06/06/2024
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐠𝐞𝐫𝐚𝐢-𝐠𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟒
Dalam lawatan ini, kami berpeluang melihat sendiri bagaimana penerima menggunakan barangan perniagaan yang telah diberikan. Alhamdulillah, banyak perubahan positif yang dapat kami saksikan.
Bantuan barangan perniagaan yang disalurkan bulan Mac yang lalu dapat memberikan impak walaupun sedikit dalam membantu usahawan-usahawan kecil untuk terus maju dan berjaya dalam perniagaan mereka. Kami juga amat berbangga dengan usaha gigih mereka dalam memajukan perniagaan masing-masing. Terima kasih juga kepada 𝐘𝐁 𝐃𝐫. 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐅𝐚𝐤𝐡𝐫𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐅𝐚𝐤𝐡𝐫𝐮𝐫𝐚𝐳𝐢 selaku 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 bersama 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐔𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐎𝐛𝐢 𝐓𝐫𝐚𝐯𝐞𝐥 & 𝐇𝐨𝐥𝐢𝐝𝐚𝐲𝐬 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝 iaitu 𝐄𝐧. 𝐎𝐭𝐡𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐈𝐬𝐡𝐚𝐤 yang menyampaikan barang-barang tersebut kepada penerima.
Program bantuan perniagaan ini adalah salah satu daripada banyak inisiatif yang kami laksanakan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat. Kami berkomitmen untuk terus mencari jalan dan peluang bagi membantu lebih ramai usahawan kecil.
Kami berharap kejayaan anda akan menjadi inspirasi kepada usahawan-usahawan lain untuk terus berusaha dan tidak berputus asa. Sama-sama kita membina masa depan yang lebih baik untuk ekonomi masyarakat setempat.
Untuk mengetahui sebarang aktiviti terkini dan pakej yang ditawarkan oleh Obi Travel, boleh terus ke Facebook rasmi kami Obi Travel & Holidays Sdn Bhd atau layari website rasmi kami di https://obitravelholidays.com/