20/07/2021
Eid Adha 1442H,
"Pengorbanan itu tidak pernah sia-sia nilainya,
hanyasanya untuk mereka yang IKHLAS"
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua yang bersama kami selama ini.
Dari penubuhan Bestway Transportation sehinggalah tertubuhnya Bestway Tours & Travel Sdn Bhd, rakan kerjasama kami, pelanggan-pelanggan kami selama ini, yang datang ke Kuching, Sabah, yang kami temani mereka ke Pontianak, Bandung, Jogjakarta, Lombok, Surabaya, Medan, yang kami temani sehingga ke Vietnam, dan yang kami langsungkan projek qurban kami di Kemboja setiap tahun semenjak 2013 sehingga kini.
Juga tidak lupa, beberapa trip kami dengan Pakej Umrah Bestway, yang baharu sahaja bermula, namun alhamdulillah impak dan sambutannya luar biasa bagi kami.
Pelanggan pakaian kami, rakan kerjasama kami, malah rakan pelabur kami bagi membangunkan sebuah melalui Bestway Collections. Tidak mudah, namun alhamdulillah sambutannya juga sampai ke seluruh Malaysia. Pakaian kami hantar melalui pos ke Sarawak, Sabah, Johor, Perlis, Perak, Terengganu, Pahang, KL, Selangor, Perlis, dan semua negeri di Malaysia telah kami sampaikan bungkusan daripada Bestway Collections (Bestway Enterprise)
Ya, tidak lupa, produk makanan kami, kami usahakan seawal tahun 2008 (Serunding Bestway), kini membesar di kala wabak melanda, Kurma Tunisia Bestway, Gajus Bestway, Bestway Pistachio, Bestway Chocolate Premium Bestway dan pelbagai lagi makanan kering yang kami pasarkan. Terima kasih pelanggan kami semua. Terima kasih mempercayai produk makanan kering Bestway melalui Salam Bestway Company
Kami, dengan rendah hati, cuma ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan kerjasama kami, juga istimewa buat pelanggan kami di seluruh Malaysia, semoga ukhuwah kita berpanjangan sebagai sebuah syarikat, yang menuai kemanusiaan dan manfaat produk kami buat semua.
Kami tidaklah besar, inshAllah kami ada di sisi anda.
Terima kasih sekali lagi, dan salam eid adha 1442H
iKHLAS
Bestway Tours & Travel Sdn
Bestway Collections
Salam Bestway Company
Bestway Transportation