12/12/2020
Kenali tempat tempat yang menarik di Selangor .Di bawah, saya akan kongsikan 5 tempat menarik yang anda boleh kunjungi bersama keluaga tersayang .
1 Osrtrich Wonderland Semenyih
Ingin memeriahkan hari anak kecil anda? Apa kata kalau anda sekeluarga menuju ke Ostrich Wonderland Semenyih. Di sini bukan setakat ada burung unta, tapi juga banyak lagi haiwan lain seperti ayam, angsa, keldai, ayam belanda, arnab dan sebagainya.
Semasa berada di sini, anda boleh mendengar penjelasan ringkas tentang burung unta dan juga dibawa mengunjungi pusat inkubasi telur burung unta.
2 Setia City Mall
Berkeluasan mencecah 740,000 kaki persegi dan menempatkan sehingga sekitar 240 lot kedai, bershopping di Setia City Mall boleh memberikan anda sekeluarga kepuasan yang tak terkata. Sedar tak sedar, dah berjam-jam rupanya bershopping dekat mall ni. Antara yang terdapat di sini adalah Daiso, Zara, Fitness First, Kaison, Golden Screen Cinema dan juga Parkson.
Dah puas bershopping? Untuk merehatkan badan, anda boleh bersantai di kawasan taman di sekitar mall ini yang berlanskap indah serta lengkap dengan taman permainan kanak-kanak. Di bahagian entrance mall ini juga terdapat peniaga kecil-kecilan yang menjual layang-layang dan permainan buih.
3 Sawah Padi Sekinchan
Sawah Padi Sekinchan adalah salah satu lokasi yang boleh anda teroka bersama keluarga sekiranya ingin mencuci mata melihat pemandangan yang luas dan juga untuk bergambar dengan sepuas hati.
Waktu sesuai ntuk melihat suasana di kawasan sawah padi ini adalah dalam sekitar bulan April atau November ketika padi sudah mula menguning. Pemandangan pada waktu ini cukup indah kerana warnanya yang keemasan.
4. Bukit Broga
Bukit Broga atau turut dikenali sebagai Bukit Lalang memiliki ketinggian sehingga 400 meter ataupun mencecah sehingga 1,300 kaki. Pendakian ke puncak bukit ini dapat memberikan anda panorama indah kawasan sekitar. Untuk pengetahuan anda, Bukit Broga memiliki 3 buah puncak.
Puncak yang pertama menawarkan pemandangan sehingga ke Menara KL sekiranya tidak dihalangi oleh cuaca. Daripada puncak yang kedua p**a anda dapat menikmati pemandangan matahari terbit yang cukup mempesonakan, untuk tujuan ini, mulakanlah pendakian seawal yang mungkin supaya tidak terlepas .
Puncak yang terakhir sekali, anda dapat menikmati pemandangan yang sungguh mengujakan dari puncak yang tertinggi. Walau bagaimanapun, kalau boleh, datanglah ke sini sebelum waktu tengahari untuk mengelakkan pancaran mentari yang agak terik.
5. Pantai Morib
Terletak di Kuala Langat, Pantai Morib merupakan sebuah pantai yang tenang dan memiliki kawasan rumput yang agak luas untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga.
Lokasinya yang tidak jauh dari bandaraya menjadikan ia destinasi tarikan untuk warga kota yang ingin menenangkan fikiran sambil menghirup udara segar yang menderu-menderu di Pantai Morib.
Kalau anda berniat ke sini, anda boleh merancang beberapa
aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti berkelah, bermain layang-layang, menjamu selera di kedai-kedai seafood yang terdapat di sekitar, dan juga memancing ikan pada waktu air surut.