Nas Kembara Travel

Nas Kembara Travel Pengembaraan merupakan salah satu langkah memperluaskan akal fikiran dan menjadikan manusia di muka

03/11/2024
🇲🇾Nas Kembara Travel & Tours Sdn Bhd🇲🇾Assalamualaikum wbt..Pakej Umrah Tahun Baru 2025Jom!!! Kita penuhi Cuti sekolah ki...
01/11/2024

🇲🇾Nas Kembara Travel & Tours Sdn Bhd🇲🇾

Assalamualaikum wbt..

Pakej Umrah Tahun Baru 2025
Jom!!! Kita penuhi Cuti sekolah kita dengan menunaikan Umrah Bersama *Ust Ahmad Alang* sebagai *penasihat Agama dan mutawwif . bersama kita menuju Syurga*

Tarikh Penerbangan :
📆 : 19 Jan - 02 Feb 2025
(Bil Hari : 14 Hari )

Baki Seat : Masih ada kekosongan

🏨 Hotel Makkah:jawad Al-Taj

🏨 Hotel Madinah:Jawharat Rasyeed

🛌🏻Quad : RM 8,860
🛌🏻Triple : RM 9,560
🛌🏻Double : RM 10,260

Labbaikallahumma labbaik💪
Semoga tahun depan Niat kita diperkenankan oleh Allah SWT menuju baitullahil Haram, dan direzekikan menziarahi makam baginda Nabi Muhammad SAW ,Aamiin Ya rabbal alamin🤲🤲

Terima Kasih

Jika berminat sila Hubungi Pegawai Yang Bertugas :

☎Tuan Haji Azmi:+6016-3124996

☎Ust Ahmad bin Alang:+6019-4919070

11/02/2024

Hijrah seorang musafir , di sini aku melihat diriku yang jahat, Di sini aku akur dalam ruang untuk tafakur membawa diriku yang kotor, Di sini aku terhidu bau busuk mazmumah yang datang dari nurani sendiri, Di sini aku hilang segala megah dan bangga, sebenarnya aku kosong tak punya apa-apa, Di sini aku jelas tentang keakuanku bangga, takbur dan jahil, Di sinilah arca diri yang selama ini terhalang menjadi cahaya muhasabah terang benderang, Yang ke sini bukan semua dengan hati ada yang kulihat bagai tak rela namun tetap datang jua, Yang ke sini, mungkin 'tiada' di sini yang masih di sana mungkin telah 'ada' di sini, Semuanya soal hati bukan jasad, harta dan masa tapi diri yang telah dipanggil ilahi.

14/01/2024

Kusus umrah

Nas Kembara membuat Ziarah Hudaibiyah dan melaksanakan umrah, melawat Muzium Amoudi dan Wadi Berkat..
28/09/2023

Nas Kembara membuat Ziarah Hudaibiyah dan melaksanakan umrah, melawat Muzium Amoudi dan Wadi Berkat..

27/09/2023

Perjalanan Jemaah Nas Kembara ke Hudaibiyah, Semoga perjalanan mendapat manfaat dan pengalaman yang besar, insyallah.

Send a message to learn more

25/09/2023

Alhamdulillah, Jemaah melaksanakan umrah pertama. Semoga mendapat umrah yang mabrur.

Alhamdulillah Penerbangan Nas Kembara Travel telah tiba di Jeddah pada pukul 3 pagi waktu Malaysia dibimbing oleh Mutaww...
24/09/2023

Alhamdulillah Penerbangan Nas Kembara Travel telah tiba di Jeddah pada pukul 3 pagi waktu Malaysia dibimbing oleh Mutawwif Firdaus. Semoga perjalanan melaksanakan umrah dipermudahkan dan mendapat keberkatan dariNya.

اللهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ، تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Allah, Engkaulah sumber kedamaian; dari Engkau datangnya kedamaian. Engkau Maha Suci, wahai Yang Maha Mulia dan Maha Pemurah.

nantikan pakej yang akan dibuka selepas ini di : http://naskembaraa.blogspot.com/

1 Syawal 1444H - Menyambut Hari Raya di Mekah Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hiasilah hari-...
21/04/2023

1 Syawal 1444H - Menyambut Hari Raya di Mekah

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir"

Alhamdulillah selesai solat hari raya aidilfitri bersama jemaah Nas Kembara. Semoga amalan kita diterima di hari kemenangan umat islam ini.

12/04/2023

UMRAH AKHIR RAMADAN 1444 - Mengejar Lailatul Qadr

Selamat menunaikan ibadah umrah kepada jemaah Nas Kembara yang telah berangkat musafir jam 2 pagi tadi. Semoga segalanya berjalan lancar, dan semoga Allah SWT menerima serta memberkati amalan kalian. Segala ujian yang berlaku hadapilah dengan tabah, gigih dalam beramal dan disebaliknya terdapat hikmah. Ya, rabbal alamin, Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat kepada seluruh keluarga dan sahabat handai mengerjakan umrah di tanah suci serta pertemukan kita dengan malam lailatul Qadr dengan penuh amal ibadah kebaikan.

Send a message to learn more

Alhamdulillah, Trip ambang Ramadan 1444 Hijrah, Jemaah untuk bulan Mac telah sampai ke bumi Madinah dan menziarahi tempa...
14/03/2023

Alhamdulillah, Trip ambang Ramadan 1444 Hijrah, Jemaah untuk bulan Mac telah sampai ke bumi Madinah dan menziarahi tempat yang bersejarah. Semoga perjalanan jemaah ambang Ramadan dipermudahkan dan diberkati.

Ya Allah! Engkaulah Peneman ketika permusafiran dan Penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan). Ya Allah! aku mohon berlindung daripada-Mu agar Engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika musafir, pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.”
( Riwayat Muslim )

25/02/2023

KURSUS UMRAH RAMADHAN 2023

(KESILAPAN KETIKA MENUNAIKAN UMRAH & HAJI) KESILAPAN-KESILAPAN SEMASA DI MADINAH1. Tidak berniat untuk menziarah Masjidi...
07/11/2022

(KESILAPAN KETIKA MENUNAIKAN UMRAH & HAJI)
KESILAPAN-KESILAPAN SEMASA DI MADINAH

1. Tidak berniat untuk menziarah Masjidil Nabawi, solat di dalamnya dan menziarahi makan Rasulullah s.a.w.
2. Masuk dan keluar dari Masjidil Nabawi tanpa adap dan doa.
3. Menyapu tiang masjid, dinding pagar makan Rasulullah s.a.w dan berebut-rebut solat fardu di Ar-Raudhah.
4. Tidak berniat iktikaf dan tidak mengambil peluang merebut pahala dengan berselawat, berzikir, membaca Al-Quran dan sebagainya kerana datang ke Masjid lewat atau keluar awal.
5. Meninggikan suara semasa memberi salam ketika menziarahi Makam Rasulullah s.a.w.
6. Berdoa dengan mengadap Makan Rasulullah bukan dengan mengadap Qiblat.
7. Membuat solat Jamak Taqdim di Masjidil Nabawi sedangkan telah melebihi waktu bermukim di Madinah.

KESILAPAN-KESILAPAN SEMASA DAN SELEPAS IHRAM

1. Tidak berniat untuk Ihram dengan alasan Haid
2. Memakai minyak wangi pada pakaian ihram
3. Jemaah lelaki menyambung kain ihram dengan menggunakan lencana atau pin.
4. Tidak bertalbiah semasa dalam ihram
5. Beridiba’ terus menerus di dalam ihram dari Madinah atau Tanah Air lagi.
6. Berniat setelah melepasi Miqat dan juga berniat ihram yang berlainan sebelum atau ketika di Miqat.

KESILAPAN-KESILAPAN SEMASA MELAKUKAN TAWAF

1. Terkejar-kejar mengikut mutawwif atau suami tawaf sehingga menggugat syarat tawaf.
2. Semasa tawaf menoleh ke belakang kerana mencari suami atau isteri yang tertinggal sehingga bahu kiri tidak mengadap Baitullah.
3. Jemaah wanita tawaf asyik membaca doa tawaf dari buku yang dipegang hingga nampak aurat lengannya dan juga Nampak aurat lengan ketika mengangkat tangan terlalu tinggi semasa berisyarat kepada Hajarul Aswad.
4. Tawaf tidak dimulakan di penjuru Hajarul Aswad.
5. Pada setiap pusingan tawaf, ketika dihadapan Hajarul Aswad melambai tangan dengan keadaan terpesong bahu kiri dan terus berjalan tanpa membetulkan semula.
6. Menyapu gelas balang kaca penutup Makam Ibrahim semasa Tawaf.
7. Bersesak-sesak, bertolak-tolak bercampur gaul lelaki dan perempuan untuk mengucup Hajarul Aswad.
8. Jemaah wanita memakai seluar dan stoking yang jarang dan nampak warna kulit dan kuku.
9. Aurat jemaah wanita tidak ditutup dengan sempurna seperti nampak dagu dan rambut.
10. Memakai kain ihram, telekung, beg galas, tali pinggang, biji tasbih dan seluar dalam tak suci.
11. Membawa benda yang ada najis di dalam beg galas.
12. Menyentuh kain Kaabah dan Hijir Ismail ketika tawaf.
13. Meludah ke tanah semasa tawaf.
14. Bersembahyang sunat tawaf di belakang Maqam Ibrahim yang boleh menggangu jemaah lain yang sedang melakukan tawaf.
15. Berjalan berundur ke belakang selepas Tawaf Wada’.
16. Mengupah orang lain untuk tawaf dan sa’ie untuk dirinya.

KESILAPAN-KESILAPAN SEMASA SA'IE

1. Jemaah haji wanita berlari di kawasan lampu hijau
2. Jemaah haji wanita membuka rambut di hadapan lelaki ajnabi (bergunting) selepas sa’ie umrah.
3. Sa’ie dilakukan sebelum Tawaf yang sempurna.
4. Sa’ie dimulai dari Mekah.
5. Bercukur sekali lagi selepas sa’ie haji walaupun sudah bercukur di Mina.
6. Qasad pergi Minum air zamzam semasa saie tanpa berpatah balik pada kedudukan asal.

KESILAPAN-KESILAPAN SEMASA WUKUF DI ARAFAH

1. Mengambil khemah lebih dari had yang diperuntukan.
2. Kurang bertasbih, bertakbir, bertahlil, berselawat, membaca Al-Quran, beristigfar, bertaubat, berzikir, berdoa dan lain-lain jenis amalan yang menghampirkan diri kepada Allah S.W.T semasa waktu wukuf kerana keletihan.
3. Jemaahan lelaki yang membuka kain selendang ihramnya dihadapan jemaah wanita.
4. Ada jemaah yang hanya memandai membaca zikir sekali lalu sahaja walaupun masa berzikir dan berdoa masih panjang.

KESILAPAN-KESILAPAN SEMASA MELONTAR DAN BERMALAM DI MINA

1. Tidak melontar jamrah tanpa uzur atau perempuan tidak melontar kerana haid atau lontaran jamrah dilakukang oleh orang laindengan ketiadaan akad wakil bagi yang uzur atau akad wakil dibuat sebelum masuk waktu melontar. Ada juga suami melontar untuk isterinpa izinnya.
2. Melontar Jamrah pada hari Tasyriq menyalahi tertib iaitu dimulakan dari Jamratul Aqabah (Al-Kubra) dan berakhir di Jamratuk Ula.
3. Jemaah yang berulang alik dari Mekah ke Mina ada di antara yang mabit dia mina tidak melebihi separuh malam.
4. Melontar 7 biji anak batu dengan sekali gus.
5. Qasad melontar syaitan dan bukan Jamrah.
6. Batu yang di lontar tidak yakin masuk ke dalam Jamrah.
7. Membuat Nafar Awal tanpa cukup syarat-syaratnya
8. Melaksanakan Qurban di Mina tanpa akad yang sempurna.

LAIN-LAIN KESILAPAN

1. Membuat Umrah Sunat untuk ibubapa atau datuk nenek yang telah meninggal dunia sedangkan mereka telah pun menunaikan Ibadah Haji dan Umrah atau pun telah diupah.
2. Tidak menggunting rambut untuk Tahallul kerana masih dalam haid.
3. Membatalkan Umrah Sunat tanpa bergunting.
4. Membuat Umra Sunat dengan terlupa bergunting
5. Sembahyang Sunat Ihram pada waktu, Tahrim di Miqat/Tanah Halal.
6. Melakukan niat Ihram Haji di Tanah Halal (Tan’im) dengan alasan tidak kena dam tamattuk.
7. Terlalu banyak melaksanakan umrah sunat sehingga menjejaskan kesihatan serta pelaksanaan ibadat.

Address

Lot2843 Jalan Belimbing Meru
Klang
42200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nas Kembara Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nas Kembara Travel:

Videos

Share

Category