Day 26
Hirayu Onsen
Di luar cottage kami, pemandangan yang tak jemu-jemu...Tapi kalau menetap di sini mungkinler akan termimpi-mimpikan negara musim panas😊
Day 25
Mak dah puas 2 hari keluar masuk onsen. Harini layan anak main snow dan slide pula🩷
Day 25
Hirayu Onsen
Sejuk-sejuk camni, memang bestler kalau masuk onsen. Kalau musim panas, tak berapaler sangat tapi kalau saya boleh jer😅 Harini try masuk onsen lain pula. Hirayu Onsen ni memang kawasan onsen. Maka, banyaklah jenis onsen yang boleh dicuba. Sudah tentu saya cari yang ada private bath.
Day 23
Yomiuri Land
Kolaborasi istimewa dengan Hatsune Miku, light show ini berdurasi kira-kira 5 minit.
Day 23
Yomiuri Land
Video pendek dari fountain show di Yomiuri Land. Show ini sebenarnya berlangsung selama 10 minit.
Bagusnya tram di Toyama ini, ianya berhenti betul-betul di dalam Stesen Toyama. Di sini juga terdapat JR line, JR Shinkansen Line, Ainokaze Toyama Railway dan juga Toyama Dentetsu Station (di sebelah Toyama Station ini).
Day 12
Ainokura Gassho Zukuri Village
Perkampungan Ainokura ini mengekalkan lanskap bersejarah Gokayama dan senibina Gassho-zukuri yang asli di rumah dan kuil beratap jerami. Penduduk di sini adalah penduduk asal dan masih menjalankan kegiatan tradisional harian seperti pertanian serta aktiviti perkayuan dan ini adalah agak istimewa bagi sebuah Tapak Warisan Dunia. Banyak juga muzium, kedai cenderamata, restoran dan rumah penginapan yang dibina masih mengekalkan senibina Gassho-zukuri.
Seronok orang Malaysia dapat berjumpa dan bermain salji😃 Secara peribadi saya lebih suka ke Ainokura dan Suganuma berbanding Shirakawago kerana kurang pelancong.
National Protest: Hands off Rafah
18.2.2024
17:00-19:00
Shinjuku South Exit
Day 3...
Salam semua. Saya nak pesan. Setelah beberapa hari di sini, memang jarang sekali saya dapat gunakan fasiliti "laundry" sebab penuh memanjang. 1 hotel pula cuma sediakan 2-3 biji mesin sahaja. 1 pusingan basuh dan kering mengambil masa 2 jam. Sebentar tadi saya dapat peluang basuh baju mungkin kerana masih awal pagi jam 6am🤣. Rancang penyediaan baju sebaiknya, mana yang perlu dibasuh dan masih boleh dipakai.
Makan di restoran pun kena berbaris dan isi nama. Di Sapporo paling cepat pun, selepas 45 minit baru nama dipanggil itupun samada sebab saya pelanggan terakhir atau terawal. Mungkin juga sebab Snow Festival, pelancong dalam dan luar negara ramai ke Sapporo. 11.2.2024, maka berakhirlah festival ini yang telah berlangsung selama 1 minggu.
Walaupun acara ini percuma, tetapi pengunjung membayar harga yang luarbiasa untuk hotel dan pengangkutan seperti tiket penerbangan ke sini terutama yang buat penempahan di saat-saat akhir. Cukuplah dapat merasa sekali seumur hidup, alhamdulillah.
Day 2...
Fresh snow yang pertama