Mct Global Tours Sdn Bhd

Mct Global Tours Sdn Bhd KEMBARA ILMU DIBUMI HARAMAIN..

Penandaan pada guli menunjukkan lokasi telaga Zam Zam yang jaraknya 21 meter dari Kaโ€™bah dan kedalaman lebih kurang 31 m...
27/02/2023

Penandaan pada guli menunjukkan lokasi telaga Zam Zam yang jaraknya 21 meter dari Kaโ€™bah dan kedalaman lebih kurang 31 meter. Bagaimanapun tanda itu telah dikeluarkan dari Mataaf dalam beberapa tahun kebelakangan ini..

26/02/2023
Peringatan PENTING OLEH JEDDAH AIRPORT1. Hanya jemaah yang menggunakan Visa Umrah sahaja dibenarkan untuk bawa balik air...
15/02/2023

Peringatan PENTING OLEH JEDDAH AIRPORT

1. Hanya jemaah yang menggunakan Visa Umrah sahaja dibenarkan untuk bawa balik air zam-zam 5 litre yang dibeli di Airport Jeddah.
2.Pengguna bagi Visa pelancongan tidak dibenarkan bawa air zam-zam balik atau MENYELUDUP melalui botol-botol kecil untuk dimasukkan ke dalam check in beg.
3. Penalti sebanyak SAR10,000 boleh dikenakan oleh Jeddah Airport kepada pelanggan, airline dan seterusnya travel agensi.

Pihak syarikat mencadangkan sama ada pelanggan

1. Upgrade ke Visa Umrah dengan caj tambahan atau
2. Beli sahaja Air zam-zam di market sedia ada negara melalui agen yang dipercayai untuk kos yang lebih murah berbanding Visa Umrah.

Terima kasih

Semoga dipermudahkan urusan jemaah umrah agar tidak tertangguh hajat mereka insha Allah
12/02/2023

Semoga dipermudahkan urusan jemaah umrah agar tidak tertangguh hajat mereka insha Allah

12/01/2023

Sudahkah tuan puan.ayah ibu adik kakak merancang untuk umrah tahun 2023 ni ?

Kerinduan Menunaikan umrah? Semoga tuan puan dijemput Allah swt pada tahun 2023
29/12/2022

Kerinduan Menunaikan umrah? Semoga tuan puan dijemput Allah swt pada tahun 2023

24/12/2022
1) Pertama sekali, kena DOWNLOAD Apps Nusuk Boleh search dalam App store.2) Untuk register, pilih tab visitor dan masukk...
05/11/2022

1) Pertama sekali, kena DOWNLOAD Apps Nusuk Boleh search dalam App store.

2) Untuk register, pilih tab visitor dan masukkan detail:
- nama penuh
- no visa
- no passport
- email (apps akan hantar tac no)

3) Sebaiknya dapatkan no visa dari Malaysia dan paling lambat pun register dan booking lah slot Raudhah semasa di KLIA lagi. Sebab slot Raudhah selalu penuh.

4) Kalau pilih slot 10 malam, saya suggest untuk solat isyak paling hampir dengan jalan untuk ke Raudhah supaya lepas solat tu, terus bergerak untuk beratur. Kalau tak queue akan panjang dan sesak.

5) Permit Raudhah p**a boleh sekali je apply dalam tempoh sebulan. So kalau terlupa dan tak pergi slot tu, dia akan block kita sebulan dan tak boleh apply permit lagi dah.

6) Pintu Raudhah ialah ๐ฉ๐ข๐ง๐ญ๐ฎ ๐Ÿ‘๐Ÿ•. Pintu 32 bukanlah pintu masuk Raudhah. Itu hanyalah kawasan sebelah raudhah saja. Jemaah bolehlah masuk untuk ziarah wadaโ€™ dan memberi salam kepada Rasulullah dengan lebih dekat.

Lelaki: 6 pagi - 11 pagi, 9.30 pagi - 12 pagi
Perempuan: 1 pagi - fajr prayer, zuhur - isyak prayer

10/10/2022

Walaupun Maulidur Rasul sudah berlalu, jangan pernah berhenti selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW๐ŸŒท

"..Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).โ€
[Riwayat al-Baihaqi (5995)]

22/09/2022

ู…ูŽู†ู’ ุงุณู’ุชูŽุทูŽุงุนูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู…ููˆุชูŽ ุจูุงู„ู’ู…ูŽุฏููŠู†ูŽุฉู ููŽู„ู’ูŠูŽู…ูุชู’ ุจูู‡ูŽุง ุ› ููŽุฅูู†ูู‘ูŠ ุฃูŽุดู’ููŽุนู ู„ูู…ูŽู†ู’ ูŠูŽู…ููˆุชู ุจูู‡ูŽุง

Maksudnya: Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana

Hadith riwayat Al tirmidzi (3917)

13/09/2022

Assalamualaikum bakal tetamu Allah swt.jom rancang tarikh umrah 2022/2023

PENGERTIAN UMRAHUmrah ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dan melakukan niat ihram, tawaf,saie ,bertahalul dan mengikut...
09/06/2022

PENGERTIAN UMRAH

Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dan melakukan niat ihram, tawaf,saie ,bertahalul dan mengikut tertib.

Dalil daripada Al Quran ialah Firman Allah SWT:"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah SWT" ~ Al Baqarah 196

APA ITU IBADAH UMRAH

Ramai di antara kita sememangnya โ€˜mengetahuiโ€™ ibadah umrah. Namun begitu, adakah kita benar-benar mengetahui apakah itu ibadah umrah serta cara mengerjakan ibadah ini.

1. Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram,tawaf saโ€™i dan bertahallul mengikut tertib

2. Ijmak Ulama mengatakan ibadah ini WAJIB dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu

3. Ibadah ini boleh dilakukan pada bila bila masa tidak seperti ibadah haji yang hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja yang mana hari kemuncaknya pada hari Tasyrik

4. Tidak seperti dulu, Kerajaan Arab Saudi sekarang sudah menetapkan jemaah umrah wajib memohon visa umrah melalui mana mana agensi umrah

Cara mengerjakan umrah

1. Rukun Umrah mulai dilaksanakan di Miqat iaitu tempat mula niat umrah dan memakai pakaian ihram. Jika berangkat dari Madinah bermakna miqatnya di Bir Ali. Disarankan sejak perjalanan dari Madinah telah siap memakai kelengkapan umrah yang diperlukan (seperti pakaian ihram), namun niat ihram dibaca di Bir Ali. Setelah menukar pakaian, jemaah melakukan solat ihram 2 rakaat.

2. Setelah memakai pakaian ihram dan niat umrah, jemaah tidak boleh menggunakan wangi-wangian, mandi memakai sabun wangi, memberus gigi dengan ubat gigi, serta memakai pakaian selain dari pakaian ihram. Juga dilarang berhubungan suami isteri sampai ibadah umrah berakhir iaitu hingga selesai tahallul (memotong rambut).

3. Membaca kalimat talbiyah sebanyak-banyaknya.

4. Setiba di Masjidil Haram, jemaah akan Thawaf mengelilingi Ka`bah sebanyak 7 kali, mengelilingi 1-3 kali dengan berlari-lari kecil, untuk pusingan ke 4 hingga 7 berjalan seperti biasa.

5. Solat 2 rakaat setelah selesai Tawaf dan sebaiknya di belakang maqam Nabi Ibrahim.

6. Diteruskan dengan melakukan Sa`i ulang alik dari Shofa ke Marwah. 7x

7. Melakukan Tahallul iaitu mencukur seluruh rambut ataupun sebahagian dan tertib atau mengikut aturan.

28/05/2022

Raudha

28/05/2022

"Ayah dan mak sudah tak larat lagi berjalan jauh,kaki mula sakit dan ada yang bertongkat,nak guna kerusi roda jauh p**a nak menolak"

Kenangan dimadinah umrah syawal 2022
25/05/2022

Kenangan dimadinah umrah syawal 2022

21/05/2022

Selesai sudah umrah syawal seramai 213 jemaah dibawa ke haramain

06/03/2022

Assalamualaikum buat bakal jemaah semua
Alhamdulillah

Berita Baik Di Arab Saudi
- Saf Kembali Dirapatkan
- Umrah Dibenarkan Kepada Semua Negara
- PCR dan RTK Dimansuhkan (Disaudi sahaja)
- Syarat Kuarantin Dimansuhkan ( Disaudi saja)
- Face Mask Di Tempat Terbuka Tidak Wajib

06 Mac 2022Solat subuh pertama merapatkan saf setelah pemansuhan penjarakkan sosial di Saudi mulai hari ini. InsyaAllah ...
06/03/2022

06 Mac 2022

Solat subuh pertama merapatkan saf setelah pemansuhan penjarakkan sosial di Saudi mulai hari ini. InsyaAllah keadaan akan kembali seperti biasa tidak lama lagi.

Syukur Ya Allah

" Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk."

(Iaitu) orang-orang yang berdoa, "Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah...
03/02/2022

(Iaitu) orang-orang yang berdoa, "Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab neraka.โ€ (Ali 'Imran:16)

Gambar kaabah zaman dulu dan keadaan Mekah
09/01/2022

Gambar kaabah zaman dulu dan keadaan Mekah

Sementara ibumu masih ada .berbaktilah.
07/12/2021

Sementara ibumu masih ada .berbaktilah.

Info Applikasi yang perlu digunakan sewaktu di Madinah & Mekah. Boleh downloud dahulu, cuma untuk register lebih apabila...
02/12/2021

Info Applikasi yang perlu digunakan sewaktu di Madinah & Mekah.

Boleh downloud dahulu, cuma untuk register lebih apabila sampai dan register mengunakan no tel di mekah@madinah.

Ada 2 Apps :

1) Tawakalna : Apps ini sama seperti Mysejahtera. Setiap kali nak masuk masjid harus tunjuk Tawakalna anda.

Di apps Tawakalna semua data anda akan tertera di situ :
Nama
Fon No disini
Pasport Number

2) Eatmarna
Apps ini untuk kita booking Slot untuk Ziarah Baginda ( Salam ) | Raudah | Umrah | Solat di Masjidilharam dan lain lain.

Semoga Bermanfaat.

Madinah 21hb Nov 2021DAMAI DAN TENANG โค๏ธ๐ŸŒนโ™ฅ๏ธุงู„ู„ู‡ู… ุงุฑุฒู‚ู†ุง ุฒูŠุงุฑุฉ ุงู„ุจูŠุช ุงู„ุญุฑุงู… ูˆู‚ุจุฑ ุงู„ุฑุณูˆู„ ุงู„ูƒุฑูŠู… ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…ุงู„ู„ู‡ู… ุงู…...
23/11/2021

Madinah 21hb Nov 2021

DAMAI DAN TENANG โค๏ธ๐ŸŒนโ™ฅ๏ธ

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุฑุฒู‚ู†ุง ุฒูŠุงุฑุฉ ุงู„ุจูŠุช ุงู„ุญุฑุงู…
ูˆู‚ุจุฑ ุงู„ุฑุณูˆู„ ุงู„ูƒุฑูŠู… ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…
ุงู„ู„ู‡ู… ุงู…ูŠู† ูŠุงุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†

Banyakkan berselawat ke atas Nabi Junjungan tercinta agar dipermudahkan urusan dunia untuk kita berada di sini sekali seumur hidup


SubhanaAllah
09/11/2021

SubhanaAllah

16/10/2021

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah, lagi berita baik dari Tanah Suci Makkah Al Mukarramah & Madinah Al Munawwarah yang sangat menggembirakan seluruh umat Islam.

Kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan beberapa Kelonggaran baharu berkaitan Covid-19 yang akan mula berkuatkuasa pada Ahad, 17 Oktober 2021 bersamaan 11 Rabiโ€™ul Awwal 1443H.

1. Masjidil Haram, Makkah & Masjid Nabawi, Madinah kembali dibuka dengan *KAPASITI PENUH.* Syaratnya semua jemaah mesti berusia 12 tahun keatas & telah lengkap divaksinasi vaksin Covid-19.

2. Para Pelaksana Umrah & Jemaah Solat Fardhu masih *DIWAJIBKAN* memakai pelitup separuh muka _(Mask)_ di dalam kedua-dua buah Masjid berkenaan.

3. Para Pelaksana Umrah, Jemaah Solat Fardhu & Penziarah Raudhah serta Maqam Nabi Muhammad SAW masih perlu mendapatkan tempahan slot/permit melalui aplikasi *EATMARNA*. Namun, disebabkan kedua-dua buah Masjid teragung ini telah dibuka dengan kapasiti penuh, tempahan slot menjadi lebih mudah untuk diakses jemaah. Kebarangkalian mendapat 2 kali Umrah atau lebih juga besar.

4. Penguatkuasaan Penjarakan Sosial di semua tempat awam, pengangkutan awam, restoran & tempat berkumpul *DIMANSUHKAN* serta merta.

5. Penggunaan Pelitup Separuh Muka _(Mask)_ di tempat terbuka *TIDAK LAGI DIWAJIBKAN* kecuali di tempat-tempat tertutup yang tiada akses pengudaraan.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memaklumkan kesemua peraturan ini boleh berubah bergantung situasi semasa wabak Covid-19 di Arab Saudi.

Untuk rekod, kes Covid-19 di seluruh Arab Saudi menjunam ke bawah paras 50 kes sahaja per hari sejak sebulan lalu. Kita doakan semoga momentum itu kekal serta tidak melonjak ketara InsyaAllah.

Kaabah tahun 1890
18/07/2021

Kaabah tahun 1890

03/05/2021
17/03/2021
07/03/2021

Menteri Kesihatannya berkata ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Sebelum ni dah banyak kali lalu kawasan ni, tapi tak perasan. Masa tak ramai jemaah ni lah baru berpeluang perhati lama-...
29/01/2021

Sebelum ni dah banyak kali lalu kawasan ni, tapi tak perasan. Masa tak ramai jemaah ni lah baru berpeluang perhati lama-lama sikit.

Rupa-rupanya di setiap tiang sekitar makam Nabi Muhammad SAW ni ada tulisan kata-kata yang indah.

Kata-kata yang diucapkan oleh seorang perindu!

Ini di antara apa yang tertulis:

โ€ŽูŠุง ุฎูŠุฑ ู…ู† ุฏูู†ุช ุจุงู„ู‚ุงุน ุฃุนุธู…ู‡"
โ€Ž"ูุทุงุจ ู…ู† ุทูŠุจู‡ู† ุงู„ู‚ุงุน ูˆุงู„ุฃูƒู…

"Wahai sebaik baik orang yang dikebumikan di lembah ini lagi paling agung,

Maka menjadi harumlah dari pancaran keharumannya semua lembah dan pergunungan ini."

MashaAllah, tabarakallah. Syahdu.

Pada hari Jumaat yang masih berbaki ni, jom kita perbanyakkan selawat kepada Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ.


๐Ÿ“ธ : Kawasan ziarah makam Rasulullah SAW (bahagian lelaki), Masjid Nabawi.

Sumber : page madina dihati
Uwais Madinah
Malaysian in Medina.

Walaupun sudah beberapa tahun Rasulullah mengajak beliau untuk memeluk agama Islam, beliau tetap enggan.Entah mengapa, p...
23/01/2021

Walaupun sudah beberapa tahun Rasulullah mengajak beliau untuk memeluk agama Islam, beliau tetap enggan.

Entah mengapa, pada hari Uhud itu, ketika Rasulullah SAW dan para sahabat sedang dalam misi peperangan menentang para kuffar, hidayah datang menyapa hati beliau.

Segera diambilnya pedang & tombak, lalu bergegas ke medan tempur Uhud bersama kudanya. Beliau berjuang habis-habisan. Akhirnya beliau terkena serangan yang banyak.

Namun, para sahabat yang lain masih belum tahu bahawa beliau ini sudah menjadi saudara baru mereka. Mereka sempat bertemu dengannya sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"Kerana apa kau datang ke sini? Demi kaummu atau kecintaanmu kepada Islam?"

Jawab beliau dengan yakin:
"Kerana kecintaanku kepada Islam. Aku telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan aku telah masuk Islam. Aku mengambil pedangku, lalu aku maju bersama Rasulullah dan aku berperang hingga aku terluka seperti ini."

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau berwasiat:
"Jika aku mati, maka hartaku aku serahkan kepada Muhammad yang dapat digunakannya sesuai dengan kehendaknya".

Apabila Rasulullah mendengar kisah ini, baginda berkata:
"Sesungguhnya beliau benar-benar termasuk penghuni syurga!"

MashaAllah Tabarakallah. Belum pun sempat sehari bergelar Muslim, ternyata beliau sudah menempah tiketnya ke syurga Allah.

Itulah dia kisah seorang pemuda yang belum sempat bersujud walaupun satu kali, tetapi telah dijamin syurga. Beliau kekal bahagia selama-lamanya di sana.

Jika nak dibandingkan, tentulah jumlah solat kita yang lahir-lahir sudah berstatus orang Islam ini jauh lebih banyak daripada beliau. Tapi ternyata, yang dihitung Allah adalah keikhlasan hati & pengorbanan yang sedia beliau lakukan.

Ilmu, umur, tempoh kita masuk Islam, itu semuanya tidak sepenting hati yang ikhlas, mahukan perubahan & sedia berkorban.

Akhirnya yang dihitung Allah adalah penghujung hidup kita. Andai hari ini kita baru mula bertaubat, ketahuilah, kita belum terlambat!


Tercatatlah satu lagi sirah dalam dunia Islam, iaitu perang Uhud. Hari berganti hari, Abu Hurairah RA yang banyak mengetahui kisah-kisah Rasulullah ini sengaja menguji sahabat-sahabatnya yang lain:

"Ceritakan kepadaku mengenai kisah seseorang yang masuk syurga padahal belum pernah solat sekali pun sepanjang hidupnya."

Ternyata para sahabat tidak ada yang mengetahui. Mereka kembali bertanya:
"Siapakah dia?"

Abu Hurairah menjawab:
"Usoirim dari Bani Abdul Asyhal."

ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…
Radhiyallahu anhum.
Semoga Allah meredhai semua jasa & perjuangan beliau & para sahabat yang lain.

Semoga kita juga dapat mengikuti jejak langkah beliau.

๐Ÿ“ธ : Usoirim, atau nama sebenarnya Amru bin Tsabit, termasuk 70 muslimin yang syahid ketika peperangan Uhud. Diabadikan jasadnya di kawasan perkuburan Uhud ini (rujuk anak panah dalam gambar.)

Bukit-bukit besar di belakang itu adalah Bukit Uhud.

__
Uwais Madinah
Malaysian in Medina.

Credit story :Madina dihati

29/11/2020

Address

Kuching

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60192022763

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mct Global Tours Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category


Other Travel Companies in Kuching

Show All