D'Kenali Holidays Travel & Tours

D'Kenali Holidays Travel & Tours We offer a variety of Travel Products and Tour holiday packages to satisfy all our valued clients' n
(2)

Assalamualaikum wbt,Berita baik, untuk makluman semua, D'Kenali Holidays telah membuka semula perkhidmatan Badal Haji ba...
02/05/2024

Assalamualaikum wbt,

Berita baik, untuk makluman semua, D'Kenali Holidays telah membuka semula perkhidmatan Badal Haji bagi tahun 2024M/1445H. Pendaftaran untuk Badal Haji kini dibuka.

Hadiahkan Badal Haji untuk ibubapa atau keluarga tersayang yang tidak sempat untuk menunaikan ibadah haji kerana telah meninggal dunia atau sangat uzur.

Kami di D'Kenali Holidays akan membantu anda untuk menyempurnakan Badal Haji dengan sempurna. InshaAllah, petugas-petugas kami di sana akan melaksanakan impian anda.

Tempat Adalah Terhad, Sila Daftar Segera.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, boleh hubungi D'Kenali Holidays di talian 09-741 9871 atau WhatsApp

BadalHaji1445H@2024M" rel="ugc" target="_blank">https://wasap.my/60179135905/BadalHaji1445H@2024M

09/01/2022

Hai...Assalamualaikum & Happy New Year 2022 ...hehe...walaupun hari dah 9hb rasanya masih belum terlambat kot nak wish happy new year kat uoll...semoga di tahun baru ini kita semua dapat bercuti dan melancong ke destinasi yang diingini tanpa sebarang masalah dan bebas dari covid 19 dengan segera. Aamiinnnn...

09/01/2022
02/09/2021
Siapa s**a warna baru Hotel Pacific ni, kita geng 😊🙌Agak-agak dalamnya pun cantik tak? 🚩 EmasLink Pacific Hotel Kota Bha...
07/04/2021

Siapa s**a warna baru Hotel Pacific ni, kita geng 😊🙌

Agak-agak dalamnya pun cantik tak?

🚩 EmasLink Pacific Hotel Kota Bharu Kelantan

05/04/2021

📍Switzerland

Lawanyaaa...

Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali Air Terjun Sekayu terletak di kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu. Hutan Lipur S...
18/12/2020

Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali Air Terjun Sekayu terletak di kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu. Hutan Lipur Sekayu ini terletak di dalam Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 16 km dari Bandar Kuala Berang dan 56 km dari Bandar Kuala Terengganu. Hutan Lipur Sekayu mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesies tumbuhan dan pokok yang terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan di mana ianya merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam atau luar negeri.

Air sungainya yang jernih dan sejuk menggamit kehadiran pengunjung untuk berkunjung ke Hutan Lipur Sekayu. Kawasan Hutan Lipur Sekayu ini juga kaya dengan pelbagai khazanah alam semulajadi seperti spesies flora dan fauna yang masih terpelihara. Pelbagai spesies pokok yang terdapat di Hutan Lipur Sekayu ini mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Di Hutan Lipur Sekayu ini juga terdapat kawasan perkelahan yang luas yang terletak di sepanjang sungai di mana kawasan perkelahan ini amat sesuai untuk seisi keluarga.

Di sini juga terdapat banyak infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan untuk pengunjung seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat dan tapak perkhemahan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Hutan Lipur Sekayu ini ialah mandi, ebrkelah, berkhemah, merentas denai hutan, berehat dan bersiar-siar.

Jadi apa tunggu lagi jom bercuti dan jadikan Hutan Lipur Sekayu salah satu tempat yang wajib anda terokai bersama orang yang tersayang kerana anda pasti akan terpersona dengan keindahan Hutan Lipur Sekayu ini.




Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan ...
17/12/2020

Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Selain itu, para pengunjung ke Kuala Besut juga berpeluang untuk mendapat pengalaman menarik dari aktiviti-aktiviti pilihan tersendiri seperti memancing, bermain wau dan lain-lain lagi.

Tempat ini terletak 4 km dari Pekan Kuala Besut. Boleh dilawati melalui jalan darat sama ada teksi dari Kuala Besut atau Jerteh. Melalui jalan dari Kuala Besut ke Jerteh, terdapat sebuah pintu gerbang pada laluan tepi jalan untuk ke sana. Pantai Bukit Keluang yang terletak kira-kira 19 km dari Bandar Jerteh juga merupakan salah sebuah Pusat Peranginan yang utama di daerah ini. Ianya juga sama sebagaimana pantai-pantai lain yang terdapat di Besut yang menjadi sumber tarikan semulajadi dan tersendiri dengan pasir pantai yang bersih dan bukit yang tersergan megah itu.

Disini, terdapat banyak kemudahan seperti rumah rehat, restoran, tandas awam, wakaf untuk berehat dan lain-lain lagi. Kehijauan hutan yang belum terusik mendamaikan mata yang memandang. Pantainya yang bersih dan lautan yang kebiruan selain keindahan p**au-p**au kecil yang boleh dilihat dari kejauhan, menjadikan destinasi pelancongan ini begitu terkenal bagi para pengunjung.
Keindahan tempat ini juga menjadi tarikan bagi mereka yang melakukan aktiviti penggambaran filem ataupun drama televisyen. Tidak sah sekiranya berkunjung di sini tanpa menikmati pemandangan indah dari puncak tangga Bukit Keluang. Pondok-pondok kecil dibina untuk memudahkan orang ramai untuk berehat sambil menghirup udara segar.

Jadikan Bukit Keluang ini salah satu tempat yang wajib anda lawati bersama orang yang tersayang kerana anda pasti akan terpersona dengan keindahan bukit keluang ini. Jadi apa tunggu lagi jom bercuti.



Kenali tempat tempat yang menarik di Selangor .Di bawah, saya akan kongsikan 5 tempat  menarik yang anda boleh kunjungi ...
12/12/2020

Kenali tempat tempat yang menarik di Selangor .Di bawah, saya akan kongsikan 5 tempat menarik yang anda boleh kunjungi bersama keluaga tersayang .

1 Osrtrich Wonderland Semenyih
Ingin memeriahkan hari anak kecil anda? Apa kata kalau anda sekeluarga menuju ke Ostrich Wonderland Semenyih. Di sini bukan setakat ada burung unta, tapi juga banyak lagi haiwan lain seperti ayam, angsa, keldai, ayam belanda, arnab dan sebagainya.
Semasa berada di sini, anda boleh mendengar penjelasan ringkas tentang burung unta dan juga dibawa mengunjungi pusat inkubasi telur burung unta.

2 Setia City Mall
Berkeluasan mencecah 740,000 kaki persegi dan menempatkan sehingga sekitar 240 lot kedai, bershopping di Setia City Mall boleh memberikan anda sekeluarga kepuasan yang tak terkata. Sedar tak sedar, dah berjam-jam rupanya bershopping dekat mall ni. Antara yang terdapat di sini adalah Daiso, Zara, Fitness First, Kaison, Golden Screen Cinema dan juga Parkson.
Dah puas bershopping? Untuk merehatkan badan, anda boleh bersantai di kawasan taman di sekitar mall ini yang berlanskap indah serta lengkap dengan taman permainan kanak-kanak. Di bahagian entrance mall ini juga terdapat peniaga kecil-kecilan yang menjual layang-layang dan permainan buih.

3 Sawah Padi Sekinchan

Sawah Padi Sekinchan adalah salah satu lokasi yang boleh anda teroka bersama keluarga sekiranya ingin mencuci mata melihat pemandangan yang luas dan juga untuk bergambar dengan sepuas hati.

Waktu sesuai ntuk melihat suasana di kawasan sawah padi ini adalah dalam sekitar bulan April atau November ketika padi sudah mula menguning. Pemandangan pada waktu ini cukup indah kerana warnanya yang keemasan.

4. Bukit Broga

Bukit Broga atau turut dikenali sebagai Bukit Lalang memiliki ketinggian sehingga 400 meter ataupun mencecah sehingga 1,300 kaki. Pendakian ke puncak bukit ini dapat memberikan anda panorama indah kawasan sekitar. Untuk pengetahuan anda, Bukit Broga memiliki 3 buah puncak.

Puncak yang pertama menawarkan pemandangan sehingga ke Menara KL sekiranya tidak dihalangi oleh cuaca. Daripada puncak yang kedua p**a anda dapat menikmati pemandangan matahari terbit yang cukup mempesonakan, untuk tujuan ini, mulakanlah pendakian seawal yang mungkin supaya tidak terlepas .

Puncak yang terakhir sekali, anda dapat menikmati pemandangan yang sungguh mengujakan dari puncak yang tertinggi. Walau bagaimanapun, kalau boleh, datanglah ke sini sebelum waktu tengahari untuk mengelakkan pancaran mentari yang agak terik.

5. Pantai Morib
Terletak di Kuala Langat, Pantai Morib merupakan sebuah pantai yang tenang dan memiliki kawasan rumput yang agak luas untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga.

Lokasinya yang tidak jauh dari bandaraya menjadikan ia destinasi tarikan untuk warga kota yang ingin menenangkan fikiran sambil menghirup udara segar yang menderu-menderu di Pantai Morib.

Kalau anda berniat ke sini, anda boleh merancang beberapa
aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti berkelah, bermain layang-layang, menjamu selera di kedai-kedai seafood yang terdapat di sekitar, dan juga memancing ikan pada waktu air surut.


DAULAT TUANKU  Selamat menyambut hari ulang tahun keputeraan yang ke 73 diucapkan kepada Duli Yang Mulia Paduka Seri Sul...
11/12/2020

DAULAT TUANKU

Selamat menyambut hari ulang tahun keputeraan yang ke 73 diucapkan kepada Duli Yang Mulia Paduka Seri Sultan SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL-HAJ IBNI ALMAHRUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ.

Semoga Allah S.W.T melanjutkan usia Tuanku dan diberkati serta dirahmati oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat.



#73

Rantau Abang terkenal sebagai destinasi pelancongan di Terengganu kerana menjadi tempat pendaratan penyu untuk bertelur....
10/12/2020

Rantau Abang terkenal sebagai destinasi pelancongan di Terengganu kerana menjadi tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Pantai Rantau Abang merupakan salah satu destinasi untuk penyu Belimbing bertelur selain daripada 3 kawasan persisiran pantai Amerika Selatan, "Las Baulas".

Terletak di 22 km utara dari Kuala Dungun dan 80 km dari Kuala Terengganu, Rantau Abang menjadi topik perbincangan dalam aspek pelancongan. Ia mempunyai kedudukan pinggir pantai yang baik cukup kerana adanya lerengan yang curam dan mendalam untuk penyu mendarat di pantai tersebut.

Rantau Abang telah menemui zaman kegemilangannya. Walaupun, oleh sebab terlalu ramai pengunjung yang mendatang tempat ini, pendaratan penyu ke tanah ini telah berkurang. Yang paling penting adalah, semakin banyak penyu sedang mati dalam beberapa tahun apabila ramai orang yang ingin memakan telurnya. Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini dikatakan jarang sekali kelihatan penyu mendarat di Rantau Abang. Sebab utama ialah kerana banyak telur penyu dicuri dan dijual untuk dimakan.

Jadikan Rantau Abang salah satu tempat yang wajib anda terokai bersama orang yang tersayang kerana anda pasti akan terpersona dengan keindahan p**au ini. Jadi apa tunggu lagi jom bercuti.




Muzium Sungai Lembing ditubuhkan bagi mengimbau zaman kegemilangan Sungai Lembing sebagai bandar terkaya pengeluar bijih...
04/12/2020

Muzium Sungai Lembing ditubuhkan bagi mengimbau zaman kegemilangan Sungai Lembing sebagai bandar terkaya pengeluar bijih timah utama di negeri Pahang. Pada suatu ketika dahulu, bandar ini seumpama EL-Daroda Timur di Tanah Melayu kerana di sinilah terletaknya sebuah perkampungan pegawai Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Namun, mulai 1984 segala kemewahan tersebut lenyap akibat kejatuhan harga bijih timah.

Keunikan muzium ini adalah kerana ianya ditempatkan di sebuah bangunan bekas kediaman Pegawai lombong itu sendiri yang masih mengekalkan ciri-ciri senibina zaman Inggeris.

Lombong bijih timah di Sungai Lembing merupakan satu-satunya lombong bawah tanah yang terdalam dan terpanjang di dunia, yang pernah diusahakan secara besar-besaran dan pernah menjana ekonomi negara yang menjadikan Sungai Lembing begitu terkenal diperingkat antarabangsa. Muzium Bijih Timah Sungai Lembing mempamerkan koleksi peralatan perlombongan yang pernah digunakan untuk melombong bijih di bawah tanah. Di antara koleksi menarik yang dipamerkan ialah jentera gerudi, gerabak keretapi, pakaian topi keselamatan dan peralatan perabot pejabat pengurus lombong.

Koleksi dan galeri di muzium ini keseluruhannya berkonsepkan media dan teknik pameran. Susun atur muzium ini adalah mengikut urutan kronologi sejarah, peristiwa dan artifak bagi memudahkan para pelawat melihat,memahami dan menghayati setiap informasi yang dipamerkan.

Selain itu, penemuan geologi di sekitar Sungai Lembing dan beberapa panel informasi yang memaparkan tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan perlombongan Sungai Lembing seperti Sultan Abu Baka, Tok Janggut dan W.W Abel juga diadakan untuk menambah pengetahuan para pelawat.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui sejarah-sejarah bagi setiap tempat tersebut, Muzium Sungai Lembing adalah salah satu tempat yang boleh anda selitkan di dalam senarai lawatan anda, sambil berjalan sambil anda juga dapat mendapat sedikit ilmu berkaitan sejarah lalu. Jadi apa tunggu lagi ? Jom!!




Pahang merupakan negeri yang penuh dengan pelbagai tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga. Salah satunya adalah t...
03/12/2020

Pahang merupakan negeri yang penuh dengan pelbagai tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga. Salah satunya adalah tempat percutian menarik bersuhu sejuk yang terletak di Daerah Bentong iaitu Bukit Tinggi atau Berjaya Hill.

Berjaya Hill merupakan destinasi pelancongan yang sesuai untuk diisi bersama keluarga tersayang serta merupakan destinasi bulan madu yang terkenal di Pahang. Daya tarikan utama Berjaya Hill adalah keadaan cuacanya yang dingin serta damai menjadikan destinasi pelancongan ke Bukit Tinggi memberikan pengalaman yang sangat berbeza daripada destinasi pelancongan yang lain.

Banyak tempat menarik yang akan mencuri perhatian anda di sini. Pemandangan disini sangat menakjubkan seperti berada di luar negara. Tempat yang menarik disini seperti Colmar Tropicale Berjaya Hill, Japanese Village dan banyak lagi. Anda pasti akan kagum dengan pemandangan disini yang sangat cantik dan menarik.




Pantai Kelulut' yang terletak di daerah Marang negeri Terengganu merupakan satu tempat tumpuan pelancong yang terkenal s...
27/11/2020

Pantai Kelulut' yang terletak di daerah Marang negeri Terengganu merupakan satu tempat tumpuan pelancong yang terkenal sebagai tempat beriadah dan bers**a-ria bersama keluarga. Pantai Kelulut mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih untuk para pengunjung berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pantai Kelulut, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari di pantai berpasir yang indah dengan berhibur bersama keluarga di situ.

Pantai Kelulut yang terletak di daerah Marang ini amat pop**ar dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pantai berpasir bersama deburan ombak membelah pantai beserta deruan angin yang kencang.

Tidak hairanlah mengapa para pengunjong yang melawat daerah Marang pasti tidak melepaskan peluang untuk singgah di Pantai Kelulut dan meneroka keindahan pantai sambil menikmati pelbagai juadah tempatan yang terdapat di gerai-gerai berhampiran untuk beriadah bersama keluarga dan menikmati suasananya yang sepi dan tenang. Pengunjung ke Pantai Kelulut bukan sahaja dapat menikmati suasana di yang sepi dan tenang, malah pelbagai kemudahan lain turut disediakan seperti aktiviti berkayak, restoran, kemudahan internet, dan pakej percutian dengan harga yang berbaloi.

Jadi apa tunggu lagi jom bercuti dan jadikan Pantai Marang salah satu tempat yang wajib anda terokai bersama orang yang tersayang kerana anda pasti akan terpersona dengan keindahan pantai ini.




Pantai Tanjung  Jara  terkenal dengan pantai berpasir keemasan yang panjang, di seberang Laut China Selatan bukan hanya ...
26/11/2020

Pantai Tanjung Jara terkenal dengan pantai berpasir keemasan yang panjang, di seberang Laut China Selatan bukan hanya menakjubkan, tetapi juga menenangkan jiwa. Tidak hairanlah ia adalah destinasi pop**ar bagi penduduk bandar tempatan untuk menjauhkan diri dari kesibukan kota. Jika dibandingkan dengan permata lain di Terengganu seperti Pulau Perhentian (Pulau Perhentian) dan Pulau Redang (Pulau Redang),

Tanjung Jara lebih mesra keluarga dan anak-anak kerana tidak perlu menaiki kapal panjang. Pantai berpasir yang luas sesuai untuk aktiviti pantai bersama anak-anak. Aktiviti dilakukan iaitu, berkayak, meluncur angin, menaiki bot, menyelam dan pelbagai s**an air yang lain. Antara aktiviti yang pop**ar. Satu lagi aktiviti pop**ar di Tanjung Jara ialah melihat penyu.

Pantai Tanjung Jara merupakan sebuah pantai yang amat cantik dan menarik. Pantai ini terletak di Daerah Dungun dan berhampiran dengan Pantai Teluk Bidara. Pantai Rantau Abang dan Pantai Batu Pelanduk. Jadikan Pantai Tanjung Jara ini salah satu tempat yang wajib anda terokai bersama orang yang tersayang kerana anda pasti akan terpersona dengan keindahan pantai ini. Jadi apa tunggu lagi jom bercuti.




Assalamualaikum..Jaga-jaga. Jangan terlalu takut, jangan p**a terlalu ambil mudah. Ikut SOP,  jaga kebersihan semoga kit...
22/11/2020

Assalamualaikum..

Jaga-jaga. Jangan terlalu takut, jangan p**a terlalu ambil mudah. Ikut SOP, jaga kebersihan semoga kita semua selamat..

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunun...
20/11/2020

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17⁰C hingga 24⁰C. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104km dari bandar raya Kuala Lumpur, bukit ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah candu dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.

Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimenkan. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga. Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan s**ar untuk berselisih kereta.

Pekan yang terdapat di sini agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak didalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris. Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandinagn Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Frase.

Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Bagi mereka yang terfikir selain memerhati burung, apa lagi aktiviti yang boleh dibuat jika berada di sini ?

Di sini anda juga boleh bermain golf bagi yang menyukai permainan, padang golf tanah tinggi adalah yang terawal di Malaysia telah dibina di Bukit Fraser pada tahun 1925. Selain itu, bagi mereka yang gemar mendaki sambil menghirup udara segar, di sini juga terdapat beberapa laluan mendaki di sekitar bukit iaitu pintu masuk biasanya ditandakan dengan papan tanda. Bagi yang tahan kesejukan di bukit tinggi ini, terdapat juga air terjun yang boleh diakses.

Sama seperti mana setiap gunung mempunyai puncaknya, bergembiralah apabila anda dapat melihat menara jam ini kerana ia bermaksud anda sudahpun tiba ke destinasi. Ini salah satu tempat wajib bergambar semasa berada di Bukit Fraser nanti.

Jadi apa tunggu lagi, jadikan Bukit Fraser salah satu tempat percutian anda bersama orang yang tersayang.




Dengan cuaca panas sepanjang tahun di Malaysia,ramai yang merancang untuk bercuti di luar negara hanya untuk merasai suh...
19/11/2020

Dengan cuaca panas sepanjang tahun di Malaysia,ramai yang merancang untuk bercuti di luar negara hanya untuk merasai suhu sejuk. Tetapi untuk merasai percutian sedemikian, anda tidak perlu mengeluarkan belanja besar kerana Malaysia sendiri mempunyai tanah tinggi yang menawarkan suhu dingin dan keseronokan berganda, iaitu Genting Highland, Pahang.

Pusat peranginan yang terletak di Bentong ini berketinggian 2,000 meter dan inilah yang membuatkan Genting mencatatkan suhu rendah yang tidak melebihi 25⁰C. Malah ia boleh mencecah 14⁰C.

Selain taman tema,terdapat beberapa aktiviti lain yang boleh anda lakukan antaranya memetik buah strawberi segar di Genting.strawberry Leisure Farms terletak di sekitar Gohtong Jaya iaitu bandar utama Genting Highland. Terdapat kira-kira 80,000 pokok strawberi yang ditanam secara bertingkat di atas tanah seluas 0.8 hektar.

Anda juga boleh melakukan aktiviti lasak seperti jungle tracking, meneroka haiwan nocturnal dan yang paling menarik dapat lihat spesis haiwan dan tumbuhan yang jarang kita lihat dan hanya boleh dijumpai di hutan hujan tropika iaitu di Fashion Forest.




Pantai Penarik Antara pantai yang sudah tidak asing lagi di Terengganu untuk berkelah dan bersantai-santai. Bagi mereka ...
13/11/2020

Pantai Penarik

Antara pantai yang sudah tidak asing lagi di Terengganu untuk berkelah dan bersantai-santai. Bagi mereka yang menggunakan jalan pantai untuk ke Kota Bharu ke Kuala Terengganu, Pantai ini merupakan salah satu tanda permulaan jalan pantai dalam daerah Setiu. Deretan bot-bot nelayan banyak menghiasi pantai ini, menangkap ikan merupakan antara tukang belakang punca ekonomi penduduk kampung disini.

Pantai Penarik di Terengganu tempat menarik yang Psntai terbaik untuk Kita Kunjungi ini sebenarnya antara tempat pantai yang sangat cantik di negeri ini. Namun ramai dikalangan orang kita yang tidak pernah sampai ke Pantai Penarik di Terengganu ini.

Oleh itu jangan terlepas peluang jika anda datang ke negeri ini maka kami sangat menyarankan anda untuk pergi berkunjung kesini bagi melihat atau merasai sendiri keindahan di Pantai Penarik di Terengganu. Jadi apa tunggu lagi jom bercuti dan jadikan Pantai Penarik salah satu tempat yang wajib anda terokai bersama orang yang tersayang kerana anda pasti akan terpersona dengan keindahan pantai ini.




Siapa kata Kelantan bukan syurga makanan? Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang ini sememangnya terkenal dengan pelbagai...
12/11/2020

Siapa kata Kelantan bukan syurga makanan? Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang ini sememangnya terkenal dengan pelbagai adat dan tradisi yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek zaman yang menjadi amalan kebanggaan rakyat mereka.

Ini termasuklah pelbagai makanan tradisional yang masih dipertahankan kualiti dan kesedapannya sehingga ke hari ini. Makanan di Kelantan ini sememangnya unik dan kadang-kala jarang boleh didapati di tempat lain selain daripada di Kelantan sendiri. Jadi, disini kami akan kongsikan makanan yang menarik yang ada di negeri kelantan

Kuih Akok

Akok merupakan salah satu kuih yang sering dijumpai di pasar malam ataupun bazar ramadan. Kuih yang berasal dari pantai timur ini bukan sahaja mempunyai tekstur yang lembut dan cair di mulut, tetapi juga mempunyai rasa manis yang cukup untuk membuat anda inginkannya lagi dan lagi.

Jala Mas

Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.
Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.
Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dsb. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewek dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, ia biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir putih telur yang baki.

Lompat Tikam
Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang pop**ar di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dari tepung beras dan santan.
Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung

Nasi Kerabu

Nasi kerabu dan Kelantan memang tidak dapat dipisahkan. Nasi kerabu sememangnya mudah didapati di mana-mana sahaja di sekitar negeri Kelantan, kesedapan dan keaslian sambal cili serta lauk-pauknya terutamanya daging salai, ayam bakar dan solok lada. Tidak kurang juga ulam-ulamannya yang sentiasa segar.



TRIVIA SULTAN KELANTAN Sultan Muhammad V  diputerakan pada 6 Oktober 1969) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 da...
11/11/2020

TRIVIA SULTAN KELANTAN

Sultan Muhammad V diputerakan pada 6 Oktober 1969) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 dan Sultan Kelantan ke-29 yang dimasyhurkan pada 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sebelum ini baginda merupakan Tengku Mahkota Kelantan dan bergelar YTM Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra, merupakan putera sulung Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri.

Semoga Allah SWT kurniakan Tuanku hidayah,riayah dan inayah,kekuatan jasmani,keteguahan takwa untuk memerintahan dan memayungi rakyat jelata serta mempertahankan kedaulatan agama dan negara .



Negeri Perak memiliki pelbagai makanan tradisi yang boleh anda nikmati hingga hari ini. Jika berkunjung ke beberapa daer...
07/11/2020

Negeri Perak memiliki pelbagai makanan tradisi yang boleh anda nikmati hingga hari ini. Jika berkunjung ke beberapa daerah sekitar negeri Perak, anda akan dapat menikmati pelbagai hidangan tradisi masyarakat setempat. Antara menu yang boleh anda cuba di negeri Perak adalah seperti yang tersenarai di sini.

Perak terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap seperti laksa pinang,nasi kandar,pantin tempoyak dan sira ubi kayu. Setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang tersendiri. Selain itu, buah-buahan seperti durian dan Limau Tambun amat sinonim dengan negeri bertuah ini. Durian di Perak terutama di Bukit Gantang unik kerana isinya tidak begitu kuning tetapi manis.

Gulai tempoyak Perak menggunakan pelbagai jenis ikan seperti ikan ikan patin, ikan keli, jelawat dan kembung. Cara penyediaan serta bahan yang digunakan juga sangat mudah. Ia terdiri dari tempoyak, cili merah atau cili padi, serai, serbuk kunyit atau kunyit hidup, timun, ikan, garam dan gula.
Laksa Kuala kelihatan seperti laksa Kedah atau laksa Penang, namun ia memiliki perbezaan serta keistimewaannya yang tersendiri. Mee laksanya diperbuat daripada tepung gandum sepenuhnya dan tidak dicampurkan dengan tepung beras. Oleh sebab itu, warnanya sedikit kekuningan berbanding laksa lain. Kuah laksanya p**a sedikit cair berbanding kuah laksa lain. Biarpun kuahnya berbeza, namun kemanisan isi ikan dalam kuahnya tetap dirasai. Hidangan laksa Kuala ini dimakan bersama hirisan bawang merah, timun, salad, cili merah dan cili padi bagi yang gemarkan pedas

Penjan ubi kedengarannya agak pelik. Namun, jika anda ingin tahu, hidangan ini antara makanan tradisi Perak yang semakin dilupakan. Dahulunya, hidangan ini sering dimakan pada waktu petang. Sangat sedap dimakan bersama secawan kopi pekat, Penjan Ubi Kayu ini sangat mudah disediakan. Menggunakan ubi kayu, gula merah, tepung jagung, daun pandan dan air pastinya cukup menaikkan rasa hidangan ini. Ubi kayu direbus terlebih dahulu sebelum dicampur bersama bahan – bahan lain.

Jangan lepaskan peluang yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya salah satu tempat yang sangat menarik dan tambah lagi dengan makanan yang sedap dan pop**ar. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit bermanmaatjuga untuk diri anda dan keluarga dengan percutian ini.




DIRGAHAYU TUANKU  Selamat Hari Keputeraan Diucapkan kepada Duli Yang Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan...
06/11/2020

DIRGAHAYU TUANKU

Selamat Hari Keputeraan Diucapkan kepada Duli Yang Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Aimarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-maghfur-lah Yang di-Pertua Negeri Perak pada 06 November 2020 (Jumaat) .

Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku dan diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat.



Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysi...
05/11/2020

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10⁰C hingga 20⁰C.

Cameron Highlands mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet (5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar). Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Ringlet, Tanah Rata (pusat pentadbiran tempatan), Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm,Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.

Terletak di bahagian barat laut negeri Pahang, jarak Cameron Highland dengan beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur dianggarkan sejauh lebih kurang 200 meter, 355km dari Kuantan atau 90km dari bandar Ipoh, Perak. Cameron Highland boleh diakses dengan menggunakan kenderaan sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai dari negeri Perak, mealui Gua Musang dari negeri Kelantan atau melalui Sungai Koyan dari negeri Pahang.

Banyak tempat menarik yang terdapat di Cameron Highland ini antaranya :
1. Ladang Teh Boh
2. Ladang Teh Bharat (Cameron Valley House Tea 1 & Cameron Valley House Tea 2)
3. YZ Agro Farm (Kebun Strawberry & Kafe)
4. Cactus Point
5. Highlands Apiary Farm
6. Green View Garden
7. Rose Valley
8. KC Kwang & Sons Grape Farm

Di atas adalah beberapa tempat yang sering dilawati pelancong sekiranya berada di Cameron Highland dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik di sini.

Bagi mereka yang menginginkan kesejukan dan suasana yang menyenangkan, jadikan Cameron Highland salah satu tempat wajib untuk anda kunjungi bersama orang yang tersayang.




01/11/2020

Rindunya Haramain. Panas terik di sini tak sama dengan Malaysia.

Siapa rindu komen bawah.Yang berhajat kami sarankan teruskan buat persiapan menabung untuk ke Mekah walaupun tak tahu bila masanya akan tiba. Insya Allah ada rezeki menanti.

Tugas kita doa, usaha, tawakal bilanya dapat pergi serah pada Allah SWT.

- 15 Rabiulawal 1442H-

Pantai Batu BurukPantai Batu Buruk ini mendapat namanya bukan disebabkan ianya tidak cantik. Akan tetapi nama Batu Buruk...
30/10/2020

Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk ini mendapat namanya bukan disebabkan ianya tidak cantik. Akan tetapi nama Batu Buruk merujuk kepada batu-batu yang membentuk p**au kecil yang timbul di dalam laut bertentangan dengan pantai. Batu-batu inilah yang digelar Batu Buruk (atau Burok). Pantai Batu Buruk (atau Batu Burok) merupakan pantai yang boleh dijalankan aktiviti mandi-manda yang terletak di Terengganu. Pantai Batu Buruk merupakan pantai terdekat dari pusat bandar, sekitar 1.5 kilometer. Ini menjadikannya sebagai tumpuan bagi rehlah bagi ramai penduduk tempatan selain pelancong.

Pantainya terdiri dari pasir pantai yang putih dan diteduhi oleh barisan pokok kelapa dan pokok Ru (Casuarinas), dan angin yang kuat yang bertiup dari lautan China Selatan, menjadikan ia sebagai tumpuan ramai untuk duduk bersantai untuk berehat selepas penat bekerja atau berkelah bersama keluarga.

Pantai ini juga ada nilai sejarah penting. Ini kerana di sinilah Gendang Gangsa atau Gendang Dong-Son ditemui. Penemuan ini amat bersejarah kerana ia membuktikan negara kita tidak melalui zaman Mesolitik. Pengunjung boleh menjamu selera dengan ikan celup tepung, keropok, aiskrim goreng, sate ikan dan bermacam hasil laut lagi. Terdapat juga kereta kuda yang dihias cantik bagi mereka yang ingin bersiar santai di situ.

Pantai ini bukan sahaja ada taman permainan, gerai makanan dan tandas awam, akan tetapi ianya juga mempunyai tapak pameran, pentas budaya dan tempat letak kereta yang mencukupi. Pantai Batu Buruk ialah salah satu tempat yang wajib anda lawati bersama orang yang tersayang kerana anda pasti akan terpersona memikat hati dengan keindahan pantai ini. Jadi apa tunggu lagi jom bercuti.



Address

PT 2227, Tingkat 1, Jalan Long Yunus
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Kenali Holidays Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to D'Kenali Holidays Travel & Tours:

Videos

Share

Category

D’KENALI HOLIDAYS

Menyediakan pakej umrah eksklusif bersama mutawwif berpengalaman iaitu Dato Hj.Mohd Arif. Turut menyediakan servis upah haji untuk keluarga anda yang telah pergi dan tidak berkesempatan menunaikan rukun Islam ke-5

2019 nantikan pakej umrah kami yang selesa dan diyakini.



You may also like