Irkaz Travel & Tours

Irkaz Travel & Tours SSM: 1232978-M

Kemabruran Ibadah Anda, Keutamaan Kami
(9)

Tangisan perpisahan, senyuman harapan. Alhamdulillah, jemaah Trip 22 November sudah bersedia menuju Tanah Suci.Dua kumpu...
23/11/2024

Tangisan perpisahan, senyuman harapan. Alhamdulillah, jemaah Trip 22 November sudah bersedia menuju Tanah Suci.

Dua kumpulan, Premium dan Ezgo, dengan satu tujuan: mencari keredhaan Allah. Proses check-in yang mudah dan briefing yang jelas menjadi langkah pertama yang sempurna. Semoga perjalanan ini menjadi inspirasi kepada yang lain, dan Umrah ini diterima Allah. Insyallah

Alhamdulillah, umrah ketiga ini di bimbing oleh  Ustaz Azril, pengalaman yang membawa ketenangan jiwa. Setiap langkah ya...
20/11/2024

Alhamdulillah, umrah ketiga ini di bimbing oleh Ustaz Azril, pengalaman yang membawa ketenangan jiwa. Setiap langkah yang diatur di bumi Mekah terasa begitu bermakna, seakan-akan membawa kami lebih dekat kepada cinta Ilahi. Setiap saat, dari detik sujud di hadapan Kaabah hingga lantunan doa penuh harapan, meninggalkan kesan mendalam yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

Kami doakan agar setiap jemaah Irkaz Travel dikurniakan umrah yang mabrur, diterima segala amal 🤲🏻

Semoga Allah mempermudahkan langkah kita semua untuk bertemu lagi dalam perjalanan akan datang, menyambung ikatan persaudaraan dan menyemai cinta kepada-Nya. Amin ya Rabbal Alamin 🤍✨.

Alhamdulillah .. gembiranya Jemaah 🤍 Syukurnya Ya Allah 🤲🏻 mengizinkan jemaah Irkaz Travel sampai ke atas Bukit Khudai ....
18/11/2024

Alhamdulillah .. gembiranya Jemaah 🤍

Syukurnya Ya Allah 🤲🏻 mengizinkan jemaah Irkaz Travel sampai ke atas Bukit Khudai . Atas permintaan jemaah 🥰 Tour Leader En Azril mengiringi Jemaah ke lokasi terbaru & cantik di Kota Makkah.

  Berdoa dengan penuh keyakinan Hadis ini menekankan pentingnya keyakinan ketika berdoa kepada Allah. Seorang mukmin har...
18/11/2024



Berdoa dengan penuh keyakinan Hadis ini menekankan pentingnya keyakinan ketika berdoa kepada Allah. Seorang mukmin harus percaya bahawa Allah Maha Kuasa dan Maha Pemurah untuk memakbulkan doa, walaupun hasilnya mungkin berbeza dengan apa yang diminta. Keyakinan ini adalah cerminan keimanan kita kepada Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya 🤍🤲🏻.

Alhamdulillah, selesai sudah jemaah Irkaz Travel melaksanakan ibadah umrah syukur🤲🏻Untuk melengkapkan pengalaman ini, Ir...
14/11/2024

Alhamdulillah, selesai sudah jemaah Irkaz Travel melaksanakan ibadah umrah syukur🤲🏻

Untuk melengkapkan pengalaman ini, Irkaz Travel akan membawa jemaah ke lokasi ‘healing’ yang terletak di Kota Taif indah dan menenangkan, Dan yang paling seronok, ada juga peluang untuk bershopping 🤭

Taif adalah sebuah tempat tanah tinggi kira2 100km dari Mekah, dengan ketinggian 2000 meter dari aras laut yang membuatkan cuacanya sentiasa sejuk dan damai.

1 seat sahaja lagi untuk jemaah wanita Umrah 3 Disember! Jangan lepaskan peluang ini PM sekarang untuk info lanjut!Book ...
13/11/2024

1 seat sahaja lagi untuk jemaah wanita Umrah 3 Disember!
Jangan lepaskan peluang ini
PM sekarang untuk info lanjut!

Book tarikh penerbangan anda hanya serendah RM500.

Hubungi kami sekarang 👇🏻

012-230-0315 (Ayie)
018-259-8928(Arif)

15 seat sahaja lagi untuk Trip Umrah pada28 Disember! Jangan lepaskan peluang ini untuk sertai trip 9 hari yang penuh be...
12/11/2024

15 seat sahaja lagi untuk Trip Umrah pada
28 Disember! Jangan lepaskan peluang ini untuk sertai trip 9 hari yang penuh bermakna.
PM sekarang untuk info lanjut!

Book tarikh penerbangan anda hanya serendah RM500.

Hubungi kami sekarang 👇🏻

012-230-0315 (Ayie)
018-259-8928(Arif)

Alhamdulillah, selepas 5 hari yang penuh keberkatan di Madinah, Jemaah Irkaz Travel kini dalam perjalanan menuju ke Meka...
12/11/2024

Alhamdulillah, selepas 5 hari yang penuh keberkatan di Madinah, Jemaah Irkaz Travel kini dalam perjalanan menuju ke Mekah. Perjalanan ini lebih mudah dan selesa dengan kemudahan High Speed Train yang disediakan dalam pakej lengkap Irkaz Travel, memastikan setiap saat diisi dengan keselesaan dan kemudahan yang terbaik.

Dengan hati yang tenang, para jemaah kami kini bersedia berihram dan berniat untuk menunaikan ibadah Umrah.

Dengan lafaz suci,
‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Kami memohon doa agar perjalanan ini dipermudahkan, diberkati, dan diterima sebagai ibadah yang mabrur di sisi Allah SWT. Amin. ✨

Gais, WOW! Irkaz On-Air Lagi di Assalamualaikum! Ada Surprise untuk Korang!Assalamualaikum! Irkaz Travel & Tours akan mu...
11/11/2024

Gais, WOW! Irkaz On-Air Lagi di Assalamualaikum! Ada Surprise untuk Korang!

Assalamualaikum! Irkaz Travel & Tours akan muncul sekali lagi dalam slot Assalamualaikum di TV Al-Hijrah! Kali ini ada pengumuman MENARIK yang korang tak boleh lepaskan! yeayy ADMIN Janji

📺 Irkaz @ TV Al-Hijrah
🗓 Hari: Rabu
📅 Tarikh: 13 November 2024
⏰ Masa: 9 Pagi

Set alarm korang sekarang! Jangan lupa join kami sebab ada kejutan istimewa yang menanti!

Tak gayat ke naik unta tu? 🤭 Seronok betul tengok jemaah Irkaz Travel menikmati pengalaman istimewa di Kota Madinah! 🐫 B...
11/11/2024

Tak gayat ke naik unta tu? 🤭 Seronok betul tengok jemaah Irkaz Travel menikmati pengalaman istimewa di Kota Madinah! 🐫

Bila lagi nak rasa naik unta di tanah suci, kan? Walaupun mungkin ada yang rasa gayat pada mulanya, pengalaman ini tentunya sangat berharga. Peluang menunggang unta di tengah padang pasir menjadi antara memori terindah yang pasti akan dikenang oleh jemaah Irkaz Travel. Memang rugi kalau tak cuba sekali seumur hidup!

Kursus Umrah Terbuka Anjuran Irkaz TravelAssalamualaikum, kami dari Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd menjemput tuan-tuan dan...
08/11/2024

Kursus Umrah Terbuka Anjuran Irkaz Travel

Assalamualaikum,
kami dari Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menghadiri Kursus umrah Terbuka yang bakal diadakan seperti yang berikut:

Hari : Sabtu
Tarikh : 16 NOVEMBER 2024
Waktu : 8:30 Pagi - 12:00 Tengahari
Lokasi : Masjid Saidina Abu Bakar,Bangsar

Semua dijemput hadir. Masuk adalah percuma!

Sebarang Pertanyaan Hubungi:
Ayie : 012-230 0315
Arif : 012-894 8010

1 seat sahaja lagi untuk jemaah wanita Umrah 21 Disember! Jangan lepaskan peluang ini untuk sertai trip 9 hari yang penu...
08/11/2024

1 seat sahaja lagi untuk jemaah wanita
Umrah 21 Disember! Jangan lepaskan peluang ini untuk sertai trip 9 hari yang penuh bermakna.
PM sekarang untuk info lanjut!

Book tarikh penerbangan anda hanya serendah RM500.

Hubungi kami sekarang 👇🏻

012-230-0315 (Ayie)
018-259-8928(Arif)

Jemaah Irkaz Travel berpeluang menziarahi Masjid Quba, masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam. Baik pertama kali...
08/11/2024

Jemaah Irkaz Travel berpeluang menziarahi Masjid Quba, masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam. Baik pertama kali ataupun sudah beberapa kali ke sini, perasaan teruja pasti tidak pernah pudar. Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:
‘Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah.’ (HR Tarmizi: 298, Ibnu Majah: 1401)
Semoga setiap langkah dalam ziarah ini memberi ilmu baru dan keberkatan buat semua Jemaah Irkaz Travel. 🌙

 Admin ingin berkongsi beberapa kelebihan beristighfar. Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat dan dapat diamalkan ...
06/11/2024



Admin ingin berkongsi beberapa kelebihan beristighfar. Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat dan dapat diamalkan oleh semua, insyaAllah.✨🤲🏻

Beristighfar bukan sahaja dapat menyucikan hati, malah ia juga membuka pintu rezeki, mempermudahkan urusan, dan memberikan ketenangan jiwa. Dalam kehidupan yang penuh cabaran ini, amalan istighfar dapat menjadi salah satu cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, memohon keampunan, dan mencari ketenangan dalam setiap langkah yang kita ambil. Semoga kita semua istiqamah dalam mengamalkannya dan terus berusaha menjadi insan yang lebih baik setiap hari.

Pintu yang sama, namun di waktu yang berbeza. Zaman terus berganti, menyaksikan perubahan demi perubahan yang berlaku. P...
05/11/2024

Pintu yang sama, namun di waktu yang berbeza. Zaman terus berganti, menyaksikan perubahan demi perubahan yang berlaku. Pembangunan pesat di Kota Mekah tidak pernah terhenti, dengan bangunan-bangunan moden yang semakin mencakar langit.

Dari zaman dahulu yang penuh dengan keheningan dan kesederhanaan, hingga kini, di mana Mekah berdiri megah dengan pencakar langit dan teknologi canggih. Namun, meskipun zaman berubah, semangat dan kesucian kota ini tetap utuh, menyatukan semua yang datang mencari ketenangan dan keberkatan.

Alhamdulillah, dengan penuh rasa kesyukuran, jemaah Trip 5 November telah berkumpul di KLIA1 untuk memulakan perjalanan ...
05/11/2024

Alhamdulillah, dengan penuh rasa kesyukuran, jemaah Trip 5 November telah berkumpul di KLIA1 untuk memulakan perjalanan suci menuju ke Kota Madinah Al Munawwarah.

Semoga setiap langkah yang diambil dalam perjalanan ini diberkati dan diterima sebagai ibadah yang mabrur di sisi-Mu, ya Allah 🤲🏻✨.

Permudahkanlah setiap urusan jemaah dan terimalah segala amal ibadah dengan penuh rahmat dan keberkatan. Amin.

Address

21-1, Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5 Wangsa Maju
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 15:00

Telephone

+60122300315

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Irkaz Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Irkaz Travel & Tours:

Videos

Share

Category

Nearby travel agencies


Other Travel Services in Kuala Lumpur

Show All