Muhajir Haramain

Muhajir Haramain MUHAJIR ialah sebuah jenama yang dimiliki sepenuhnya oleh SYM Alamin Travel Sdn. Bhd. Syarikat bumiputera ini telah ditubuhkan pada 13 Disember 2021.

Coretan Ustaz Hj Ridhuan dari Tanah Haram:Subhanallah, setiap langkah kami di bumi barakah ini membawa seribu satu rasa ...
21/09/2024

Coretan Ustaz Hj Ridhuan dari Tanah Haram:
Subhanallah, setiap langkah kami di bumi barakah ini membawa seribu satu rasa keinsafan dan syukur. Bersama para jemaah di Arafah, kami mengingatkan diri tentang rahmat Allah yang melimpah ruah, tempat di mana doa-doa diangkat tanpa hijab. Di Masyair Haji, hati-hati kami tersentuh dengan kebesaran ibadah haji yang menyatukan umat manusia dari seluruh dunia. Dan di Hudaibiyyah, sejarah pengorbanan Rasulullah ๏ทบ bersama para sahabat terpahat dalam hati, mengajar kita tentang kesabaran dan hikmah dalam setiap ujian.

Mungkin ada yang berkata mengapa perlu berjalan sangat di Mekkah sedangkan kita datang sini untuk beribadah tetapi setiap detik ziarah ini bukan sekadar sebuah perjalanan, tetapi ia adalah perjalanan jiwa yang mendekatkan kita kepada Allah S.W.T. dan menyuburkan rasa cinta terhadap perjuangan Rasulullah ๏ทบ. Semoga setiap langkah yang kita ambil menjadi saksi di akhirat nanti. Amin. ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

Coretan Ustaz Hj Ridhuan dari Tanah Haramain:Hari ini saya ingin menulis dengan lebih panjang sedikit... Sesungguhnya, d...
20/09/2024

Coretan Ustaz Hj Ridhuan dari Tanah Haramain:

Hari ini saya ingin menulis dengan lebih panjang sedikit... Sesungguhnya, di Makkah Al-Mukarramah ini terdapat banyak kesan peninggalan dari Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Kesan-kesan ini mengingatkan kita akan perjuangan dan pengorbanan mereka dalam membina Kaabah serta menyebarkan tauhid. Namun begitu, Makkah juga merupakan tanah kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W., serta kampung halaman baginda.
Sekiranya tidak kerana penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh kaum kafir Quraisy, nescaya Baginda S.A.W. tidak akan meninggalkan tanah ini. Sebagaimana sabda Nabi S.A.W.:

"Demi Allah, sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik bumi Allah dan bumi yang paling dikasihi Allah. Sekiranya tidak kerana aku diusir oleh kaummu, nescaya aku tidak akan meninggalkanmu."

Bersempena dengan Maulid Nabi S.A.W., saya membawa para jemaah menjejak kesan-kesan peninggalan Nabi S.A.W. di sekitar Masjidil Haram, satu aktiviti yang sudah menjadi rutin kami setiap kali berada di Makkah.

Tahukah anda, di sekitar Masjidil Haram sahaja terdapat banyak tapak sejarah penting yang ada kaitan dengan sirah Nabi S.A.W.? Antaranya ialah:

1. Bukit Safa: Di puncak bukit inilah Nabi S.A.W. mengumpulkan kaum kerabatnya untuk menyeru mereka kepada Islam setelah turunnya perintah Allah S.W.T. untuk berdakwah secara terang-terangan.

2. Bab Al-Arqam: Ini adalah tapak asal rumah sahabat Nabi, Al-Arqam Ibn Abi Al-Arqam, yang mewakafkan rumahnya sebagai pusat dakwah di mana Nabi S.A.W. dapat berkumpul dan berdakwah dengan selamat daripada gangguan kafir Quraisy.

3. Jabal Abi Qubais: Dahulunya juga dikenali sebagai Jabal Al-Amin kerana berperanan menjaga amanah Hajarul Aswad sebelum Nabi Ibrahim A.S. meninggikan bangunan Kaabah. Di puncak bukit ini juga menjadi tempat penyaksian mukjizat Nabi S.A.W. membelah bulan disaksikan oleh penduduk Makkah.

4. Maktabah Makkah Al-Mukarramah: Di sinilah terletaknya tapak rumah kelahiran agung Nabi Akhir Zaman Nabi Muhammad S.A.W.

5. Syiโ€™ib Bani Hashim: Perkampungan kaum kerabat Nabi, Bani Hashim, yang memainkan peranan penting dalam melindungi Baginda S.A.W. ketika ancaman kafir Quraisy semakin memuncak.

6. Syiโ€™ib Abi Thalib: Rumah bapa saudara Nabi, Abi Thalib, di mana Baginda S.A.W. dibesarkan dan tinggal sehingga berkahwin.

7. Tapak Rumah Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah R.A.: Di sini Nabi S.A.W. menjalani kehidupan hariannya bersama isteri tercinta. Dari rumah inilah Baginda S.A.W. keluar pada 26 Safar untuk memulakan perjalanan hijrahnya ke Madinah.

8. Bab As-Salam: Pintu ini dilalui oleh Nabi S.A.W. ketika Baginda memasuki Masjidil Haram untuk menunaikan umrah dan juga semasa peristiwa Fathul Makkah.

9. Bab An-Nadwah: Tapak asal kepada Darun Nadwah, iaitu dewan persidangan yang diasaskan oleh moyang Nabi S.A.W. Qusay Bin Kilab. Tempat ini menjadi lokasi penting iaitu dewan persidangan bagi perbincangan dan keputusan kaum Quraisy, termasuk keputusan untuk membunuh Nabi S.A.W. pada tahun ke-13 kenabian sebelum hijrah.

10. Makkah Tower: Di sinilah terdapat eskalator yang viral di Masjid Abu Bakar Ash-Siddiq, yang dahulunya merupakan tapak rumah Sayyidina Abu Bakar R.A. Tempat ini adalah salah satu destinasi ziarah Nabi S.A.W. hampir setiap hari, kerana Sayyidina Abu Bakar merupakan sahabat rapat Baginda.

Memahami tapak-tapak sirah ini memberi kita kesedaran mendalam. Setiap langkah yang kita atur di Makkah seolah-olah menghidupkan semula detik-detik sejarah kehidupan Nabi S.A.W. di depan mata kita. Wallahu'alam.

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perjalanan ini.

Coretan Ust Hj Ridhuan dari Bumi Haramain:Alhamdulillahโ€ฆ dah selesai umrah kali pertama dan umrah kali kedua untuk jemaa...
17/09/2024

Coretan Ust Hj Ridhuan dari Bumi Haramain:

Alhamdulillahโ€ฆ dah selesai umrah kali pertama dan umrah kali kedua untuk jemaah. Hari ini kami akan melaksanakan umrah bagi kali ketiga.

Jemaah ada yang dari Singapura, Johor, KL, Tawau dan Sandakan. Tapi nak bagitahu, jemaah kali ini memang โ€œsteadyโ€โ€ฆ banyak benda yang mereka lakukan memang tak dapat dijangka, out of the world kata orang puteh. Saya tengah rakam video untuk badal umrah pun mereka muncul dalam scene ๐Ÿ˜…

Nanti saya kongsikan gelagat mereka ni, memang ada gelagat yang sangat rare!

But the way, Muhajir Haramain dah launch Pakej Umrah Khas untuk Sabahan, dan pakej Umrah Khas dalam Bahasa Mandarin sepenuhnya atas permintaan ramai. Bolehlah scroll posting kami sebelumnya untuk dapatkan maklumat yang lanjut.

๐Ÿ•‹ ๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐”๐Œ๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐‡๐€๐‰๐ˆ๐‘ ๐’๐€๐๐€๐‡๐€๐ ๐Ÿ•‹Muhajir Haramain memperkenalkan ๐๐š๐ค๐ž๐ฃ ๐”๐ฆ๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฃ๐ข๐ซ ๐’๐š๐›๐š๐ก๐š๐ง yang dirancang khusus untuk p...
16/09/2024

๐Ÿ•‹ ๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐”๐Œ๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐‡๐€๐‰๐ˆ๐‘ ๐’๐€๐๐€๐‡๐€๐ ๐Ÿ•‹

Muhajir Haramain memperkenalkan ๐๐š๐ค๐ž๐ฃ ๐”๐ฆ๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฃ๐ข๐ซ ๐’๐š๐›๐š๐ก๐š๐ง yang dirancang khusus untuk penduduk ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก! โœจ

Bagi warga Sabah yang bercita-cita menunaikan ibadah Umrah, kini anda boleh menikmati kemudahan penerbangan terus dari ๐“๐š๐ฐ๐š๐ฎ dan ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ, memudahkan perjalanan suci anda.

๐Ÿ“… ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐จ๐ก: 12 hari 10 malam
๐Ÿฝ๏ธ ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง: Full board โ€“ 3 kali sehari
โœˆ๏ธ ๐๐ž๐ง๐ž๐ซ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง: Tawau/KK โ€“ KLIA โ€“ Jeddah โ€“ KLIA โ€“ Tawau/KK
๐Ÿ•‹ ๐”๐ฆ๐ซ๐š๐ก: 3 Kali Umrah dipimpin Murabbi berpengalaman
๐Ÿ•Œ ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง ๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก: Lawatan ke lebih 30 tempat-tempat bersejarah di Tanah Suci

Pengisian ๐๐š๐ค๐ž๐ฃ ๐”๐ฆ๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฃ๐ข๐ซ ๐’๐š๐›๐š๐ก๐š๐ง adalah sama dengan semua pakej ๐๐š๐ค๐ž๐ฃ ๐”๐ฆ๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฃ๐ข๐ซ ๐๐ซ๐ž๐ฆ๐ข๐ฎ๐ฆ sebelum ini, termasuk penginapan yang selesa, perkhidmatan terbaik, dan bimbingan ibadah harian dari Murabbi yang berpengalaman untuk memudahkan urusan ibadah anda.

Jangan lepaskan peluang untuk menunaikan Umrah bersama ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฃ๐ข๐ซ ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ข๐ง dengan pakej khas untuk anda, warga Sabah! Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat umrah ๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐ฎ๐ฆ๐š!

๐Š๐ฅ๐ข๐ค ๐๐ข ๐ฌ๐ข๐ง๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ก๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐ ! https://wa.me/601170179094

15/09/2024

Maulidur Rasul adalah detik kebangkitan jiwa, cahaya keagungan Nabi Muhammad SAW menjadikan kita umatNYA yang sedang meraih petunjuk dan syafaat Baginda .

Setiap selawat yang kita ucapkan, adalah tanda rindu dan cinta kita yang tiada penghujungnya.

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, rahmat sekalian alam.


๐Ÿ•‹ ๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐”๐Œ๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐‡๐€๐‰๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐€๐‡๐€๐’๐€ ๐Œ๐€๐๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐ ๐Ÿ•‹๐Ÿ“ข ็‰นๅˆซ็š„ไธญๆ–‡ๆœ่ง้…ๅฅ—!๐ŸŒŸๅŠ ๅ…ฅๆˆ‘ไปฌ๏ผŒ็”ฑUstaz Haji Muhammad Ridhuan Tan Bin Abdullahๅ…จ็จ‹ๆŒ‡ๅฏผ็š„ไธญๆ–‡...
12/09/2024

๐Ÿ•‹ ๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐”๐Œ๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐‡๐€๐‰๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐€๐‡๐€๐’๐€ ๐Œ๐€๐๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐ ๐Ÿ•‹

๐Ÿ“ข ็‰นๅˆซ็š„ไธญๆ–‡ๆœ่ง้…ๅฅ—!๐ŸŒŸ

ๅŠ ๅ…ฅๆˆ‘ไปฌ๏ผŒ็”ฑUstaz Haji Muhammad Ridhuan Tan Bin Abdullahๅ…จ็จ‹ๆŒ‡ๅฏผ็š„ไธญๆ–‡ๆœ่ง็‰นๅˆซ้…ๅฅ—๏ผ่ฟ™ไธช้…ๅฅ—ไธ“ไธบ่ฎฒไธญๆ–‡็š„ๆœๅœฃ่€…่ฎพ่ฎก๏ผŒๅธฎๅŠฉๅคงๅฎถๆ›ดๅฅฝๅœฐๅฎŒๆˆๆœ่งใ€‚

้…ๅฅ—่ฏฆๆƒ…:
๐Ÿ“… ๅ‡บๅ‘ๆ—ฅๆœŸ๏ผš 2024ๅนด12ๆœˆ2ๆ—ฅ
โณ ่กŒ็จ‹ๆ—ถ้•ฟ๏ผš 12ๅคฉ10ๆ™š
๐Ÿ’ฐ ไปทๆ ผ๏ผš ไป…้œ€RM8990 ๏ผˆ4ไบบๅฅ—ๆˆฟ๏ผ‰

็‰นๅˆซไฟƒ้”€:

โ€ข ไป…้œ€RM500็š„ๅฎš้‡‘๏ผ
โ€ข ็Žฐ้‡‘ๆŠ˜ๆ‰ฃRM500๏ผŒๅ‡กๅœจ9ๆœˆไปฝๆณจๅ†Œๅนถๅ…จ้ขไป˜ๆฌพ่€…็š†ๅฏไบซๅ—๏ผ

ๅ้ขๆœ‰้™๏ผŒไธๅฎน้”™่ฟ‡๏ผ็ซ‹ๅณๆŠฅๅ๏ผŒๅผ€ๅฏๆ‚จ็š„็ตๆ€งไน‹ๆ—…ใ€‚ไบ†่งฃๆ›ดๅคš่ฏฆๆƒ…๏ผŒ่ฏท็ซ‹ๅณ่”็ณปๆˆ‘ไปฌใ€‚

๐Ÿ‘‰ ็‚นๅ‡ป้“พๆŽฅไบ†่งฃๆ›ดๅคšไฟกๆฏ๏ผšhttps://wa.me/601170179094

๐Ÿ•‹ ๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐”๐Œ๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐‡๐€๐‰๐ˆ๐‘ ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐”๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ÿ•‹Nak rasai pengalaman umrah ๐ฉ๐ซ๐ž๐ฆ๐ข๐ฎ๐ฆ dengan sentuhan rohani yang mendalam? ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฃ๐ข๐ซ ๐‡๐š๐ซ...
11/09/2024

๐Ÿ•‹ ๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐”๐Œ๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐‡๐€๐‰๐ˆ๐‘ ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐”๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ÿ•‹

Nak rasai pengalaman umrah ๐ฉ๐ซ๐ž๐ฆ๐ข๐ฎ๐ฆ dengan sentuhan rohani yang mendalam? ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฃ๐ข๐ซ ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ข๐ง ada pakej yang tepat untuk anda! Kami bukan sekadar bawa anda ke Tanah Suci, tapi memastikan setiap detik perjalanan anda penuh dengan ibrah dan penghayatan sirah nabawiyah.

Berikut antara ๐ค๐ž๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก๐š๐ง yang anda akan nikmati bersama kami:

1๏ธโƒฃ ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐”๐ฆ๐ซ๐š๐ก ๐’๐ข๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐ฌ๐ข
Tak pernah pergi umrah? Tak perlu risau! Kami ada kursus simulasi umrah lengkap โ€“ bukan sekadar teori, siap dengan sesi praktikal rukun umrah.

2๏ธโƒฃ ๐‚๐จ๐ง๐Ÿ๐ข๐ซ๐ฆ๐ž๐ ๐…๐ฅ๐ข๐ ๐ก๐ญ
Nikmati penerbangan bersama Saudia Airlines, salah satu daripada 20 syarikat penerbangan terbaik dunia dan tidak menghidangkan alkohol dalam semua penerbangannya. Lebih menarik, pesawat dilengkapi surau serta kandungan oksigen kabin yang lebih tinggi berbanding syarikat penerbangan lain, untuk memastikan keselesaan sepanjang perjalanan.

3๏ธโƒฃ ๐‡๐จ๐ญ๐ž๐ฅ ๐ƒ๐ž๐ค๐š๐ญ
Penginapan yang sangat dekat dengan ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ข๐ฅ ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฆ dan ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐š๐›๐š๐ฐ๐ข, memudahkan jemaah untuk ke masjid dengan tenang tanpa perlu berjalan jauh.

4๏ธโƒฃ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐•๐ข๐ฌ๐š
Kami uruskan segala keperluan visa umrah dan visa ziarah anda โ€“ mudah dan tanpa stress.

5๏ธโƒฃ ๐Œ๐ฎ๐ซ๐š๐›๐›๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง
Jemaah akan dibimbing oleh guru yang berpengalaman luas, sedia membantu anda dalam apa jua keadaan sepanjang perjalanan.

6๏ธโƒฃ ๐๐ž๐ญ๐ฎ๐ ๐š๐ฌ ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ข๐ง ๐๐ข ๐Œ๐š๐ค๐ค๐š๐ก & ๐Œ๐š๐๐ข๐ง๐š๐ก
Tak perlu risau, kami ada petugas khusus yang akan bantu di sana. Apa jua masalah, kami sentiasa ada untuk anda!

7๏ธโƒฃ ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ซ๐ข๐ค
Nak ziarah tempat-tempat unik yang tak ramai tahu? Kami bawa anda ke lebih 30 tempat ziarah termasuk yang jarang dikunjungi.

8๏ธโƒฃ ๐™๐ข๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐š๐๐ซ & ๐“๐š๐ข๐Ÿ
Rasai pengalaman istimewa di Badr dan Taif โ€“ kota bersejarah yang penting dalam perkembangan Islam. Alami juga pengalaman unik kehidupan di Kota Taif pada waktu malam.

9๏ธโƒฃ ๐๐ข๐ฆ๐›๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐‘๐จ๐ก๐š๐ง๐ข ๐’๐ž๐ฉ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง
Selain program pengisian rohani yang berkualiti di tanah haram, kami juga sediakan ๐Œ๐จ๐๐ฎ๐ฅ ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฃ๐ข๐ซ khas untuk anda โ€“ panduan harian, doa, dan kisah sirah Rasulullah SAW untuk membantu menghidupkan jiwa anda sepanjang berada di Tanah Suci.

๐Ÿ”Ÿ ๐Ÿ‘ ๐Š๐š๐ฅ๐ข ๐”๐ฆ๐ซ๐š๐ก ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง ๐Œ๐ฎ๐ซ๐š๐›๐›๐ข
Bukan satu, tapi ๐ญ๐ข๐ ๐š ๐ค๐š๐ฅ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ซ๐š๐ก akan dipimpin oleh guru pembimbing kami โ€“ penuh dengan pengisian rohani!

1๏ธโƒฃ1๏ธโƒฃ ๐“๐š๐ค๐š๐Ÿ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ฌ
Keselamatan anda keutamaan kami. Setiap jemaah akan dilengkapi perlindungan insurans sepanjang perjalanan.

1๏ธโƒฃ2๏ธโƒฃ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐š
Bas yang selesa disediakan sepanjang perjalanan di Makkah dan Madinah โ€“ tak perlu risau soal pengangkutan.

1๏ธโƒฃ3๏ธโƒฃ ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š
Selain makanan hotel, anda juga berpeluang menikmati juadah tempatan masyarakat Arab โ€“ pengalaman yang jarang dirasai!

1๏ธโƒฃ4๏ธโƒฃ ๐’๐ž๐ญ ๐๐š๐ ๐š๐ฌ๐ข ๐„๐ค๐ฌ๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐Ÿ ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฃ๐ข๐ซ
Kami sediakan ๐Ÿ๐ŸŽ ๐ข๐ญ๐ž๐ฆ ๐ž๐ค๐ฌ๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐Ÿ, termasuk beg bagasi dan kelengkapan lain untuk perjalanan umrah anda.

1๏ธโƒฃ5๏ธโƒฃ ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง
Tak cukup dengan umrah? Kami sediakan kelas pengajian ๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐ฎ๐ฆ๐š selepas p**ang ke tanah air untuk anda terus mendalami ilmu agama.

1๏ธโƒฃ6๏ธโƒฃ ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐ญ๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก
Setiap aspek perjalanan dan operasi kami ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ญ๐ฎ๐ก๐ข ๐ฉ๐ซ๐ข๐ง๐ฌ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก dengan penuh integriti dan tanggungjawab.

1๏ธโƒฃ7๏ธโƒฃ ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ ๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฆ๐ข๐ง
Perkhidmatan mesra, profesional, dan memastikan setiap jemaah berasa ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐š, ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ, dan ๐›๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐š๐ฌ ๐ก๐š๐ญ๐ข sepanjang perjalanan.

๐ŸŽฏ Apa tunggu lagi? Jom sertai kami untuk perjalanan umrah yang ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ค๐ง๐š dan penuh dengan ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐ซ๐จ๐ก๐š๐ง๐ข. Kami juga menyediakan ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ ๐ง๐š๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐ฎ๐ฆ๐ซ๐š๐ก ๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐ฎ๐ฆ๐š! Hubungi kami sekarang!

๐Ÿ‘‰ ๐“๐ž๐ค๐š๐ง ๐ฅ๐ข๐ง๐ค ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ข๐ง๐Ÿ๐จ ๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ: https://wa.me/601170179094

๐Ÿ•‹Peluang Jejakkan Kaki ke Tanah Suci Kini Lebih Mudah!๐Ÿ•‹Ramai yang impikan untuk beribadah di Makkah & Madinah, tapi seri...
10/09/2024

๐Ÿ•‹Peluang Jejakkan Kaki ke Tanah Suci Kini Lebih Mudah!๐Ÿ•‹

Ramai yang impikan untuk beribadah di Makkah & Madinah, tapi sering terhalang oleh kos yang tinggi. Kini, Muhajir Haramain membuka peluang dengan Pakej Umrah Muhajir yang bermula serendah RM500 sahaja!

โœ… Daftar dengan pembayaran permulaan yang rendah.
โœ… Pelan pembayaran ansuran fleksibel hingga 45 hari sebelum berlepas.
โœ… Rebut peluang ini, dan mulakan langkah pertama menuju impian umrah anda!

Jangan biarkan alasan jadi penghalang. Inshaa Allah, apabila kita berniat dan bersungguh sungguh untuk melakukan sesuatu ibadah, Allah SWT akan permudahkan segala urusan kita & dicukupkan rezeki untuk menyempurnakannya. Bertindaklah sekarang!

https://wa.me/601170179094?text=NakDaftarUmrah

10/09/2024

Live dari Masjid An-Nabawi Sempena Maulidur Rasul

07/09/2024
07/09/2024

LIVE! Kursus Umrah Muhajir di Masjid Taman Cheras Jaya, Selangor. Sesi simulasi & soal jawab di hujung simulasi.

Sedang berlangsung. KURSUS UMRAH MUHAJIR di Masjid Taman Cheras Jaya, Selangor.
07/09/2024

Sedang berlangsung. KURSUS UMRAH MUHAJIR di Masjid Taman Cheras Jaya, Selangor.

Pakej Umrah Muhajir - Kembara Cinta Baitullah Temukan cinta sejati dan keberkatan abadi di Tanah Suci bersama Pakej Kemb...
06/09/2024

Pakej Umrah Muhajir - Kembara Cinta Baitullah

Temukan cinta sejati dan keberkatan abadi di Tanah Suci bersama Pakej Kembara Cinta Baitullah Muhajir Haramain! ๐Ÿ•‹โค๏ธ

Jom bersama kami mencipta kenangan abadi bersama insan tersayang di Tanah Suci!

Dalam perjalanan ini, bukan hanya ibadah yang ditekankan, tetapi juga cinta, kasih sayang juga dapat membantu memperkuatkan hubungan suami isteri melalui pengisian rohani yang mendalam dan pengalaman ibadah bersama - sama. Ini dapat menyelesaikan masalah komunikasi atau kekurangan kesefahaman dalam hubungan dengan membawa pasangan lebih dekat dengan Allah.

Apa yang menanti anda?
โœ… Bimbingan rohani eksklusif oleh murrabi berpengalaman
โœ… Ziarah tempat-tempat penuh sejarah yang membangkitkan iman
โœ… Pengisian khas untuk suami isteri, memperkuat hubungan dan keimanan
โœ… Penginapan selesa dan perkhidmatan premium

Hadiahkan pasangan anda dengan PAKEJ KEMBARA CINTA BAITULLAH

๐ŸŒนJangan Lepaskan Peluang Ini!

Pakej Kembara Cinta Baitullah Muhajir Haramain 2024 โ€“ Di mana cinta bertaut di bumi para nabi. Bersama-sama kita meraih keberkatan, pahala dan kebahagiaan dunia dan akhirat.



๐Ÿ“ž Untuk sebarang pertanyaan, sila klik link whatsapp kami;

https://wa.me/601170179094?text=NakDaftarPakejCintaBaitullah

๐Ÿ•‹ Peluang Keemasan Berwaqaf di Makkah ๐Ÿ•‹Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Marilah kita sama-sama merebut peluang...
06/09/2024

๐Ÿ•‹ Peluang Keemasan Berwaqaf di Makkah ๐Ÿ•‹

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Marilah kita sama-sama merebut peluang emas BERWAQAF demi manfaat ummah.

๐Ÿ’ Bentuk WAQAF yang Anda Boleh Sumbangkan:

โœ… Waqaf Al-Quran : RM45 senaskah. Menyumbangkan Al-Quran untuk bacaan dan rujukan jemaah.
โœ… Waaqf Kerusi Solat : RM40 sebuah. Memudahkan jemaah yang memerlukan bantuan ketika solat.
โœ… Waqaf Kerusi Roda : RM390 seunit. Membantu jemaah yang uzur dan kurang upaya untuk bergerak dengan lebih mudah.

๐ŸŒนJangan Lepaskan Peluang Ini!
Dengan niat yang ikhlas dan hati yang suci, ayuh kita salurkan sumbangan WAQAF kita. Bersama-sama kita meraih keberkatan dan pahala yang berterusan.

Sila klik link di bawah untuk BERWAQAF DI MAKKAH sekarang :
https://muhajir.my/product/wakaf-makkah/
https://muhajir.my/product/wakaf-makkah/
https://muhajir.my/product/wakaf-makkah/

Jom BERWAQAF, bersama-sama meraih pahala yang tiada putusnya!

30/08/2024

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 67 kepada seluruh rakyat Malaysia, daripada seluruh keluarga Muhajir Haramain dan semua jemaah Kembara Jelajah Xiโ€™an yang kini masih di China. Dimana pun kita berada, syukurilah nikmat kurniaan ALLAH SWT serta ingatilah setiap perjuangan dan pengorbanan para pejuang tanah air kita. Marilah kita sebagai rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan bumi Malaysia dan semoga negara kita sentiasa di bawah rahmat Allah SWT. "Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah Engkau kuasakan (jadikan pemimpin) atas kami orang yang tidak takut kepadaMu dan tidak mempunyai belas kasihan kepada kami. Martabatkanlah negara kami dan seluruh rakyat dengan kemuliaan di sisimu ya Allah." Dirgahayu Malaysia, Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Air Terjun Hukou, atau Hukou Waterfall, terletak di Sungai Kuning (Yellow River), sempadan antara wilayah Shanxi dan Sha...
30/08/2024

Air Terjun Hukou, atau Hukou Waterfall, terletak di Sungai Kuning (Yellow River), sempadan antara wilayah Shanxi dan Shaanxi di China. Yellow River juga dikenali sebagai Mother River oleh penduduk China. Sungai ini bermula di Pergunungan Bayab Har di Tibet dan mengalir sejauh hampir 5500 kilometer. Ia merupakan sungai yang kedua terpanjang di China dan keenam terpanjang di dunia. Lembah Yellow River memainkan peranan penting dalam bidang agrikultur dan pengeluaran hasil sumber makanan rakyat China.
Nama "Hukou" bermaksud "mulut teko," yang sebab bentuknya yang menyerupai mulut teko apabila air Sungai Kuning jatuh ke bawah.
musim sejuk, air terjun ini kadang-kadang membeku,Air Terjun Hukou juga mempunyai nilai budaya dan sejarah yang penting bagi masyarakat setempat. Ia sering dianggap sebagai simbol kekuatan rakyat China.

Kami tiba di kawasan air terjun sekitar jam 5 petang. Dekat nak waktu tutup, jadi tak ramai orang. Maka mudah kami nak bergerak dan cari spot terbaik untuk mengambil gambar. Menurut tour guide, sekarang ni musim air banyak. Antara waktu paling cantik nak tengok air terjun.

Memang deras sungguh air terjun dia. Bunyi air menderu kuat. Sampai nak bercakap pun kena kuat - kuat kalau tidak nanti tak dengar. Terdapat kesan air pasang dan beberapa kerosakan pada pagar besi bahagian bawah. Hasil daripada kekuatan air sungai ini.

โ€œDan Kami turunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah - curah. Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji - bijian dan tumbuh - tumbuhan. Serta kebun - kebun yang subur bertaut - taut pokoknya.โ€ Surah An-Naba, ayat 14-16.

Yucha Grand Canyon terletak di Wilayah Shaanxi, China. Kami check out dari hotel seawal jam 7:30 pagi untuk ke Yucha. Pe...
29/08/2024

Yucha Grand Canyon terletak di Wilayah Shaanxi, China. Kami check out dari hotel seawal jam 7:30 pagi untuk ke Yucha. Perjalanan ini mengambil masa selama 3 jam setengah. Yucha Grand Canyon terbentuk melalui proses geologi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Aktiviti tektonik dan hakisan sungai secara berterusan telah mengukir lembah ini, menjadikannya salah satu landskap yang paling mengagumkan di China.

Selain daripada keindahan semula jadi, Lembah Yucha juga merupakan tempat yang kaya dengan warisan budaya. Di sekitar lembah ini, terdapat banyak rumah tradisional yang dikenali sebagai "yaodong," yang digali dari dinding bukit. Yaodong telah menjadi tempat tinggal penduduk tempatan selama lebih dari 4,000 tahun, menawarkan penebatan semula jadi yang cemerlang dan melindungi penghuninya daripada cuaca ekstrem. Rumah-rumah ini bukan sahaja berfungsi sebagai tempat tinggal tetapi juga simbol identiti budaya dan sejarah masyarakat Shaanxi. Kami tidak singgah di penempatan Yaodong ini kerana masa tidak mengizinkan. Maka tengok dari dalam bas je lah.

Walaupun dengan perkembangan moden, yaodong masih digunakan hingga ke hari ini, terutama di kawasan luar bandar. Bagi penduduk tempatan, tinggal di yaodong bukan hanya soal keselesaan tetapi juga cara untuk mengekalkan warisan nenek moyang mereka.

Di sekitar Yucha Grand Canyon, tanahnya subur dan kaya dengan mineral, sangat sesuai untuk pertanian. Kami lihat banyak pokok jagung kat sini. Sampai dalam sungai pun ditanamnya jagung. Kombinasi antara kesuburan tanah dan iklim yang sederhana telah membolehkan kawasan ini menjadi salah satu pusat pertanian di Shaanxi.

Apabila sampai di kawasan canyon, masyaa Allah.. cantiknya. Corak hakisan di dinding canyon tersangat indah. Tidak terzahir dengan gambar - gambar yang kami ambil. Memang kena amali sendiri. Trek yang kami lalui ialah sepanjang 800 meter. Meniti laluan sempit dan berliku. Setiap simpang mengejutkan kami dengan keindahannya, terasa seperti setiap simpang itu lebih cantik dari yang sebelumnya. Memang tak puas ambil gambar. Ada juga pelancong lain, tapi tidak sesak atau perlu menunggu lama untuk mengambil gambar.

Suhu di dalam canyon agak berangin dan sejuk, hasil dari angin yang melalui tempat sempit dan bertiup di permukaan batu yang sejuk. Keadaan tanah agak lembap, dari hujan yang turun mungkin beberapa hari lepas. Tempat ini sangat merbahaya jika cuaca buruk. Kawasan canyon ini ditutup sekiranya hujan turun.

Batu dinding canyon ini ialah jenis batu sedimen dan batu pasir yang terbentuk berjuta juta tahun dahulu dari dasar laut purba. Seluruh kawasan ini pernah berada di dasar lautan, sekarang menjulang tinggi dari permukaan bumi. Batu - batu ini sudah berada di sini sebelum penciptaan manusia pertama. Salah satu bukti kekuasaan Allah SWT yang ujud, tiada permulaan dan tiada pengakhirannya. Keujudan kita di muka bumi ini hanyalah sepintas lalu sahaja. Seperti air yang melalui celah - celah batu ini. Maka renungilah kejadian alam dan ingatilah kebesaran Allah SWT.

Hari ini kami ke Wave Valley. Mengharungi perjalanan sejauh 450km dengan menaiki bas selama lebih 5 jam. Pemandangan sun...
28/08/2024

Hari ini kami ke Wave Valley. Mengharungi perjalanan sejauh 450km dengan menaiki bas selama lebih 5 jam. Pemandangan sungguh indah sepanjang perjalanan melalui bukit bukau, masuk terowong keluar terowong, jalan kampung, kebun buah dan dapat melihat sebahagian daripada Tembok Besar China yang diperbuat dari tanah. Tak ada gambar sebab Hj Akmal tido dalam bas.๐Ÿ˜…
Tak apa lah tu. Sebab ceritanya pasal Wave Valley. Tempat ini sangat terkenal landskapnya yang sangat unik dan luar biasa. Macam berada di planet lain. Lembah ini terbentuk melalui proses semulajadi yang memakan masa berjuta-juta tahun dari kesan hakisan air dan angin. Kerana proses hakisan tersebut, maka menjadikan batu batan ini kelihatan seperti ombak yang beku, dengan corak gelombang.

Begitu indahnya ciptaan Allah SWT, bukti kekuasaan-Nya keatas seluruh alam. Nikmat melihat alam juga adalah anugerah rezeki daripada yang Maha Pemurah. Alhamdulillah, kami bersyukur atas nikmat Mu, ya Rabb al-โ€˜Alamin.

Borong buah malam - malam. Kebetulan Kembara Xiโ€™an kali kena dengan musim buah. Besar - besar dan manis buah kat sini. K...
28/08/2024

Borong buah malam - malam. Kebetulan Kembara Xiโ€™an kali kena dengan musim buah. Besar - besar dan manis buah kat sini. Kita pun shopping buah - buahan juga lah. Buah durian pun ada. Tak tau la diaorang dapat dari mana. Inshaa Allah ada rezeki nanti kita singgah gerai kampung p**a.

Famen Temple di Xiโ€™an, adalah salah satu kuil Buddha paling terkenal di China. Kuil ini terkenal kerana menyimpan relik ...
28/08/2024

Famen Temple di Xiโ€™an, adalah salah satu kuil Buddha paling terkenal di China. Kuil ini terkenal kerana menyimpan relik suci Buddha, termasuk sepotong tulang jari yang diyakini berasal dari Gautama Buddha. Kawasan ini menggabungkan elemen sejarah dan keagamaan, dengan berbagai pameran, pagoda, dan muzium yang menceritakan kisah panjang kuil dan pengaruhnya dalam sejarah agama Buddha di China.

Sebelum masuk, jemaah semua diberi penerangan oleh Ustaz Ridhuan kita, tentang hukum hakam, adab dan syarat kita sebagai umat islam untuk berziarah ke tempat ibadah agama lain.

Kawasan ini teramat luas. Perjalanan tidak terasa sambil mendengar penerangan dari tour guide kami. Pertengahan jalan, ada orang jual aiskrim. Maka berhenti makan aiskrim sekejaplah. Memang sedap tengah2 panas macam ni.

Selepas lebih kurang 2 jam, kami pun bergerak ke sebuah lagi restoran halal untuk makan malam sebelum p**ang ke hotel.

Inilah Qianling Mausoleum, makam megah dari zaman Dinasti Tang, bukan sekadar tempat sejarah biasa. Ini adalah peluang u...
27/08/2024

Inilah Qianling Mausoleum, makam megah dari zaman Dinasti Tang, bukan sekadar tempat sejarah biasa. Ini adalah peluang untuk kita sebagai Muslim merenungi kebesaran Allah dalam sejarah manusia. Di sini, kita dapat melihat sendiri hasil senibina yang luar biasa, dibina untuk Maharaja Gaozong dan Maharani Wu Zetian, pasangan berkuasa yang namanya terukir dalam sejarah.

Lawatan ini bukan saja memberi kita kesempatan memahami peradaban lain, tapi juga mengingatkan tentang pentingnya menjaga warisan kita sendiri, sambil merenung tentang kefanaan dunia dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Luas sungguh tempat ni. Ada yang siap beli tongkat untuk berjalan. Bertongkat juga ialah sebahagian dari sunnah Rusulullah SAW. Lepas ziarah, kami makan tengahari di restoran muslim, sebelum meneruskan program di sebelah petang.

Perlepasan jemaah Kembara Xiโ€™an, China. Urusan daftar masuk berjalan lancar, kemudian sesi bacaan doa keberangkatan dipi...
27/08/2024

Perlepasan jemaah Kembara Xiโ€™an, China. Urusan daftar masuk berjalan lancar, kemudian sesi bacaan doa keberangkatan dipimpin oleh Ustaz Hj Muhammad Ridhuan. Mohon sahabat2 sekelian juga mendoakan kebaikan atas permusafiran kami di China. Alhamdulillah, kami selamat berlepas dari Terminal 2 KLIA sekitar jam 7:35 malam. Penerbangan mengambil masa 5 jam. Inshaa Allah kami akan update perjalan kami di Xiโ€™an. Jom pakat follow!

Adakah anda bersedia untuk mendalami dan merasai keunikan ibadah umrah dengan cara yang berbeza? Kursus Umrah Muhajir me...
23/08/2024

Adakah anda bersedia untuk mendalami dan merasai keunikan ibadah umrah dengan cara yang berbeza? Kursus Umrah Muhajir menawarkan pengalaman yang tiada tandingan:

๐Ÿ•‹ Falsafah dan Sirah
๐Ÿ•‹ Penerangan Terperinci
๐Ÿ•‹ Simulasi Lengkap

KURSUS UMRAH MUHAJIR bersama Ustaz Mohd Norwafi bin Mohd Naser.
Tarikh : 7 SEPTEMBER 2024
Masa : 8:30 pagi โ€“ 12:30 petang
Tempat : MASJID TAMAN CHERAS JAYA, BALAKONG, SELANGOR
๐Ÿ“https://maps.app.goo.gl/MGXiZ6HtzbtaxV9f9

Penyertaan terbuka kepada semua. Jangan lepaskan peluang untuk mengimarahkan majlis ilmu ini dan membuat persiapan yang mantap. Daftar sekarang dan mulakan perjalanan umrah anda bersama kami!

โœ…Klik link untuk mendaftar KURSUS UMRAH MUHAJIR sekarang;
https://form.muhajir.my/kursus-umrah-7-september-2024

๐Ÿ“ž Untuk sebarang pertanyaan, sila klik link whatsapp kami;
https://wa.me/601170179094?text=NakJoinKursusUmrah

Di sebalik kesibukan harian, kami diberi kesempatan untuk memperkaya diri dengan ilmu. Baru-baru ini, Ustaz Ellyeen Amin...
21/08/2024

Di sebalik kesibukan harian, kami diberi kesempatan untuk memperkaya diri dengan ilmu. Baru-baru ini, Ustaz Ellyeen Amineen telah meluangkan masa bersama kami, menyampaikan kuliah bertajuk "Kewajiban-kewajiban bagi hati". Dengan suasana yang islamik dan penuh barakah, kami bukan sahaja bekerja tetapi juga sentiasa terinspirasi dalam majlis ilmu.

Kami juga menyiarkan kuliah ini secara LIVE. InsyaAllah program ini akan dijalankan secara berterusan melalui slot "KULIAH MUHAJIR". Mudah-mudahan usaha kami yang sedikit ini bersama penonton yang sama-sama SHARE program KULIAH MUHAJIR, diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh.

Menjadi sebahagian daripada Team Muhajir bermakna lebih dari sekadar bekerjaโ€”ia adalah tentang berkembang, baik dari segi profesionalisma dan keagamaan.

Tahukah anda apakah perkara-perkara yang wajib bagi hati seorang mukmin? Bagaimana p**a dengan maksiat hati? Inilah topi...
19/08/2024

Tahukah anda apakah perkara-perkara yang wajib bagi hati seorang mukmin? Bagaimana p**a dengan maksiat hati? Inilah topik yang akan diulas oleh Al-Fadhil Ustaz Ellyeen Amineen dalam sesi Kuliah Muhajir yang bertajuk "Kewajiban-Kewajiban bagi hati".

Muslimin muslimat semua dijemput hadir;
Hari : Selasa
Tarikh : 20 Ogos 2024
Masa : 10:15pagi - 12:15tghari
Lokasi : SYM Alamin Travel Sdn. Bhd., No. 22-01 Jalan Perjiranan 4/2, Bandar Dato Onn, Johor Bahru.
๐Ÿ“https://maps.app.goo.gl/fkNZ1E9gbobJA6fJ9

Kuliah juga akan disiarkan secara LIVE di page Facebook Muhajir Haramain.
๐ŸŒhttps://www.facebook.com/muhajirharamain

Dari Anas ra ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Orang yang keluar untuk mencari ilmu, maka ia berada di jalan Allah hingga ia kembali ke rumahnya.'" (H.R. at-Tirmidzi)

Address

22-01, Jalan Perjiranan 4/2, Bandar Dato Onn
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+601170179094

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhajir Haramain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Muhajir Haramain:

Videos

Share

Category

Nearby travel agencies



You may also like