Travelog Haramain

Travelog Haramain “Ibadah umrah kepada umrah berikutnya adalah kaffarah (penghapusan dosa) di antara kedua-duanya. D
(2)

Ingin menjejakkan kaki ke Kota Mekah?🕋Teringin membawa ibubapa ke Kota Suci?🕋Ingin ke Makkah bersama keluarga tersayang🤗...
06/11/2021

Ingin menjejakkan kaki ke Kota Mekah?🕋

Teringin membawa ibubapa ke Kota Suci?🕋

Ingin ke Makkah bersama keluarga tersayang🤗

Kami amat memahami setiap umat islam ingin ke Tanah Suci, insha'Allah kami bertekad untuk memberikan perhidmatan dan pengalaman yang penuh bermakna.

Pakej Mampu Umrah ini adalah 12 Hari 10 Malam

💠Pakej Termasuk💠
🔅 Tiket Penerbangan Ekonomi
🔅 Visa Arab Saudi
🔅 Makan & Minum
🔅 Hotel Dekat Makkah & Madinah 3 Bintang yang Selesa
🔅 Mutawwif Bertugas bersama jemaah A-Z
🔅 Lawatan Makkah & Madinah
🔅Takaful Berkelompok

PERCUMA

📌 Kursus Umrah
📌 Buku Panduan Umrah
📌 Set Bagasi Sama Travel

HARGA Mampu Umrah ini harga terendah disarankan oleh kerajaan🪄
🛏️ Bilik ber4: RM 6,990
🛏️ Bilik ber3: RM 7,590
🛏️ Bilik ber2: RM 7,990

Jangan risau, syarikat kami berdaftar dengan lesen Kementarian Pelancongan Malaysia dan telah membawa hampir 3,000 jemaah umrah dan pelancongan muslim.

SAMA TRAVEL & TOURS, 1208143-D Lesen Khas Umrah KPKLN : 8564

Hubungi Kami segera di

http://wasap.my/60108998960/SAMAUmrahTravel

KELEBIHAN UMRAH1. MENJADI TETAMU ALLAHDi dalam Ihya'Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ...
19/02/2020

KELEBIHAN UMRAH
1. MENJADI TETAMU ALLAH
Di dalam Ihya'Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :
"Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang"
2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di Mekah :
"Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham" (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH
Di dalam Ihya'Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :
"Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak p**a dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'"
4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :
"Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji"
5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
"Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi"
6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)
Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :
"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"
Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :
"Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah" (Al-Bukhari)
7. PENGHAPUSAN DOSA
Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud :
"Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga"
Source Credit : http://konsultan-amtc.blogspot.com/
"Untuk pertanyaan/mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 umrah terkini/promo semasa, tekan link whatsapp dibawah atau di bio link IG/FB
http://wasap.my/60108998960/UmrahTravelPilihan
http://wasap.my/60108998960/UmrahTravelPilihan
~IG : umrah_travel_pilihan ~FB : Travelog Haramain
Allah tidak memanggil yang mampu,
Allah memampukan kepada siapa sahaja yang mau,
Yang rindu & yang yakin,
InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan setiap langkah menujuNya.
"UMRAH MABRUR, INSYAALLAH"

RUKUN & WAJIB UMRAHRUKUN 1 : BERNIAT IHRAM DI MIQAT“Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala”S...
05/02/2020

RUKUN & WAJIB UMRAH
RUKUN 1 : BERNIAT IHRAM DI MIQAT
“Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala”
Selepas berniat ihram jemaah disunatkan banyak bertalbiyyah.
RUKUN 2 : TAWAF UMRAH
“Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf umrah kerana Allah Taala“
Tawaf ialah mengelilingi Kaabah 7x dengan syarat-syaratnya.
Antara sunat-sunatnya:
Berittiba’-Istilam-
Melakukan solat sunat dua (2) rakaat setelah selesai tawaf di belakang Maqam Ibrahim
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah Taala
Setelah selesai : sunat minum air zam-zam.
RUKUN 3 : SAIE UMRAH
“Sahaja aku saie umrah tujuh keliling kerana Allah Taala”
Lafaz niat saie umrah sebelum memulakan saie ketika berada di atas Bukit Safa
Saie ialah berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dengan Marwah sebanyak 7 x dengan syarat-syaratnya.
RUKUN 4 : BERGUNTING ATAU BERCUKUR
Selepas selesai melakukan saie, maka sampailah masanya bagi jemaah untuk bergunting atau bercukur
bagi melepaskan dirinya daripada pantang larang ihram (tahallul).
RUKUN 5 : TERTIB
WAJIB UMRAH ada 2 iaitu:
1. Berniat ihram di MIQAT
2. Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa berihram (Menjaga pantang larang ihram).

Photo by islamicfinder.org
"Untuk pertanyaan/mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 umrah terkini/promo semasa, tekan link whatsapp dibawah atau di bio link IG/FB
http://wasap.my/60108998960/UmrahTravelPilihan
http://wasap.my/60108998960/UmrahTravelPilihan
~IG : umrah_travel_pilihan ~FB : Travelog Haramain
Allah tidak memanggil yang mampu,
Allah memampukan kepada siapa sahaja yang mau,
Yang rindu & yang yakin,
InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan setiap langkah menujuNya.
"UMRAH MABRUR, INSYAALLAH"

Doa Yang Seringkali Dibaca oleh Rasulullah SAWDaripada Anas R.A, beliau berkata yang maksudnya:“Doa Nabi SAW yang paling...
28/01/2020

Doa Yang Seringkali Dibaca oleh Rasulullah SAW
Daripada Anas R.A, beliau berkata yang maksudnya:

“Doa Nabi SAW yang paling sering diucapkan ialah:
اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”
Photo by Konevi from Pexels
"Untuk pertanyaan/mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 umrah terkini/promo semasa, tekan link whatsapp dibawah atau di bio link IG/FB
http://wasap.my/60108998960/UmrahTravelPilihan
http://wasap.my/60108998960/UmrahTravelPilihan
~IG : umrah_travel_pilihan ~FB : Travelog Haramain
Allah tidak memanggil yang mampu,
Allah memampukan kepada siapa sahaja yang mau,
Yang rindu & yang yakin,
InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan setiap langkah menujuNya.
"UMRAH MABRUR, INSYAALLAH"

Baitullah – Al BaitSurah AlBaqarah. Ayat 127.Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan bin...
21/01/2020

Baitullah – Al Bait
Surah AlBaqarah. Ayat 127.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata:
Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;.
Surah Ibrahim. Ayat 37.

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat).

Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.”
"Untuk pertanyaan/mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 umrah terkini/promo semasa, tekan link whatsapp dibawah atau di bio link IG/FB
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
~IG : umrah_travel_pilihan ~FB : Travelog Haramain
Allah tidak memanggil yang mampu,
Allah memampukan kepada siapa sahaja yang mau,
Yang rindu & yang yakin,
InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan setiap langkah menujuNya.
"UMRAH MABRUR, INSYAALLAH"

Jabal Rahmah “Pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa”Jabal Rahmah, sebuah bukit kecil di tengah padang Arafah tempat bertemun...
19/01/2020

Jabal Rahmah “Pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa”
Jabal Rahmah, sebuah bukit kecil di tengah padang Arafah tempat bertemunya kembali Nabi Adam dan Siti Hawa setelah berpisah ratusan tahun, setelah diturunkan ke bumi dari syurga akibat termakan buah larangan, khuldi, kerana godaan syaitan.

Keduanya berkata, “Ya Tuhan kami, kami telah mendzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang rugi.” (Al A’raf : 23)

Tempat pertemuan bersejarah di puncak jabal Rahmah itu diabadikan dengan pembinaan sebuah tugu batu empat segi berwarna putih dengan tinggi 8 meter dan lebar kurang lebih 1.8 meter.
Memerlukan sekitar 20 minit, kira-kira 70 meter ketinggian untuk ke puncak tersebut menggunakan 168 anak-anak tangga yang telah tersedia dibina.
Jabal Rahmah juga merupakan saksi dimana Nabi Muhammad SAW saat sedang melaksanakan wukuf menerima wahyu terakhir dalam Al Quran surah Al Maidah ayat 3, yang bermaksud

“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu”
Photo Credit : detiktravel.com
Untuk pertanyaan/mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 umrah terkini/promo semasa, tekan link whatsapp dibawah atau di bio link IG/FB
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
~IG : umrah_travel_pilihan ~FB : Travelog Haramain
Allah tidak memanggil yang mampu,
Allah memampukan kepada siapa sahaja yang mau,
Yang rindu & yang yakin,
InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan setiap langkah menujuNya.
"UMRAH MABRUR, INSYAALLAH"

Masjid Quba’Masjid Quba’ adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W pada tahun 1 Hijrah atau 622 Masihi kir...
17/01/2020

Masjid Quba’
Masjid Quba’ adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W pada tahun 1 Hijrah atau 622 Masihi kira-kira lima kilometer dari Masjid Nabawi.sewaktu perhijrahan dari Makkah ke Madinah
Dalam proses pembangunan Masjid Quba, Rasulullah S.A.W ikut terlibat sendiri membawa bahan-bahan bangunan. Bahkan, badan Rasulullah dipenuhi debu dan pasir. Dan Rasulullah S.A.W sendiri yang telah meletakkan batu kiblat pada masjid tersebut.
Masjid in telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam AlQuran yang bermaksud :
“…Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut untukmu solat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih” – (QS At Taubah : 108)
Dari Ibn Umar r.a, Rasulullah SAW mengunjungi masjid Quba’ pada setiap hari Sabtu, samada berjalan kaki ataupun berkenderaan. Dan Ibn Umar r.a juga melakukannya seperti itu. (HR Bukhari)
Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah. (HR Ibn Majah)
Untuk pertanyaan/mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 umrah terkini/promo semasa, tekan link whatsapp dibawah atau di bio link IG/FB
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
~IG : umrah_travel_pilihan ~FB : Travelog Haramain
Allah tidak memanggil yang mampu,
Allah memampukan kepada siapa sahaja yang mau,
Yang rindu & yang yakin,
InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan setiap langkah menujuNya.
"UMRAH MABRUR, INSYAALLAH"

Majlis IlmuSabda Rasulullah SAW yang bermaksud;“Barangsiapa yang memasuki masjid kami ini (masjid Nabawi) untuk mempelaj...
14/01/2020

Majlis Ilmu
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Barangsiapa yang memasuki masjid kami ini (masjid Nabawi) untuk mempelajari kebaikan atau untuk mengajarinya, maka ia seperti mujahid fi sabilillah. Dan barangsiapa yang memasukinya bukan dengan tujuan tersebut, maka ia seperti orang yang sedang melihat sesuatu yang bukan miliknya” (HR. Ibnu Hibban no. 87, dihasankan Al Albani dalam Shahih Al Mawarid, 69).
“Barangsiapa menempuh jalan menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan jalannya untuk menuju syurga” (HR. At Tirmidzi no. 2682, Abu Daud no. 3641, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Abu Daud).
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Jika kamu melewati taman-taman syurga, maka singgahlah dengan senang.” Para sahabat bertanya,”Apakah taman-taman surga itu?” Beliau menjawab,”Halaqah-halaqah (kelompok-kelompok) dzikir.” [HR Tirmidzi, no. 3510, Ash Shahihah, no. 2562]
Untuk pertanyaan/mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 umrah terkini/promo semasa, tekan link whatsapp dibawah atau di bio link IG/FB
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
~IG : umrah_travel_pilihan ~FB : Travelog Haramain
Allah tidak memanggil yang mampu,
Allah memampukan kepada siapa sahaja yang mau,
Yang rindu & yang yakin,
InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan setiap langkah menujuNya.
"UMRAH MABRUR, INSYAALLAH"

Bab-as SalamBab as-Salam adalah merupakan pintu gerbang no 1 daripada lebih kurang 41 pintu gerbang di Masjid Nabawi. Di...
12/01/2020

Bab-as Salam
Bab as-Salam adalah merupakan pintu gerbang no 1 daripada lebih kurang 41 pintu gerbang di Masjid Nabawi.
Di atas setiap pintu, terdapat tanda dengan aksara Arab: “Masuklah dengan damai dan aman” (Surat Al-hijr, 15:46) dan di tengahnya tertulis dalam bahasa arab “Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam”.
Bab as-Salam merupakan pintu gerbang yang membawa laluan terus ke makam Nabi Muhammad SAW, serta Makam Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Makam Umar al-Khattab r.a
dan disarankan buat jemaah lelaki memasuki Masjid Nabawi melalui pintu ini.
“Bismillah, shalawat dan salam untuk Rasulullah. Ya Allah, ampunilah dosaku dan bukakanlah pintu rahmat-Mu untukku. Aku berlindung kepada Allah Yang Maha agung, dengan wajah-Nya yang mulia, dengan kekuasaannya yang kekal, dari syaitan yang terkutuk.”
Selawat dan salam kepada baginda semasa berdiri dengan penuh hormat, khusyuk, dan kosongkan fikiran daripada perkara lain.
`Assalamualaika ya Rasulullah’.
Untuk pertanyaan/mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 umrah terkini/promo semasa, tekan link whatsapp dibawah atau di bio link IG/FB
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
~IG : umrah_travel_pilihan ~FB : Travelog Haramain
Allah tidak memanggil yang mampu,
Allah memampukan kepada siapa sahaja yang mau,
Yang rindu & yang yakin,
InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan setiap langkah menujuNya.
"UMRAH MABRUR, INSYAALLAH"

Pintu KaabahBinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pada mulanya mempunyai 2 pintu (Bab ul Kaabah) iaitu Pintu T...
10/01/2020

Pintu Kaabah
Binaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pada mulanya mempunyai 2 pintu (Bab ul Kaabah) iaitu Pintu Timur dan Pintu Barat. Kedua-dua pintu itu dibina rapat hingga ke tanah. Namun begitu, mengikut catatan sejarah, kedua-dua pintu itu berubah-ubah kedudukannya serta bilangan pintunya jua.
Kini, hanya terdapat satu buah pintu sahaja di Kaabah, iaitu yang terletak di sebelah timur laut. Ketinggiannya dari aras lantai ialah 2 meter dan pintu itu diperbuat dari emas tulen seberat 280 kg yang telah menelan belanja melebihi 13 juta Riyal Arab Saudi. (Sumber : Wiki)
Apabila Nabi Muhammad (SAW) menawan Makkah, baginda meminta kunci pintu Kaabah daripada Usman Abi Talhah daripada Bani Syaibah, akan tetapi cubaan ,membuka pintu Kaabah gagal.
Maka turun lah ayat Surah An-Nisaa' ayat 58 bermaksud:; “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Rasulullah (SAW) kemudian menyerahkan semula ke tangan Usman, tertarik dengan keadilan yang ditunjuk oleh Rasulullah ketua Bani Syaibah itu dan keluarganya pun memeluk Islam.
Atas perintah Allah juga, wasiat penjagaan kunci kaabah diwasiatkan oleh Rasulullah kepada Bani Syaibah sehingga tiba hari kiamat.
Untuk pertanyaan/mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 umrah terkini/promo semasa, tekan link whatsapp dibawah atau di bio link IG/FB
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
~IG : umrah_travel_pilihan ~FB : Travelog Haramain
Allah tidak memanggil yang mampu,
Allah memampukan kepada siapa sahaja yang mau,
Yang rindu & yang yakin,
InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan setiap langkah menujuNya.
"UMRAH MABRUR, INSYAALLAH"

Mizab Rahmah/Pancuran Emas Mizab adalah pancuran yang berada antara Rukun Iraqi dan rukun Syami yang digunakan sebagai l...
09/01/2020

Mizab Rahmah/Pancuran Emas
Mizab adalah pancuran yang berada antara Rukun Iraqi dan rukun Syami yang digunakan sebagai laluan air dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijr Ismail. Mizab yang dapat dilihat sekarang telah dibina dengan menggunakan emas tulen dan antara sebabnya sebahagian orang sekarang menyebutnya dengan nama “Pancuran Emas’. Panjang Mizab ini adalah 253 cm dan lebarnya berukuran 26 cm.Telah dipacak paku-paku di atas mizab ini yang menghala ke langit untuk mengelakkan burung-burung hinggap ke atasnya. Di bahagian depan mizab tertulis:

"Bismillahirrahmanirrahim - Ya Allah".
Menurut sebahagian pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab berdoa.
Untuk pertanyaan/mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 umrah terkini/promo semasa, tekan link whatsapp dibawah atau di bio link IG/FB
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
~IG : umrah_travel_pilihan ~FB : Travelog Haramain
Allah tidak memanggil yang mampu,
Allah memampukan kepada siapa sahaja yang mau,
Yang rindu & yang yakin,
InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan setiap langkah menujuNya.
"UMRAH MABRUR, INSYAALLAH"

Air Zam Zam“Air terbaik di seluruh permukaan bumi adalah air zamzam, di dalamnya terdapat makanan (yang membangkitkan) s...
07/01/2020

Air Zam Zam
“Air terbaik di seluruh permukaan bumi adalah air zamzam, di dalamnya terdapat makanan (yang membangkitkan) selera, obat dari berbagai penyakit” (HR. Ath-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir 11/98)
Kisah Air Zam Zam diceritakan di dalam sahih al-Bukhari, daripada Abdullah bin Abbas RA yang bermaksud:

“Ibu Ismail menyusukan anaknya (Ismail) dan meminum daripada air yang ada sehingga akhirnya air tersebut habis. Dia (Hajar) dan juga anaknya merasa kehausan (disebabkan kehabisan simpanan air). Dia melihat anaknya dalam keadaan yang cemas kerana anaknya terus menangis. Dia pun pergi untuk mencari sumber air kerana tidak sanggup melihat anaknya kehausan. Dengan itu, dia pergi menuju ke bukit Shafa kerana ia adalah bukit yang paling hampir dengannya lalu berdiri di atasnya.
Pandangannya diarahkan ke lembah di sekelilingnya, dengan harapan terdapat seseorang tetapi ternyata tiada seseorang pun. Setelah itu, dia pun turun (dari bukit Shafa) dan ketika sampai di lembah, dia mengangkat hujung pakaiannya lalu berusaha keras sehingga dia sampai ke lembah iaitu bukit Marwah, lalu berdiri di atasnya sambil melihat apakah terdapat seseorang di sana? Tetapi, ternyata tiada seseorang juga. Dia melakukan perkara sedemikian sehingga tujuh kali. Ibnu Abbas RA, bahawa Nabi SAW: “Itulah sa’ie yang mesti dilakukan oleh manusia antara dua bukit itu”.
Ketika dia sampai di puncak bukit Marwah, dia terdengar suara lalu dia berkata kepada dirinya sendiri: “Diam!”. Dia cuba mendengarnya lagi lalu dia mendengar suara itu dengan berkata: “Engkau telah menperdengarkan suaramu, apakah bersama engkau terdapat pertolongan?”. Ternyata suara itu adalah malaikat Jibril yang berada dekat dengan tempat zamzam. Lantas, Jibril mengais tanah dengan tumitnya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat yang lain) sehingga air keluar memancar”. [Riwayat al-Bukhari, (3364)]
Imam Al-Hakim Di Dalam Al-Mustadrak Meriwayatkan Sebuah Hadis Marfu’ Daripada Ibnu Abbas
“Jika Kamu Minum Air Zam Zam Kerana Mengharapkan Kesembuhan Dengan Perantara Air Itu, Allah Pasti Menyembuhkanmu. Jika Kamu Minum Air Itu Dengan Memohon Perlindungan Allah, Allah Pasti Melindungi Kamu. Jika Kamu Minum Air Itu Dengan Tujuan Agar Tidak Merasa Haus Lagi, Allah Pasti Menghilangkan Dahaga Itu Dari Kamu”
Untuk pertanyaan/mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 umrah terkini/promo semasa, tekan link whatsapp dibawah atau di bio link IG/FB
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
~IG : umrah_travel_pilihan ~FB : Travelog Haramain
Allah tidak memanggil yang mampu,
Allah memampukan kepada siapa sahaja yang mau,
Yang rindu & yang yakin,
InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan setiap langkah menujuNya.
"UMRAH MABRUR, INSYAALLAH"

Al SuffahPada zaman Rasulullah SAW, terdapat satu sudut atau anjung di dalam masjid Nabawi yang didiami oleh sekump**an ...
31/12/2019

Al Suffah
Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat satu sudut atau anjung di dalam masjid Nabawi yang didiami oleh sekump**an sahabat yang kemudian digelari sebagai Ahli Suffah. Ahli Suffah ini adalah daripada golongan miskin yang datang dari luar Madinah semata-mata untuk mempelajari ilmu dari Rasulullah SAW, beribadah, dan berjihad di jalan Allah SWT. Kehidupan mereka dibiayai oleh harta Baitul mal dan sumbangan daripada orang ramai. Akan tetapi mereka bukanlah golongan yang meminta-minta walaupun mereka sedang kelaparan. Ahli suffah adalah merupakan kump**an yang hampir dengan baginda saw kerana merekalah yang mula-mula dan senantiasa hadir majlis ilmu baginda saw. Daripada merekalah dikatakan bermulanya aliran sufi dan ilmu tasawuf.
Di antara mereka adalah Abu Hurairah yang merupakan sahabat Rasulullah yang terbanyak meriwayatkan hadis. Bilal bin Rabah yang menjadi Tukang Azan Rasulullah. Salman al-Farisi Pakar strategi Perang. Dan ramai lagi tokoh-tokoh hebat.
Golongan ahli suffah ini dinukilkan oleh Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 273 yang bermaksud:
"(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya."
Pada masa kini, sudut Ahli Suffah boleh dilihat dibina padanya lantai yang lebih tinggi dari tempat lain. Ianya terletak antara Pintu Jibril dan Pintu An Nisa’.

*Image Credit: muslimvillage.com
Untuk pertanyaan/mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 umrah terkini/promo semasa, tekan link whatsapp dibawah atau di bio link IG/FB
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
~IG : umrah_travel_pilihan ~FB : Travelog Haramain
Allah tidak memanggil yang mampu,
Allah memampukan kepada siapa sahaja yang mau,
Yang rindu & yang yakin,
InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan setiap langkah menujuNya.
"UMRAH MABRUR, INSYAALLAH"

MultazamApa itu Multazam?Dalam bahasa Arab Multazam adalah bermaksud bersandar atau menempel.Multazam merupakan dinding ...
26/12/2019

Multazam
Apa itu Multazam?
Dalam bahasa Arab Multazam adalah bermaksud bersandar atau menempel.
Multazam merupakan dinding Kakbah yang terletak di antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah sekitar panjang 2-3 meter. Ianya adalah tempat yang mustajab untuk berdoa selain daripada tempat-tempat khusus yang lain.
Kata Ibn ‘Abbas R.Anhuma (maksudnya):
“Antara rukun Hajar Aswad dan pintu Kaabah terdapat Multazam. Tidak seorang pun hamba Allah SWT yang berdoa di tempat ini, kecuali dikabulkan doanya.” (Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, no. 3769)
Cara berdoa di Multazam adalah dengan meletakkan atau menempekan p**i, dada, lengan tangan dan kedua tapak tangan pada ruang dinding Multazam.
Mengikut Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibnu Majah,
Amru bin Syu’aib menceritakan dari ayahnya, "Aku pernah melakukan tawaf bersama Abdullah bin Amr bin Ash, dan ketika kami sampai ke belakang Kaabah, aku berkata, ‘Tidakkah engkau memohon perlindungan kepada Allah dari api neraka?’ Abdullah lalu mengucapkan, ‘Aku berlindung kepada Allah dari api neraka’. Kemudian dia berlalu dan menyentuh Hajar Aswad, selanjutnya dia berdiri antara Rukun (Hajar Aswad) dan pintu (Kaabah), lalu mendekatkan dada, kedua tangan dan p**inya kepada rukun itu, kemudian dia berkata, ‘beginilah aku melihat Rasulullah SAW melakukannya’.”
*Image Credit: Flickr.com
Untuk pertanyaan/mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 umrah terkini/promo semasa, tekan link whatsapp dibawah atau di bio link IG/FB
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
~IG : umrah_travel_pilihan
~FB : Travelog Haramain
Allah tidak memanggil yang mampu,
Allah memampukan kepada siapa sahaja yang mau,
Yang rindu & yang yakin,
InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan setiap langkah menujuNya.
"UMRAH MABRUR, INSYAALLAH"

The Talbiyyahلَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَ...
20/12/2019

The Talbiyyah
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَ شَرِيكَ لَكَ.
Labbayka Allâhumma labbayka, labbayka lâ sharîka laka labbayka, ’innal-hamda, wan-ni‘mata, laka wal-mulka, lâ sharîka lak.
Here I am, O’ Allâh! here I am. Here I am, You have no partner, here I am. Verily, all praise and blessings (bounty) are Yours, and all sovereignty, You have no partner. [HR. Muslim]
HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah, HambaMu datang menyahut panggilanMu.
HambaMu datang menyahut panggilanMu, Tidak ada sekutu bagiMu,
HambaMu datang menyahut panggilanMu.
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu.
Tidak ada sekutu bagiMu.
From Abu Hurairah, the Messenger of Allah (may peace be upon him) said, "No one will recite talbiyah or recite Takbir, but it will be promised with kindness." The Prophet asked, "O Messenger of Allah, are we promised in heaven?" He answered, "Yes." (No. 7779, Shahih al-Jami 'No. 5569 and as-Shahihah No. 1621-Hasan)
From Sahl bin Sa'd said: Allah's Messenger (may peace be upon him) said, "No one (muslim) will recite talbiyah, but it will be followed (recite talbiiyah together) by those on his right and left, starting from rocks, trees, and hard ground to the ends of the earth.” (HR At-Tirmidzi No. 787)
*Image Credit: Hiveminer.Com
Talbiyyah sunat dilafazkan bermula selepas berniat dan tamat ketika jemaah mahu memulakan tawaf.
Untuk pertanyaan/mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 umrah terkini/promo semasa, tekan link whatsapp dibawah atau di bio link IG/FB
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
~IG : umrah_travel_pilihan ~FB : Travelog Haramain
Allah tidak memanggil yang mampu,
Allah memampukan kepada siapa sahaja yang mau,
Yang rindu & yang yakin,
InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan setiap langkah menujuNya.
"UMRAH MABRUR, INSYAALLAH"

Address

Jalan P. Ramlee
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Travelog Haramain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Travelog Haramain:

Share

Category

Nearby travel agencies


Other Tour Guides in Kuala Lumpur

Show All