Pulau Tengah

Pulau Tengah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pulau Tengah, Tourist Information Center, Kg Pulau Tengah, Mukim Pulau, Kubang Kerian, Kota Bharu.
(6)

PULAU TENGAH adalah sebuah kampung yang dikeliling 2 sungai cantik iaitu Sg Pengkalan Datu dan Sg Lubok Durian, terletak di Kubang Kerian, belakang Kampus USM Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Kampung Pulau Tengah digerakan oleh Ngo ber daftar dengan ROS iaitu Pertubuhan Komuniti Penduduk Pulau Tengah dan Koperasi Desa Lestari Kg Pulau Tengah Kelantan Bhd.

Mengopi dengan tonggak Pulau Tengah; Prof Dr Kamaruddin, Tok Imam Mukim Ustaz Mad, Dr Mat Shah, Syam Ghaz dan Abg Zaini ...
26/09/2024

Mengopi dengan tonggak Pulau Tengah; Prof Dr Kamaruddin, Tok Imam Mukim Ustaz Mad, Dr Mat Shah, Syam Ghaz dan Abg Zaini malam ni.

InsyaAllah kita bangunkan semula Pulau Tengah lepas ni.

Burung unta, landak dan rusa sedang dibiakkan di Kg Pulau Tengah untuk dijadikan tarikan pelancong lepas ni.
13/09/2024

Burung unta, landak dan rusa sedang dibiakkan di Kg Pulau Tengah untuk dijadikan tarikan pelancong lepas ni.

Terima kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana meluluskan bajet untuk program Lestari Alam Denai...
13/09/2024

Terima kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana meluluskan bajet untuk program Lestari Alam Denai Sungai bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB BRI).

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPKT, YB Ustaz Asri Daud - Exco Agama Kerajaan Negeri/Adun Demit, Ydp dan Ahli Majlis MPKB, KUMH, ATM, JPS, PDRM dan pelbagai agensi.

Syam Ghaz - Pengerusi Koperasi Kg Pulau Tengah, Ustaz Mad - Tok Imam Mukim Pulau, Tok Ngulu Zamri - Tok Ngulu Mukim Pulau, Kak Yah & Cg Zaini Min House Camp, Abg Zaini, Abg Din, Abg Li, Abg Zaidi, Deli dll orang kampung juga turut hadir memeriahkan majlis.

Aktiviti gotong royong bersihkan sampah sarap sekeliling jeti dan sekitar kampung disamping menanam pokok berembang, lemak ketam, kayu manis, jenerih, serai kayu, gelam tikus, turi, belimbing buluh dan limau kasturi dibawah program Kempen Lestari Alam Denai Sungai Pengkalan Datu di Kg Pulau Tengah.

Terima kasih buat yang sudi turun membantu menjayakan usaha murni bagi membersihkan dan mencantikkan kampung Pulau Tengah. Semoga usaha dan t**ik peluh kalian diberkati oleh Allah SWT. Amen

Lukisan mural bertemakan Pulau Tengah di dinding bangunan Masjid Mukim Pulau yang menceritakan keindahan Kg Pulau Tengah...
13/09/2024

Lukisan mural bertemakan Pulau Tengah di dinding bangunan Masjid Mukim Pulau yang menceritakan keindahan Kg Pulau Tengah dan sungai Lubok Durian.

Ia adalah sebahagian usaha Masjid Mukim mempromosi Kg Pulau Tengah, kerana jemaah disini lebih 3,000 orang setiap kali solat Jumaat.

Terima kasih Jk Masjid Mukim Pulau kerana memilih keindahan di Pulau Tengah jadi lukisan yang cantik.

Credik pelukis: Cikgu Zaini

Firefly Cottage Di Pulau Tengah dah boleh menerima pelanggan masuk. Jemput lah deh bercuti disini nanti πŸ‘ŒπŸ€²πŸ»Best sini, bu...
08/09/2024

Firefly Cottage Di Pulau Tengah dah boleh menerima pelanggan masuk.

Jemput lah deh bercuti disini nanti πŸ‘ŒπŸ€²πŸ»

Best sini, buka tingkap je mengadap sungai, depan sungai ada jeti terapung sepanjang 1km.

Pengunjung sini boleh ambik pakej baik river cruise sepanjang Sg Pengkalan Datu dan belah malam boleh tengok kelip kelip depan homestay shja.

Sini parking luas, ada set bbq siap2.

Kawasan parking kereta lepas jambatan Pulau Tengah telah di bersihkan dan boleh buat parking kereta balik. Terima kasih ...
06/09/2024

Kawasan parking kereta lepas jambatan Pulau Tengah telah di bersihkan dan boleh buat parking kereta balik.

Terima kasih team MPKB sudi membantu Kg Pulau Tengah, InsyaAllah kita akan susun bagi Pulau Tengah naik balik. Amen 🀲🏻

Kerja kerja pembaikian telah dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh JPS.Terima kasih banyak-banyak JPS Kelantan...
06/09/2024

Kerja kerja pembaikian telah dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh JPS.

Terima kasih banyak-banyak JPS Kelantan, kerana sudi membantu kami baik pulih semua kemudahan jeti di Kg Pulau Tengah.

InsyaAllah lepas ni kami akan susun bagi rancak balik aktiviti kegiatan eco pelancongan di Kg Pulau Tengah.

PROGRAM GOTONG ROYONG DAN PENANAMAN POKOK DΔ° KG PULAU TENGAHInsyaAllah Selasa 10hb September penduduk Pulau Tengah denga...
06/09/2024

PROGRAM GOTONG ROYONG DAN PENANAMAN POKOK DΔ° KG PULAU TENGAH

InsyaAllah Selasa 10hb September penduduk Pulau Tengah dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu BRI.

KPKT diwakili oleh Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Komuniti, MPKB diketuai sendiri oleh Ydp MPKB Tn Hj Mohd Anis Hussein.

InsyaAllah majlis gotong royong juga akan turut dihadiri oleh YB Ustaz Asri Daud, Adun Demit merangkap Exco Agama Kerajaan Negeri Kelantan.

Aktiviti ini diadakan bagi membersihkan kawasan Kg Pulau Tengah, mengindahkan dan menambah kecerian kampung dengan aktiviti penanaman pokok.

InsyaAllah kami akan all out bagi mencantikan semula kampung kami jadi tarikan eco Pelancongan baru Di Negeri Kelantan.

Semua dijemput hadir esok, program bermula jam 8 pagi Di Denai Sungai Kg Pulau Tengah.

Terima kasih KPKB, MPKB dan ADUN DEMIT serta semua terlibat membantu kampung kami. Alhamdulillah.

https://www.facebook.com/share/6HL3XjUB43TGVxio/?mibextid=WC7FNe

Adakah Pulau Tengah lepas ni akan sibuk seperti di Thailand dan Vietnam? Doakan kami bangkit kembali lepas ni, selepas h...
04/09/2024

Adakah Pulau Tengah lepas ni akan sibuk seperti di Thailand dan Vietnam?

Doakan kami bangkit kembali lepas ni, selepas habis semua tengelam banjir, masa utk bina dan baiki balik semua.

Kerja kerja pembaikian jeti di Pulau Tengah tengah berjalan sekarang, InsyaAllah lepas siap nanti akan buka balik kepada...
04/09/2024

Kerja kerja pembaikian jeti di Pulau Tengah tengah berjalan sekarang, InsyaAllah lepas siap nanti akan buka balik kepada orang ramai. Terima kasih JPS Kelantan terutamanya JPS Jajahan Kota Bharu

27/08/2024

InsyaAllah Pulau Tengah akan dibangunkan semula, terima kasih buat semua agensi Kerajaan Persekutuan sudi membantu kami bangkit kembali terutamanya KKDW, JPS, KESEDAR, SKM.

Sepit biru di Pulau Tengah πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
17/01/2024

Sepit biru di Pulau Tengah πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Jika pasang jeti mcmni di Pulau Tengah ok tak? Nampak lebih tahan lama dan lasak kan? InsyaAllah kita usahakan, jalan te...
17/01/2024

Jika pasang jeti mcmni di Pulau Tengah ok tak?

Nampak lebih tahan lama dan lasak kan?

InsyaAllah kita usahakan, jalan terus!

Respon kepada Admin MaafsebutTempat ini di tutup sekejap sebab musim banjir dan tengah repair jalan nak masuk yang runtu...
15/01/2024

Respon kepada Admin Maafsebut

Tempat ini di tutup sekejap sebab musim banjir dan tengah repair jalan nak masuk yang runtuh tebing darΔ± Masjid Pulau Hilir ke rumah Prof Kamil.

Banjir Disember 2022 haritu habis tengelam kolam renang, motor-motor atv, paddle boat, jeti terapung patah dan reput, chalet dan kemudahan dalam kg juga tengelam habis satu kampung, kedai-kedai makan dan jeti terapung p**a asyik dapat notis dari pihak berkuasa.

Jadi kami ambik keputusan untuk tutup sementara dari bulan 9 lepas waktu start musim
hujan hingga selepas musim banjir, bulan 3/2024.

Doakan kami terus kuat untuk bangkit kembali dan mohon jasabaik pelbagai agensi Kerajaan untuk bantu kami bangkit kembali ya.

Terima kasih admin dan semua atas keprihatinan. Doakan kami semua deh. 🀲🏻

Suatu ketika dahulu t**i terapung kat Sri Pulau alah Kubang Kerian menarik, ramai ore gi, siap viral lagi. Namun sayang kini rosak sana sini. Kita kalau buat projek memang hebat tapi bab maintenance memey ke laut. Lepas tu maroh oghe kita ramai gi derak alah Thailand. Nok buat guano alik sano cantik, lawa, terurus, murah lagi, ore2 dio pun mesra pelancong.

Rentetan komen jeti terapung Pulau Tengah sudah rosak, pihak Jk Koperasi dan Ngo Kg Pulau Tengah telah meninjau jeti yan...
15/01/2024

Rentetan komen jeti terapung Pulau Tengah sudah rosak, pihak Jk Koperasi dan Ngo Kg Pulau Tengah telah meninjau jeti yang baru disiapkan.

Jeti lama rosak sebab banjir Disember 2022, lepas tu JPS ganti baru dan baru siap baru baru ni.

Alhamdulillah sudah boleh digunakan untuk aktiviti rekreasi dan santai-santai belah petang.

Start bulan Oktober 2023 - Feb 2024, kami tutup sekejap sebab faktor hujan lebat dan bahaya untuk keselamatan pengguna.

Tapi jika nak jalan kaki untuk riadah ok ja, boleh ja masuk ✌️ cuma kedai kedai lum buka dan banyak tempat kena upgrade balik sebab kesan banjir haritu, satu Pulau Tengah tengelam.

InsyaAllah lepas ni kita buka balik. Doakan semoga semua ok πŸ‘ŒπŸ€²πŸ»

Lebarkan Jalan Masuk ke Pulau Tengah;Cadangan baik dari Tn Hj Sr Shaari SMS dan berikut adalah jawapan dari pihak Admin ...
15/01/2024

Lebarkan Jalan Masuk ke Pulau Tengah;

Cadangan baik dari Tn Hj Sr Shaari SMS dan berikut adalah jawapan dari pihak Admin Pulau Tengah.

Nota: Kerajaan Negeri dan Pusat baru luluskan pembaikian parit air Alor Melilin, dari Masjid Mukim Pulau ke rumah Prof Kamil, buat benteng guna batu jalan masuk sedia ada.

Tapi untuk perlebaran jalan belum ada lagi.

Sama-sama kita doakan agar pihak Tanah Kota Bharu, MPKB, JPS, Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat luluskan perlebaran jalan ke Pulau Tengah. Amen

InsyaAllah dgn perlebaran jalan tersebut, projek Eco Pelancongan Pulau Tengah akan bangkit kembali dan jadi tarikan Eco Pelancongan di Kelantan.

Terima kasih Admin Kelantan State kerana siarkan balik perjelasan kami di Page tuan.Harap dpt membantu menjelaskan kekel...
11/01/2024

Terima kasih Admin Kelantan State kerana siarkan balik perjelasan kami di Page tuan.

Harap dpt membantu menjelaskan kekeliruan yang berlaku dari kalangan pengunjung.
Terima kasih.

Mohon jasabaik Admin: Sinar Harian, Kelantan State - Tourism dll bantu kami siarkan juga yaπŸ™

Respon kepada Admin Hello Kelantan, Sinar Harian, Kelantan State - Tourism, Kelantan StateTempat ini di tutup sekejap se...
09/01/2024

Respon kepada Admin Hello Kelantan, Sinar Harian, Kelantan State - Tourism, Kelantan State

Tempat ini di tutup sekejap sebab musim banjir dan tengah repair jalan nak masuk yang runtuh tebing darΔ± Masjid Pulau Hilir ke rumah Prof Kamil.

Banjir Disember 2022 haritu habis jalan utama runtuh, tengelam kolam renang, motor-motor atv, paddle boat, jeti terapung patah dan reput, chalet dan kemudahan dalam kg juga tengelam habis satu kampung, kedai-kedai makan dan jeti terapung p**a asyik dapat notis dari pihak berkuasa.

Jadi kami ambik keputusan untuk tutup sementara dari bulan 9 lepas waktu start musimhujan hingga selepas musim banjir, bulan 3/2024.

Doakan kami terus kuat untuk bangkit kembali dan mohon jasabaik pelbagai agensi Kerajaan untuk bantu kami bangkit kembali ya.

Terima kasih admin dan semua atas keprihatinan. Doakan kami semua deh. 🀲🏻

Respon kepada Admin Kelantan State.Tempat ini di tutup sekejap sebab musim banjir dan tengah repair jalan nak masuk yang...
09/01/2024

Respon kepada Admin Kelantan State.

Tempat ini di tutup sekejap sebab musim banjir dan tengah repair jalan nak masuk yang runtuh tebing darΔ± Masjid Pulau Hilir ke rumah Prof Kamil.

Banjir Disember 2022 haritu habis tengelam kolam renang, motor-motor atv, paddle boat, jeti terapung patah dan reput, chalet dan kemudahan dalam kg juga tengelam habis satu kampung, kedai-kedai makan dan jeti terapung p**a asyik dapat notis dari pihak berkuasa.

Jadi kami ambik keputusan untuk tutup sementara dari bulan 9 lepas waktu start musim
hujan hingga selepas musim banjir, bulan 3/2024.

Doakan kami terus kuat untuk bangkit kembali dan mohon jasabaik pelbagai agensi Kerajaan untuk bantu kami bangkit kembali ya.

Terima kasih admin dan semua atas keprihatinan. Doakan kami semua deh. 🀲🏻

Respon kepada Admin Sinar HarianTempat ini di tutup sekejap sebab musim banjir dan tengah repair jalan nak masuk yang ru...
09/01/2024

Respon kepada Admin Sinar Harian

Tempat ini di tutup sekejap sebab musim banjir dan tengah repair jalan nak masuk yang runtuh tebing darΔ± Masjid Pulau Hilir ke rumah Prof Kamil.

Banjir Disember 2022 haritu habis tengelam kolam renang, motor-motor atv, paddle boat, jeti terapung patah dan reput, chalet dan kemudahan dalam kg juga tengelam habis satu kampung, kedai-kedai makan dan jeti terapung p**a asyik dapat notis dari pihak berkuasa.

Jadi kami ambik keputusan untuk tutup sementara dari bulan 9 lepas waktu start musim
hujan hingga selepas musim banjir, bulan 3/2024.

Doakan kami terus kuat untuk bangkit kembali dan mohon jasabaik pelbagai agensi Kerajaan untuk bantu kami bangkit kembali ya.

Terima kasih admin dan semua atas keprihatinan. Doakan kami semua deh. 🀲🏻

KOTA BHARU - Lokasi riadah pernah tular, t**i Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian, di sini kini sepi tanpa kehadiran pengunjung. Lebih menyedihkan keadaan di laluan masuk menuju...

Respon kepada Admin Hello Kelantan.Tempat ini di tutup sekejap sebab musim banjir dan tengah repair jalan nak masuk yang...
09/01/2024

Respon kepada Admin Hello Kelantan.

Tempat ini di tutup sekejap sebab musim banjir dan tengah repair jalan nak masuk yang runtuh tebing darΔ± Masjid Pulau Hilir ke rumah Prof Kamil.

Banjir Disember 2022 haritu habis tengelam kolam renang, motor-motor atv, paddle boat, jeti terapung patah dan reput, chalet dan kemudahan dalam kg juga tengelam habis satu kampung, kedai-kedai makan dan jeti terapung p**a asyik dapat notis dari pihak berkuasa.

Jadi kami ambik keputusan untuk tutup sementara dari bulan 9 lepas waktu start musim
hujan hingga selepas musim banjir, bulan 3/2024.

Doakan kami terus kuat untuk bangkit kembali dan mohon jasabaik pelbagai agensi Kerajaan untuk bantu kami bangkit kembali ya.

Terima kasih admin dan semua atas keprihatinan. Doakan kami semua deh. 🀲🏻

Kita buat kenduri kesyukuran dan solat hajat semoga Pulau Tengah dapat bangun kembali selepas musim banjir nanti di Sura...
09/01/2024

Kita buat kenduri kesyukuran dan solat hajat semoga Pulau Tengah dapat bangun kembali selepas musim banjir nanti di Surau Al Ahmadiah, Pulau Tengah malam ini.

Sembelih 2 ekor berbiri jantan baka Van Rooy. Terima kasih semua oghe kg pakat maghi.

Pulau Tengah harini menerima kunjungan tetamu istimewa iaitu YB Sany Hamzan, Timbalan Pengerusi TEKUN Malaysia dan Pengu...
17/07/2023

Pulau Tengah harini menerima kunjungan tetamu istimewa iaitu YB Sany Hamzan, Timbalan Pengerusi TEKUN Malaysia dan Pengurus Besar TEKUN Kelantan, En Che Osman bersama En Taqiyuddin Che Man dan Team LAKSAMANA meninjau keindahan Kg Pulau Tengah dengan river cruise hingga ke Pulau Melaka selepas sesi Taklimat dan Dialog bersama Usahawan TEKUN Kubang Kerian petang tadi.

En Syam Ghaz, Pengerusi Koperasi Pulau Tengah mengiringi rombongan dengan bawa pusing Pulau Tengah dengan river cruise Cg Halim hingga ke Pulau Melaka dan makan-makan di Restoran di Air Kkocok.

Port ngail ikan terapung di Pulau Tengah, siap lampu, katil, kipas, toilet, veranda untuk casting dan bot di Aqua Cottag...
10/07/2023

Port ngail ikan terapung di Pulau Tengah, siap lampu, katil, kipas, toilet, veranda untuk casting dan bot di Aqua Cottage

Address

Kg Pulau Tengah, Mukim Pulau, Kubang Kerian
Kota Bharu
16150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pulau Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Tourist Information Centers in Kota Bharu

Show All