03/07/2023
Teringat, kata2 Habib Naqjamuddin masa kursus umrah lepas..Habib asik ingatkan supaya kita menjaga "NIAT" & "BERSIHKAN HATI".
Asbabnya kita di pilih oleh Allah SWT dgn "Panggilan Dia" & "PilihanNya" untuk melaksanakan ibadah umrah iaitu "KITA DI PILIH"., yg ini kita kena faham..
Bukan kerana duit kita, bukan kerana masa kita, bukan kerana sihat kita, bukan kerana apa..
Sbb kalau kerana duit,. ramai orang yg lebih duit drpd kita, ramai orang yg lebih sihat drpd kita & mungkin lebih lapang waktu drpd kita.. Tapi kenapa kita?
Kerana kita di pilih oleh Allah.. Sedar atau tidak kita kena mengakui hakikatnya Allah yg Panggil kita, Allah yg undang kita.
Oleh kerana itu, maka sewajarnya untuk kita memenuhi undangan itu dengan sebaik-baiknya. Salah satu cara menyahutnya dengan ilmu, dengan amal yang betul. Supaya kita berharap dapat laksanakan dengan baik & sangat baik. Contoh, urusan dunia & perniagaan kita nak yg terbaik untuk mendapatkan hasil yg baik.. Tapi bukankah yg lebih utama kita pastikan diri kita buat yg terbaik untuk Allah SWT yg menciptakan kita, yg memberikan segala kurnia & rezeki kepada kita. Sbb itu, diberikan syarat kepada orang yg beramal itu, mesti dengan ilmu.
Ini semua rezeki yg di kurniakan Allah SWT dan perlu untuk kita menghargai hadiah ini & perlulah untuk kita pastikan "NIAT" kita yg paling utama. Kita buat ibadah umrah perlu ikhlas semata2 kerana Allah SWT. Ko
Kerana Allah panggil kita..
Kenapa agaknya Allah SWT panggil kita?
Kenapa undang kita?
Habib Naqjamuddin kata,
Mungkin kerana Allah SWT kasih kepada kita
Allah pilih kita bukan sebab kita terbaik
Ataupun kita ni orang yg soleh,
Tapi.. mungkin kerana kita yg paling teruk & orang yg paling banyak maksiat & dosa..๐ข
Sebab Allah sayangkan kita, Allah pilih juga kita mendapatkan keampunan Dia.
Sebab tu, Nabi SAW bersabda: Diantara umrah dgn umrah yg lain adanya pengguguran dosa, adanya keampunan Allah SWT.
Maka pergilah kita dengan penuh ikhlas, penuh keinsafan kepada Allah SWT.
Bukan SOMBONG, bukan RASA HEBAT,
Tapi, penuh keinsafan, penuh tawaduk & penuh malu dengan Allah SWT. Maka ikhlaskanlah "NIAT" kita yg paling awal sekali ketika kita hendak melaksakan Ibadah Umrah.
Selain drpd "NIAT"
Kita kena pastikan yg kita ni bersih..
Sbb nak pergi ke tempat yg suci (Tanah Haram iaitu tanah yg mulia, tanah yg suci, tanah yg terjaga), kita kena suci & kita kena bersih.. Jangan la tempat yg suci, kita masuk dengan diri kita yg kotor.
Maka sebab itu disunatkan kepada orang yg nak memasuki Kota Haram, mandi bersihkan badan & bersihkan pakaian.. Tapi., lebih kepada bersihkan "JIWA" & "HATI" kerana itu yg Allah pandang.. Allah tgk HATI & NIAT kita.
Sebelum sampai ke tempat yg suci, sucikan hati kita dari sifat2 mazmumah., yg pertama RIAK, kedua UJUB. Penyakit hati yg menyebab amalan kita sia2.
Habib Naqjamuddin kata hati2 dengan,
UJUB:BANGGA DIRI TAPI TAK CAKAP DENGAN ORANG
Cth: Aku je dapat pergi umrah, orang lain banyak tak dapat pergi.
TAKABBUR: SOMBONG
Rasa diri lebih baik dr orang lain. Klu ada sifat ni, bermakna dalam hati kita ada penyakit.
Nabi Muhammad ๏ทบ kata tak masuk syurga orang yg ada sebesar zarah sombong. Macam mana kita nak bawa hati kita yg sombong ni masuk ke tempat yg mulia seperti Kota Mekah & Madinah.
HASAD:DENGKI
Kerana hasad itu memakan amalan kamu seperti api yg memakan kayu.
BENCI & BERMUSUHAN
Kita harus selesaikan dulu masalah kita.. Minta maaf.
Habib Naqjamuddin kata,
Rukun Umrah bagus dah,
Semua dh bagus..
Tapi hatinya kotor..
Hatinya ada RIAK kan rugi..
Ketika seseorang dalam perjalanan menuju kepada Allah,
Maka yg mesti dia kena pastikan,
Hatinya kena bersih,
Xde RIAK, UJUB, PRASANGKA dgn org lain,
Inilah persiapan sebelum kita nak melaksanakan Ibadah Umrah.
Sebelum pergi, selalu kena bertaubat & beristighfar kepada Allah. Kalau ada masalah hubungan dengan orang, kita minta maaf. Kita berbuat baik dengan orang. Ini adalah jalan untuk kita memperolehi umrah yg maqbullah yg diterima oleh Allah SWT.. Inshaallah.. Inilah sebenarnya persiapan awal kita.. ๐
Sekadar berkongsi
Semoga boleh menjadi info & ilmu tambahan buat semua TetamuNya & Rasulullah ๏ทบ
ุงููููููู
ูู ุตูููู ุนูููู ู
ูุญูู
ููุฏู ููุนูููู ุขูู ู
ูุญูู
ููุฏู
Norlila Taher