Travel Slash

Travel Slash Menyediakan Pakej Pelancongan Dalam Dan Luar Negara
Berdaftar Dengan Kementerian Pelancongan Malaysia

Menyediakan Pakej Perlancongan Dalam Dan Luar Negera
Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia

Nak Travel Ke Negara 4 Musim Tapi Risau Cara Jaga Kulit Muka? 9 Tips Ni Mungkin Boleh Bantu Korang.Bila dah masuk hujung...
08/12/2017

Nak Travel Ke Negara 4 Musim Tapi Risau Cara Jaga Kulit Muka? 9 Tips Ni Mungkin Boleh Bantu Korang.

Bila dah masuk hujung tahun, aktiviti wajib semua orang nak buat mesti travel. Sebab apa? Waktu ni ada la ada promo tiket flight, hotel dan macam-macam iklan ditayang kat TV buat korang nak travel. Mula la cuit laki ke tag kawan ajak diorang travel sama-sama. Pergi sorang mesti bosan, ye dak?

Dah survey tempat mana nak pergi? Pergi Australia boleh tengok kangaroo, kalau New Zealand boleh tengok lembu-lembu. Tapi, kalau pergi negara yang ada 4 musim ni kena fikir 3-4 kali untuk korang yang jenis jaga kulit muka. Tak pasal-pasal balik Malaysia muka menggelupas, kering dan macam-macam lagi. Pening kan?

1. Kalau panas, pakai sunblock untuk perlindungan dari cahaya matahari

Dah tau pergi negara panas, pakai lah sunblock untuk perlindungan kulit dari sinaran matahari. Kulit akan kusam kalau tak pakai sunblock tau. Kalau nak tau, banyak lagi fungsi lain sunblock antaranya mengelakkan penuaan dan kanser kulit serta mengelakkan kedutan pra-matang. Jadi, berani korang keluar tak pakai sunblock?

Nak pilih sunblock, pastikan ia mengandungi kandungan SPF yang tinggi untuk perlindungan maksimum. Kami suggest, korang guna SK-II Atmosphere CC Cream sebab ia bukan melindungi kulit dari sinaran UV je tau, tapi boleh mencerah dan melembapkan kulit korang! Haa, lepastu, boleh keluar jalan-jalan tanpa risau kena cahaya matahari!

2. Kalau sejuk, guna pelembap. Supaya kulit korang tak kering!

Guna pelembap kulit waktu travel ke negara sejuk adalah sangat penting. Kulit korang akan kering bahkan lagi teruk kalau tak pakai pelembap sebab suhu sejuk akan buat kandungan air dalam badan kering. Tanpa bantuan pelembap, kulit korang tak akan elok semula dan terus bermasalah. Bahaya weh!

Oleh itu, gunalah losyen yang ada agen pelembap untuk mengekalkan kulit agar sentiasa lembap dan tak kering. Lagi baik, pilih losyen yang mengandungi perahan minyak zaitun sebab ia kaya dengan khasiat dan boleh membantu melembapkan kulit korang.

3. Waspada guna pencuci muka, ikut keperluan!

Kandungan bahan kimia yang ada dalam pencuci muka, sebenarnya tak sesuai sangat untuk negara yang sejuk. Perasan tak kulit muka penduduk negara sana tak banyak bermasalah dan kebanyakan mereka tak pakai pencuci muka pun. Cukup lah basuh muka dengan air!

Jadi, kalau boleh kita yang travel ke sana ni kurangkan penggunaan pencuci muka dan basuh je dengan air pagi-pagi. Cukup dah! Tapi, kalau korang berkulit sensitif dan perlukan pencuci muka khusus untuk wajah, please bawa! Kalau negara tu panas, gunakan pembersih yang lembut dua kali sehari dan make sure pakai pelembap lepas basuh muka okay!

4. Minum air banyak. Ni pun nak kena ingatkan ke?

Beb.. Air penting bila korang travel ke mana-mana sekalipun. Tak kira la cuaca panas atau sejuk, air memang kena selalu bawa dan minum supaya badan korang sentiasa terhidrat. Bila minum banyak air, kulit muka korang takkan kering dan boleh disesuaikan dengan iklim semasa. Bawa bekas air yang boleh lipat supaya senang simpan okay!

5. Bawa kertas penyerap minyak atau tisu basah dalam beg. Bila perlu kan senang…

Sebab apa penting kertas serap minyak ni dalam beg korang? Bila korang berjalan kat negara panas, confirm berpeluh dan muka cepat berminyak kan… Tak rimas ke? Kalau boleh nak lap tiap minit, tak lawa la kalau bergambar kan muka berminyak! Hahaha!

Kalau korang takde kertas serap minyak, boleh guna tisu basah jugak. Sediakan siap-siap dalam beg, nak ke mana-mana senang! Kalau korang biarkan minyak dengan peluh kat muka lama-lama, boleh jadi jerawat tau. Sebab tu kena lap muka selalu!

6. Jangan lupa pasal bibir

Bibir yang terdedah pada suhu sejuk yang melampau seksa beb, boleh menggelupas dan susah nak makeup serta nampak tak cantik! Make sure korang pakai pelindung bibir iaitu moisturizing balm yang mengandungi SPF. Jangan fikir cuaca sejuk, tak semestinya cahaya matahari tak boleh rosakkan bibir korang tau!

7. Pakai mask bila atas flight. Sebab apa?

Korang tau tak bila berjam-jam dalam flight, tekanan atas udara dan duduk bawah aircond dalam tempoh lama boleh buat kulit muka kering dan dehydrated. Cara nak bagi korang sentiasa hydrate adalah dengan pakai topeng muka. Sambil tu korang boleh tidur! Beli lah jenama apa pun, asalkan ia boleh bantu korang hidrat semula!

8. Bawa topi & kaca mata hitam. Wajib untuk perlindungan dari sinaran matahari!

Kalau dah sapu sunblock atau pelembap sekalipun, korang still kena pakai topi dengan kaca mata hitam jugak untuk perlindungan berganda. Lagi pun, bila lagi nak bergaya? Takkan waktu hujan pakai kaca mata hitam kot?

9. Bawa facial essence untuk segarkan kulit muka

Bawa apa-apa jenis facial essence yang mengandungi ekstrak semula jadi untuk kesan terbaik pada kulit muka korang. Kalau korang nak tau, facial essence ni mampu membantu memperbaiki dan memperbaharui permukaan kulit tau!

Tepek facial essence sebelum keluar berjalan masa kat sana. Secara perlahan, ia akan mengurangkan bintik hitam, kedutan, memberi perlindungan dan menjadikan tekstur kulit muka korang supaya lebih halus. Confirm kulit korang sentiasa terjaga, tak payah risau dah!

p/s : Haa apa lagi, jom ikut kami ke Korea salah satu negara 4 musim. Kita akan melawat Nami Island tau.

SINGAPORE DAYTRIP - From  KL SENTRAL. DATE 2018Dewasa : RM 135 / PaxKanak-Kanak : RM 135 / PaxBayi : FOC (Tanpa Duduk)TE...
18/11/2017

SINGAPORE DAYTRIP - From KL SENTRAL. DATE 2018

Dewasa : RM 135 / Pax
Kanak-Kanak : RM 135 / Pax
Bayi : FOC (Tanpa Duduk)

TEMPAT MENARIK :
🏖Merlion Park
🏖Bugis & Arab Street
🏖Masjid Sultan
🏖Sentosa Island
🏖Pahlawan Beach
🏖Marina Bay Sand
🏖Garden By The Bay
🏖Light & Water Show
🏖Universal Studio Singapore Globe

PAKEJ TERMASUK :
✔Pengangkutan bas dari KL Sentral ke Singapore
✔Bas ke Merlion , Garden By The Bay, Bugis Street, Arab Street, Marina Bay Sand
✔Malaysian Tour Leader
✔Percuma Sarapan (Nasi Lemak & Tea)
✔Percuma Air Mineral 1 Botol / Pax
✔Lawatan ke Merlion , Garden By The Bay, Bugis Street , Arab Street , Marina Bay Sand , Sentosa Island , Pahlawan Beach , Universal Studio Singapore Globe

PAKEJ TIDAK TERMASUK :
❌ Sentosa Express + Parking + Tipping + Tour Guide Singapore (20 SGD)
❌Universal Studio Singapore Tiket (Pilihan – RM 220 / Dewasa or RM 200 / Kanak)
❌Makanan & Minuman (Anggaran Kos 10 SGD) ❌Perbelanjaan Sendiri
❌Insuran (Pilihan – RM 10 / Pax).........................................................
Tarikh Boleh Rujuk Dibawah👇🏻

JAN 2018
🔥26-27

FEB 2018
🔥2-3 (Hari Wilayah)
🔥16-17 (CNY)

MAC 2018
🔥2-3
🔥30-31

APRIL 2018
🔥6-7
🔥27-28

MEI 2018
🔥4-5

JUN 2018
HARI RAYA AIDILFITRI

JULAI 2018
🔥27-28

OGOS 2018
🔥24-25
🔥31Ogos - 1Sept (Merdeka)

SEPT 2018
🔥7-8 (Awal Muharam)
🔥14-15 (Hari Malaysia)

OKTOBER 2018
🔥26-27

NOVEMBER 2018
🔥9-10 (Deepavali)
🔥16-17 (Maulidur Rasul)
🔥30Nov - 1Dis

DISEMBER 2018
🔥7-8
🔥14-15
🔥21-22
🔥28-29 (Krismas & New Year)

Untuk maklumat lanjut boleh whatsApp ke 0195231956

Like account Instagram kami www.instgram.com/travelslash

CAMERON HIGHLAND DAY TRIP From KL CENTRAL. DATE 2018Dewasa : RM 99 / PaxKanak-Kanak : RM 99 / PaxBayi : FOC (Tanpa Duduk...
18/11/2017

CAMERON HIGHLAND DAY TRIP From KL CENTRAL. DATE 2018

Dewasa : RM 99 / Pax
Kanak-Kanak : RM 99 / Pax
Bayi : FOC (Tanpa Duduk)

TEMPAT MENARIK :
🍓 Strawberry Farm
🍓 Key Farm Market
🍓 Cactus Valley (FREE)
🍓 Lata Iskandar (Photoshoot)
🍓 Mardi (Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3)
🍓 Tea Boh (Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3)
🍓 Lavender Garden (Dewasa RM10 | Kanak-Kanak RM6)

PAKEJ TERMASUK :
✔ Pengangkutan bas pergi balik KL Sentral
✔ Percuma Sarapan Pagi
✔ Tour Guide (Leader)
✔ Lawatan ke Tempat Menarik

PAKEJ TIDAK TERMASUK :
❌ Tiket Masuk (Lavender Garden, Tea Boh, Mardi)
❌ Makanan & Minuman (Anggaran RM10-RM15 sekali makan)
❌ Perbelanjaan Sendiri
❌ Insuran (Pilihan – RM 10 / Pax)........................................................
Tarikh Boleh Rujuk Dibawah👇🏻

JAN 2018
🔥19-20

FEB 2018
🔥2-3 (Hari Wilayah)
🔥16-17 (CNY)

MAC 2018
🔥23-24

APRIL 2018
🔥20-21

MEI 2018
🔥11-12

JUN 2018
HARI RAYA AIDILFITRI

JULAI 2018
🔥20-21

OGOS 2018
🔥31Ogos - 1Sept (Merdeka)

SEPT 2018
🔥7-8 (Awal Muharam)
🔥14-15 (Hari Malaysia)

OKTOBER 2018
🔥19-20

NOVEMBER 2018
🔥9-10 (Deepavali)
🔥16-17 (Maulidur Rasul)
🔥30Nov - 1Dis

DISEMBER 2018
🔥14-15
🔥28-29 (Krismas & New Year)

Untuk maklumat lanjut boleh whatsApp ke 0195231956

Like account Instagram kami www.instgram.com/travelslash

HATYAI, THAILAND 3Day 2Night DATE 2018(From KL CENTRAL)Dewasa : RM 299 / PaxKanak-Kanak: RM 249 / PaxBayi : RM 150 / Pax...
13/11/2017

HATYAI, THAILAND 3Day 2Night DATE 2018
(From KL CENTRAL)

Dewasa : RM 299 / Pax
Kanak-Kanak: RM 249 / Pax
Bayi : RM 150 / Pax
Bayi : FOC (Tanpa Seat Bas)
Nama Hotel : Daiichi Hotel Hatyai / Setaraf

TEMPAT MENARIK :
🏖ATV (500baht)
🏖Chang Puak Camp
🏖Floating Market Hatyai
🏖Shamila Beach, Songkhla
🏖Magic Eye 3D (400baht)
🏖Elephant Trekking (500baht)

PAKEJ TERMASUK :
✔️Pengangkutan bas pergi-balik dari KL Sentral-HatYai
✔️Pengangkutan bas sepanjang di HatYai
✔️Tour Guide Specialist
✔️Parking & Guide Tip
✔️Penginapan di Daiichi Hotel atau setaraf
✔️Lawatan ke tempat menarik
✔️Kastam/Imigresen clearance

PAKEJ TIDAK TERMASUK :
❌Passport Check (RM2)
❌Tiket Masuk
❌Makanan & minuman (Anggaran 10-20 baht sekali makan)
❌Perbelanjaan Sendiri
❌Insuran (Pilihan – RM 10 / Pax).............................................................
Tarikh boleh rujuk di bawah👇🏻

JAN 2018
🔥27-29

FEB 2018
🔥3-5 (Hari Wilayah)
🔥17-19 (CNY)

MAC 2018
🔥3-5
🔥31 Mac - 2 April

APRIL 2018
🔥7-9
🔥28-30

MEI 2018
🔥5-7

JUN 2018
HARI RAYA AIDILFITRI

JULAI 2018
🔥28-30

OGOS 2018
🔥25-27

SEPT 2018
🔥1-3 (Merdeka)
🔥8-10 (Awal Muharam)
🔥15-17 (Hari Malaysia)

OKTOBER 2018
🔥27-29

NOVEMBER 2018
🔥10-12 (Deepavali)
🔥17-19 (Maulidur Rasul)

DISEMBER 2018
🔥1-3
🔥8-10
🔥15-17
🔥22-24
🔥29-31 (Krismas & New Year)

Untuk maklumat lanjut boleh whatsApp ke 0195231956

Like account Instagram kami www.instgram.com/travelslash

Dream High, Aim High And FLY HIGH ✈️Assalamualaikum dan selamat pagi 😊
08/11/2017

Dream High, Aim High And FLY HIGH ✈️

Assalamualaikum dan selamat pagi 😊

 #4 TIPS SEBELUM ANDA PERGI MELANCONG #1 Tentukan Tempat PercutianKita perlu menyenaraikan lokasi percutian yang ingin d...
03/11/2017

#4 TIPS SEBELUM ANDA PERGI MELANCONG

#1 Tentukan Tempat Percutian
Kita perlu menyenaraikan lokasi percutian yang ingin dituju. Buat senarai pendek, dan buat perbincangan bersama pasangan lokasi mana yang dianggap sesuai. Dalam menentukan lokasi percutian, sila pastikan bahawa kawasan yang ingin dituju sesuai dengan iklim cuaca pada ketika itu. Jika mahukan idea pelancongan tempat menarik, boleh layari laman web Groupon. Ini kerana mereka turut menawarkan percutian menarik dengan diskaun yang tidak masuk akal. Bagaimanapun ia bergantung kepada sesebuah lokasi yang ditawarkan.

#2 Mengkaji Lokasi Percutian
Kita perlu membuat sedikit kajian tentang keadaan persekitaran lokasi pelancongan tersebut. Lakukan analisa tempat-tempat menarik di kawasan tersebut. Anda digalakkan membuat susunan tempat-tempat menarik mengikut tempoh menginap di sana. Contohnya, hari pertama aktiviti Tour Island dan Cable Car. Hari kedua Makam Mahsuri dan begitulah seterusnya. Perancangan ini nampak mudah, namun sangat membantu melancarkan hari percutian kita.

#3 Merancang Perjalanan
Kita boleh memilih untuk merancang perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan awam ataupun kenderaan sendiri. Jika mahu menjimatkan masa, boleh menaiki kapal terbang. Jika mahu merasai keseronokkan melancong boleh menaiki kereta. Bagaimanapun, kedua-duanya terpulang mengikut keselesaan masing-masing. Jika mahu menggunakan kenderaan sendiri, sila pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan sudah diservis.
Jika memilih menggunakan perkhidmatan awam, lakukan tempahan tiket dengan lebih awal. Kebiasaannya, tempahan awal boleh menikmati diskaun bergantung kepada promosi yang dilakukan oleh pihak tertentu.

#4 Menguruskan Pembelanjaan
Jika mahu menikmati keseronokkan yang berganda, kita perlulah bijak untuk menguruskan bajet. Tidak semestinya keseronokkan hanya boleh dinikmati bagi yang berbelanja lebih sahaja. Jika kita melakukan pengiraan sesuatu kos dengan lebih awal, secara tidak langsung kita dapat menguruskan wang dengan lebih baik. Bayangkan jika tidak menguruskan bajet dengan betul, sudah tentu wang akan dihabiskan belanja kepada perkara yang tidak berfaedah.
Elakkan membawa wang tunai yang banyak ketika sedang bercuti.

INFO BAYARAN PASPORT DI MALAYSIAA) Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun): RM200.00😎 Warga emas (60 tahun ke atas): RM...
03/11/2017

INFO BAYARAN PASPORT DI MALAYSIA
A) Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun)
: RM200.00
😎 Warga emas (60 tahun ke atas)
: RM100.00
C) Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)
: RM100.00
D) Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah)
: RM100.00
E) Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik)
: RM100.00
F) Orang Kelainan Upaya (OKU)
: percuma
*Yang RM100 untuk 2 tahun telah pun dimansuhkan.
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Travel Slash menawarkan pakej pakej pelancongan dengan harga termurah kepada semua. Kami menyediakan pakej ke Korea, Ban...
02/11/2017

Travel Slash menawarkan pakej pakej pelancongan dengan harga termurah kepada semua. Kami menyediakan pakej ke Korea, Bandung, Bali, Jogja, Ho Chi Minh dan lain lain 😍 Stay tune 😁

Lets Travel Around The World With Us !!

Address

Bandar Amanjaya
Sungai Petani
08000

Telephone

0195231956

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Travel Slash posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share


Other Sungai Petani travel agencies

Show All

You may also like