EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd

EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd Sebuah agensi Umrah dan pelancongan berpusat di Presint 8,Putrajaya.Kami yakin dengan kepakaran kami akan memberikan kepuasan pada pelanggan kami

11/03/2024
RESPON RINGKAS CEO TERHADAP BERITA PEMBATALAN LESEN EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN BHDAssalamualaikum W.B.TSyarikat berasa duk...
08/03/2024

RESPON RINGKAS CEO TERHADAP BERITA PEMBATALAN LESEN EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
Assalamualaikum W.B.T
Syarikat berasa dukacita terhadap keputusan pembatalan lesen syarikat kami. Setelah rayuan demi rayuan dikemukakan, ianya telah tidak dipertimbangkan dengan sempurna oleh pihak Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC).

Alasan kepada pembatalan lesen tersebut tidak boleh disokong oleh undang-undang dan fakta.

Syarikat akan berbincang dengan Panel Peguam untuk mendapatkan hala tuju permasalahan ini dan kebajikan jemaah akan dijadikan motivasi utama kenapa MOTAC perlu memberikan penyelesaian positif kepada isu ini.

Satu Siaran Media akan dibuat bagi memberikan penjelasan terhadap tindakan yang bakal diambil selanjutnya.

Datuk Dr Hj. Zulkarnain Endut
CEO
EMRAZ Travel & Tours Sdn. Bhd.

Antara nama-nama Madinah ialah Taibah, Dar Al-Hijra, Al Madinah An Nabawiyyah dan Ad Dar Wa Al Eman.
03/01/2024

Antara nama-nama Madinah ialah Taibah, Dar Al-Hijra, Al Madinah An Nabawiyyah dan Ad Dar Wa Al Eman.

Selamat Tahun Baru buat semua.
01/01/2024

Selamat Tahun Baru buat semua.

Nama alternatif untuk Makkah.
31/12/2023

Nama alternatif untuk Makkah.

MIQAT MADINAH: Bir Ali atau Zulhulaifah ?Kredit buat web M***i Wilayah.https://muftiwp.gov.my/ar/artikel/al-kafi-li-al-f...
29/12/2023

MIQAT MADINAH: Bir Ali atau Zulhulaifah ?

Kredit buat web M***i Wilayah.

https://muftiwp.gov.my/ar/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3105-al-kafi-1095-bir-ali-atau-zulhulaifah

Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri. Saya dengar miqat Madinah dikenali sebagai Bir Ali. Ada orang sebut Zulhulaifah. Sebenarnya yang mana antara keduanya?



Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami mulakan dengan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.Anhuma:

إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَّتَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ ذَا الْحُلَيْفَةِ وَلِأَهْلِ الشَّأْمِ الْجُحْفَةَ وَلِأَهْلِ نَجْدٍ قَرْنَ الْمَنَازِلِ وَلِأَهْلِ الْيَمَنِ يَلَمْلَمَ هُنَّ لَهُنَّ وَلِمَنْ أَتَى عَلَيْهِنَّ مِنْ غَيْرِهِنَّ مِمَّنْ أَرَادَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ وَمَنْ كَانَ دُونَ ذَلِكَ فَمِنْ حَيْثُ أَنْشَأَ حَتَّى أَهْلُ مَكَّةَ مِنْ مَكَّةَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW telah menetapkan miqat bagi penduduk Madinah di Zulhulaifah, bagi penduduk Syam di al-Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarn al-Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Itulah miqat bagi mereka dan sesiapa yang melintasi Kawasan selain dari mereka untuk sesiapa yang mahu menunaikan haji dan umrah. Sesiapa yang selain dari itu, maka ia berihram dari tempatnya sehinggalah penduduk Mekah berniat ihram dari Mekah.”

Riwayat al-Bukhari (1524)

Berkenaan soalan di atas, Zulhulaifah merupakan salah satu miqat yang telah ditentukan oleh Nabi Muhammad SAW. Masjid Zulhulaifah terletak di sebelah barat Wadi 'Aqiq, di wilayah Abyar Ali, dengan jarak 14 kilometer dari Masjid Nabawi.

Masjid ini dibina pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz memerintah Madinah (87-93 H). Kemudian ia dilakukan pengubahsuaian pada zaman Abbasiyah dan pengubahsuaian seterusnya dilakukan ketika pemerintahan Uthmaniyah, iaitu ketika pemerintahan Sultan Mehmed IV (1058-1099 H). Ketika itu, masjid masih berbentuk sangat kecil dan terbina daripada batu, dan belum ada jemaah haji dan umrah yang singgah di masjid ini. Kemudian Raja Fahd bin Abdul Aziz memerintahkan untuk mengubahsuai dan membangun serta melakukan perluasan masjid.

Masjid ini memiliki kubah yang tingginya 16 meter dari permukaan tanah. Masjid ini dapat menampung 5000 jemaah solat dalam satu-satu masa, dan ia mempunyai satu menara azan dengan ketinggian 62 meter.

Disebabkan jumlah jemaah haji dan umrah yang semakin meningkat, masjid ini telah diperluaskan beberapa kali dan dibina kemudahan yang diperlukan, sehinggalah masjid menjadi tempat persinggahan bagi para jemaah yang bermusafir. Masjid ini turut menyediakan ruangan untuk menggantikan kain ihram dan tempat wudhuk. Terdapat juga pasar yang menjual keperluan jemaah haji dan terletak di timur masjid. Di sebelah barat masjid terdapat tempat letak kereta dan kebun kurma yang luas. [1]

Masjid Bir Ali ini kelihatan seperti benteng yang dilengkapi dengan menara yang tinggi, berdinding tinggi dan menghadap ke sebuah bukit. Hasil daripada beberapa pengubahsuaian menjadikan masjid yang pada mulanya kecil dan sederhana berubah menjadi masjid megah dan indah. Hingga hari ini, Masjid Bir Ali berdiri di atas tanah lebih dari 60 ribu meter persegi. Keseluruhan luas masjid ini terdiri dari 26000 meter persegi (luas bangunan masjid) dan sekitar 34 ribu meter persegi luas taman dan tempat letak kereta.[2]

Berkenaan nama Abyar Ali, ada pendapat menisbahkan kepada Ali ibn Dinar. Iaitu Sultan di Darfur yang datang ke miqat ini pada tahun 1898 Masihi untuk melaksanakan ibadat haji dan mendapati suasana miqat kurang baik lalu dijadikan telaga-telaga bagi keperluan jemaah haji minum air daripadanya. Kemudian beliau membaiki masjid Zulhulaifah. Atas asas ini dinisbahkan kepadanya. Jawapan kami bahawa nisbah kepada pemerintah yang bernama Ali bin Dinar ini adalah tidak tepat. Ini kerana, merujuk kepada kitab-kitab yang terdahulu sudah disebut nama Abyar Ali atau Bir Ali. Ada yang menyangkakan bahawa Ali telah memerangi jin sedangkan ia adalah tidak benar kerana jin tidak diperangi pun oleh seorang sahabat.

Justeru, kami nyatakan bahawa, nama Bir Ali atau Abyar Ali sudah wujud sekian lama. Begitu juga nama Zulhulaifah berdasarkan nas hadis yang kami nyatakan tadi. Antara nama lainnya p**a ialah al-Syajarah dan al-Baida'. (Lihat kitab al-Raudh al-Mi'thar, 196; Mu'jam al-Buldan, 2/296 dan juga Atlas al-Hadis al-Nabawi oleh Dr Shauqi Abu Khalil, hlm. 150)

Semoga Allah makbulkan haji dan umrah kita dan terima ziarah kita. Kami tutup dengan doa:

اللّٰهُمَّ اجْعَلْ حَجَّنا حجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيَنَا سَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبَنَا ذَنْبًا مَغْفُوْرًا وَعَمَلَنَا عَمَلًا صَالِحًا مَقْبُوْلًا وَتِجَارَتَنَا تِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ

Ya Allah! jadikanlah haji kami, haji yang mabrur, sa’ie kami sa’ie yang diterima, dosa kami dosa yang diampuni dan amalan kami amalan soleh yang dikabulkan dan perniagaan kami perniagaan yang tidak akan mengalami rugi selamanya

SIARAN MEDIATINDAKAN SAMAN FITNAH TERHADAP PIHAK YANG MENUDUH SYARIKAT MELAKUKAN PENIPUAN UMRAHAssalamualaikum Warahmatu...
28/12/2023

SIARAN MEDIA

TINDAKAN SAMAN FITNAH TERHADAP PIHAK YANG MENUDUH SYARIKAT MELAKUKAN PENIPUAN UMRAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

1. Syarikat akan mengambil tindakan Saman Fitnah terhadap NGO yang telah berulang kali menuduh syarikat melakukan penipuan umrah. Syarikat telah membuat penafian tegas terhadap tuduhan melakukan penipuan umrah seperti yang kami telah siarkan dalam Siaran Media kami bertarikh 24 November 2023. Namun begitu, NGO terbabit secara berterusan melakukan tuduhan demi tuduhan mengaitkan syarikat dengan penipuan Umrah.

2. Syarikat juga menafikan laporan media fitnah yang dibuat oleh NGO ini yang mendakwa terdapat kump**an Guru yang telah terkandas sejak 2019 kerana hasil semakan terhadap rekod pendaftaran, Tarikh Asal Penerbangan yang ditempah oleh kump**an Guru tersebut adalah 7 April 2020 dimana negara pada masa itu berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19. Syarikat juga mempunyai rekod komunikasi yang jelas dan lengkap dengan kump**an Guru tersebut melibatkan tawaran untuk penerbangan semula sebaik sahaja PKP berakhir, namun mereka tidak memberikan sebarang tarikh baru sehinggalah akhir Disember 2022 dimana mereka bersetuju untuk penerbangan pada tahun 2023.

3. Syarikat secara tegas ingin memaklumkan bahawa pemulangan semula wang dan penerbangan semula Jemaah telah dan sedang kami lakukan, namun usaha tersebut dilakukan secara minima sepanjang tempoh penggantungan lesen kerana masalah yang telah kami hebahkan sebelum ini.

Datuk Dr Zulkarnain Bin Endut
CEO, EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd

Telaga GharsTelaga Ghars ini asalnya adalah milik seorang pemuda bernama Saad bin Khaisamah. Semasa tiba di perkampungan...
26/12/2023

Telaga Ghars

Telaga Ghars ini asalnya adalah milik seorang pemuda bernama Saad bin Khaisamah. Semasa tiba di perkampungan Quba’, Nabi Muhammad SAW telah menjadikan rumahnya sebagai rumah tamu. Rasulullah SAW dikatakan sering minum air dan mengambil wuduk daripada Telaga Ghars. Terdapat satu hadis bahawa Nabi Muhammad SAW menyatakan:

“Jika aku meninggal dunia kelak, mandikan aku dengan tujuh bekas air dari telagaku, iaitu telaga Ghars (sebuah telaga di Madinah).”

Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan

Dari Umar bin Al-Khaṭṭāb -raḍiyallāhu 'anhu- bahawasanya dia mendatangi Hajar Aswad lalu menciumnya seraya berkata, "Ses...
21/12/2023

Dari Umar bin Al-Khaṭṭāb -raḍiyallāhu 'anhu- bahawasanya dia mendatangi Hajar Aswad lalu menciumnya seraya berkata,

"Sesungguhnya aku tahu bahwa engkau hanyalah batu yang tidak mendatangkan bahaya dan manfaat. Seandainya aku tidak melihat Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- menciummu, aku pun tak akan menciummu."

Hadis sahih - Muttafaq 'alaih

KOTA LAMA JERUSALEMKota ini terdiri daripada 4 perkampungan- perkampungan MUSLIM- perkampungan KRISTIAN- perkampungan AR...
20/12/2023

KOTA LAMA JERUSALEM

Kota ini terdiri daripada 4 perkampungan
- perkampungan MUSLIM
- perkampungan KRISTIAN
- perkampungan ARMENIAN
- perkmpungan YAHUDI

Di dalam Kota Lama ini terdapat banyak tapak-tapak suci peninggalan sejarah umat Islam, Kristian (Nasrani) dan Yahudi. Di sudut tenggara Jerusalem Lama ini terdapat p**a Kompleks Al Haram Al Sharif yang di dalamnya terdapat Kubah Al-Sakhrah dan Masjid Qibli dan pada satu sudut masjid tersebut terdapat Tembok Meratap. Di sebelah barat p**a terdapat Gereja Makam Suci.

Abdullah ibn Umar, seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, ahli hadis dan hukum fiqh mengatakan:

"Baitulmuqaddis adalah tempat para Nabi dan berkumpulnya mereka untuk beribadah. Tidak ada sejengkalpun tanah di tempat itu yang tidak dipakai untuk bersembahyang oleh para Nabi, Rasul atau para Malaikat".

Info tmbahan : warna merah didalam gambar adalah TEMBOK RATAPAN ( Wailing Wall), tempat yahudi beribadat..

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
19/12/2023

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Mengikut satu sumber, tempahan slot Raudhah kini hanya setahun sekali sahaja iaitu setiap 365 hari.
17/12/2023

Mengikut satu sumber, tempahan slot Raudhah kini hanya setahun sekali sahaja iaitu setiap 365 hari.

Semoga Semua Akan Sampai Sini...
16/12/2023

Semoga Semua Akan Sampai Sini...

Dalil Haji & Umrah
13/12/2023

Dalil Haji & Umrah

Calendar 2024credit untuk Cikgu Chew & calendar2u.com
12/12/2023

Calendar 2024
credit untuk Cikgu Chew & calendar2u.com

  Kali pertama EMRAZ menjejak bumi Aqsa.
11/12/2023

Kali pertama EMRAZ menjejak bumi Aqsa.

Hujan Yang Kerap Menyebabkan Makkah Bertukar Hijau📷 Youssef Bajjash𝘈𝘭𝘭 𝘳𝘪𝘨𝘩𝘵𝘴 𝘢𝘯𝘥 𝘤𝘳𝘦𝘥𝘪𝘵𝘴 𝘳𝘦𝘴𝘦𝘳𝘷𝘦𝘥 𝘵𝘰 𝘵𝘩𝘦 𝘳𝘦𝘴𝘱𝘦𝘤𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘰𝘸𝘯...
10/12/2023

Hujan Yang Kerap Menyebabkan Makkah Bertukar Hijau

📷 Youssef Bajjash

𝘈𝘭𝘭 𝘳𝘪𝘨𝘩𝘵𝘴 𝘢𝘯𝘥 𝘤𝘳𝘦𝘥𝘪𝘵𝘴 𝘳𝘦𝘴𝘦𝘳𝘷𝘦𝘥 𝘵𝘰 𝘵𝘩𝘦 𝘳𝘦𝘴𝘱𝘦𝘤𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘰𝘸𝘯𝘦𝘳(𝘴). 𝘐𝘧 𝘺𝘰𝘶 𝘢𝘳𝘦 𝘵𝘩𝘦 𝘮𝘢𝘪𝘯 𝘤𝘰𝘱𝘺𝘳𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘰𝘸𝘯𝘦𝘳 𝘳𝘢𝘵𝘩𝘦𝘳 𝘵𝘩𝘢𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘰𝘯𝘦 𝘮𝘦𝘯𝘵𝘪𝘰𝘯𝘦𝘥 𝘩𝘦𝘳𝘦 𝘰𝘧 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘦𝘯𝘵, 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘢𝘤𝘵 𝘶𝘴 𝘵𝘰 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮 𝘤𝘳𝘦𝘥𝘪𝘵 𝘰𝘳 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘦𝘯𝘵 𝘳𝘦𝘮𝘰𝘷𝘢𝘭.

Keadaan di dataran tawaf hari ini.
10/12/2023

Keadaan di dataran tawaf hari ini.

   Trip Umrah Ikon EMRAZ Yang Pertama (Nov 2017). Kami bekerjasama dengan sebuah agensi umrah di Lembah Klang. Trip Khat...
09/12/2023

Trip Umrah Ikon EMRAZ Yang Pertama (Nov 2017). Kami bekerjasama dengan sebuah agensi umrah di Lembah Klang. Trip Khatam kitab Sirah Rasulullah.

Sling bag dan set luggage masih berwarna hitam.

Berapa kalikah Rasulullah mengerjakan Umrah sepanjang hayat Baginda?
09/12/2023

Berapa kalikah Rasulullah mengerjakan Umrah sepanjang hayat Baginda?

Rukun/sudut Kaabah ada 4:-1) Rukun Hajarul Aswad2) Rukun Iraqi3) Rukun Syami4) Rukun YamaniSalam Jumaat buat semua follo...
08/12/2023

Rukun/sudut Kaabah ada 4:-

1) Rukun Hajarul Aswad
2) Rukun Iraqi
3) Rukun Syami
4) Rukun Yamani

Salam Jumaat buat semua follower.

Siaran Media - Penafian Terhadap Isu Melakukan Penipuan Umrah
24/11/2023

Siaran Media - Penafian Terhadap Isu Melakukan Penipuan Umrah

Assalamualaikum,Untuk makluman semua,Syarikat Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. masih didalam Tempoh 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 & 𝐏𝐞𝐧𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮...
30/09/2023

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua,

Syarikat Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. masih didalam Tempoh 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 & 𝐏𝐞𝐧𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 dengan 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮

Disebabkan ini juga, penerbangan untuk bulan 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 sedikit sebanyak akan 𝐓𝐄𝐑𝐉𝐄𝐉𝐀𝐒.

Pengurusan passport beroperasi seperti biasa berdasarkan pada temujanji yang dibuat di talian Hotline (WhatsApp) 0127566114 dan emel di alamat [email protected]

Kami sangat memafahami situasi Jemaah sekalian akan penantian yang sekian lama ini. Akan tetapi atas kebaikan dan mengambil kira situasi di pihak syarikat juga, tindakan ini terpaksa dilakukan seiring demi memastikan semua urusan berjalan lancar dan tidak ada lagi keralatan seperti sebelum ini.

Di samping itu, kami mohon agar tidak putus kiriman doa Jemaah agar segala urusan Umrah ini dipermudahkan olehNya. Mohon selitkan doa juga semoga syarikat dapat beroperasi dengan baik seperti sedia kala dan dapat melunaskan segala hak-hak Jemaah yang tertunggak dalam meyakinkan pelabur-pelabur. Pencapaian sesuatu itu tak akan berlaku tanpa Usaha, Doa dan Tawakkal. Pelbagai usaha telah dilakukan dan selebihnya kami berserah atas izinNya. *_”𝐊𝐔𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐀𝐊𝐔𝐍”_*

Kami akan memberi maklumat dari masa ke semasa bermula minggu pertama bulan Oktober 2023.

Maaf diatas kesulitan dan Semoga Allah memberkati segala urusan kita semua. Aamiin3x

Wassalam

𝐇𝐚𝐫𝐢𝐪 𝐅𝐚𝐮𝐳𝐢
Aktivis Bebas | Caretaker Emraz




-----------------------------------

𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 & 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐀𝐍

Assalamualaikum WBT

Pertama sekali, pihak pengurusan EMRAZ memohon jutaan kemaafan diatas kesulitan yang berlaku, ekoran penundaan yang dimaklumkan pihak syarikat sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, bagi jemaah yang membuat keputusan utk membatalkan umrah mereka, jemaah boleh mengisi maklumat dan lampirkan borang pembatalan di link 👇🏻

https://tinyurl.com/BORANG-BATAL

Manakala jemaah yang memohon pemulangan passport (penerimaan secara kurier/pos berdaftar) boleh isi link 👇🏻

https://tinyurl.com/emrazkurierpassport

Terima kasih atas kerjasama pihak Jemaah sekian.

𝐂𝐮𝐬𝐭𝐨𝐦𝐞𝐫 𝐒𝐞𝐫𝐯𝐢𝐜𝐞
Hotline no : 0127566114

Assalamualaikum Tuan/Puan, Mohon kepada para Jemaah untuk mengisi borang dibawah bagi memudahkan urusan pemulangan pasport. Proses pemulangan pasport menggunakan perkhidmatan kurier dan mengambil masa selama tiga hari.

“𝐄𝐌𝐑𝐀𝐙 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐄𝐃 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐒”:Menjadi Kewajipan Kami di EMRAZ ...
18/09/2023

“𝐄𝐌𝐑𝐀𝐙 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐄𝐃 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐒”
:
Menjadi Kewajipan Kami di EMRAZ untuk Terus Membantu Menyelesaikan Isu Pemulihan Operasi Syarikat bagi Semua Jemaah yang Pernah Terkandas sebelum ini, Terima kasih Pada Majoriti Para Jemaah yg terus Mempercayai dan Terus Yakin dengan EMRAZ serta Tidak Putus Mendoakan Kebaikan EMRAZ serta Seluruh Jemaah💞:
Moga Niat EMRAZ Serta Segala Usaha dan Perancangan EMRAZ dalam Memulihkan Operasi Serta Menyelesaikan Semua Isu Trip Jemaah Terkandas Secara Menyeluruh dibantu Oleh ALLAH dan Dilindungi dari Segala Keburukan,Aminn

Mohon Semua Alumni Serta Seluruh Jemaah Emraz Khususnya Terus menDoakan Semoga EMRAZ Terus Pulih dan Berjaya Bangkit dalam memperbaiki Servis Kearah Lebih baik Untuk Terus Menyantuni Dhuyufurrahman di Masa Hadapan❤️









https://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/emraz-yakin-dapat-pulih-operasi-umrah-jemaah-terkandas/

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐑𝐨𝐡𝐚𝐧𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐜𝐢Antara tips terbaik yang boleh diamalkan:1.  Perbaiki Kualit...
18/09/2023

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐑𝐨𝐡𝐚𝐧𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐜𝐢

Antara tips terbaik yang boleh diamalkan:

1. Perbaiki Kualiti Solat Dan Mencintai Masjid

2.Biasakan diri Dengan Solat-Solat Sunat

3.Belajar Bersabar Dan Redha

4.Belajar Jaga Tutur Kata

5.Sentiasa Bersangka Baik

6.Perbanyakkan Selawat dan membaca Sirah Nabi

7.Rendahkan diri dan Membaca Al Quran

Semoga Bermanfaat Untuk Semua bakal Jemaah


“𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐨𝐚 𝐊𝐞 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐜𝐢”   ゚viral
13/09/2023

“𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐨𝐚 𝐊𝐞 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐮𝐜𝐢”



゚viral

[UPDATE‼️ AKTIVITI TRIP PSU KE-6 2 OGOS 2023]-------------------Alhamdulillah semua jemaah Penerbangan Trip Penjadualan ...
06/08/2023

[UPDATE‼️ AKTIVITI TRIP PSU KE-6 2 OGOS 2023]
-------------------
Alhamdulillah semua jemaah Penerbangan Trip Penjadualan Semula Umrah(PSU) Ke-6 Yang berlepas Pada 2 Ogos 2023 Seramai 39 Jemaah Dibawah Bimbingan Mutawwif Ustaz Zulkefli Bin Mohamed Kini Berada di bumi Madinah Al-Munawwarah Untuk Sesi Ziarah Madinah 🛩️
Min Kongsikan Gambar2 Lawatan semasa Jemaah😊

Alhamdulilllah… Doakan Semoga semua jemaah sihat sentiasa Sepanjang Umrah Berlangsung🌹

P/s: Min Doakan Semua Trip2 akan datang Dipermudahkan Juga Oleh Allah😊




𝒁𝑰𝑨𝑹𝑨𝑯 𝑱𝑨𝑩𝑨𝑳 𝑴𝑨𝑳𝑨𝑰𝑲𝑨𝑯 🗻🏜️:Antara Tempat Pilihan Ziarah Tambahan(Lawatan Badar) Yang Jemaah Penjadualan Semula Umrah(PSU)...
05/08/2023

𝒁𝑰𝑨𝑹𝑨𝑯 𝑱𝑨𝑩𝑨𝑳 𝑴𝑨𝑳𝑨𝑰𝑲𝑨𝑯 🗻🏜️:
Antara Tempat Pilihan Ziarah Tambahan(Lawatan Badar) Yang Jemaah Penjadualan Semula Umrah(PSU) akan dibawa ialah menziarahi Jabal Malaikah. Tempat Ini Dinamakan Jabal Malaikah kerana di sini turunnya 1000 Malaikat yang datang membantu kaum muslimin semasa perang Badar setelah baginda Rasulullah SAW berdoa kepada Allah untuk memohon pertolongan🥹
: ALLAHUAKBAR!..Pertolongan Allah itu Pasti!!

p/s: Doakan Semoga Segala Urusan EMRAZ untuk Menerbangkan Semua Jemaah PSU 1445H dipermudahkan🤲🏻 Aminn

Admin Sertakan Gambar Kenangan Jemaah Trip PSU yang Selesai Menziarahi Jabal Malaikah 😊



Address

D-G-3A, BLOCK D (GROUND FLOOR), AYER@8, Jalan P8G, PRESINT 8, , WILAYAH PERSEKUTUAN
Putrajaya
62250

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category

Perkhidmatan Berkualiti & Terbaik

Di EMRAZ Travel kami menyediakan pelbagai pakej percutian yang pop**ar untuk anda kunjungi bersama kenalan atau seisi keluarga dengan jaminan harga yang berpatutan dan semestinya berkualiti.

Nearby travel agencies



You may also like