Jelajah Duniya

Jelajah Duniya Setiap memori penuh erti
(15)

24/09/2024
21/09/2024

TRAVELOG NEGARA BALKAN : BOSNE PARK & NERETVA

Melawat taman awam yang kaya dengan dengan flora dan fauna.Jom Jelajah Balkan 5 Negara bersama KUJDT!

NAK TRAVEL DAN HEALING KE MANA BERSAMA FAMILY CUTI SEKOLAH NI? INI 5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU PILIH BANDUNG SEBAGAI DESTI...
18/09/2024

NAK TRAVEL DAN HEALING KE MANA BERSAMA FAMILY CUTI SEKOLAH NI? INI 5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU PILIH BANDUNG SEBAGAI DESTINASI.

1. CUACA YANG NYAMAN
- Tahukah anda sebenarnya di Bandung ni cuaca sangat lah nyaman. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Sesuai untuk berjalan2 untuk aktiviti outdoor.

2. SYURGA MAKANAN
- Pelbagai jenis hidangan yang menarik di Bandung dengan harga mampu milik. Tak lupa juga banyak kedai makan yang halal, tak susah nak cari makan.

3. HARGA HOTEL YANG BERPATUTAN
- Kadang2 bila nak bercuti bajet untuk hotel yang menjadi kerisauan. Di Bandung, ia tak jadi masalah sebab banyak hotel2 yang murah tapi lengkap fasiliti.

4. SHOPPING TIME!
- Barang2 atau souvenir dijual dengan harga berpatutan dan murah. Tak kurang kualitinya. Kalau jenis yang s**a shopping, memang penuh beg waktu balik nanti!

5. DAPAT PENGALAMAN HIGH SPEED TRAIN
- Perjalanan yang sangat luarbiasa pemandangan, Subhanallah. Apatah lagi dapat merasa keindahan dari High Speed Train Jakarta-Bandung!

Amacam? Menarik kan Bandung? Kita bukak seat tak banyak ni, kena PM cepat2. Jom Jelajah Bandung Bersama Jelajah Duniya By KUJDT hanya dari RM1999 all in!

ISTANBUL DESTINASI SUPERB, INI 5 SEBABNYA1. Keajaiban Sejarah dan Budaya yang Tidak TerhinggaIstanbul, kota yang kaya de...
15/09/2024

ISTANBUL DESTINASI SUPERB, INI 5 SEBABNYA

1. Keajaiban Sejarah dan Budaya yang Tidak Terhingga

Istanbul, kota yang kaya dengan sejarah dan budaya. Hampir setiap sudut kota ini penuh dengan kisah, ibarat kita langkah ke dalam buku sejarah yang hidup, dan lihat secara langsung budaya dan seni bina dulu.

2. Kepelbagaian Masakan yang Menggugah Selera

Disebabkan banyak budaya dan bangsa yang berbeza, Istanbul menawarkan macam2 jenis makanan yang super rare. Contoh seperti doner, baklava, teh turki dan lain2.

3. Pemandangan Bosphorus yang Menakjubkan

Bosphorus, selat yang pisahkan Asia dan Eropah. Tarikan utama kat sini adalah menaiki cruise melintasi selat Bosphorus, sambil layan view mahal dan sangat cantik.

4. S**a Shopping?

Grand Bazaar dan Spice Bazaar di Istanbul, tempat yang wajib korang singgah bagi sesiapa yang s**a shopping. Grand Bazaar, kedai yang menjual barang-barang perhiasan, tekstil, barang antik, dan banyak lagi. Spice Bazaar menjual pelbagai jenis herba, rempah ratus, dan makanan khas Turki yang menggiurkan dan penuh warna.

5. Pengalaman Spiritural di Masjid-Masjid Indah

Istanbul adalah rumah kepada beberapa masjid paling indah di dunia, termasuk Masjid Biru yang ikonik dengan kubah besar dan enam menaranya. Ziarah masjid2 ni bukan semata2 nak tengok seni bina, tapi juga untuk belajar tentang sejarah dan solat 5 waktu di masjid ni.

Kesimpulannya, Istanbul adalah destinasi percutian yang menawarkan gabungan unik antara sejarah, budaya, masakan, dan pemandangan alam. Dengan kekayaannya yang beraneka ragam, dari seni bina hingga kuliner, kota ini menjanjikan pengalaman yang tiada tandingan dan meninggalkan kenangan indah bagi setiap pengunjung. Jangan lewatkan peluang untuk menjelajahi semua yang ditawarkan kota yang luar biasa ini!

TENGAH PLAN NAK TRAVEL OVERSEAS CUTI SEKOLAH KALI NI? INI 5 SEBAB KENAPA ANDA MESTI PILIH BALKAN 5 NEGARAPEMANDANGAN MAC...
12/09/2024

TENGAH PLAN NAK TRAVEL OVERSEAS CUTI SEKOLAH KALI NI? INI 5 SEBAB KENAPA ANDA MESTI PILIH BALKAN 5 NEGARA

PEMANDANGAN MACAM FAIRYTALE
1. Tak tahula nak gambarkan macam mana, just nak ucap Subhanallah banyak2. Sebab memang betul2 pemandangan kat sini macam lukisan dan fairytale yang kita tengok kat movie. Hutan, sungai dan bangunan nostalgia sangat lah indah dan terjaga.

2. BANYAK SEJARAH ISLAM
Disebabkan Negara Balkan ni seperti Bosnia, Montenegro, Albania dan lain2 duduk lama di bawah pemerintahan Kesultanan Uthmaniyah. So, senibina dan budaya Islam sangat terserlah dan jadi tarikan untuk kita explore santai2.

3. SENANG NAK SOLAT
Rata2 masjid baru atau masjid yang penuh dengan sejarah memang mudah sangat nak jumpa. So, tak perlu risau waktu nak solat bila jalan2 ke sini. Orang islam ada di mana2 dan sangat peramah.

4. MAKANAN HALAL
Disebabkan komuniti Islam ramai, mudah nak cari makanan yang halal seperti Kambing Golek, Kebab, Baklava, Shish Tawook, Musaka, Shawarma dan lain2.

5. MUDAH UNTUK BERKOMUNIKASI
Ramai orang Balkan boleh berbahasa inggeris dengan baik so tak ada halangan komunikasi. Kalau tak paham kita pakai bahasa isyarat macam biasa.

Amacam? Menarik kan Balkan 5 Negara? Kita bukak seat tak banyak ni, kena PM cepat2. Jom Jelajah Balkan 5 Negara Bersama Jelajah Duniya By KUJDT hanya dari RM 8788 all in!

10/09/2024

Banyak monumen2 penting yang bersejarah, di Macedonia Square ni. Jom Jelajah Balkan 5 Negara Bersama KUJDT!

MEET UP TEAM KUJDT PUTRAJAYAIni line up Team KUJDT di Putrajaya, semoga orang Lembah Kelang menerima kami dengan baik.Al...
08/09/2024

MEET UP TEAM KUJDT PUTRAJAYA

Ini line up Team KUJDT di Putrajaya, semoga orang Lembah Kelang menerima kami dengan baik.

Alhamdulillah, meeting lancar😊, mode menyerang is activated... Biiznillah.

04/09/2024

Kalau dah ke Balkan, memang rugi kalau tak singgah sini. Tempat best nak shopping dan senang nak cari makan, banyak restoran halal! Jom Jelajah Balkan, bersama Jelajah Duniya by KUJDT.

5 FAKTA MENARIK TENTANG BOSNIA HERZEGOVINAAIR DAN BOSNIA BERPISAH TIADANama Bosnia Berasal dari perkataan BOSANA, yang b...
02/09/2024

5 FAKTA MENARIK TENTANG BOSNIA HERZEGOVINA

AIR DAN BOSNIA BERPISAH TIADA
Nama Bosnia Berasal dari perkataan BOSANA, yang bermaksud air. Memang betul tau, mana2 ada sungai, tasik dan air terjun yang indah. Air terjun sahaja ada lebih kurang 202 lokasi.

SARAJEVO MANTAN TUAN RUMAH SUKAN OLIMPIK
Walaupun kita kenal Sarajevo adalah bandar yang pernah terjejas oleh perang, ia pernah jadi tuan rumah S**an Olimpik pada tahun 1984. Ini kali pertama negara sosialis menganjurkan S**an Olimpik (Ketika itu Bosnia Herzegovina sebahagian dari Yugoslavia).

BUNGA LILY LAMBANG BOSNIA
Lily Emas adalah bunga kebangsaan Bosnia Herzegovina. Banyak spesis bunga Lily boleh didapati sekitar negara ini. Kalau pergi time musim bunga, Suhanallah cantik sangat.

BOSNIA LEBIH BESAR DARIPADA HERZEGOVINA
Herzegovina iaitu bahagian selatan negara, menyumbang hanya 20 peratus daripada jumlah daratan. 80 peratus ialah Kawasan Bosnia. Secara teknikal, tak ada sempadan geografi antara dua kawasan ini.

BOSNIA HERZEGOVINA MAJORITI MUSLIM
Ini yang best. Berjalan mudah ada tempat solat. Masjid banyak yakmat. Tempat makanan halal pun merata. Seronok sungguh.

Jom ke Balkan 5 Negara bersama KUJDT dari RM 8788 sahaja!

5 FAKTA MENARIK TENTANG TURKIYE1. TERLETAK DI DUA BENUAKalau sahabat semua nak tahu, bandar Istanbul di Turkiye sangat u...
28/08/2024

5 FAKTA MENARIK TENTANG TURKIYE

1. TERLETAK DI DUA BENUA
Kalau sahabat semua nak tahu, bandar Istanbul di Turkiye sangat unik kerana terletak di benua Eropah dan Asia. Bandar Istanbul ni dipisahkan oleh Selat Bosphorus. 5% Istanbul di benua Eropah bakinya di benua Asia.

2. WARNA TURQUOISE BERASAL DARI TURKIYE
Turquoise bermaksud Batu Turkiye. Batu yang cantik ini mudah kita dapat kat sini dan digunakan secara meluas sebagai cenderahati. Memang betul warna batu ni turquoise!

3. TURKIYE MEWAH DENGAN MASJID
99% orang Turkiye beragama Islam so memang masjid di mana2. Dikatakan ada 82,693 masjid di negara Turkiye. Yang paling fofular adalah Blue Mosque dan Haghia Sophia di Istanbul.

4. LEBIH 30 DIALEK BAHASA ETNIK DI TURKIYE
Orang sini cakap dalam lebih 30 bahasa serta dialek yang unik termasuk Kurmenji, Zazaki, Arab dan lain2 lagi. Tapi paling senang, saya pakai bahasa isyarat je. 😅

5. TURKIYE SYURGA SHOPPING YANG MAMPU BELI
Disebabkan mata wang Turkiye tak tinggi, membeli belah disini sangat best. Barang2 unik. Di Grand Bazaar Istanbul sahaja, ada lebih 3000 kedai untuk kita jelajah.

Amacam? Jom ke Turkiye bersama KUJDT dari RM 4888 sahaja!

21/08/2024

Mudir dan team kembali ke Old Town Al Ula, untuk review tempat2 yang menarik di Old Town Al Ula. Memang sesuai jadi tempat healing.











PERHATIAN FOLLOWERS KUJDT, LAST CALL TRIP KE BALKAN 5 NEGARA!Berbaki 5 seat sahaja lagi! Percuma 6 in 1 Pouch Bag untuk ...
21/08/2024

PERHATIAN FOLLOWERS KUJDT, LAST CALL TRIP KE BALKAN 5 NEGARA!

Berbaki 5 seat sahaja lagi! Percuma 6 in 1 Pouch Bag untuk mereka yang grab promosi ni.

Tarikh trip 13 hingga 22 September 2024, 10 Hari 7 Malam, Fullboard, harga dari RM 8788.

PM kami untuk itinerary dan maklumat lanjut. Tarikh tutup pendaftaran Sabtu 24 Ogos 2024.
https://www.wasap.my/+60197368770/lastcallbalkan5negara

Boleh tengok tempat menarik di Balkan, klik sini👇🏻
https://youtube.com/playlist?list=PLEWajYH_tfYoFKgcM_FEyNO3YYlzJaj-o&si=KpVULVoazSP2JV2N




5 SEBAB KENAPA NEGARA BALKAN  SANGAT BEST UNTUK KITA JELAJAHSUBHANALLAH PEMANDANGAN MACAM FAIRYTALE1. Tak tahula nak men...
20/08/2024

5 SEBAB KENAPA NEGARA BALKAN SANGAT BEST UNTUK KITA JELAJAH

SUBHANALLAH PEMANDANGAN MACAM FAIRYTALE

1. Tak tahula nak menggambarkan macam mana, just nak ucap Subhanallah banyak2.

Sebab memang betul2 pemandangan di sini macam lukisan dan fairytale yang kita tengok kat movie.

Hutan, sungai dan bangunan nostalgia sangat lah indah dan terjaga.

2. BANYAK SEJARAH ISLAM

Disebabkan Negara Balkan ni seperti Bosnia, Montenegro, Albania dan lain2 duduk lama di bawah pemerintahan Empire Uthmaniyah.

So, senibina dan budaya Islam sangat terserlah dan jadikan advantage untuk kita explore sambil layan makanan2 halal tanpa ghisau.

3. SENANG NAK SOLAT

Rata2 masjid baru atau masjid yang penuh dengan sejarah memang mudah sangat nak jumpa.

So, tak perlu risau waktu solat bila jalan2 ke sini.

4. MAKANAN HALAL

Disebabkan komuniti Islam ramai, mudah nak cari makan seperti kambing golek, kebab dan lain2.

5. MUDAH UNTUK BERKOMUNIKASI

Orang sana cakap inggris yang mudah untuk kita faham. Tapi, kalau tak faham jugak macam mana?

Guna bahasa isyarat pon boleh hehe..

Ada yang teringin nak ke Balkan? Kita ada BAKI 5 jer lagi seat kosong.

Tengah ada promo tau! Cepat lock seat sekarang.








19/08/2024

Sejarah yang menyayat hati di Bosnia Herzegovina,
jom tonton j*p 🥺




TAK NAK ROAMING? LECEH BELI SIM KAD DI LUAR NEGARA? BOLEH CUBA ALAT DARI ROAMINGMAN NIData internet penting bila pergi U...
18/08/2024

TAK NAK ROAMING? LECEH BELI SIM KAD DI LUAR NEGARA? BOLEH CUBA ALAT DARI ROAMINGMAN NI

Data internet penting bila pergi Umrah, Haji atau jalan2 luar negara. Ada pilihan roaming atau bila sampai sana, boleh beli simkad negara tersebut. Ada pro dan cons nya.

Ada satu lagi alternatif.

Di KLIA, kita boleh sewa portable wifi Roamingmanmy, boleh akses internet lebih 150 negara seperti Saudi, Bosnia, Turkiye dan macam2 lagi.

Sewa satu biji, boleh kongsi 5 orang. Tapi tak boleh jauh2 lah dari portable wifi dia... haha. Harga dari RM15 sehari untuk speed 4G dan RM21 sehari bagi speed 5G (bergantung negara yang kita nak pergi).

Baru2 saya test bawa ke 5 Negara Balkan, Alhamdulillah mudah bila beralih negara. Kalau tiba2 internet slow, restart ajer settle. Tak payah beli 5 simkad woihh.

Balik ke Malaysia, boleh drop off dalam kotak yang disediakan. Jangan bawak balik rumah udah lerr😊.




5 BENDA ANDA KENA TAHU SEBELUM FLY KE TURKIYE1 ORANG TURKIYE HANYA CAKAP BAHASA DIA Selain dari peniaga kat kawasan pela...
13/08/2024

5 BENDA ANDA KENA TAHU SEBELUM FLY KE TURKIYE

1 ORANG TURKIYE HANYA CAKAP BAHASA DIA

Selain dari peniaga kat kawasan pelancongan, tour guide dan kadang2 driver teksi, jangan letak harapan tinggi diorang faham English.

Walaupun kadang2 diorang faham English, tapi payah nak susun ayat berbual. Kalau kita dapat hafal 3-4 patah bahasa Turkiye memang bagus. Marhaba!

2 ORANG TURKIYE BUKAN ORANG ARAB

Ini adalah salah satu tanggapan salah pelancong terhadap orang Turki. Ini pun salah faham jugak, mungkin sebab orang andaikan diorang salah satu Khalifah Islam satu masa dulu.

Turkiye secara geografi dikelilingi negara2 Arab, tapi mereka negara yang berbeza sama sekali. Bahasa dan budaya diorang lebih Eropah berbanding Timur Tengah.

3 SEMANGAT NASIONALISME ORANG TURKIYE SANGATLAH TINGGI

Rakyat Turkiye berbangga dengan negara dan sejarah. Bendera “Ay Yildizdi” di mana2, seolah2 perayaan kemerdekaan sepanjang tahun.

Orang Turkiye anggap Mustafa Kamal Attaturk sebagai penyelamat dan kebanggaan negara lepas Khalifah Uthmaniyyah semakin lemah dan diboikot oleh negara Arab sewaktu beberapa negara Eropah menyerang. Pelancong yang berbeza pendapat tentang ni kena banyak bersabor.

4 ORANG TURKIYE TAK BERKIAS

Kalau s**a dia cakap s**a, kalau tak dia cakap tak. Tak payah kias2 haha. Diorang ekspresif, vokal dan cakap apa terlintas di fikiran. Orang Turkiye sangat ramah dan diorang alukan anda macam family walaupun cakap macam ayam itik!

Diorang s**a tetamu di rumah dan ada yang offer tempat tidur jika sesiapa takda tempat untuk bermalam. Kalau diorang s**a kita, doa dan ucapan selamat yang tidak berkesudahan akan mengiring. Orang Turkiye s**a buat baik dan nak kebaikan untuk semua orang.

5 ORANG TURKI DAN CAY (TEH)

Minuman çay sebati dengan orang Turkiye, siang malam dihidang çay. Hidangan praktikal sepanjang masa. Diorang ada cawan khas untuk çay, jadi jangan lupa bawa pulang sebagai cenderahati. Turkiye salah satu pengeluar teh terbesar tau. Jangan lupa cuba çay perisa buah macam epal dll. Memang padu!

Jom Jelajah Turkiye bersama kami😍




MISI TRAVELOG BALKAN 5 NEGARA: OLD TOWN MOSTAR BOSNIA HERZEGOVINA, SETIAP SUDUT CANTIK MACAM LUKISAN!Mostar, kota lama d...
11/08/2024

MISI TRAVELOG BALKAN 5 NEGARA: OLD TOWN MOSTAR BOSNIA HERZEGOVINA, SETIAP SUDUT CANTIK MACAM LUKISAN!

Mostar, kota lama di Bosnia Herzegovina yang agak teruk teruk terjejas sebab perang Bosnia, kini mula membangun semula. Terletak di Sungai Neretva yang jernih, kota ini seolah2 lukisan hidup yang dipotret molek pada minda setiap pengunjungnya...

Subhanallah, setiap inci kota ini sungguh mempersona!

Nama Malaysia agak dikenali di sini. Mungkin keterlibatan kita masa perang melalui PBB dan pembinaan semula lepas perang agaknya.

Senibina Uthmaniyah mendominasi, masjid ada di mana2. Hidangan halal amat2 mudah, hati tenang makan di sini. Merata restoran halal.

Bazar di Old Town bakal membuat acik2 tak jumpa jalan pulang ke bas... haha🤣

Old Bridge Mostar rupanya pernah dibedil masa perang Bosnia, tapi dibina semula dengan baik. Jambatan ni dibuka zaman pemerintahan Sultan Sulaiman (Uthmaniyah) pada kurun ke 16.

Ada plan nak jalan2 obersis? Tengok Balkan 5 Negara macam best kan😊? PM untuk bincang2 kasi jadi.








10/08/2024

Sungguh tenang berada di Tekija Blagaj, view yang sangat outstanding dan penuh sejarah, Jom Jelajah Balkan Bersama Jelajah Duniya By KUJDT




MISI TRAVELOG BALKAN 5 NEGARA: TENANG DAN DAMAI DI TEKIJA BLAGAJ, MOSTAR BOSNIA HERZEGOVINA.Tenang, ribut jiwa...Tiup aw...
09/08/2024

MISI TRAVELOG BALKAN 5 NEGARA: TENANG DAN DAMAI DI TEKIJA BLAGAJ, MOSTAR BOSNIA HERZEGOVINA.

Tenang, ribut jiwa...
Tiup awan minda...
Dan bentangkan senja...

Chewah, feeling lagu j*p😂

Tapi betul tau. Sampai je kawasan Tekija Blagaj ni, aura tenang dan damai mula menyusup. Kocakan air sungai yang indah bersulam desiran pohon bakal mencarik kenangan healing yang cukup superb... Subhanallah.

Pokok Tin dan pokok Zaitun banyak tumbuh di sekitar. Tempat wuduk dia unik wei, macam bentuk sinki. Airnya sejuk yakmat. Tempat beli cenderamata sepanjang jalan masuk, murah di sini.

Tekija Blagaj terletak di sebahagian kawasan Sungai Buna di Mostar. Bangunan ini juga ada dapur, ruang solat dan tempat tidur untuk orang yang musafir.

Tekija Blagaj ini diasaskan sekitar tahun 1470 (kalau tak silap, sebelum kedatangan Uthmaniyah lagi) sebagai tempat suluk beberapa Tarekat seperti Khalawatiyyah, Naqsyabandi dll.

Lepas perang dunia ke 2, sekitar tahun 1952, semua tarekat diharamkan (hampir semua negara Eropah terutama bekas jajahan Uthmaniyah) untuk melunturkan pegangan Islam.

Sejak itu penjaganya bertukar tangan. Tapi beberapa tahun lampau, sudah ada kembali majlis Mawlid Nabi SAW secara tahunan dan Haul dan majlis zikir mingguan diadakan kat sini.

Nanti tonton video travelog ek. Ada plan nak jalan2 obersis? Tengok Balkan 5 Negara macam best kan😊? PM untuk bincang2 kasi jadi.










MISI TRAVELOG BALKAN 5 NEGARA: OLD TOWN SARAJEVO BOSNIA HERZEGOVINA, KOTA DALAM LEMBARAN SEJARAH.Sarajevo, nama yang bia...
03/08/2024

MISI TRAVELOG BALKAN 5 NEGARA: OLD TOWN SARAJEVO BOSNIA HERZEGOVINA, KOTA DALAM LEMBARAN SEJARAH.

Sarajevo, nama yang biasa orang Malaysia dengar.

Kota lama di Bosnia Herzegovina ni pernah dikepung selama 1425 hari dari 5 April 1992 hingga 29 Februari 1996 semasa perang Bosnia yang dahsyat. Kesan2 rosak akibat bedilan perang masih boleh dilihat.

Perang Dunia Pertama juga mula tercetus di sini sebab Archduke Franz Ferdinand dari Austria dibunuh pada tahun 1914, betul2 di Latin Bridge Sarajevo.

Menyusur lorong2 Stari Grad atau Old Town Sarajevo bakal buat kita terpesona dengan binaan Uthmaniyah yang cantik dan utuh. Harga barang2 cenderahati cun, banyak barang asli Bosnia. Lambat woihh nak kumpul balik kalau camni, banyak sangat lorong nak terjah🤭.

Makanan halal juga amat mudah kita dapat. Masjid yang banyak juga mudahkan urusan. Halaqah Al Quran subur selepas solat fardhu. Subhanallah, setiap inci kota ini sungguh mempersona!

Masjid Gazi Husrev Beg di Stari Grad Sarajevo dibina pada abad ke 16 ialah masjid bersejarah terbesar di Bosnia yang mewakili binaan masjid Uthmaniyah terpenting di negara2 Balkan.

Ada plan nak jalan2 obersis? Tengok Balkan 5 Negara macam best kan😊? PM untuk bincang2 kasi jadi.










PERSIAPAN AKHIR MATTA FAIR CHAPTER JB!Angkat barang sudah, setup booth pon sudah. Sekarang tunggu anda semua nak terjah ...
01/08/2024

PERSIAPAN AKHIR MATTA FAIR CHAPTER JB!

Angkat barang sudah, setup booth pon sudah. Sekarang tunggu anda semua nak terjah booth kitorang jer 😆

Insya Allah, KUJDT sedia untuk meyantuni anda semua sepanjang 3 hari di sini, 2 - 4 Ogos 2024 di Austin International Convention Centre, no. booth 130 - 131

Jumpa korang esok ya!








MISI TRAVELOG BALKAN 5 NEGARA: PLITVICE LAKES NATIONAL PARK CROATIA. SUBHANALLAH! TERPEGUN LIHAT KEINDAHAN HUTAN EROPAHT...
01/08/2024

MISI TRAVELOG BALKAN 5 NEGARA: PLITVICE LAKES NATIONAL PARK CROATIA. SUBHANALLAH! TERPEGUN LIHAT KEINDAHAN HUTAN EROPAH

Taman Negara Plitvice di Croatia ni diasaskan tahun 1949. Terletak di tengah Croatia, sebelah sempadan Bosnia Herzegovina. Luasnya hampir 296.85 kilometer persegi (73,350 ekar).

Tahun 1979 masuk list UNESCO World Heritage. Sebab tu diorang jaga sangat sini, tracking memang kena jalan kaki. No boat ride, no swimming woihh. Tapi berbaloi jaga gila2 ni, ia berjaya kekalkan keasliannya.

Setiap tahun, lebih 1 juta pelancong datang sini. Bayaran masuk berbeza ikut musim, paling mahal masa musim panas, sekitar 40 euro.

Menarik air tasik beringkat ni, kaler dia lain2 kalau kita tengok. Kej*p biru, kej*p hijau, kej*p kang kelabu. Bergantung waktu cahaya matahari ketika tu, Subhanallah.

Kalau nak tengok ala2 citer katun Frozen tu, kena pegi time winter. Salutan ais di pokok2 dan tasik buatkan kalian terpesona sepanjang hari😊. Ada plan nak jalan2 obersis? Kita jalan2 Balkan 5 Negara jom... PM untuk bincang2 kasi jadi.










Address

UG-30 Menara Shaftsbury Putrajaya, Jalan Alamanda Presint 1
Putrajaya
62000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00
Saturday 08:30 - 17:00

Telephone

+60192588770

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jelajah Duniya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category

Nearby travel agencies



You may also like