan view alam. Dengan kekayaannya yang bermacam, dari seni bina hingga masakan, Istanbul tawarkan pengalaman percutian yang menjanjikan setiap memori penuh erti.

THROWBACK GO UMRAH KUJDT | TAMAN ILMU KLUANG | MASJID AL JAWAHER MUTIARA RINI | PEJABAT KUJDT CAWANGAN PUTRAJAYA3 Kursus...
16/09/2024

THROWBACK GO UMRAH KUJDT | TAMAN ILMU KLUANG | MASJID AL JAWAHER MUTIARA RINI | PEJABAT KUJDT CAWANGAN PUTRAJAYA

3 Kursus jalan serentak kelmarin, di Taman Ilmu Kluang, Masjid Al Jawaher Mutiara Rini dan Pejabat KUJDT cawangan Putrajaya.

Syukur dapat bantu ramai orang yang ingin nak tahu tentang ilmu Umrah sekaligus beri kesedaran dan semangat untuk menuju Baitullah satu hari nanti.

Tahniah dan terima kasih kepada geng JB, Kluang dan Putrajaya yang hadir Kursus GO Umrah di tiga lokasi ni. Moga Allah SWT beri kefahaman ilmu bermanfaat tentang Umrah.

Semoga giliran anda semua untuk tunaikan Umrah akan hadir dalam masa terdekat ini🤲🏻

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا زِيَارَةَ بَيْتِكَ اَلْمُعَظَّمْ وَرَسُوْلِكَ اَلْمُكَرَّمْ

Ya Allah, berikan kami rezeki untuk mengunjungi rumahMu yang Agung dan RasulMu yang mulia.

Nak join next kursus GO Umrah KUJDT? Klik link ni untuk join ya. 👇🏻

http://bit.ly/GOUMRAHKUJDT

MAULIDUR RASUL 1446HSalam Maulidur Rasul kami ucapkan pada semua Umat Islam di seluruh dunia.Dalam satu riwayat, Nabi SA...
16/09/2024

MAULIDUR RASUL 1446H

Salam Maulidur Rasul kami ucapkan pada semua Umat Islam di seluruh dunia.

Dalam satu riwayat, Nabi SAW bersabda:

‎مَنْ جَادَنِي زَابِرَ الأَيَهُمُهُ إِلَّا زِيَارَتِي
كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ أَكُونَ ‎لَهُ شَفِيعًا

Artinya: "Barang siapa datang hanya untuk menziarahi aku, niscaya aku punya hak atas Allah sebagai pemberi syafaat untuknya" (HR At Thabrani)

Sempena bulan kelahiran Baginda Nabi SAW yang mulia ini, sama2 kita tanam azam untuk ziarah Baginda Nabi SAW di Bumi Madinah, satu hari nanti.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA YANG KE-61Kami di KUJDT mengucapkan Selamat Hari Malaysia yang ke-61. Mari kita sama2 me...
15/09/2024

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA YANG KE-61

Kami di KUJDT mengucapkan Selamat Hari Malaysia yang ke-61. Mari kita sama2 meraikan kekuatan kita sebagai sebuah negara yang bersatu. Semoga kita terus maju dan berjaya dalam segala bidang.

YA ALLAH, AKHIRNYA SAMPAI JUGA DAKU DI SINI!Di tengah lautan manusia yang berdoa, rasa macam masa terhenti seketika. Tak...
14/09/2024

YA ALLAH, AKHIRNYA SAMPAI JUGA DAKU DI SINI!

Di tengah lautan manusia yang berdoa, rasa macam masa terhenti seketika. Tak percaya, sebak, terharu akhirnya sampai juga di Tanah Suci.

Sambil Tawaf, setiap kalimat tasbih yang kita lafazkan waktu tu penuh penghayatan beserta tangisan mengalir di p**i. Itulah perasaan saat pertama kali jejak kaki di sana.

Bukan setakat pertama kali jer, bila setiap kali pon masih rasa yang sama. 😭

Pengalaman ini akan kuatkan keimanan kita, menjadikan diri lebih kuat untuk masa2 akan datang. Kadang2, selalu tertanya..

Bila giliran aku ni Ya Allah?

Insya Allah, teruskan usaha. Teruskan berdoa. Semoga suatu hari nanti, impian setiap umat Islam untuk ke Baitullah akan menjadi kenyataan. Aamin2 Ya Rabb.

Ada yang nak mulakan langkah pertama menuju Baitullah? Jom datang office KUJDT. Kita bantu kasi jadi.

ISTIMEWA UNTUK BANGSA JOHOR DAN SAHABAT SINGAPURA, PAKEJ UMRAH TERBANG DIRECT DARI SENAI KE MADINAH!Apa2 pun, kami ucap ...
14/09/2024

ISTIMEWA UNTUK BANGSA JOHOR DAN SAHABAT SINGAPURA, PAKEJ UMRAH TERBANG DIRECT DARI SENAI KE MADINAH!

Apa2 pun, kami ucap jutaan terima kasih kepada MALAYSIA AIRLINES atas usaha mengadakan FLIGHT DIRECT SENAI KE MADINAH, special untuk Bangsa Johor dan sahabat dari Singapura.

Tarikh Trip: 3 - 17 Disember 2024
Tempoh: 15 hari 13 malam (lama ek!)
Harga Dari: RM10,590
Kekosongan: 25 pax sahaja!

Cepat PM KUJDT untuk maklumat lanjut ek😊

14/09/2024

LIVE Trip 090924 Bas Lemon & Tembikai Ziarah Hudaibiyah

MENGGAPAI CINTA ILAHI DI TANAH SUCISaat kita khusyuk berdiri depan Kaabah, cinta Illahi menyelimuti kita sepenuhnya. Rin...
13/09/2024

MENGGAPAI CINTA ILAHI DI TANAH SUCI

Saat kita khusyuk berdiri depan Kaabah, cinta Illahi menyelimuti kita sepenuhnya. Rindu pada kekasih agung, Allah SWT, pasti terubat dengan setiap sujud dan doa.

Umrah sebenarnya perjalanan rindu yang temukan kita dengan keagungan Ilahi. Dalam ketenangan malam di Tanah Suci, kita dapat rasa ketenangan yang tak peranh kita rasa selama ini.

Di sinilah, hati kita mudah terbuka untuk menerima kasih sayang yang tulus dari Sang Pencipta.

Percayalah, pengalaman menunaikan ibadah Umrah atau Haji di Tanah Suci ni akan mengajar kita nilai sebenar sebuah iman, menghadirkan jiwa yang tulus.

Insya Allah, kami akan sentiasa mendoakan supaya anda semua yang membaca posting kalini dapat jejak kaki di Tanah Suci, menggapai cinta ilahi.

APA KATA JEMAAH KUJDTAlhamdulillah syukur dapat feedback yang cukup baik dari para jemaah walaupun banyak yang kurang da...
18/11/2023

APA KATA JEMAAH KUJDT

Alhamdulillah syukur dapat feedback yang cukup baik dari para jemaah walaupun banyak yang kurang dari segi perkhidmatan kami.

Insyaa Allah kami akan perbaiki mana yang kurang, terima kasih pada semua jemaah yang sudi pilih kami sebagai perantara untuk anda tunaikan umrah.

Moga ikatan yang terjalin diteruskan dan moga kita bertemu lagi, Aaminn









KURSUS GO UMRAH : DALAM SERIUS ADA HUMORNYA 😊"Bestlah kursus umrah yang KUJDT buat ni, walupun sekejap tapi mudah faham....
18/11/2023

KURSUS GO UMRAH : DALAM SERIUS ADA HUMORNYA 😊

"Bestlah kursus umrah yang KUJDT buat ni, walupun sekejap tapi mudah faham. Tambah lagi dengan musyrif yang pandai buat lawak, tak rasa ngantuk."

Ni lah komen dan feedback yang kami selalu dapat tiap kali GO Umrah. Walaupun hampir setiap minggu kami adakan kelas tapi setiap kali tu lah kehadirannya penuh.

Yela, dalam kita belajar tu musyrif yang bertugas akan cuba buat suasana tak terasa bosan dengan lawak2 yang bersahaja. Kursus pun setiap minggu dengan musyrif yang berlainan, cara penyampaian juga lain tapi maksudnya sama.

Sebab apa sama?

Sebab setiap musyrif yang bertugas dah pun mahir dengan SOP dan modul yang disediakan oleh pengurusan. Jadi, walaupun anda belajar dengan musyrif lain tetapi ilmu yang disampaikan tetap sama, insyaa Allah.

Terima kasih semua yang hadir 🥰








Ya Allah, kami serahkan urusan hidup kami pada Mu kerana hanya Engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri d...
17/11/2023

Ya Allah, kami serahkan urusan hidup kami pada Mu kerana hanya Engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri dan hidup kami 🤲








Address

No 39, Jalan Perjiranan 4/4, Bandar Dato Onn
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00
Saturday 08:30 - 17:00

Telephone

+60192588770

Website

http://blog.kujdt.my/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KUJDT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category

Jom Umrah Bersama KUJDT

KENAPA SEMUA SIBUK NAK DAFTAR NGAN KEMBARA UMRAH JDT? AMENDA YANG VIRAL SANGAT PAKEJ UMRAH DIORANG NI EK?

INI SEBAB KENAPA ANDA BOLEH GEMBIRA & TENANG KALAU KAMI URUS UMRAH MAK AYAH DAN ANDA SEKELUARGA!

Selalu tak dengar, orang JOHOR gi umrah tapi bimbingan tak sempurna?

Kena tinggallah, mutawif tak layaklah, hukum hakam umrah main bedal aje, main lepaskan jemaah cam tu aje, jadual program berterabur, taka da orang jaga kebajikan di airport dan tanah suci, sakit pening kena urus sendiri, lagilah risau kalau kita hantar mak ayah ke sana. Dan memacam kerisauan lagilah. Sapa tak sayang mak ayah kan?

Nearby travel agencies